Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

06 Jun 2013

KOLEKSI AYAT-AYAT CINTA #1

lihat sini juga --->> 
Entri ni saja dibuat suka2.. suka2 nak abadikan ayat2 cinta yg best n bole memotivasi diri kita untuk lebih tabah ( bagi yg sedang kesedihan / kecewa / putus asa )..  Juga sedikit kata2 semangat buat korang yang hampir lemah dengan dugaan Allah.. Sekiranya ada diantara korang yang bersedih n menghadapi situasi yang amat kecewa, silalah baca AYAT-AYAT CINTA ini.. =)
nak baca lebih lagi? sila ke FAnPAge KOLEKSI AYAT2 CINTA































Kalau ada sape nak share, dibenarkan copypaste.. =)

Kata-Kata Buat Hawa..


Buat ... Hawa..

Kelak akan hadir seseorang, yang jiwanya tenang menyantuni dirimu.. Yang kamu rindu senyumannya walaupun sehari-hari melihatnya, yang kamu rasa aman di sisinya, yang pastinya juga, kamu bersyukur dapat melahirkan anak-anak untuknya..

Dia akan hadir.. Jangan berangan akannya, nanti semakin lewat dapatkannya. Tetapi mula usahakan diri sendiri layak untuk didampingi insan yang diimpikan..

05 Jun 2013

RESEPI KUIH CARA MANIS LEMAK BERKRIM




RESEPI KUIH CARA MANIS LEMAK BERKRIM



BAHAN-BAHAN :

●Daun Pandan (lagi banyak lagi sedap rasa)
●2 cawan air
●1 kotak santan 200ml
●2 biji telur
●3 cawan gandum
●Sedikit garam
●Gula

CARA-CARA :

◆Potong daun pandan dan blender dengan 2 cawan air. Kemudian tapis kan.
◆Masukkan telur 2 biji,1 kotak santan ,3 cawan gandum, sedikit garam dan air tapisan pandan tadi. Blender sekali lagi pastu tapiskan.
◆Panaskan acuan dangan api slow mlow ye. Pastu sapu minyak jangan bagi minyak bertakung dalam acuan cara tu pulak.
◆Boleh tuang bahan tadi jangan bagi limpah ruah pulak. Pastu terus masuk gula dan tutup .
◆Bakar lebih kurang 3-5 minit. Tak perlu terbalikkan ye.
◆Siap jangan terus dingap dalam mulut kang melecurr mulut tuu hehehe.
Selamat mencuba...

Give hope to the refugee children of ULC (United Learning Centre)


= Share from Nuffnang's Blog =

            Will you stand up for kids?

Millions of refugee children have been forced to flee conflict and persecution. YOU can help us reach more children, and give them hope for a better future. There’s something you can do thisJune, for a needy child. Here in KDU University College, The Corporate Social Responsibility Class of April 2013 Bachelor of Communications has organized a very worthy fundraising campaign for ULC (United Learning Centre).
ULC is a group of humble individuals who are non political, non government related and just want to help the refugee children who are now seeking refuge in Malaysia; very often for reasons beyond their comprehension.

They run a Community-Based Refugee School (Learning Centre) for Myanmar refugee children in Malaysia. It’s a Learning Centre whereby these children are given the opportunity to be educated, fed a proper meal, study and play, and basically just be a kid in a safe place.

All of them are volunteers, work for free and they incur zero administrative cost. 100% of the donations go to the children where it helps to provide lunch, education, a safe place for them to study, play and prepare them to be accepted by a third country like the USA, Australia etc so they can have a brighter future
Now, together with KDU, they are organizing a worthy charity project at United Learning Centre(ULC) Myanmar Refugee Children Society. Dubbed as the ULC Fundraising campaign, the campaign will be geared towards securing continuous food supply and funds to support the United Learning Centre for the duration of three months. The campaign sees donation drives where our team will hit targeted areas to collect donations from the public to provide food supply, raise funds to secure the centre’s rental and utility bills as well as providing a water filter and dispenser system for the United Learning Centre’s shelter.

Main objectives:-
1) Acquire continuous food supply for the duration of three months
2) Raise funds to cover three month worth of the centre’s rental and utility bills
3) Provide a water filter and dispenser system for the centre

In order to make this worthy campaign a success, we would encourage everyone’s kind assistance and collaboration to provide used or new clothes, books, blankets, toys, stationary and school uniform for these Burmese children. Other than those mentioned, all other forms of assistance are very much welcome with open arms. All the donations collected will definitely put a big smile on the children’s faces. :D 
You can do your part at the following collection drives:
Date: 3rd, 6th, 17th & 19th June 2013
Time: 12:00PM – 1:00PM
 Venue: KDU University College (Damansara Jaya Campus)

OR
Date: 15th and 16th June 2013 (Saturday & Sunday)
Time: 11:00AM – 3:00PM
Venue: Opposite Subway, e@Curve
 
OR
Date: 22nd & 23rd June 2013 (Friday & Sunday)
Time: 10:00AM – 3:00PM
Venue: 1st Floor, Centrepoint Bandar Utama
  
OR
Date: 30th June 2013 (Sunday)
Time: 11:00AM – 3:00PM 
Venue: Fuyoh Art Bazaar, Publika
 
Memberi adalah lebih baik daripada menerima, dan perasaan kita dapat daripada sumbangan amal juga amat bernilai, kerana walaupun sumbangan kecil boleh juga membantu mereka merasa sesuatu kehidupan yang lebih baik macam kanak2 lain.. so, marilah kita menyebarkan kasih sayang! Untuk maklumat lanjut, sila klik SINI  untuk mengetahui lebih lanjut.

S.SHAMSUDIN MENINGGAL DUNIA

Al-Fatihah buat Allahyarham...

S,Shamsuddin meninggal ketika sarapan bersama isteri
SINGAPURA[4 Jun 2013] - Pelakon veteran era 50an S.Shamsudin meninggal dunia ketika sedang menikmati sarapan bersama isterinya Puteh Ismoon di rumah mereka di Bukit Batok, Jurong di sini.


Puteh, 77, berkata beliau sebelum itu baru sahaja menyuap mee rebus kepada arwah yang duduk di atas katil sebelum arwah memintanya mengambil air di dapur.

"Apabila saya kembali semula ke bilik, saya tengok arwah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan saya terus menjerit memanggil anak bongsu saya yang berada di bilik sebelah untuk melihat keadaan ayahnya.

"Ipin (anak bongsu) cuba beberapa kali memberikan bantuan pernafasan tetapi arwah masih tidak sedar sehinggalah apabila dibawa ke hospital doktor mengesahkan arwah telah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di kediaman mereka. 

Puteh yang kelihatan cukup sedih, menyifatkan Shamsuddin sebagai seorang suami yang baik dan bapa yang amat penyayang kepada anak-anaknya seramai tujuh orang.

"Arwah di rumah merupakan seorang yang pendiam walaupun di luar orang nampak beliau suka membuat lawak. Namun arwah merupakan seorang bapa yang penyayang.

"Sejak terlantar sakit kebelakangan ini, arwah suka merenung muka saya dan pagi tadi sebelum saya ke pasar arwah sempat meminta saya membersihkan dirinya.

"Selepas ini tiada lagilah teman saya untuk bercakap," katanya tidak dapat menahan sebak.

Sementara itu, anak bongsu Allahyarham Mohamed Ariffin, 44, berkata ketika kejadian beliau berada di biliknya kemudian mendengar ibuya menjerit memaklumkan tentang keadaan ayahnya.

"Apabila saya sampai di biliknya, saya lihat arwah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mukanya juga pucat. Saya cuba memberi pertolongan pernafasan beberapa kali sebelum ambulans sampai, namun arwah tidak memberikan sebarang reaksi.

"Apabila pasukan perubatan sampai, mereka juga beberapa kali cuba memberikan bantuan sehinggalah dibawa ke National University Hospital dan akhirnya doktor mengesahkan ayah telah meninggal dunia," katanya.

Katanya, doktor mengesahkan ayahnya meninggal dunia akibat serangan sakit jantung kira-kira 10.56 pagi.

Katanya arwah sebelum ini terlantar sakit hampir tiga tahun akibat menderita penyakit parkinson dan batuk kering.

Jenazah yang dibawa pulang ke rumahya dijangka akan dikebumikan esok di Pusara Abadi Chua Chu Kang, kira-kira pukul 10.30 pagi.

Antara yang hadir menziarahi jenazah ialah pelakon veteran seangkatan Allahyarham, Wahid Satay atau nama sebenarnya Abdul Wahid Ahmad, 83.

Beliau yang menganggap arwah sebagai abang kandungnya, cukup terasa dengan pemergian Allahyarham yang selama ini banyak membantunya semasa zaman lakonan di Studio Jalan Ampas.

"Kali terakhir saya bertemu Allahyarham ialah semasa majlis penghargaan artis veteran bersama bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim baru-baru ini," katanya. - Bernama

Wanita didakwa hina Agong dalam Facebook ditahan

Wanita didakwa hina Agong dalam Facebook ditahan
KUALA LUMPUR [4 JUN 2013]- Seorang suspek wanita yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebooknya, ditahan polis hari ini.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata wanita berumur 32 tahun itu ditahan di Taman Nirwana, Ampang di sini pada 9.30 pagi.

Tangkapan dilakukan bersabit dengan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, katanya dalam satu kenyataan.

Polis turut meminta individu bernama Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay untuk tampil membantu siasatan.

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan berasingan berkata wanita berkenaan ditahan hasil kerjasama suruhanjaya itu dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia.

"Dia dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya," kata suruhanjaya itu yang turut meminta rakan-rakan suspek tampil membantu siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan suspek juga boleh didakwa menurut Akta Hasutan 1948, kata SKMM.

SKMM menegaskan suruhanjaya itu memandang serius penyalahgunaan media sosial untuk memuat naik kandungan serta komen berunsur menghina terutama melibatkan institusi diraja Malaysia.

Beberapa laporan polis dibuat selepas komen yang dilihat menghina Tuanku Abdul Halim tersiar di laman Facebook dan Twitter susulan titah Seri Paduka melalui televisyen sempena hari keputeraan ketua negara itu pada Sabtu. - Bernama

INI BARU BETUI ENTRI WORDLESS WEDNESDAY..





04 Jun 2013

The Apprentice Asia

The Apprentice Asia adalah sebuah rancangan realiti show yang menampilkan sekumpulan businessmen dan businesswomen bersaing merebut peluang bekerja dengan Tony Fernandes, seorang usahawan terhebat Malaysia yang juga merupakan host utama rancangan The Apprentice Asia ini. Malah ianya juga digelar "the world's toughest job interview" versi Asia yang diadaptasi dari original  American version, The Apprentice dan disiarkan menerusi AXN Asia.

The Apprentice Asia ini memulakan siarannya pada 22 May 2013 dan keudara setiap Rabu jam 9.05pm Hong Kong, Malaysia, Philippines and Singapura manakala Jakarta 8.05pm.
Tony Fernandes bergandingan bersama Mark Lankester-CEO Tune Hotel's Group dan Kathleen Tan yang merupakan CEO Expedia Asia yang akan membantu Tony Fernandes memantau setiap strategi dan hasil perniagaan tiap pasukan bertanding dan mereka juga akan membantu Tony Fernandes membuat keputusan siapa yang harus dipecat untuk setiap episod.  

Seramai 12 peserta yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Pasukan lelaki memilih "Mavericks" sebagai nama kumpulan dan "Apex" bagi wanita. Masing-masing memiliki kepakaran dan pengalaman dalam bidang tertentu. 

Marvericks

 Apex

Selamat berjuang kepada semua peserta. Selamat menonton

~2 perserta dari team Marvericks dah tersingkir kerana telah dipecat oleh Mr Tony Fernandes. *gambar mereka telah digelapkan..

Fizo Omar Marah & Kecewa Dengan Sikap Afiq Muiz


Cerita berkenaan Afiq Muiz masih panas lagi hingga kini, perkara ni xkan selesai selagi mana2 pihak tidak mahu mengalah.. tapi teman amat berharap Afiq Muiz kembalilah keada keluarganya, mohon ampun dan maaf kepada ibunya kerana telah menghina ibunya sehingga satu Malaysia tahu tentang semua ni.. 


bukan kita saja yang marah n kurang senang dengan tindakan Afiq Muiz, malah pelakon/Artis Malaysia juga kurang bersetuju dgn sikap Afiq.. antaranya ialah Fizo Omar yang kecewa dan marah dengan sikap Afiq Muiz,  malah rata-rata rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan isu antara Afiq dan ibunya juga turut merasakan perasaan yang sama.
Menyebelahi orang yang baru dikenali.. 

Buat Iena Azman, walau betul pun apa yang ibu Afiq buat pada dia, iena sepatutnya beralah, iena muda lagi.. x salah beralah pada yang tua, sepatutnya iena ni bagilah nasihat yang baik kepada Afiq.. jangan terus-terusan seperti menggalakkan Afiq menderhaka pada ibunya.. kadang2 sebuah pengorbanan dapat memberikan kebahagiaan pada orang lain, masa tu hati sendiri akan tenang.. tak usahlah dipanjang2kan lagi.. be matured..

 Apa-apa pun jom ikuti apa kata2 luahan dari Fizo Omar tentang isu ni.. 
Menerusi laporan mStar Online, Fizo menegaskan seorang anak tidak sepatutnya menghina seorang ibu yang telah membesarkan mereka walau seburuk mana pun ibu mereka.
“Saya kurang senang dengan sikap Afiq. Adakah ibunya berkelakuan buruk dan terlalu jahat? Jika ya sekalipun, dia tidak boleh menghina wanita yang melahirkan dan membesarkannya sebegitu rupa.
Fizo turut mendedahkan bahawa dia mahu menegur Afiq jika berpeluang untuk bertemu dengannya.
“Jujurnya, andai kata saya dapat bersemuka dengan dia (Afiq), saya akan menegur sikapnya itu. Saya benar-benar marah dan kecewa dengan sikapnya itu.”
Dalam meluahkan rasa kecewanya, Fizo mengakui bahawa dirinya pun tidaklah begitu sempurna namun seorang ibu haruslah dihormati dan disayangi.
“Saya bukannya nak tunjuk baik kerana saya pun mempunyai sikap nakal juga. Cuma sebagai anak, kita perlu meletakkan ibu di tempat paling atas melebihi segala-galanya.”
Teman setuju sangat apa yang Fizo Omar perkatakan, daripada situ kita tau Fizo ni seorang yang sayangkan ibu dia.. teman tak faham kenapa Afiq Muiz sanggup buat macam tu pada ibuknya.. seteruk2 mana ibu dia, siapa yang mengandungkan dia selama 9 bulan? siapa yg bertarung nyawa lahirkan dia? hemm.. semoga Afiq cepat sedar sebelum terlambat.. ibu  hanya satu.. klu dh tiada mana nak cari dah??
Semoga hubungan Afiq dan Ibunya kembali macam dulu.. seperti dalam gambar diatas.. 

Majlis Pertunangan Fouziah Gous & Zhafran

GAMBO GOOGLE .. HEEE... 
fouziah gous TUNANG-33
+ Fouziah Gous Bertunang +
hemm.. rasanya dah lama teman x nengok Fouziah Gous ni kat TV.. errr.. ke sebab teman udah lama x tengok TV? heee.. Teman minat tengok muka fouziah gous ni.. lawo.. sweet.. n natural beauty.. tp senyum kat ats 2 macam memey lea pulok.. ha2.. Fouziah Gous dah bertunang.. Sekitar jam 9 malam Sabtu (1 Jun), Fouziah Gous akhirnya telah pun mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya, Md Zhafran Md Yusof pada usia 30 tahun.
Baru berkenalan sekitar bulan Mac lepas, Fouziah tidak mengambil keputusan yang lama apabila mereka berdua bersetuju untuk melangsungkan majlis pertunangan awal dan bakal bernikah pada bulan September depan.
fouziah gous TUNANG-20
Fouziah ketika disarungkan cincin oleh ibu Zhafran, Normah Ali
fouziah gous TUNANG-1
Berseri-seri wajah Fouziah, kan?
Majlis pertunangan Fouziah Gous dan tunangnya ini telah diadakan di Restoran Asmara Penchala, Kuala Lumpur dan turut dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.

Cantik kann Fouziah Gaos dalam gambar ni.. hu2.. actually teman sedih gak, ingatkan nak nengok Fouziah disatukan dengan Iqram Dinzly.. tapi akhirnya jodoh diorg xde.. hu2.. Gossip semata rupanya..
Nak tengok lagi Foto yang diambil khas oleh jurugambar OHBULAN! ni? KLIK SINI ---> OHBULAN!

Angelina Jolie’s First Public Appearance Since Surgery: 'I Feel Wonderful'

Angelina Jolie
Angelina Jolie on June 2 made her first public appearance since revealing last month that she had a double mastectomy. The actress looked stunning on the carpet for the London premiere of partner Brad Pitt's film 'World War Z.' Pic: Tim P. Whitby/Getty Images
ANGELINA Jolie feels “wonderful” and is “grateful for all the support” she said today at her first public appearance since she announced her decision to undergo a double mastectomy.
 “I’ve been very happy just to see the discussion about women’s health expanded, and that means the world to me,” Jolie told the BBC at the world premiere of Brad Pitt’s new thriller, “World War Z,” in London. “After losing my mom to these issues, I’m very grateful for it.”
Jolie, 37, revealed in a New York Times op-ed on May 14 that she had undergone a preventative double mastectomy after discovering she carries the BRCA1 gene, which increases the risk of developing breast and ovarian cancer.

“My doctors estimated that I had an 87 percent risk of breast cancer and a 50 percent risk of ovarian cancer, although the risk is different in each woman,” she wrote in a New York Times op-ed. “Once I knew that this was my reality, I decided to be proactive and to minimize the risk as much as I could.”

Jolie’s mother Marcheline Bertrand died from ovarian cancer at 56, and the actress’s aunt died of breast cancer last month, The Associated Press reported.

While the couple walked together at the distinctive black carpet at the premiere, Pitt choked up when asked about Jolie’s decision to go through the preventative procedures.

“I get a little emotional about it, because of just the act itself, what she did for our family, and then telling her story to others,” he told the BBC. “What it means to others has really surprised me.

“It was a very moving experience, it certainly brought our family tighter together,” Pitt said. “It’s just the bravest thing to me.”

Of Pitt, Jolie said his support had been nothing less than “extraordinary.”

“He’s such a wonderful man and a wonderful father and I’m very, very lucky,” she said at the premiere.

Zulfahmi raih lima mata di Mugello

Zulfahmi raih lima mata di Mugello


Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin berjaya mengutip lima mata berharga di Grand Prix (GP) Itali buat menjadikan jumlah mata keseluruhan musimnya setakat ini meningkat kepada 33 mata selepas menamatkan perlumbaan di Litar Mugello di tempat ke-11, semalam.

Pelumba dari pasukan Red Bull KTM Ajo itu menamatkan perlumbaan dengan catatan 40 minit 12.974 saat di belakang pelumba Caretta Technology RTG, Jack Miller yang hanya 0.121s lebih pantas daripadanya sekali gus menempatkan dirinya di tangga kelapan keseluruhan ketika ini. 

Bagaimanapun pencapaian Zulfahmi di Itali itu sedikit mengecewakan apabila dia gagal berada di kelompok 10 terbaik seperti mana dilakukannya pada pusingan ke-9 di litar sama musim lalu. 

Namun apa yang harus dibanggakan, pelumba kelahiran Banting, Selangor itu berjaya membuktikan dirinya mampu melakukan kejutan dengan berada di kelompok kedua terpantas meskipun memulakan perlumbaan di petak ke-18 daripada 33 pelumba. 

Masalah gear 
Saya berlumba dengan baik dan pada pertengahan perlumbaan saya berada di kedudukan kelapan tetapi terdapat sedikit masalah gear. Saya rasa pada minggu ini agak sukar buat saya kerana pada sesi latihan pertama hinggalah ketiga, kami bermula dengan baik tetapi pada kelayakan tidak berapa baik kerana bermula di petak ke-18. 

Ini menjadikan perlumbaan sukar dan saya harap pada perlumbaan akan datang, kami dapat meningkat lagi di sesi latihan dan juga kelayakan bagi memudahkan saya pada hari perlumbaan, kata Zulfahmi. 

Rakan pasukan Zulfahmi, Luis Salom terus mempamerkan tunggangan konsisten apabila meraih tempat pertama dengan catatan 39:53.827s tatkala seorang lagi rakannya Arthur Sissis menamatkan saingan di tempat ke-18 dengan catatan 40:23.041s. Perlumbaan selepas ini beralih ke GP Aperol, Sepanyol di Litar Catalunya untuk pusingan ke-6 pada 16 Jun ini. 



sumber : Berita Harian 03/06/2013

02 Jun 2013

BERSIAP NAK GI KENDURI KAWEN SEDARA..



HANYA GAMBO KATON JE SEMPAT TEMAN HUPLOAD.. HI3..
nak sembang lebih2 takut nanti jiran sebelah umah totop WIFI, terus xleh publish entri ni.. hik3..
bagi yg singgah sini, nanti ada masa teman BW lik yea..
nak gi mam kenduri jap.. yeay!!!

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers