Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

04 September 2013

KREATIF ATAU SENI

tempat letak Alatulis

kreatif kan..

 
seni niii.. sape yang berseni bolelea wat camni.. heee...

minda kreatif..

sweetnyeeeeee...

macam apple

hasil kerja tangan jea ni dah menghasilkan sesuatu yg cantik

woww.. keratif memang kreatiff..

ha2.. yang ni budak2 pun leh buat..

02 September 2013

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG

Arghh.. Stress jugak bila orang yang memandang kita anggap kehidupan kita ni kurang hebat dari diorang.. walhal diorang sendiri lupa yang diorang jugak pernah merasa susah di awal mula hidup.. betul x? ha2.. Ekceli, yang tahu susah atau senangnya satu2 kehidupan tu adalah tuan punya diri sendiri, betul x? kalau kita nampak diorang mcm hidup susah.. namun kita tak tahu yang sebenarnya diorang happy sekeluarga walau hidup tak sesenang mana.. kalau kita nampak diorang miskin harta benda, namun kita tak nampak yang diorang sebenarnya kaya dari segi kasih sayang.. sebenarnya pandangan n perspektif orang lain2.. so, bagi yang bahagia dengan cara korang, teruskan jea..jangan dengar cakap orang lain.. yang penting korang bahagia.. betul tak.. rezeki semua Allah yang tentukan.. kalau usaha InsyaAllah berjaya.. Aminn!
kita yang pilih arah hidup kita, kita lah yang tentukan.. 
nape orang lain nak sebok2.. betul tak? hu2

Saja Nak kongsi kata2 kat bawah ni.. terjumpa kat FB hari tu.. he2.. jom baca!

 Orang Tua-Tua Kata, 5 Tahun Perkahwinan (Fasa 1) 
Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan Harta
 (Ada Je Yang Tak Cukup, Kena Banyak Belajar Sabar)

Masuk 10 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-2) 
Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah Stabiliti. 

Masuk 15 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-3) 
Kehidupan Lebih Simple Tetapi Stabil Dari Segala Sudut. 

Mudah-Mudahan Allah Memberi Kemudahan & 
Kekuatan Dalam Menjalani Kehidupan 
Bersama Anak-Anak & Suami/ Isteri Tercinta Sehingga Syurga.. 
Ameen

Yup.. I agree.  Korang lak camne? Lepas kawen terus stabil ke ekonomi? 

*teringat kepada kata2 seseorang ke telinga teman dulu.. "ingat yea.. jangan hidup susah" ... mula2 teman x paham apa maksud kata2 tu, lama2 baru teman faham.. kita xtau akan datang hidup kita macam mana.. namun kalau kita tahu bagaimana handle hidup kita insyaAllah kita xkan hidup susah.. yg penting usaha perlu ada.. dan.. yang paling penting.. DOA dan KETAATAN kepada Allah juga tidak dilupakan.. 

baca apa kata Irfan Khairi ni haaa...
he2.. kalau cukup usaha dan tawakal kepada Allah s.w.t insyaAllah akan berjaya.. 
heee... gambo tu iklan aje yea.. tido dalam duit.. aishh... idak lea rupa tu kan ...

01 September 2013

CARA YANG BETUL MENGHILANGKAN SAKIT KEPALA


info untuk bacaan sendiri 
Apabila anda sakit kepala atau mygrain, perkara pertama yang anda akan cari adalah panadol & minyak angin (minyak cap kapak paling famous!). Kemudian anda akan sapukan pada dahi, tepi dahi, dalam rambut, hidung, kening, Argghhhh!! Mandi minyak kapak teruslah!! Senang!Ya, ketika itu sakit kepala berdenyut memang tak dapat nak control. Mula rasa moody & nak muntah bila pening, mata mesti mahu dilelapkan bagi mengawal denyutan kepala. Terasa rimas! 

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku? Tahukah anda bahawa 99% urutan pada otot tepi leher dimana dipanggil otot Sternocleidomastoid mampu mengurangkan gejala tersebut? Kenapa perlu sapu minyak angin pada kepala? Kenapa tak sapu & urut pada otot tersebut? 

Sakit kepala dan sumber biasa diabaikan mereka boleh menghasilkan Myofascial Trigger Points. Simpulan otot ini yang menyebabkan sakit kepala biasanya terletak di leher dan bahagian atas belakang, tetapi boleh menjadi hasil daripada titik punca di bahagian-bahagian hujung kaki yang menyebabkan kaki lenguh.

Titik punca / trigger points merupakan tumpuan 'hyper-irritable' dalam otot atau fascia yang menyebabkan fiber otot tegang dan sakit. Trigger points tersebut tidak mengikuti corak dermatome biasa.
Trigger points menyebabkan otot menjadi lebih pendek, tegang & ketat. Ini menghadkan fungsi dan pergerakan otot yang menyebabkan kelemahan, pengurangkan peredaran darah dan kesakitan. Apabila cedera, kebanyakan tisu sembuh, tetapi otot belajar untuk mengelakkan kesakitan. Memori otot ini boleh menghasilkan sakit yang tidak dijangka selepas kecederaan telah berlaku, terutamanya pada masa tekanan fizikal dan emosi.

Trigger Point adalah gambaran Myofascial Trigger Points Therapy dimana cara terapi dan teknik yang digunakan untuk melegakan myofascial (myo = otot; fascial = tisu penghubung) kesakitan dan tidak berfungsi. Ianya terhasil dari kerjaya perubatan sepanjang hayat Dr. Janet travell dan David Simons. Myofascial Trigger Point diiktiraf oleh American Academy of Pain Management sebagai modul untuk rawatan sakit myofascial dan kegagalan ia berfungsi.

Kebarangkalian kejayaan dalam merawat sakit kepala Migrain akibat Myofascial Trigger Pointss (TrP) dengan tanpa aura adalah tinggi.


Trigger point therapy adalah untuk sakit kepala peringkat pertengahan kepada peringkat. Sebagai contoh, sakit kepala belakang mata boleh datang dari sudut trigger point myofascial aktif dalam spenius atas cervicis otot yang terletak di bahagian belakang leher anda. Kesakitan daripada otot ini dijangka meningkat kepada bahagian occipt, dijana melalui tengkorak, dan berpindah ke belakang orbit (mata) - ianya dinamakan "sakit di dalam tengkorak" Kadang-kadang sakit splenius cervics dirujuk ke bawah pada tulang rangka bahu dan sudut leher.Fungsi 'splenii' ini bekerjasama untuk memutarkan kepala dan leher individu, menjadikan muka ke arah sebelah yang sama. Gejala sakit kepala dan sakit leher ataupun kabur penglihatan boleh berlaku disebabkan oleh trigger point yang aktif dalam cervicis spenius dan otot capitis splenius.

Pengaktifan dan pengekalan trigger point dalam otot ini sering disebabkan oleh mengangkat beban berat tiba-tiba, kedudukan posture badan yang bengkok dalam jangka masa yang lama. 
Satu lagi penyebab biasa sakit kepala yang teruk adalah trigger point dalam otot sternokleidomastoid atau simpulan di dalam otot di hadapan sebelah leher. Terdapat dua bahagian yang sternal dan berhubung dgn tulang selangka.Trigger points di setiap bahagian boleh menimbulkan rasa sakit.

Kesakitan ini dapat dirasai di atas mata (migrain optik), di dalam telinga, pipi, tekak, belakang dan atas kepala.Myofascial Trigger Points boleh membantu menyelesaikan gejala sakit kepala dan mygrain.
Apabila trigger point dikenalpasti, tekanan/urutan perlahan digunakan. Pada mulanya, trigger point yang berkenaan sangat lembut, tetapi kesakitan beransur-ansur berkurangan kerana otot bermula untuk berehat. Rasa sakit yang dirawat akan berkurangan perlahan-lahan. Proses pengurutan pada trigger point dan regangan pada otot mampu mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fungsi normal.
Sumber info ::: Diane Sera, Cert. Sport Massage (UKM)

31 Ogos 2013

8SHARE 31 sen untuk 31 Ogos sahaja!!! cepat2 share!!


Taraaaa.. korang mesti dah tau kan 8share punya pengumuman sempena hari kemerdekaan kita yang ke 56 ni?? setiap yang kita share akan dapat earning RM0.31 sen per unic visit.. HANYA UNTUK SATU HARI SAHAJA TAU!!! start jam 12.00 am tadi (31 ogos 2013) sampai 11.59 pm nanti... So, korang jangan lepaskan peluang keemasan ni.. bukan selalu tau.. serius!! earning cepat jea naik tau.. mesti share banyak2 hokeh!! Happy Merdeka Day untuk semua.. salam Merdeka to all bloggers n rakyat Malaysia semua.. Merdeka! Merdeka! Merdeka! 
dibawah ni mesej dari pihak 8share yang teman dapat tadi.. 
sib baik cepat baca tau.. kalau x.. melepasss.. heeee... 
I
I
V
Hey TENGKUBUTANG
Selamat Hari Merdeka!
Remember to log on with your desktop, laptop, iPhone, Android phone and 
SHARE SHARE SHARE this Saturday! See you ;)

DAN LAGI SATU :::::

It's Malaysia's 56th Birthday tomorrow! 


You will get 31cents for per UV for EVERY Special you share on 31st August 2013, 
ONE DAY only from 00:00am to 11:59pm.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
haaa.. apa lagi..??? jom kita share ramai2.. jomm!!!

29 Ogos 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-56

Haii.. Assalammualaikum.. tak kurang dari 48 jam lagi kita akan menyambut hari Merdeka kan?.. hu2..Oleh itu teman nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56 yea buat semua rakan2 blogger n semua rakyat Malaysia.. walaupun TAK berapa nak suka dengar macam2 isu Politik sekarang ni.. tetapi teman masih tetap bersyukur kerana kita hidup dalam Negara yang aman, xde perang2 macam kat negara2 kat luar sana contohnya Mesir sekarang.. kiranya nasib kita lebih baik dari insan2 disana kan? sebab itulah kita harus bersyukur.. dan disamping bersyukur tu jangan kita lupakan mereka yang kurang bernasib baik, doakan mereka dapat merasai kesenangan macam yang kita kecapi sekarang.. doakan mereka dilindungi selalu.. doakan mereka dapat hidup sempurna tanpa peperangan suatu hari nanti.. doakan Allah memberi pelangi yang indah buat mereka2 semua.. Aminn..
hemm.,. teman pun x dapat nak celoteh panjang kat sini.. cuma nak ucapkan Selamat Hari Merdeka lagi sekali buat rakan2 semua.. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! Opss.. nak tanya.. korang sambut merdeka camne? ada kua ke dataran ke tengok bunga api? teman tak gi pun.. x suka sesak2.. seumur hidup x pernah pergi pun.. biarlah.. belum rasa nak gi pun.. tengok kat TV ajelah.. kalau zaman sekolah tu dah tentu join kawad kemerdekaan dah.. heee.. besttt!
kalau masa time sekolah dulu best lea hari Merdeka ni.. kannn! he...
 Budak2 pun suka sambut Merdeka! ada pom pom pom kata deme.. ha2

Haaa.. ni lak Logo dan Tema Hari Merdeka kita tahun ni.. 
MALAYSIAKU BERDAULAT, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU akan menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-56 pada 31 Ogos tahun ini. 

 Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata,
 tema itu lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.“Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara,” kata kenyataan itu.

all picture extract from google jea.. =P

28 Ogos 2013

PUTERI AWANI


Masih ingat lagi tak Video tentang Ulangtahun Seminggu? seorang budak comel yang memuatnaik video sempena Ulangtahun Seminggu dia bersama pasangannya? he2.. sekarang ni budak comel tu semakin popular lak dekat FB tuh.. banyak pulak yang jadi follower dia secara mendadak.. ha2.. bagi yang taktau citer, ni teman story mory lik yea.. budak comel ni nama penuhnya Puteri Awani Ahmad.. 


  Puteri Awani ni dah semakin famous.. kalau ikutkan sebelum ni Puteri Awani merupakan seorang pelajar biasa yang tidak dikenali, Tetapi disebabkan kesilapannya memuat-naik video tersebut dan meletakkannya sebagai “public” dan boleh ditonton semua orang mengundang padah apabila dirinya dan pasangan teruk dikritik masyarakat yang tidak senang melihat gelagat pasangan tersebut. Berikutan itu, timbul beratus-ratus video parodi yang meniru apa yang dilakukan Puteri Awani di dalam video tersebut. 


Namun, kini Puteri Awani semakin popular dah macam artis lea pulak teman nengoknya.. tapi bukan nak cakap lea kan.. Puteri Awani ni memang sweet n comey teman nengoknya..Opssss.. nanti jap.. teman buat entri ni bukan bermaksud nak sokong kesilapan Puteri Awani tu yea.. tapi sebagai manusia apa hak kita nak hukum Puteri Awani ni betul tak? memang dia ada buat salah, tapi dia cuma manusia biasa macam kita jugak.. muda lagi pun.. x lepas dari kesilapan.. kalau dah buat silap, balik lea ke pangkal jalan.. ubah diri jadi yang terbaik.. orang kat luar sana jangan lea terus bash dia ni.. kesian dia.. hope Puteri Awani ambil iktibar setiap yang terjadi yea.. Oh, lupa lak nak citer.. baru2 ni teman dapat jemputan rakan FB minta LIKE gambar diorg, diorang masuk Pertandingan Pertandingan "Foto Hari Raya Paling Popular" .. 


teman pun masuk lea page tu.. dan terus LIKE untuk rakan FB teman tu.. sekali teman ternampak gambo ni.. KLIK SINI!! mak aiiiii... banyak giler yang LIKE gambo dia.. fuhh.. memang dia lea pemenang utama pertandingan tu nampaknya.. dapat wit RM300 tu.. tapi lum diumumkan lagi la kan.. taaaapii kalau udah tengok angka LIKE nya pun melebih 1.5k .. apa mau cakap lagi kan? waah.. Puteri Awani ni memang mempunyai aura yang tinggi sekarang.. macam Mawi dulu kann.. ha2.. rasanya kalau dia buat bisnes on9 pun dah bole buat side income dah.. dah tentu ramai yang nak membeli kan.. 

Lupa lak,  Puteri Awani pun ada FanPage gak tau.. 
KLIK SINI kalau nak nengok-->FACEBOOK PUTERI AWANI


OYEN yang meRISAUkan ...

Oyen semakin pulih, sakit2 pun manja tetap manja.. hu2
Alhamdulillah Oyen dah beransur pulih.. tak muntah2 dah.. risau teman semalam bila Oyen ni asik muntah2 jea dari pagi sampai ke petang.. makan pun taknak.. mula2 muntah frieskies pastu lama2 agaknya dah xde menda nak dimuntahkan, dia start muntah air plak.. yang tu lagi lea teman riso!! udah layu je teman nengok Oyen semalam.. xtau nak buat apa.. last2 ada member dekat FB bagi petua untuk hentikan muntah kucen tu.. dengan bagi minum air kelapa (teman bagi berapa titis jea).. Alhamdulillah Oyen macam dah OK sikit.. malam tu dia dah start makan.. syukur sangat2.. kalau tak jenuh paksa dia makan.. dia x mauu.. maybe fobia sebab takut makan nanti muntah lik.. macam manusia jugak le kann..  hu3.. cian Oyen teman ni..
ni Oyen selepas berkali2 muntah.. tido sebab penat muntah kot.. kesiann..
Sebelum tu teman x pasti apa sakit Oyen teman ni, lepas tu baru teringat kelmarin Oyen ni ada makan Ayam yang ada cili sikit tu.. mungkin perut dia x sedap lea tu.. kelam kabut tanya sahabat teman cik Mimi Najib.. almaklumlea.. dia banyak kucing n dah tentu arif pasal kucing ni.. hu3.. mimi pun kata mungkin sebab perut kucing tu mengelodak sebab makan ayam yg ada cili (sikit je pun.. tp lain kali xleh bagi dh.. mmg nampak dia mkn sedap jea tp perut dia x tahan susah pulak)
walauapapapun.. teman bersyukur Oyen dah sihat n sembuh.. dah bole main2 balik dgn si Butang.. cukuplah risau untuk satu hari.. jangan lea buat tuan kamu risau lagi yea Oyen.. err.. ekceli teman yang salah lea kan sebab bagi Oyen makan ayam ada cili? adehhh.. pengajaran tuuu.. kucen bukan macam orang, leh cakap sakit apa kalau dia sakit kan... kalau leh cakap x lea teman risau sangat mcm semalam tu.. fuh.. syukur..
Oyen.. kucing pendatang pada mulanya kini dah jadi kesayangan kami.. 
Kesayangan Butang jugakkk.. heeeeeee....

CECAH LUTUT, CECAH SIKU.. YANG SORANG LAGI TU LAK?


ENTRI WORDLESS WEDNESDAY!! 

27 Ogos 2013

BISNES ONLINE

Cakkk!!! Gi-gi-gwiyomi.. Gi-gi-gyomi...
he2.. x abes lagi gwiyominya yea.. he2.. tengah2 malam buta ni (1.38am) err.. malam ke pagi ha? konpius pulak teman.. argkk.. what ever lah.. malam ni teman terasa nak menjawab soklan dari seorang kawan teman tu.. dia tahu teman sekarang tak koje dah.. tapi dok umah bantu bisnes on9 hubby.. then dia bertanya lagi bisnes apa yang teman n hubby tengah buat.. dah dua tiga orang gak yang tanya, jadi tibalah masanya teman perkenalkan bisnes yang teman sedang usahakan bersama hubby tersayang.. 
sebelum ni malas nak share kat blog sebab memikirkan blogger2 dikalangan kita bukan dari arena / dunia permotoran.. so.. teman rasa agak tak sesuai disitu.. nanti bosan plak korang baca entri ni kan.. so, teman just selitkan entri satu ni untuk menjawap soklan kawan2 teman tu.. he2.. kot lea ada dikalangan korang pun ada yang nak bertanya teman bisnes apa, so..inilah satu2nya entri yang boleh menceritakan persoklan tersebut.. kikiki.. berteraboq ayat teman! arghh.. bio lah! he2.. hope korang puas hati yea.. sekarang dah tau lea teman niaga apa kan? he2..
Tada.. ini antara barang yang kami dah post.. 
dalam kotak tu ada HELMET SIMPSON
buat pengetahuan rakan2 blogger semua.. teman n hubby sedang  aktif berbisnes on9.. menjual aksesori motor berkuasa tinggi (Superbike) since 2010 lagi.. yang bebenonya start serius kumpul modal dan mula bergiat lebih aktif adalah pada 2012.. masa tu teman n hubby baru jea melayari bahtera kawen.. heee.. lepas kawen jea terus terbang ke Hong Kong amik stock barang.. semakin lama stock barang semakin memenuhi ruang.. bisnes kami pun Alhamdulillah.. berjalan dengan lancar..yang penting kami kena sepakat dlm setiap urusan,baru semuanya MANTOP! InsyaAllah
HELMET SIMPSON untuk di Post
  kami juga ada menjual Sweater/Jacket Motor/Ekzos
Pilihan Customer kami.. 
 
juga ada menjual Cap & T.shirt Motor.. 
cth: Rossi, Lorenzo dan banyak lagi..
Ha2.. pernah tengok gambo ni? gambo ni fofular dekat FB sekarang ni.. alkisahnya baru2 ni ada 1 pasangan pengantin yang menggantikan sarung cincin kepada sarung helmet.. he3.. unik kan majlis depa nih.. hi3.. walau camne pun ada jugak yang kata macam2 disebaliknya.. bagi teman, biarlah diorang nak buat apa pun.. asalkan diorang hepi sudah.. macam teman dulu pun helmet ni lah yang jadi hantaran kami hari tu.. last2 kami sendiri plak jual helmet tu.. he3.. rezeki kan? hu2..  Oh ya.. kami jual helmet yang pengantin lelaki tu pakai.. So, kalau ada kawan2 yang suka main motor beso tu sila -silalah promote kat diorang nanti yea.. heee.. 

itu saja buat kali ni.. ini just pengenalan jea.. xmo citer lebih2, nanti korang rimas lak.. heee.. kalau ada sape2 yang berminat boleh PM teman dekat TENGKUBUTANG MIAW

26 Ogos 2013

PIZZA HOME MADE

PIZZA HOME MADE
CAKKK...!! hihihi.. baru jap tadi publish entri resepi.. sekarang udah publish entri bab makanan lak.. heee.. cer tengok nii.. PIZZA HOME MADE by me.. heee..baru jap ni teman buat.. dah abes makan sorang2.. dah masuk perut 4-4 keping teman perabeh semua.. burppp.. kekenyangan tahap susah nak bercakap.. (punya kenyangngyeee.. ) 

hihihihihi.. tifu jelah.. mana da teman buat PIZZA HOME MADE... yang dalam entri ni semua gambo2 2 tahun lepas kot.. masa teman zaman anak2 dara lea katakan.. hihihi.. rajin bebeno buat PIZZA HOME MADE ni.. suka buat sebab senang dan sedap.. pastu anak2 sedara lak ramai lea jugak suka PIZZA HOME MADE ni.. So, lagi2 lea teman rajin membuatnya.. hee.. kalau kat ipoh tu, if xde org request x mau nye teman nak turun ke dapur nak main masak2 nih.. hih3.. lain lea ada org request mintak buatkan, dengan rela hati teman buatkan.. =)..  bukan apa.. teman xmo membazir, kang teman dok buat banyak2 xde pulak org nak makan.. kan dh membazir.. membazir tu kan amalan syaitonnn.. haaa.. opss.. xmo melalut dah.. jom intai2 resepi PIZZA HOME MADE yang amat mudah ni.. Bismillahirrahmanirrahim.. 
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù · 
BAHAN-BAHAN
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·
Roti Arab Saiz Beso
Sos Cili
Serbuk Origano
Mozarela Pizza
Nenas (potong kecik2)
Cili Benggala Hijau (potong cantik2)
Daging Cincang / Daging Burger
Daging Ayam (teman tak bubuh pun)
Hotdog ayam/daging (potong nipis)
Stick Crab (potong mcm hotdog tadi)
lain2 nak tambah? mushroom pun boleh..
last sekali.. wajib ada!! OVEN!! xde oven x jadi tau! 
(ha3.. ada macam iklan tak? puii..)
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·
CARA MENYEDIAKAN:-
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·
Mula2 sekali.. sapukan Sos Cili atas roti Arab tadi..
Pastu taburkan hotdog,stick crab, cili benggala, nenas secara berselang-seli..
Pastu taburkan daging cincang tadi.. ratakan dan tabur pulak mozarella cheese atas dia..
Kemudian baru letak Oregano tu atas dia.. ingat tauuu.. Oregano ni MESTI ada.. sebab rasa n bau dia yang membuatkan ia dipanggil PIZZA tauu.. xde Oregano x jadi mak! eh! dialog iklan lagi.. 

he2.. sambung lik.. lepas dah siap semua yang teman ajo tadi.. korang panaskan oven jap.. (kejap jea..) pastu masukkan PIZZA korang dalam oven korang tu.. test masak dalam 10 minit.. kalau x masak gak.. bakar lagi.. sampai lea korang tengok daging korang masak.. (yg penting daging tu tauu..) tu sebab teman suka guna daging burger.. cepat sikit nak masak.. heee,, Ok.. dah siap.. tu jea cara nak.. nampak macam banyak step tapi yg bebenonya.. senang sangat2 tauu.. rasa teringin lak nak buat PIZZA tapi apakan daya.. kena tunggu dapat Oven dulu.. hehehehe.. xpe.. no worries.. insyaAllah satu hari nanti Allah akan tunaikan.. kan! aminn...
 inilah ropenyee PIZZA HOME MADE by Tengkubutang
sekeping pun dah mengenyangkann.. nyum2.. 

RESEPI DAGING DENDENG

Nak try buat Daging Dendeng plak lah.. macam sedap je teman nengoknya.. tak pernah dengar nama masakan ni, tapi dari gambo ni macam rendang tok pun ada.. kalau betul memang nak try sangat2.. mak n abah suka niii.. kalau teman dapat buat kan bestt.. heeee.. tapi nak tengok dulu apa bahan2 nya.. senang dapat ke dok.. heee... kalau susah nak dapat bahan2 dia, teman maleh nak try.. nanti masak tak cukup bahan dah x syok kann..apa2 pun mesti nak cukup bahan gak baru jadii.. heee.. jom kita tengok resepinya...

Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù · 
BAHAN-BAHAN
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·
1 kg daging batang pinang – dipotong nipis
5 biji bawang merah    }
5 ulas bawang putih    }
5 tangkai cili kering     }
          2 batang serai             } dikisar
1 inci halia                   }
1 inci lengkuas            }
1 sudu ketumbar – dikisar berasingan.
1 biji kelapa parut –
1 sudu kicap pekat
Garam
Gula

Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·
CARA MENYEDIAKAN:-
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·
Rebus daging hingga masak.
Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar hingga kering.
Masukkan kelapa parut bersama garam, gula, kicap dan ketumbar. Masak hingga kering.
Masukkan daging dan sebatikan rasa dan warna.

BOBOI BOY

Gambo Depan
Jeng.. Jeng..Jeng.. Tengok ni... Mug BOBOI BOY teman dapat beli mug ni murah jea tauu.. RM0.50 sen ajoo.. tau nape? mydin buat clear stock jual murah2.. semua berebut2 beli berdozen2 tadi.. geramnyaaa.. masalahnya yang beli tu staff bukan customer.. kot yea pun nak beli, beli lea dua-tiga biji xpelea.. ni setiap sorang 1 dozen.. 1/2 dozen.. belum sempat letak kat ruang display depa dah sapu dulu.. heee.. geremmm.. tapi xpelea.. teman pun nak buat apa byk2 kan.. cuma agak terkilan lea dengan sikap T.A.M.A.K diorang tu.. hemm.. sepatutnya dikenakan limit membeli untuk setiap orang kan! (hahahaha.. pandai2 ko je yea!)
Gambo Belakang
Mug ni jenis tebal tau.. bukan nipis.. 2 pasai ramai yang beebut macam orang giler taid..(ha2.. ni labun je, jgn pecaya).. tadi masa kat mydin asik dengan cawan berlaga2 jea.. teman pelik apa menda yg kecoh2 tu.. hu3.. sib baik lea teman perati jugak.. kalau buat dek jea.. melopeh nak beli mug BOBOI BOY murah.. heee.. tapi masa teman nak beli tu tengok2 tinggal dua biji last.. tu pun ada customer lain macam nak potong line.. hu3.. apa lagi.. teman pun dengan gaya Tokyo Drive kona cepat2 n sambor mug 2 dengan wat wajah sardin.. hu3.. kalau lambat x dapat lea kan.. sib baik cepat.. 
mug sponge bob pun ada gak tadi.. harga yang sama.. cantikkk2.. tapi macam biasa.. staff mydin dah rembat dulu.. huk3.. sungguh tak kasihan betul lea kan! sedihnya teman nengok mug2 cumey dipegang diorang tu.. cantik2.. tau lea kan kaler ocean n spounge bob yg very the colorful tuhh.. meleleh air liuk teman nengoknya.. ha2.. apalah teman ni.. menda dah xde rezeki kat kita, buat pe nak bising2? apalah Tengkubutang ni!! hak3.. sudah!! sudah!! bersyukur lea dapat dua bijik mug BOBOI BOY tuu.. aishhh...!

MONDAY AWESOME!


haii.. sorry lama pulak tak hupdate entri kan.. (wlu cuma 2 hari je kot.. ) heee..
teman x sempat nak taip apa2 sebab bz sikit sekarang.. ini jea dulu buat permulaan yea.. jap lagi nak blogwalking sikit2 ke blog kawan2 yg dah singgah n komen sini.. maaf yea sebab lambat.. tapi insyaAllah.. teman akan cuba bw korang balik yea.. thanx sebab sudi singgah sini.. =)

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers