dah lama teman nak tanya benda ni.. tp x tertanya2 jugak.. cuma baru2 ni asik terbaca ayt TOP REFFERAL je.. rasa tergerak hati plak nak bertanya tentang ni.. hemm.. apa Top Refferal (disebabkan pnjg sgt nk taip lepas ni teman taip sebagai TR je yea.. hrp faham..).. apa mendanya tuh.. apa kepentingannya dlm sesebuah blog.. n apa yg boleh membuatkan blog kita dlm list TR yea? aduuuh.. mohon jangan gelak kan teman yea.. teman just bertanya j.. sebab dah ramai sgt sebut TR.. mmg teman xtau apa2 pun pasal TR ni.. kot lea korg leh cite apa dia.. heee.. share2 ilmu.. teman nk tanya pakcik google pun malas.. nk tanya kat korang gak bulehhh? heeee.. =)
Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger
Featured Posts
19 Februari 2013
18 Februari 2013
MANGSA SEPAK TERAJANG.. (aduh.. kalau teman.. mintak maaf lea nak terima balik)
Posted on Februari 18, 2013 by Tengkubutang
Nampak x Gamba kat atas ni? if suami atau BF korang rupa macam ni korang nak tak? eee.. seram kan.. klu udah garang mcm ni.. aish.. baik tinggai kan aje.. coz takut kita dijadikan tmpt dipukoi.. oh tidak..
Memang lea bila dh buat salah dia akan mintak maaf n xkan ulangi balik.. sambil tunjuk muka comel (comel sgt lea.. ) yg dia dh berubah.. betui ke dia berubah? huuu.. risau kalau org2 terdekat teman or kawan2 teman dpt laki mcm ni.. mintak dijauhkan lea.. pandai2 lea korang pilih calon suami yea.. hope selamat semua.. pepe pun jom baca artikel yg teman dapat dari HM ni.. seram klu suami kita mcm ni kan.. ! kesian popuan 2.. jadi mangsa dera.. hope laki 2 mndapat blsn sepatutnya! #bencikan kekejaman..
Kuala Lumpur: Hampir 20 peratus badannya terbakar akibat dibakar suaminya sendiri pada hujung tahun lalu. Namun, mangsa masih memaafkan suaminya itu dan menerimanya kembali selepas lelaki terbabit berjanji untuk bertaubat.
Namun, harapan suri rumah berusia 28 tahun itu untuk melihat suaminya berubah lebur apabila suspek terus menderanya dipercayai disebabkan cemburu.
Malah, dalam kejadian terbaru kira-kira jam 10.30 malam di rumah mereka di Kepong, di sini, Jumaat lalu, mangsa mendakwa dilibas dengan paip getah selain disepak terajang suspek berusia lingkungan 30-an itu menyebabkannya cedera di badan dan kepala.
Menyedari suaminya itu tidak akan berubah selain tidak tahan dijadikan mangsa belasahan, suri rumah terbabit akhirnya melarikan diri daripada rumahnya kira-kira jam 3 pagi kelmarin, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini.
Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu sudah diberkas pihak berkuasa di rumahnya selepas mereka menerima laporan berhubung kejadian itu.
Menceritakan lanjut mengenai kejadian berkenaan, sumber itu berkata, pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak enam tahun lalu itu dianugerahkan seorang anak perempuan yang kini berusia empat tahun.
“Suspek dilaporkan sering mendera mangsa selepas usia perkahwinan mereka masuk ke tahun ketiga,” katanya.
Diminta mengulas jenis penderaan yang dilakukan suspek terhadap mangsa, sumber itu berkata, pada hujung tahun lalu, wanita malang itu bukan saja dipukul sebaliknya disimbah dengan petrol dan dibakar hidup-hidup.
“Hampir 20 peratus anggota badannya terbakar namun dia (mangsa) masih tidak membuat laporan polis kerana berharap suaminya itu akan berubah. Apatah lagi, selepas suaminya berjanji akan bertaubat,” katanya.
Menurutnya, mangsa bagaimanapun tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, selepas tidak tahan dibelasah dalam kejadian terbaru Jumaat lalu.
“Dalam kejadian itu, mangsa disepak terajang, kepalanya dipijak selain dilibas dengan paip getah di rumah mereka dipercayai disebabkan cemburu buta,” katanya.
Katanya, dalam laporan dibuatnya itu, selain mendakwa dirinya pernah dibakar dan dipukul, mangsa turut melaporkan bahawa anak perempuan mereka juga sering dipukul suspek biarpun tidak melakukan kesalahan.
“Mangsa kini melarikan diri dan berlindung di rumah keluarganya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Request: Saya Nak Doodle Alif Ismail V2.0
Posted on Februari 18, 2013 by Tengkubutang
Aigooooo.. Aigoooo.. Aigooooo.. (heee.. menurut my bf.. Aigoooo ni adalah bahasa Korea yg maksudnya Alamak/Alahai/adoii.. dalam bahasa Malaysia.. heee... tp.. teman sebut 2 bukan lea nk menceritakan apa2 tentang Korea yea.. teman sebut 2 sebab ekpresi teman selepas teman dapat tau ada org nk bg doodle free.. waaaaaaaaa.. best tuuuu! heee.. kan best klu kita ada doodle mcm ala2 muka kita kan.. hih3.. x serupa pun x pe.. janji tomeyyy.. hik3 .. teman dh try wat doodle seniri.. tp agak mngambil masa yg lama jugak.. nti asik fokus kat situ j..
~sebab-sebab teman mahukan doodle Alif Ismail.. ?
1-Sebabbbb.. sebab teman sukaaa sgt doodle yg Alif buat.. semua cumey2.. (bukan bodek yea! dh memang cumey! naaaaaakkkk! nak jugakk! )
2-Sebabbb.. teman lum jumpa lg doodle yg sesuai untuk diletakkan atas header blog teman ni.. huuu.. klu dh ada yg cun mcm blog Alif Ismail punya tu.. gerenti x tuka2 dh.. puas hati sgt2!
~warna MATA yg saya mahukan... hemm.. nak COKLAT lah.. Tudung kaler hijau pucuk pisang heee..
Korang nak doodle fre gak k? KLIK j kat gambo atas ni yea..
17 Februari 2013
I WILL FOLLOW U BACK.. sorry sayang smua.. bz sikit skrg..
Posted on Februari 17, 2013 by Tengkubutang
kepada kawan2 yg dah follow teman.. teman akan kunjung blog korang secepat mungkin yea.. insyaAllah esok paling cepat.. sebab skrg pc kat umah sedang breakdown (sedey) so.. ada laptop je ni .. ni pun berebut2 dgn en. suami.. en. suami kena guna lebih sebab dia nak running bisnes dia.. so, teman kena lea bertolak ansur kan.. heee..utk kebaikan bersama.. so, masa time en. suami keja bole lea teman guna laptop ni.. heee.. ok.. bg yg dh follow teman n teman lum follow balik, sabar2 yea yunk.. nanti teman follow korang lek..harusss... tQ yea sebab sudi follow n singgah.. teman dpt balas yg termampu jea.. love u all!
12 Februari 2013
POPUP FB FANPAGE...APA PENDAPAT KORANG?
Posted on Februari 12, 2013 by Tengkubutang
Salam.. ada yg masih berjaga lagi ke? he2.. teman udah nak tido ni.. tapi tadi masa nak update shoutbox dekat Busuk.org .. ternampak satu artikel yang memang selama ni teman nak jadikan entri pun.. tapi taktau macam mana nak disampaikan.. last2 terjumpa artikel 2.. inilea artikel nya.. sila baca yea..
SURVEY OLEH BUSUK.ORG BERKENAAN POPUP FANPAGE
Disebabkan kini semakin ramai blogger meletakkan popup facebook di blog/web mereka, jadi busuk telah membuat survey di facebook untuk mengetahui apakah pendapat pembaca terhadap aplikasi ini.. ini bukan beerti popup like facebook ini tidak berguna sama sekali.. cuma kami ingin berkongsi dengan anda semua, apakah keburukan dan pendapat pembaca tentang aplikasi ini.. anda pertimbangkan sendiri.. wallahualam..
So, pendapat korang lak camne? hemm.. kalau teman pun.. cukup tak suka nak gi blog yg buat Popup Like FB fanpage ni.. bukan apa.. sakit ati nak menunggu lama loading 2.. (kalau nk cepat, 2 yg kena LIKE FB Fanpage diorg 2.. ) udah macam kena paksa lak..
11 Februari 2013
KaLaU ToLoNg X IkHLaS bAiK X pAyAH!!!
Posted on Februari 11, 2013 by Tengkubutang
Menyampahnya bila kenal dengan orang yang menolong tapi x ikhlas, dah beri pertolongan tapi mintak balasan.. benci terhutang budi dengan orang tapi nak buat macam mana, dalam certain hal.. kita x rancang pun sesuatu yg x elok jadi pada kita kan.. dan pada masa 2 kita memang perlukan bantuan dari org lain.. namun kalau dah beri pertolongan, janganlah pulak mengungkit dan diulang2 setiap pertolongan yang diberikan.. sebab sudahlea kawan 2 sedang bersedih atas apa yg jd pada dia, lepas 2 org yg bagi bantuan plak asyik ulang2 jasa yg dia dh berikan.. kalau kita sendiripun.. pasti akan rasa malu sebab dh susahkan org 2 kan.. so bila dia asyik ulang2 dia bantu kita, kita ni rasa mcm terhutang budi sgt2.. rasa macam budi 2 x dpt d bls sampai bila.. memang itulah yg terjadi pun sekarang ni..klu rasa xnk terhutang budi sapai mati janganlah makan budi org.. klu adik beradik 2 xpe lg.. kalau org luar? huuu.. bahaya.. silap2 sampai ke mati hutang budi tu x berbayar pada pandangan diorg (org yg bantu)..
Kalau bagi teman lak.. X semestinya org yg kita bantu 2 yg akan balas budi kita, tapi Allah yg akan aturkan samada orang 2 akan balas ke tak budi kita, kita x boleh nak marah atau tak puas hati.. dan misalnya kalau orang 2 tak mampu nak balas budi kita (bukan kerana kemahuan dia,tp mungkin dia pun ada mslh..) jangan kita nak terus menyalahkan diorang dan terus mengatakan diorg "TAK KENANG BUDI".. sebab itupun Allah yang aturkan.. Allah x aturkan orang yg sama bantu kita balik, tapi Allah aturkan somebody else bantu kita pulak.. lagi ramai plak 2.. bukan sorg.. So, xyahlea kita nak rasa menyesal bantu kawan2 kita or sape2 pun.. bantu jea dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.. sebab Allah tau cara nak aturkan sape yg akan balas budi baik kita 2.. x semestinya org yg kita bantu..
Shila kembali selepas 'hilang' sekejap
Posted on Februari 11, 2013 by Tengkubutang
fuhh.. bermakna cerita cinta shiela dah berakhir kot bersama Shahnaaz.. bila shiela pulang ke pangkuan keluarga, maka episod kisah cintanya akan dilupa terus dari kenangan beliau kan.. hemm.. xpelea shiela, restu mak ayah penting bila kita nak hidup bahagia.. kerana kita perlukan doa mereka sampai akhir hayat kita.. percintaan memang amat menyakitkan.. tetapi ia akan kita lupa juga suatu hari nanti.. percayalah.. ikut kata mak ayah tak rugi pun.. wlu sekarang kita x nampak apa hikmahnya.. tp disebaliknya nanti lama kelamaan kita akan tahu juga kenapa kita bukan dijodohkan dengan dia (lelaki itu).. berbalik kepada cerita yang teman dapat dari Surat khabar ni, jom kita ikuti antara cerita yang teman baca tadi.. =)
Penyanyi Shila Amzah yang mencetuskan kontroversi mengenai kisah percintaannya tiba di sebuah hotel ,di sini, bersama bapanya, N D Lala, kira-kira 10.45 malam tadi.
Dia kelihatan ceria ditemani pengawal peribadi dan bapanya itu tetapi enggan mengulas mengenai kemelut itu. Tetapi, Shila tetap melayan peminatnya di perkarangan hotel itu.
Shila, 23, yang sebelum ini 'menghilangkan' diri sejak tujuh hari lalu kerana tertekan dengan konflik percintaannya bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad sudah kembali ke pangkuan keluarganya.
Difahamkan, Shila menghubungi bapanya yang juga penyanyi dan pengacara, ND Lala, 53, selepas berita ND Lala membuat laporan polis mengenai kehilangan Shila disiarkan akhbar, semalam.
08 Februari 2013
Blogger Belia Blogger Cool
Posted on Februari 08, 2013 by Tengkubutang
Korang nak kenal lebih ramai blogger tak? nak tambah follower x? nak share entri korg dalam Blogger Belia Blogger Cool x? ha2.. kalau nak.. Jom Join Segmen dari HasrulHassan.
Senang jer....
Klik banner di atas dan ikut syarat-syarat yang ditetapkan.
- Like Blogger Belia Blogger Cool dan jadi sebahagian dari ahli kelab (klik join).
- Tarikh tutup ialah pada hari ini, 8 Februari 2013 Jumaat Jam 3 Petang.
Soal jawab segmen
Nama blogger: Tengkubutang
Nama Blog : Sharing My CeriteraURL blog: http://tengkubutang.blogspot.com/
Umo-->32
Nama Blog lain : Kucen Kucen Belog
URL blog: http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
Kenapa saya seorang blogger yang cool?
saya seorang blogger yang cool kerana saya bukan seorang yg berputus asa dalam ber blog, kenapa saya cakap macam 2? he2.. saya sentiasa akan cuba menambahbaikkan lagi blog saya dan takkan mudah berpuashati kalau pencapaian hanya setakat termampu j.. maksud saya.. kalau follower 2 sikit je, saya akan cuba sedaya upaya tambah2 kan.. kalau blog saya 2 kurang menarik.. saya akan cuba percantikkan lg.. kalau saya jarang buat entri terbaru, saya akan cuba luangkan masa untuk buat entri.. he3.. dari situ saya definisikan bagaimana cool nya saya.. err.. bole ke camtu? he3.. lg satu... haaa.. apa lg yg membuatkan saya seorang blogger yg cool... saya tak memilih rakan blogger.. kalau ada yang masih baru (mcm saya mula2 dlu) jangan risau.. kalau u ollz follow saya.. saya akan follow u ollz balik.. itu tandanya saya seorang blogger yg cool.. heh3.. cukup sapai sini.. nti sambung lg yea.. =P
hah.. apa lg? moh kita join segmen ni moh.. nanti leh pomot blog korang sekali.. heh3.. jomm
Menang Tempat ke 5 Teka Teki Origami (burung)..
Posted on Februari 08, 2013 by Tengkubutang
heh3.. hari ni teman nak bercerita pasal contest yg teman join baru2 ni.. contest suka2 n x memberatkan fikiran pun.. he2.. contest ni namanya Teka Teki Origami yg dibuat oleh Cik Pensil kita yg cumey 2.. contest bermula 28Januari--->6Febuari hari 2..
he2.. teman pun suka origami tapi memandangkan teman ni bukanlah berjari ajaib (dlm erti kata lain tangan keras mcm kayu) so, teman x selalu fokus pun klu melipat-lipat kertas ni.. hih3.. lagi satu, kalau korang ni bukan seorang yg penyabo.. lupakanlah nak melipat2/buat origami yeww.. mau bersepah umah dgn kertas2 origami yg korg buat x jadi tew.. hih3... tp kalau org bagi teman free, teman nak jea.. suka sgt benda2 comel ni.. dulu klu rajin pun teman suka buat bintang2 yg kecil 2, kasi bubuh dalam balang ikan yg kecik 2.. so cute tau.. (aishh.. jgn tanya lain.. bintang 2 j teman tau buat ponn.. hih3.. )
ok lah, berbalik kepada contest teak teki origami tadi.. heee.. melihatkan ramai giler yg komen berapa jumlah burung2 dlm kotak 2, teman pun rasa mcm xcited nk cuba.. teman try lea teka jugak.. berpinar2 jugak mata ni mengira burung2 tu.. bila dh Cik Pensil asingkan warna pun masih berpinar2 (berpino2 org Perak ckp) naik kero mata ni mengira sebab tuan tanah pandai.. dia blur kan gambar burung2 tu.. hu3.. Last2.. teman komen j ikut nasib.. heeee... saja suka2.. suka tgk gelagat org yg komen sekali.. hih3.. mesra alam j semuanya.. hu3.. dan semalam teman dapat keputusan dari Cik Pensil ... he3
he2.. teman pun suka origami tapi memandangkan teman ni bukanlah berjari ajaib (dlm erti kata lain tangan keras mcm kayu) so, teman x selalu fokus pun klu melipat-lipat kertas ni.. hih3.. lagi satu, kalau korang ni bukan seorang yg penyabo.. lupakanlah nak melipat2/buat origami yeww.. mau bersepah umah dgn kertas2 origami yg korg buat x jadi tew.. hih3... tp kalau org bagi teman free, teman nak jea.. suka sgt benda2 comel ni.. dulu klu rajin pun teman suka buat bintang2 yg kecil 2, kasi bubuh dalam balang ikan yg kecik 2.. so cute tau.. (aishh.. jgn tanya lain.. bintang 2 j teman tau buat ponn.. hih3.. )
ok lah, berbalik kepada contest teak teki origami tadi.. heee.. melihatkan ramai giler yg komen berapa jumlah burung2 dlm kotak 2, teman pun rasa mcm xcited nk cuba.. teman try lea teka jugak.. berpinar2 jugak mata ni mengira burung2 tu.. bila dh Cik Pensil asingkan warna pun masih berpinar2 (berpino2 org Perak ckp) naik kero mata ni mengira sebab tuan tanah pandai.. dia blur kan gambar burung2 tu.. hu3.. Last2.. teman komen j ikut nasib.. heeee... saja suka2.. suka tgk gelagat org yg komen sekali.. hih3.. mesra alam j semuanya.. hu3.. dan semalam teman dapat keputusan dari Cik Pensil ... he3
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. Cik Pensil ckp.. Tahniah! anda menang.. hi3..
He3.. yg ni 1st time dpt adiah melalui berblog.. wlupepun, jgn slh tafsir lak dan jgn lak anggap teman join smata2 nk dpt hadiah j tau.. teman join apa2 segmen or contest or apa2 je lah.. bkn semata2 nk kan imbuhan or hadiah, tp kita semua tahu n sedia maklum kan.. dengan cara macam ni kita dapat mengeratkan lg hubungan kita dgn blogger2 lain.. komen2.. kenal2.. sharing2.. exchange link.. semua ni dapat menjadikan suasana dunia blogger kita meriah kan! ( cewaaaahhh .. ayat teman dasyattt kan! )
wlu pepun.. tQ kepada Cik Pensil yg mengadakn Teka Teki Origami ni.. nti buatlah lg yea.. heh3..
07 Februari 2013
NAPE ACCOUNT NUFFNANG SAYA BERUBAH??? HELP ME..
Posted on Februari 07, 2013 by Tengkubutang
Salam petang buat rakan blogger semua.. tadi punya lea happy teman join segmen.. sekali bila nak sign out, terasa nak tengok berapa dah income dalam acc nuffnang teman.. alangkah terkejutnya tgk acc teman dh tinggal RM 0.60 dan paling terkejut.. nape status Glitterati teman dah berubah ke Non-Glitterati lak? nape..? nape..? ada sape2 leh bagitau nape? sebab teman mmg baru sgt dlm berblog ni..
nape nuffnang potong duit dlm acc teman tu yea? n nape status acc teman berubah jadi Non-Glitterati lak? amat2 confused sangat sekarang ni.. perlukan penjelasan nuffnang tapi baik tanya kawan2 kat sini yg arif pasal ni dlu kan.. dlm acc nuffnang teman xde byk mana pun.. sikit sgt2.. (elok pun sikit, klu byk lg teman nganga terkejut.)
Aku Kah Yang Berubah?
Posted on Februari 07, 2013 by Tengkubutang
Dh tengahari dh.. ingat malas nk buat entri terbaru.. tp hati tergerak nk buat entri jugak bila trgtkan seseorang.. hemm.. sahabat baik yg dh lama x dengar kabar.. teman masih ingat dlu sahabat teman ni selalu akan contact teman, begitu jugak teman.. kami akan selalu hangout sama2.. makan2, jalan2, naik cameron pusing2 kat atas 2.. sembang2 berjam2 lamanya.. macam2 topik kami sembang.. yg paling teman xbole lupa ialah gelak tawa n the way dia bercakap.. mmg selalu buat teman ketawa besar.. begitu jugak teman.. selalu jugak buat dia ketawa berdekah2 sapai terbatok2 kawan 2 teman buat.. kami memang rapat dh mcm isi dgn kuku.. sapailah 1 masa 2.. hubungan kami mulai renggang bila teman dh bertemu jodoh.. dan dia mula menjauhkan diri dari teman.. sedih rasanya.. dulu dia pernah cakap harap teman x berubah selepas status dh berubah (kawen).. tp skrg ni xtau siapa yg berubah sebenarnya.. . hope dia xlupakan sejarah kami yg dlu.. mcm2 pengalaman kami harungi bersama.. miss u Cikin..
06 Februari 2013
Berniaga Online Menguntungkan? Memang! Memang benar!
Posted on Februari 06, 2013 by Tengkubutang
SETELAH mencuba produk kesihatan dan pelangsingan badan, Emilia Leman, 29, mendapat inspirasi untuk menjalankan perniagaan produk berkenaan.
"Saya mendapat inspirasi daripada testimoni diri sendiri. Saya berjaya menguruskan berat badan menggunakan produk Alpha Lipid SD2 tanpa perlu berlapar," katanya.
Menggunakan modal permulaan daripada wang simpanan sendiri, Emilia mengakui keuntungan yang diperolehi sangat menggalakkan dalam tempoh singkat, biarpun hanya menggunakan laman sosial.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Feminin/20130202/fe_01/Remaja-bergelar-usahawan-online#ixzz2K6nd92zE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Feminin/20130202/fe_01/Remaja-bergelar-usahawan-online#ixzz2K6nd92zE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Emilia telah terlibat perniagaan dalam talian selama setahun sebagai pengedar produk kesihatan berkenaan. Kini dia memegang jawatan sebagai eksekutif pemasaran produk NZ New Image Sdn. Bhd. (NZ New Image).
"Dahulu saya hanya menikmati pendapatan sederhana tetapi kini berubah dalam waktu singkat kerana keuntungan perniagaan dalam talian boleh mencecah lima angka,'' katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)