Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

29 Mac 2013

Lirik Lagu Sahabat - Najwa Latif




Ehem2.. salam Jumaat buat kengkawan semua, hari ni teman nak share Lirik lagu kegemaran teman lagi dan kali ni teman pilih lagu Najwa Latiff n Sleeq bertajuk Sahabat.. teman suka lagu ni sebab bunyi petikan gitarnya di awal lagu n liriknya yg mengambarkan sahabat2 teman.. heee.. lagu ni teman tujukan buat Geng Wasapi yang selalu keep in touch n selalu ada di kala sepi.. heee... kami kenal dh lama.. mmg dari Sekolah Menengah lagi kami kenal.. lama giler x bertemu sekali bertemu di FB, dan yg paling mengejutkan.. masing2 x berubah.. masih macam dulu.. x sombong.. kelakar.. loyar buruk.. hi3.. wajah pun x berubah sgt.. serupaaaa jeaaa... heee.. TQ buat korang yg masih macam dulu.. Cayalah!

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku


sumber dari :


♥ 19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI ♥

♥ 19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI ♥
========================

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

28 Mac 2013

♥DOA BUAT SUAMI SOLEH♥

 DOA BUAT SUAMI SOLEH♥
====================
Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa-dosa ku yang telah ku buat..
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkan semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah,

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan unt terus bersamanya
Jika suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku di titian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara unt. ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yg terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
Suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku

Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu..

Aku buta tanpa bimbingan Mu..
Aku kekurangan tanpa hidayah Mu..
Aku hina tanpa Rahmat Mu..
Ya Allah, Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi dan disayangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi..
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

"I LOVE MY HUSBAND"..

Amin, Amin Ya Rabbal Allamin..

27 Mac 2013

BLOG TEMAN BERAT MACAM GAJAH?? aduhhh..


 

huh.. baru teman tau korang sebenarnya menahan sabar singgah blog teman kan? sebab blog teman SLOW n BERAT semacam jea ni kan.. awat x habaq teman? hik3..  klu Xde orang tegur teman xtau pun blog teman ni dah semakin berat.. kalau dibiarkan memudaratkan betul x.. sib baik x Obesiti.. kalau tak.. naye jew xde org nk singgah sini nanti.. huu.. sedey... 

apa2 pun Thanx pada blogger ADIB sebab sudi ingatkan teman tentang blog teman yg berat ni.. kesian kamu pikul kan.. berat bebeno.. hu3.. teman sedang amik tindakan lea ni.. tp xtau nak buang yg mana untuk ringankan blog teman ni.. tadi teman ada timbang blog teman.. tengok niiii.. MasyaAllah.. berat kan?? patutlea SLOW n LEMB.... 

huhuhuhu...  tapi memang slow sgt ke blog teman ni yea? teman x perasan lea.. mungkin korang leh tolong tengokkan berapa lama korang amik masa untuk buka blog teman sepenuhnya.. sebab teman kat sini xde masalah lea plak.. hee.. PC teman yg tlebih laju xtau lea plak.. kui3..

Tadi teman check berat blog teman 203.52 KB .. berat lea kan? sebab teman ada terbaca kat satu Blog 2, penulisnya kata kalau berat blog lebih 100 , cepat2 lah buang code ape yg patut. aduh.. teman masih x dpt nk pilih code apa nk dibuang 2.. hemm.. apa pendapat korang??

Opss.. sebelum lupa.. bagi sape2 yg lum tau cara nak timbang blog korang, bole lea try timbang kat sini ( rasanya ramai yg dh tau kot.. tp ini teman buat untuk rakan blogger yg xtahu mcm teman sebelum ni.. he2.. ) 

CARA-CARANYA :-
1. pergi ke --> SINI

2. Masukkan URL blog korang dlm kotak besar tu ;
3. tekan CHECK!

okeh , dah tau berat blog korang kan ? bawah 100 ke atas 100 ?
hehe .. okey bye ! #jgn lupa komen okey !

SILA LETAK LINK FB / FAN PAGE KORANG DISINI UNTUK TEMAN ADD / LIKE .. (IKHLAS NI.. HE2)

Aloooohaaaaa... pekabo kome pagi nih? hope sihat2 lea hendaknya yea.. heee.. ini dia entri untuk Wordless Wednesday.. Korang ada FB kan? sila kasi letak LINK FB korang kat sini bole? he2.. hari ni teman sangat RAJIN n baik hati nak follow FanPage korang n add korang jadi friend teman dlm FB.. so, apalagi.. letak link korang ye... he2..nti klu ada friend request dari Tengkubutang Miaw jgn x approve lak yea.. hu3.. tengs!!!



25 Mac 2013

KEPUTUSAN SPM NAJWA LATIF JADI BUALAN

najwa


Najwa Latif Redha Keputusan SPM Jadi Bualan
==================================     
Tahniah MH Online ucapkan kepada penyanyi berbakat besar, Najwa Latif yang telah mendapat 4A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.
Menerusi laporan Berita Harian, Najwa telah mewakilkan kakaknya, Iqhwatul Syafika untuk mengambil keputusan tersebut di sekolah. 
“Saya tertekan sebab malam tadi (kelmarin) saya bermimpi tidak memperoleh sebarang A, sebab itu saya minta kakak ambilkan keputusan. Bagaimanapun saya tidak menyangka untuk dapat 4A kerana sebelum ini, saya mensasarkan keputusan 3A saja. 
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan keputusan ini dan emak juga gembira melihat pencapaian saya,” katanya yang berhasrat menyambung pengajian sama ada di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS). 
Terbaru, melalui status di akaun Twitter miliknya, Najwa seakan-akan reda dengan komen dan kritikan daripada peminat yang mempertikaikan keputusan peperiksaannya. 
Namun, dengan jadual seni yang padat dan populariti yang dikecapi, MH Online rasakan keputusan ini boleh dibanggakan. Dengan keputusan ini, semoga Najwa dapat meneruskan pengajian dalam bidang yang diminatinya.

23 Mac 2013

Kotex® Memberku contest


Buat kawan2 yg suka join contest yang melibatkan gambar boleh lea join contest ni.. upload gamba korang bersama2 kawan korang (MINIMUM 3 orang).. itu jea nak citer.. he3.. tataaaa..


22 Mac 2013

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

He3... lagiiii? join lagi yea? mesti itu antara cakap2 korang kat sana kan.. heeeee... teman sbeno nya memang lea nak stop kan main GA n segmen ni.. tapi itulah.. nampak jea yg menarik sikit.. mule lea nak join.. hik3.. disamping tu tujuan join sebab nak tambahkan follower.. n kenal lebih ramai lagi blogger2 kat msia ni.. heee.. actually kann.. Banner n tajuk Segmen/GA ni yg telah mencuri perhatian teman untuk join tauu! dia punya banner gambo tangan emas yg ada tulis "MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara" memang agak menggeram' kan tauu.. he3.. tahniah kepada owner blog BIcara Mak Dara ni sebab berjaya tarik minat teman untuk join sgemen/GA ni.. hik3.. OK lah.. sape nak join? klik ajew banner kat atas ni.. jangan lupa baca syarat2 nya dulu.. 
tengok bawah ni :
1. Follow Blog Bicara Mak Dara
2. Buat entri dengan tajuk 
"MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"
3. Masukkan Banner Di Atas Ke Dalam Entry dan Linkkan Ke sini 
4. Copy paste senarai penaja di bawah ke dalam entry anda itu.

                                                        Hemm.. teman nak tag sape eh.. 
                                                                               

KREATIF DALAM MEMIKAT SELERA ANAK ANDA

Olololohh. Cumey tak??? alahai.. kalau macam ni memang lea budak2 bselera jea nak makan kan.. heeeee.. hari ni teman nak share plak bagaimana nak tarik selera kanak2 / anak2 korang (bagi yg lum ada anak.. maybe pernah jugak berhadapan dengan situasi budak2 yg xmo makan.. betui x? ) heeee.. mungkin dengan cara ni bole buat budak2 berselera nak makan kerana "cara persembahan' dan "teknik penyediaan" yg menarik macam dalam gambar2 ni boleh menarik minat mereka pada pandangan pertama lagi.. heee.. mesti reaksi diorg SUKAAAAA sgt2 tau! leh cuba nih.. hi3.. jom tengok lagi gambar2 lain.... scroll plzzzz... =P

BOYA .. erkk.. tp teman xde slera nengoknyaaa..

Budak baru bangun tido.. (hihihi memandai jea aku nih!)

Hello Kitty.. haaaaa.. yg ni mesti ramai yg sukaaa.. me too!! (aishh.. u bukan budak lagi yea!!)

Mooooooooooo.. eh silap.. ingatkan lembu td.. bukan rupanya.. ni ZIrafah yea.. hee.. xtau bunyi zirafah camne.. korang buat lea sendiri yea.. hik3..

Spongebob Squarepant.. x slera teman doh.. (aishh.. jgn ikut selera KAU, ikut selera budak laaa! )

Nemo... alahai cute nyee.. rasa sayang jea nk makan kan! tp klu budak2 tengok.. yg ni dia kebas dulu kott.. hikhikhikhikhik.. yea tak kome??

Euwwww.. korang rasa budak2 suka x kalu wat design camni? eeeee.. teman idaklea nak bg deme makan upe ni.. hihihihi.. makanan masuk mulut ni.. bukan mainan... heeee..

yg ni.. hemmm.. teman suka yg bulat 2.. ala.. yg merah 2.. ceri eh? 

huuuuu.. lawo nyaaaa.. sayang nk mkn klu rupa ni.. yg ni menepati citarasa teman (aishhh.. berapa kali mau bilang.. bukan ikut selera kamoo lah! selera budak yg nk mkn 2 lah! ) hih3

15 Mac 2013

No Words...Speechless

PEMANGGANG AJAIB YANG MULTIPURPOSE.. =)


Haaaaa.. korang nampak x apa yg teman nampak ni..? perghh.. bg seorang wanita yg memasak dirumah.. emmandang "gadget2" seperti ini adalah amat menggiurkan.. hu3.. ayattt..




dulu masa kat kg ada jugak pakai benda ni.. memang senag sgtt.. x melekat pun tau/.. makanan pun x pakai myk byk.. sedap n menyihatkan badan (tanpa kolestrol kann.. )


ni rupa kat dalam dia.. nak masak stik pun boleh ..


review


RM 129.... hemm.. ok lea.. mutah.. yg kat kg teman harga dlm RM2 keatas.. brand apa ntah tp beli kat COSWAY.. xtau nape mahal..


APA YANG PALING TEMAN SUKA.. HAAAA.. CER TENGOK GAMBAR2 BAWAH NI.. MEMANG SERBAGUNA BETUL LAH PEMANGGANG NI.. MEMANG PATUT DIPANGGIL PEMANGGANG AJAIB PUN.. TENGOK APA YG BOLEH DIMASAK GUNA NI:-















Huh.. ada Buku Resepi sekali ke? waaaaaaaaaa.. bestnyaaa!
BILA TEMAN NAK SAMBAR SATU NIH.. HEEE... 





14 Mac 2013

Reaksi Lily On Her Birthday!

Jom tengok video ni.. korang pasti menangis jap lagi.. sangat2 touching.. sweet girl.. 

KaLau SaTu Hari NaNti TeMan TinGgaL kAn bLoG


Hemm.. sedang berkira-kira nak melupakan dunia Blogger.. tapi hati berbolak balik sebab dah sayangkan blog ni.. giler x sayang? susah payah teman buat blog ni.. belajo buat itu.. belajo buat ini.. semata2 nak cantikkan lagi blog teman ni.. walaupun idaklea secantik blog korang yg mabeles 2 kannn... tp yg penting hasil tangan teman seniri.. betoi x.. hemm.. x dpt bayangkan lagi klu teman berpisah dgn blog teman ni.. berpisah dengan korang yg sporting yg juga IKHLAS BEKERJASAMA.. tp klu itulea yg terbaik.. terpaksa lea teman STOP ber blog..

TAPI.... Hati teman kat dalam ni berkata-kata...



dia kata lagi.... 


RAWRrrrrrr... teman buntuuuu sudaaa.. nak jadi DINOSAUR jappp..! 
opss.. tp jangan takut.. teman jadi camni pun sebab sygkan blog ni.. syg kan korang semua.. hu3.. 2 pasai payah beno nak buat decesion untuk leave this my lovely blog dan kome2 semuaaa.. 


Pikir punya Pikir.. tak kisah lea jadi ke tak teman tinggalkan Blog ni nanti.. hanya masa yang dapat menentukannya.. kalau satu hari nanti tiba2 korang taip tengkubutang.blogspot.com dan blog ni dh  x wujud..  maknanya teman udah resign lea yea.. maka teman mintak maaf lea awal2 yea klu ada tersalah bahasa semasa berblog.. terlupa nak komen balik kew.. terlupa nk singgahbalas kew.. x sempat nk join GA korang kew.. terlupa nk follow korang balik kew..  sorry sangat2 yea.. klu teman sedar teman x buat camtu punyer.. mungkin itu diluar kesedaran teman kot.. (hik3.. ok x alasan? heee.. opss.. ini bkn alasan.. ini betui2..

Anyeong Haesayo.. Teman nak cakap ni untuk kome semua.. baca kuat2 tau!! 



Baca yg ni kuat2 jugakkkk! hu2.. teman akan cuba hepi2 kan diri nanti.. kome pun kena buat macam 2 gak yew! takmo sedey2.. be happy jew.. baru awet muda.. klu sedey jea mau cengkung muka.. X lawo!



sekarang ni teman rasa macam kucen 2 jea.. nak menjerit sebab akan di kick away dari blog teman sendiri.. 
Apa2 pun.. kena tunggu kata putus dari ORANG ATASAN samada bole k X nak teruskan berblog ni.. tapi hati macam tau jea jawapannya.. =(

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers