Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

07 Mac 2013

WAWA ZAINAL risaukan Family di Sabah

Foto
Wawa Zainal (mcm Fasha Sandha lak sekali pndg.. )
Kuala Lumpur: “Sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu, Jumaat lalu tercetus, saya runsing memikirkan keadaan keluarga di sana.
“Setiap hari saya menghubungi mereka untuk tahu keadaan semasa. Syukurlah semua adik-beradik dilaporkan selamat,” kata pelakon popular, Nur Hawa Zainal Abidin, 22 atau Wawa Zainal.
Itu nafas lega dilahirkan Wawa selepas mengetahui seluruh anggota keluarganya di Lahad Datu selamat sejak kemasukan kumpulan pengganas di daerah itu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu, Jumaat lalu.

Wawa yang berasal dari Kampung Muhibbah iaitu kira-kira 30 minit dari Kampung Tanduo yang menjadi sasaran utama pengganas berkata, dia terkejut dengan kehadiran kumpulan pengganas yang memasuki daerah terbabit tambahan pula Kampung Tanduo berhampiran tempat kelahirannya.
“Selepas mendapat tahu pencerobohan itu di media, saya menghubungi keluarga di sana (Lahad Datu), bimbang sesuatu yang buruk berlaku.                                                                                                      Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07

Diseksa depan anak, isteri

Teluk Intan: “Saya tidak dapat bayangkan detik ngeri apabila arwah suami diseksa dan dicekik sekuat hati oleh perompak hingga mati di depan mata saya dan anak,” ujar isteri mangsa pembunuhan kejam, Mohd Suhaili Abd Salim, 27, Masitah Zamri, 26.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi semalam, mangsa seorang petani dibunuh ketika cuba melawan empat penjenayah yang menceroboh rumahnya di Kampung Sungai Badak, Ulu Dedap, Mukim Kota Setia, di sini. Masitah berkata, beberapa jam sebelum kejadian, suaminya sempat menghadiahkan ciuman tanda sayang sebelum dia dan anak perempuannya, Nor Farah Izzati Mohd Suhaili, 7, tidur.
“Kejadian berlaku ketika kami semua sedang nyenyak tidur di dalam bilik sebelum terkejut apabila pintu bilik ditendang hingga pecah.
“Empat lelaki bersenjata parang dan bertopeng muncul sebelum mengacukan senjata ke arah kami. Suhaili cuba melawan, namun dipukul sebelum tangannya diikat,” katanya.
Dia mendakwa tangannya diikat penjenayah bersama anak perempuannya itu.
“Penjenayah kemudian memukul semula suami bertubi-tubi dengan batang paip dan seterika hingga tidak bermaya. Malah, penjenayah turut menyumbat seluar ke dalam mulut arwah suami saya.
“Mereka turut memukul suami saya sekali lagi sebelum mencekik lehernya tanpa belas kasihan. Suami saya hanya dilepaskan selepas dia rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya.
Masitah berkata, dia merayu supaya suaminya dilepaskan dan meminta penjenayah mengambil semua barang kemas dipakainya, namun tidak diendahkan.
“Penjenayah kemudian merampas semua barang kemas yang saya pakai termasuk rantai, subang, rantai kaki, cincin dan dua telefon bimbit sebelum melarikan diri menaiki kereta Proton Waja milik kami.
“Saya kemudian membuka ikatan sebelum meminta bantuan bapa mentua. Bagaimanapun, suami disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.
Sementara itu, Nor Farah yang juga murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Sungai Renggam, Ulu Dedap, di sini, hanya mampu menangis ketika mengingati tindakan zalim penjenayah ke atas bapanya.
“Saya melihat sendiri penjenayah itu memukul bapa dengan batang paip selain menjerut lehernya dengan tali pinggang sehingga pengsan. Saya harap penjenayah terbabit mendapat hukuman setimpal,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, suspek memasuki rumah mangsa pada jam 3.30 pagi dengan menendang pintu sebelum mengikat mangsa dengan tali serta memukulnya dengan batang besi dan seterika.
“Sejurus ambulans tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah tidak bernyawa sebelum dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat,” katanya.
Katanya, siasatan mendapati, rumah mangsa terletak agak terpencil di dalam ladang kelapa sawit.
Mohd Shukri berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian itu termasuk memburu keempat-empat suspek.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07

TATU BIJI MATA??


Foto
London: Kira-kira 80 peratus daripada badannya dipenuhi tatu dan dianggap orang paling banyak bertatu di Britain. Bagaimanapun, keunikan itu tidak menguntungkan Mathew Whelan apabila dia terpaksa bergelut mencari pekerjaan.
Kata Whelan, 33, keadaan tubuhnya menyukarkan dia diterima mana-mana majikan. Untuk mendapat tatu sebanyak itu, Whelan menghabiskan masa 300 jam di kerusi tukang tatu selain membelanjakan lebih RM100,000 mendapatkan rekaan diingini.
Kata Whelan, ketika ini dia menjadi sukarelawan di pejabat Ahli Parlimen Parti Demokrat Liberal di Yardley, Birmingham.
Dia juga menukar namanya menjadi King Body Art The Extreme Ink-ite, atau lebih mudah disebut, King Of Inkland. Whelan berkata, mengubah suai tubuh kini menjadi budaya dan diterima sebagai cara hidup yang istimewa. GAMBAR terbaru Whelan (kiri) dan gambar sebelumnya. “Ia diikuti hampir menyamai ketaatan beragama,” katanya. Whelan berkata, dia mahu mendidik orang ramai mengenai keyakinannya kepada tatu. Menurut Whelan, pengetahuannya yang mendalam mengenai sejarah tatu membolehkan dia dihormati ramai. “Tatu adalah seni dan budaya.
“Apabila ada kanak-kanak merenung saya, saya menegur serta menjelaskan sejarah tatu,” katanya. Mengenai sejarah tatu di badannya, Whelan berkata, dia berniat menghias tubuhnya sejak berusia sembilan tahun. Ketika itu, katanya, dia ternampak tatu pada badan bapa dan bapa saudaranya. “Tatu pertama saya ialah seekor anjing Bulldog yang dibuat ketika berusia 16 tahun,” katanya. Selain anjing, imej lain yang menghias badan Whelan ialah ular, kala jengking, biji mata dan pontianak. Membuktikan kecintaannya kepada Seni itu, Whelan turut mentatu satu daripada biji matanya. - Daily Mail
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07

5 tahun perkosa ibu kandung


Yogyakarta: Seorang pemuda berusia 19 tahun yang dikenali dengan nama singkatnya, TG, ditangkap kerana memperkosa ibu kandung dan empat adik tirinya.  Peliknya perbuatan keji itu dilakukan sejak lima tahun lalu. “Saya melakukannya sambil baring ketika menonton televisyen bersama-sama,” 
kata TG ketika disoal polis, semalam. Pemuda berkenaan bagaimanapun tidak ingat berapa kali dia melakukan perbuatan terkutuk itu. Dia mengaku lupa berapa kali melakukan tindakan senonoh itu kepada ibunya yang kini sudah berusia 40 tahun. Dia mengaku pernah memberi wang Rp5,000 kepada ibunya yang kini sudah berusia 40 tahun supaya bersetuju untuk melakukan seks. Selain ibu kandung, empat adik tirinya juga menjadi korban nafsu seksnya. “Saya tidak pernah mengancam atau mengajak mereka. Mereka yang menggoda dan mengajak saya melakukannya,” katanya. Seorang adiknya itu ialah lelaki berusia 16 tahun sementara yang lain, perempuan, berusia empat, 10 dan 12 tahun. Ketua Polis Yogyakarta, Dodo Hendro Kusumo berkata, TG ditangkap selepas pihaknya menerima aduan daripada sepupunya. - Lensa

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/07

06 Mac 2013

WORDLESS WEDNESDAY -->WORD VERIFICATION--> I HATE THIS!! BAGI 3 SEBAB!


Cara nak disable kan Word Verification ni sila ikut arahan dibawah yea..

gi kat setting > Post and Comments  > Show Word Verification > klik NO

Nota : kalau mengkome buang menatang ni, insyaAllah rajin jea orang datang nak ngomen 
kat entri mengkome tauu.. hihihi

04 Mac 2013

Abby Abadi Ialah Ustazah Jadian – Zed Zaidi

Monday, March 4, 2013


Menarik kenyataan daripada Zed Zaidi yang dikeluarkan di Utusan Malaysia semalam. Umum mengetahui yang Abby Abadi sering mengeluarkan kata-kata kontroversi menerusi akaun Twitternya. Zed Zaidi selaku Presiden Seniman menganggap yang Abby Abadi ialah ustazah jadian dan boleh memesongkan akidah orang Islam.
Kata Zed Zaidi:-
Abby ibarat seorang ustazah tidak bertauliah yang sesuka hati mengeluarkan fatwanya sendiri seperti mana yang pernah ditunjukkan beberapa pemimpin Pas lain. Jadi, bila seseorang ‘Ustazah Jadian’ ini berbicara, saya khuatir macam-macam perkara buruk akan terjadi ke atas anak bangsa Melayu kerana statusnya sebagai seorang artis mampu mempengaruhi sekali gus menggugat keimanan peminatnya
Seharusnya Abby Abadi fokus kepada berkongsi mengenai cerita penghijrahannya dan bukannya mengeluarkan pendapat-pendapat yang boleh mengelirukan orang ramai. Abby Abadi mempunyai peminat yang ramai dan sedikit sebanyak kata-katanya boleh mempengaruhi mereka. Apa pula kata anda?

01 Mac 2013

En Suami Nyanyikan Lagu Hepi Besday.. tQ cyg..

28 FEBUARI 2013
Aaaaaaachummm! fuh.. lama nye teman tinggal blog ni.. almaklumlea.. baru lik dari ipoh.. tengok mak yg wat operation mata isnin baru ni.. (25.2.2013) .. Alhamdulillah operation berjaya.. risau jugak awat lama sgt dlm Operation Theatre 2.. tgk2 xde apa.. selesai dgn lancar semua.. Alhamdulillah..

heee.. disebabkan kat ipoh xde pc.. xde laptop.. so.. xdapek lea nk update entri.. maka bersawang n murung jea lea blog teman ni.. sabo jelah.. nk wat cne kan.. smlm baru teman sapai KL.. nk update blog pun x sempat sebab badan penat sgt kan.. so.. no mood nk menaip.. lg pun semalam besday teman.. heee.. nk lea meluangkan masa dgn cik abe teman.. huu.. korang pun xtau semalam besday teman kan! hee.. yelea.. mana nk tau.. teman x kabo pun kan..  semalam hepi sangat bila encik suami nyanyikan lagu Hepi Besday dekat teman.. he3.. muka siyes tp x sangka lak mahu lak dia nyanyikan lagu hepi besday kat teman.. hi3.. tQ cyg..

mekaceh jugak kat kawan2 yg wish hepi besday dekat FB.. terharu sgt2.. tq.. =)


26 Februari 2013

Big Giveaway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool


Selamat Pagi semua.. pagi2 ni teman nak ngajak join segmen lagi.. teman dapat jemputan dari Mimi untuk join n memeriahkan lg segmen ni.. hadiah pun lumayan jugak.. terimakasih mimi sebab tag kita... heee.. kalau korang nak join, jom KLIK DEKAT BANNER ATAS Ni.. DAN FOLLOW SYARAT2 nya okehhh.. ingattt.. setiap satu di check yea.. jgn skippp! heee.. (itupun kalau nak menang adiah.. =) .. pastu.. ada syarat lain nk kena ikut.. tengok kat bawah ni.. =)


Syarat lain yg perlu diikuti---> Sila Follow Blog Sponsor :  *wajib



Wajib juga like fan page FB sponsor :


Jangan tertinggal apa2 syarat yg ditetapkan yea.. nti takut disqualified lak.. he3.. Goood Luck semuaa! jom join ramei2! tarikh tutup pada 26 FEB 2013 yea.. 

Opsss. lupa lak.. sape lak yg sudi di Tag yea.. hee.. 
teman Tag -----> AA yg baik hati lagi cumey.. he2.. sudi2lah join yea.. =)
                -----> Cik Pensil  yg punya header blog yg cumey.. heh3.. jom yang.. join..=)
                -----> Farah yg sweett.  jom join yea.. =)
                 

22 Februari 2013

SEGMEN : SAYA NAK MENANG!



Korang! Jom join segmen yg ni lak nak.. saja mencuba.. kot ada rezeki dapat.. heh3.. tarikh tutup on my besday lak 2.. hih3.. 28 febuari 2013

So.. apa lagi.. jom join ramei2.. jom! memeriahkan segmen.. tambah follower.. leh kenal lebih ramai blogger2 lagi gitu.. bestt kan.. bercabang2 kebaikan dapat melalui bersegmen ni.. he2.. selamat mencuba!

Kelebihan Memiliki Anak Perempuan


KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,
lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka,
nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a.,
dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,
nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.
Daripada hadis-hadis di atas,
dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar,
tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka,
Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

BAHAN MERBAHAYA DALAM MAKANAN KEGEMARAN KITA?


5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK!!

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.


2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.


20 Februari 2013

PERADUAN SERLAHKAN KEAYUANMU BERSAMA JOHNSONS

Sape kat sini suka barangan Johnsons? dan biasa guna sejak dari dulu lagi? huu.. teman rasa mcm nak try pakai produk johnsons lak.. sebab memandangkan losyen n bedak teman semuanya mcm dh x brapa best jea skrg ni.. hi3.. xleh g tau jenama.. nti merosakkan bisnes org lak.. ( agak org yg guna nya yg problem, produk org lain plak dipersalahkan yeww.. biasa dia yea! he2 ).. Teman bercadang nak beli bedak n losyen brand johnsons ni.. tp teman x arif yg mana satu baunya sedap yea? kalau korang biasa guna tolong bagi pendapat yea mana satu yg ok.. heee.. selain 2 teman pun nak gitau korg yg memang pengguna setia produk johnsons ni, taknak sertai peraduan johnsons ke? heee.. teman x masuk pun.. sebab ia melibatkan anto gambo.. teman ni penyegan orgnya.. hi3.. syarat2nya??? haaa.. kelik jea kat gambo bawah ni yew.. selamat mencuba.. hih3.. lepas dh join jgn lupa share kasi kitorg tgk yeaa... heee...


Lawanya Siti Bila Dah Bertudung Sempurna..

kenal x sapo nih? heee.. manaleh x kenal yea.. fofular ni..
heee.. ini gamba siti yg belum bertudung sempurna lg.. 
nampak matang muka dia kan..

Haii.. he2.. sebelum apa2.. kasi mood sikit nak berblog.. senyum2 sorg2 untuk bagi pipi cumey mcm siti.. ha3.. nk x pipi cumey mcm siti? heee.. teman xde petua pun.. teman pun x dpt pipi mcm siti.. xpelah.. bersyukurlah ats apa yg Allah dh jadikan utk kita.. x bek lea merungut.. yea x.. hee.. kali ni teman nak share gambo2 kegemaran teman skrg.. heee.. gambo siti bertudung.. dlu teman x minat siti sgt.. skrg minat lea jugak sbb tgk dia makin cumey.. ingat tak dlu siti pernah ingkar pd satu janji kononnya nk bertudung selepas menunaikan haji.. tp bila balik dari tanah suci Mekah dia still x tunaikan apa yg dia dh lafazkan sebelum ke Mekah.. dia cuma berselendang dan anak rambut depan pun masih terjulur org bole nmpk.. hemm.. ramai yg kondem dia masa 2.. tp dia still x brubah gak.. pakai tudung tp ada jambul mcm mak datin.. heee.. opsss.. tp skrg kita dh bole berbangga dgn siti sebab dia dh bertudung dengan sempurna.. xde dah jambul yg terjulur keluar.. heee.. so.. x mo citer byk2.. teman just nk share foto2 siti bertudung jea.. heee.. korg yg x minat xpe.. jgn susah2 tengok.. gi tgk yg lain byk lg.. heee.. klu yg minat lak.. sila komen.. ni bukan gambo latest tp  gambo awal Januari tahun ni.. masa 2 besday ct yg ke 34






Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers