AYAM PANGGANG ALA-ALA KENNY ROGERS
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·
BAHAN-BAHAN
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·
Bahan-bahan ( Ayam saiz besar (8-10 orang) )
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (takde stok lada hitam serbuk)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·
CARA MENYEDIAKAN:-
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·
Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (teman guna pemanggang ajaib)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, teman menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, teman menggunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyResepi ini). Selamat mencuba. ni teman sertakan gambo2 masa memasak hari tu.. x bubuh watermark pun.. malas lea pulak rasanya.. heee.. redha jea lea klu korang nak tumpang pinjam gambo yea.. hee...
Tadaaa.. inilah dia Ayam panggang ala2 Kenny Rogers.. dalamnya lembut berjus..fuh.. terangkatt.. bukan saja nak cakap.. dah memang sedap.. err.. tapi ini pun my hubby yang punya air tangan.. hu3.. kenyang n tersadai teman hari tu.. yang penting.. hubby teman buat apa pun menjadi.. untung teman ni kan..