Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

25 Mei 2019

EmrysHome & Flexwarm Heat Belt Melegakan Kekejangan Perut / Senggugut Semasa Haid ( Menstrual Cramp )


EmrysHome & Flexwarm Heat Belt
Melegakan Kekejangan Perut / Senggugut
Semasa Haid ( Menst8rual Cramp )


Sebagai wanita, ketika datang haid korang pernah tak mengalami kekejangan/senggugut di bahagian perut seperti yang TB alami.. Pastinya korang juga begitu kan? walaupun tak semua wanita yang akil baligh akan merasai kekejangan dibahagian perut ketika haid,

namun TB yakin beberapa peratus daripada semua wanita di luar sana mempunyai pengalaman yang sama.

Sakit tu datang berbeza-beza, tak sama.. Sesetengah wanita mengalami kesakitan dan kekejangan / senggugut pada permulaan haid dan ada pula yang dipertengahan haid serta ada jugak seminggu sebelum haid  disebabkan oleh kontraksi rahim yang tidak normal dan penyempitan blok dalam myometrium.

Ia menyebabkan TB jadi rasa lemah sangat dan tak boleh nak bergerak bebas, kesakitan itu juga akan menjejaskan abdomen bahagian bawah TB yang terasa macam berdenyut-denyut seolah-olah macam  rahim tu kena perah tau..  Nak pulak sakit tu datang sekali dengan pakej.. maksud TB lengkap dengan sakit belakang belakang, mual dan sakit kepala. 

Apa yang TB akan lakukan sebelum tiba haid, TB akan segera minum air suam banyak-banyak (sampai rasa nak termuntah dah) dan rasa nak terkucil sesaja.. dan Kadang cara itu (minum air) berkesan kurangkan senggugut tapi adakalanya tak menjadi pun..

So TB terpaksa mencari solusi lain untuk memastikan senggugut tak teruk sangat.

Apa yang boleh TB lakukan apabila mengalami senggugut adalah dengan menuam perut dengan menggunakan botol air panas dimana TB akan perlahan-lahan letak botol panas tu diatas perut sambil ubah-ubah kedudukan botol itu ke seluruh bahagian perut yang sakit..

Selain itu TB ada juga terbaca yang kita juga boleh mengurangkan kesakitan senggugut tu dengan cara melakukan senaman ringan, mandi air suam, ataupun jalan terakhirnya makan ubat..

huhu..TB pernah sekali tu tak tahan sangat sakit, dan kebetulan pula pada hari raya.. so, TB akan telan je 2 biji Panadol Active Fast , kebetulan TB pun tengah sakit kepala masa tu.. elok je telan 2 biji panadol dalam 1-2 jam TB dah rasa lega sikit.. Kalau tak melepek je atas katil tahan sakit.. Itu je cara yang TB buat untuk kurangkan sakit..

Haaa,, terbaru Di samping semua kaedah kat atas ni, TB terbaca tentang satu alat yang boleh melegakan simptom senggugut semasa haid ni.. Alatnya sangat unik dan TB betul-betul tertarik nak cuba.. Mungkin alat ni boleh bantu melegakan senggugut TB tiap bulan siapa tahu kan?

So, TB pun mendapatkan alat tu..Nak tahu apa nama alat tu? Alat tu namanya  Flexwarm Heat Belt  dari EmrysHome,




Kebetulan TB memang sedang haid ketika itu, so TB dapatlah test buat pertama kalinya. Flexwarm Heat Belt by EmresHome  ini dapat membantu mengurangkan kesakitan TB ketika senggugut melanda waktu haid. Oh ya.. Flexwarm Heat Belt by EmresHome  bukan hanya digunakan untuk sakit senggugut haid je tau,kalau korang rasa perut takselesa pun boleh try pakai Flexwarm Heat Belt by EmresHome ni, mesti akan rasa perut lega sedikit..

Flexwarm Heat Belt by EmresHome ni juga bukan sahaja boleh digunakan di bahagian perut kita je, malah boleh juga digunakan pada leher atau kaki kita kalau kita merasa sakit disitu. TB saja try letak pada kawasan selain daripada tu, seperti bahagian bahu dan belakang badan.. rasa lega sangat korang uii..

Senang citer korang boleh letak dimana-mana bahagian yang korang rasa sengal-sengal or sakit selama sekurang-kurangnya 20 minit, InsyaAllah ia akan mengurangkan rasa sakit tu.. cubalah.. 

Flexwarm Heat Belt by EmresHome ni ciri-cirinya sangat mudah digunakan dan mudah alih. Reka bentuk ultra tipis dan ringan menjadikannya sangat mudah dan sesuai untuk masa rehat kita. Material dia yang jenis lembut dan selesa di pakai di bahagian perut buat TB rasa syok je memiliki produk ni..








Lembutnya alahaii.. Syok pakai #flexwarm dari @EMRYSHOME ni... Kepanasannya terasa macam pakai lotion panas kat perut.. Lepas ni tak perlu nak tuam perut guna botol panas dah.. sebab pakai tali pinggang panas ni selesa sangattt.. rasa macam bertungku lakkk.. tunggu review tb di blog tentang hot belt ni.. memang syokk . . Oh ya.. dari hari tu TB tunjuk gambar je kan.. korang mesti tertanya2 apa benda ni.. haha . . Ini namanya Flexwarm Menstrual Pain Relief Heat Belt dari @emryshome iaitu tali pinggang panas yang mudah alih dan fleksible sangat digunakan dimana2 saja.. . . Boleh lipat, boleh basuh dan cara nak pakai pun mudah sangat. Korang hanya perlu sambungkan kabel pada belt ini dengan powerbank & masukkan powerbank di poket yang disediakan. . . Tekan suis ON selama 3 saat & dalam masa 5 saat kepanasan tu akan terasa. Pastu yang bestnya korang boleh pilih tahap kepanasan yang korang nak.. . . Lampu bewarna biru kepanasan tahap biasa,warna kuning panas sedikit, warna merah kepanasan paling tinggi.. tapi taklah panas lebur tu.. panas ala2 sedap gitu.. macam panas bertunku tuu. . Mana nak dapatkan #FlexwarmMenstrualPainReliefHeatBelt 👉🏻 www.emryshome.com 👉🏻 www.emryshome.com 👉🏻 www.emryshome.com Haa kalau beli sekarang untung tau sebab ada diskaun 18% . . . So, beli sekarang dan guna kod :::: TM18 ::: ni masa checkout tu. . . #emryshome #emryshomeflexwarm #flexwarm #flexwarm #dntaddlatez
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on


Kita hanya perlu ikatnya di belakang, pinggang, perut, bahu dan lutut atau mana-mana bahagian badan kita yang kita rasa tidak selesa untuk memberi kita kelegaan dari  kesakitan.

Haaa.. nak kata mudah alih tu macam mana? hehe.. ia sangat mudah dipakai dan kita boleh memakainya tak kira masa, tak kira dimana-mana.. nak pakai time pergi membeli-belah, pakai kat rumah, pakai semasa berjalan ke ataupun pakai time nak tidur pun boleh .. Best kan..

Dengan teknologi aeroangkasa, Flexwarm Heat Belt by EmresHome mempunyai fius suhu tinggi yang boleh mengalihkan suhu secara tiba-tiba untuk melindungi perut kita tanpa rasa bimbang. Sabuk laras dengan baldi sesuai dengan saiz badan.

Terapi Inframerah Jauh ("Terapi FIR") terbukti secara saintifik untuk menjadi lebih berkesan daripada terapi haba konvensional kerana ia menembusi lebih jauh ke dalam kulit kita tanpa menyebabkan kecederaan kulit. Graphene menghasilkan inframerah panjang gelombang dari 6-14um apabila menghasilkan pemanasan, yang dapat diserap dengan mudah oleh tubuh manusia kita.

Powerbank (Pelabuhan Pengecasan Magnetik) berfungsi dengan kabel pengecas USB dan ia serasi dengan kebanyakan telefon mudah alih. Caranya mudah, hanya sambungkannya tali pinggang panas dengan powerbank korang untuk mendapatkan sumber kuasa. Oh ya ada disediakan Poket kecil pada tali pinggang tu untuk korang kita letak powerbank korang.

Teknologi pemanasan Flexwarm mencapai kedalaman perut bawah kita yang membuat kita berasa hangat. Suhu rendah ialah 40 ° C, sederhana pada 50 ° C dan suhu tinggi pada 65 ° C. Biasanya TB akan pilih suhu sederhana 50 ° C dengan haba yang selesa sesuai dengan ketahanan perut TB ni.. heheh..


Lampu Bewarna Biru Bermaksud Suhu Paling Rendah



Lampu Bewarna Oren Bermakna Suhu Sederhana



Lampu Berwarna Merah Bermakna Suhu Maksimum

Bahan pemanasannya diperbuat daripada serat karbon, yang selamat, lembut dan lebih sihat daripada kaedah asal. Ia dibuat dari lycra dupont yang paling mahal, yang tipis dan bernafas untuk memastikan keselesaan, ketahanan dan penampilan. Ia juga diuji oleh data radiasi keamatan gelombang elektromagnet dan ujian itu berada dalam lingkungan yang selamat, yang boleh digunakan dengan selamat oleh orang tua dan kanak-kanak.



Tekan bulatan seperti di atas 
untuk MULAKAN pemanasan


Flexwarm Heat Belt by EmresHome sangat mudah digunakan. Hanya letakkan tali pinggang di bahagian rahim korang dan letak powerbank korang ke dalam beg kecil yang disediakan. Pasangkan kabel kuasa USB ke powerbank dan tekan untuk menghidupkan kuasa. Tekan dan tahan selama 1.5 saat untuk menghidupkan atau mematikan, kemudian pilih suhu yang korang mahu. Warna biru mempunyai suhu yang paling rendah, mengikut warna kuning dan merah jika korang mahu berasa lebih panas.

Terapi Flexwarm Heat Belt by EmresHome sangat bagus sangat apabila TB pakai ketika Menstruasi. Paling best ia berfungsi untuk sehingga 100,0000 jam, yang bermaksud bahawa kita boleh menggunakannya untuk 4,166 hari atau lebih daripada 10 tahun.

Kalau alat ini boleh melegakan kesakitan kita maka tak rugilah kita melabur duit membeli alat ini kan ,sekurang-kurangnya setiap bulan kita takkan merasa kesakitan / senggugut yang teruk sampai membataskan aktiviti harian kita, betul tak?


Harga tali pinggang panas ni ialah hanya RM199 dan kalau korang beli pada masa sekarang ni, korang akan dapat powerbank secara PERCUMA.



Dan korang boleh dapatkan harga diskaun sebanyak 18g off discount. Cuma isi je kod TM18 semasa checkout nanti..  Haa.. Apa lagi, jom daftar cepat..

Kalau korang daftar sebagai pembeli baru korang pun boleh menikmati diskaun sebanyak 18%.

Apa yang TB suka dengan  Flexwarm Heat Belt by EmresHome   ialah :


  1. Materialnya ringan dan lembut
  2. Mudah dibawa kemana-mana
  3. Fabrik yang selesa dipakai di badan
  4. Design tempat letak powerbank yang menarik
  5. Memanaskan perut tidak kira masa, diamana saja berada
  6. Selesa dipakai, nakpakai sendiri pun senang tanpa bantuan orang lain
  7. Tempoh warmup cepat, dalam masa 3 minit dah start panas
  8. Belt bersaiz sederhana tetapi mampu cover bahagian perut dengan sepenuhnya 
  9. Rasa tenang dan selesa sangat semasa memakai belt ni..
  10. Selepas dah guna boleh lipat dan juga boleh dicuci juga tau..
  11. Selamat tinggal senggugut...

Untuk Info lanjut sila layari laman web di bawah:



EmrysHome Flexwarm Menstrual Pain Relief Heat Belt; EmrysHome & Flexwarm Therapy Menstrual Cramp Warming Belt.


Facebook/Instagram:

Webiste: 




21 Mei 2019

Ransomware Norvas ( Vengisto ) Serangan Virus Terbaru Yang Bisa Melumpuhkan dan Meranapkan Data!!!!!


Ransomware Norvas ( Vengisto ) Serangan
Virus Terbaru Yang Bisa Melumpuhkan
dan Meranapkan Data!!!!!


Tak tau nak kata apa dah.. Sebenarnya TB mengharapkan masalah ni dapat diselesaikan malam tadi.. TB mengharapkan PC yang terkena Virus tu dapat dihentikan penyebaran virus tu agar ada file-file yang dapat diselamatkan. Pada mulanya TB tak sedih sangat pun bila petang semalam hubby TB beritahu yang PC terkena virus, sebab sebelum ni pun dah pernah kena juga dan file-file masih sempat diselamatkan. Itu adalah kerana virusnya tak lah sekuat mana dan boleh dipatahkan terus dari menular ke bahagian lain.. hanya sedikit sahaja data yang hilang dan yang bakinya masih dapat diselamatkan..

Namun, kali ni TB rasa kecewa dan sedih sebab rupanya Virus kali ni memang luarbiasa hebatnya hingga berjaya melumpuhkan dan meranapkan data-data dalam PC kami.. Apa yang TB paling sedih ialah.. gambar dan video koleksi harraz masa baby pun hilang macam tu je.. Ya Allah.. bab yang ni lah yang buat TB rasa sedih yang amat sangat..

Ada banyak video dan gambar Harraz masa baby yang TB simpan dalam PC tu.. dan hubby memang khas kan satu bahagian  ( HDD 1 TB ) khas untuk kerja-kerja blog TB dan juga apa-apa video atau gambar yang TB save supaya tersusun dan tak bercampur dengan gambar-gambar lain.. 

Korang tau.. dalam PC tu ada satu video yang sangat-sangat TB sayangg.. Video Harraz masa umur 7 bulan, harraz pegang lengan TB sambil bersandar kepala, sambil manja2 dan senyum dengar lagu Teddy Bear Jangan Menangis (Didi N Friend) .. Video tu sebenarnya dari sehari ke sehari TB nak edit dan upload kat Youtube.. tapi asyik tertangguh-tangguh aje.. lastly jadi macam ni.. Ya Allah.. sayunya hati.. Kecewa sangat-sangat..

Masa mula-mula kena tu, Hubby beritahu TB yangl PC tu macam dah kena Virus Je, sebab asyik keluar popup apa entah.. Tapi masa tu hubby tak terfikir lah Virus apa.. Lagi pun dia tengah sibuk siapkan kerja design untuk office dia masa tu..

dan hubby syak Virus tu datang dari site-site yang share FREE SOFTWARE tu.. Sebab hubby kata dia sedang mencari SOFTWARE DESIGN. Bila download.. seems okay. But time nak install. Dia OVERTAKE software tu.. dan nasib tak baik.. dia install semua sendiri. serang semua drive.. PC pulak ada WINDOWS DEFENDER aje. Tak mampu nak stop cepat sebab dia MEREBAK LAJU dan ANTIVIRUS dok sibuk scanning kat C aje . Yang lain tak sempat. 

Lepas tu try install Malwarebytes and manually delete banyak self create files dalam 1 hour. Tapi dalam tak sampai 15 minit dia installed tadi, semua drive dah infected kecuali C Drive ..

Ransomware Norvas ni nama lain dia Vengisto. Baru tahu virus ni salah satu virus jenis crypto. Latest news, even dah format pc dan sebagainya, masih ada dalam memory. Ada yang cadang pakai Spy Hunter Antimalware

Buat kawan-kawan semua.. berhati-hatilah yea masa tengah melayari internet tu.. kalau download software pun.. pandang-pandang sikit.. Ni Virus jahat yang betul-betul nak buat duit ni.. Ramai dah terkena termasuk kami , berhati hati, sekali korang kena virus ni nampaknya FORMAT aja la jalan penyelesaiannya, sebab dah takde gunanya lagi.. habis semua file dia serang tak kira Gambar, Lagu, Program, Ai , Photoshop ,Movie semua habis rosak tak ada yang selamat .

ATAU melainkan kalau korang memang perlukan sangat file-file yang hilang tu, contohnya kalau data tersebut merupakan data syarikat di tempat korang bekerja, dan ia sangat penting untuk syarikat korang, dan palign penting korang punya wang yang mencukupi, korang boleh guna cara kedua ini (selain format pc) membayar sejumlah wang tebusan sekiranya ingin mendapatkan semula data tersebut.

Bagi PC mereka yang telah dijangkiti Virus   XGDXHXX  satu alert akan keluar seperti gambar dibawah ni.. dan mereka yang mencipta Virus ni akan menawarkan penyelesaian dengan cara, menuntut sejumlah bayaran daripada untuk mendapatkan kembali file-file yang hilang tu..

Masalahnya kalau ringgit-ringgit ke, pulur ringgit ke, atau kurang dari 100 ke ok lagi.. ni tidak.. cuba korang zoom sikit berapa jumlah yang dia nak.. Gilerrr!!! 


Kalau ikutkan dari popup alert dalam gambar atas ni.. Virus dari india , tak tahu pasal apa kena , tiba tiba banyak file berubah, ia rosakkan semua file tak kira office, gambar, video , install , adobe file semua dia sapu . Benda camni lah buat kita takut kehilangan data..kena jaga-jaga . PC ada antivirus pun leh kena juga ye..

Apa korang rasa bila data yang korang simpan selama bertahun-tahun di komputer tiba-tiba tidak boleh dibuka? Pulak tu data penting sangat-sangat.. untuk kerja, kenangan dan memori.. software dan program? macam-macam lagi yang penting yang korang perlukan sangat-sangat dah hilang sekelip mata.. Mungkin ada yang sanggup berkorban wang ringgit untuk dapatkan kembalikan file-file tu.. TB pun snaggup.. tapi untuk jumlah yang tinggi macam tu.. memang tak mampu lah kan.. sedangkan kita pun bukan lah semewah mana.. 

Si penggodam ni pulak pandai cari rezeki cara ni.. kau makan lah duit haram ni even kau bukan islam sekalipun.. aku doakan setiap duit yang kau dapat dari virus yang kau buat ni.. akan beri kau penyakit yang kau tak dapat nak ubati walau dengan duit hasil tipu dan kenakan orang ni.. haaa.. geram dah aku.. 

Hemm.. Sorry ter emo sikit.. apa-apa pun dalam rasa nak marah ni TB telah sedar sangat-sangat sekarang yang zaman teknologi ni memang menyenangkan tetapi sebenarnya tak semua yang menyenangkan sentiasa memberi kebaikan.. Maksud TB contohnya memang senang simpan gambar-gambar PC atau Fon, tapi.. kalau dua2 jammed.. hancur lebur semua kan!

So, langkah terbaik.. baiklah kau cuci gambar-gambar tu semeua sebelum terjadi benda ni lagi.. TB la salah bab ni.. dari hari tu nak cuci gambar dalam file-file tu semua.. tapi tangguh-tangguh.. last2 terus hilang dibawa angin semuanya.. adoii.. bertambah malang lagi bila TB takde buat salinan kedua ke pen drive atau portable hard disk ke apa.. Konon nak beli External Hard Disk khas untuk gambar-gambar dan video TB, bertangguh-tangguh jugak beli.. haaa. sekarang.. menyesal pun dha tak guna..

Sekarang ni hanya mampu melihat paparan skrin komputer yang meminta sejumlah wang tebusan untuk dapatkan kembali file-file yang hilang tu.. 

Kenapa Korang perlu ambil tahu tentang Ransomware? Korang harus mengambil berat tentang perkara ini kerana ia menyerang secara senyap. Ransomware adalah sejenis perisian berniat jahat (malware) dari cryptovirology yang mengancam untuk mendedahkan data mangsa atau menghalang akses komputer.

Ini termasuklah mengunci peranti atau menyulitkan (encrypt) fail mangsa. Selepas menjangkiti komputer, cryptor menyulitkan (encrypt) data yang berharga termasuk dokumen, gambar, saved game, pangkalan data dan sebagainya. Kita boleh melihat fail kita tetapi ia tidak boleh dibuka atau diakses.

Umumnya ia terbahagi kepada:
Cryptors
Blockers

Penjenayah di sebalik serangan itu kemudian menuntut wang tebusan sebagai pertukaran untuk kekunci penyulitan untuk memulihkan akses kepada fail.

Habis dah musnah semua file dalam pc kami, mujurlah file hypergrafix hubby memang backup siap-siap asing dalam external hard disk dia, kalau tak.. masakkk... 

Sayangnya semua file dalam semua hard disk tak leh selamatkan, virus paling kuat dan paling baru, semalam.ramai kena, ransomware paling latest release dalam 2 hari ini so tiada antivirus yg dapat tangkap dan repair file yg rosak, kalau kena format aja, dia bukan effect dekat ç sahaja tapi effect kesemua hdd yg ada dalam pc, virus dari india

Tengok ni antara mereka yang kena virus ni.. hemm.. TB masih berharap snagat yang file-file dalam HDD TB tu boleh diselamatkan lagi.. Ya Allah.. hope give me a miracle ... 








UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT TENTANG 
RANSOMWARE NI SILA BACA 
ENTRI DIBAWAH NI .. SHARING IS CARING!




18 Mei 2019

30 GAMBAR PADANAN / GANDINGAN LAUK YANG SESUAI UNTUK HIDANGAN



30 GAMBAR PADANAN / GANDINGAN LAUK
YANG SESUAI UNTUK HIDANGAN


Hai.. Dah lama TB mencari benda ni.. apa dia? heee.. gandingan atau padanan lauk kalau masak satu hidangan tu.. TB selalu mati kutu nak masak apa gu yang paling sesuai untuk sesuatu Gulai atau kuah.. So hari ni TB nak tepek 30 gambar gandingan lauk dari Sis Bunga_Lavender yang sesuai untuk hidangan, haaa.. kata orang kalau nak masak lauk, mestilah ada padanan lauk yang sesuai. maksudnya, kalau dah ada lauk lemak, mesti nak padankan dengan lauk sambal, baru sedap. sayur pun tak payah sayur berkuah dah sebab dah ada kuah, jadi sayur goreng sahaja sudah cukup.

TN tak pandai lagi bab gandingan-gandingan ni.. kadang tekak TB ik dah hubby pulak rasa tak ok.. so.. TB hanya dengar apa komen hubby je la tentang nasakan apa-apa .. 

Apa-apapun TB suka nak share kat sini gandingan lauk yang sesuai untuk hidangan..jom tengok..































Credit to :
Bunga_Lavender




14 Mei 2019

DETOX MINTOX KIWI DETOX FIBER DRINK BAIK UNTUK PENCERNAAN SERTA BANTU MENGEKALKAN USUS YANG SIHAT



DETOX MINTOX KIWI DETOX FIBER DRINK
BAIK UNTUK PENCERNAAN SERTA
BANTU MENGEKALKAN USUS YANG SIHAT


Perut TB terasa macam kembung je selepas waktu berbuka puasa sebab pengambilan makanan yang berlebihan semasa berbuka punya pasal.. Huhu.. Adoi.. memang situasi tu buat TB rasa tak selesa sangat tau. Rasa menyesal pulak berbuka puasa dan makan tanpa had.. Risau jugak kalau makan macam-macam tiba-tiba sembelit mai.. naya je kan.. Masa tu tak tahulah berapa banyak makanan yang dan terkumpul dan mendak dalam perut ni ni tak keluar-keluar melalui poo-poo .. hahah..

Tapi sekarang mujurlah TB dapat tahu tentang satu produk ni yang sesuai untuk buang toksin dan melegakan badan serta mengatasi masalah sembelit juga.. Haaa..Nak tau produk apa? tengok gambar kat bawah ni yea..



Ni dia Mintox.kiwi Detox Fiber Drink datang tepat pada waktunya. TB pun mencubanya tanpa teragak-agak sebab tahu sangat yang badan TB ni memang memerlukan detoks.




Mintox.kiwi Detox Fiber Drink dibuat dari 4 in 1 Enzyme, Fiber, Prebiotic Aphanizomenon Flos Aquae Extract (AFA). Ia mempunyai resipi minuman kiwi yang membantu badan kita menghilangkan toksin, menggalakkan penurunan berat badan, meningkatkan tenaga, membersihkan hati, dan sebagainya. Mintox.kiwi juga meningkatkan keupayaan tubuh kita untuk menghilangkan toksin dari sistem badan kita.

Ia dibuat di Malaysia, Mintox.kiwi Detox Fiber Drink adalah 100% natural, vegan, tiada gula tambahan serta mempunyai sijil pengilangan GMP yang disahkan.

Mintox.kiwi Detox Fiber Drink adalah kunci untuk mendetoksikan tubuh badan kita dengan mudah. Sekiranya kita terus makan, minum, dan terus bernafas dengan bahan-bahan toksik ini tanpa membuangnya dari sistem badan kita, toksik ini akan merebak dari masa ke masa dan ia boleh menyebabkan kita menghadapi masalah kesihatan termasuk kanser, reproduktif, metabolik, dan kesan kesihatan mental. So, jangan ambil ringan yea .. badan kita perlu juga di detoks tau.. takut nanti yang tak elok tu mendak dalam tubuh badan kita.. 


Malah, Mintox.kiwi Detox Fiber Drink direka untuk merangsang badan untuk membersihkan dirinya sendiri, membantu hati melakukan halnya serta buah pinggang dan usus besar. Pembersihan kolon adalah bahagian penting dalam proses detoksifikasi kerana racun tersebut perlu keluar dari badan kita. Perkara terbesar yang membantu dengan Mintox ialah membiarkan badan itu menyingkirkan apa-apa sisa yang berlebihan yang telah disimpan.

Mintox.kiwi Detox Fiber Drink ini dihasilkan untuk mengawal dan memelihara persekitaran usus yang sihat dimana ia berbeza dalam detoks dan diet kita. Ia juga memainkan peranan penting dalam saluran pencernaan kita yang membantu kita mendapat pergerakan usus yang lebih lancar. Di samping itu, ia berfungsi sebagai makanan untuk bakteria baik di dalam usus kita yang membantu memecahkan toksin yang membantu detoksifikasi tubuh kita.



Setiap kotak mengandungi 14 sachet 10g setiap satu hanya 36 cals sahaja. 
MINTOX adalah vegan, 100% semulajadi dan ada GMP Certified. 

TB makan 1 sachet setiap malam sekitar 9 malam sebelum tidur. Tapi kemudian TB akan mula berasa tidak selesa di perut pada 7 pagi pada keesokan harinya. Dan TB sedia maklumlah kan.. dah tiba masanya TB ke Toilet untuk 'membuang hajat' , dan perkara seterusnya yang terjadi ialah agak TB tak berapa gemar.. huhu..sebab asyik ke toilet pulak dah lepas tu.. ia berlanjutan selama 2 hingga 3 kali selepas itu. dan selepas tu kembali seperti biasa, hemm.. mungkin proses detoks tu sedang menjalankan kerja la tu..


Satu je sehari tauuu... 

Segala-galanya akan keluar tetapi apa yang TB baca, jangan risau kerana ia tidak akan berlarutan lebih dari 1 minggu. lepas tu TB rasa lega sangat sebab terasa badan lebih ringan, dan selesa selepas mengambil Mintox.kiwi Detox Fiber Drink. Apa yang menariknya disini ialah TB sukakan rasa dia.. Sedap.. Rasa seperti minuman buah-buahan segar. Ia datang dalam sachet yang menjadikannya mudah dan bersih untuk digunakan. Nak sediakan pun tak susah, hanya perlu curahkan 1 paket Mintox.kiwi Detox Fiber Drink ke dalam botol shaker, tambah air suam 200ml, tutup dan goncangkan sebelum minum.

Kalau korang nak tahu samada proses detoks sudah dikeluarkan dalam badan korang ialah apabila korang tidak merasakan lagi buang air besar yang kerap. TB rasa itulah tanda bahawa semua toksin sudah dikeluarkan. Tak apa kalau proses pembuangan tu berlaku dalam 2-3 kali pada sebelah pagikan... jangan sampai ke petang.. haruuu..tambah pula masa bulan puasa ni..

Selepas hampir seminggu try Mintox ni, TB berasa badan segar dan rasa ringan nak bergerak kesana kemari.. dan TB tertarik nak teruskan lagi utnuk mendapatkan berat badan ideal.. so, dapatlah kurus lansing di hari raya nanti..hehehe..

Setakat ni berat TB masih maintain lagi.. dan berharap lepas habis satu kotak ni berat TB akan berkurangan lah kan.. walaupun 1kg.. yeah! Sebab TB ada terbaca review yang pernah consume Mintox ni mengatakan yang berat badan diorang telah berkurangan hampir 1 kg dalam masa kurang dari 2 minggu dengan hanya diet biasa dan tanpa senaman berlebihan.

TB pun masih terus makan makanan kegemaran TB seperti biasa selama 1 minggu ini, hanya menambah Minuman Fiber Detox Mintox.kiwi pada waktu malam sebelum tidur sebagai minuman tambahan.


Sebenarnya pada bulan puasa ni kita tak digalakkan minum minuman untuk detoks ni, sebab kita perlu minum banyak air untuk consume apa-apa suplemen / detoks badan.. Kecuali korang pasti korang boleh menguruskan masa korang, so boleh teruskan,,

Macam TB.. TB akan minum air lebih semasa mengambil Mintox pada pukul 9 malam tu.. dan tak lupa juga semasa sahur pun TB ambil air yang lebih.. Tapi .. hahaha..asyik kerap ke toilet je lah kan.. tak laluuu.. nak kurus punya pasal.. cuba sedaya upaya.. heheh,,


Haaa.. yang ni wajib tauu.. korang dinasihatkan untuk minum air 3 liter setiap hari untuk membantu melepaskan toksik dengan berkesan semasa mengambil Mintox.kiwi Detox Fiber Drink.

1 Kotak Mintox ni berharga RM138 dan ia mengandungi 14 sachet didalamnya. Selalunya TB akan minum ni setiap malam sebelum tidur dalam pukul  9 malam - 10 malam camtu dengan cara  menuangkan serbuk tu ke dalam botol shaker dan tambah 200ml air. Pastu hanya goncang-goncang je bagi ia sebati dan ia akan berubah menjadi minuman buah kiwi yang kehijauan tu. Minuman detoks yang boleh tahan gak rasa sedap dia..


Fokus utama MINTOX adalah untuk pembersihan usus dan detoksifikasi. TB fikir ia adalah inovasi yang hebat untuk orang yang mengalami kesukaran untuk mengurangkan berat badan dan sembelit kerana produk ini boleh:


  • Menyahkan toksin berlebihan dalam badan dan mengekalkan berat badan seimbang 
  • Meningkatkan fungsi usus dan mengurangkan peluang menjemput penyakit buruk 
  • Meningkatkan sistem imun badan dan mencegah sembelit. 
  • Mengurangkan tahap kolesterol dan menghilangkan lemak degil dalam badan secara semulajadi. 

Secara Peribadi bagi TB Minuman detoks MINTOX ni agak jauh berbeza dengan minuman detoks lain yang TB cuba sebelum ini kerana dos penggunaan harian adalah selamat untuk semua peringkat umur, termasuk ibu mengandung dan menyusui.

Tambahan lagi, bagi orang yang menderita penyakit kencing manis juga bebas untuk mencuba dan untuk peminat kiwi, minuman detox ini akan buat korang rasa suka sangat dengan kombinasi Kiwi segar yang berkualiti tinggi dari New Zealand, Jus Peach Rice, Inulin, Stevia dan sekam Phsyllium. 


Macam TB kata tadi cara nak consume mudah sangat, hanya perlu tuang (SATU) paket dan campurkan dengan 250-300ml air biasa. TB percaya dengan diet yang betul dan pengambilan air yang cukup (bergantung kepada berat badan kita), korang boleh melihat perbezaan dalam masa 1 bulan. 



Siapa patut ambil minuman Mintox ini?


  • Mereka yang kehilangan bakteria baik dalam tubuh badannya, jadi toksin terkumpul dalam badan dan menyebabkan sembelit 
  • Mengambil sedikit jumlah pengambilan serat dalam setiap hari 
  • Orang yang minum sedikit air 
  • Orang yang mengalami gaya hidup yang tidak aktif
  • Orang yang mempunyai kesulitan membuang /sembelit
  • Tekanan dan ketegangan yang luar biasa, oleh itu anda merasa tidak bermotivasi.

Haa.. adakah korang juga tersenarai bermasalah seperti dalam  list kat atas ni? 

Sebelum kita nak consume atau mencuba sesuatu produk, sudah semestinya kita akan perhatikan dan baca tentang kandungan sesuatu produk atau makanan kesihatan, betultak? Haa..TB juga begitu, TB akan tengok apa isi kandungan dia dulu samada sesuai atau tidak dengan TB, halal ke tidak,, kan?

Seperti pengguna-pengguna lain juga yang benar-benar ingin tahu apa yang ada di dalamnya sebelum kita mula mengambilnya. Seperti korang dah baca info kat atas ni Mintox pada dasarnya mengandungi bahan-bahan seperti sekam Psyllium, Ekstrak kiwi, Aphanizomenon Flos-aquae (AFA). Bahan-bahan ini menggalakkan sistem pencernaan positif dan menggalakkan pertumbuhan bakteria berfaedah. Ia meningkatkan persekitaran usus, yang membawa kepada kesihatan yang lebih baik.

Haaaa...Kalau korang nak tahu, penting tau mempunyai usus dan sistem pencernaan yang sihat. Apabila kita mempunyai sistem pencernaan yang sihat, ia akan menggalakkan penurunan berat badan, kulit yang lebih baik dan tekanan darah akan stabil/rendah, ia juga membantu dalam mengimbangi tahap kolesterol. Paling penting, apabila kita membuang toksin dari badan kita, kita juga akan mempunyai sistem imun yang lebih baik.

Tak sabar rasanya nak berkongsi dengan korang kesan selepas TB menamatkan pengalaman bersama Mintox selama  12 minggu!


Jom mula minum Mintox.kiwi Detox Fiber Drink untuk mengekalkan pergerakan usus yang sihat. 


Untuk maklumat lanjut, 

INSTAGRAM: 


FACEBOOK PAGE: 

atau 

hubungi +601123450201

Note :
Mintox adalah suplemen pemakanan dan kesihatan. Ia bukan rawatan untuk penyakit. Ia boleh hanya membantu mengelakkan kemungkinan penyakit. Ia juga bukan pengganti untuk diet anda dan senaman.








Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers