Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

14 Januari 2019

Resepi Biskut Raya - Red Pearl Mudah dan Sedap!




Resepi Biskut Raya - Red Pearl Mudah dan Sedap!

Raya lagi 10 hari je.. tapi TB satu kuih raya pun tak buat lagi tau.. Hemm.. yang benarnya.. nak buat tu teringin gak.. sebab masa zaman anak dara dulu teman la yang rajin buat biskut raya kat kampung tu.. bila dah kahwin dan dok KL semuanya tinggal macam tu je.. hahaha.. Ni terasa nak buat kukis sendirila pulak sejak harraz pun dah pandai makan kukis.. heee,, so, TB nak tepek dulu resepi yang mudah-mudah kat blog ni.. nanti.. boleh iktu sini je.. 

Kali ni TB share dulu Resepi Biskut Raya - Red Pearl Mudah dan Sedap! seba tengok memang nampak mudah pun kan.. taktau lah harraz suka ke tak.. eh buat kuih semata-mata sebab harraz je ke? hahahaha.. adoii

Bahan A
  1. 250gm Butter/Margerin - saya guna Pelangi je
  2. 500gm tepung gandum - ikut keperluan
  3. Setengah cawan gula Custor - (kalau takde..guna je gula biasa yg dah blend..kalau malas masukkan je gula biasa tu takyah pening2.. hehe)
  4. Esen vanila



Bahan B (nak lebihkan pun takpe..lagi sedap)
2 cawan Cornflakes - ramas
200gm Coklat Cips
200gm Almond Nips
Ceri merah potong 4 memanjang

Cara : 
  1. Masukkan butter, gula & esen vanila - kacau sebati..tak perlu pakai mixer ye..                            kacau pakai senduk je cukup..
  2. Masukkan tepung gandum sikit2 - uli sampai tepung tak lekat kat tangan.
  3. Masuk & gaul bahan B.
  4. Cubit2 je doh - takyah pakai acuan bagai
  5. Hias dengan ceri
  6. Bakar suhu 160c selama 30 min (ikut oven memasing)
  7. Siap..

Sedapnya alahai.. hasil kejadian biskut orang ni.. adoi.. kerupkrup depan tv sedap nii..layannnzzz



Credit photo n resepi :
Nor Asfah Mohd Ali


02 Januari 2019

ALTHEA STAY FRESH BODY SPARKLING MIST | ALTHEA's FIRST BODY MIST!


ALTHEA STAY FRESH BODY SPARKLING MIST
| ALTHEA's FIRST BODY MIST!


Dalam lama giler TB tak wangikan diri dengan Spray Body Mist.. Last pakai body kist ni masa zaman kerja dulu.. hehehe.. bau segar je.. Lepas dah kahwin ni TB suka pakai perfume jenis semburan dan paling malas pun suka yang jenis calit-calit tu.. hahaha..


Hinggalah TB ter try satu Spray Body Mist yang wangi dan lembut ni.. iaitu produk terbaru Althea Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist . Ramai giler yang share kata best Body Mist ni.. dan ramai yang restock lepas cuba sebotol Althea Stay Fresh Body Sparkling ni. Kalau korang nak dapatkan Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist  ni.. Korang boleh dapatkan di website yang TB share kat bawah sekali ni ye.. Produk ni hanya boleh didapati di Althea Korea sahaja tau.. tempat lain takde jual.. huhu.. eksklusif kan!



Nak tahu tak? Untuk Produk Althea terbaru ni, Titi Kamal, seorang pelakon dan penyanyi dari Jakarta Indonesia telah berkolaborasi bersama Althea Korea untuk mengeluarkan Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist  yang pertama sekali dari Jenama Althea! Yeah!

Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist  merupakan wangian badan yang dihasilkan daripada bauan bunga-bungaan dan juga buah-buahan seperti sweet orange, fresh peach dan elegant rose.  dan apa yang menariknya.. bauan lembut ini dihasilkan daripada bauan kegemaran Titi Kamal sendiri.

Kolaborasi antara Titi Kamal dan Althea Korea ini juga merupakan Althea's FIRST celebrity collaboration tau!

Haa.. jom kita tengok apa pula kandungan Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist  ni yea.. Rasa terang biji mata tengok gambar bawah ni.. korang lak? macam mana? haha.. 



Bahan Utama Yang Terdapat Dalam  
ALTHEA STAY FRESH BODY SPARKLING MIST


Damask Rose Water : Memelihara kulit dari dehidrasi dan memberikan bau haruman yang lembut dan menyenangkan deria bau.
Minyak Jeruk Manis : Bau yang menyegarkan 
Ekstrak Bunga Elder : Mendinginkan dan menenangkan kulit serta memberikan haruman feminin


APA YANG TB SUKA TENTANG 
ALTHEA STAY FRESH BODY SPARKLING MIST NI?

Bau dia lembut, segar dan nyaman sebab kandungan Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist ni sangat lembut dan membuatkan TB rasa segar sepanjang hari, tengok sahajalah kombinasi bauan bunga dan buah seperti sweet orange, fresh peach dan elegant rose tu pun kita dah tau bau lembut yang macam mana .. Best!

Botol dia pun sederhana.. tak besar sangat dan ringan je nak letak dalam beg.. So, Masa balik kampung selama 10 hari ritu, sempat jugak TB bawa balik ipoh-taiping.. hahaha.. mengembara dalam beg bersama TB lah Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist ni selama 10 hari.. hehehe.. 

Tekstur dan Cara Guna :
Kalau bercakap pasal tekstur dia.. TB suka sebab ia tak melekit atau berminyak pun bila spray pada badan, bau pun wangi dan segar.. bau yang tak menusuk hidung TB.. orang bau kita pun rasa tenang je.. cewahh.. hehehe.. TB selalu guna spray mist ni lepas mandi.. spray kat badan dan confirm bau wangi je sampai petang.. i likee..

Sesuai Untuk Semua Kulit ..

Haa.. kalau korang nak dapatkannya.. boleh je lawati website yang TB share kat sini .. harganya murah aje.. RM35.. hanya boleh didapati di website Althea je tau!


Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist
RM 35 (100 ml)





Pore Purifying Serum Cleanser Althea | Menanggalkan Makeup Sambil Merawat Kulit Wajah


Pore Purifying Serum Cleanser Althea |
Menanggalkan Makeup Sambil Merawat Kulit Wajah

Gabungan kekuatan pembersih dengan serum telah menarik minat TB masa pertama kali guna.. produk terbaru dari Althea iaitu Pore Purifying Serum Cleanser Althea ni  bertindak menanggalkan makeup, kotoran, dan minyak pada wajah dengan ekstrak pudina sambil memastikan kulit tetap segar dan terhidrat sepanjang masa 

Sistem sel kelembapan ganda yang menyelubungi kulit dalam formula serum ni berfungsi menghalang kulit daripada mengering dan berkesan meminimumkan liang-liang pori yang besar, menjadikan ia licin apabila disentuh.. woww kan!.


TB memang perlukan produk untuk bersihkan makeup, dan dah banyak TB cuba juga.. Pore Purifying Serum Cleanser  ni dah masuk list yang TB suka guna.. nanti TB akan order lagi untuk buat stok.. sebab ia serasi dengan kulit TB.. Almaklumlah kulit sensitif kan.. 

Apa yang TB suka juga produk ini juga membantu mengimbangi tahap PH kulit untuk memastikan ia berfungsi dalam bentuk tip-top! Paling penting, ia lembut di muka dan sesuai walaupun bagi kita yang mempunyai kulit sensitif.


TB dah try pakai dan TB rasa best sangat sebab TB rasa kulit macam sejuk je.. dan terasa kulit lembap, ini kerana Pore Purifying Serum Cleanser Althea ni mengandungi ekstrak mint yang menjadikan kulit muka terasa sejuk dan terhidrat.


Jom kita tengok apa kandungan bahan-bahan yang terdapat dalam Pore Purifying Serum Cleanser ini :
  1.  Mint Leaf Extract - Menyejukkan dan dan menenangkan kerengsaan pada kulit
  2.  Jojoba Seed Oil - Memberikan kelembapan pada kulit yang kering
  3.  Tea Tree Leaf Extract - Membantu membersihkan kulit kerana sifatnya yang antibakteria

Cara Guna Pore Purifying Serum Cleanser Untuk Tanggalkan Makeup :


Tuangkan sedikit pada tapak tangan atau kapas muka





Lakukan urutan secara membulat pada seluruh wajah untuk tanggalkan makeup. Kemudian cuci wajah menggunakan air bersih.
Note : Lepas guna takde rasa iritasi pada kulit TB yang sensitif ni.. so.. will repurchase lah lepas ni.. hehe

Cara Guna Pore Purifying Serum Cleanser Untuk Mencuci Muka :

  1. Basahkan wajah 
  2. Tuang sedikit pada pada tapak tangan dan sapu rata pada wajah
  3. Kemudian urut perlahan secara membulat dalam beberapa saat dan bersihkan menggunakan air.
Note : Rasa sejuk Mint tu best.. rasa muka terhidrat dan ia juga boleh bantu buang kulit mati pada wajah kita tau! 

So, Bagi sesiapa yang mementingkan kecantikan dari 1 step hinggalah ke step terakhir tanggalkan makeup, bersihkan wajah dan letak serum sebelum tidur tuuu, cepatlah dapatkan Pore Purifying Serum Cleanser  ni juga yea.. harga pun berbaloi.. 

Pore Purifying Serum Cleanser

Harga : RM33 sebotol (saiz 150ml)



30 Disember 2018

MEGA-C Plus Bioflavonoid


MEGA-C Plus Bioflavonoid 


Sebut sahaja BiO-LiFE pasti semua orang tahu kan.. Sebab  BiO-LiFE Malaysia ni dah terkenal di pasaran selama lebih dari 30 tahun.

Bagi yang tidak tahu, BiO-LiFE Malaysia adalah sebuah Syarikat yang komited untuk menghasilkan pelbagai produk kesihatan yang menyeluruh disamping menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan melalui peningkatan dan inovasi yang berterusan.



Terkini! BiO-LiFE Malaysia telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Vitamin C dengan Bioflavonoid yang pertama kali didatangkan dengan serbuk didalam sachet .

MEGA-C Plus Bioflavonoid iaitu Vitamin C berbentuk serbuk didalam sachet ini adalah Vitamin C dalam bentuk aksorbat.



MEGA-C Plus Bioflavonoid ini juga mempunyai kandungan    Vitamin C yang tinggi dalam 1 sachet, mesra dengan perut, menyerap dengan lancar kerana mempunyai Bioflavonoid, paling best ianya tanpa gula tambahan..
.
Sehari 1 sachet sahaja.. dalam 1 sachet ni mengandungi dos vitamin C yang tinggi iaitu 1000mg.

Rasanya pula best sebab rasa limau memang kegemaran ramai..


TB pun suka sebab sachetnya bersaiz kecil so, mudah sangat nak bawa masa travel..

Nak senang.. buat macam TB, letak air siap2 dalam shaker ni.. pastu sampai kat mana-mana.. terus koyak sachet tu, tuangkan aje MEGA-C Plus Biofalovoid ni kedalam shaker tu, dan goncang2.. minum terus!

Haa.. buat mereka yang tak tahu tu.. Vitamin C ni sangat diperlukan untuk setiap orang kerana ia memainkan peranan penting dalam membina sistem imuniti / kesihatan badan kita dan seterusnya mampu memerangi jangkitan patogen yang berbahaya kepada tubuh badan kita

Dan antara faktor yang menyebabkan sistem imuniti kita lemah ialah apabila kita sering terdedah dengan pencemaran, perubahan suhu, tekanan yang kronik, gaya hidup tidak sihat, dan juga kurang bersenam..

Sekarang jom kita baca pula betapa pentingnya Vitamin C dengan Bioflavonoid untuk tubuh badan kita  :

  • Menguatkan Sistem Kesihatan Badan 
  • Membanteras Kerosakan yang disebabkan oleh radikal-radikal bebas
  • Mengekalkan Kesihatan Umum
  • Antioksidan yang tinggi

Ramai antara kita yang tidak tahu punca atau gejala-gejala Kekurangan Vitamin C so dibawah ni TB kongsikan gejala-gejala nya ye..

  • Skurvi
  • Gusi Berdarah
  • Penyembuhan Luka Yang Perlahan
  • Hidung Yang Berdarah
  • Rambut Kering dan Bercabang
  • Kulut Kering Dan Bersisik

MEGA-C Plus Bioflavonoid ni sesuai untuk :

  • Pelancong / Pengembara
  • Perokok
  • Warga Emas
  • Eksekutif Yang Stress Bekerja
  • Individu yang ingin menambah kandungan vitamin C dalam badan
  • Individu yang mengalami masalah gastrik – perut sensitif





Cara Penggunaan mudah je :
Larutkan Satu Sachet MEGA-C Plus Bioflavonoid bersama 1 gelas air sejuk dan minum satu kali sehari.

Dibawah ni TB nak share berberapa info lagi tentang MEGA-C Plus Bioflavonoid, jemput baca yea.  moga bermanfaat..

Apa itu Bioflavonoid?
Bioflavonoid merupakan pigmen semulajadi yang memberikan warna kepada buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia juga mempunyai fungsi sinergistik dengan vitamin C untuk meningkatkan kesihatan, dan ianya telah menunjukkan dapat meningkatkan penyerapan vitamin C.


Apa itu Mega C Plus Bioflavonoid?

MEGA-C Plus Bioflavonoid merupakan vitamin C yang berdos tinggi dalam bentuk kalsium askorbat dan ianya diperkaya dengan bioflavonoid. Bioflavonoid membantu meningkatkan penyerapan dan penggunaan vitamin C dalam badan kita.

Oleh itu, Mega C Plus Bioflavonoid merupakan pilihan vitamin C yang terbaik dan mesra untuk perut.

TB dah try minum dan TB rasa takde gejala sakit perut pun lepas minum.. dan rasa sedap je.. 

MEGA-C Plus Bioflavonoid membantu mengekalkan kesihatan yang baik dimana Vitamin C membekalkan antioksidan kepada tisu yang mengalami stress yang disebabkan oleh radikal-radikal bebas.

Vitamin C khususnya diperlukan oleh aktiviti enzim yang terlibat dalam metabolisme kolagen, hormon, asid amino, dan carnitine

Berapakah dos yang disarankan?
Dewasa:
Ambil SATU paket sehari bersama makanan, larutkan ke dalam 125ml air.


Apakah ciri-ciri Mega C Plus Bioflavonoid?


  1. Vitamin C dalam bentuk askorbat – mesra untuk perut
  2. Vitamin C berdos tinggi (1000mg) dalam bentuk paket
  3. Diperkaya dengan bioflavonoid untuk meningkatkan penggunaan dan penyerapan vitamin C dalam badan
  4. Tiada gula tambahan, sesuai untuk pesakit diabetes
  5. Dalam bentuk paket yang kecil dan kurang berisiko untuk mengalami pengoksidaan

Apa itu kalsium askorbat?
Kalsium askorbat adalah vitamin C yang berbentuk garam buffer. Kalsium direaksikan dengan asid askorbik untuk mengurangkan sifat asid dalam vitamin ini, lalu menjadikannya bersifat lebih lembut dan sesuai untuk individu yang mempunyai saluran gastro-usus yang sensitif.



Haa.. kalau korang nak dapatkannya bolehlah ke Watson dan farmasi Caring atau farmasi-farmasi lain yang berdekatan dengan harga RM 55 sahaja..

Dalam satu kotak ni ada 30 paket .. so .. bertahanlah untuk 30 hari sebab sehati 1 sachet aje..

#BiolifeMalaysia #VitaminCsachet # MegaCPlus #Bioflavonoid

untuk info lebih lanjut : 




27 Disember 2018

Waktu Imsak & Berbuka Puasa Bagi Kawasan SABAH 2019


Waktu Imsak & Berbuka Puasa Bagi Kawasan SABAH2019

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa & imsak sepanjang bulan Ramadhan 1440H / 2019M bagi seluruh negeri SABAH, sepertimana dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Untuk rujukan anda, di sini disertakan juga Lafaz Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa bulan Ramadan.

Seluruh Negeri SABAH

Waktu Imsak & Berbuka Puasa Bagi Kawasan JOHOR 2019



Waktu Imsak & Berbuka Puasa Bagi Kawasan JOHOR 2019

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa & imsak sepanjang bulan Ramadhan 1440H / 2019M bagi seluruh negeri JOHOR, sepertimana dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Untuk rujukan anda, di sini disertakan juga Lafaz Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa bulan Ramadan.

Seluruh Negeri JOHOR





Waktu Imsak & Berbuka Puasa Bagi Kawasan WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2019


Waktu Imsak & Berbuka Puasa Bagi Kawasan LABUAN 2019

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa & imsak sepanjang bulan Ramadhan 1440H / 2019M bagi seluruh negeri LABUAN

Untuk rujukan anda, di sini disertakan juga Lafaz Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa bulan Ramadan.

Seluruh Negeri LABUAN


Waktu Imsak & Berbuka Puasa Bagi Kawasan MELAKA 2019


Waktu Imsak & Berbuka Puasa Bagi Kawasan MELAKA 2019

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa & imsak sepanjang bulan Ramadhan 1440H / 2019M bagi seluruh negeri MELAKA, sepertimana dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Untuk rujukan anda, di sini disertakan juga Lafaz Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa bulan Ramadan.

Seluruh Negeri MELAKA


Waktu Imsak & Berbuka Puasa Bagi Kawasan NEGERI SEMBILAN 2019


Waktu Imsak & Berbuka Puasa Bagi Kawasan NEGERI SEMBILAN 2019

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa & imsak sepanjang bulan Ramadhan 1440H / 2019M bagi seluruh negeri NEGERI SEMBILAN, sepertimana dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Untuk rujukan anda, di sini disertakan juga Lafaz Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa bulan Ramadan.

Seluruh Negeri SEMBILAN





Waktu Imsak & Berbuka Puasa Bagi Kawasan SELANGOR 2019


Waktu Imsak & Berbuka Puasa Bagi Kawasan SELANGOR 2019

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa & imsak sepanjang bulan Ramadhan 1440H / 2019M bagi seluruh negeri SELANGOR, sepertimana dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Untuk rujukan anda, di sini disertakan juga Lafaz Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa bulan Ramadan.

Seluruh Negeri SELANGOR




Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers