Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

25 Julai 2013

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 16


24 Julai 2013

RAGAM RAMADHAN... ISH.. ISH.. ISH..

 
NI TIDO KAYU KA APAAA.. HA3..

haipppppp... ini bukan teman tauuuu.. teman x liat bangun.. ha3..saja teman suka share kartun kelakau ni.. suka tengok muka popuan yang mencebik tu.. hihihihihi.. ekceli teman nak ucapkan selamat berbuka puasa sebenarnya.. memang lea awal lagi kan.. tapi teman saja nak bagi ucapan awai2.. huk3.. ada lagi ke blogger2 yg dok depan laptop/pc time ni? ke semua sibuk memasak juadah berbuka lagi? or sedang tunggu nak iftar kat luar je ke?  klu masih depan pc jom lea singgah2 dan godek2 blog teman ni yea.. =P
   
Korang.. korang.. teman nak tanya ni.. korang selalu bangun sahur kul berapa yea.. teman selalu sahur kul 2 pagi camtu.. sebab?? sebab teman x lalu makan time kul 4 pagi camtu.. xde rasa lapar..dan kalau makan jugak gerenti perut teman sakit pagi tu.. xtau pasai apa.. samalea jugak dgn en. miaw teman tu.. hemm.. dia lagi lea kesian.. nak gi koje perut menggelodak.. huk2.. so, kami decide bersahur kul 2 pagi jea.. hemm.. ada masalah x kalau kami sahur kul 2 pagi? adakah dikira sahur gak tu? ke makan malam? hu3.. sebab ada sahabat teman cakap sebaik2 sahur adalah di penghujung waktu imsak.. kami ni terawal bebeno sahur nya.. masih dikira sahur ke yea? hee.. tanya jeww.. 
SAPE MACAM NI?? ANGKAT TANGANNNN!!! HAHAHAHA...
(eleleleleeee x nak ngaku yeeaaa .. kui3.. )

apa2 apa pun.. teman ucapkan selamat berbuka puasa buat semua yea.. opss.. ingaatt.. jangan membazir tau..berpada2lah membeli tu.. jangan keinginan melebihi kehendak ok.. hu3.. JANGAN TIRU MACAM MAKCIK KAT ATAS TU YEA!! hu3.. 

ISU MURID NON MUSLIM MAKAN DALAM TANDAS??

Popular kejap sekolah ni bila isu makan dalam tandas tersebar.. aish..
Gambar kelmarin isu pelajar non muslim makan dalam tandas..
Isu hangat dibahaskan dalam media, FB dan Tweeter.. aish..

At last.. citer sebenarnya begini.. hemm.. renung2kanlah.. 
(termasuk diri teman sendiri.. adoii..)

Kuala Lumpur: Bilik persalinan yang didakwa dijadikan tempat makan bagi pelajar bukan Islam di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh sebenarnya digunakan sejak Mac lalu berikutan kantin sekolah berkenaan tidak mampu menampung bilangan murid pada waktu rehat.

Difahamkan, bilik persalinan itu yang baru dibina tidak pernah digunakan dan ia hanya digunakan sebagai tempat makan sejak awal tahun ini, malah ia digunakan semua murid di sekolah berkenaan tanpa mengira agama dan bangsa.

Dalam tinjauan di sekolah berkenaan mendapati bilik persalinan yang dijadikan kantin sementara itu turut diletak dengan poster maklumat seperti ‘Basuh tangan sebelum makan’, ‘Bersihkan tempat makan selepas makan’ malah didapati bersih dan bukannya kotor seperti yang didakwa. 

Guru besar sekolah berkenaan, Mohammad Nasir Mohd Noor berkata: “Saya tidak menyangka isu ini menjadi sensitif. Ia sebenarnya bukannya digunakan untuk pelajar bukan islam saja sebaliknya sudah digunakan sejak Mac lalu semua pelajar.

Foto
BILIK persalinan yang dijadikan tempat makan murid.


“Bilik persalinan itu tidak pernah digunakan langsung sebaliknya hanya dibuka selepas kantin tidak dapat menampung 1,000 pelajar pada waktu makan,” katanya.


terlihat komen seorang rakan.. "Semua benda nak dipolitikkan..come on la..makan kat kedai lagi kotor la dari kt dalam bilik persalinan tu...Bila 'kerendahan diri melampau' menguasai diri,
kita mula nak salahkan org lain..."

AKU PUN POSA JUGAKKK!!

HAHAHAHA.. pagi2 ni buka FB ternampak gambar atas ni.. di tag oleh my SIL (sister in law) hihihi.. sebab dia tag?? he2 .. dh tentu lea sebab kucen tu ada iras2 BUTANG yg noti kat umah teman ni.. hihihi.. kelakau lea nengok muka kucen2 ni.. geli perut teman.. cumey kann.. !

Opss.. lupa.. hari ni entri Wordless Wednesday..! shut up!! cukup sampai disini.. hokeh.. jap lg nk bw kwn2 yg komen blog teman jap.. sorry teman bw sikit2 yea.. sebab tenet x berapa nak laju sejak akhir2 ni..  sabr2 yea sayang2 semua.. heee.. (ayat amik hati.. ikhlas nih..)

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE 15


23 Julai 2013

GAMBAR PERNIKAHAN ASHRAF DAN WAN SAKINAH TERSEBAR

Gambar Pernikahan Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah Tersebar 

Senyum je Wan Sakinah n Ashraf masa ni kan.. hemm.. apa lea perasaan Dayana bila terlihat gambo ni.. mesti luluh hati dayana.. mesti ada punya perasaan macam tu kan.. isteri mana yang sanggup lihat suami diorang menikahi gadis lain..? teman sendiri rasa sayu n sedih nengok gambo ni, inikan pulak tuanpunya (Dayana).. bersabarlah Dayana.. moga Allah beri ganjaran buat kesabaran dan dugaan yang Dayana lalui sekarang.. moga Dayana ditemukan kebahagiaan walau apa saja pilihan yang Dayana buat.. Aminn..
berkenaan puisi yang menjadi kontroversi baru2 ni, nakjugak Ahsraff menjawap.. 

“ADA pihak yang sengaja mengambil kesempatan di atas situasi saya,” begitulah komen ringkas Ashraf Muslim, 32, kepada Sinar Harian berhubung sebuah puisi yang tersebar, baru-baru ini. Meskipun penulis sebenar puisi itu, Ana Hawana sudah pun tampil memberikan penjelasan secara eksklusif menerusi Sinar Harian semalam, namun ia tidak mampu menghentikan kemelut cinta tiga segi yang dialami aktor Aku Masih Dara itu. Sehingga kini, Ashraf masih mengambil pendekatan berdiam diri dan mengelak daripada bertemu media bahkan orang lain sekalipun. Malah dia juga gagal menghadiri beberapa majlis hiburan termasuk Forum Bicara Cinta anjuran Majalah I, yang berlangsung di Busana Mall, Medan Mara, Kuala Lumpur, semalam. 

Menurut Editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sebelum ini aktor itu sudah bersetuju menghadiri forum tersebut bersama panel lain, Sham Kamikaze, Ustaz Muhammad dan Ikbal El Sunury. Bagaimanapun, di saat-saat akhir Ashraf memaklumkan dia demam dan tidak dapat hadir. Sementara itu, Sinar Harian turut menerima sekeping gambar perkahwinan Ashraf dan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29. Meskipun dikatakan kahwin lari’di Thailand pada 7 Julai lalu, namun majlis pernikahan mereka dilihat berlangsung secara sempurna apabila pasangan ini tampil mengenakan pakaian sedondon berwarna coklat. Malah jari-jemari Sakinah turut dihias indah dengan inai merah. Situasi ini menunjukkan seolah-olah perkahwinan mereka bukan dilakukan secara tergesa-gesa tetapi dirancang dengan baik. 

Bagaimanapun hanya Ashraf mahupun Sakinah yang boleh memberi penjelasan mengapa mereka memilih untuk bernikah di Thailand, sedangkan permohonan poligami sudah dibuat. Ashraf dan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, (bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011. Sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat. Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, pernah memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf. Sinar Harian 

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 14


22 Julai 2013

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE 13


21 Julai 2013

ALHAMDULILLAH DAH CECAH 1000 FOLLOWER..

Alhamdulillah.. akhirnya dah cecah 1000 follower..

dan blogger yang bertuah n baik ati jadi follower teman  yang ke 1000 ialah adik Ain Syima
 
tQ sayang.. coz sudi follow blog teman.. tQ jugak buat rakan2 blogger lain yg sudi follow n singgah serta komen di blog teman.. jasa korang amat teman kenang.. walaupun sejak akhir2 bz sikit.. n x sempat kunjungbalas blog korang lik. tapi rasa terharu ada jugak rakan2 yg singgah disini.. masa korang yg amat berharga tu korang sanggup spare kan sikit di blog teman kan.. thanx sgt2 yea.. teman amat hargai.. insyaAllah.. teman akan bw balik x kira lambat atau cepat.. thanx yea semua..
 

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE 12


20 Julai 2013

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE- 11


Jom bersahur sambil berdoa..

19 Julai 2013

DAYANA NAFI TULIS PUISI UNTUK ASHRAF, PENULIS SEBENAR ADALAH ANA HAWANA


semua itu fitnah.. kata Ashraf.. last2.. huh..


saat hari bahagia mereka berdua..

Wanita yang bernama Wan Sakinah yang kini sah menjadi isteri kedua Ashraf.. 

ketika berita panas mula tersebar..


hemm.. yekewww.. bestu skrg  pe citer?

 Haii semua.. sorry lama x buka blog ni, entri DOA HARIAN RAMADHAN yg lepas2 ni teman buat autopublish jea sebenarnya..  insyAllah hari ni teman nak blogwalking sikit mana2 yg singgah n komen sini.. hee.. thanx semua.. puasa korang acane? ada yang dah terskip' kah? heee.. 


masa ni rasa  happy jea tengok diorang kan..

okeylah, hari ni teman nak menyingkap kisah pasangan suami isteri yang story mereka Hot didada akhbar ketika ni.. sebelum tu.. korang masih ingat lagi tak masa mula2 berita ni mula bergoncang hari tu..? Ashraf menafikan bulat2 semuanya seolah2 benar cerita tentang skandal tu hanya fitnah saja.. namun di pengakhirannya terjadi disebaliknya.. rasa tertipu tak korang? sesungguhnya pelakon memang pandai berlakon disebabkan itu orang biasa takkan pilih pelakon jadi pasangan hidup.. namun tak semua pelakon begitu.. cuma kebanyakannya jelah.. sorry kalau ada yg terasa..


Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand

baru2 ni gempar citer Ashraf mengaku berkahwin lain di Thailand.. namun kelihatan Dayana hanya buat biasa2 aje masa di mahkamah hari tu.. siap berpegangan tangan lagi dgn suaminya si Ashraf tu.. ( or.. Ashraf yg tarikh tangan dia untuk bawak keluar dari mahkamah tu bg mengelakkan dayana membuat apa2 ulasan selepas hal tersebut terjadi? wallahualamm..) kesian Dayana..

tiba2 semalam kecoh pulak ada puisi hasil nukilan Dayana terpampang di Facebook, kononnya hasil nukilan Dayana.. masalahnya, benarkah hasil tulisan Dayana? hari ni pulak ada berita mengatakan Dayana menafikan yg dia menulis puisi tersebut.. jom baca.. 


Noor Dayana nafi tulis puisi untuk Ashraf Muslim - Satu nukilan puisi yang terpapar di laman utama Facebook Noor Dayana telah tersebar secara meluas di blog-blog dan portal hiburan sekitar petang Khamis.

Ramai menyangka, puisi berkenaan telah ditulis oleh Noor Dayana sendiri dan ditujukan kepada suami sebagai sindiran dan luahan kekecawaannya, namun anggapan mereka semua salah.

Puisi itu sebenarnya ditulis oleh orang lain dikenali Ana Hawana yang ternyata bersimpati dengan Noor Dayana kerana telah dikhianati suami sendiri dengan berkahwin perempuan lain tanpa pengetahuannya.


Berikut ialah isi kandungan nukilan puisi sedih yang terpapar di laman utama Facebook Noor DayanaWalaupun, puisi ini bukan hasil nukilan Dayana sendiri namun teman  tetap tersentuh dan bersimpati. 

Sucinya aku, kau miliki ketika di Mekah..
aku terima kekurangan kau kerana Allah


tumpang sedih atas berita ni, tabahkan hati yea Dayana.. xtaulah apa tindakan Dayana selepas ni.. relakah dirinya dimadu? hemm.. buat para isteri.. moga dijauhkan dari suami yang menduakan.. (idung belang teman panggil lelaki rupa ni.. cukup2 x berkenan denagn menda2 macam ni.. aish.. ter emo le plak..  STOP!!

DOA HARIAN RAMADHAN - 10


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers