Haii.. Assalammualaikum.. tak kurang dari 48 jam lagi kita akan menyambut hari Merdeka kan?.. hu2..Oleh itu teman nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56 yea buat semua rakan2 blogger n semua rakyat Malaysia.. walaupun TAK berapa nak suka dengar macam2 isu Politik sekarang ni.. tetapi teman masih tetap bersyukur kerana kita hidup dalam Negara yang aman, xde perang2 macam kat negara2 kat luar sana contohnya Mesir sekarang.. kiranya nasib kita lebih baik dari insan2 disana kan? sebab itulah kita harus bersyukur.. dan disamping bersyukur tu jangan kita lupakan mereka yang kurang bernasib baik, doakan mereka dapat merasai kesenangan macam yang kita kecapi sekarang.. doakan mereka dilindungi selalu.. doakan mereka dapat hidup sempurna tanpa peperangan suatu hari nanti.. doakan Allah memberi pelangi yang indah buat mereka2 semua.. Aminn..
hemm.,. teman pun x dapat nak celoteh panjang kat sini.. cuma nak ucapkan Selamat Hari Merdeka lagi sekali buat rakan2 semua.. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! Opss.. nak tanya.. korang sambut merdeka camne? ada kua ke dataran ke tengok bunga api? teman tak gi pun.. x suka sesak2.. seumur hidup x pernah pergi pun.. biarlah.. belum rasa nak gi pun.. tengok kat TV ajelah.. kalau zaman sekolah tu dah tentu join kawad kemerdekaan dah.. heee.. besttt!
kalau masa time sekolah dulu best lea hari Merdeka ni.. kannn! he...
Budak2 pun suka sambut Merdeka! ada pom pom pom kata deme.. ha2
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata,
tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.“Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara,” kata kenyataan itu.
Haaa.. ni lak Logo dan Tema Hari Merdeka kita tahun ni..
MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU akan menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-56 pada 31 Ogos tahun ini.
tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.“Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara,” kata kenyataan itu.
all picture extract from google jea.. =P