Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

31 Mei 2016

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT SEDAP DAN MUDAH!

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT SEDAP DAN MUDAH!

Tadaaa.. ini dia RESEPI DAGING GORENG KUNYIT SEDAP DAN MUDAH! Eh.. lupa intro lak.. haha.. Hai.. Assalammualaikum.. hehe.. pagi-pagi ni nak up entri Resepi lah pulak.. sebab malam tadi heaven giler dapat makan benda ni.. bukan sebab Daging ni.. tapi sebab ada bahan tambahn yang teman dah letakkan dalam masakan ni.. cer teka apa dia? cer teka? hahahaha.. 

Teman letak Petai wehhhh!! yelah.. memandangkan hubby dok peringat-peringat teman, tak boleh makan petai banyak sangat.. nanti badan berangin.. teman ni dah la pernah masuk hospital Ogos 2014 hari tu sebab makan petai dan durian tak hengat dunia.. badan naik angin kus-kus sudaaa.. hahaha..

So, disebabkan hubby kesian kot tengok teman asik sebut-sebut pasal Petai ni.. dia belikan lah juga 3 papan.. satu papan tu teman buat makan berdua malam tadi.. letak dalam Daging Goreng Kunyit ni.. Perghh.. sedap giler wehhh.. Tapi hubby tak bagi makan banyak dan tak boleh makan hari-hari.. So lagi 2 papan tu taktau la bila nak makannnya.. esok la kot.. hehehehe.. selang sehari..

Ok lah.. tadi up gambar atas ni kat Instagram.. ada pulak sahabat yang bertanya Resepi.. So, teman pun up kat sini je la resepi nya.. terlanjur nak update blog kan.. alang-alang up entri Resepi terus.. kih-kih-kih... Jom tengok Resepi Daging Goreng Kunyit Sedap Tapi Mudah ni! memang sedap dan mudah pun cara nak masaknya.. hehehehehe..

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT 
SEDAP DAN MUDAH!

Bahan-Bahannya : 

Bahan A
1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis. 
Sedikit kunyit 
Sedikit garam 

Bahan B
1 labu bawang besar dihirit bulat2 ( macam dalam gambar tu..)
1 biji Cili Hijau hiris serong
4 biji Cili Padi ( di ketuk )
2 Ulas Bawang Putih (Hiris Nipis)
1 Inci Halia (Hiris Besar)
(Note : bawang putih dan halia ni kalau korang nak tumbuk hancur pun boleh, ikut suka korang)

Bahan C
Lobak Merah (potong macam dalam gambar tu)
Bunga Kobis (macam biasa je)
Petai (ni paling best ni!!)

Cara-cara :
1.) Gaulkan daging dengan kunyit dan garam. Perap dalam 15 minit. 

2.) Masukkan daging diperap tadi dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya. 

3.) Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging. Rebus hingga kering airnya 
(sambil2 tu rasakan dagingnya, kalau belum lembut tambahkan airnya lagi) 

4.) Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging. Bila dah hampir garing, ketepikan daging di hujung kuali..

5.) Masukkan Bahan B diatas, Kemudian goreng bagi naik bau.. 

7.) Masukkan Bahan C .. goreng sampai Lobak Merah dan Bunga Kobis lembut sikit.. 

8.) Gaul dan ratakan semua bahan.. Rasa cukup garam tak, kalau kurang leh tambah.. kalau tak pedas leh tambah cilipadi.. dah Siap!!


Selamat mencuba resepi mudah giler ni.. Makan bertambah-tambah jadinya tau.. Semalam kami makan dengan Telur Dadar (letak cili dan bawang), keropok Ikan dan Ulam Petai.. Simple je tapi Alhamdulillah.. kenyang kami malam tadi denagn rezeki yang ada.. 

Thanks buat hubby sebab sudi gak lepaskan rasa teringin teman nak makan Petai ni.. lepas ni taknak makan dah.. sebab badan teman ni memang kuat berangin.. risau pulak jadi macam hari tu.. takottt... hehehe.. 

Masa tengah makan semalam.. Hubby tanya , esok nak makan apa lak? adoii.. tengah makan ditanya soalan macam tu... tetiba buntu fikiran nak masak apa pulak hari ni.. hahahaha.. ada cadangan tak??? 




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

30 Mei 2016

5 CIRI-CIRI YANG DISUKAI PADA TELEFON PINTAR ZTE BLADE V7 LITE


5 Ciri-Ciri Yang disukai pada telefon pintar 
ZTE Blade V7 Lite |

Kalau kita nak membeli Gadget seperti Telefon Pintar sudah semestinya banyak ciri-ciri yang kita mahukan perlu ada pada telefon pintar tersebut kan? Paling tidak pun, kita pasti nak memiliki telefon pintar yang mempunyai Full Metal Body, yang juga didatangkan dengan kamera yang cantik, ada Sensor Cap Jari pulak tu, tambahan pula dengan skrin yang besar serta yang paling best.. semuanya didatangkan dalam satu pakej dan dengan harga yang terlajak murah! betul tak? hehehehe.. Tapi ada ke Telefon Pintar yang didatangkan dengan semua ciri-ciri tersebut dengan harga yang murah? Eh! adalah ! Tak percaya?

Haa.. telefon Pintar tersebut ialah ZTE Blade V7 Lite yang baru sahaja dilancarkan oleh ZTE pada Mac 2016 yang lalu dan setelah 2 bulan pelancaran akhirnya  ZTE Blade V7 Lite  kini boleh didapati dipasaran Malaysia bermula awal Mei baru-baru ini dengan harga yang sangat berbaloi iaitu hanya dengan RM699 kita dapat memiliki Telefon pintar yang mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat dalam telefon premium bersama dengan beberapa fungsi cool yang benar-benar menarik perhatian.

Ok lah.. Sebelum membaca lebih lanjut, mari kita tengok ciri-ciri dan Spesifikasi  ZTE Blade V7 Lite  ni yea.. 

OS : Android 6.0 Marshmallow 

Saiz: 143.8 x 70.2 x 7.9 mm 

Paparan: 5 "HD IPS, (1280 x 720) , 2.5D 

Berat: 135g 

Camera: 8MP Kamera Depan (w Flash) , 
Kamera 13MP AF belakang (w Flash) 

Bateri: 2500 mAh 

SIM Mode: Dual SIM ( 4 dan seterusnya - Nano ) 

Memori: 16GB EMMC + 2GB DDR3 RAM Micro SD 

Slot Tambahan (SD card) : sehingga 32GB

ZTE Blade V7 Lite  adalah salah satu telefon pintar yang terbaik dengan harga yang berpatutan di pasaran. Walaupun pada harga yang kompetitif, ZTE Blade V7 Lite 16GB (Silver) didatangkan dengan ciri-ciri yang menakjubkan seperti 1.0GHz Quad Core dan juga dengan RAM 2 GB

Telefon ini dilengkapi dengan perkakasan khas dan skrin 5 inci dengan resolusi HD IPS yang akan memberi kita pengalaman menonton yang mengagumkan. Telefon pintar yang diperbuat daripada aloi aluminium terpilih juga dilengkapi dengan teknologi sensor cap jari terkini.


8MP Kamera Depan , 13 MP Kamera Belakang
Dengan Ciri Kamera 13MP dan kamera RMK-8 pastinya menjadi pilihan terbaik untuk mereke-mereka yang suka mengabadikan detik-detik berharga dalam kehidupan.

Dengan  ZTE Blade V7 Lite , kita akan dapat mengabadikan semua detik-detik dengan kualiti yang terbaik mungkin dengan menggunakan 13MP kamera belakang pada telefon pintar ini.

Kamera ini direka dengan teknologi auto fokus yang cepat menangkap imej yang sangat jelas. Bagi mereka yang suka ber selfie welfie tu, haa.. telefon pintar ini juga dilengkapi dengan kamera depan yang mempunyai 8 MP untuk mengabadikan detik-detik berharga dalam hidup.


Rekabentuk Yang Sempurna
Rangka aluminium aloi membuat  ZTE Blade V7 Lite  kelihatan anggun dan bergaya dalam reka bentuk.

Reka bentuk ringan telefon pintar yang akan menjadi nafas segar di tangan kita.. Ringan tu penting ye..

Dan dengan reka bentuk yang nipis , senang untuk dibawa kemana-mana, hanya masukkan telefon ke dalam poket atau beg tangan kita. tak perlu menggunakan ruang yang banyak kerana ia hanya bersaiz 5 inci sahaja. berbaloi kan!?

Yang menakjubkan ialah terdapat ciri telefon pintar pada telefon pintar ini yang mana boleh dikatakan boleh menjadi teknologi sensor cap jari dengan kepekaan yang tinggi,  ia terletak di bawah LED kamera belakang untuk pelbagai tujuan seperti cap jari Boot, cap jari Unlock dan cap jari Shutter .


 5.0 Inci dengan Dual SIM 
Haa.. kalau bosan-bosan pastinya ini juga adalah salah satu ciri-ciri yang kita mahukan perlu ada pada telefon pintar kita, iaitu dapat Menikmati pelbagai kandungan hiburan multimedia pada kualiti yang terbaik dengan ini  ZTE Blade V7 Lite .

Mempunyai skrin 5 inci, Sudah cukup besar kan.. Pastinya kita akan berasa amat mudah  dan selesa menggunakan  ZTE Blade V7 Lite .

Gambar-gambar yang diambil juga amat memuaskan dengan resolusi HD penuh yang menampilkan kejelasan 1280 × 720 akan memastikan gambar-gambar kita lebih jelas (sharp) dengan warna yang sangat teserlah.. wah.. ini memang yang kita nantikan! kan!

Dengan rangkaian 4G Lite membolehkan kita mengakses internet dengan laju dan lancar,  ZTE Blade V7 Lite  akan memastikan kita dapat mengakses internet paling cepat di mana sahaja kita berada ,

Selain itu, ia juga membantu kita memindahkan fail dengan pantas, dan sudah semestinya ia membolehkan kita untuk menyelesaikan pelbagai tugas dengan lebih teratur dan lancar.

Eh! lupa nak bagi tahu, Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan keupayaan dwi SIM tau.. So, bagi sesiapa yang mempunyai dua nombor tu, pastinya ini pilihan yang bijak! =)


Prestasi Optimum
ZTE Blade V7 Lite  dilengkapi dengan 1.0GHz Quad Core yang berkuasa dan RAM 16GB ROM + 2GB untuk menyokong multitasking yang lancar supaya kita boleh melengkapkan lebih banyak tugas dengan lebih cepat.

Tambahan pula, ciri-cirinya juga memberikan kita pengalaman baru semasa menggunakan telefon pintar melalui aplikasi dan permainan yang tinggi resolusi mudah.

Telefon pintar ini datang dengan memori terbina dalam 16GB untuk menyimpan semua data kegemaran kita dan kandungan multimedia. Kita boleh meningkatkan kapasiti simpanan telefon pintar sehingga 32GB dengan kad memori luaran.


So, melalui Perincian diatas, saya senaraikan 5 Ciri-Ciri Yang disukai pada telefon pintar ZTE Blade V7 Lite ini ialah.. 

1.) ZTE Blade V7 Lite, telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci yang dilapisi gelas 2.5D dan reka bentuk berasaskan keluli. 

2.) ZTE Blade V7 Lite hadir dengan pemproses quad-core MT6735P berkelajuan 1.3GHz , GPU Mali-T720, 2GB RAM dan 16GB RAM.

3.)ZTE Blade V7 Lite ini hadir dengan kamera utama 8MP yang disertakan dengan pemfokusan auto dan flash LED manakala kamera selfie juga adalah 8MP dan dengan flash LED. 

4.) Selain itu, ZTE Blade V7 Lite juga memiliki bateri berkapasiti 2,500mAh , 

5.) 4G LTE dan sensor capjari pada panel belakang.


Haa.. terbaik kannn.. pastinya kita semua akan teruja dengan gadget terbaru dari ZTE ni betul tak? dan terbaru.. kalau nak tahu .. ZTE Blade V7 Lite juga telah disahkan akan ditawarkan di pasaran Rusia, Mexico , Sepanyol , Jerman dan Thailand. Wah! bagus kan??!! 

Ada yang tertarik selepas membaca perincian diatas? ha.. kalau berminat nak membeli.. boleh la terus ke website LAZADA.. disana korang boleh lihat dengan lebih jelas beserta harga dan pakej yang diberikan.. 


Oh ya, bercakap tentang harga.. sekarang ni ada offer tau.. dari RM699 tu korang boleh dapat dengan harga hanya semurah RM499 okey! So, tunggu apa lagi.. Jom layari website Lazada!
Klik Link di bawah ini :

LAZADA


This post is an entru for the InvoleveAsia x Lazada My blogger contest. ZTE Blade V7 Lite and Lazada Voucher Sponsored by Lazada Malaysia and Shopcoupons.

#LazadaZTEv7Lite 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

28 Mei 2016

RF3 World Firmax3 Malaysia

RF3 WORLD

RF3 World Firmax3 Malaysia 

Krim RF3 World Firmax3 Malaysia ialah produk krim pertama dari RF3 World dan pertama di Malaysia yang menggunakan kaedah terapi dari bahan tumbuhan semulajadi dari seluruh negara.

All In One Creams!
Yea.. Krim ini 3 dalam satu okey! Haaa.. Ada juga yang menggelarkannya krim Ajaib.. Haa.. Nak tahu kenapa sampai begitu gelaran yang diberikan kepada krim ini? kenalah baca dulu entri yang teman nak kongsikan ini. 

Sebelum itu mari kita berkenal-kenalan dulu dengan RF3 World, mungkin ada yang belum pernah dengar atau baru dengar-dengar tentang RF3 World ni.. So, untuk itu.. teman kongsikan juga sedikit sebanyak tentang RF3 World .

Latar Belakang RF3 World
RF3 World adalah merupakan sebuah syarikat e-dagang yang dimiliki oleh anak tempatan kita yang mana sudah menapak di Malaysia sejak tahun 2013 lagi. 

Produk keluaran syarikat ini terdiri daripada produk-produk kecantikan dan kesihatan yang berkualiti tinggi di samping menyediakan platform bisnes kepada masyarakat. 


Pada masa ini,RF3 World telah berjaya meluaskan perniagaan ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Bukan itu sahaja, syarikat ini telah mengembangkan lagi perniagaannya dengan menembusi pasaran antarabanga di Asia seperti Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura. 

Apa yang pasti, kita tidak perlu berasa ragu untuk menggunakan produk keluaran syarikat ini kerana ianya telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan disahkan HALAL oleh pihak JAKIM

RF3 World juga memiliki Amalan Pengilangan Yang Baik atau Good Manufacturing Practices (GMP).

KRIM FIRMAX 3
RF3 World Firmax3
Produk Firmax3 keluaran syarikat RF3 WORLD berasaskan kecantikan dan kesihatan untuk luaran serta dalaman . Ramai Testimoni memberikan feedback yang bagus tentang Krim Firmax3. Mari kita lihat info-info tentang RF3 World Firmax3 dan apakah kelebihan-kelebihan Krim Firmax3 ini.. 


Tentang RF3 World Firmax3 
Produk RF3 World Firmax3 merupakan krim yang bertindak sebagai penegang kulit yang sempurna dan ianya amat sesuai digunakan oleh lelaki dan juga wanita.

Produk RF3 World iaitu Firmax3 antara yang laris di pasaran Malaysia. Produk telah terjual sebanyak 60 hingga 70 ribu di pasaran Malaysia dan dalam masa 6 bulan sahaja produk ini telah menembusi pasaran di 9 buah negara.

Firmax3 adalah produk berasaskan krim pertama di Malaysia yang menggunakan kaedah terapi daripada bahan-bahan tumbuhan semulajadi. ia diproses dengan menggunakan teknologi Nano yang mampu menengangkan kulit dan membaiki sel-sel kulit.

Firmax3 akan memulihkan hormon dalaman, ianya adalah untuk merawat bermacam-macam penyakit yang berpunca daripada ketidakseimbangan hormon seperti tekanan, menguruskan badan, menegangkan payudara dan banyak lagi kelebihan yang Firmax3 tawarkan.

Kelebihan Krim Firmax3
Antara kelebihan krim Firmax3 adalah seperti berikut:
Menegang dan 
Mengurangkan kendur bawah lengan
Menegangkan perut dan membentuk pinggang
Mengurangkan kedut
Membentuk peha dan punggung yang cantik

FIRMAX 3
FIRMAX 3 : KRIM 3 DALAM SATU!!

Apa yang ada dalam Krim Firmax 3


Krim Firmax3 Malaysia telah diadun dengan bahan-bahan semulajadi yang sangat berkhasiat antaranya Pegaga, Tongkat Ali, Manjakani, Aloe Vera dan pelbagai lagi bahan yang sudah terbukti khasiatnya serta kaya dengan vitamin.

1. Kigelia Africana Extract
Khasiatnya adalah untuk menegang dan melembutkan kulit. Ia juga berupaya mengurangkan kesan parut pada kulit.

2. Manjakani 
Sememangnya sudah terkenal dan terbukti khasiatnya, amat sesuai untuk para wanita serta mampu pencegah jangkitan.

3. Pegaga (Centella Asiatica) 
Sangat kaya dengan Vitamin A dan C. Berupaya membantu proses penyembuhan. Selain itu ia juga menggalakkan sintesis kolagen secara semulajadi.

4. Yam Liar (Dioscorea Villosa) 
Mampu meningkatkan metabolisma, Antioksida serta merehatkan otot. Melalui kandungan aktfinya, diosgenin akan ditukarkan kepada phytohormone melalui aktiviti progesterone.

5. Aloe Vera 
Sangat berkesan bertindak sebagai agen pelembap dalam kebanyakkan produk penjagaan kulit. Ia dapat menegang, merangsang dan membaharui kulit untuk kelihatan awet muda.

6. Sel Asas Epal 
Epal mengandungi sel asas yang amat tinggi. Sepertimana sel asas manusia, sel asas tumbuhan juga berupaya membentuk sel yang baru.

7. Tongkat Ali 
Nama santifiknya adalah Eurycoma longifolia pula akan membantu untuk proses pembentukan testosterone, kegunaannya adalah untuk merawat erectile dysfunction dan pulmonary arterial.

8. Ekstrak Soya 
Kandungan soya memiliki persamaan dengan hormon wanita, kandungan aktif isoflavones berupaya ditukarkan kepada pytohormone oleh estrogen. Membantu menambahkan estrogen dalam badan. Malah ia juga juga membantu dalam masalah endocrine, sintesis collagen, juga sebagai agen pemutih dan pelembap.

9. Kollagen
Keupayaan kollagen dalam proses pengantian 'soft tissue' dan kartilage yang sudah rosak serta menggantikan sel-sel kulti yang berparut dengan sel yang baru dan sihat.

10. Vitamin A 
Vitamin A ini mudah larut dalam lemak, sangat bagus untuk membantu pembentukkan sel kulit yang baru. ia juga membantu kulit melawan kerosakkan akibat daripada radikal bebas.

11. Vitamin B3
Vitamin B3 pula perlu untuk pernafasan sel, menghasilkan tenaga dan metabolisma karbohidrat, lemak dan protien, peredaran darah yang lebih sempurna dan kulit yang sihat.

12. Vitamin E
Kegunaannya adalah untuk mengurangkan kesan-kesan 'stretch arks' serta mampu menghalang kesan 'age spots'. Juga berupaya mengimbangkan minyak pada kulit, cegah kelembapan hilang daripada kulit dan menguatkan lagi fungsi yang melindungi kulit.

13. Vitamin B5 
Vitamin B5 memainkan peranan dalam mengawal kandungan kolesterol jenis LDL dan HDL dalam saluran darah. Selain itu ia juga digunakan untuk proses memecahkan karbohidrat dan protien kepada tenaga. Boleh merawat dan mencegah jerawat.

Cara Menggunakan RF3 World Firmax 3
Sapu krim Firmax3 pada leher, bawah lengan ke atas, payudara, belakang pinggang, pergelangan tangan ke atas, abdomen lawan arah jam, dan belakang peha ke atas dengan cara sapuan yang lembut.

FIRMAX 3
CARA GUNA FIRMAX 3
Kenapa Firmax 3 di Sapu Pada Nadi??
Haaa.. soalan ni pasti korang pun tahu kenapa kan.. sama jugak macam pakai minyak wangi.. mesti korang nak sapu atau calit kan pada nadi untuk kesan yang lebih lama kan? sebab? sebab Nadi mrupakan urat utama saliran darah manusia (nyawa) dimana apa jua yang kita sapu pada nadi akan diserap ke dalam urat darah dimana gen-gen terhasil. 

FIRMAX 3
KENAPA FIRMAX 3 DISAPU PADA NADI?
Haa.. tambahan pula Krim Firmax3 ini mengandungi NANO Teknologi, makan penyerapnya lagi power la kan, Selain itu sapuan di nadi ini juga dapat membuka saliran darah suapaya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh anggota badan. 

Sapuan ini juga mampu menambah kadar Oksigen dan meneutralkan asid dalam darah.

Selain tu.. boleh sapu dekat bahagian anggota badan yang lain iaitu :

Sapu Pada: 
Pergelangan Tangan,
Leher &
Perut

Okay..  meh tengok pula proses kerja Krim Ajaib Firmax3 ni.. Gambar di bawah ni menunjukkan aliran proses bagaimana krim ini bekerja dalam badan kita setelah sapuan.. 


Jom! Baca Lagi Kelebihan KrimFirmax3 !!

Apa yang menarik tentang produk RF3 World Firmax3 Malaysia adalah :

  • Ia dapat mengawal minyak di muka
  • Ia dapat meredakan jerawat
  • Ia dapat menghilangkan kedut di dahi
  • Ia dapat menghilangkan eye bag
  • Ia dapat menambah seri muka
  • Ia dapat mengurangkan dagu dua
  • Ia dapat mengurangkan bawah lengan kendur
  • Ia dapat menghilangkan simptom menopos
  • Ia dapat mengurangkan kedut
  • Ia dapat mengawal hormon thyroxin
  • Ia dapat menambah seri pada muka
  • Ia dapat membentukan punggung & paha yang cantik
  • Ia dapat mengetatkan faraj
  • Ia dapat membantu masalah resedung
  • Ia dapat meningkatkan selera seks


Fuh.. Terujanya baca kelebihan-kelebihannya RF3 World Firmax3 ni kan.. Apa yang menariknya.. RF3 World Firmax3 bukan di khaskan untuk wanita sahaja tau, rupa-rupanya sesiapa pun boleh menggunakannya.. Kaum lelaki yang juga menghadapi masalah kulit wajah tu pun boleh guna krim ni tau..

Bagi Pengguna Lelaki :
  • Ia juga dapat membangunkan semula tisu untuk reproduktif lelaki seperti testis dan prostat.
  • Ia juga dapat membentuk ciri seksual lelaki serta dapat memulih sekunder termasuk otot kasar dan tulang.
  • Ia juga dapat membantu pertumbuhan misai dan bulu.
  • Ia juga dapat membantu mengekalkan kesihatan dan tubuh serta dapat mencegah osteoporosis
  • Ia juga dapat meningkat nafsu seks.
  • Ia juga dapat membantu untuk meningkatkan tenaga dalaman dan daya tumpuan seseorang.
Begitulah kisahnya tentang RF3 World Firmax3 Malaysia ni .. Ha.. Amacam? ada rasa teruja tak dengan penerangan tentang krim ni? Setuju tak kalau Krim ini digelar Krim Ajaib? hehehehe.. Banyak khasiat, banyak kelebihan, ada status Halal lagi tu, ada taraf GMP jugak tu.. Pastu bukan itu sahaja.. ada lagi produk lain dibawah jenama RF3 World ni tau.. haa.. jom baca lagi info kat bawah ni.. 


RF3 World syarikat pengeluar produk yang khusus untuk kesihatan dalaman dan luaran. 

Terdapat empat (4) produk terbaik dari RF3 WORLD yang sering mendapat permintaan tinggi, 

iaitu: 
SOULMAX3 
Keajaiban anti penuaan dan kuasa antioksida. Minuman kesihatan semulajadi gabungan hasil dari formula dan penyelidikan saintifik menggunakan 7 teknologi terbaik dari 5 negara, memberi tumpuan kepada punca penuaan.
FIRMAX3 
Terapi Hormon dengan teknologi NANO. NO Suntik! NO Minum! NO Diet!

O2MAX3 
Teknologi Terapi Oksigen Untuk Pemulihan dan Perawatan kulit .

SLIMAX3 
Langsingkan Badan Dalam 2 Minggu Dengan SLIMAX3


RF3 World juga membuka peluang keusahawanan kepada mereka yang minat untuk menjadi usahawan. Korang dapat  menjadi usahawan sebuah syarikat produk hebat, tanpa modal yang tinggi dan menghasilkan keuntungan yang berlipat ganda.

Untuk sebarang informasi tentang produk boleh hubungi Team Agen RF3 World yang merupakan pengedar sah RF3 World.

Facebook Page: RF3 World

Nor Jannah: 017 344 8876

Yuli: 019 302 5099

Mahani: 011 3124 8158

Faezah: 012 906 3849
#SOULMAX3, #FIRMAX3, #O2MAX3, #SLIMAX3


Jommm.... sertai 'Contest Cari Duit Raya'. Contest bermula pada 20 Februari dan berakhir pada 20 Mei 2016. Sebanyak dua (2) kategori yang dipertandingkan iaitu; 

i) Kategori SEO dan Bonus (Share Facebook terbanyak). 
----------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

27 Mei 2016

BIDVERTISER COMPANY DARI ISRAEL

BIDVERTISER COMPANY DARI ISRAEL |
Hai.. Nampaknya teman nak kena delete banner-banner iklan dari Bidvertiser lepas ni.. Dan takkan guna dah Bidvertiser untuk jana side income.. Sebab baru tahu Bidvertiser ni adalah dari Company yang bertempat di Israel.. Company Israel.. So.. Jangan tanya kenapa tak boleh nak teruskan guna banner dan jana side income melalui Bidvertiser.. Korang sendiri pun faham kan.. K bye..



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers