SENARAI PESERTA TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY
Hai.. Assalammualaikum kepada para Sponsor dan para peserta Giveaway ini.. TB mintak maaf sangat-sangat sebab lambat sangat nak senaraikan peserta dan lambat juga nak umum pemenang, TB sedang sibuk sangat sekarang ni.. Sibuk dengan apa? adalah hal nya.. tak larat nak story panjang-panjang disini.. haa.. TB straight forward ajelah apa yang TB nak up kat blog hari ni ye!
Bismillahir rahman nirrahim... Assalammualaikum semua.. TB dah ready nak buat Giveaway dah sebab dah cukup sponsor yang baik hati sudi menaja hadiah-hadiah untuk pemenang kali ni.. Alhamdulillah.. terima kasih buat para penaja yea..
Giveaway kali ni TB adakan sempena pencapaian blog www.tengkubutang.com yang makin hampir mencecah 6 Juta Pageview, dan TB rasa insyaAllah target 6 juta tu akan sampai juga dalam bulan 8 ni.. InsyaAllah.. kalau tak pun mungkin di bulan 9 nanti.. doakan yea..
Haaa.. untuk menghargai semua yang rajin singgah dan jenguk blog TB ni.. TB nak buat Giveaway lah ye.. Korang just ikut syarat-syarat dibawah ni je.. Semoga Rezeki berpihak kepada korang ye! Good Luck buat semua peserta!
GIVEAWAYterbuka kepada semua rakan blogger di Malaysia.GIVEAWAYbermula pada hari ini, 08hb Ogos 2017, iaitu tepat jam 01.20 tengahari sehingga 31hb Ogos 2017 (jam11.59 malam)..
Semua Blogger di Malaysia dijemput menyertainya.Para SPONSORpun leh join jugak yea..
1.) Buat entri bertajuk "TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY" . 2.)TEMPEK BANNERatas ni ke entri korang, jangan lupa letak backlink ke entri GA teman ni yea.. dan Publishentri. jangan lupa TinggalkanURL entrikorang ke dalam ruangan komen dibawah ni..
3.) FOLLOW / LIKE / ADD / KOMEN semua link dibawah ni ye! terima kasih semua..
Thank You buat semua peserta yang sudi join, teman mohon maaf kalau banyak sangat korang kena LIKE n FOLLOW.. moga kepenatan korang mendapat ganjarannya.. doa2 kan yea..TQ sebab sudi join,
Jom support GA TENGKUBUTANGni!! =)
Note : Sila cukupkan Syarat yea.. Kalau didapati Syarat tak cukup selepas pengumuman Hadiah sekalipun, Pemenang akan dibatalkan, dan dengan serta merta pemenang lain yang cukup syarat akan dipilih.. baru adil kan.. Bagi sesiapa yang tiada IG/Twitter/FB sila bagi nyatakan dibawah ni yea.. (jangan semua tak ada pulak yea.. 1 tu ok lagi)
HIJAB SHAMPOO BY NATURAL ELIXIRS YANG AMAT SESUAI UNTUK RAMBUT GUGUR, BERKELEMUMUR DAN BERMINYAK
Hai.. Assalammualaikum.. baru hari ni dapat bersiaran di Blog yang hampir berdebu ni haaa... TB sibuk sangat sekarang.. tambahan pula baby TB yang semakin membesar dah banyak akal.. haha.. kena lah mengekor aje si kecik tu nak explore satu rumah.. kui3.. tak boleh nak dibiarkan aje sebab risau tersembam muka ke lantai ke.. jatuh terbalik kepala ke belakang ke.. semua tu nak kena alert.. So, nak ber blog pun tengok time jugak la nampaknya..
Ok lah.. ni TB nak share tentang satu syampu yang TB rasa sangat sesuai untuk mereka yang sukakan produk yang semulajadi/natural iaitu tanpa bahan kimia yang kuat dan tanpa bau yang terlalu kuat.. ini dia Syampu yang TB maksudkan iaitu HIJAB SHAMPOO dari Natural ELIXIRS yang Naturally Organic, Syampu yang sesuai untuk semua jenis rambut, dan ia juga Syampu yang amat sesuai untuk mereka yang berhijab..
TB dah try guna dah.. dan komen TB tentang syampu ini ialah... TB sukakan bau syampu ni, sebab bau dia lembut, tak kuat sangat.. bau macam bunga chamomil tu.. harum je.. dan TB suka sebab Syampu ni 2 in 1.. disekalikan dengan Perapi/Conditioner.. So, bila pakai.. terasa lembut je rambut selepas bilas.. dah tak perlu pakai conditioner asing-asing lagi.. pakai syampu ni pun dah cukup. Botol pun tak besar sangat tak kecil sangat.. isi dalamnya 300 ml.. banyak juga.. tahan la sebulan lebih kalau TB yang guna.. heee..
Kalau nak baca selebihnya tentang HIJAB SHAMPOO dari Natural ELIXIRS ni.. boleh baca info nya dibawah ni yea..
HIJAB SHAMPOO dari Natural ELIXIRS Mengelakkan dan Mengawal - Keguguran Rambut, Kelemumur, Minyak Kelebihan
Formula Syampu Hijab mengandungi bahan-bahan organik yang kaya, minyak Nettle Oil, Chamomile Extract dan Oil Tea Tree untuk menguatkan, melindungi dan mencegah kerosakan rambut dan keguguran rambut. Rambut memerlukan pendedahan yang mencukupi untuk udara dan sinaran matahari agar ia sihat dan kuat. Apabila rambut sentiasa tertutup, kulit kepala tidak dapat bernafas, yang membawa kepada pembesaran sebum yang berlebihan daripada peluh. Pori juga menjadi tersumbat; Membawa kepada kulit kepala yang tidak sihat, kelemumur, penurunan rambut dan berfikir dan rambut yang tidak bermaya.
Kelebihan Syampu Hijab:
Membersihkan dan melembapkan rambut dan kulit kepala.
Mengatur pengelupasan semula jadi kulit kepala menjadikan ia segar dan segar.
Mengimbangi pengeluaran sebum dan mengurangkan minyak yang berlebihan.
Ciri-ciri antioksidan melindungi rambut daripada kerosakan dan penuaan pramatang.
Meningkatkan dan memulihkan akar rambut untuk rambut yang berkilat dan sihat.
Menghalang rambut jatuh dan menghilangkan kelemumur.
Ia adalah sumber besi, potassium, mangan, kalsium, magnesium, fosforus, silika, iodin, silikon, sodium, dan belerang yang baik.
Ia mempunyai protein dan asid amino yang tinggi
Membantu dalam Pertumbuhan semula rambut
Membantu pertumbuhan semula rambut seperti daun jelatang kaya dengan silika dan sulfur yang menguatkan akar rambut, folikel, kulit kepala dan rambut membuat rambut berkilau dan sihat. Selain menghalang keguguran rambut. Ia juga membantu dalam memulihkan warna rambut asli. Ia adalah anti-radang dan rawatan yang sangat berkesan untuk kelemumur.
Ekstrak Chamomile
. Anti-radang
i. Anti-perengsa
ii. Anti-mikrob
Menenangkan dan Mengalakkan Pertumbuhan Rambut
Chamomile membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat. Ia membekalkan kulit kepala serta menyuburkan dan menguatkan folikel rambut, merangsang pertumbuhan helai rambut yang lebih kenyang, tebal dan sihat.
Minyak pokok teh
i. Anti-radang
ii. Anti-perengsa
iii. Anti-mikrob
iv. Anti-kulat
iV. Anti-bakteria
Vi. Antiseptik
Vii. Anti-virus
1. Secara semulajadi menenangkan kulit kepala gatal dan menghalang masalah rambut yang banyak seperti kelemumur, botak, psoriasis, dan kutu kepala. Ia mengurangkan keguguran rambut dan, sebaliknya, menggalakkan pertumbuhan rambut.
2. Tea Tree Oil boleh membuang sel-sel mati, menyekat folikel rambut, dan meningkatkan sistem imun yang kemudiannya dapat melawan jangkitan yang mengakibatkan keguguran rambut, dengan itu menghalang kutu dan kelemumur.
Melembutkan rambut dan mengekalkan kulit kepala bebas daripada jangkitan kulat dan bakteria, mencegah kulit kering dan gatal dan folikel rambut yang disekat.
Mengandungi kesan anti-androgenik yang menghalang hormon lelaki yang menyebabkan kehilangan rambut.
Membantu menghentikan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Ada Certified Halal * - Oleh Badan Pensijilan Turki.
Dibuat di Turki oleh Ekokimya
Ekokimya adalah pengilang yang sama dengan jenama penjagaan kulit organik yang disahkan premium Ecowell Organics; Pengilang sama ECOS3 detergen pembersihan rumah mesra alam - Label label bersertifikat
Bahan²: ●1 sudu besar biji ketumbar * ●1 sudu besar jintan manis* ●1 sudu besar jintan putih * ●1/2 sudu besar lada hitam* ●5 tangkai cili kering* ✔Sangai bahan2 bertanda* smp cili kering jd rapuh.. api slow je ✔Kisar kering smpai halus(ketepikan)
●1kg daging(potong nipis) ●5 ulas bwg merah kecik* ●4 ulas bwg putih* ●2 inci halia* ●2 inci kunyit hidup * ●4 btg serai* ●10 tangkai cili kering* ●3 sudu besar kerisik ●Minyak masak secukupnya ●Sekilo santan ●Garam ●Daun kunyit(hiris halus)
✔Kisar bahan2 bertanda * ✔Tumis bahan2 kisar smp garing@pecah minyak ✔Masukkan rempah yg dikisar halus td..kacau sebati ✔Masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri ✔Bila air daging dah agak kering sikit.. masukkan santan msk sampai pekat ✔Masukkan kerisik.. tabur daun kunyit
Yeayy.. macam biasa.. Lazada buat contest lagi.. TB pun join macam biasa walaupun macam biasa.. Takde pun sekali menang kat Lazada ni.. TB Redha je cuba je lagi.. dan lagi.. sampai tahap nak merajok dah.. hahahaha.. Tapi still menyebokkan diri join gak.. haha..
Hari ni dah 28 Ogos.. Hanya tinggal beberapa hari je lagi Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan kali ke-60 (2017),Pelbagai persiapan telah semua aturkan.. pastinya macam biasa bunga-bunga api akan menghiasi malam sambutan 31 ogos tu nanti kan.. Haa.. korang nak tahu.. Lazada pun turut memeriahkan kemerdekaan negara kita dengan mengadakan jualan hebat Merdeka! Merdeka! Sale.
Jualan Mega Lazada ini akan berlangsung dari 25 Ogos hingga 31 Ogos 2017, dimana terdapat diskaun istimewa sehingga 80%. Pelbagai barangan dan alatan yang pilihan korang boleh didapati dari Lazada Malaysia dengan tawaran potongan harga sangat rendah. Jangan lepaskan peluang ini!
Haa. Macam TB katakan tadi.. Lazada juga ada menganjurkan Contest Merdeka! Merdeka! Blogger Contest yang sedang berlangsung mulai 21 Ogos hingga 31 Ogos 2017 dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang memenuhi syarat penyertaan. Antara syarat penyertaan ialah.. perlu menjawap 2 soalan dibawah..
Merdeka! Merdeka! Blogger Contest
1. What do you love about being Malaysia?
TB gembira menjadi rakyat Malaysia kerana di Malaysia walaupun terdapat pelbagai kaum dan pelbagai bangsa iaitu Melayu, India, Cina, Kadazan, Iban, Suku Kaum Asli dan Suku Etnik Sabah & Sarawak, namun kehidupan di Malaysia amat aman dan sentosa kerana masing-masing saling menghormati Agama dan Bangsa satu sama lain. Walaupun beza agama dan budaya namun mereka semua hidup serumpun dan bersatu padu dalam sama-sama menjalani kehidpan harmoni di Malaysia.
Dan yang paling TB suka ialah kepelbagaian
2. Choose your favourite local brand here.
Jenama tempatan dan jenama buatan Malaysia yang menjadi kegemaran TB selama shopping di Lazada ialah PENSONIC. Kerana ia adalah salah satu produk elektrik/elektronik terbaik yang terdapat di Malaysia.
3. Select two product from that brand that you love. The Article must contain screenshots of the products mentioned.
Jenama : Pensonic Pensonic AE-600N Electric Oven 60L
Haa.. ini lah dia 2 produk yang menjadi pilihan TB.. kedua-duanya dari jenama Pensonic.
Haa.. TB nak jemput kawan-kawan semua untuk sama-sama memeriahkan contest di hari Merdeka ini.. jom join cepat! Merdeka! Merdeka! Blogger Contest.
Hadiah ditawarkan kepada pemenang ;
1st Prize : 1 x RM600 LAZADA Shopping Voucher
2nd Prize : 2 x RM300 LAZADA Shopping Voucher
3rd Prize : 3 x RM200 LAZADA Shopping Voucher
Jangan lupa ye!! shopping online di Lazada cepat!! tengah jualan mega ni.. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sales sedang berlansung bermula 25 Ogos ini hingga 31 Ogos 2017 dengan potongan discount sehingga 80%.cepat2 terjah website Lazada!
Yeayy.. Alhamdulillah.. akhirnya blog tengkubutang.com dah cecah 6 juta pageview.. syukur alhamdulillah.. harap blog TB akan sentiasa menjadi blog yang konsisten.. harap sangat banyak rezeki masuk melalui ber blog ni.. Alhamdulillah... TB dah start 'merasa' keindahan dan pulangan 'istimewa' sebagai Blogger..
TERLEPAS SCREENSHOOT PAGEVIEW
BLOG YANG DAH CECAH 6 JUTA
Alahai.. tak pernahnya sempat nak screenshoot tepat-tepat, mesti terlepas jugak.. hahaha.. tapi tak mengapalah, nak buat macxam aman kan.. dah kita pun bukannya asik nak dok depan pc sesaja.. kena buat macam-macam kerja lain kan.. job review pun banyak tengah Q.. TB tengah usaha nak siapkan satu-satu.. Alhamdulillah.. murah rezeki blog TB ni.. walaupun TB tak caj tinggi sangat tapi boleh gak buat tambah-tambah poket kan.. beli susu anak ke, mainan anak ke.. baby food anak ke.. hehehe.. So, ada sape-sape nak review produk korang? leh je email TB di tengkubutang@gmail.com yea.. harga cas murah-murah aje.. siap pakej lagi.. hehehe..
Yang ni TB baru screenshoot jap ni tadi.. dah ada banyak ni dah.. hope sampai hujung tahun target nak 7 juta gak .. kalaulah dapat kan.. hehehehe.. bestnya kalau dapat target 6 juta dan 7 juta dalam tahun yang sama.. insyaAllah..
Yang atas ni gambar screenshoot konon nak countdown ke 6 juta la kannn.. tapi terlopaih pulokk.. hahaha.. tak mengapalah.. lain kali try screenshoot ke 7 juta plak.. yeayyy!!!!
Terpesona Dengan Wangian ENCHANTEUR STUNNING Eau de Toilette
Huuu.. tak tahu nak cerita macam mana masa buka parcel dan nampak satu kotak yang cantik berisi produk Enchanteur! TB memang suka sangat dengan produk dari brand Enchanteur ni tauu! Sebelum ni TB selalu beli lotion dan mandiannya, sangat-sangat wangi.. TB berasa teruja bila pakai produk Enchanteur ni.. Oh ya, sebelum ni TB ada juga buat entri tentang Enchanteur , korang boleh baca kat SINI dan SINI yea.. ada banyak lagi produk Enchanteur yang TB rasa terpesona nak mencuba. Seriuss semuanya wangi-wangi dan wangian tu tahan lama..
TB suka buat macam mana tau.. TB suka pakai mandian Enchanteur masa mandi (Romantic/Charming antara yang TB selalu guna dulu), lepas tu selepas mandi TB akan sapu hand and body lotion pada seluruh badan.. wangi dan segar je rasa badan tau.. sebab lotion tu sangat senang obserb dan sangat melembapkan kulit.. Nak pulak pakai sebelum tidur, fuh.. lena sampai ke pagi korang tau.. haha..
Ok lah.. nak tengok apa yang TB dapat masa buka parcel kelmarin? jom tengok .. hehehe.. Alhamdulillah wangian Enchanteur sentiasa menjadi pilihan nombor satu TB hingga kini..
Lawa kotaknya.. Baldu gitu..
Warna box dia pun kaler kegemaran TB.. yeay!!
Siap ada cermin lagi tuu..
fuh.. ada 5 produk didalamnya..
TB memang melompat suka bila tengok produk Enchanteur ni.. TB happy sangat-sangat.. wangian kegemaran katakan.. dulu kini dan selamanya..
Haa.. jom kita baca tentang satu haruman baharu dari produk Enchanteur yang sangat menarik untuk diperkenalkan iaitu, Stunning! TB suka sangat konsep untuk haruman terbaru ni.. sangat elegan dan sangat sedap mata TB memandangnya.. TB suka botol wangian EDT nya.. sebab ada bentuk curve badan wanita dan penutupnya ala-ala bunga ros sedang kembang gitu.. selain tu TB suka warna tema packaging botol nya.. sangat fuyooo.. haha.. Selain tu kan, TB suka sangat bau dia.. alahai.. lembut dan wangi.. rasa macam segar je bau dia.. Selain tu, Lotion dia seperti sebelum ni, mudah absorb, melembapkan dan melembutkan kulit kita.. TB suka sangat-sangat.. haaa..
Haa.. ini komen TB tentang haruman terbaru ni, untuk baca info yang lain tentang haruman terbaru ni, jom baca info seterusnya kat bawah ni yea..
Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona
“Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C
Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.
ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.
Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.
ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung, manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.
ENCHANTEUR Eau De Toilette
boleh didapati pada harga runcit RM28.20
(termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml.
Losyen Enchanteur
( boleh didapati dalam pelbagai saiz )
berharga dari RM5.40 hingga RM17.60.
Deodoran Enchanteur
( hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan )
berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40
Bedak Enchanteur
( didapati dalam saiz Besar dan Kecil )
berharga dari RM4.40 hingga RM11.80.
Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi.