Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

02 Mei 2013

BUAH HATIKU ADA YANG LAIN....


haaaa.. tentu korang tertanya2 tadi nape tajuk ghupa tu? heeee.. xde apa sebeno nya.. teman cuma nak share kegembiraan mr suami teman yang hepi bebeno dapat cpu idamannya.. dan sekarang itulah buah hati kesayangannya kalau korang nak tau.. he2..  aiyoo.. korang nak dengo citer tak.. en. suami memilih barang untuk cpu ni berapa lama amik masa? makan berminggu dia buat survey kat internet.. tengok review kat Utube lah.. itulah... inilah.. pastu minta pendapat member dia lagi.. 

Sampai lea dah confirm betui2 apa nk dibeli baru kami gi LOWYAT beli cpu tu.. fuhhh.. lama giler mencari barang.. ngalahkan popuan shopping.. hihihi.. tapi memang betul lea cara en suami tu.. nak beli barang2 yg makan ribu2 ni kena beli yang terbaek.. x mo tersalah beli nanti rugi kan.. hu2.. moh tengok apa isi perut cpu yg en. suami teman beli hari SELASA,30/4/2013 hari tu.. suka bebeno dia.. senyum sampai ke telinga korang tauuu.. aishhh... tapi untuk kemudahan kerja dia teman x kisah pun.. bukan beli untuk benda x berfaedah kan.. heee.. tp bila dh beli yg high power punya cpu.. paham2 jelah yea... kalau xde GAME x sah.. hu2.. 

LIST ISI PERUT CPU en. suami..
=======================================

AMD X8 CORE FX 8350 
ASUS SABERTOOTH 990FX 
CORSAIR VENGEANCE 16GB DDR3 1866 C10 
SAPPHIRE Radeon HD 7870 XT w/Boost
WESTEN DIGITAL 1TB HARD DISK
SEAGATE 3TB HARD DISK 
CORSAIR GS 700Watt
COOLER MASTER HYPER 612s HEATSINK
COOLER MASTER HAF XM
24X SAMSUNG DVD WRITE

Opss.. jap.. korang nak komen boleh.. tp kalau nak tanya lebih tentang CPU ni.. hu3.. teman idak lea pandai nk menjawabnyaa.. ha3.. 

AMOI & ZORASCARF ---> BUTIK AMOI YANG AKAN DIRASMIKAN NANTI..

Haiii.. Salam Khamis buat semua.. teman lewat sikit ber blog hari ni.. coz.. sebok membelek gambo2 cantik seorang awek ni yg sejak dulu lagi teman suka jea terjah FB dia diam2 (silent reader lea kunun2).. heeee.. terjah tapi jarang komen.. sebab dulu teman ingatkan dia sombong n x mau layan kalau orang yang x kenal mcm teman ni komen dia.. mana lea tau kan.. org cantik ni kan selektif sikit memilih kawan.. 

Tapi rupa2nya pandangan teman meleset.. awek cantek ni idak lea sombong seperti yg teman fikirkan.. orangnya ramah.. dan disenangi ramai.. apa yang teman tulis ni berdasarkan komen2 rakan2 atau customer dia yang rajin terjah FB dia.. teman pun dah sembang dengan dia tadi.. ramah dan tak sombong.. he2.. sorry yea Amoi ter' banyak tanya lak tadi.. tapi yg sebenarnya motip nya inilah dia.. heee.. hope Amoi x kisah teman buat entri tentang Amoi lak kali ni yea.. jom support Amoi agar lebih success.. apa dia? korang nak add amoi? alamak.. memang friendlist dia ramai giler.. skrg dh penuh pun.. sape nak add x bole, tp nak follow bole je..

PICIT GAMBO NI KALAU NAK FOLLOW FB AMOI 

PICIT GAMBO NI KALAU NAK LIKE FANPAGE AMOI.. 


 PICIT BANNER ATAS NI KALAU NAK FOLLOW 
                                             BLOG AMOI 

PICIT SINI DAN LIKE FANPAGE ZORASCARF


Nak tau sape dia? heee.. bagi yg dh kenal tu xpelea.. tapi yg belum kena kenal lg.. meh lea kenal2 dengan Amoi Heaxa ni atau nama sabenarnya Salffa Diyana (opss.. klu tsilap.. mohon ampun).. Alkisahnya amoi ni macam kita2 yg lain gak.. ada FB n selalu hupdate status.. tapi kelebihan amoi ialah dia bijak mencari income melalui ber FB.. Amoi start jual Tudung, Shawl, kemudian blouse, kemudian skirt.. pastu produk2 kecantikan seperti vit C dan macam2 lagi lah.. 


dan seperti yg teman kata ramai giler customer dia.. memang rancak jualan Amoi teman tengok.. syukur Alahmadulillah.. tumpang gembira untuk anak melayu.. heee.. dan beberapa tahun pastu Amoi pun menamatkan zaman bujang dia.. nk nengok gambo kawen Amoi? cunnn wehh.. heee.. orang cantik pakai apa pun cantikkk.. kannn.. berseri2.. jea dia.. even skrg tgh preggy pun masih maintain lawoo.. x caya? leh scroll gambo sampai bawah.. 


NI GAMBO AMOI MASA NIKAH.. CANTIK KANN..

SUKA GAMBO NI...

OLOLOH.. SWEET JEA DEME NI...

BAJU LAWO.. GAMBO LAWO.. PENGANTIN PUN LAWO..


heee.. siyes.. teman sukaaa sgt tgk muka dia.. huh.. kalau pompuan pun kata dia cunn.. org laki apatah lagi kann.. hah!! belum sebut nama lagi.. klu dh sebut nama, laju jea blogger lelaki klik cari FB awek ni kan.. hihihi.. Opsss.. she's taken already.. dah kawen pun hujung tahun lepas (2012) heee.. melepas... 


Okeh lah.. teman sebenarnya nak share tentang berita terbaru Amoi Heaxa yg kini berbadan dua (5 bulan usia kandungannya sekarang klu x silap).. tapi yg paling teman nak citer adalah rasa kagum teman terhadap Amoi yg berjaya dalam bisnes online nya.. dalam masa terdekat ni Amoi akan membuka Butiknya..

Nama butiknya kalau tak silap.. Amoi & Zoracraft / 
Heaxabell & Zorascarf Boutique ♥♥♥ Jemputlahhh datang di No 11-1 Jalan Putra 2 Taman Putra Kajang 43000 Kajang Selangor. Signboard belum siap n naik lg. tp klu nak datang kedainya bersebelahan dgn makeup kereta. Dan dibelakang bangunan restoran haji tapah


 - ANTARA YANG TERBARU -
SILA SCROLL 
   
Candy Dwi Color Lycra (Princess Cutting)

Candy Dwi Color Lycra (Princess Cutting)
  
Candy Dwi Color Lycra (Princess Cutting)

Candy Dwi Color Lycra (Princess Cutting)

Maxi Sleeveless Lycra Aztec ( Princess Cutting ) 


                             
Maxi Sleeveless Lycra Aztec ( Princess Cutting ) 

Maxi Sleeveless Lycra Aztec ( Princess Cutting ) 

Maxi Sleeveless Lycra Aztec ( Princess Cutting ) 

YANG KAT BAWAH NI SEMUA GAMBO AMOI 
MAMA TO BE... HEEE.. SWEET KAN...

X NAMPAK PUN BAM BAM KAN..

HEEE.. TEMAN REQUEST VIDEO GWIYOMI, X MAU DIA BUAT.. HIHIHI.. KLU BUAT MESTI CUMEY KANNN.. SWEET JEA... =)

APA YANG TEMAN PERHATIKAN.. AMOI SUKAKAN LOSYEN MUSTAJAB.. TEMAN BERKENAN PLAK TENGOK LOSYEN KALER PINK NI.. HEEE..

TENGOK.. MASA NI DH NAMPAK PERUT MAMA.. TAPI STILL GOJES KAN..

INI GAMBO D LATEST RASANYA.. CUMEY KAN BABY TU.. AMOI PUN.. =)

Wahh.. kena melanja makan ni.. dah berbakul2 puji nih.. ha3.. guray jea.. teman buat entri ni ikhlas yea AMoi.. x mintak apa2 pun.. just saja suka2 support bisnes orang melayu kita.. hope Amoi success dalam apa jua yg amoi ceburi.. baby nak kua nanti lagi melimpah ruah rezeki datang.. Aminn.. 









01 Mei 2013

TATACARA MENCALITKAN DAKWAT KEKAL - PRU13



Dakwat Kekal PRU13
 
 
Aiyakk.. rasa berdebor2 lea plak nak mengundi kali nih.. hemm.. lagi beberapa hari jea lagi nih.. hope semuanya ok lepas pangkahan dibuat.. teman pangkah.... opss.. mana leh gitauu.. undi itu rahsia.. heh3.. beberapa tahun lepas teman pernah mngundi dan suasana dia memang best cuma letih nak beratur panjang jea..hu2.. (ngada2 ngalahkan org tua, itu pun letih kaaa??? )  ada perubahan lak cara ngundi kali ini bila Ahad ni PRU13 menetapkan syarat setiap pengundi wajib dicalitkan dakwat sebagai tanda anda dah mengundi dan dakwat ini kekal selama 7 hari!!!
Ini bertujuan untuk mengelakkan penipuan pengundi hantu yang mempunyai berpuluh-puluh kad pengenalan palsu dari menjalankan kegiatan haram mereka.

okehlah.. apa2 pun bagi yg nak mengundi Ahad ni.. jom baca bawah ni.. kasi gambaran sikit sebelum kita gi mengundi.. xde lea terkebil2 tercangok2 nanti.. heee... orraitt!
 
Mari kita membaca Tatacara Mencalitkan Dakwat Kekal 
Pada PRU13 ini.

 5.1 Peraturan 19A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 menetapkan bahawa seseorang pengundi yang datang ke Tempat Mengundi dan yang meminta dikeluarkan kertas undi, adalah diwajibkan jari telunjuk kirinya dicalitkan dengan dakwat kekal sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi berkenaan;

5.2 Tatacara mencalit dakwat kekal pada jari telunjuk kiri pengundi adalah dengan mencalitkan dakwat kekal itu dengan menggunakan berus yang disediakan bermula daripada ruas pertama jari telunjuk kiri hingga ke hujung jari atau mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri atau jari telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri atau mana-mana jari kanan jika tiada jari telunjuk kanan atau hujung lengan kiri jika tiada mana-mana jari.

5.3 Undang-undang tidak mewajibkan penggunaan dakwat kekal kepada Pengundi Tidak Hadir yang diberi kelulusan untuk mengundi secara pos. 

Kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada pengundi yang datang untuk mengundi di Tempat Mengundi jika timbul keadaan seperti yang berikut:

5.5.1 Pengundi itu enggan menunjukkan jari telunjuk kirinya untuk Kerani Pengundian memastikan sama ada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kirinya;

5.5.2 Pengundi itu enggan membenarkan jari telunjuk kirinya ditandakan dengan dakwat kekal;

5.5.3 Pada jari telunjuk kiri pengundi itu telah ada tanda calitan dengan dakwat kekal walaupun tidak terdapat tanda garisan yang telah dibuat di antara Nombor Siri dengan No. Kad Pengenalannya dalam Daftar Pemilih di Tempat Mengundi berkenaan; atau

5.5.4 Pada jari telunjuk kiri itu tidak terdapat tanda calitan dengan dakwat kekal tetapi telah ada tanda garisan di antara No. Bilangan dengan No. Kad Pengenalan pengundi berkenaan dalam Daftar Pemilih di Tempat Mengundi itu yang menunjukkan bahawa kertas undi telah dikeluarkan kepadanya




Kredit to : Hanif Idrus

LUPUS Awareness Month

NAK JOIN SEGMEN NI?? KLIK BANNER PURPLE ATAS NI.. 

SLE ---> Systemic Lupus Erythematosus
(ini banner hasil kreativiti teman seperti yg DENO kehendaki..)

Alohaa.. tido ka? mentang2 cotiii yea! Coti Hari Pekerja/Buruh... Okeylah, pagi ni teman bw ke blog rakan2.. tiba2 ternampak pulak segmen DENO ni.. hemm.. siyes.. teman baru hari ni nak tau lebih lanjut tentang SLE.. selama ni teman cuma baca jea tajuk header DENO, teman tak baca sepenuhnya entri2 DENO tentang SLE sebelum ni.. tapi tiba2 hari ni teman terasa nak singgah lama kat blog DENO.. alangkah sebak baca entri DENO yg tabah and sentiasa POSITIF melawan penyakit SLE yg kini sudah 14 tahun DENO tempuhi.. SYABAS DENO!! walaupun Doktor beri DENO hanya 5 tahun untuk hidup.. tapi disebabkan semangat yg kuat DENO berjaya atasi tempoh yg doktor beri tu..

Benarlah sudah termaktub yg ajal dan maut di tangan Tuhan, bukan manusia yg tentukan.. dan untuk teruskan hidup perlu set mind agar diberi KEKUATAN SEMANGAT dan SENTIASA POSITIF atas apa jua penyakit/masalah yg dihadapi.. baiklah disini teman nak share sedikit sebanyak tentang penyakit SLE/LUPUS ni.. teman just COPY dari DENO sebab kalau nak taip sendiri teman takut tersalah INFO, hope DENO tak marah teman COPY entri DENO yea.. 

Lagi satu nk gitau teman x padam satu pun yg DENO letak note pada setiap baris ayat dalam entri tersebut yg menceritakan simpstom2 yg DENO alami.. teman sengaja buat begitu sebab nak rakan2 blogger tahu SLE DENO tahap yg mcm mana dan nak blogger2 lain tahu macam mana kuatnya DENO melawan penyakit.. macam mana POSITIFnya DENO mengharungi dan 
menikmati hidup yang berkualiti seperti mereka2 yang sihat... teman respect DENO.. im impress! rasa nak menangis baca entri DENO.. hope satu hari nanti DENO akan sembuh sepenuhnya dan tak perlu makan ubat banyak2 dah yea.. sekarang pun dah nampak perubahan yang ubat DENO dah mula kurang kan? good luck dear! i hope Allah give U a colourfull life after this.. Aminn.. Apa2 pun jom baca apa itu LUPUS.. 

LUPUS

Apakah lupus?
Lupus ialah penyakit autoimun yang kronil di mana banyak protein darah yang dikenali sebagai antibodi dihasilkan dalam tubuh pesakit kerana sebab yang tidak diketahui. Anyibodi ini mula bertindak balas terhadap tisu badan pesakit.

Sistem imun adalah sistem pertahanan diri yang kompleks untuk melindungi  tubuh dari agen-agen penyakit berjangkit  seperti bakteria dan organisma asing yang lain. Jika seseorang menghadapi penyakit autoimun, sistem imunnya menjadi bercelaru dan mula menyerang tisu  badan sendiri dan bukan agen-agen penyakit berjangkit.
Ada tiga jenis lupus :-

1. Discoid Lupus Erythematosus ( DLE )
    - Hanya melibtkan kulit
    - Jarang merebak ke organ lain

2. Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE ) <-- DENO sle class IV attack kidney
    - Boleh melibatkan organ-organ lain seperti kulit, jantung, 
      paru-paru, buah pinggang, sendi atau saraf ..
    - Boleh membawa maut

3. Lupus akibat perubatan <-- kesan ubat pun bole??.. O.. baru tau..
  - Berlaku sebagai kesan sampingan akibat perubatan untuk
    penyakit.
  - Hanya melibatkan 5% kes-kes lupus

Kadar kelaziman
90% pesakit SLE adalah kaum wanita dan 10% adalah lelaki. Dipercayai 10,000 orang mengidap SLE di Malaysia. Penyakit ini jarang dihidapi oleh orang ramai.

Kenapa ia berlaku?
Sistem imun tidak berfungsi dengan sempurna kerana pelbagai faktor, sama ada keturunan, virus sinaran cahaya ultra ungu atau perubatan.

Simpton-simpton lupus <<<--- perhatian!!
Setiap pesakit simptomnya berbeza. sesetengah pesakit mengalami simptom yang lebih, ada pesakit mengalami simptom yang kurang.
  • Ruam merah atau perubahan warna pada muka, biasanya dalam bentuk rama-rama melintasi hidung dan pipi. <<<--- simptom DENO
  • Sendi yang sakit dan bengkak <<<---simptom DENO
  • Demam tanpa sebab <<<---simptom DENO
  • Sakit dada bila bernafas panjang 
  • Kelenjar yang bengkak
  • Keletihan yang melampau <<<---simptom DENO
  • Keguguran rambut yang luar biasa
  • Jari tangan dan kaki pucat membiru bila dalam keadaan tertekan
  • Sensitiviti terhadap cahaya matahari
  • Bilangan sel darah berkurangan
  • banyak ulser di dalam mulut

Rawatan
Walaupun penyakit lupus tak dapat disembuhkan, cara-cara pengurusan boleh memastikan pesakit tetap menikmati hidup yang berkualiti. Matlamat rawatan adalah untuk melegakan simptom dan melindungi organ dari kerosakan.

Bagi korang yang ada sle, kena buat nie :-
Perubahan gaya hidup
- sentiasa gunakan krim penghalang cahaya matahari (sekurang-kurangnya SSPF 45)
- elakkan keluar dan berlindung di tempat teduh jika berada di luar
- gunakan payung, topi atau pakai baju berlengan panjang setiap masa untuk melindungi daripada terkena
  cahaya matahari

Tekanan
- elakkan dalam keadaan bertekanan tinggi kerana ia menyebabkan
  ia kembali teruk
- selalu berfikiran positif

Rehat dan tidur
- dapatkan tidur dan rehat yang cukup
 berhenti beraksi apabila letih

Bersenam
- pesakit perlu bersenam tapi hanya yang ringan yang mampu
  dilakukan oleh badan pesakit

Pemakanan
- makan makan yang seimbang
- kurangkan gula, garam dan lemak

Sokongan sosial
- jangan segan minta pertolongan dan sokongan
- elakkan kemurungan dan kesepian


Haa.... da siap baca? Jangan amik mudah tau kalau ada salah satu tanda2 kat atas... memang doc cakap sle takde ubat, pesakit just survive dengan ubat pil yg doc beri... tapi tu kata doc, tak mustahil kita boleh sembuh kan... mula-mula sakit pun doc cakap deno just bleh hidup 5 tahun.. tapi alhamdulillah umur deno panjang... betullah orang cakap, kalau selalu positif, badan yang sakit pun sihat.. betul tak?

deno ada masuk persatuan nie


Buat kawan2 di luar sana yang baru didignosis sle, cepat-cepatlah daftar dengan persatuan nie ya.... :)


apa yang penting??

POSITIVE +


*Baca Lanjut tentang Apakah SLE? : 

30 April 2013

TERGAMAK KAU BAGI TEMAN DUIT KOYAK???


 
haaaaaa.. tu apa nganga nengok duik banyak2 nih? bolat je mata mengkume tinguk duik banyak2 dalam gambo atas ni yewww! ah.. jangan dok pasan yea.. duik diatas bukan duik raya mengkume yeww.. mengkume dh besau2.. buleh cari duik seniri.. duik raya ni dikhas kan untuk bebudak yg x koje lagi jew.. hik3.. macam lea teman x pernah dapat duik raya time dh tua2 gini.. hihihi.. opssss.. teman bukan story pasai duik raya yeaa.. actually teman nak citer pasal DUIT KOYAK..

teman dapat DUIT KOYAK macam ni, tapi nilai dia lebih beso


koyak ghopa ini pun ada? kena geget tikuih apa??

Haaaaa.. korang pernah x hadapi situasi terima duik koyak dari kedai2 or mana2 tempat korang membeli barang? sudah bayar dan balance pun diterima cukup2 namun? duik yg diterima buruk gilerrr.. ada yg ronyok2.. ada koyaks.. ada yg kabur (ni tentu udah di blend dlm mesin basuh kot! ), ada yg bau masam.. hu3.. ada jugak duik yg berconteng2.. siap ada sign lagi.. yg bercop nama pun ada! aiyoooo! apa lea korang ni?? xde adab dgn duik ke? Opsss.. ter' emo lea plak.. hu3.. cool man.. cool man.. breath in love, breath out anger.. hihihi.. ok lah.. teman buka topik DUIT KOYAK ni sebenarnya sebab nak citer teman punya pengalaman dapat duik koyak semasa teman ikut hubby teman ke Hong Kong (hal bisnes hubby, mukan honeymoon hokehh..) Januari lepas..
Masa tu kami makan di sebuah kedai makanan Islam berdekatan hotel yg kami duduk tu.. actually memang selama 10 hari disana, ada lea 4 hari terakhir kami makan kat situ.. heee.. malas nk gi jauh2 n paham2 je lea.. nk cari makanan halal kat sana memang yg amat payah.. hu2.. last2 pilih yg dekat, janji HALALAN TOYYIBAN.. kannnz.. 

Lepas kami dh abes makan kami pun bayarlah duit... pastu kami dapat balance balik.. bila belek2 nk kira jumlah balance terpegang lea duit yg koyak tang bucu dia.. aiyooo.. my hubby lak masa 2 perasan tp dia diam jer.. teman rasa mcm x puas hati je dapat duit 2.. nk mintak ganti mcm malas nk pi balik kat org tuu.. adoiii.. fenin teman masa tu.. geremm pun adaaa.. aiyoo..

pegang dahi teman bila dapat DUIT KOYAK.. hu3..

Rasa geram sampai beso2 dan Hijo2 tangan teman masa 2 tauuu.. hak3.. korang percaya? tipu jelah.. hok3.. kelakauu..

Fikir punya fikir esoknya kami decide datang makan kat kedai tu lagi... he2.. memang kami suka pun makan kat situ.. sedap masakannya.. mee tarik.. daging kambing plus sayur.. hemm.. sedapp.. tapi harga paham2 sendiri la yea.. heee... so, disana endak x endak kena lea standby gak duik untuk makan.. coz x banyak sangat pilihan kedai makan halal yg murah di sana.. restoran Arab banyak lea.. sekali sekala boleh lea makan kat Restoran Arab tapi kalau dh 10 hari melampau kauuu.. macam ayor lea duik kuo.. hu2..

heee.. sambung lik citer DUIT KOYAK tadi.. lepas kami dh abes makan, mcm biasa.. kuo duik dari poket.. udah tau dh jumlahnya berapa coz 4 hari makan menda yg sama kat situ.. hik hik hik (sapai kat Malaysia pun dh mengidam Mee Tarik wehh!! ) haipp.. teman melalut lagi.. sambung lik citer pasal DUIT KOYAK tadi.. 
kami budget ini ekpresi tuan kedai lepas dapat 
DUIT KOYAK dia balik..

Kami pun bayo lea jumlah berapa yg kami makan tadi.. dan peniaga kedai makan tu terimalah duik kami tu.. tapi dia siap belek2 duik tu.. dan kami tau dia perasan duik tu koyak.. tapi dia x cakap apa pun.. hu2.. maybe dia tahu yang DUIT KOYAK tu datang dari kedai dia seniri.. sebab tu dia tak leh nak marah kan.. so.. inilah dikatakan WHAT YOU GIVE, U GET BACK.. ok tak? heeeee.. 
Muka tuan kedai bila dapat DUIK KOYAK dia balik.. ngehehehe..

Opsss.. korang kata teman jahat? apasal lak? teman just pulangkan balik duik koyak tu kat tuan dia, bukan teman bagi org lain kan! takkan lea teman nak penaya org lain plak kasi DUIT KOYAK tu? klu teman buat camtu, teman pun dh macam tuan kedai 2 lea.. huh.. xmo.. xmo.. heeeeeeeeeee.. kena jujur n baik hati.. =P

thanx sudi baca sampei abes.. silalah ngomen sekali yew! =)


29 April 2013

ANTARA SEGMEN2 / GA YG TEMAN DAH JOIN..

Hak3.. apa motip teman taruk gambar kat atas nih? cube teka! ha2.. Pandaiiii...

hu3.. teman saja buat list macam ni.. senang sikit nak semak.. bila dh join byk sgt Segmen/GA mata pun dh naik kelabu nak check tarikh tamat semua.. hee.. kenalah check tarikh tamat sentiasa sebab klu dh umum pemenang nti kot korang salah seorg pemenang x tahu plak korang menang, udah rugi kann..  sebab penganjur x kan cari korang punya.. korang lea kena hupdate seniri.. rajin2 bw blog penganjur.. huh.. lagi satu, teman nak gitau.. kalau ada mulut2 cumey yg mintak digaru yg buat ayat "eh dia ni asik join segmen/GA jea.. kemaruk hadiah sgt ke?" (KALAU ADA leee... he) DONTTT.. dont you Ever Say like that hokeh! teman join segmen/GA ni bukan semata2 nak kejo hadiah sgt pun.. tapi just sebab saja suka2 join.. dan saja nak support blogger2 lain punya segmen/GA..

Kadang ada juga Blogger yg request mintak teman join segmen/GA dia.. x sampai hati lak nk tolak.. so, teman join jea mana2 jemputan.. itupun kalau ada masa terlebih.. klu tak.. teman terpaksa jugak mohon maaf sebab x dpt join.. kalau korang perhatikan Segmen yg teman join x semestinya dapat hadiah barang jea.. tapi review n bloglist pun teman x kisah.. lagi teman suka.. dapat menambah follower dan dapat gak improve blog kita kalau ada org review blog kita.. kannn.. heee.. opsss.. teman rasa cukup disini saja teman nak bercerita yea.. rasa2nya cukup.. cukup.. cukup sudah.. cukup sampai disini saja.. hambik.. teman mula nk nyanyi plak.. heee...okeh lah.. yg ni entri segmen/GA yg teman dh join n ada yg dh menang pun.. selain daripada entri ni, teman pun ada entri lain yg teman pernah menang gak sebelum ni.. (menang kecik2 bukan beso2 yea.. ) jom tengok baca entri kaler MERAH ni.. APRIL YG VERY D LUCKY!!!



END--> 10/5/2013
v
v

END--> 9/5/2013
v
v


END--> 5/5/2013
v
v

END --> 30/4/2013
v
v

END-->30/4/2013
v
v


END-->27 APRIL 2013
MENANG BLOGLIST SELAMA SEBULANOLEH BLOGGER PALY =)
v
v

END--> 27/4/2013
NO. BERTUAH : 65 -- MENANG KEYCHAIN FELTCRAFT BY NADIA RAMLEE
(1st time menang Hadiah berupa barangan.. sebelum ni topup n bloglist/review blog)
v
v

END--> 27/4/2013
v
v

END--> 24/4/2013
v
v

END--> 17/4/2013
v
v

END
v
v
















26 April 2013

SOYA TIDAK BAGUS UNTUK KESIHATAN!


Teman dah lama ragu2 nak minum soya tapi disebabkan itu antara minuman favourite teman, teman pekakkan telinga n butakan mata tentang apa saja yg negatif tentang soya ni.. tp selepas baca artikel ni teman rasa macam teman x boleh menafikan kebenaran disebalik artikel tu.. jangan percaya sekiranya ada orang mengatakn mengatakan bahawa soya sangat bagus untuk kesihatan. namun, apa yg sebenarnya ialah ;
Bukti Soya Memang Tak Bagus Untuk Kesihatan

Hakikatnya sebenarnya, soya adalah makanan yang sangat bertoksin dan sepatutnya kita lama sudah berhenti daripada meminumnya!

MONSANTO (syarikat multinasional pertanian bioteknologi) telah mengawal hampir 90% genetik-genetik semua biji benih tanaman. Dan hampir 95% biji benih soya sebenarnya telah menjalani proses ubahsuai genetik dan ianya merupakan salah satu daripada makanan yang sangat tinggi dengan bahan yang tercemar dengan pestisid (racun perosak).

Soya akan meningkat kandungan estrogen (hormon perempuan) sehingga 6-8 kali ganda kepada kaum lelaki, mencapai tahap kandungan estrogen normal bagi seorang perempuan!

Soya juga tinggi dengan kandungan asid phytic yang mampu menghalang penyerapan mineral perlu seperti, kalsium, magnesium, kuprum, besi, dan zink. Diet yang mengandungi kandungan asid phytic yang tinggi juga menjadi punca kepada kadar malnutrisi yang tinggi dalam kalangan penduduk negara dunia ketiga.

Selain daripada itu, phytate yang terkandung dalam makanan itu juga jenis yang susah untuk disingkirkan walaupun melalui teknik masakan yang sangat lama. Akan tetapi, teknik penapaian soya (seperti tempe) dilihat mampu mengurangkan paras phytate yang terkandung dalam soya.

Industri berkaitan soya sebenarnya telah lama membelanjakan wang yang banyak bagi melindungi rahsia besar mereka kerana pelaburan yang telah mereka lakukan. Jika anda terpaksa juga untuk memilih sumber soya, pastikan soya yang dipilih adalah jenis organik dan dari sumber yang ditapaikan. 

Namun oleh sebab tahap kebolehpercayaan yang rendah terhadap industri soya kini, kebarangkalian untuk kita mengambil makanan soya yang sudah diubahsuai secara genetik adalah SANGAT TINGGI!

JOM TUKAR MAKANAN! ;)

sumber : http://busuk.org/ping/view/523544

Segmen Suka-Suki


JOM JOIN

KLIK BANNER ATAS NI.. =)

BIARLAH AKU MATI DULU..


Hai.. Assalammualaikum.. mungkin korang semua tertanya2 nape Tajuk entri teman begitu kan? hemm.. sebenarnya teman ingin berkongsi perasaan teman ketika ini.. 1st sekali teman ucapkan takziah buat sahabat teman tu dan Al-Fatihah buat arwah.. semoga ditempatkan dikalangan golongan yang beriman.. Amin.. hemm.. baru-baru ini teman dapat berita dari seorang sahabat, yg mengatakan Suami sahabat kami yg satu sekolah dengan kami dulu telah kembali ke Rahmatullah.. pergi meninggalkan sahabat kami selama2 nya.. Ya Allah.. betapa sedihnya kami mendengar berita itu, tapi sesedih kami.. sedih lagi sahabat kami yg berpisah nyawa dengan Hubby kesayangan.. tak tahu apa reaksi dia ketika ini sebab teman x sempat nak jenguk dia, jarak membataskan teman untuk menziarah dia.. dia di ipoh, teman pulak di KL.. 

Apa yg dapat teman katakan kepadanya cuma text ayat2 agar dia bersabar menerima dugaan ini.. memang agak pahit diterima, namun hidup tetap harus diteruskan demi anak2.. teman agak sebak juga mendengar berita ini kerana sahabat teman tu sebenarnya baru melahirkan baby yg kedua, dua minggu lepas.. dan sekarang masih dlm tempoh berpantang.. hope everythings going OK.. hope my friend dapat menghadapi semuanya dengan tenang.. 

hemm.. bila terjadi seperti ini.. teman rasa sedih n x dapat bayangkan kalau teman ditempat sahabat teman tu.. x tau bagaimana rasanya kehilangan org yg paling kita sayang.. pasti kenangan bersama xkan hilang sampai akhir hayat teman.. hidup pun diselubungi rasa KOSONG bila tempat kita bermanja dan menumpang kasih telah pergi buat selama2nya.. 

Pasti masa tu terkenang kembali.. gaduh2 kecil, usik mengusik, rajuk merajuk yg menjadi pelengkap hubungan kami.. Ya Allah.. KAU peliharalah suamiku dimana sahaja dia berada.. Jikalau ditakdirkan kami berpisah nyawa.. BIARLAH AKU MATI DULU sebelum dia.. kerana aku tak sanggup meratapi kehilangan dia.. aku tak sanggup mengingati memori bersama dia sedangkan dia tiada lagi disamping aku.. Begitulah keadaan teman kalau apa yg berlaku kepada sahabat kami terjadi kpd teman.. Mintak dijauhkan.. namun ajal dan maut itu ketentuan Allah.. kalau dah terjadi tiada siapa yg boleh menghalangnya..

huuu.. apa2 pun kita patut bersyukur org yg kita sayang masih ada bersama kita, maka hargailah mereka (tidak kira ibu bapa/suami/isteri/adik beradik sekalipun mahupun sahabat..) mereka tetap dalam list kesayangan kita kan, even para blogger juga.. kan! ok lah.. xmo sembang panjang2.. bukan Kome baca abes pun kan.. heeee.. meh tengok Video ni plak.. teman suka video ni.. n teman x sedar teman menangis tengok video ni.. saja teman share dengan korang.. supaya kita sama2 menghargai org2 yg kita sayang ketika mereka masih ada.. hope Allah pelihara org2 yg kita sayang.. begitu juga untuk para blogger..  =) .. thanx sudi singgah sini n baca entri yg panjang ni.. (mmg betui2 ikhlas dari hati buat entri kali ni.. )

Psttt.. sebelum tengok video ni, sila klik PAUSE pada lagu background blog ni yea.. ada disebelah sidebar belah kanan ni haaa.. sebab nak tengok video ni bia ada feel.. baru terkesan dihati...



(~___~) ada terasa tak nak cakap BIARLAH AKU MATI DULU? 

Awesomee Giveaway by thedreamgoddess


KLIK BANNER DIATAS KALAU KAMU MAHU JOIN!! =)

Syarat-syarat

1. Follow blog ni.

2. Buat satu entry, tempek banner ni dalam entry tu dan backlinkkan. pastu letak url entry di ruang komen.

3. Follow dan like page sponsor.(akan di check)

4. Pemilihan pemenang melalui cabutan tangan rujuk 
entry ini dan ini.

5. Giveaway tamat 
5/5/2013

6. Malaysian blogger only. T^T

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers