Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

11 Mei 2013

BESTNYA KANAK2 DULU PUNYA PERMAINAN... =p

Haiii.. hari ni teman rasa macam nak share tentang permainan kampung.. teringat semula permainan yang pernah teman dan rakan² main suatu masa dulu.. kat kg biasa lea.. mana ada hiburan lain selain TV.. tak ada PC, PS3, laptop bagai..(klu benda2 tu ada sekalipun belum tentu teman dapat beli pun kan.. setakat gameboy dan Tetris tu ada lea teman main..) Memang nostalgia.. kenangan zaman budak2 dulu.. masa tu teman ikut opah sedara dok di Beruas.. kalau dok kampung faham2 je lea game dia macam mana kan.. heee.. teman pun join main.. dari game popuan sampailah ke game budak laki.. Polis Sentri tu.. ha2.. jom tengok permainan2 budak2 kampung masa dulu.. sekarang ni ada gak kot.. tp susah nak jumpa dah.. diorang lagi banyak main FB/BLOG/TWITTER/PS3 macam kita2 ni lah.. ha3..

Senapang Kayu..pelurunya terung pipit
Baling Tin..!
Cara Baling tin
Baling Selipar
Mainan Tutup Botol
Patung kertas..budak pompuan suka ni
lompat getah kot..zero point
Teng Teng..!
konda-kondi
Galah panjang
teman panggil ni kuku kamben

Main Dam Ular

Main Guli..!

Ceper..!


Gambar-->credit to : GULIBOOLAT

MACAM2 HOBI.. DARI YANG MURAH HINGGA KE MAHAL

Di sebalik peredaran zaman dengan munculnya pelbagai gajet elektronik yang menjadi kegilaan ramai, masih ramai sebenarnya yang setia dengan hobi mengumpul barang kegemaran tidak kira, mainan, barang antik, hiasan mahupun fesyen. Ada yang menganggap hobi mengumpul barangan merupakan hobi yang kolot dan membazir, tetapi ia sebenarnya membina sifat yang baik seperti disiplin dalam menjaga koleksi mereka.
Dari barangan yang biasa dikumpul terutamanya barang antik dan mainan, hinggalah kepada barang yang tidak terlintas di fikiran untuk dikumpul seperti botol minuman air berkarbonat, kad bilik hotel dan lencana besi sekolah.

Bagi mereka yang sering ke luar negara, pelbagai tanda kenangan dibawa pulang seperti pelekat peti sejuk bermagnet, glob salji, rantai kunci dan poskad.

Mainan dilihat menjadi pilihan majoriti pengumpul tegar dimana pelbagai mainan seperti kereta kebal, robot Transformers dan Gundam digilai mereka terutamanya golongan remaja malah penyanyi Ana Raffali turut tidak ketinggalan membina bandar lego sendiri di rumahnya bersama suaminya.
Ada juga mengumpul pelbagai permainan, figura aksi, poster, buku, dan pelbagai lagi berdasarkan filem kegemaran masing-masing seperti filem Twilight yang digilai Azlina Mahbob sehingga mempunyai poster ‘puntianak’ Edward Cullen bersaiz sebenar!
Pengarah filem terkenal, Aziz M. Osman sanggup berhabis duit demi memiliki pedang lightsaber yang menjadi prop sebenar filem kegemarannya, Star Wars 
Manakala Zuhari Mat Daud yang menggemari watak Batman membina sendiri sebuah pesawat Batman iaitu The Bat yang berskala 1/10 menggunakan papan PVC yang dilengkapi dengan lampu serta kipas dalam tempoh kurang seminggu!
Barangan antik terus menjadi pilihan sepanjang zaman dek sejarah yang tersirat pada setiap koleksi tersebut dan nilainya yang semakin meningkat hari demi hari.
Megat Shazrin Khalid sanggup membahayakan nyawanya dikejar anjing malah bertarung dengan ular demi memiliki botol minuman air berkarbonat yang dicarinya dengan menggali di tapak pembuangan botol dan sekitar kilang air botol lama di kawasan kampung yang telah ditutup.

Alicia Chan obses dengan barang kemas vintaj manakala pemilik kedai barangan antik Outdated di Publika, Mohd. Romaizie Muhammad Mustapha gila kumpul mesin taip lama.
Bagi Pengasas dan Pengerusi Yayasan Inovasi dan Keusahawanan Global (GIEF), Datuk Ghazi Sheikh Ramli dia begitu menghargai keunikan buluh sehingga memiliki pelbagai barangan buluh sehingga sarung iPad, iPhone, komputer riba, kalkulator, tetikus dan bekas pemanas air miliknya turut diperbuat daripada buluh.
Begitu juga dengan Natasha Ili Adnan yang mencintai haiwan comel, beruang panda. Dia memiliki pelbagai barangan daripada beruang panda daripada patung, botol air, baju, jaket berhud, beg, alat tulis, lukisan yang berasaskan haiwan hitam putih itu.


10 Mei 2013

AURAT PEREMPUAN DENGAN SEPUPU LELAKI & ABANG IPAR


Aurat wanita dengan abang ipar ialah sebagaimana dengan lelaki bukan muhrim. Dalil: Al-Quran, surah an-Nur ayat 31.
Berusahalah untuk jadi soleh/solehah,bukan sekadar untuk pasangan, tapi untuk mereka,Ibu bapa kita. anak yang soleh/ah, adalah aset yang paling bernilai untuk saham akhirat.
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36][1]
Oleh kerana abang ipar itu muhrim sementara, maka diberi sedikit kelonggaran berupa tidak perlu memakai stokin (bagi madzhab jumhur yg menetapkan kaki itu aurat) dan dima'afkan jika terselak lengan ketika melakukan kerja-kerja spt kerja dapur (atas alasan kesulitan).



Kredit to : Cekgu Neon

MISTERI SURAH ALFATIHAH

MISTERI SURAH ALFATIHAH
=======================


1 - AL-FATIHAH 
Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH 
Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH 
Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH 
Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH 
Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH 
Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA

GOOD NIGHT.. ZZZzzz.. KROH.. KROH..


Selamat Malam semua.. esok pagi teman bw mana2 yg singgah n komen kat belog teman ni yea.. nak reply malam ni mcm x sempat lea pulak kan.. huuu.. jangan riso.. teman pasti akan bw balik blog korang..
mata teman udah x bolat dh ni.. makin kuyu jea ni.. xleh paksa2 nti mata jadi pandamonium lak.. lobam segala.. ha3.. korang pun bawak2 lea tido yea.. jangan asik mengadap pc jew.. x elok utk matew... (mata)
nunite semua.. sweet dreamm.. esok jangan lupa baca entri baru teman yew!

09 Mei 2013

KEYBOARD -- GUNA PADANAN JARI YANG SESUAI..



Tahu tak korang, sebenarnya setiap huruf keyboard mempunyai padanan jari yang tersendiri ?

hahhh, jangan terkejut!

sebab tu lah ada sesetengah orang (terutamanya orang yang belajar dalam 'dunia cyber') ni boleh taip laju tanpa melihat ke arah keyboard tuh sendiri... hihihi.. macam hubby teman leaa.. laju bebeno taip nya.. pastu klu guna laptop, laju gila klik mengklik tanpa guna mouse.. adoiii.. teman jea yg terkial2 nk click.. dh biasa ada mouse mana x nya.. heee.. tp tu dulu.. skrg dh laju dh klik tanpa guna mouse.. heee.. mmg dh x heran mouse ada ke xde.. (huh! blagak kan! pepepun teman tau ada antara korang yg taip laju jugak tanpa nengok keyboard.. betul x? klu x cne leh jd blogger kan! penting gak belajar guna keyboard dgn betul ni.. cepat sikit kan!

so korang apa lagi... jom hafal... dan cuba taip tanpa tengok keyboard! 




08 Mei 2013

Bobo Kini Artis Naungan MIG?


h Bobo Kini Artis Naungan MIG?
Ha2.. korang nampak x gambo atas ni? haaaaa.. bagi yang perli2 BOBO tu.. cer tengok ni.. heeee.. rezeki BOBO lea nmpknya..
Kuasa laman perkongsian Youtube nyata membawa tuah buat Bobo apabila dia kini dilaporkan secara rasmi telah menjadi ‘talent’ atau artis di naungan syarikat Metrowealth International Group (MIG) yang dimiliki Mejar David Teo.
Perkara ini berikutan terdapat sekeping gambar yang dikongsikan Bobo bergambar dengan David Teo bersama-sama dokumen yang mungkin mengandungi kontrak buatnya itu.
Nama Bobo menjadi bualan hangat seluruh rakyat Malaysia selepas videonya meniru gerak bibir serta menari sakan mengikut alunan lagu Sayang yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Shae tersebar di laman Youtube.
Selain video Sayang, Bobo juga pernah membikin video lagu Stay nyanyian Rihanna dan Teman Pengganti yang dipopularkan oleh Black dan Malique.
Tahniah diucapkan buat Bobo dan semoga bakatnya yang terpendam dapat dicungkil dengan baik oleh pihak pengurusannya nanti.-mynewshub-

WORDLESS WEDNESDAY---->CUCI MATA


JOM TENGOK MATA SAPA CEPATT?? 
CARI NAMA ARTIS YANG ADA DALAM NI..

OH! IBU.... I LOVE YOU!


Sayunya hati..Bila tengok gambar ni rasa sebak je hati ... Tiba-tiba teringat mak yang di kg, apalah khabar dia kan ??? Bila rindu teman call mak kat kg.. mak teman ceria orangnya.. memang kami sembang lama giler.. tu pasai kalau nak call kg, teman xleh pakai topup biasa.. kena beli Hot Tiket RM15 baru puas sembang.. kalau tepon kejap2 nanti mak x puas sembang.. huu.. ni pun dh lama x call mak.. maybe Jumaat ni nk balik kg dgn en. hubby... sebab minggu lepas tak dapat balik hubby bz dgn kerja (mengundi pun terlopeh.. sedey.. hu2.. )

Hari Ibu makin dekat ni.. (Ahad ni.. 12 MEI 2013 ) kan? teman tak tau nak bagi apa kali ni.. hemm.. actually bukan selalu teman bagi hadiah.. masa kerja dulu adalah teman belikan hadiah..x pun sambut dgn potong kek jea.. tp mak x mintak pun buat semua tu.. mak cuma nak kami adik beradik ingat kat dia jea.. terharu kan! 


hmmm, bila teringat masa kita kecik dialah orang yang paling banyak bekorban untuk kita. lahirkan kita. langsung tak berkira penat lelah mengejar kita kesana kesini. selalu buat kita rasa 'di sayangi' dan 'di dampingi'. hinggalah sekarang dah besar dia tetap tak pernah berhenti curahkan kasih sayang dia!

EMAK, teman sayang emak sgt2 tau!!

bila teman kira umo mak teman, x sangka mak dah 60+ .. 

rasa macam mak muda lg.. tp rupanya dh 60+.. teman doakan mak sihat walafiat.. teman syg makk.. teman rindu makk.. (aduh.. nape teman feeling sebak lak ni.. dh rindu sgt ni kot.. )


akhir sekali.. sorry sebab hari ni patutnya buat entri wordless wednesday tp teman buat entri wordplus wednesday plak.. hu3.. apa2 pun.. last sekali teman nak cakap.. 



Sayangilah mak kita hingga hembusan nafasnya yang terakhir
  







CANTIK TAK KAK TONN!!!? -- TIPS IKAT RAMBUT BUN

=== Wordless Wednesday Entri ===

Cantik tak Kak Tonnnnn... 
lawa jugak niii.. Nak Try lah nanti.. heeee...

07 Mei 2013

I KILL YOU!!!! AMEK KAUUU.. I HATE LIPASS!!


Tetamu tak di alu-alukan.. inilah dia ghopanyaaa...
Korang suka Lipas takk?? hihihi.. apa punya soklan daa.. mana ada orang sukakan lipas?? huh... teman Paling Tak Suka Bila Nampak Lipas2 Ni Berjalan2 Kat Dalam Umah Teman, Memang Teman Xkan Lepaskan!.. Dulu Bole Lea.. Dulu Teman Ni Penakot Sikit.. Bukan Takot Lea.. Tapi Gelii.. Teman Memang Geli Sangat Dengan Serangga2 Ni.. Teman Buat Apa Tau Bila Jumpa Lipas?? Dulu Teman Pukoi Dgn Penyapu..Sambil Mulut MasyaAllah.. Menjerit2 pukoi Lipas tu sebab geli punya pasal.. mau taknya? Lipas tu boleh terbang wehhh!! 
apalagi.. menjerit lea teman .. bukan takot apa, takot dia singgah atas badan kita ke mana tau.. geliiiii!! naik bulu roma bila dengar kepak dia berbunyi.. nak hinggap kat badan teman.. arggh!! 

Arghh.. masa tu memang riuh rendah lea dapur teman dengan sora teman menjerit.. kucen teman si Butang tu pun dah jadi takut nak gi dapor sebab teman menjerit macam jumpa Monster! Ha2.. 

Actually dulu Butang rajin jea tangkap lipas.. berkejaran sana sini kejo lipas, siap sanggup tido kat dapur tunggu lipas kuo.. huu.. tapi sekarang.. Butang dah pemalas sikit... nak tangkap Lipas pun nak ber’upah IKAN.. huh.. Politic betuii.. aishhh.. bio lea.. teman leh tangkap sendiri lah..  bluekk..
Butang yang DULU
Butang yang SEKARANG
(falling in love with coacroach kot.. )

Sekarang Teman Dah Ada Cara Lagi Senang.. Teman Guna Botol Spray Air Yang Teman Isi Dengan Air Serai Wangi.. 
inilea ghopenya botol air serai wangi tuu.. haa.. berkesan weh.. jgn x caya!! kalah Ridsect! opsss!

Huuu.. Bila Nampak Lipas Jeaa.. Teman Pun tembak sekali, tapi x jalan.. pastu tembak berkali2 baru jalan.. haaa.. amik kauuu.. akhirnya terbabas n tergolek terlentang KAU kena spray.. ha3.. puas hati teman!
Tumpas selepas di spray dgn Serai Wangi sebanyak 7-8 kali.. 
sebab saiz beso sistem imun dia kuat kott.. kui3

apa.. ingat teman x berani nak KILL U haaa!! (dgn nada bangga).. kalau boleh nak kelepek2 jea lipas tu dgn lesung batu.. (ee.. sanggup kew??? uweekk!!
Lipas ni marah teman lak.. teman sepok kang baru tauu!
Tapi kann.. teman nak share satu Artikel ni.. teman ada terbaca kat Facebook.. tentang BAHAYA nya bunuh lipas dengan cara memukul dengan Penyapu atau apa saja yang bole menyebabkan kecederaan yang teruk kepada lipas itu.. cedera parah sampai terkeluar isi perut.. ececeh ayatttt.. bio lea cedera pun kann..!! 

Opss.. ini SERIUS!! Sila baca Artikel kat bawah ni kalau korang belum tau lagi.. hokeh! Pastu share dengan kawan2 yg mana tak tahu tu.. eee.. akuuuuttt.. geli maaa.. ada ulatttt… eh.. cacing... euwwwwwwwwww....
"Boooo.. tak dapat pukoi kamiii.. kalau pukoi nanti cacing kuoooo.. bahayaaa.. bluekkkk.."

Bila anda melihat  Lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati bahkan sampai (maaf) isi perut lipas  merecit keluar.

Kerana didalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg tetap hidup meskipun diluar dari tubuh Lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh Lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat/indukan baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut boleh terlihat  mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Untuk melihat cacing ini, anda dapat menaruh isi perut Lipas diatas kertas hitam atau diatas cermin... disitu akan terlihat pergerakannya.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) karena dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.

EEEEee.. geli takk?? so, hati2 beb.. jangan ikut oerasaan kalu nak bunuh Lipas2 tu yea.. hu3.. ini nasihat daripada khidmat masyarakat.. kui3.. =P
Tapi kalau lipas camni teman idak lea takot.. cumey kannn! nk lepok pun sayang.. hihihihi..
heee.. teman hanya suka Lipas yg dalam citer ni jea.. lipas lain 
x sukaa.. yeyek!!
HEEEE.. satu yang dapat teman pelajari.. jangan biarkan KETAKUTAN menghantui kita.. kita kena berani lawan ketakutan kita itu.. macam FEAR FACTOR lea pulok.. hu3.. betul apa cakap teman kan? 

Kalau kita ni takut pada sesuatu tanpa mencubanya.. kita akan begitu selama2nya.. begitu juga dgn kes lipas ni.. kalau teman asik takut lipas jea.. nanti sampai bila2 pun dapur teman jadi tempat sarang DEPA' lak..Sorrriiii!! ha2!

05 Mei 2013

AKHIRNYA TEMAN TAK MENGUNDI...


Tempat Mengundi  nya  di IPOH, tapi teman ada disini lagi (Kuala Lumpur).. So.. maknanya.. korang paham lea kan.. teman tak balik mengundi.. huu.. sedey x dapat mengundi.. tapi apakan daya dah ada hal disebaliknya yg buat teman x dapat balik kg mengundi.. buat korang yg mengundi esok.. UNDI lah mereka yg dirasakan LAYAK yea.. undi korang semua penentu Masa Depan Negara.. jangan UNDI yg salah.. hope parti yg teman pilih MENANG besar esok.. parti apa? opssss.. itu rahsia.. !! Selamat Mengundi yea!

03 Mei 2013

SEMOGA AJ CEPAT SEMBUH..

Kepada rakan2 blogger yang belum tahu tentang keadaan Blogger kita AJ http://AyuJean.blogspot.com yang berada di wad PPUM kerana Blood Infection atau dalam bahasa melayunya Jangkitan kuman dalam darah.. dan AJ kata lagi sel darah putih naik, tekanan darah rendah (bahaya tuuu.. ) marilah sama2 kita doakan AJ cepat sembuh yea.. Masa mula2 teman tengok gambo dalam FB AJ semalam, teman sangkakan AJ derma darah.. nak tengok lama2 
pun teman takot.. 

Sebab teman ni memang spesis takot jarummngg weh.. memang akan cuba ngelak kalau bab2 cucuk ni.. hu2.. tapi kalau dah terpaksa kena jugak lea tempuh.. hulur jea tangan apa susah.. x da hal punyalah! ( fuh! riak! berlagak! eksyen!semua cukup! tapi bila jarum depan mataaa.. haaa.. pucat muka xde darah terus.. kui3.. ) haippp.. teman ni nak citer pasal AJ.. tapi udah termelalut pulak citer pasal diri senirik.. apelah teman ni kan.. hokey..jom nengok foto2 AJ yg cume ni.. =)

Tengok ni.. eee.. teman pulak yg rasa sakitnya AJ.. =(


Aikkk.. tengok tu.. sempat lagi nak pose jari gaya peace... huh.. AJ.. AJ..


Haaa.. untuk sape2 yg rindukan AJ specially Mak Dara, ini foto terbaru AJ tadi teman curik dekat Instagram/FB AJ.. Opssss.. AJ jangan saman teman hokeh!! kalau tak teman xnak UNDI AJ!!! hahaha..

terbaruuu!!!
klik link bawah ni kalau nak tengok AJ berucap.. heee.. semangatt..
KEEK AJ !!! AISHHH!! SEMPAT LAGI TU?? HI3..

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers