Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

22 Mei 2013

M'sia kalah pada Jerman, tersingkir Piala Sudirman


Harapan Malaysia untuk meneruskan cabaran pada Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2013 tidak kesampaian selepas kalah    3-2 kepada Jerman pada perlawanan kedua kumpulan C di Stadium Putra, Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, semalam.
Kekalahan kali kedua buat skuad negara selepas tewas dengan keputusan yang sama, Ahad lepas kepada juara kumpulan C, Taiwan sekaligus memusnahkan harapan mereka untuk layak beraksi ke suku akhir, Khamis ini.

Pada perlawanan hari ini, skuad badminton negara bermula dengan langkah sumbang selepas beregu campuran kelima dunia, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tewas mengejut 17-21, 21-18 dan 17-21 kepada Michael Fuchs dan Michels Birgit.

Perseorangan lelaki nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menyamakan kedudukan 1-1 selepas mengalahkan Domke Dieter dengan keputusan 21-18 dan 21-18 sebelum beregu lelaki kedua negara, Goh V Shem dan Lim Khim Wah menghadiahkan mata seterusnya buat Malaysia selepas menewaskan Kindervater Ingo dan Schoettler Johannes 21-16 dan 23-21.

Konon Olga bagaimanapun mengikat kedudukan 2-2 selepas mengalahkan perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi dengan keputusan 21-12 dan 21-14 sebelum Michels Birgit dan Golsizewski Johanna mengesahkan slot suku akhir buat wakil Eropah itu dengan kemenangan 21-16, 16-21 dan 21-18 ke atas Woon Khe Wei dan Vivian Hoo Kah Mun dalam acara beregu wanita.

Kemenangan tersebut membolehkan Jerman mengiringi tujuh pasukan lain daripada Divisyen satu ke aksi suku akhir yang dijadualkan berlangsung Khamis ini di venue yang sama.

Tujuh pasukan lain yang layak ialah China dan Indonesia (kumpulan A), Thailand dan Korea Selatan (kumpulan B), Taiwan (kumpulan C) serta Denmark dan Jepun dalam kumpulan D.

Sementara itu, Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek nyata kecewa dengan persembahan skuad badminton negara pada edisi ke-13 kejohanan kali ini kerana beberapa pemain yang disandarkan untuk memberikan mata-mata penting untuk negara gagal berbuat demikian.

"Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini sekiranya kita tewas dalam acara beregu lelaki atau beregu campuran, maka peluang kita untuk memenangi sesebuah perlawanan akan bertambah sukar memandangkan kita bukanlah mempunyai pemain hebat dalam acara wanita.

"Kekalahan ini merupakan pengajaran berguna kepada kita bagi mempersiapkan diri menghadapi kejohanan-kejohanan mendatang," katanya.

Rashid berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan jurulatih lain mengenai barisan pemain yang akan mewakili negara dalam mana-mana kejohanan berpasukan selepas berakhirnya Kejohanan Badminton Sedunia di China, Ogos ini.

"Saya juga mengharapkan (bekas perseorangan lelaki Indonesia) Rony Augustinus yang dilantik baru-baru ini oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi melatih pemain wanita dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) mampu meningkatkan prestasi skuad sedia ada.

"Hal ini kerana majoriti pemain yang mewakili negara pada edisi kali ini merupakan bekas pelajar dari SSBJ," katanya.

Sumber - Bernama 11:10AM Mei 22 2013

Coklat lawan penyakit alzheimer


coklat
COKLAT mempunyai banyak khasiat 
untuk kesihatan manusia.

Cakk.. ! tengah watpe tu? dah lunch ke? kalau lum lunch cepat2 lunch.. nanti lambat makan gastrik lak perut tu.. he2.. hari ni Alhamdulillah, setakat ni rasa macam dah sihat sikit.. kepala pun dah tak tintong/pening sangat, air hidung pun dah tak meleleh mcm semalam.. syukur ada perubahan sikit.. hemmm.. 

Seperti entri Wordless Wednesday teman pagi tadi, teman nak pikir yang positif jea hari ni.. hope dapat motivate diri untuk cepat sembuh sepenuhnya (jangan lea demam datang balik..sebab teman ni pesennya susah nak demam tapi klu dah kena memang lambat bebenonya nak baik.. macam balas dendam lea plak..hu3.. 



Ok lea, disebabkan mood nak berblog pun dah mula berbunga2 ni.. teman nak lea share tentang menda yg manis ni iaitu Coklat.. hee.. tengok, tulisan pun teman guna font kaler coklat sebab nak bercerita tentang coklat.. =P Korang suka coklat tak? heeee.. sape tak suka coklat kann? semua suka coklat.. seperti yg kita sedia maklum, COKLAT mungkin boleh menyebabkan kegemukan, tetapi kita tak tahu rupanya makanan ini sebenarnya mempunyai pelbagai nilai khasiat tersendiri.
coklat

Selain baik untuk jantung, kulit serta otak, coklat juga mampu menangani penyakit Alzheimer dan sindrom Parkinson.
Satu kajian saintifik mendapati, coklat mengandungi polifenol antioksida yang berperanan memastikan sel-sel otak sentiasa aktif dan berfungsi. so, ia boleh membuatkan kita rasa tenang jea tauu.. hee.. ini semua orang tau kann.. tapi ada satu lagi khasiat coklat,
coklat

Menurut pakar pemakanan dari Universiti L'Aquilla, Itali, Annamaria Cimini, kandungan polifenol dalam makanan itu membantu sel-sel saraf berkembang dan memulihkan sel yang mati disebabkan amalan pemakanan yang tidak sihat.
“Polifenol ini bukan sahaja bertindak sebagai antioksida, tetapi juga mengaktifkan sel hampir mati ,” jelas Cimini.


ha2.. makanya... jom lea kita makan coklat bebanyak yeaaa.. (aishh.. ni nasihat yg x baik nii.. hihihi. ) what ever.. pandai2 lea mengkume control sendiri yea.. jangan terlebih sudaa.. tataa..

"Duo Big Giveaway!


"Duo Big Giveaway!
Due Date 8 Jun 2012
Click Banner!

Big Thanks To :
Nabila Medan, Shafawi, Mizna Online Shop, Zuwairish Shophouse Page, Easy Boutique, Fizgraphic, Faizah Wahab, Norbai'ah, Addin Aisyah, Mahirah, Dyba, Salamah Qalish

POSITIVE THOUGHT!!

==== Wordless Wednesday Enty ====

21 Mei 2013

MOTIVASI UNTUK DIRI SENDIRI! CAYO! CAYO!

demam
Salam petang buat semua.. hu2.. hari ni teman masih ada saki baki mood kelaut lagi nampaknya.. ingatkan dah OK.. rasa mcm tension.. rasa macam x best.. rasa macam.. i dont know laa.. 
mungkin korang pun pernah rasa mcm ni kot.. teman x tau nape.. tp yg pasti sejak teman demam baru2 ni, rasa macam badan lesu n sengal..  pastu kena hujan lak lagi kelmarin.. lemau sudaa.. 
uhuk uhuk suhu tinggi ni.. (mood ngengada..)

kalau pening telan Panadol tak elok yea?
x suka rasa macam ni.. tp kata org.. sakit2 tu penghapus dosa sebenarnya.. maka teman terimalah dengan redha..
Terima kasih buat kawan2 yg mendoakan teman cepat sembuh.. well.. bila rasa sakit atau demam, teman sebenarnya cuba juga motivate diri mengatakan diri ini sihat.. cuba juga buat macam biasa, selalu jea cakap sorang2 yg teman ni x demam, x sakit, teman sihat.. teman kuat.. maka bila di psiko dgn ayat mcm tu jadilah disebaliknya.. sihat sejahtera.. (kira macam kita melawan sakit kita, even pening kepala sekalipun.. katakan "aku tak pening" "aku sihat"Penyakit boleh menjadi negatif dan boleh menjadi positif bergantung bagaimana kita memandang penyakit tersebut. 
Mula2 teman macam ni lea.. baring jea. dah rasa x sihat kan.. tapi bila diikutkan sangat badan yg ngada2 ni makin menjadi2 plak dia.. nak pening lea, nak sakit perut lea, nak selsema lea.. nak batuk lea.. hemm.. disebabkan xmo ia berlarutan teman cuba lea lawan n kuatkan badan ni.. Alhamdulillah lea segala lemau2 n sengal tu berkurangan.. cuma selsema jea ada saki baki lagi.. jangan bersin, klu dh bersin gerenti dtg lik selsema..hu2 

Ni dia hadits dari Rasulullah yang mengatakan bahawa:
“Sesungguhnya Allah mengugurkan dosa-dosa orang yang sakit dengan penyakitnya, sebagaimana api menghilangkan kotoran-kotoran dari biji besi”
Alhamdulillah, semoga sakit menjadikan kita orang-orang yang selalu bersabar dan tetap berikhtiar dalam mengubati penyakit tersebut. Jadikan penyakit sebagai motivasi agar setelah sakit kita boleh hidup dengan pola hidup yang lebih sihat.
Dengan merubah sudut pandang menjadi positif, insyaallah 
aura positif akan selalu memayungi kita. Nasihat untuk diri 
sendiri dan rakan2 yg lain.. 
Stay positive guys :-)
Semoga bermanfaat :-)

Psssttttt... "Rasa macam nak berehat seketika dari ber blog bole x? hu2.. tapi nape eh.. rasa macam x mau lekang dari blog ni.. hari2 nak tengok.. aishhh.. ni pun dinamakan demam jugak ni.. demam belog.. hu2.. " Awas.. jangan ada yg terjangkit lak yea..
 toink toink toinkkk...

WARNA MEMPENGARUHI MOOD


Haiii.. pekabo korang semua? heee.. hari ni teman udah OK sikit.. semalam mood lemau sebab baru lik dari kg kelmarin.. ujan pulak di perjalanan.. maka sengal2 pun datang lea plak.. adeh.. sampai nak berblog pun xde mood semalam.. hu2.. tiba2 teman teringat di zaman pekerjaan dulu, teman pernah jugak rasa lemau mcm smlm.. tp teman atasinya dengan pemilihan kaler baju setiap hari.. heee.. tu TERAPI namanya tau.. heee.. Korang tau tak warna pakaian yang dipakai mampu mempengaruhi hari-hari korang? Ada kajian mendapati Kuasa warna memainkan peranan dalam membentuk keterampilan dan menguasai mood kita setiap hari.

Kalau kita berpakaian mengikut tema warna pada hari-hari tertentu akan membuatkan kita "MENARIK MOOD" keceriaan, kebahagian, kemakmuran, kejayaan dan kekayaan dalam hidup kita.

Berdasarkan The Law of Repeatition of Cronology (“Hukum Kronologi Berulang” yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut.

Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Law of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan frequensi warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration yang dikesan mendominasi setiap hari.
ISNIN, PUTIH 
(Gabungan / istirehat / pertahanan) 0- 279 nanometer

SELASA, PINK / VIOLET
(Kesucian rohani) 380- 489 nanometer

RABU, BIRU 
(Kasih sayang / tumpuan) 490- 544 nanometer

KHAMIS, KUNING / OREN 
(Pemikiran / tenaga) 555-729 nanometer

JUMAAT, HIJAU 
(Keseimbangan / iman) 545- 554 nanometer

SABTU, MERAH 
(Keberanian / tuah / kemewahan) 730- 780 nanometer

AHAD, HITAM 
(Keberanian / tuah / kemewahan) 0- 279 nanometer

Walaupun warna putih dan hitam mempunyi bacaan yang sama, tetapi bezanya ialah penyerakan zarah atmosfera (medium vibration) pada hari isnin adalah rawak (menyamai konsep the state of metter of gases) dan penyerakkan zarah atmosfera pada hari ahad adalah setempat (menyamai konsep the state of metter of water).
= Isnin (Putih)
Putih lambang kesucian. Mulakan rutin harian dengan mengenakan pakaian warna putih pada setiap hari Isnin kerana ia mampu mencetuskan idea dan merangsang semangat baru dalam diri anda.

= Selasa (Merah Jambu/Violet)
Merah jambu adalah warna kasih sayang . Pakaian warna ini sesuai dikenakan pada hari Selasa kerana ia adalah hari untuk anda beremosi dan meluahkan perasaan sayang kepada keluarga mahupun rakan.

= Rabu ( Biru )
Pada hari Rabu, amat sesuai mengenakan pakaian berwarna biru yang melambangkan peyembuhan. Ia memberi kesan terhadap komunikasi yang mana meningkatkan keyakinan dalam bercakap, berucap, berhujah dan sebagainya.

= Khamis ( Kuning )
Kuning adalah warna keceriaan. Ia termasuk dalam kategori warna yang penuh godaan, ceria, daring dan dikaitkan dengan warna sensual wanita.

= Jumaat ( Hijau ) 
Hijau adalah lambang ketenangan jiwa dan kedamaian.

= Sabtu ( Merah ) =
Pilihan warna merah menyemarakkan mood di malam minggu untuk bersuka ria.

= Ahad (Hitam) =
Hitam mempunyai azimat untuk menyimpan tenaga sepanjang enam hari. Ia ibarat mengecas semula tenaga untuk memulakan hari baru pada minggu berikutnya.

Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti spectrum analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di dalam atmosfera dalam sesuatu hari malah dalam sesuatu waktu dan keadaan.
So, tiada lagi wajah seperti ini pada setiap senain (ISNIN)
hi3.. No More words "I HATE MONDAY!"

he2.. actually masa teman bekerja dulu, memang teman selalu jea ikut tema untuk setiap hari dalam seminggu tu.. memang berkesan.. ha2.. perasaan kita akan rasa ceria jea walaupun hari itu adalah hari isnin.. (sebelum tu, selalu jea rasa i hate monday..ha2.. ) bagi teman teknik ni berkesan sebab? sebab kita sendiri sebenarnya yg mengawal rasa ceria itu.. n kaler2 itu sebagai motivasi kepada diri kita untuk naikkan aura ceria tu.. so, bila kita tgk list kaler2 kat atas tu, kita cuba ikuti dan yakin dgn diri yg kaler 2 buat kita ceria di hari tersebut.. maka.. cerialah kita.. kalau tak caya , cuba dulu.. heee.. moga hari2 korang ceria selalu yea.. hehehehe.. good luck!

20 Mei 2013

MOOD KELAUT.. LEMAU.. SENGAL..





hu2.. xde apa nak diceritakan buat masa ni.. kepala sedang ting tong, badan sengal2.. hu2.. mau berehat untuk hari ni.. mood pun dh kelaut ni.. semua gara2 kena hujan semasa balik dari kg.. pening2 lalat dh kepala ni.. keje umah berlambak lak ni.. apa2 pun nak kasi relaks kepala ni dlu,.. 



17 Mei 2013

WAHAI SPONSOR GA SEDARLAH SEBELUM TERLEWAT..

Assalammualaikum..sebelum tu teman nak mohon maaf sekiranya  hari ni mungkin entri teman akan mengguriskan hati beberapa pihak, namun teman tak bermaksud begitu.. motif teman buat entri ni pun sebab nak kita sama2 berubah ke arah kebaikan.. sepanjang ber blog ni, bermacam2 yang kita dah lalui sebagai Blogger, namun kita x sedar bahawa sebagai blogger pun kita harus tahu nilai2 murni dan etika dalam ber blog.. sebagai blogger kita semua seperti serumpun, sharing n caring, serta tegur menegur demi kebaikan bersama.. tak perlu nak sentap or amik hati sangat setiap teguran.. kalau betul teguran tu.. apasalahnya kita terima dengan positif dan berubah jadi lebih baik.. hemm.. teman paling x suka nak menulis ala2 skema begini.. tapi disebabkan teman rasa kali ni memang teman serius nk bercerita tentang isu kali ni iaitu 
Attitude Para Sponsor GA.. 
Teman tergerak hati nak buat entri ni pun atas sebab dh nampak ramai sangat blogger yang merungut pasal ditipu Blogger yg sponsor GA.. hemm.. bukan tipu lea.. kira macam x bertanggungjawab lea senang citer kan.. teman terbaca entri adik Anis (KLIK SINI untuk singgah baca blog anis).. Anis meluahkan rasa hati dia tentang Hadiah GA yg x sampai2 ke dia.. dah masuk 5 bulan still sunyi sepi jea.. hemm..
Korang pernah x  join apa2 GA/Segmen yg menawarkan hadiah? sudah pasti pernah kan!? dan mungkin ada yg menang jugak, betul x? pernah x hadapi masalah terima hadiah lambat / xde respon dari sponsor / hadiah ditukar tanpa notis dulu / berjanji akan pos tetapi sampai sudah tak pos2 pun / sponsor buat x layan n x respon mesej kita / sponsor TIPU hadiah semata2 nak traffic tinggi.. ? opsss..

Maybe ini satu entri yg bole mengguris hati sesiapa pun, namun bagi teman, korang x perlu nk sentap or amik hati sangat klu korang punya Attitude sebagai blogger terbaek.. sebab teman tujukan entri ini kepada blogger yg jadi sponsor untuk GA yg CULAS dlm menunaikan tanggungjawabnya sebagai sponsor.. buat para blogger yg very responsible dgn setiap GA yg korang sponsor, teman ucapkan TAHNIAH! koranglah blogger terbaekk.. maka lama lagilah korang dlm industri belog ni nanti.... he2..
klu lea rakan2 blogger sumpah para sponsor yg menipu ni jadi idung panjang camni 
acane? ha2.. (melawak jea ni.. kui3)
Sebenarnya teman sendiri pernah hadapi pengalaman mcm ni.. memang agak kecewa dengan sikap blogger kita.. kalau buat sesuatu biarlah ikhlas.. jangan semata2 nak kan traffic tinggi sanggup offer dgn rela hati konon nak support jd sponsor GA, lepas tu dah tamat tempoh GA dia senyap terus.. Nasihat teman, kalau x bersedia sponsor apa2 GA/segmen x perlu lea paksa diri nak rela hati jd sponsor yea.. sebab klu korang x dapat tunaikan hadiah pemenang GA tersebut, samalah juga korang mengheret owner yg anjurkan Segmen/GA tersebut.. tak pasal2 busuk nama dan reputasi blogger yg menganjurkan.. so, jangan pentingkan diri sendiri aje.. fikir2kan orang sekeliling okeh.. 
Dan kalau dah bersedia jadi sponsor tu, haruslah alert dengan perkembangan GA tersebut.. jangan tau offer jadi sponsor aje semata2 nk traffic tinggi aje.. tapi sampai GA berakhir pun x sedar..acane tu? kalau takut lupa, rajin2 lah catit dalam notebook ke apa tarikh2 tamat GA dan apa yg korang sponsor kan.. standby siap2 letak tepi hadiah tu sebab dah sure punya hadiah tu korang nak post kpd pemenang kan.. cuma tunggu result jea kan.. klu taruk setem siap2 lagi baguss.. ha2.. pandai2 plak teman mengajonya yea.. kalau masa dh tau pemenang hadiah x standby lagi, maka silalah amik inisiatif RESPON pada mesej2 diorg hokey.. jangan lea biar diorang berkali2 ulang menda yg sama dekat entri korang, mesej berkali2 tuntut hadiah kat FB, yg korang bole pelak tutup mata jea tgk komen/mesej kawan tu.. ade ghupa tu plak?? 
Lagi satu, klu pemenang GA sibuk2 cari korang tu.. jangan lea ingat pemenang tu kemaruk hadiah lak, diorg menuntut hak diorg.. dh luang masa utk join segmen/GA tiba2 menang xkan nak tolak hadiah kot kan.. motip pemenang inform tuntut hadiah tu just sebab nak mudahkan para sponsor GA untuk amik langkah seterusnya.. so, xde istilah kemaruk hadiah disitu yea.. kan senang klu pemenang dengan sendirinya contact sponsor untuk tuntut hadiah, xyah korang susah2 dh kan? inilah dinamakan beri kerjasama.. ada paham!!? heee. ok lah,.. wlu pepe pun nasihat teman, x kira kita blogger femes ke, blogger picisan ke... blogger halus kenit ke.. ada teman kesah? kita tetap sama jea.. yg penting jaga Attitude sebagai blogger, jangan disebabkan satu sebab ni korang akan di black list oleh blogger lain.. silap2 buat GA/Segmen org takut nk join dah.. hu2.. ini nasihat aje.. Tamo sentap2 hokeh!! tegur kerana sayang..
Teman pun pernah offer diri dengan rela hati jugak nak jadi sponsor untuk satu segmen dulu.. Segmen Header Paling Meletop.. dan Alhamdulillah.. hadiah semua selamat diterima oleh blogger2 yg menang.. siap ada yg buat entri lagi tanda terima kasih.. thanx sgt2 Izureen dibawah ni antara respon blogger2 yg menang hadiah dari teman.. hadiah nya pun kecik jea.. toksah tanya hokehh.. ha2.. janji teman dh jalankan tanggungjawab teman kepada rakyat jelata hokeh! =P 

`Berikut adalah pemenang Hadiah GA yg pernah teman sponsor, Alhamdulillah selesai diterima oleh mereka.. 
Pemenang Hadiah GA : Izureen

Pemenang Hadiah GA : Rieya Ramlee  
============================================
Pemenang Hadiah GA : Mira Bain
===========================
Opss.. lupa nak bagi tahu.. dibawah ni ialah print screen komen2 blogger2 lain yg senasib dgn Anis.. So, tepuk dada tanya selera.. kalau blogger yang berkenaan nak teruskan ber blog.. tinggalkan Attitude korang yg memnetingkan diri yea... kesian dekat mereka yg meluangkan masa emas diorang nk join GA tu, sekali korang yg sponsor buat hal pulak.. sudahnya penganjur yg baik hati plak terpaksa terima aduan yg x sedap didengar.. walhal bukan salah diorg pun,, diorg cuma menganjurkan jea.. hemm.. ok.. kalau nak baca seterusnya boleh klik BLOG ANIS


Nieyxzha Hassan : contoh sponsor terbaek.. 

 



Namun, terdapat juga sponsor yg mabeles giler2 hokey.. Xyah sebut.. korang pun tau sape kan.. yg dh biasa buat segmen/GA.. yg x pernah culas dlm pemebrian hadiah.. ok lah.. sorry kepada mereka yg terasa hati dgn entri teman yg panjang berjela ni.. teman share atas sebab nak korang alert pasal ni.. jangan amik mudah benda2 macam ni.. kalau nak stay lama dalam dunia blogger, amalkan Attitude yg baik sebagai seorang blogger.. sekian.. teman xmo melalut2 dh.. sorry atas salah dan silap.. hope jangan amik hati tapi amik lah iktibar pada setiap yg korang nampak dalam entri teman ni okey.. thanx pada yg membaca.. sekian.. salam..



13 RAHSIA SOLAT



13 Rahsia Solat

Assalammualaikum.. 

Inilah dia 13 rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……teman share untuk semua dan juga untuk diri sendiri yang serba kekurangan lagi ni.. 

1. Niat 
Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat 
kita dari dunia dan akhirat.


2. Berdiri Betul 
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan 
tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram 
Fadilatnya, sebagai pelita yang 
menerangi kita di dalam kubur.


4. Fatihah 
Sebagai pakaian yang indah-indah 
di dalam kubur.


5. Ruqu’ 
Sebagai tikar kita di dalam kubur.


6. I’tidal 
Akan memberi minuman air dari telaga 
al-kautsar ketika di dalam kubur.


7. Sujud 
Memagar kita ketika menyeberangi 
titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud 
Akan menaung panji-panji 
nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) 
Menjadi kenderaan ketika 
kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir 
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh 
Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi 
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam 
Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib 
Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. 

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : 
“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan korang yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain

16 Mei 2013

BAKED MASH POTATOES RECIPIES

= Baked Mash Potatoes =

Nyum2.. rasanya teman asik buat post tentang resepi dan masakan lea plak minggu ni kann.. hu3.. apo nak buek.. udah teman terjumpa resepi yang menarik, mula lea nak mencuba jugak.. tapi apakan daya.. oven baru x sampai2 lagi.. hu2.. request kat hubby nak oven yg murah2 jea.. 
tp hubby teman ni lain sikit.. apa2 yg dia nak beli, dia suka beli yg terbaek terus.. tahan lama walaupun mahal.. hu2.. nampaknya sebelum membeli teman pun kena buat survey jugak lea oven mana yg paling ok untuk teman pakai lama.. 
ADA SAPE2 LEH BAGI CADANGAN TAK?? 
OVEN APA YANG OK UNTUK TEMAN BELI? 
Ok lah.. berbalik kepada resepi yang teman nak share dengan korang ni.. resepi ni teman nampak dekat blog Arni Yusnita Macam biasa.. cara presentation gambar yg menarik telah memikat hati teman untuk diabadikan dalam entri teman kali ni..  

Gambar2 yg Arni snap memang clear dan sungguh menyelerakan, betul x? heeee.. dari situ dah nampak menyelerakan apatah lagi kalau dapat makan? perghhh.. menjilat kaki wa cakap lo... ha2.. 

Resepinya tak lea susah mana.. senang jea.. yg penting perlu ada OVEN yea.. klu xde OVEN tak jadi mak.... hak3.. Ok.. jom ikuti step by step.. nyum2.. x sabo nak masak rasanya.. arghh.. OVEN!! 
Meriah tak isi pati mash potatoes ni? the mixture contains kentang yang dah direbus dan dilenyek, mushroom soup (utk gantikan fresh milk), telur, sour cream, shitake, mix veggies, celery, chopped onion,parmesan cheese, black pepper, parsley flakes & rosemary. Tiada sukatan khas, masuk saja seberapa suka.
Cara Arni : 
kalau nak memasak mesti penuh passionate & kalau nak memasak jgn kedekut bahan, biar yang elok, berkhasiat & segar.
hemmm.. betui3.. teman setuju sangat!!
yeah setelah menyatukan kesemua bahan dan secukup rasa, masukkan mixture dlm mangkuk casserole. taburkan parmesan on top and bakar selama 30 minit. walla!! sementara menunggu mash potatoes dibakar sempurna bolehlah buat gravy dan juga salads.
hot from the oven!
tengoklah melted parmesan cheese yang umphh >.<

lengkap dimakan bersama gravy and fresh salads!
END



kredit to : 


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers