Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

09 Julai 2013

SOLAT TARAWIH 8 RAKAAT

Salam.. fuh.. nampaknya banyak sangat entri tentang nak nyambut Ramadhan dalam blog teman kali ni, ekceli teman pun sedang persiapkan diri apa yang patut.. almaklumlah Ramadhan sekali dalam setahun kan.. mulalea google2 ilmu2 yang ada untuk diamalkan dalam bulan mulia ni.. hemm.. kalau bulan2 biasa amalan idaklea setara mana, tapi apasalahnya di bulan Ramadhan ni kita lebihkan sikit kan.. (byk lagi baguss) heee.. korang nak tau, teman ni selalu buat tarawih kat umah aje sebelum ni.. sebab teman ni penakut nak kuo & balik malam2..bukan sebab takut antu/syaiton tau.. tapi sebab jalan area umah teman tu gelap..
faham2 jelea.. kalau nak dengar Tazkirah Ramadhan kat surau tempat teman solat tu, memang agak panjang sikit tazkirahnya.. so, kadang kul 11 lebih abesnya.. dan balik memang ramai2, tapi bila nak nyampaikan ke rumah tu berjalan lea sorang2.. takott.. lupa lak..kat area umah teman tu memang selalu berlaku kes kena ragut depan umah.. eee.. seramm.. pernah jiran teman balik dari tarawih kena ragut.. walhal dalam beg tu cuma kain telekung aje pun.. dah diragut ditolak sampai jatuh lak tu.. kesian makcik tu..  2 yang agak fobia nak kuo solat tarawih malam2.. hee... mesti ada yg tanya, nape x ikut abah je gi solat tarawih? hu2.. yang sebenornya teman lagi suka gi sendiri.. hemm... tp skrg teman lagi selesa buat tarawih kat umah jea.. teman tahu pahala berjemaah lagi besar dari buat bersendirian kan.. he2.. sekarang dah ada en. miaw, leh lea gi solat tarawih  sama2.. sebab dah ada bodyguard kuat... heeeeeee.... 

opsss.. sebelum termelalut, jom kita recall memori lik, cara2 nak menunaikan solat tarawih 8 rakaat, sebelum tu moh baca Mukadimahnya dulu.. kalau malas leh terus scroll ke bawah untuk baca STEP BY STEP cara2 melaksanakan solat Sunat Tarawih 8 rakaat ni.. jom.. =)

MUKADIMAH
Solat Tarawih hanya dilakukan pada malam bulan Ramadhan sahaja. Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan (Qiyam Ramadhan) ialah solat Tahajjud atau ‘shalatullail’ (solat malam)yang dilakukan pada malam-malam bulan lainnya.

Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.

Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.

Jesteru itu Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.

Sunnah Rasulullah SAW
Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia.Solat sunat Ramadhan lapan rakaat oleh Rasulullah SAW, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.a. di rumah, adalah yang minimum kerana Baginda SAW memanjangkan rakaatnya.Abu Salamah r.a pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang solat malam Rasulullah SAW di bulan Ramadhan. Aisyah menjawab: “Rasulullah SAW tidak pernah menambah rakaat solatnya di bulan Ramadan dan atau bulan lain melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat tiga rakaat (witir).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1147.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h menyatakan di dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa, mengenai solat qiyam Ramadan (solat Tarawih); “Nabi SAW tidak pernah menetapkan jumlah rakaatnya. Namun, baginda sendiri tidak pernah mengerjakannya melebihi 11 atau 13 rakaat sama ada pada bulan Ramadan atau bulan lain. Baginda melakukan solat qiyam dengan memanjangkan rakaatnya.”
.
Aishah r.a. meriwayatkan lagi; Rasulullah SAW solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?”
Baginda SAW menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?”

Biasanya Solat SunatTarawih dilakukan sebanyak lapan rakaat yang dipisahkan kepada2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam.
1. Solat SunatTarawih ini juga boleh dikerjakan empat rakaat – empat rakaat (2 kali 4 rakaat), iaitu sebagaimana tatacara solat fardhu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyat.

2. Boleh juga dikerjakan sebanyak empat rakaat sekaligus dengan hanya satu tahiyat dan sekali salam sahaja. Sekiranya ingin dilaksanakan dengan hanya satu tahiyat maka setiap rakaat hendaklah dibaca surah-surah atau ayat-ayat dari al-Qur’an.


#  Setiap cara Solat Sunat Tarawih di atas, hendaklah di akhiri dengan tambahan 3 rakaat Solat Sunat Witir, boleh sama ada dilakukan dengan dua salam atau satu salam Witir sahaja.
.
Malah, ia juga boleh digabungkan dengan hanya satu rakaat Solat Sunat Witir.
Abdullah bin Umar r.a berkata: “Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah cara melakukan solat malam? Baginda bersabda: “Dua rakaat dua rakaat. Apabila engkau bimbang (waktu solat Subuh akan masuk), laksanakan terus solat witir sebanyak satu rakaat.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1137.
Aisyah r.a berkata: “Biasanya Nabi s.a.w solat di malam hari sebanyak 13 rakaat termasuk witir dan dua rakaat solat sunat fajar (solat sunat sebelum fardu Subuh). – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1140.


Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca ayat-ayat atau surah daripada Al Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat.


  1. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).
  2. Setelah membaca surah Al-Fatihah, bacalah sebarang surah lazim yan diketahui. Pada raka’at kedua ada baiknya membaca surah al-Ikhlas 3 kali.
  3. Kebanyakan orang biasanya hanya membaca surah-surah lazim. Berikut adalah cara tersusun membaca surah lazim Solat Sunat Tarawih lapan rakaat;
Jadual Surah Solat Tarawih Lapan Rakaat
Rakaat
Surah
Pertama
At Takaatsur
Kedua
Al Ashry
Ketiga
Al Humazah
Keempat
Al Fiil
Kelima
Al Quraisy
Keenam
Al Ma’uun
Ketujuh
Al Kautsar
Kelapan
Al Kaafiruun
=======================================================================
CARA MELAKSANAKAN 
SOLAT TARAWIH 8 RAKAAT

Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: “Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” (Riwayat Jamaah)

.

1.  Niat:


2.  Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih


a.  Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Ba’diah Isyak, maka Bilal memulakan Solat Tarawih dengan menyeru:

Maha Suci Tuhan Pemiliki (alam) yang disembah (dipatuhi),


b.  Bilal dan jamaah sama-sama membaca:


3.  Bilal menyeru dengan lafaz bagi permulaan mendirikan solat sunat Tarawih;


4.  Imam dan jamaah sama-sama mendirikan 2 rakaat pertama solat sunat Tarawih;

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:

Raka’at pertama: Surah At Takaatsur

Raka’at kedua: Surah Al Ashry

.

5. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-2; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:



6.  Imam dan jamaah bersama-sama mendirikan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 3 dan 4;

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:

Raka’at ketiga: Surah Al Humazah

Raka’at keempat: Surah  Al Fiil
.
7.  Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-4; Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan Selawat:


8.  Diikuti dengan Imam membaca doa berikut:


9.  Sebelum mendirikan 4 rakaat lagi, bilal dan jamaah membaca kalimat:


10. Imam dan jamaah sama-sama meneruskan Solat Sunat Tarawih rakaat yang ke 5 dan 6;

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:

Raka’at kelima: Surah Al Quraisy

Raka’at keenam: Surah  Al Ma’uun



11. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-6; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:


12.  Imam dan jamaah bersama-sama meneruskan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 7 dan 8;

Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:

Raka’at ketujuh: Surah Al Kautsar

Raka’at kelapan: Surah  Al Kaafiruun



13.  Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-8 (akhir); Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan Selawat:


14.  Apabila selesai mendirikan 8 raka’at Solat Tarawih, membaca doa berikut;


Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!  Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman.

.

Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk  di atas Tahta Kehormatan di dampingi  bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam!

.

Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

.

Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].

Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam!

=======================================================================

SOLAT SUNAT WITIR

Setelah selesai Solat Tarawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru:

صَلاَØ©ُ الْÙˆِتْرِ اَØ«َابَÙƒُÙ…ُ اللهُ.


(Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!)



Cara-Cara Melaksanakannya  :      

1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

2.  Bacaan selepas Fatihah:

Raka’at pertama: Surah Al-A’laa

Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun


3.   Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;


4.   Jemaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:





5.   Selepas bacaan al-Fatihah, pada raka’at terakhir, dibaca pula surah;

Al-Ikhlas,

Al-Falaq dan

An-Naas.



6.   Bemula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca  Doa Qunut sebelum melakukan sujud pertama.

7.   Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:

8.   Boleh dibaca doa-doa berikut:

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA


Pengumuman Tarikh mula berpuasa...
 
  
Assalammualaikum.. heee.. sepatutnya teman buat entri tentang cerita2 selama seminggu teman menghilang tu kan.. memang nak buat entri pasal tu pun, tapi memandangkan esok kita mula berpuasa, teman nak publishkan dulu entri ini sebagai menyambut bulan yang dinanti2 kan setiap tahun.. Ramadhan Al-Mubarak.. 
Malam tadi x sempat nak tengok TV tentang pengumuman tarikh mula puasa, almaklumlah teman BZ sgt2 sejak kebelakangan ni.. bayangkan balik jea umah  kena kemas umah yang bersepah dibuat oleh si Oyen n si Butang tu.. x tau lea depa main apa sampai tonggang terbalik umah dibuatnya.. siap tong sampah bergolek2 tengah rumah.. aiyooo.. tapi teman nak marah pun x lalu sebab sedih tengok makanan depa abes lansung.. teman x tau lea start bila makanan depa tu abes.. 5 hari tuu.. xtau lea camne depa masa tu.. kesiann.. sedih teman nengoknya.. bila teman tuang makanan dalam mangkuk depa, depa makan dengan lahapnya.. Ya Allah.. rasa berdosa lak sebab letak makanan x cukup hari tu.. lain kali memang kena letak 2 paket whiskes kot baru cukup.. teman lupa, sekarang dah dua ekor.. dulu Butang sekor je.. boleh lea  letak sepaket.. teman sepatutnya sediakan makanan lebih banyak lagi untuk 5 hari.. Maafkan teman wahai my bulus yang comey..
kesian.. kelaparan Si Butang ni.. Si Oyen lagi lea.. dah lea kuruss.. 
Okeylah.. sambung balik citer Ramadhan tadi, Alhamdulillah teman bersyukur sangat2 kerana masih bernafas lagi pada Ramadhan kali ni.. macam biasa, setiap kali Ramadhan, teman akan rasa bersemangat, dan berkobar2 nak sambut Ramadhan ni.. siap beli kurma Yusuf Taiyoob lagi tu.. ha2.. kali ni tahun kedua teman berpuasa bersama en.miaw teman tu.. memang berharap sangat Ramadfhan kali ni teman dapat mengumpul lebih banyak pahala lebih dari hari2 dan bulan2 sebelumnya.. moga dimuliakan Akhlak, dipercantikkan tutur kata, di per'elokkan tingkahlaku dan semua yang dapat meningkatkan lagi pahala kita semua di bulan Ramadhan yang mulia ni.. huk3.. tahun ni jugak adalah tahun kedua teman berpuasa berjauhan family.. (argghhh.. masih fikir lagikah? helloo.. awak bukan anak manja lagi hokehh.. !) 
Semoga kita semua dapat menjalani Ibadah puasa dengan sempurna, insyaAllah.. Aminn.. salam sayang buat semua yang singgah dan komen disini.. love u all so much.. rinduuuuu nk blogwalking! haaa.. esok jangan lupa sahur OK! bagi yang liat sangat nak sahur tuu.. konci jam siap2 yea.. kalau terlepas sahur, alamat bergoyang lea lutut kome bila time tengahari.. hihihi.. kalau tahan lapo x ngape.. klu x tahan?? 


08 Julai 2013

DO U KNOW HOW MUCH I MISS U...???

Salam semua.. i'm back! teman dan ada kat Malaysia sekarang.. tapi.. xleh nak berblog lagi.. banyak sgt2 keje nak buat ni.. kena cari masa yang betui2 FREE untuk mula berblogging n berblogwalking lik.. kepada yang singgah n komen sini, nanti teman blogwalking ke sana lik yea.. tungguuu.. n pada yang ada tersenarai blog teman menang GA/segmen tu inpom2 lea kat teman disini atau FB Tengkubutang Miaw yea.. huk2.. teman betui2 xde masa nak berjalan n ngecheck list GA/segmen yg teman join.. hu2.. apa2 pun.. thanx semua.. hope selama teman menghilang ni, korang masih ingat lagi kat teman yea.. heeee... tataaa..

Out..  





29 Jun 2013

ALMHAMDULILLAH.. IMPIAN TERCAPAI.. HAK2...

hai.. heee.. teman dah draft entri ni awal2 lagi hari tu.. sebab teman tau teman akan bz giler2 lepas ni.. coz bila dah amik stock brg customer (business hubby punya) teman akan semakin bz.. takutlea nak buka blog pun x sempat kot.. nak menulis entri bukan main tulis jea kan.. mesti nak kena susun ayat cantik2, so baru lea ada orang nak baca.. kan janett.. kan.. heh3.. 

ok lah.. teman nak straight forward je ni.. masa agak terhad.. ini just AUTOPUBLISH punya entri tau.. so, kalau ada sape2 yang komen kat sini teman xdapat lea menjawab on da spot yea.. sebab masa tu agaknya teman dah xde kat dalam Malaysia.. so, berkemungkinan x dapat nak update blog lansung.. so, x dapat lea nak terus balas komen2 dan kunjungbalas korang.. heee..

so, apa kata klik kat SINI dulu untuk lebih memahamkan apa yang teman nak citer kan.. heeee..

hehe3.. dah KLIK? dah BACA? he3.. Pemanggang Ajaib.. itulah impian teman.. dah tercapai pun nak memilikinya.. tapi bukan brand IKAN lea tau.. IKAN tu brand dari Syarikat Menang Glassware.. yg ni hubby tersayang beli dekat Langkawi jea.. murah2 tauu.. heee.. lepas dah guna.. memang terbaekk korang... memang teman pun suggest korang beli lea.. memang masak pun jadi sedap.. masak x guna minyak banyak.. pastu kalau goreng ayam, masak sampai ke dalam tau.. sedappp.. xyah risau daging/ayam kurang masak ke apa dah.. he2..  no worry hokeh!
ni bahagian hadapan/atas dia..  
ni bahagian belakang/bawah  
 ni bahagian dalam dia.. 
satu side ada jalur2 camni.. untuk bakr2 daging/ayam.. besttt! 
yg ni lak bahagian rata dia.. nak masak apa2 pun bolee.. hi2 
ada magnet.. magnet ni lea yg buat pemegang tu melekat rapat..  
yg ni dia bagi sekali, spare.. kot lea nanti getah 2 dh haus kan.. 
heee.. kasi zoom apa yg ditulis.. 
inile brand yg teman guna skrg.. hubby cakap ramai giler yg beli menatang ni.. perghh.. kaya ismail group (satu2nya pasaraya di langkawiyg macam2 adaaa.. ) 
brand HiG 
teman pilih yang no. 2 paling beso.. ada lagi beso tapi hubby pilih yang ni sebab dua2 side ada jalur.. hee.. yg paling beso tu licin je side dia.. pandai dia pilih.. he2..
tadaaaaaaa..  ha2.. cer teka.. nak masak apa ni?? heh3.. xtau? nak tau x? kalau nak tau.. tunggu entri yg akan datang yea.. hihihihi.. 



|

28 Jun 2013

HADIAH DARI NARD BLOGGER DAH SAMPAI..



tadaaaa.. he3.. ini keychain feltcraft dari Blogger Nadia Ramlee..
teman menang GA hari tu.. tapi dah x ingat GA apa dah.. banyak sagt join.. hadiah ni baru sampai semalam.. ekceli Nard kata dah post sebelum ni, tapi x sampai.. sib baik yg ni sampai gak akhirnya.. teman nak simpan buat kenang2an semasa berblog.. heee.. mahal kenangan ni.. xkan jumpa kat mana2 kan.. hu2.. thanx buat adik nard.. teman hepi.. =)

iPOD shuffle hadiah kejutan dari yang tersayang!

tadaaaa.. ha2.. hari ni teman udah x nyabo2 nak buat entri ni.. entah ngape.. (kata bz???) ha2.. mana taknya.. hati ni hepi sangat sebab terlalu excited nak share dengan korang kegumbiraan teman ni.. lagipun entri ni untuk menghargai pemberian en hubby ni.. opss.. macam lea dia rajin baca entri dalam blog teman ni.. hu2.. ok lah, meh lea teman citer dari awal babak2 sebelum teman terima iPod shuffle ni yea..
Alkisahnya kelmarin (hari RABU-26/6/2013) en. miaw (gelaran hubby teman) sila muntah hokeh! ha2.. whatever lah.. sambung citer lik.. hubby teman post kat wall FB teman dan tiba2 tanya soklan.. dalam banyak2 apple.. apple apa paling sedap? dia bagi teka teki lea plak.. hu3.. jenuh teman teka.. apple pie lea.. plum apple lea.. apple hijau merah lea.. apple DKNY lea.. apple iPad pun ada masuk (dekat2 dah tuu.. hi3.. tp huruf A tu klu tuko jadi iPod kann.. )
pastu malas teman nak fikir dah.. dia plak ckp sedapnya apple.. hemm.. teman pelik jugak.. hubby teman ni buka suka makan buah-buahan.. so, agak misteri disitu... ha3.. tapi teman tanya lea jugak kat dia.. nak ke teman belikan buah apple untuk dia.. pastu dia cakap, nak air kelapa.. adoii.. pulakk.. ekceli memang dia suka minum air kelapa/air nyiok kat tepi jalan tu.. so, teman pun gi lea beli.. memang tengah dahaga pun dia masa tu.. aish.. cian dia..
dia lik koje jam 5.30, dalam kul 6 dia sampai umah.. dah siap minum semua pastu dia dok sebelah teman dia bagi satu kotak kecik.. dalam hati teman.. apa ni? cincin kah?? ha3.. aishh... tipulah.. teman x pk cincin pun sebab terang2 kotak tu dh tulis siap2 iPod shuffle kan.. hih3.. teman pun senyum panjang n giler2 sukalah.. tapi masih terkejut.. dan asik tanya jea.. untuk teman ke? betul ke ni? hahahaha.. ekceli xmo tanya pun.. memang lea untuk teman kan.. hi3.. pastu ada ayat yg kua dari bibir my hubby.. dia kata kesian kat teman yang kena tolong bisnes dia, kena post barang2 yg customer order selama ni.. hu2.. time tu rasa dihargai sangat2.. hadiah x penting, tapi bila dihargai macam tu, teman rasa hepi sangat2.. teman ingatkan selama ni semua tu nremeh jea bagi dia.. rupanya dalam diam dia perhatikan jugak.. hu2.. thanx my lovely miaw.. (aipp.. muntah lagi!)
heee.. ada rupa kotak cincin tak? ha3.. terang2 nampak iPod kann..  
kecik je.. bestt.. ada penyepit untuk sepit kat baju.. 
 ni set dia.. kable caj dan earphone 
ha2.. resit ni saja teman upload sekali sebab senang nak nengok balik nanti.. 
 
bila dah dapat tu, teman bole lagi tanya.. kaler OREN xde ke? huik3.. 
tapi kaler ni pun teman sukaaa.. sukaaaa... sgt2.. heeee.. 
ho.. lupa lak.. my miaw (muntah lagiii!) beli iPod shuffle ni dekat Lowyat.. hu2.. ekceli memang dia dah plan nak ke Lowyat itu hari.. sebab nak cari Xternal Hard Disk untuk business dia.. tapi x sangka pulak.. teman pun dapat habuan.. hak3.. i likeee.. pandai dia yea.. dia tau teman boring dalam kapal trobang nanti.. so, dia belikan teman iPod ni.. hu2.. teman bajet nak pakai mp3 dia jea nanti.. tapi tengok2 dia belikan pulak untuk teman iPod shuffle ni.. syukur Alhamdulillah.. terima kasih Allah sebab kurniakan hubby yang menghargai dan menyayangiku.. #mood sayu dan terharu.. 
inilah Xternal Hard Disk yang en miaw beli tu.. 
 
ada banyak ciri2 yang bagus yang buat my hubby pilih brand ni.. 
 
dalam bungkus lagi.. teman yg xcited buka.. aishh.. jakun! 
brand Transcend.. permukaan sarung yang grip n x mudah jatuh.. 
3.0 heeeee...  
ciri2 yang disukai ramai.. perlu dititikberatkan kalau nak beli pape.. kena tinguk menda2 ni jugak.. tapi teman main beli jea.. ha3.. pengguna yg kurang bijak yeaaa.. =P

RAMADHAN IS LOADING

~ RAMADHAN IS LOADING ~

Hai.. Assalammualaikum.. Syaaban semakin menjauh, kini ramadhan pulak hampir menjengah.. fuhh.. memang rasa berdebar nak menghampiri bulan Ramadhan ni.. hope dalam bulan Ramadhan ni kita dapat menambah pahala kita dan menjaganya hingga ke akhir ramadhan yea.. makanya, teman nak lea share khutbah pilihan teman ni, teman suka khutbah ni.. tapi ni dah lama, tahun 2010 punya.. teman copy n letak kat FB.. now saja nak share dengan kengkawan semua..  kalau rajin tu, baca lea dua tiga baris.. kalau baca abes pun x ngape.. lagi baguss.. heee.. ilmu tu.. disamping dapat meninsafkan kita di bulan mulia.. (dan bulan2 lain yeaa! )

Khutbah Pilihan Teman bertarikh :
(13 OGOS 2010 / 3 RAMADHAN 1431H)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa. Dalam bulan Ramadhan di mana siang dan malam dipenuhi keberkatanini, maka marilah kita mengambil peluang keemasan ini untuk menghasilkan ibadat puasa yang memenuhi standard atau kualiti yang ditentukan Allah SWT. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menempatkan kita insan yang dikasihi Allah, membawa kebahagian didunia dan akhirat. Tajuk mimbar Jumaat pada hari ini ialah:  

"RAMADHAN BULAN PEMUTIHAN AKHLAK".

MusliminYang di Rahmati Allah,
Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa berbanding bulan-bulan yang lain. Ia menjadi istimewa kerana didalamnya terkumpul hampir semua ibadat khusus seperti solat tarawih, solat witir, tilawah al-Quran, beriktikaf, berzakat, sedekah dan amalan kebajikanyang lain. Setiap ibadah khusus ini pula mempunyai kelebihan pahala tertentu yang menjadi ransangan untuk kita menjadi insan soleh. Selari dengan keberkatan bulan suci  ini, maka Allah SWT menjanjikan rahmat, pengampunan dan jaminan syurga. Berdasarkan ganjaran pahala yang hebat inilah maka Rasulullah SAW sendiri merasa gembira setiap kali kedatangan bulan ini dan kegembiraannya di sampaikan pula kepada para sahabat baginda.

Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Iman Ahmad  bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardukan ke atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan.

Persoalan besar timbul ialah puasa bagaimanakah yang mampu meraih ganjaran pahala yang hebat itu?. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183, Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
Takwa adalah buah dan hasil yang diharapkan  dari amalan puasa. Buah tersebut akan menjadi bekalan orang beriman dan menjadi perisai agardiri manusia tidak terjebak dalam jurang maksiat dan kejahatan. Bagi orang yang bertakwa kepada Allah SWT, ia akan melaksanakan ajaran Islam secara menyeluruh.Dia tidak akan melihat, mendengar, mengucapkan dan melakukan perkara yang diharamkan. Dia hanya melakukan sesuatu yang dituntut dan  diperbolehkan Allah. Dia hanya berada ditempat yang mendatangkan keredhaan Allah dan menjauhi tempat yang mendatangkan kemurkaan Allah.

Abu Umamah berkata Rasulullah SAW  bersabda, " Barang siapa mengambil hak seorang muslim, maka Allah Taala mewajibkannya masuk ke dalam neraka dan mengharamkannya masuk ke dalam syurga. Seorang bertanya, meskipun dari sesuatu yang sangat remeh, wahai Rasulullah? Ya meskipun barang itu hanya sepotong kayu sugi". Demikian sabda Rasulullah bahawa hanya sepotong kayu sugi yang diambil dengan tanpa izin pun masuk neraka.  Dengan demikian menurut hadith ini, kita mesti berwaspada mengenai mengambil hak-hak orang lain atau melanggar amanah yang ditetapkan dan perbuatan yang diharamkan. Di dalam al-Quran disebutkan bahawa mereka yang bertakwa akan dimasukkan ke dalam syurga secara berkumpulan dan pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya.

Setiap Jumaat khatib sering memberi peringatan supaya para jemaah dan umat Islam meningkatkan ketakwaan kerana ia mempengaruhi kehidupan kita. Takwa yang menjadi tujuanutama kita berpuasa bukanlah perkara mudah yang hendak dicapai. Bahkan para sahabatpun melahirkan kerisauan membentuk sebenar-benar takwa sehingga turun ayat al-Quran dalam surah at- Taghaabun ayat 16, maksudnya: "Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu;dan dengarlah serta taatlah; dan membelanjakan harta kamu (dijalan kebaikan)adalah baik untuk diri kamu. Dan sesiapa yang menjaga dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya.".

Seorang muslim itu adalah orang yang taat kepada Tuhan dan tidak mengikut perintah hawa nafsu.  Pertembungan kepentingan antara takwa dan kehendak gelojak hawa nafsu manusia sentiasa menimbulkan konflik dalam diri manusia. Pertembungan ini akan menentukan halatuju dan status fitrah kehidupan kita. Tetapi untuk mencapai kecemerlangan takwa ini, maka seseorang itu memerlukan penglibatan diri dalam perjuangan, kesabaran dan jihad melawan nafsu. Jika gagal maka kita akan mengikut telunjuk hawa nafsu.

Salahsatu  perjuangan hebat yang perlu diamalkan oleh kita ialah puasa wajib Ramadhan. Puasa adalah ibadat yang sukar dan menjadi perjuangan secara senyap melawan hawa nafsu. Perjuangan ini juga adalah rahsia antara seseorang hamba dengan Tuhannya kerana gerak geri amalan puasa tidak dapat dinilai oleh orang lain. Ketika berpuasa kita bukan sahaja menahan diri dari keinginan makan dan minum tetapi seluruh anggota badan kita seperti mulut, mata, hati dan kemaluan juga hendaklah hendaklah turut berpuasa.

Kita juga dituntutmemperbanyakkan amal ibadah yang lain dengan mengisi ruang-ruang  yang ada seperti bersolat tarawih,bertadarus, bersedekah, membaca al-Quran, beriktikaf, menuntut ilmu dansebagainya.  Amalan wajib dan sunat yangpadat dalam bulan Ramadhan ini memberi tumpuan latih tubi pembersihan hati,pembersihan dalaman, mendisiplinkan anggota badan, mengukuhkan akhlak mulia danmencegah penyakit.

Oleh sebab itu terdapat dua penanda aras atau pengukuran menilai prestasi puasa iaitu apakah puasa Ramadhan kita semata-mata menahan lapar atau kita berpuasa dan dalam waktu yang sama mengambil berat juga aspek pembersihan hati dan akhlak kita. Rasulullah SAWbersabda :
Bermaksud:"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkanganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu".(RiwayatBukhari)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Selari dengan prinsip keluarga bertakwa dan soleh yang bermula di rumah, maka mimbar menyeru, marilah para jemaah, ibubapa serta umat Islam hiasilah, bentuklah ahli keluarga kita menjadi insan bertakwa dengan amalan latih tubi puasa wajib dan digilappula dengan amalan–amalan sunat siang dan malam serta dengan memilih makanandan premis yang halal di sepanjang Ramadhan. Walaupun bulan impian ini kelihatan memberi kesukaran dan ujian berat kepada umat Islam tetapi ia adalah anugerah Allah kepada hamba-Nya yang hanya datang setahun sekali. Penuhilah ruang dan masa dengan melakukan perkara-perkara kebaikan kerana mungkin bagi tahun yang mendatang kita tidak merasainya lagi.

Mengakhiri khutbahpada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Nahlayat 97: Maksudnya:"Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguhKami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kamiakan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan".


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers