Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

06 Ogos 2013

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 28


05 Ogos 2013

KL GANGSTER 2

Video trailer KL Gangster 2 pecah rekod Malaysia 

ini diaaaaa.. sambungan bagi filem KL Gangster.. tak sabo teman nak nengoknya..  jom baca kisahnya.. 

 Pastinya filem prequel KL Gangster 2 ialah filem yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat dimana penayangannya di pawagan telah ditangguhkan sebanyak dua kali.Apa yang menarik tentang filem ini, rata-rata peminat yang menonton video trailer KL Gangster 2 di laman youtube menyamakannya sebagai setaraf dengan filem-filem Hollywood seperti The Fast & Farious 6.

Sejak secara rasminya dimuatnaik di laman youtube pada 1 Ogos lalu untuk tontonan peminat, video trailer berkenaan telah memecah rekod Malaysia berdasarkan perolehan views sebanyak 404,815 hanya dalam tempoh 5 hari.

Wow, cukup menakjubkan kan.. kerana tidak pernah ada filem Malaysia yang begitu cepat mendapat views melebihi 100,000 hanya dalam tempoh kurang dari 10 hari. Ini satu rekod dan sejarah baru dalam industri hiburan tempatan

Diharap, kehebatan aksi dalam video trailer itu tidak mengecewakan peminat yang mempunyai jangkaan tinggi. Apapun, setakat lima filem yang dihasilkan oleh Syamsul Yusof, tidak ada satu pun yang pernah mengecewakan kita selepas menontonnya. Semua filem beliau memang mantap dan hebat.

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 27


04 Ogos 2013

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 26


03 Ogos 2013

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 25


02 Ogos 2013

HAPPY BIRTHDAY

BESDAY eMak ::: 1 OGOS 19xx
BESDAY Linda :::: 2 OGOS 19xx
( hak2.. tetttt.. umo dirahsiakan!! ) 
Haiiiiiiiiiiiiiiiii.. teman dengan happynya nak mengucapkan Hepi Besday dan Selamat Hari Lahir .....
nah.. ni munga untuk eMak n my Luvly sister Linda busyukk.. hihihi.. ada satu je munga nya pun, 
belah lea dua.. share2 tau.. jangan gadoh2.. hik3
apa2 pun.. teman ada surprise untuk u all berdua, sebelum tu SENYUM dulu.. pastu totop mata.. 
jangan ngelat yea.. x baik nipu.. berdosa besau tauu.. jap eh.. jap eh.. 
  
Tadaaaaaaa.. 4 eMak.. tadaaaa.. teman buat special buat eMak ni tauuu.. heee.. sorry le kalau x sedap  jangan marah yea..teman buat kek guna PEMANGGANG AJAIB jea..almaklumler, oven xdak lg.. hihihi..
Tadaaa.. yg ni lak special 4 my younger sister Linda ku sayanggg.. sorry lea, yang kamu punya teman buat kecik jerk.. kamu kan ON DIET.. hik hik hik.. tak suka?? berani lea kata x sukaaaa.. cepuk kanggg.. 
# BUTANG dah Volunteer siap2 nak pegang cupcake tu.. tapi rasa macam dia ada curik2 rasa kot.. opssssssss.. heeeeee...
heee.. Okeh.. dapat kek masing2 kan?? ha2.. apa lagi.. jom nyanyi ramei2.... Happy Besday to U.. Hepi Besday to U.. Hepi Besday to eMak n Linda.. Hepi Besday to Uuuu... 
 
hokeh..  apa lagi.. tiup lilin cepattt.. hehehehehe.. Linda, kamu punya kek kecik jea.. so, lilin dia satu jea teman letak.. xyah lea nak tiup sekuat hati lak hokehh.. hik3.. 
   
O.. lupa lak.. yang ni kek dari kucen kesayangan eMak, Mirmo .. (NAK JUGAKK..)
errrr.. tapi apa dia buat atas kek tu yea? aishhhh...
 
haa. kucen2 emak n kucen2 teman pun nak wish hepi besday gak kat eMak n Linda.. heee.. OYEN,BUTANG,OSHIEN,MIRMO n TOMPOK.. apa terkebil2 lagi tuh?? cepat Wish!!!
Hepi Besday !!!! 
 
yang ni lak wishes from Kucen2 Siber buat my Busyuk Linda.. heee..
 
Hepi Besday sekali lagi teman ucapkan buat mak n lindaaaa.. saaaaayang u all dua2.. emmuahhh! 
Ada rakan Blogger yang Besday sama dengan my eMak n Adik x? hee.. kalau ada teman nakwish Hepi Besday jugak kat korang semua.. semoga panjang umo n murah rezeki yeaa! semoga segala impian korang tercapai kelak.. amiiiiiiinnnnn...

Gambo2 semua extract from Google tau.. he2

GOODBYE JULY, HELLO AUGUST!!

Bye-bye July.. Welcome August!
Sedar tak sedar, dah August rupanyaaa.. huk2.. cepatnya masa berlalu kan.... Julai dah meninggalkan kita,
Ramadhan pun hampir meninggalkan kita jugak kann.. 
Hope, start dari August ni, apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.. Moga Allah permudahkan segala urusan.. perkenankan segala yang kita hajati.. dan memurahkan rezeki buat kita semua..Aminnnn... 

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 24


01 Ogos 2013

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 23


31 Julai 2013

Resepi Bingka Ubi Kayu Sedap






Resepi Bingka Ubi Kayu Sedap 


Bahan-bahan:

1 kg ubi kayu (disagat atau boleh juga diblend)
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
2 cawan air (air lebih tak ape...sebab nak tapis & buang)
1 cawan santan
sedikit margarine atau butter
beberapa titik pewarna kuning

Cara-caranya:

Sagatkan ubi dan campur dengan 2 cawan air. Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal dilapisan bawah. Campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.

Masukkan gula, garam, dan beberapa titik pewarna dan dikacau rata. Tuang santan sedikit2 sampai adunan menjadi macam bancuhan jemput2

Sapukan loyang dengan butter dan panaskan oven ke suhu 180 darjah. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci diameter dan sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan

Bakar selama 45 minit - 1 jam dalam oven 180 darjah...bergantung pada tahap kerak yang anda suka. Bila dah sejuk....baru cantik dipotong....

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 22


RAHIM HANYA SATU, TIADA GANTI..

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
Assalammualaikum.. hari ni teman rasa nak share tentang artikel or info ni buat tatapan rakan blogger semua.. x kira blogger lelaki or blogger wanita?. Masing2 patut baca ni.. teman sendiri pun baru terbaca artikel ni, itupun setelah terjumpa di wall sahabat teman.. perkongsian yang berharga bagi teman..

 thanx buat sahabatku NuruL sebab sudi share info2 berguna ni bersama kawan2 yang lain serta teman sendiri.. Tak pasti nurul jumpa artikel/info ini dimana tapi teman terpanggil untuk Jadikannya sebuah entri dan share bersama korang semua.. terutamanya blogger wanita Supaya kita  tahu apa yang kita x tahu selama ni, supaya kita sedar apa yg kita x sedar selama ni, supaya kita amik berat apa yg kita anggap perkara remeh sebelum ni.. sama2 lah memanfaatkan ilmu yg kita dapat bersama ini.. Untuk adik2 yg belum mengerti apa2 pun bole baca.. untuk pengetahuan dimasa hadapan kelak.. Ilmu kan tiada batas.. Jom baca.. moga jadi info berguna buat kita2 semua... bissmillahirrahmanirrahim.. 

"Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, 
kecuali wanita.Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng?
 Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?
"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun. Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?
Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.
Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim."

Lagi satu teman nak korang tengok.. video saat2 kelahiran baby.. kalau BERANI, klik kat link bawah ni untuk lihat video saat2 ibu2 melahirkan baby.. 
VAGINAL BIRTH (child birth)

err.. teman x berani tengok.. takott.. bagi yang sebijik penakot macam teman silalah klik Video kat bawah ni jea yea.. jangan risau.. bukan baby betul.. klik jea ok.. SEBELUM TU, KLIK PAUSE DEKAT LAGU BACKGROUND TEMAN ni.. baru feel tengok video nih.. heeee... 

30 Julai 2013

ZAKAT DAH BAYO??

hai korang semua..  Ramadhan tinggal lagi 10 hari je lagi ni.. bagi yang patut bayo zakat tu, korang udah bayo zakat ke..? jangan lewat2 kang takut terlupa nanti.. kat atas ni teman share gambo cara2 nak bayo zakat.. heee.. opsssssss... lafaz akad nikah plak yg kuo.. salah tu.. hee.. jangan tiru aksi diatas hokehh.. ha2..okeylah.. kepada sape2 yang belum bayo zakat tu, disini teman share kan acane caranya yea.. 

CARA PEMBAYARAN ZAKAT

1. Datang terus ke kaunter Pusat Urusan Zakat (PUZ) yang berhampiran untuk bayaran tunai

2. Bayar kepada amil-amil yang bertauliah di setiap masjid / surau dan kampung

3. Melalui potongan gaji 

4. Bayaran menggunakan Kad Kredit (cara Islam) di kaunter PUZ berkenaan


5. Pembayaran melalui Kaunter di : 
    www.pos.com.my  


6. Pembayaran secara online melalui 


   Bank Islam Malaysia Berhad 

   CIMB Bank 

   EON Bank 

   Maybank Berhad 

   RHB Bank 

   Bank Kerjasama Rakyat Berhad 

   Affin Islamic Bank  

   HSBC Bank  
Firman Allah سبحانه وتعالى: “Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada segala akhlak yang buruk)…”  (Surah at-Taubah, Ayat 103)
Rasulullah ï·º bersabda : “Islam diasaskan atas lima perkara, kesaksian bahawa tiada tuhan selain daripada Allah dan Muhammad Pesuruh Allah, mendirikan solat,mengeluarkan zakat, menunaikan fardu haji dan berpuasa pada Ramadhan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Selain bayo zakat, pada bulan Ramadhan ni jugak kita boleh topup iman n pahala kita dengan memperbanyak kan sedekah.. tapi pandai2 lah pilih orang yang nak disedekahkan tu.. pilih mereka yang betul2 memerlukan.. jangan pulak pilih orang yang salah (yakni menifu..) kalau terkena gak, nasib lea.. kira halalkan jelah.. jangan dah terbagi mulut nak mengomel lak.. apa pahala pun x dapat hokeh.. apa2 pun selamat bersedekah n menunaikan ibadah yea.. #nak senang sedekah je kat Masjid.. lagi nampak terang2 duit tu ke mana kan.. takyah nak risau orang tu menifu ke atau layak ke tak layak nak terima.. kan.. ??
Walaupun Ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya, namun jangan lea kurangkan amalan yang kita dah lakukan seperti di awal Ramadhan kan.. apasalahnya diteruskan juga sampai ke akhir Ramadhan.. toi x.. huk2.. teman lak tak dapat nak penuhkan ibadah bulan ramadhan tahun ni, macam2 hal lak jadi.. agak frust.. 
Hoh.. JANGAN tidoq berlebihan yea di bulan puasa nih.. tengok Butang ni, Over lak tido dengan GAYA lagi... macam dia pulak yang posa.. aishhh.. terlentok macam nak terke'pak jea kepalanya tu.. aishh..

Khalifah Umar bin Khattab pernah mengingatkan  “Sekiranya kamu tidur (banyak) siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat (masyarakat); jika kamu tidur (banyak) malam, kamu melalaikan hak Allah.” Oleh kerana itu haruslah mengimbangi dan menggunakan waktu tidur siang yang hanya seketika (Qailullah) bukan sepanjang hari.

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers