Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger
Featured Posts
15 Julai 2013
14 Julai 2013
13 Julai 2013
12 Julai 2013
KHASIAT MEMELUK ISTERI
Posted on Julai 12, 2013 by Tengkubutang
Khasiat Memeluk Isteri
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s. a. w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
11 Julai 2013
KEK LAPIS SARAWAK - SAPE NAK ORDERRR!! CEPATT!!
Posted on Julai 11, 2013 by Tengkubutang
KEK LAPIS SARAWAK
Haiiii...heee.. opssss.. sabo2..jangan marah teman.. teman bukan saja2 nak tayang2 gambo ni kat korang semua tau.. berdosa buat korang terliur di bulan mulia ni kan.. heeee.. tujuan teman publish entri ni adalah untuk mempromote Kek Lapis Sarawak yang dijual oleh Sahabat teman.. rasanya kalau korang tengok gambo pun korang dah tau rasanya tentu lea sedap kannn.. he3..terdapat 18 perisa.. (setakat yang teman nengok dalam gambo ni lea.. klu ada perisa lain, nanti teman hupdate hokey.. x pun leh PM sendiri my frend ni.. ok..So, bagi sesiapa yang menggemari Kek Lapis Sarawak ni boleh order kat FB beliau,
Klu leh LIKE lea sekali FanPage sahabat teman tu yea.. tQ semua.. i lop u ollss...
Sample juga ada disediakan, tapi amat terhad.. so, sape yang berminat bole lea pm laju2 FB/FanPage beliau yea.. Opss.. perlu diingatkan sample adalah terhad yea.. sementara stok masih ada.. klu dah abes jangan marah lak yea.. sebab kek ni memang tengah byk permintaan yea.. sedap.. n teksturnya lembut aje.. teman suka yg masam manis 3 rasa tu.. dan perisa cheese.. he2..aaargh.. kelaparan bila citer bab ni.. opsss...sabo!
Apa2 pun.. meh jamu mata jap untuk nengok kek mana pilihan hati korang sebelum buat order.. heee..
yg ni berlainan harga yea.. sila PM FB diatas..
Ok.. sekali lagi, kalau ada sesiapa yang berminat nak order, leh buat tempahan di FB beliau.
ZIKIR HARIAN SEPANJANG RAMADHAN
Posted on Julai 11, 2013 by Tengkubutang
Zikir Harian Sepanjang Ramadhan
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
Haii..entri ini teman share dari blog Shafiqolbu yang sangat awesome bagi teman.. maksud awesome teman tu, awesome dari segi maklumat2 ilmiah dan macam2 lagi tentang ilmu agama yang kita tak tahu.. teman suka baca blog tu.. kalau korang yang lum pernah singgah blog Shafiqolbu boleh lea berbuat demikian yea.. heee.. ok, teman tertarik untuk repost entri beliau yang ni untuk kita share kan bersama.. iaitu zikir di bulan Ramadhan, semalam teman share ZIKIR HARIAN kan.. kali ni plak Zikir di bulan Ramadhan.. moga ditambahkan pahala berlipat kali ganda kalau diamalkan.. aminn.. Berikut adalah zikir-zikir yang boleh diamalkan di sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak ini..
== SUBUH ==
1. Setelah masuk waktu dan Azan Subuh, lakukan Solat Sunat Fajar dua rakaat. Di antara azan dan solat fardhu Subuh adalah waktu mustajab doa, maka bacalah istighfar tasbih 100 kali dan kemudian berdoa:
2. Dirikan Solat Fardu Subuh, wirid dan berdoa selepasnya.
== PAGI ==
1. Zikir:
.2. Tasbih 100 kali:
Fadhilatnya: Dikurniakan sepuluh ribu kebajikan, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat.
.3. Selawat;
Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali:
.4. Melakukan Solat-Solat Sunat:
Solat Sunat Israq
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Tasbih
5. Membaca Al-Quran
6. Membaca doa taubat ‘Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)
== TENGAHARI ==
1. Solat :
Sunat Zohor – Fardhu Zohor – Sunat Zohor serta doa.
2. Istighfar:
== PETANG ==
1. Solat : Sunat Asar – Fardhu Asar – wirid dan doa.
1. Berbuka puasa
2. Solat Maghrib dan sunat Maghrib.
3. Solat sunat Awwabin.
4. Baca zikir berikut 50 atau 100 kali:
Fadhilatnya: Menjadi pelindung di dunia dan akhirat.
== ISYAK ==
1. Solat sunat Isyak, Fardhu Isyak, Sunat Isyak
2. Solat Sunat Terawih, sunat Witir
3. Membaca Al-Quran
== TENGAH MALAM ==
Bermula dari 2.30 pagi sehingga keluar fajar subuh.
1. Solat sunat Wuduk
2. Solat sunat Tahajjud sekurang-kurangnya 2 rakaat.
3. Solat sunat Hajat
4. Solat sunat Tasbih
5. Berdoa.
10 Julai 2013
SOLAT TARAWIKH
Posted on Julai 10, 2013 by Tengkubutang
Hai semua.. lagi berberapa minit jea kita nak iftar (berbuka puasa) dah.. perut dah berkeroncong lagu Arab (aipp.. x baik.. sabo!) hidung dah terbau2 hidangan berbuka puasa yang pertama lak (haippp.. mana bole cium bauu.. makruh!) mata dah tenung2 juadah2 atas meja yang menyelerakan.. (heee.. yg ni bole.. nice to see but cannot hold or taste it ) hik3.. apa2 pun teman tau, korang semua tahu adab berpuasa dan cara nak dapat pahala puasa yang mantop kan! heeee.. bagussss!
okeylah, lepas berbuka nanti kita nak tarawih lak kan.. So.. dengan tak semena2 teman nak share lea tentang Persoalan Tarawih ni, saja2 baca untuk dikongsi bersama.. tak kisah lea korang nak tarawih 8 rakaat ke, 20 rakaat ke.. yang penting ikut keikhlasan dan kemampuan korang dalam menunaikan ibadat nih.. kalau teman, teman buat 8 jea.. diikuti solat witir..
Bila datangnya bulan Ramadhan, kita umat Islam hendaklah menumpukan sepenuh perhatian untuk melaksanakan ibadah dan ketaatan dengan sebaik mungkin kepada Allah swt. Namun, apa yang menyedihkan ialah seringkali berlaku perbalahan dan pertelingkahan dalam melaksanakan ibadah-ibadah sunat dalam bulan Ramadhan terutamanya mengenai bilangan rakaat solat sunat Tarawih.
Di samping itu, terdapat pula masyarakat Islam yang begitu beria-ia dan berduyun-duyun ke masjid dan surau untuk mengerjakan solat sunat Tarawih, pada masa yang sama mereka meninggalkan solat fardhu seperti Maghrib dan Subuh. Mengapa perkara begini boleh berlaku, adakah masyarakat kita masih tidak boleh membezakan mana yang lebih utama antara sunat dan fardhu?
Perbalahan dalam perkara-perkara khilaf seperti bilangan rakaat solat tarawih ini telah menyebabkan ada yang bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Tidakkah mereka terfikir bahawa bermasam muka dan tidak bertegur sapa itu adalah haram, sedangkan puncanya datang daripada persoalan sunat yang menjadi khilaf di antara ulama?.
Syeikh Dr. Fadl Hassan ‘Abbas telah menyatakan bahawa lebih elok ditutup pintu masjid agar tidak ditunaikan solat sunat tarawih sekiranya perbalahan tentangnya menyebabkan perpecahan berlaku di antara umat Islam! Manakah yang lebih penting, solat sunat atau persaudaraan Islam?
Ada pula masyarakat Islam yang memang seronok melihat perbalahan dan pergeseran berlaku di kalangan jemaah di masjid dan di surau. Lalu mereka sentiasa membawa serta membesar-besarkan isu ini dan mengapi-apikannya. Sedangkan mereka sendiri hanya menunaikan dua rakaat solat tarawih sahaja, lantas terus ke kedai kopi untuk berbual dan membuang masa. Sebagai umat Islam, kita hendaklah menghindarkan diri daripada perbalahan yang tidak berfaedah, sebaliknya hendaklah kita menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah yang patut dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
Solat Tarawih ialah solat sunat muakkad. Sekiranya seseorang itu meninggalkan solat Tarawih, dia tidak berdosa, akan tetapi seseorang itu akan mendapat dosa sekiranya mewujudkan perbalahan tentang bilangan rakaatnya sehingga menimbulkan pergeseran di antara umat Islam di masjid.
Solat Tarawih bermula sebaik sahaja seorang itu selesai daripada mengerjakan solat fardhu ‘Isya (seeloknya selepas mengerjakan solat sunat Ba‘diyah ‘Isya’ kerana solat tersebut juga adalah sunat muakkad). Waktu untuk menunaikan solat Tarawih berkekalan sehingga terbit fajar. Ia dikerjakan dengan dua-dua rakaat.
Jika dikerjakan solat Tarawih itu empat rakaat dengan satu salam, maka tidak sah solatnya, kerana menyalahi yang disyariatkan. (lihat kitab Al-Majmuk: 4/38)
Persoalan mengenai jumlah raka’at solat Tarawih, sebenarnya ia merupakan perkara lama yang telah pun dibincangkan oleh ulama-ulama mu’tabar, tetapi malangnya ia sentiasa diungkit-ungkit dan ditimbulkan kekecohan oleh pihak-pihak yang masih tidak berpuas hati.
Bilangan rakaat solat Tarawih adalah perkara yang termasuk di dalam perbezaan pendapat Ulama. Seseorang Muslim tidak boleh bersikap bersikap keras dalam perkara yang ada perbezaan pendapat di kalangan ulama.
Mengikut Syeikh Dr. Abdul Malik al-Sa’di, tidak terdapat dalil yang benar-benar pasti tentang bilangan rakaat solat tarawih yang dilakukan oleh Rasulullah saw kerana terdapat pelbagai riwayat tentang bilangan rakaatnya. (Lihat buku al-Bid’ah fi al-Mafhum al-Islamiy al-Daqiq, halaman 119). Oleh itu, semakin banyak Ibadah yang dilakukan pada malam-malam Ramadhan, maka semakin banyaklah pahala yang akan diperolehi.
Terdapat segelintir umat Islam bersikap keras dengan menyatakan bahawa solat Tarawih hanya 8 rakaat, dan sesiapa yang melakukan lebih daripada 8 rakaat merupakan suatu perkara bid’ah. Hujahnya ialah hadis daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman yang bertanyakan Sayyidatuna Aisyah r.a : “Bagaimanakah solat Nabi s.a.w. di dalam bulan ramadhan?” Maka jawab Sayyidatuna Aisyah: “Nabi tidak melebihkannya di dalam Ramadhan dan di luar Ramadhan melebihi 11 rakaat …(11 rakaat ialah setelah dicampur 3 rakaat Witir)” (Hadis Riwayat Imam Bukhari).
Kalau diteliti hadis ini, ia hanya menunjukkan kebiasaan Nabi s.a.w. menunaikan solat malam di dalam bulan Ramadhan dan selainnya dengan 11 rakaat. Namun begitu, dalil-dalil yang jelas menunjukkan bahawasanya solat malam ini termasuklah solat tarawih tidak terikat dengan bilangan tertentu, sepertimana hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar, seseorang bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang solat malam, Maka jawab baginda : “Solat malam itu dua rakaat, dua rakaat, jika seseorang kamu bimbangkan masuknya waktu subuh maka dia solatlah satu rakaat sebagai solat witir.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Justeru apabila dilihat pendapat para ulama yang mu’tabar, akan didapati bahawa bilangan rakaat solat Tarawih tidak terikat dengan bilangan tertentu. Menurut Jumhur ulama’ pula iaitu yang terdiri daripada ulama’ aliran mazhab Syafie, Hanafi, yang rajih di sisi Imam Ahmad, al-Thauri, Daud dan sebagainya, mereka menyatakan bahawa bilangan solat Tarawih ialah 20 rakaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan selainnya yang bermaksud: “Bahawasanya mereka (sahabat-sahabat) nabi, mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan Ramadhan pada zaman Umar bin al-Khattab dengan 20 rakaat.” (Telah mensahihkannya al-Hafiz al-’Iraqi dan al-Subki).
Di samping itu, terdapat riwayat daripada para ulama’ salaf yang menunaikan solat sunat Tarawih lebih daripada 20 rakaat. Terdapat di kalangan mereka yang menunaikan sebanyak 46 rakaat, 41 rakaat, 39 rakaat, 36 rakaat, 34 rakaat dan 24 rakaat. Ada pula yang menunaikan 16 rakaat dan 13 rakaat. (Rujuk buku al-Bid’ah fi al-Mafhum al-Islamiy al-Daqiq, halaman 120).
Menurut Syeikh Muhammad bin Soleh al-’Uthaimin dalam kitabnya (Fatawa Syeikh Ibn ‘Uthaimin – 1/407), beliau berkata: “Dan perkara ini (bilangan rakaat Tarawih) adalah luas. Maka tidak diingkari ke atas siapa yang solat dengan 11 rakaat atau 23 rakaat….”, Katanya lagi: “Tidak sewajarnya bagi kita untuk berlebih-lebihan dan melampau-lampau.
Sebahagian manusia ada yang melampau-lampau dalam bentuk (kononnya) beriltizam dengan Sunnah (Nabi) dalam bab bilangan (solat Tarawih), mereka mengatakan : “Tidak boleh ada tambahan atas bilangan (solat tarawih) yang datang dari sunnah. Mereka juga mengingkari dengan keengkaran yang keras terhadap sesiapa yang melakukan penambahan dalam perkara ini, mereka mengatakan perkara tersebut adalah dosa dan derhaka. Perbuatan ini tidak syak lagi kesalahannya.
Bagaimana boleh jadi dosa dan derhaka, (kerana) telah ditanya kepada Nabi s.a.w. tentang solat malam, kemudian Nabi mengatakan : “Dua rakaat, dua rakaat”, dan baginda tidak menghadkan bilangan rakaatnya…. Maka apabila Nabi s.a.w. menerangkan kaifiat (cara solat) tanpa menghadkan bilangan (rakaat), telah diketahui bahawasanya dalam perkara ini adanya keluasan….”
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah pula berkata : “Dan solat tarawih itu bahawasanya solatnya sepertimana mazhab Abu Hanifah, al-Syafi’e, dan Ahmad dengan 20 rakaat, ataupun sepertimana mazhab Malik dengan 37 rakaat, atau 13 rakaat, atau dengan 11 rakaat, sesungguhnya (semua ini) baik, sepertimana yang telah dinaskan oleh Imam Ahmad dengan ketiadaan at-Tauqif. Maka boleh dilakukan dengan banyak rakaat dan sedikit berdasarkan panjang atau pendeknya qiam.”
Ibn Qudamah pula menyatakan : “Dan yang terpilih di sisi Abu Abdillah (iaitu Imam Ahmad) r.a. (solat malam) 20 rakaat, dan inilah pendapat at-Thauri, Abu Hanifah, as-Syafi’e, dan berkata pula Malik : “36 rakaat.” (Lihat kitab al-Mughni – 1/457). Imam al-Nawawi pula menyatakan: “Solat tarawih itu merupakan sunnah dengan ijmak para ulama. Mazhab kami (berpendapat) bahawasanya (bilangannya) 20 rakaat dengan 10 kali salam, boleh dilakukan sendirian dan berjemaah.” (Lihat kitab al-Majmu’ – 4/31).
al-Suyuti pula berkata : “Hadith-hadith yang sahih dan hasan dalam perkara qiyam Ramadhan dan galakan melakukannya tidak mengkhususkan bilangan (rakaat). Ia juga tidak juga thabit bahawasanya Nabi s.a.w. solat tarawih dengan 20 rakaat. Adapun solat malam ini, solat yang tidak disebutkan bilangannya. Baginda menghentikan (solat berjemaah) pada malam yang keempat kerana bimbang difardhukan ke atas umat, maka perkara ini akan menyusahkan mereka…..” (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah – 27/142-145) .
Jelasnya, bilangan rakaat solat Sunat Tarawih termasuk dalam perkara khilafiah yang tidak sepatutnya diperbalahkan. Sebaliknya setiap umat Islam hendaklah menumpukan perhatian untuk mewujudkan kualiti dalam Ibadah yang dilakukan serta mengikhlaskan diri kepada Allah swt. Rebutlah peluang, bonus dan ganjaran besar yang disediakan oleh Allah pada bulan Ramadhan ini. Jauhilah pertelingkahan dan pergaduhan dalam perkara-perkara furu’ kerana ia hanya akan merugikan umat Islam
ZIKIR DAPAT MENCERAHKAN WAJAH
Posted on Julai 10, 2013 by Tengkubutang
ZIKIR DAPAT MENCERAHKAN WAJAH
Hai.. Assalammualaikum.. hari ni hari pertama kita berpuasa, dalam teman mem'publish' entri2 yang dah lapuk bersemadi dalam draft teman ni, elok jugak teman publish yang mana bersesuaian untuk bulan Ramadhan ni kan.. kalau tak, entri2 begini teman selalu post pada hari Jumaat jea.. namun bab berzikir, ilmu ilmiah sebegini boleh di share x kira masa kan? So,kali ni teman nak share tentang ZIKIR ..
Zikir utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata.
Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi kepada empat kategori.
Pertama – Zikir dengan lisan saja.
Kedua – Zikir dengan hati serta lisan secara paksa.
Ketiga – Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan.
Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya. Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata : Yang sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam keadaan lalai. Firman Allah Petikan dari Surah al-Ahzab, ayat 35 yang bermaksud :
“Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar”.
Rasulullah S.A.W yang bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar dalam Syurga” – Petikan dari Hadis riwayat Muslim.
Hikmat lain adalah berturutan seperti :-
Pertama – Akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.
Kedua – Menimbulkan kejernihan,
Ketiga – kemanisan pada hati dan wajah.
Keempat – Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
Kelima – Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah. Segera mendapat pembelaan daripada Allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan. Ini terbukti dalam menjana kehidupan seharian sepanjang hayat yang kita lalui sama ada kita sedar atau sebaliknya.
Keenam – Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian Malaikat. Memperoleh pohon tamar dalam Syurga kelak, semakin banyak berzikir maka semakin banyak pohon tamar itu untuknya.
Ketujuh – Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh(kubur) dan juga pada titian sirat nanti.
Kelapan – Dapat membina rumah dan juga istana dalam Syurga. Apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di Syurga.
Kesembilan – Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada Neraka jahanam. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
Kesepuluh – Dapat menghalau dan mematahkan gangguan Syaitan terhadap dirinya. Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.
Kesebelas – Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit. Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
Kedua belas – Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil . Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.
Ketiga belas – Apabila seseorang itu menyertai majlis bacaan yassin, tahlil, zikir dan selawat , dia sebenarnya menyertai majlis yang di hadiri oleh Malaikat.
Dengan berzikir juga seseorang itu akan sentiasa diingati oleh Allah sepertimana dalam firmanNya bermaksud : Ingatlah kamu kepadaKu ketika kamu senang dan susah , maka Aku akan mengingatimu.
09 Julai 2013
DOA HARIAN RAMADHAN 1
Posted on Julai 09, 2013 by Tengkubutang
Seperti yang teman janjikan dalam entri sebelum ni : KLIK SINI
bermula 1 Ramadhan teman akan autopublish semua doa2 harian bagi setiap hari dalam Ramadhan untuk kita share bersama.. barulah puasa kita indah bila disertai dengan doa2 ini.. percayalah.. =)
DOA SAMBUT RAMADHAN..
Posted on Julai 09, 2013 by Tengkubutang
Masa belek2 album dalam FB teman, teman baru perasan yang teman ada design Doa2 harian untuk 30 hari Ramadhan..
Sememangnya tiap2 tahun, teman akan post kat wall tiap2 hari untuk share dengan kawan2.. jadi rasanya tak salah kalau teman share dengan rakan2 blogger gak kan.. tiap2 hari ada doa khas untuk dibaca, teman rasa x lengkap kalau dalam sehari tertinggal doa2 ni.. (kecuali time bendera Jepun lea kan.. huk2)..
So, start dari bermulanya 1 Ramadhan teman akan autopublish doa2 ni.. heee.. ni hasil kerja teman sendiri yea.. bukan copyCat tau.. tengok ada kucen itam tu.. siap tulis Miaw Share lagi.. heee... tp kalau sape nak copy paste pun xpe.. silakan.. teman x kodokut.. apa lea sangat klu korang nak copy kan.. x reti nak melenting x tentu pasal bab copy mengcopy ni.. heee..
Okeh.. selamat berpuasa yea semua.. insyaAllah.. esok teman BW blog korang yang singgah n komen sini yea.. tentu korang geram dengan teman kan, sebab lambat BW korang.. walhal entri gedebuk gedebak kua nya.. xkan xde masa nak BW lik kan? hee.. ada yg PK camtu x? sila angkat tangan.. mesti ada punya.. mcm teman dulu gak.. heee.. pepe pun.. tunggu esok yea!
Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2013M/1434H Untuk Seluruh Negeri
Posted on Julai 09, 2013 by Tengkubutang
Jadual waktu berbuka Puasa dan Imsak tahun 2013M/1434H untuk seluruh negeriJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman sesawang rasminya telah mengeluarkan senarai jadual waktu imsak dan buka puasa di bulan Ramadhan bagi negeri-negeri seluruh Malaysia sebagai panduan kepada seluruh umat Islam ketika menjalani ibadah puasaJadual tersebut boleh di muat-turun (download) dengan melayari atau klik tajuk pautan url mengikut negeri masing-masing seperti yang tertera dibawah
Perlis | Kedah | Pulau Pinang | Perak | WP Kuala Lumpur & Putrajaya | Selangor | Negeri Sembilan | Melaka | Johor | Pahang | Terengganu | Kelantan | Sabah | Sarawak | Wilayah Persekutuan Labuan
Lafaz niat puasa dan doa berbuka
Credit to :
Langgan:
Catatan (Atom)