Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

23 Jun 2023

Loneliness Lyric - Ariani Putri


Ariani Putri


Loneliness Lyric - Ariani Putri


I remember when we still one
Your laugh, your voice, 
and your bright eyes
We're together in this love
Promise we'll forever

And now you left me alone
Cause You find someone better
You're in that way with her
And one think I know

You break my heart, break my hope
Make me so down in a loneliness


You break my heart, break my hope
Make me so down in a loneliness
You left me when I deep
Thought you are my best scene
Being my prince, but I was wrong
Baby, you change a pink into the blue

And what does it mean all the things that we have written
The great conversation and a beautiful future Perfect definition of sadly flower

You break my heart, break my hope
Make me so down in a loneliness
You left me when I deep
Thought you are my best scene
Being my prince, but I was wrong
Oh baby, you change a pink into the blue

Ooh, ooh, ooh, ooh, ooh, ooh
Ooh, ooh, ooh, ooh, ooh, ooh
Ooh, ooh, ooh, ooh, ooh, ooh

You break my heart, break my hope
Make me so down in a loneliness
You left me, you left me when I'm in love
Thought you are my best scene
Being my prince, (i was wrong) but I was wrong (i was wrong)

I was wrong (I was wrong)
I was wrong (I was wrong)
I was wrong (I was wrong)
I do i fall in you




Lyric : Ariani Putri


20 Jun 2023

Tasneem Naturel Memperkenalkan CF-Patch & Sleep Tight Patch

Tasneem Naturel CF-Patch & Sleep Tight Patch


Tasneem Naturel Memperkenalkan CF-Patch & Sleep Tight Patch 


Ketika cuaca tidak menentu ketika ini, ibu bapa pastinya risau dengan kesihatan anak-anak, dan paling ibu bapa risaukan ialah demam atau selesema / batuk yang berpanjangan sehingga menggangu waktu tidur anak-amak yang sepatutnya memerlukan tidur yang mencukupi untuk tumbesaran yang sempurna.

TB juga mencari sesuatu yang boleh melegakan batuk anak-anak ketika kurang sihat, dan berharap ada produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah anak batuk dan susah nak lena tidur.

Tak sangka pula rupanya ada produk seumpama itu telah dikeluarkan dan diperkenalkan oleh jenama popular untuk produk bayi iaitu Tasneem Naturel.

Tasneem Naturel telah memperkenalkan CF-Patch & Sleep Tight Patch, solusi ekspres untuk legakan selsema dan bantu tidurkan anak kita. Ianya berkelulusan FDA, tidak berbau kuat dan sangat mudah untuk digunakan. jom baca sedikit info berkaitan produk terbaru Tasneem Naturel ni..



Tasneem Naturel CF-Patch


CF-PATCH:

1. Atasi Batuk: 
Batuk yang berpanjangan tentu menyakitkan buat si manja. Kita yang dewasa pun jika batuk tak berhenti rasa terseksa, apatah lagi mereka.

2. Keringkan Hingus: 
Si kecil masih belum pandai mengeluarkan hingus sendiri. Mengelap hingus hanya hilangkannya sementara. Ayuh rawat dari punca.

3. Melancarkan Pernafasan: 
Tiada hingus, tiada lagi bendalir & tahi hidung yang menyumbatkan rongga pernafasan. Nafas pun tak lagi berbunyi.

4. Turunkan Suhu: 
Buat bayi yang selsema dan pada masa yang sama turut alami demam, CF-Patch dapat bantu turunkan suhu badan dengan pantas.


Tasneem Naturel CF-Patch & Sleep Tight Patch


Bahan-bahan Aktif:

Tendrilleaf & Chekiang Fritillary Bulb berupaya untuk bantu turunkan suhu panas tekak yang menjadi punca kepada batuk. Akar Indigowood & Whiteflower Hogfennel Root pula menjadikan tekak lebih selesa dan membebaskan kahak.

Antara ramuan lain termasuklah Heartlef Houttuynia Herb sebagai penyahtoksin dalam badan Pepperweed & Apricot Seed untuk bantu melancarkan & melegakan paru-paru .


Tasneem Naturel CF-Patch


 
Cara Guna CF-PATCH :

Cara nak guna senang saja. Hanya buka pelekat utama, dan buka pelekat yang berbentuk bulat tu, kemudian terus tampal pada bahagian depanm dan belakang dada anak. InsyaAllah.. lega lah lepas tu.. dengan izin Allah.. Kita ikhtiar mana termampu. Ye tak?

Tasneem Naturel CF-Patch



Tasneem Naturel Sleep Tight Patch

Haa.. bagi anak-anak yang susah nak tidur tu, ibu-ibu  boleh la cuba Tasneem Naturel Sleep Tight Patch ni, untuk bagi anak-anak mudah lena. TB memang mencari lama dah produk macam ni sebab anak-anak TB susah nak tidur awal. Paling risau kalau yang sulung tu.. Kalau nak tidur kena ambil masa satu hingga dua jam baru nak lena. Hal ini sangat membimbangkan TB kerana kita sendiri maklum jika anak tidur lewat, bangun pagi pun boleh lewat juga dan susah dibangunkan. 

Jadi produk Tasneem Naturel yang ni TB sangat suka! 
Tasneem Naturel Sleep Tight Patch ni mengandungi Aromaterapi yang diformulasikan dari 100% Natural Oils yang membuatkan anak-anak boleh tidur lena.

Tasneem Naturel CF-Patch & Sleep Tight Patch

SLEEP TIGHT PATCH:

1. Kitaran Tidur Yang Lebih Baik: 
Sleep Tight Patch dapat bantu memberi bayi jadual tidur yang lebih teratur.

2. Tidur Yang Nyenyak: 
Tidur yang nyenyak dan berkualiti sangat penting untuk tumbesaran dan mood bayi yang baik.

3. Kurangkan Keresahan: 
Keresahan boleh menjadi salah satu punca bayi enggan tidur, merengek dan meragam.

4. Kurangkan Situasi Terbangun: 
Bayi yang kurang terbangun tengah malam, tidur ibu ayah pun kurang terganggu.

Tasneem Naturel Sleep Tight Patch


Bahan-bahan Aktif:

Thinleaf Milkwort & Silk Tree Albizia Bark dapat bantu meningkatkan kualiti tidur dan memori serta bertindak sebagai anti-depresi. Manakala Amber & Raw Dragon Tooth dapat menenangkan saraf, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keradangan.

Antara ramuan lain termasuklah Spine Date Seed & Caulis Polygoni Multiflori untuk bantu menyah angin dalam badan.

Angelica Dahurica & Lotus Plumule yang mempunyai fungsi antipiretik untuk kurangkan demam dan meredakan sakit-sakit badan.

Cara guna Tasneem Naturel Sleep Tight Patch 

Cara nak guna yang ni pun mudah sangat. Mula-mula pilih kawasan kulit dibahagian badan anak, dimana nak tampal Tasneem Naturel Sleep Tight Patch ni, dan pastikan kulit anak bebas daripada rambut, losyen dan uga minyak. 

Kemudian Tanggalkan Sleep Tight Patchure daripada plastik pelekat, pastikan tangan kita kering dan tidak basah. 

Tampalkan pelekat Sleep Tight Patchure pada titik akupunture sama ada di bahu, belakang dan juga pinggul. 

Cadangan pemakaian pelekat Sleep Tight Patchure adalah selama 6-8 jam


Tasneem Naturel Sleep Tight Patch



KENAPA MEMILIH Tasneem Patchure?

Bayi yang masih kecil masih belum sesuai untuk diberi makan ubat. Solusi/produk lain yang berada di pasaran pula leceh dan kurang praktikal untuk ibu ayah yang sibuk. Di sinilah Tasneem Patchure dapat membantu.

Shortcut Mudah:
Mengapa perlu beratur panjang di klinik, atau menghabis masa yang lama menyapu pelbagai produk kalau boleh main lekat saja?

Tidak Berbau Kuat:
Tidak seperti koyok yang berbau terlalu herba dan keras, Tasneem Patchure tidak meruap sehingga satu bilik berbau busuk.

Tiada Kesan Gam:
Tidak meninggalkan kesan lekatan. Gam juga tidak terlalu kuat sehingga menyakitkan bayi ketika mencabutnya.

Bebas Toksin, Lulus FDA:
Tasneem Patchure diyakini selamat untuk kegunaan bayi & kanak-kanak. Rumusannya adalah 100% dari herba semula jadi.


Tasneem Naturel CF-Patch & Sleep Tight Patch



Nah lihatlah.. Bila anak neelofa pun sudah pakai Patch tasneem juga.



Memandangkan Malaysia menghadapi cuaca yang tidak menentu mutakhir ini, maka Tasneem Naturel, jenama produk semula jadi untuk bayi bermurah hati ingin mengedarkan 5,000 Cough & Sleep patch secara percuma terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Korang boleh dapatkan patch ini dengan mengisi maklumat ringkas di bahagian paling bawah pada halaman ini. Pengedaran patch adalah secara rawak dan akan diedarkan sepanjang tahun 2023.

Jom cepat-cepat grab! 




11 Jun 2023

DOA UNTUK ANAK MENGHADAPI UJIAN PEPERIKSAAN

Doa diberi kemudahan dan kelancaran

DOA UNTUK ANAK MENGHADAPI UJIAN PEPERIKSAAN


Allahumma Ya Baasit Yang Maha Melapangkan, lapangkan dada anak-anak kami Ya ALLAH agar mereka tenang ketika di dewan peperiksaan / ujian dan jelas ketika melihat soalan. Allahumma Ya Salam Ya Mu'min, Yang Maha memberi keamanan dan kesejahteraan, berikanlah kesihatan yang sempurna dan keamanan sepanjang tempoh ini.



01 Jun 2023

CAMAY SPRAY SERANGGA

Spray camay

CAMAY SPRAY SERANGGA

Baru-baru ni TB ada guna Spray Camay untuk sembur pada melon dan anak-anak nya sebab semuanya berkutu.. Mula-mula fikir macam 50/50 jer percaya sebab masa cium bau spray tu takde bau apa.. Terfikir macam air apa ni.. Berkesan ke tak? 

Lepas tu TB pun nekad nak cuba je dulu kan, daripada tak buat apa-apa tindakan. Kesian tengok melon dan anak-anak tergaru-garu.. dan lagi kesian anak-anak TB pun start dah merah-merah badannya kena gigit kutu kucing. TB pun dah tergaru-garu je macam beruk. Eh... 😅 

dan hasilnya selepas spray 1 hari, nampak kutu pun dah tak meriah macam sebelum ni, so kita spray lagi untuk 3 hari seterusnya... Disamping tu TB selalu diingatkan oleh kawan TB yang guna spray camay jugak, katanya lepas spray dan sapu pada bulu kucing jangan lupa sikat bulu kucing-kucing tu. 

Untuk bagi kutu-kutu tu tertanggal terus dari badan kucing tu.. Haa. Korang nak tahu apalagi tentang Spray Camay ni..? 

Jom tengok kat bawah ni. Kalau korang ada masalah yang sama seperti dalam  list tu, boleh la cuba Spray Camay ni.. 


=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
CAMAY SPRAY SERANGGA
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

  1. ia Bertindak Membasmi & Menghalau Tak Meninggalkan Bau Pada Haiwan
  2. Tidak Berbau + Tidak Melekit + Tidak Berwarna + Tahan Lama
  3. Selamat Untuk Tanaman/Orang Sekeliling/Haiwan
  4. Sesuai Untuk Semua Serangga Bersesungut
  5. 5x Juara Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa
  6. Ada Sijil 'Bebas Kandungan Logam Berat'
  7. Ada Sijil 'Bebas Residue Racun Perosak'
  8. Sahabat Muzakki (Pembayar Zakat)
  9. Senang Dan Selamat Digunakan
  10. Hanya Goncang Dan Spray


Spray camay serangga


Haa.. Tengok... Banyaknya kegunaan spray camay ni kan.. Pulak tu 5x Juara Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa

Kalau nak dapatkannya boleh tengok di bawah... Selamat mencuba... 


Spray Camay Serangga








26 Mei 2023

Eye for an Eye Lyric


John wick chapter 4

Eye for 

Eye for an Eye Lyric


You've taken everything love from me
Now it's time to pay the price, 
well, I'll be walking free
I'm gonna make it right
I won't apologize
No tears left to cry
I'm seeing Wick tonight

An eye for an eye
A life for a life
I'll see you in hell on the other side
An eye for an eye (an eye for an eye)
A life for a life (a life for a life)
I'll see you in hell on the other, other side

You took advantage of my innocence
Now your neck is on the line, you're gonna pay for your sins (ah-ah-ah)
I'm gonna make it right
I won't apologize
No tears left to cry
I'm seeing Wick tonight

An eye for an eye
A life for a life
I'll see you in hell on the other side

An eye for an eye (an eye for an eye)
A life for a life (a life for a life)
I'll see you in hell on the other, other side
Bring you to your knees
Better pray I leave (oh-oh-oh-oh-oh-oh)
Gonna cut my teeth
Are you watching me? (Oh-oh-oh-oh-oh-oh)

I'll take an eye for an eye
I'll meet you in the afterlife
I'll take an eye for an eye
A life for a life

I'll see you in hell on the other side
(Oh-oh-oh) an eye for an eye (an eye for an eye)

A life for a life (a life for a life)
I'll see you in hell on the other, 
other side
Bring you to your knees 
(an eye for an eye, a life for a life)
Better pray I leave (oh-oh-oh-oh-oh-oh)
Gonna cut my teeth (an eye for an eye, a life for a life)

Are you watching me? (Oh-oh-oh-oh-oh-oh)
I'll see you in hell on the other side
I'll see you in hell on the other side

John wick chapter 4



Source: LyricFind
Songwriters: Brasko / Rina Sawayama / Tyler Bates

13 April 2023

MUDAHNYA BERSEDEKAH SECARA ONLINE DENGAN APLIKASI SUJOOD

SEDEKAH ONLINE APLIKASI SUJOOD

MUDAHNYA BERSEDEKAH SECARA ONLINE DENGAN APLIKASI SUJOOD


Pastinya umat islam sedia maklum bahawa bersedekah adalah salah satu cara untuk menyucikan dosa dan memperolehi ganjaran pahala dan salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar di bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. dan amalan bersedekah ini lebih digalakkan lagi ketika bulan Ramadhan.

APAKAH DEFINISI SEDEKAH

Dalam konteks Islam sedekah sebenarnya mempunyai maksud yang cukup luas. Secara mudahnya, ia boleh didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah.

Amalan bersedekah ini dapat menyucikan jiwa dan harta. Hati akan lebih tenang dan aman dengan bersedekah. Jiwa juga akan damai dan terhindar daripada perasaan negatif. Bersedekah akan membuka pintu-pintu rezeki


عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: قال رسول اللہ ﷺ:

⦅ما نقصت صدقة من مال، وما زاد الله عبدا بعفو إلا عزا، وما تواضع أحد لله إلا رفعه الله.⦆


(رواه مسلم)



Abu Hurairah (RA) meriwayatkan, bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,

“Barangsiapa yang bersedekah dengan nilai sebiji kurma yang dia perolehi secara halal, dan hanyasanya Allah SWT menerima yang suci, Allah SWT menerimanya dengan Tangan Kanan dan memeliharanya untuknya, seperti salah seorang antara kamu membiakkan kuda betinanya, hingga menjadi seperti gunung.”

(Bukhari & Muslim)


عن أبي هريرة - رضي الله عنه - قال: قال رسول اللہ ﷺ:

⦅يا نساء المسلمات لا تحقرن جارة لجارتها ولز فرسن شاة.⦆


(رواه الشيخان)



Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,

“Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.”

(Muslim)

Apa kelebihan sedekah ni?

Terlalu banyak kelebihan yang tuhan telah janjikan kepada kita. Di antaranya ialah:

1. Derma tuhan akan ganti (Surah Al-Isra, ayat 87)
2. Sedekah hapuskan dosa (HR. At-Tirmidzi)
3. Keberkatan hasil sedekah itu luas (Surah Al-Baqarah, ayat 261)
4. Bantu ahli keluarga yang telah meninggal dunia (Sahih Bukhari, 1388)
5. Di doakan oleh malaikat ganti (Sahih Bukhari, 1442)
6. Sedekah benteng api neraka (Sahih Nasaii, 2552)


Secara jujurnya TB sudah lama mencari platform atau tempat yang betul-betul sesuai untuk bersedekah dan mengharapkan amalan bersedekah itu berpanjangan tanpa henti. Bila duduk mengelamun seorang diri TB selalu tanya pada diri ini, apakah kebaikan yang TB sudah buat pada hari ini? 

Untuk memastikan setiap hari mesti ada perkara baik yang kita lakukan agak mustahil kan, rutin harian tu tak termasuk la kan,  namun kalau dapat berbuat baik setiap hari tanpa culas, pastinya diri akan rasa lebih bahagia dan puas.

APLIKASI SUJOOD

Jadi, TB mencari sesuatu yang boleh buat TB disiplin dan amalkan secara teratur setiap hari. Maksud TB kalau kita tak sempat nak buat amal kebaikan, kita boleh ambil inisiatif tambah pahala dengan bersedekah. boleh mengumpul saham akhirat dengan lebih mudah secara bersedekah.

Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api." (Riwayat al-Tirmizi)Bersedekah merupakan antara amalan yang boleh menghapuskan dosa dan menjamin tempat di syurga kelak!

Tapi itulah, macam TB nyatakan tadi, nak bersedekah perlu tahu platform atau ruang yang tepat dan dipercayai supaya tidak terjebak dengan ancaman scammer. Zaman sekarang ini scammer semakin berleluasa. tambahan pula transaksi banyak dilakukan secara digital. 

APLIKASI SUJOOD

Jadi TB mencari platform yang mudah, diyakini dan boleh diamalkan berpanjangan. Tidak kira dimana kita berada dan pada bila-bila masa saja kita boleh bersedekah dan TB terjumpa info tentang aplikasi Sujood ini. Secara jujur TB terasa lega dan benar-benar bersyukur kerana terjumpa aplikasi yang dapat membantu TB bersedekah dalam masa yang sama membantu pihak-pihak yang memerlukan. Alhamdulillah. Jom kita baca sedikit info tentang Aplikasi Sujood ni.. 



Apa itu Aplikasi Sujood

Sujood ialah satu aplikasi yang memudahkan masyarakat Menyalurkan Sumbangan ke Masjid/Surau Secara Online. Aplikasi Sujood dibangunkan dan diselenggara oleh Studio 61 Sdn. Bhd. Aplikasi Sujood ini dibangunkan adalah bertujuan untuk memudahkan individu atau organisasi untuk bersedekah ke masjid atau surau. Kiranya Aplikasi Sujood ini berfungsi sebagai tabung digital yang boleh digunakan untuk menyalurkan sumbangan secara online dimana mudah, telus dan selamat.

So selepas ini kita tidak perlu risau kalau sumbangan tersebut tak sampai ke masjid tersebut sebab melalui aplikasi ini telah ada rekod transaksi dan telus. Maka hasrat kita untuk menyumbang / bersedekah kepada masjid / surau yang memerlukan tercapai jua. Dan disnilah kita nampak peranan Sujood adalah membantu kita untuk menyampaikan hasrat bersedekah di masjid-masjid atau surau-surau dengan mudah dan selamat. 

Setakat 8 April 2023 ada 129 masjid/surau yang tersenarai dalam aplikasi Sujood ini. dan pihak Studio 61 Sdn. Bhd. berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak masjid dan surau di seluruh Malaysia dari semasa ke semasa bagi memperkenalkan aplikasi Sujood ini kepada mereka.

Sehingga kini mereka masih lagi menjalankan misi untuk membantu pihak pengurusan masjid dan surau untuk memudahkan urusan mendapatkan dana dengan mendaftarkan masjid atau surau di aplikasi Sujood tanpa mengenakan caj kepada pihak masjid.

APLIKASI SUJOOD

Ciri-ciri yang ada di dalam aplikasi Sujood :

1 Home
Di page Home terdapat senarai masjid-masjid dan surau-surau. Senarai ini telah diatur dan dikategorikan mengikut negeri-negeri.Jadi, senanglah kalau kita nak menderma ke masjid yang kita cari. cuma tekan taip nama masjid dan tekan search sahaja. Selepas itu bolehlah klik di masjid atau surau ini untuk melakukan transaksi. Pada setiap masjid atau surau yang di klik akan terpapar sedikit info dan maklumat tentang masjid atau surau tersebut.

Oh ya.. apa yang menarik, di page ini juga terdapat tazkirah-tazkirah daripada para ustaz dan ustazah untuk pembacaan korang.

2 History
Sekiranya korang pernah membuat transaksi / sumbangan sebelum ini, korang boleh buat semakan transaksi itu di Page history ini. 

3 Search
Kalau nak buat carian apa-apa di dalam aplikasi Sujood, boleh ke page Search.

4 Profile
Jika hendak membuka akaun di aplikasi Sujood, korang boleh ke page profile untuk mendaftar.

5 About Us
Menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang aplikasi Sujood.


Aplikasi Sujood ini memudahkan kita melakukan ibadah bersedekah secara online kerana kita boleh :

  1. Menyumbang/derma di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
  2. Menjejak sumbangan yang telah dilakukan terdahulu.
  3. Derma berterusan dengan mudah dan selamat.
  4. Melakukan sumbangan secara rahsia tanpa diketahui oleh individu lain.
  5. Menderma menggunakan kad redit atau melalui online banking.
APLIKASI SUJOOD


Bagusnya ada Aplikasi Sujood ini kerana :

  1. Mengelakkan risiko kecurian tabung-tabung di masjid atau surau.
  2. Infaq kita terus sampai ke akaun masjid atau surau tersebut dan bukan di akaun Sujood.
  3. Tak perlu bawa duit cash ke masjid atau surau untuk memberikan sumbangan.
  4. Menderma dengan selesa, selamat dan mudah.


Cara-cara Menggunakan Aplikasi Sujood
TB dah try derma guna aplikasi Sujood ini tapi TB belum mendaftar lagi.. cuma TB saja nak cuba menderma, dan yang menarik walaupun kita belum berdaftar kita tetap boleh berinfaq menggunakan aplikasi Sujood ini, Namun untuk memudahkan kita menyemak kembali transaksi yang telah kita buat yang lepas eloklah kita mendaftar terus.. Cara daftar pun mudah sahaja . Tidak ambil masa yang lama pun.. 

APLIKASI SUJOOD

Cara nak menderma pun mudah juga, jom tengok step-step nya :
  1. Muat turun aplikasi Sujood di Google Play bagi pengguna android atau Apps store bagi pengguna Iphone
  2. Kalau korang nak daftar, boleh ke profile dan isi maklumat yang diperlukan. Tapi kalau korang berasa tidak perlu daftar, korang boleh ke HOME untuk memberikan sumbangan. Korang boleh pilih masjid atau surau untuk menderma.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan seperti jumlah sumbangan, nama, nombor telefon dan email semasa hendak membuat sumbangan.

APLIKASI SUJOOD

Namun seperti apa yang TB nyatakan tadi, lebih molek kalau kita daftar kerana kelebihannya untuk kuta juga. Kita dapat semak semula semua transaksi dan senarai masjid atau surau yang kita dah beri sumbangan. Bagi yang suka berahsia dalam bersedekah, korang bolehlah menderma secara rahsia, boleh pilih derma sebagai Hamba Allah ... 

Download Sujood untuk ios dan android
Oh ya, untuk pengguna ios dan android, masing-masing boleh download dan guna aplikasi ini. mudah dan senang je kan!


Jadi, apa lagi.. jom install aplikasi Sujood ni di android & iphone:

Android:

Iphone:

 
Secara keseluruhannya, TB sukakan aplikasi Sujood ini kerana telah lengkap rasanya ciri-ciri yang bagus ada pada aplikasi ini. ia sememangnya antara aplikasi yang terbaik dalam pelbagai aspek. Selain ia memudahkan dan menjimatkan masa, iea juga bantu kita melaksanakn ibadah sedekah dengan lancar dan sempurna lagi selamat dan diyakini. Masjid-masjid di seluruh negara juga mudah untuk memohon sumbangan untuk masjid mereka dengan cara yang telus dan selamat .

APLIKASI SUJOOD

Oh ya, alang-alang TB bercerita tentang Masjid-masjid / Surau-surau yang tersenarai dalam aplikasi sujood ini, sukacita TB ingin share disini salah satu surau yang memerlukan sumbangan untuk pembangunan dan penambahbaikan iaitu SURAU AL-MUTTAQIN KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN

Surau Al-Muttaqin Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan terletak di dalam kawasan kolej bagi kemudahan para pelajar dan warga kolej untuk solat berjemaah dan mengadakan aktiviti keagamaan. Kapasiti surau ini boleh menampung seramai 1000 orang dalam satu masa.

APLIKASI SUJOOD

Jadi marilah sama-sama kita berinfaq di bulan yang mulia ini. agar kita dapat sama-sama mengumpul saham akhirat asbab dari bersedekah dengan seikhlas hati. 


Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan tentang aplikasi Sujood, boleh layari website di bawah :


dan bagi masjid/surau yang ingin mendaftar, boleh emailkan hasrat kepada: 
salam@sujood.net


Korang boleh muat turun Aplikasi Sujood secara percuma di Google Play dan App Store. Jom muat turun sekarang dan ajak semua ahli keluarga dan kawan-kawan untuk muat turun sekali. Jom ramai-ramai rebut pahala dan semoga kita dirahmati Allah atas segala usaha kita. InsyaAllah.

Akhir sekali didoakan buat semua yang membaca :
  1. Semoga Allah sentiasa menjaga keberkatan kesihatan yang baik
  2. Semoga Allah melimpahi dan memberkati setiap rezeki
  3. Semoga Allah melindungi kita dari kesusahan dan kesempitan
  4. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat

Aamiin Allahuma Aamiin..

29 Mac 2023

SOFT BUTTER CAKE ALA IQRAM DINZLY

soft butter cake

SOFT BUTTER CAKE ALA IQRAM DINZLY

Haha.. Tajuk tu saja je.. Takde kena mengena pun dengan iqram dinzly sebenarnya.. Haha.. Nak cerita pasal kek butter je pun.. Tapi bukan resepi iqram dinzly ye. Cuma iqram dinzly memang o
Pandai la buat kek butter ni.. Serius.. Cantik kejadiannya dan laku keras.. Brownies pun dia pandai buat.. Dasyat..   Untung bakal isteri dia... 

Sebenarnya dah lama tak buat soft butter cake ni.  Dulu pernah buat pun time ambil kursus buat kek dekat Tanjung Malim. Dan pernah la beberapa kali buat kek sendiri kat rumah.. Tapi lepas kahwin memang dah tak pernah buat..  Sekali bila anak-anak dah besar, semua suka kek.. 

Dulu buat kek guna marjerin pelangi je tetap wangi dan sedap.. So kerap juga la buat kek tapi ke marble simple je la pun.. Yang dasyat-dasyat tu daku tak mampu.. Tak reti dah.. Haha... Oven pun tak beli lagi. Sekarang hanya guna Air Fryer je buat kek.. Mujur jadi kek nya... 

Lepas tu selalu tengok pelakon iqram dinzly buat kek butter.. Wah.. Lelaki pun pandai buat kek.. Cemburu nya daku.. Haha.. Tengok cantik kejadian kek iqram dinzly tu..  Elok gebu je..  Kena dengan air tangan iqram kot. Serasi orang kata. 

Apa-apa pun TB ada jumpa resepi simple Soft Butter Cake ni..dah lama cari.. So letak sini dulu, nanti cukup bahan kita cuba buat ye.. 

Resipinya
250g butter/marjerin
1 cawan rata gula pasir(dh blend bru sukat ye)
4 biji telur gred A
2 cawan rata tepung naik sendiri(ayak)(kalo guna tepung gandum tambah 1 sdt baking powder)
1/2 cawan susu cair
1 penutup botol esen vanilla


Caranya
Pukul butter dan gula 12 minit...masukkan esen vanilla dan telur satu persatu pukul perlahan..(setiap kali masukkan telur pukul 1 mnt)

Masukkan tepung naik sendiri dan susu cair berselang seli sambil kaup balik adunan guna senduk..

leser loyang saiz 7 dan letak baking paper...bakar selama 50 mnt @ hingga masak...api atas dan bawah..suhu 180*c(oven haruslah panaskan 10 mnt terlebih dahulu sebelum bakar kek)

Credit Tatty Masz

Nak banyak lagi resepi kek atau biskut yang sedap-sedap untuk dicuba? korang try la tengok-tengok dulu yea.. banyak resepi best-best dalam 50 Resipi Biskut & Kek


Kalau minat buat kek lapis sarawak atau Brownies :



 

27 Mac 2023

5 Produk GKB Probiotics Untuk Kesihatan Usus dan Perut

GKB Probiotics

5 Produk GKB Probiotics Untuk Kesihatan Usus dan Perut


Masalah sembelit, pedih ulu hati, perut kembang biasa berlaku berpunca dari pemakanan dan corak pemakanan kita. sebelum ini TB selalu hadapi masalah kembung perut dan pedih ulu hati sebab TB pernah ada gastrik sampaikan berpuasa pun rasa tak selesa perut. Mujur masih boleh bertahan sampai waktu berbuka puasa. Namun selepas itu perut akan kembung dan rasa tak selesa.. simptom Gastritis tu datang pula selepas waktu berbuka puasa. 

Bila TB baca tentang gastrik, perut kembung, pedih ulu hati, cirit-birit, dan bermacam-macam lagi masalah yang berkaitan dengan perut TB baru tahu yang semua itu berpunca dari usus yang tidak sihat. Ia berpunca dari dalaman rupanya. Kalau kita tidak usaha baiki usus kita, perkara yang sama pasti akan berulang. Kalau rasa ok nak hadapi kembung perut dan gastrik, teruskan je tapi TB tetap mencari penyelesaian untuk hilangkan masalah perut ni. 

Baru-baru ni TB terjumpa info tentang produk yang bagus untuk kesihatan usus dan perut. TB tertarik dengan rangkaian produk dari GKB yang fokus untuk membetulkan dan membaiki usus yang bermasalah. Maksud TB suplemen yang GKB keluarkan dapat membantu kita menjaga dan membaiki usus kita jadi lebih sihat dari sebelumnya.

GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi .

Bila dah baca banyak info tentang produk suplemen dari GKB ni, TB pun try lah satu-satu. Rupanya ada banyak jenis produk keluaran GKB yang fokus kepada kesihatan usus dan perut, juga untuk pencernaan, paling menarik ada juga untuk turunkan berat badan dan suplemen untuk perlindungan tambahan bagi meningkatkan penyerapan nutrien.


GKB Probiotics Suplemen for Gut


Dibawah ni TB kongsikan serba sedikit info tentang 5 Produk GKB Untuk Kesihatan Usus dan Perut. Baca juga pengalaman TB setelah mengamalkan produk tersebut.


GKB Probio+

GKB Probio+

GKB Probio+



Penyelamat Usus – GKB Probio+
(Untuk membaiki usus, kurangkan gejala sembelit, memberi perlindungan tambahan dan meningkatkan penyerapan nutrien)

TB mulakan harian dengan mengambil GKB Probio+ yang digelar sebagai Penyelamat Usus. TB mendapati suplemen probiotik ini sangat membantu dalam meningkatkan penghadaman kita, juga membantu mengurangkan sembelit dan cirit-birit kerana ia mengandungi 5 jenis probiotik hidup, yang berfungsi membantu meniberikan perlindungan ekstra dan meningkatkan penyerapan nutrisi. Ia juga mengandungi 4 jenis prebiotik. Sekiranya diambil secara konsisten, kita juga dapat lihat peningkatan dalam sistem imuniti serta badan lebih bertenaga .

GKB Probizymes untuk usus sihat

GKB Probizymes untuk usus sihat

GKB Probizymes


GKB Probizymes
(Untuk mengurangkan Gastritis iaitu keradangan perut seperti kembung perut dan sakit perut akibat gastrik )

Keperluan Perut – GKB Probizymes
Seperti yang TB ceritakan diatas, TB adalah salah seorang yang turut mengalami ketidakselesaan perut kerana Gastrik dan pedih ulu hati. Tapi dah lega sebab dah jumpa punca dan apa perlu dilakukan untuk mengelakkan ia berulang kembali. Jadi TB cuba GKB Probizymes. GKB Probizymes ini adalah suplemen yang sesuai untuk mereka yang mengalami distensi gastrik yang berpanjangan, sakit perut dan refluks asid, Kesan selepas mengambil GKB Probizymes TB dapati ia membantu dalam mengurangkan ketidakselesaan perut TB, dan membolehkan kita menikmati hidangan tanpa mengalami sebarang kesan sampingan yang tidak menyenangkan. 

Bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik dan senak, ini adalah untuk anda. Hanya ambil satu sachet sehari selepas makan.

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus
(Untuk masalah kulit kering dan sensitif Juga melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob dan meningkatkan imuniti)

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus
Selain meningkatkan kesihatan usus dan perut, GKB Probiotics juga turut mengeluarkan suplemen yang memberi kesihatan kepada kulit. Jadi TB cuba GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus ni sebagai keperluan kesihatan dan penjagaan kulit TB. Strain probiotik ini terkenal kerana keupayaannya untuk mengurangkan sensitiviti kulit, masalah jerawat dan ekzema serta mencegah penyakit gastrousus. Untuk TB yang ada Psoriasis ni memang patut ambil suplemen kotak pink ni untuk memperbaiki kesihatan kulit TB dari dalam lagi.

Selepas mengambil makanan tambahan ini selama beberapa minggu, TB perasan kulit TB semakin bersih dan semakin berseri. Oh ya, ia juga membantu dalam meningkatkan kesihatan wanita dimana ia juga melindungi wanita dari jangkitan bakteria candida mahupun jangkitan yeast. ia bantu mencegah atau melegakan gejala alahan jangkitan yis tu sendiri.  Jadi untuk siapa yang ada jangkitan yeast ini, sangat direkomenkan ambil GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus ni. Kalau boleh, amalkan pengambilannya kerana ia membantu meningkatkan imuniti dan mengekalkan kesihatan wanita.



GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus

GKB G-Pro Gold

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus



GKB G-Pro Gold
Untuk mengurangkan sembelit & membaiki usus

GKB G-Pro Gold
Kadang-kadang, kerana tekanan kerja, sering lewat makan dan makan makanan yang merapu boleh menyebabkan sistem penghadaman kita terganggu. Akibatnya, kita boleh mengalami cirit-birit atau sembelit. Jadi TB cuba GKB G-Pro Gold dan mendapati ia banyak membantu untuk melegakan masalah. masalah sembelit TB. Suplemen ini mengandungi 10 jenis probiotik yang berbeza dan dua jenis prebiotik yang berbeza, dan TB mendapati bahawa ia sangat bagus dalam meningkatkan flora usus yang membantu mengurangkan gejala sindrom usus besar (IBS).


GKB G-Pro Gold

GKB G-Pro Gold

GKB G-Pro Gold

GKB G-Pro Gold


GKB Lactobacillus Plantarum GKM3
Untuk mengawal minyak, mengurangkan kalori,menurunkan berat badan,meningkatkan tenaga & membantu sistem penghadaman

Kadang-kadang dah usaha untuk turunkan berat badan tetapi niat selalunya terhalang apabila ternampak makanan yang lazat didepan mata. Siapalah diri ini untuk menahan nafsu makan yang kalah pada aroma masakan sedap di hadapan mata. Makan yang bermacam jenis, dengan kuantiti yang boleh tahan banyak juga, tanpa sedar tak berhenti mengunyah dan menelan dari awal. Akibatnya berat badan semakin naik dan diri pun kurang aktif. Memikirkan badan kerap penat sejak berat badan meningkat, TB pun nekad untuk turunkan berat badan. Jadi TB  try satu lagi suplemen yang sesuai untuk kawal berat badan kita.

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3

Suplemen GKB yang sesuai diamalkan untuk kawal berat badan ialah GKB Lactobacillus Plantarum GKM3  Sekiranya korang mencari kesihatan usus yang lebih baik yang boleh membawa kepada penurunan berat badan, Lactobacillus Plantarum selalunya menjadi pilihan probiotik. Selain itu, produk ini juga meningkatkan kandungan air dalam kulit wajah dan tangan yang menggalakkan kelicinan kulit serta keanjalan kulit. Paling best, produk ini juga sangat sesuai untuk mereka yang sedang cuba mengurangkan lemak perut.

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3, yang dibuat untuk menyerap lemak badan dan mengurangkan penyerapan kalori ini adalah produk terakhir yang TB cuba. Pada mulanya TB rasa ragu-ragu juga nak cuba, tetapi selepas mengambilnya selama beberapa minggu, TB dapati ada sedikit penurunan berat badan dan peningkatan dalam kelembapan dan kerosakan UV pada kulit TB. 

GKB Probiotics


Testimonial Keseluruhannya :

Secara keseluruhannya, TB sangat berpuas hati dengan pilihan produk yang ditawarkan oleh GKB. Setiap produk direka dengan bahan-bahan tertentu untuk menangani masalah gastrousus tertentu, dan TB mendapati bahawa ramai yang beri feedback positif  terhadap suplemen kesihatan usus mereka semua berkongsi pengalaman kesan positif terhadap kesihatan usus secara keseluruhan



GKB Memperkenalkan Produk Kesihatan Berasaskan Cendawan untuk Kesihatan Otak

Sebagai tambahan kepada rangkaian probiotik mereka, GKB baru-baru ini memperkenalkan produk kesihatan berasaskan cendawan sebagai sebahagian daripada matlamat 2023 mereka untuk menggalakkan hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Penyebab pergantungan dan ketidakupayaan yang paling biasa dalam populasi warga tua di seluruh dunia ialah penyakit Alzheimer. Penyelidikan klinikal oleh Grape King Bio telah menunjukkan bahawa komponen aktif yang diekstrak daripada cendawan surai singa, termasuk komponen aktif Erinacine A, meningkatkan daya ingatan dan melindungi daripada penyakit Alzheimer. Miselium dengan Erinacine A terdapat dalam suplemen Cendawan Mane Singa GKB, menjadikannya sumber nutrisi yang menjanjikan untuk kesihatan otak dan potensi bantuan untuk orang yang mengalami degenerasi otak.

GKB Mempromosikan Kesihatan dan Kesejahteraan di Malaysia

GKB (GK BIO International Sdn. Bhd.) ialah usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio dari Taiwan. Syarikat itu ditubuhkan pada 2018 dengan objektif untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan dengan menyediakan produk kesihatan berkualiti kepada rakyat Malaysia pada harga yang berpatutan. Sejak penubuhannya, GKB telah membantu lebih 1 juta rakyat Malaysia mengekalkan gaya hidup sihat.

Untuk memastikan tahap keselamatan produk, kualiti dan standard pembuatan yang tertinggi, semua produk di bawah GKB diperakui dengan label berikut: PICIS GMP, IS022000, HACCP, NSF GMP, TOF HALAL, pensijilan kawalan kualiti menengah TFDA, GMP Malaysia cemerlang pensijilan standard pembuatan, FSSC 22000, dan ISO/IEC TAF 17025.

Probiotik dan cendawan GKB diusahakan oleh 145 saintis R&D, dan bioteknologi inovatif digunakan dalam memupuk bakteria yang sangat tahan asid, aktif, sihat dan bermanfaat, yang meningkatkan fungsi fisiologi, membantu mengekalkan fungsi saluran penghadaman dan menggalakkan tabiat usus secara keseluruhan.

Untuk makluman anda, probiotik GKB dihasilkan dengan teknologi pengkapsulan berbilang lapisan antioksidan dan dalam bentuk berbutir, menjadikannya unik berbanding syarikat suplemen kesihatan yang lain. Baru-baru ini, GKB mencapai kemuncak jualan baharu, menjual lebih daripada 1 juta kotak produk Antrodia, 1 juta kotak produk Cicadae dan 1 juta paket produk Probiotik. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 kini merupakan yang paling laris, dengan jualan lebih daripada 2 botol sejam, mencerminkan kepercayaan pelanggan terhadap produk GKB.

Produk ini boleh didapati di semua farmasi utama di Malaysia, termasuk Alpro Pharmacy
Community Verified icon


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk GKB Probiotik layari:


WEBSITE

INSTAGRAM

FACEBOOK

TIK TOK

YOUTUBE

RED ID: 1318211221 (GKB 集康宝)


GKB sudah pun diperakui dengan SIJIL PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, HALAL, SIJIL KAWALAN KUALITI TAHAP 2 TFDA, Pensijilan Standart pembuatan cemerlang GMP MALAYSIA, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025.

Jadi jangan risau untuk mencuba produk ini. Ia bagus untuk meningkatkan kesihatan usus  Apa-apa pun lebih disarankan kawan-kawan berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi dahulu untuk dapatkan khidmat nasihat sebelum terus mengambil apa-apa produk kesihatan dalaman. lagi satu, jangan lupa minum air secukupnya ya untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan membuang toksin dari badan .

GKB Official Selling Platform:
All major pharmacies in Malaysia, including
Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy
East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan
Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy
Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

For latest list of pharmacies, please see https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188



#gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gbprobiotics #gkbspacesuit

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers