Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

16 Ogos 2013

MISI MEMANDIKAN SI OYEN & SI BUTANG BERJAYA!!!

Haiiii.. selamat petang semua.. jam di pc teman ini sekarang udah pukul 3.10pm.. tapi teman buat entri ni bukan nak kabor jam pukoi berapa yea.. tapi teman nak kabor yang misi teman untuk memandikan si bulus dua ekor ni berjaya akhirnyaa setelah berhari2 asik terLUPA aje kan.. hinggalah teman dapat KOMEN MISTERI di kotak Shoutbox teman semalam.. (klik tulisan PINK untuk baca apa citernya)..

Ha2.. semalam ada yang tanya berjayakah misi teman memandikan Si Butang n Oyen?? haaa.. meh baca cepattt.. Hari ni dengan gigihnya teman memaksa si bulus dua ekor ni mandi.. punya lea payah bebeno.. dulu masa kecik senang je mandikan deme ni.. ni bila dah beso.. mak aiii.. empat2 kaki menerokam teman, dah pandai melawan yeaaa.. sib baik teman pandai jampi serapah.. tiup sekali terus depa menyerah diri untuk dimandikan.. (ha3.. kome percayalah sangat dengan labun teman ni.. hihihihi).. memang agak memenatkan memandikan depa yang asik mengelupor ke sana kemari.. abes ditawaf nya bilik air yg sekangkang kera tu..

jenuh jugak lea teman menjerit.. marah depa soh dok diam2.. tapi nama pun kucen kan.. mana paham apa kita cakap.. aishh... teman ngiau camne pun tetap deme tak paham apa teman cakap.. hu3..
Si Butang ni ha.. tengokk..digigitnya lengan teman.. dulu senang je mandikan dia.. tapi sekarang.. 
bila dah beso.. jenuh teman bersilat bagai nak syampukan dia.. nak mandikan dia.. 
dia boleh lak buat lompat kijang dalam bilik air tu tadi.. aishhh.. 
Ni lagi sekor.. hemm.. dari kecik sampai beso memang ngelupor je bila tengok air.. hemm... bole lea kawan dengan encik "Kambiang"(kambing) kalau macam tu kann.. Si Oyen ni lagi dasyat.. nampak je kecik ni.. tapi.. bila ngelupor.. kuku semua kuo.. Argghhh.. sib bek x kena cako.. tu tengok, muka melawan tuu..
 
Butang selepas mandi.. dia majok n dok kat lua/balconi... teman panggil, sikitpun dia x toleh.. aishh.. marah bebenooo.. kata badan gatal tergaru2 mcm nyet2 tuu? 2 yg teman mandikan dia.. pastu dia marah teman lak.. memang lea kacang lupakan kulit betoi..(tiba2) ha2..
 
Bila dah lama tu baru Butang masuk umah.. dan bermulalah aksi tido yang lena cenggini.. dah tak garu2 dah.. dah wangi dah.. dah rasa fresh kot badan tu.. tu yg tido lena sungguh tu.. heeee... pastu dua2 ekor naik katil teman, dua2 tido atas katil.. amboihhh.. tido nak sedappp yea.. 
  
sempat jugak teman snap gambo deme tengah tido.. masing2 dengan gaya yang serupa.. 
Oyen nyenyak sungguh sebab dengo dia berdengkur masa tido.. alahai.. cumeynyaa.. sesekali ternampak lidah dia tersentil keluar.. Ololololoh.. sukaaa teman nengoknya.. 

AYAM PANGGANG ALA-ALA KENNY ROGERS


AYAM PANGGANG ALA-ALA KENNY ROGERS

Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù · 
BAHAN-BAHAN
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·

Bahan-bahan ( Ayam saiz besar (8-10 orang) )
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (takde stok lada hitam serbuk)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega


Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·
CARA MENYEDIAKAN:-
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·

Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.

Perap selama 1 1/2 jam.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (teman guna pemanggang ajaib)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, teman menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, teman menggunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyResepi ini). Selamat mencuba. ni teman sertakan gambo2 masa memasak hari tu.. x bubuh watermark pun.. malas lea pulak rasanya.. heee.. redha jea lea klu korang nak tumpang pinjam gambo yea.. hee...





Tadaaa.. inilah dia Ayam panggang ala2 Kenny Rogers.. dalamnya lembut berjus..fuh.. terangkatt.. bukan saja nak cakap.. dah memang sedap.. err.. tapi ini pun my hubby yang punya air tangan.. hu3.. kenyang n tersadai teman hari tu.. yang penting.. hubby teman buat apa pun menjadi.. untung teman ni kan..

15 Ogos 2013

KOMEN MISTERI DI KOTAK SHOUTBOX.. SIAPAKAH??

hemm.. dalam teman sibuk2 mempublish entri2 masak memasak tadi.. curi2 jugak bw sikit2 blog rakan2.. dan intai2 jugak jejak yang kawan2 tinggalkan dekat Shoutbox teman ni.. sekali ternampak satu komen.. nampak tak kat atas tu? komen dari Butang Dan Oyen ?? dia kata "mama Butang nak mandi"... terus teman terkejut berok.. alamak.. baru teringat budak2 dua ekor tu x mandi lagi.. aduiii.. terlupa teman.. baru semalam ingat nak mandikan deme dua ekor.. tapi disebabkan rakus sangat mempublish entri2 masakan tadi.. terus terlupa.. adoii.. ini yang buat kucen2 teman tu tergaru2 bpanjangan tuu.. alahai.. syian bulus2 teman ni.. semua kerana belog ni lahhh.. (ha' a.. yeaaa.. pasai blog ke pasai dirik sendirik?? haaa.. ni lea dikatakan bangau Oh bangau tuu.. asik nak salahkan menda lain walhal salah tu datang dari diri sendri!)
Opss.. sambung lik citer tadi.. korang rasa sape yang skodeng teman & tinggalkan komen seperti diatas nun? huk3.. pasti korang leh agak sape kann.. sape lagi.. my hubby miaw2 lea..  huh.. cemoihh..dia skodeng blog teman rupanya..  terkejut sampai nak pingsann sebenonya.. tau pasai apa... rupanya selama ni dia ada jugak singgah blog teman, ingatkan dia tak jenguk lansung.. hati ni dah rasa 3 rasa sekarang ni tauu.. 

# 1st rasa bersalah sebab lupa mandikan Oyen n Butang,
# 2nd rasa terkejut bila baca ayat kat kota shoutbox tu.. memang teman kenal sangat ayat tu.. 
dah terbayang muka my sayang tu tauuu.. 
# 3rd teman rasa terharu n hepi bila dapat tau dia ada jugak jenguk blog teman ni 
walaupun pada mulanya dulu my hubby menentang habis-habisan teman berblogging..

semua sebab? sebab inilah.. LALAI.. huk3.. 4 my miaw.. im sorry.. teman hari ni jea pun aktif update entri, sebelum2 ni byk yang autopublish.. sebab riso bila dah mengadap blog, asik lupa je mcm2.. hemm.. maafkan i yea miaw2.. esok i x buka blog yea.. nak settle semuanya esok.. (sambil buat muka seposen..)
tengok ni.. sampai biru2 muka teman, pucattt.. sebab terkejut nampak komen en hubby tu 
PLUS rasa bersalah x mandikan bulus dua ekor tu.. huk3.. 
im sorryyy miaw cyg.. pasni x buat dah.. 

RAJA SEHARI TEBAR ROTI CANAI

Nak tengok Video? KLIK bawah ni..
RAJA SEHARI TEBAR ROTI CANAI

Haloo mengkume semua.. pekabo? ha2.. mesti mengkome heran apasal teman ligat jea publish entri terbaru kan.. bukan apa.. saja jea nak share dengan korang apa yang teman terlihat menarik & unik bagi teman.. he2.. antaranya ialah citer tentang pengatin baru yang tebar roti canai ni.. siap kuo Harian Metro lagi tuuu...he2.. walaupun citernya dah lepas ( masa raya ke-4 ritu ) teman nak jugak buat entri.. sebab? sebab suka tengok muka pengantinnya.. dua2 cute n comel.. memang sepadan lah depa ni.. ha2..
bagi korang yang lum sempat baca leh baca sini okeh!


Raja Sehari Tebar Roti Canai
Butterworth: Pelbagai cara dilakukan pasangan yang bergelar raja sehari bagi meraikan hari bahagia itu tetapi bagi seorang peniaga, Mohd Fazli Fazil Mokhtar, 31, aksi roti canai ‘terbang’ mencuri tumpuan jemputan yang menghadiri majlis perkahwinannya kelmarin.
Mohd Fazli atau lebih dikenali sebagai Fund, pakar penebar roti canai dari Teluk Air Tawar, dekat sini, meluangkan masa 15 minit menyediakan juadah berkenaan kepada tetamu dibantu isterinya, 
Nurmawarnee Tumadi, 26.
Walaupun jemputan dihidangkan nasi sebagai menu utama tetapi ramai yang tidak melepaskan peluang menikmati roti canai ‘terbang’ dihasilkan Mohd Fazli yang sebelum ini terbabit dalam program mempromosi makanan Malaysia di Jepun dan China.
“Idea membuat roti canai pada hari perkahwinan saya adalah idea rakan-rakan. Walaupun nasi disediakan sebagai hidangan utama tetapi ada yang mahu mengambil makanan ringan.
“Kebetulan saya berniaga roti canai dan sering membuat pameran di luar negara menyebabkan rakan mencadangkan agar saya sendiri menebar roti canai dengan memakai baju pengantin,” katanya kepada Harian Metro.
Mohd Fazli mengenali Nurmawarnee dari Bagan Serai, Perak sejak setahun lalu sebelum bertunang Disember tahun lalu, dan mreka melangsungkan perkahwinan pada Hari Raya keempat lalu.
Dia mula menyertai Pertandingan Roti Canai Pulau Pinang pada 2005 sebelum mengikuti program mempromosi makanan Malaysia di Jepun pada 2010, 2011, 2012 dan tahun ini.
Anak sulung dari empat beradik itu juga menyertai ‘World Expo’ 2010 di Shanghai, 
China dan sekali lagi akan ke Jepun pada Februari tahun depan bagi mempromosi roti canai 
sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.
Mohd Fazli berkata, menyediakan roti canai dengan berbaju pengantin adalah sesuatu yang unik bagi meraikan tetamu.

pssstt ::: teman riso baju tu kena minyak jea.. kang x pasal2 butik pengantin ngamok.. hihihi..

RESEPI SKEWER DAGING + AYAM DAN CILI BENGGALA

SKEWER DAGING + AYAM DAN CILI BENGGALA |


Alahai.. tangan ni dah gatai nak publish semua resepi dalam draft teman, dah xleh tunggu esok dah kot.. heee.. bukan apa.. sebab dah terlalu lama dok dalam draft nanti idea lain datang terus terlupa n beku terus entri ni kang.. entah bila lak nak publish kann.. 

heee.. kali ni plak teman nak share resepi Skewer Daging+Ayam & Cili Benggala yang teman n mr hubby dah try buat pada bulan puasa hari tu (ekceli my hubby yg masak.. kekekeke..).. teman dah janji nak share resepi kan..haaa.. ni dia resepinya.. sorry coz lambat publish.. hu3.. silalah baca ye!
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù · 
BAHAN-BAHAN
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·
Daging Lembu : Ikot suka hati
Daging Ayam : Ikot suka hati
Kicap Pekat : 5 sudu besar
Sos Tiram : 1 sudu besar
Kiub Pati Ayam : 1 kiub
Mixed Herb : 2 sudu besar
Rosemary : 2 sudu besar
Cuka : 2 sudu besar
Bawang Besar : Sebijik potong petak
Lada Benggala : 1 atau 2 biji.. Ikot suka nak warna apa 
- di potong petak jugak 
(teman guna yg ijau jea.. sebab yg merah n kuning mahe' .. 
hik3.. kekutt.. )
Lidi untuk mencucuk
Gula : 1 sudu besar
Air 1 cawan
teman pakai Mixed Herbs dan Rosemary Leaves jenis ni.. 
brand Meriah.. murah skit.. hik3.. kekutt lagi..

Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·
CARA MENYEDIAKAN:-
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·
Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati termasuk daging dan ayam kecuali bawang besar, lada benggala & lidi.. Ngok la kalau korang gaul dengan lidi sekali kan... hahahaha.. Perap 10 minit... Express.

Lepas 10 minit, ambil lidi, cucuk bawang dulu, kemudian cucuk lada benggala then cucuk daging ulang semula langkah, ambik bawang cucuk, ambik lada benggala cucuk dan ambil ayam pula dan cucuk, di hujung lidi pastikan letak bawang.. Sebab bawang ketat skit! Kemudian ulang sampai siap.. 

Buat la beberapa cucuk ok!
Letak di atas tray yang berjalur besi dulu kemudian baru letak atas tray yang hitam tu.. Biar ada 2 tray dan masukkan ke dalan over selama 20 minit dengan kepanasan 180 darjah celcius mengikut kesesuaian oven masing-masing.. teman pakai Pemanggang Ajaib jea.. Oven xdak.. huk3..

Siap dan boleh makan! nak lagi sedap.. salutkan dengan sos cheeze.. sedeppp.. terbaekkk!


Teman pun tak menggunakan minyak langsung ok! Cukuplah sekadar minyak dari ayam dengan daging tu jer... heee... nama pun menggunakan Pemanggang Ajaib kannnnzzz.. heee.. okeh.. selamat mencubaaa.. yang pasti korang akan rasa kenyang giler dengan 4 cucuk.. perghh.. 


Resepi Asal : Azfaral
( x di olah sebab senang teman nak tengok balik.. 
heee.. apa2 pun jom singgah blog Azfaral  )

RESIPI CHEESE SOSEJ ROLL BERSALUT NESTUM

CHEESE SOSEJ ROLL BERSALUT NESTUM

Assalammualaikum.. agak berkobar2 nak publish entri2 pasal memasak nih.. ekceli semua entri pasal masak2 ni adalah entri untuk di publish bulan puasa hari tu.. tapi udah teman bilang sebelum ni.. kalau dah malas plus BZ tu.. memang xleh nak kata pa lea.. heee.. kali ni teman nak share resepi Cheese Sosej Roll bersalut Nestum, menu kegemaran hubby miaw2 teman tu.. bila sahur dia akan mintak buatkan CSR (shortform bagi Cheese Sosej Roll, malas nak taip panjang2.. hi2) ni.. sampailah dah abes Ramadhan, dia still request nak makan CSR ni.. maybe belum tiba lagi aura jemunya kot.. esok2 jemulah tuu.. 

heee..jangan x tau, CSR ni mengenyangkan tau.. sahur makan dua roll cukup untuk bertahan sampai waktu berbuka puasa.. caya takkk??? opss.. termelalut lea pulok.. jom kita straight to da point lah.. korang nak tau resepinya tak? JOM kita terjahhh.. kalau yg dah tau tu sila dok diam2 yea.. yg ni untuk sohabat teman yg xtau jea.. saje teman share, resepi ni teman nengok kat blog rakan blogger gak, n terasa macam ingin cuba buat sebab nampak senang n sedap.. thanx kepada 
kak ina kl sumber: inahar's cooking time 



>> RESIPI CHEESE SOSEJ ROLL << 


>> BAHAN-BAHAN <<
8 keping roti tawar (gardenia @ apa saja) - dibuang tepinya (teman x buang pun..lenyek je terus kasi penyet)
8 sosej ayam @ daging

1 biji telur - dipukul sedikit

sedikit serbuk lada sulah- tak letak

breadcrumbs (serbuk roti) - teman pakai Nestum

minyak untuk menggoreng
slice cheese
sedikit tepung gandum di campur dengan sedikit air untuk gam tepi roti takut terbukaklah pulak masa menggoreng. (teman sapu guna bancuhan telur tadi jek)

>> CARA-CARA (STEP BY STEP)<<
Gelek roti hingga nipis/leper.
Taruk Cheese Slice (terpulanglea nak boh seketul or potong separuh..)
Taruk Hotdog (kadang bila hotdog abes, teman taruk stick crab..hubby kata sedap jugakk..)
 Balut sosej dengan roti yg leper tadi.. 
Pastu gulungkan kemas-kemas n letak campuran tepung gandum tadi di penghabisan roti tadi. 

Potong lebihan sosej yg lebih ditepi roti supaya nampak kemas 
(he2.. teman x potong pun.. bio lea mcm tu.. dah goreng bukan perasan pun.. heeeee...)
pukul sikit telur n taruk garam sikittttt jerk tau..
Celup gulungan roti tadi ke dalam telur.
 Salut @ golek-golekkan roti yang dah dicelup dengan telur kedalam breadcrumb/nestum
Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan. 
(jgn lama sangat nanti rentung lak.. x sedapp..)
tadaaa... dua ketul untuk my miaw hubby..
Dah siap..enak dimakan bercicah cili sos campur mayonis ataupun makan camtu ajer.. 
 tapi hubby teman suka makan dengan mushroom sup.. nikmatnya ala2 makan
bread n mushroom PIZZA katanya..
cubalah.. senang.. kenyang.. n x mahal sangat pun kos.. cuma cheese tu yang mahal sikit.. tapi berbaloi dengan perut bila dah makan.. huhuhu.. suka tengok my miaw makan dengan selera.. dia sukaa sangattt..

14 Ogos 2013

RESEPI SAMOSA


Assalammualaikum semua.. he2.. teman rasa teman nak publish semua entri2 yg dok bersawang dalam draft ni, semua entri ni teman buat masa bulan puasa hari tu.. almaklumlah, bila tiba bulan puasa rasa macam malehh jea nak update entri.. walhal idea or bahan2 byk je dalam draft ni ha... tapi kalau dah penyakit "M" menyerang usah cakap apa dah lea.. redha jea lea entri tu tak berupdate kannn.. heeee..

Ok lah, teman dapat resepi ni dari my hubby miaw2, biasalah masterchef.. dia memang suka jea mencuba masak macam2 ni.. heee.. yg pelik tuu.. jadi pulak tu.. ha2.. tapi bab samosa ni teman LULUS sebab jadi bentuknya..rasa daging n kentang semua tip top.. hehehe.. cuma.. agak berminyak sikit lepas dah masak.. dono why.. mula2 makan sebijik, perghhh.. terangkattt.. sedappp (lapo lea katakan) tiba bijik yang ke 4.. terasa macam lemau tekak sebab minyak tu.. so, kalau nak goreng.. pastikan goreng kejap jea yea.. sebab bahan yg kat dalam tu dah masak.. so, xyah lea goreng lama sgt kulit samosa tu yea.. nanti serap minyak lak.. x sedapp.. x suka minyak2 ni.. hu2..

Ok..  jom kita mulakan.. tengok bahan2nya dulu..

>> BAHAN-BAHAN ( untuk 5 orang ) <<
Kulit popia saiz beso secukupnya
Minyak untuk menggoreng
>> INTI <<
1 cawan daging kisar
500g ubi kentang-potong dadu
1 labu bawang besar-potong dadu
2 ulas bawang putih-cincang
1 sudu besar rempah kari
garam secukupnya
gula secukupnya
1 tangkai daun kari (optional)
sedikit minyak untuk menumis
>> CARA-CARA << 
Panaskan minyak dan tumis bawang dan daun kari sehingga wangi
Masukkan rempah kari biar sehingga garing
Masukkan daging. Kacau sehingga daging tak berketul.
Kemudian masukkan kentang, garam, gula dan sedikit air
Masak sehingga kering dan kentang empuk. 
Padamkan api. *** Kentang kalau nak cepat empuk bolehlah direbus dulu - 2/3 masak.
Ambik kulit popia. Potong 3. ( 1 keping kulit popia akan jadi 3 keping)
Ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. 
Pada hujungnya boleh lekatkan dengan air atau telur putih. Buat sampai habis
Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas
Sorry la yea.. untuk inti teman lupa nak amik gambo.. dah pertengahan masak baru teringat nak amik gambo..tapi rasanya berpandukan Bahan2 n Cara2 nak masak ni korang pun tau kot..

Okeh, kalau dah sudah buat INTI, kasi taruk kat dalam..
kasi goreng sama dia...
kalau boleh boh minyak sikit jea.. sebab kalau banyak takot samosa ni terendam dalam minyak tu 
dan minyak tu diserap lak.. tu yg makan rasa berminyak jea.. hu2.. 
yg ni antara yg terserap minyak tu.. hu2.. tp bila dh lapo, ngap ajooo.. ha2
yang ni hasil lipatan teman.. tiba2 yg last tu teman maleh teman buat jea 
macam popia tu.. ha2..

sedap wehhhh.. cubalah!!

Opsss.. lupa nak gitau.. teman selalu gak makan samosa ni.. tapi kan.. teman xtau nama dia.. hik3.. masa buat menda ni lah teman baru dapat tau namanya Samosa.. klu tak sebelum ni teman x tau..  tau makannn ajeee.. ha3.. 

CEMBURU ::: AKU NAK KAU RASA APA AKU RASA..

Ha2.. Macam ni pun ada...? tak boleh terima kenyataan, 
tak boleh nengok orang kurus dari dia.. maka inilah jadinya... 
ha2.. yang si kurus tu terkejut giler nengok berat dia dasyatt giler.. huh3.. 

Sebenarnya dari gambar ini jugalah teman ingin kongsikan tentang sikap yang tak elok yang kita x sedar kadang tiba2 datang dalam diri kita.. iaitu Sikap cemburu yang tidak sihat.. (mintak dijauhkanlah hendaknya yeaa.. ) Cemburu? Cemburu ni ada bermacam2 cemburu.. ada Cemburu kerana sayang.. ada Cemburu kerana irihati dengan kejayaan orang lain, ada Cemburu kerana ingin jadi seperti orang yang berjaya tu.. macam2 lagilah jenis cemburu.. bagi teman semua bentuk cemburu ni tak salah selagi kita pandai mengawal sikap cemburu agar tak melebihi dos yang dibenarkan.. (aishh.. ayat doktor nih..).. bole jea nak cemburu.. asalkan ada batasnya.. maksud teman.. kalau nak cemburu kerana sayang, pastikan cemburu itu bukan cemburu yang keterlaluan.. biarlah biasa2 aje.. dont sekali-kali Cemburu Buta hokeh! (kalau dgn hubby teman selalu jea ckp Cemburu Batu.. muahaha..) dalam perhubungan couple/bertunang/suami-isteri janganlah terlalu cemburu buta kalau boleh.. kerana cemburu kategori ini bahaya weh.. So, pandailah control sikap cemburu tu yea.. seimbangkan dgn kasih sayang agar tak melebih2 cemburunya.. tahuuu??

Cemburu kerana irihati dengan kebahagiaan orang lain? aishh.. ni lagi beso n boleh jadi dasyat kalau dibiarkan perasaan tu berkembang dalam jiwa.. bila tengok kawan tu senang n bahagia.. dia jadi tak senang duduk.. ada jea plan nak huru-hara kan hidup kawan tu.. haaa.. jangan jadi rupa ni yea.. 

Cemburu dengan kejayaan orang lain, dan berusaha tingkatkan diri untuk jadi lebih baik dan dapat menandingi kejayaan orang yang kita cemburu tu.. hoh? yang ni memang cemburu yang sihat ... cemburu macam ni lah yang elok kita ikut.. dalam cemburu2 tu kita berjaya tingkatkan hidup kita jadi lebih baik.. kita ibaratkan orang yg kita cemburu tu seperti idola kita, hingga kita berusaha gigih untuk jadi seperti dia.. 

Namun kalau ada sikap cemburu PHD lain pulak.. tolonglah jauhkan dari sikap cemburu yang ni yea.. tersangat2lah tak elok..Perasaan Hasad Dengki (PHD)---penyakit hati paling Kronik, termasuk dalam kategori cemburu gak ni.. tapi.. yang ni adalah cemburu yang PALING TIDAK SIHAT... bila mana hati menjadi hitam dan ada saja yang tak kena pada orang lain dimatanya.. sedangkan dia tidak pernah memandang kekurangan dirinya sendiri, tidak pernah bermuhasabahdiri, dan  tidak pernah mengenangkan dosa2 silamnya, yang dia tahu kalau aku susah.. aku nak ko pun rasa mcm mana aku susah, kalau aku kena tipu, aku nak ko pun rasa mcm mana aku kena tipu, kalau aku tak bahagia.. aku nak ko pun rasa mcm mana aku rasa.. hemm..jangan terkejut.. memang ramai yang macam ni diluar sana.. moga kita dijauhkan dari sifat mazmumah ini yea rakan2 blogger semua.. 

PALING SAKIT


haiii.. hari ni entri Wordless Wednesday kan?? heee... so, teman x nak ngomel panjang2.. cer tengok gambo atas ni.. antara no. 1, no. 2, no. 3 dan no. 4.... yang mana satu korang rasa paling SAKIT kalau korang sendiri yang kena? heh heh heh ... sila tinggalkan komen dibawah yea.. =P



#photo extract from google

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers