Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

08 September 2013

ADI PUTRA KANTOI BERHUBUNG DENGAN ISTERI ORANG??


Rasanya tiada berita paling hangat dihebohkan di laman sosial sekarang ini selain dari berita tentang pelakon kacak, Adi Putra yang didakwa ada skandal dengan isteri orangAdi Putra dikhabarkan telah disiasat polis setelah aduan dibuat oleh seorang ahli perniagaan dari Johor berusia 56 tahun yang mendakwa aktor yang berasal dari Singapura itu berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan isterinya yang juga peminat Adi Putra setelah seminggu berkenalan. Ya, seminggu, satu tempoh yang sangat singkat.
Isteri bisnesman ini kantoi setelah suaminya terbaca mesej mereka ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu. Pihak wartawan Berita Harian telah berusaha untuk mendapatkan reaksi dari Adi Putra tapi telefon dan SMS yang dihantar tidak mendapat respon.

Ekoran dari itu, pasangan ini telah mengalami keretakan rumahtangga dan tekanan perasaan serta mereka kerap bergaduh. Adi Putra dilaporkan berkenalan dengan wanita itu melalui laman sosial Instagram sebelum hubungan menjadi erat sehingga mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi Whatsapp sejak 29 Julai lalu.
Menurut sumber lagi, perbuatan wanita itu dikesan suaminya 10 hari kemudian selepas ternampak gambar pelakon lelaki berkenaan dalam telefon bimbit isterinya ketika sedang bersahur. 

Selepas meneliti isi kandungan telafon bimbit isterinya, lelaki terbabit terkejut menemui mesej dan gambar lucah antara pelakon dengan isterinya. Kemudian, lelaki itu telah buat laporan di Balai Polis Skudai, Johor Bahru sebab mengalami tekanan perasaan. Paling mengejutkan, Adi Putra dan wanita itu mengaku berbalas mesej selain bertukar gambar lucah sejak 29 Julai hingga 5 Ogos lalu dengan alasan hanya untuk suka-suka walaupun mereka tak pernah berjumpa sebelum ini.

Difahamkan polis merampas telefon bimbit milik mereka untuk dihantar ke makmal bagi dianalisa untuk tindakan selanjutnya. Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Pelakon terkenal ini dipanggil memberi keterangan kira-kira jam 8 malam, Ahad lalu atas dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita. Jika bersalah, boleh membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Apa-apa pun, orang ramai diminta untuk tidak buat sebarang spekulasi berhubung kes itu kerana pihak polis masih menjalankan siasatan. Di sebalik skandal Adi Putra
Aritkel ini pula dipetik dari Sinar Harian yang disiarkan pada 7 September 2013. 

SIAPA pun tidak menyangka kisah seorang pelakon lelaki kacak didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang. Menerusi laporan media, pelakon berusia 32 tahun itu dikhabarkan sedang dalam siasatan polis apabila seorang ahli perniagaan dari Johor mendakwa pelakon itu mempunyai skandal dengan isterinya.Adi Putra turut didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan isteri ahli perniagaan terbabit. Skandal ini dipercayai dikesan oleh suami wanita terbabit di Johor sekitar awal Ogos lalu. Adi Putra juga membuat laporan polis kerana menerima ugutan dari ahli perniagaan tersebut. 

Melalui salinan laporan polis itu, Adi Putra mengadu bahawa lelaki tersebut telah menghina dan menjatuhkan
maruahnya serta menyuruh dia menceraikan isterinya. Lelaki berkenaan turut mengatakan bahawa dia akan memastikan kerjaya Adi Putra hancur. Pelakon KL Gangster ini dalam kenyataannya mengaku ketika dihubungi lelaki tersebut pada 7 Ogos lalu, dia telah memasang loudspeaker sambil perbualan mereka didengari isterinya, Aida. Sinar Harian cuba mendapatkan pelakon kelahiran Singapura itu namun beliau mengelak untuk ditemui media. 

Bagaimanapun Sinar Harian berjaya mendapatkan penjelasan daripada ahli perniagaan tersebut yang dikenali sebagai Amiruddin Osman. Kami juga berjaya mendapatkan isteri Adi Putra, Aida Yusof. Ikuti temubual eksklusif ini. ‘Saya mahu dia keluar Malaysia!’

Boleh anda jelaskan situasi yang berlaku?
AMIRUDDIN: Sebenarnya, isteri saya merupakan peminat fanatik pelakon itu. Malah, isteri saya turut memaklumkan kepada saya bahawa mereka turut berhubung melalui aplikasi sosial, WhatsApp dan Instagram. Pada 1 Ramadan ketika sedang bersahur ketika pelakon itu berada di Kota Suci, saya terbaca kandungan perbualan di WhatsApp yang berbaur lucah yang disertakan gambar. Saya sangat terkejut melihat tindakan keterlaluan mereka dan terus bertanya kepada isteri mengenai perkara itu. Isteri saya memberitahu bahawa pelakon itu yang memulakan terlebih dahulu dan mereka saling berkongsi gambar.

Adakah anda pasti, gambar itu dihantar pelakon terbabit?
AMIRUDDIN: Sudah pasti, kerana perkara ini turut diakui oleh isteri saya. Malah, gambar yang dihantar pelakon itu kepada isteri saya adalah di lokasi penginapannya di Kota Suci ketika mengerjakan umrah.
Lokasi gambar itu turut disahkan rakannya yang turut berada di sana. Walaupun mereka tidak pernah berjumpa, namun selepas kes itu, hubungan saya dan isteri mula renggang dan sering bergaduh.

Kenapa baru sekarang anda mahu ambil tindakan?
AMIRUDDIN: Saya cuba mendapatkan kerjasama daripada pelakon itu untuk berbincang mengenai perkara ini, namun dia tidak mahu. Saya tidak pasti, adakah dia ego ataupun malu untuk berjumpa. Apabila niat saya untuk berbincang secara baik tidak dihiraukan, saya tampil membuat laporan polis kerana tertekan dengan perkara ini.

Anda seperti menyalahkan pelakon itu sahaja….
AMIRUDDIN: Tidak, dua-dua salah. Saya tak kata dia saja yang salah, orang rumah saya pun salah juga. Namun, dalam hal ini, dia perlu bertanggungjawab dan sebagai selebriti, dia tidak sepatutnya berbuat demikian apatah lagi kepada isteri orang.
Tetapi, melihat kepada kandungan perbualan mereka, pelakon itu yang memulakannya dahulu. Sebagai peminat fanatik, isteri saya terus termakan pujukan dan kata-katanya sehingga bertindak ‘melayan’ permintaan pelakon itu. Saya sendiri tidak sangka dia sanggup berkelakuan seperti itu apatah lagi ketika itu dia sedang mengerjakan umrah. Sebelum perkara ini diketahui umum, saya sudah memberi peringatan kepadanya menerusi gambar yang dimuat naik isterinya di Instagram ketika dia dimasukkan ke wad. Namun, ketika itu saya dihambur kata-kata kesat oleh peminat fanatiknya di laman sosial.

Menerusi laporan polis yang dibuat, pelakon itu mendakwa anda mengugut untuk menghancurkan karier dan memastikannya keluar dari Malaysia. Benarkah? AMIRUDDIN: Memang saya mahu dia keluar dari Malaysia kerana dia tidak menghormati undang-undang negara kita.
Sebagai rakyat Singapura, dia perlu peka mengenai perkara ini dan tidak membuat masalah yang boleh mencabar undang-undang. Saya minta agar masyarakat dan peminat yang terlalu obses dgn nya ‘celik mata’
.
Setelah dua bulan perkara ini berlaku, bagaimana pula hubungan anda dengan isteri?
AMIRUDDIN: Kami masih tidak seperti dulu. Namun, hubungan ini diharapkan dapat dipulihkan walaupun mengambil sedikit masa. Saya tahu, setiap orang pasti melakukan kesilapan. Lagipun, dia sudah menginsafi kesalahan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Saya ada semua bukti: Aida
Isteri mana yang tidak melatah sekiranya suami dikaitkan mempunyai skandal dengan wanita lain, apatah lagi wanita yang dimaksudkan adalah isteri orang. Namun, sikap profesional yang ada pada isteri Adi Putra, Aida Yusof, wajar diberi pujian. Bukan sahaja menasihati suaminya untuk tidak membuat sebarang kenyataan, malah Aida juga tenang menghadapi dugaan yang mampu menduga kesabarannya itu.

“Tak apa, biar dia (pengadu) tampil memberikan segala bukti yang ada. Memang media ada menghubungi saya dan Adi, namun saya nasihatkan Adi untuk tidak memberikan sebarang penjelasan yang boleh mengganggu siasatan polis. Beri kami sedikit masa dan kami juga akan tampil dengan bukti yang kami ada. Saya tidak berniat untuk menyebelahi Adi kerana yang salah tetap salah. Namun, sebagai suami dia tidak sepatutnya mendedahkan aib isteri,” katanya.

Menurut Aida, dia tetap berpegang kepada pendiriannya untuk berfikir secara rasional tanpa terburu-buru.
“Kenapa saya tidak melenting? Kerana saya tahu perkara sebenar yang berlaku. Saya ada kesemua bukti. Jadi, kenapa pula dia terlalu menyalahkan Adi dalam hal ini sedangkan isterinya sendiri tidak tahu menjaga adab seorang isteri. Sebenarnya, ini bukanlah isu besar pun sehingga membabitkan media. Dia tak ubah seperti menegakkan benang yang basah. Saya takut, selepas saya kemukakan semua bukti, dia yang akan malu kerana dia fikir saya tak tahu apa yang terjadi,” kata Aida yang mengakui akan mengadakan sidang media secepat mungkin untuk membersihkan nama suaminya.

Tambah Aida lagi, walaupun isu ini lebih kepada serangan peribadi, namun dia berharap agar peminat dan masyarakat tidak terus menghukum sebelum menilai. “Saya tak rasa, perkara ini boleh menjejaskan karier Adi kerana peminat lebih mengenalinya. Peminat dan masyarakat tidak perlu membuat sebarang spekulasi kerana kami belum mengeluarkan kenyataan lagi. Kalau Adi salah, sebagai isteri, saya yang sepatutnya melenting. Namun, saya tidak nampak kesalahan itu pada Adi kerana sebagai lelaki, dia ada tiga kuota untuk diisi sekiranya saya izinkan. “Saya percaya, usaha lelaki itu untuk ‘menghalau’ Adi dari Malaysia tidak akan berhasil malah pendedahan kami akan membuktikan siapa isterinya dan apa yang pasti, ini bukanlah kali pertama isterinya bertindak seberani itu,” katanya.

sumber : Budiey

Farah's Bubblynotes BLOCKLIST TEMAN??

huk2.. nank nangis niii.. baru jap tadi ingat nak bw ke blog Farah tapi takleh buka.. yang kuo menda atas ni.. nape yea? Farah dah blaclist teman dari singgah n komen blog beliau ke? huk2.. rasa x syok lak bila camni.. bukan apa, Farah  ni teman kenal sejak awal teman berblog lagi.. masa tu follower pun ciput jea.. Farah lea antara blogger yang x sombong n sering support blog teman dengan singgah n komen kat blog teman ni.. teman masih ingat n appreciate sgt apa yang Farah dah sumbangkan.. 

hu3.. support tu penting kan, kalau tak teman xde nak berblog dah.. ate, mana mahunya kalau buat entri xde yang singgah n baca.. huk2.. dh jadi entri syok sendiri lak kan.. tapi Alhamdulillah masa teman mula berblog, Farah  AJ, Sheila, Mimi Najib(pembakar semangat no.1), Azuria (xtau mana dia menghilang dh..lama x nmpk dia update entri) dan ramai lagilah yang selalu jea singgah n beri semangat untuk teman berblog.. mungkin diorang x perasan kot jasa diorang pada blog teman, tapi teman tetap ingat jasa diorang.. heee.. alaaa.. korang yang komen sini sekarang pun pembakar semnagat teman untuk terus berblog gak tauu.. thanx jugak buat korang semua.. =) opsss.. lupa lak, buat blogger yang belum mengenali siapa Farah silalah tengok picture kat bawah ni, inilah blogger Farah yang very sweet tu..
Farah's Bubblynotes.com
aissshh.. berbalik kepada tajuk entri ni.. Farah  oh Farah  awat xleh buka blog Farah ? apakah sudah terjadi? teman ada kecikkan hati Farah ke atau terlambat blogwalking ke? hihihi.. teman menunggu jawapan dari Farah tauu.. hope apa yg teman fikirkan ni bukan yg terjadi sebenarnya yea.. heee.. buat kawan2 yang singgah sini, tolong tanyakan Farah yea.. n mintak Farah singgah blog teman disini n citer apa yang terjadi hokeh.. . heee.. =)... errr.. ke PC teman yang buat hal haaaa? alamak... xtau lea pulak teman kannn.. Opsssss! teman mintak maaf kalau tersalah taip or apa2 semasa meluahkan dalam entri yang ni yea Farah.. jangan amik ati tau.. just nak kepastian aje.. heee.. sape nak hilang member blogger yang baik, peramah n sporting macam Farah ni kann.. hope jangan marah teman buat entri ni tauu.. lap u sayangg.. !

buat rakan2 yang nak mengenali Farah lebih dekat lagi.. silalah KLIK mana2 nama Farah yang 
berwarna PINK tu.. ada LINK ke blog http://www.bubblynotes.com/.. heee...sempat pomot tuuu.. =)

BLOG REVIEW 2.0 BY SHEILASHAHFIEKRY.MY

KLIK BANNER KALAU NAK JOIN...

cakkk!! ha2.. pagi2 buta ni teman terasa nak join segmen Blog Review Sheila Salim lak.. heee... disebabkan sheila cumey ni antara blogger yang rajin singgah blog teman ni, rasanya patut teman support segmen sheila ni.. dan nak jugak tengok apa pandangan sheila tentang blog teman selama ni.. kot ada kekurangan perlu ditambahbaik kan.. kan.. nak jugak sheila review blog teman.. heeee.. opss.. x mo membebel banyak2.. buat sheila.. TENGKUBUTANG join tauuu..!

dan buat kawan2 semua.. jom join sekali.. best tau kalau blog kita di review.. heee... 


06 September 2013

MALAYSIA VS SINGAPURA - PESTA BOLA SEPAK MERDEKA 7/92013


Pestabola Merdeka 2013
Live Streaming Malaysia vs Singapura Pesta Bola Merdeka 7 September 2013
Live Streaming Malaysia vs Singapura pesta bola merdeka 2013. Siaran langsung akan bermula pada 7 September 2013 pukul 5.30 petang dan bertempat di Stadium Darul Makmur. Pesta bola merdeka pada kali ini disertai empat negara asean iaitu Thailand, Malaysia, Myanmar dan juga Singapura. TV9 selaku media rasmi akan menyiarkan perlawanan ini secara live menerusi kaca televisyen rumah anda.
pesta-bola-merdeka-2013
Live Streaming Malaysia Vs Singapura 7 September 2013
Jadual Perlawanan Pesta Bola Merdeka 7 September 2013
Malaysia lawan Singapura – 5.30pm
Thailand lawan Myanmar 8.45pm
Tempat: Stadium Darul Makmur
Siaran Langsung: TV9 Dan Astro 119


NISA KAY OH NISA KAY...



Opsss.. Contest ni dah tamat.. saja teman letak banner atas ni kat sini, 
sebab entri ni merujuk kepada banner ni.. muahuhuhu..
 beso sangatlea isu nya yea..sampai buat entri..
 ekceli ini entri org xde idea yang beno nyaa.. hik3
huk3.. awat lea Nisa Kay tak umum2 kan lagi keputusan pemenang GA ni.. janji 21hb Julai2013.. tapi idak jugak umum2nya.. hu3.. tau  lea x semestinya teman yang menang tapi nak jugok tau sape yang bertuah menang tu.. aishh.. x nyabo2 yewww.. eleh.. sape yang join GA Nisa tu pun gerenti berfikiran yang sama dengan teman betul x? timbul atas kepala SIMBOL TANDA SOAL ni..Tengok gambo bawah ni...ha2.. byk tul tanda soal kan heeeee..banyak n bewarna warni lak tu.. tu mewakili blogger2 yg join contest Nisa Kay.. hik3.. yolah! tiba2 lak nak libatkan blogger lain yg penyabo tu yea.. 
betul x?? atas kepala korang ada simbol ni?? hehehehe.
 (utk blogger2 yg join contest Nisa Kay)
hihihi.. ekceli bukan lea terlampau taksub sangat nak hadiah,
 tapi saja gatai tangan taip entri ni.. hu3.. untung2 Nisa Kay baca..
 kalau x baca pun nak wat lagu mana kann.. meh3.. 
tapi kalau ditakdirkan menang salah satu hadiah GA Nisa tu, sape tak happy kan.. heee.. kalau hadiah dok dalam bloglist Nisa memang beribu2 lemon happy sangat .. (sapa xmo kannn..) hu3.. syok n giler2 hepi macam budak dalam gambo kat atas ni... heeee... 
buat Nisa, kalau terbaca entri ni.. jangan marah yea.. teman just gurau2 aje.. sebab hari2 gi blog Nisa intai2 keputusan pemenang GA tu.. tapi x muncul2 gak.. maybe Nisa BZ sikit sekarang kan.. he2.. xpe.. teman paham.. (paham, tapi masih buat entri ni yeaa.. ha2.. apo lah teman ni..)

bagi blogger lain yang belum mengenali siapa Nisa Kay.. jom singgah belog beliau.. 

COLOURFUL FOOD PHOTO CONTEST

Transitions Colourful Food Photo Contest


Tadaaaaa!! Sape kat sini yang giler amik gambo makanan??? ha2.. ada Berita baik buat korang yang suka snap GAMBO MAKANAN dan share gambar tu kat facebook, korang kini berpeluang untuk menyertai Transitions Colourful Food Phote Contest yang dianjurkan oleh Transitions Optical (S) Pte Ltd. ni.. dah alang2 snap gambo tu, apakata join jea gterus.. mana tau rezeki dapat hadiah.. ha2.. 

Oh ya, Hadiah yang bakal dimenangi adalah berupa vaucer makanan berjumlah RM200.00 manakala untuk HADIAH UTAMA pula bernilai RM800.00.
Bagi yang berminat untuk turut serta, anda boleh ke link berikut :  


 * Kalau dah join, jangan lupa minta kawan-kawan korang untuk vote gambar makanan korang. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian yang paling banyak.

opsss.. lupa lak.. Cara2 nak join contest...
Register your Detail--->Upload Your Image--->Share n Win... 
senanng kan!

DOA RASULLULLAH (S.W.A) DI PAGI HARI

Selamat pagi semua.. salam Jumaat buat semua rakan blogger yang cantik manis ensem bergaya dan kaya raya (x kira kaya dari segi apa pun.. yang penting semua orang ada kekayaan masing2.. kaya senyuman, kaya bersedekah, kaya kecantikan, kaya blogger yang popular, kaya memori, kaya semua lahhh.. ha2..) apa teman merapek ni?? ha2.. orait lah.. saja nak update entri.. tp masa agak terhad nak taip citer panjang2.. tadi ternampak doa ni kat wall fb kakak ipar, terus save n publish kat sini.. untuk sama2 kita kongsikan di pagi hari ni yea.. orraitt.. itu jea nak ngomel.. petang2 sikit teman nak blogwalking lak mana2 blogger yang dah komen sini.. sorry yea lambat kunjungbalas.. teman ada jea menda nak buat.. hope jgn amik ati yea..

JOM MAIN KLIK-KLIK VERSI 2

05 September 2013

GLOWSHAPE

-- IKLAN --
(untuk info teman sendiri kot satu hari berminat nak cari ni.. kikikiki..)
GLOWSHAPE
Only 14 day for you to see the improvement result!

 GLOWSHAPE kini di SPA -SPA TERKEMUKA !! Losyen Kecantikkan anda yang bertindak sebagai rawatan yang boleh digunakan untuk Urutan Seluruh Badan. Kulit turut terawat lebih sihat dan muda - Mengurangkan Selulit - Membakar lemak, Membentuk Wajah, Merawat Jerawat dan Melangsingkan badan. Sesuai juga untuk Kembung Perut dan Sakit Belakang. Sesuai untuk wanita lepas bersalin dan kegunaan Seisi keluarga. GLOWSHAPE memang berbaloi !!

# Turut digunakan di SPA-SPA terkemuka !!

# Dapatkan RAWATAN anda hari ini di dalam 1 botol.

G L O W S H A P E pelbagai fungsi, 14 hari untuk :
Memberi berat ideal | Melangsing | Menganjal | Membentuk muka dan badan | Kulit lebih Cerah Gebu | Perlindungan UV SPF25 | Merawat & Memulihkan Kulit.
untuk kulit berjerawat bole takkk?? hehehehehehe... 
Mengandungi Pure Cells, Kolagen dan haruman yang menyegarkan yang tahan lama dari Perancis. 100% Berkesan, 100% Tanpa Kesan Sampingan. 100% Lulus KKM (NOT130600326K)

he2.. actually teman terpaut gak dengan produk ni bila tengok blogger AJ semakin lawo sekarang ni bila dia dah mencuba Glowshape ni.. he2.. tengoklea iklan atas ni.. haaa.. banyak kegunaannya lak tu.. boleh tahannn.. all in one.. he2.. Oh ya.. kalau korang pun berminat, boleh lea contact blogger AJ
atau inbox/whatsapp terus owner dia kot.. kat no bawah ni..
Order/pertanyaan
Inbox/whatssup/sms 0123436762

04 September 2013

TEMAN TERMIMPI BLOGGER AYUJEAN.BLOGSPOT A.K.A AJ

Gara2 tengok satu video di Facebook semalam... iaitu review Testimoni pengguna produk dari 
Secret Beauty Malaysia Glow Shape KLIK SINI  ....

Teman sampai termimpi2 pulak wajah seorang rakan blogger teman tu, iaitu Ayue-Jer Rejaluddin atau dikenali sebagai AJ .. actually teman tak pernah lagi lah bersua muka secara live dengan AJ   cuma bersembang2 dekat FB dan Blog aje.. AJ  ni peramah n tak sombong orangnya.. macam rakan2 blogger lain gak lah.. korang memang tak sombong.. terbaekklah.. nak sebut nama memang ramai.. tapi rasa2nya korang tau kan teman maksudkan korang.. sape lagi.. yang rajin singgah n komen kat blog teman ni la kan.. heeee.. thanx buat korang semua.. =) .. 

opsss.. berbalik kepada citer mimpi tadi.. alkisahnya teman tido malam tadi udah basuh kaki, udah baca doa.. tapi tup2 masih bermimpi jugak .. hee.. tapi bukan mimpi ngeri.. mimpi jumpa kenalan blogger rupanya.. heh3.. bole pulak termimpikan AJ  malam tadi.. masa tu AJ  bersama sorang kawan perempuannya tapi teman x kenal sape.. mungkin org yang sama dalam video review Testimoni produk Glow Shape  tu kot.. yang pakai tudung tu.. ha2.. teman x ingat sangat muka dia, tapi muka AJ  sah2 lea teman ingat.. 

hu2.. disebabkan x pernah jumpa AJ  lagi sebelum ni.. so, dalam mimpi tu ibarat macam teman dan AJ  terserempak.. dan teman tergur AJ   "ni AJ  yea??" pastu teman cubit pipi dia..(aishh.. buruk perangai betui teman kan.. baru jumpa dah letak tangan kat muka orang.. apa daaaa.. ) pastu paling teman nak tergelak.. teman rasa teman ni rendah giler dari AJ  . dan teman cakap "eh, tinggi rupanya AJ  ni yea.." ho2.. entahlea.. realitinya teman xtau lea ketinggian AJ  paras mana dengan teman.. hihihi.. apa2 pun mimpi tu x lama.. kejap jea.. pastu awan mimpi meletop dengan deringan bunyi alarm henfon.. tengtigntongtingtongting..  terus teman terjaga.. heeee.. pastu kepala blur2.. terfikir awat aku mimpi AJ  ? hahahaha.. lama2 fikir baru teringat, sebelum tido teman ada tengok video produk  Glow Shape yang AJ  jadi testimoninya.. aisshh.. sampai terbawak2 dalam mimpi apekehe' nyaaa? ke terpesona dengan review produk tu? hu3.. macam berminat jea rasanya.. heee.. 
disebabkan dalam video yang teman tengok tu AJ  pakai baju jeans n rambut macam ni.. 
masa dalam mimpi tu macam ni jugaklah rupa AJ .. hu3.. pandai yea setting mimpi.. meh3..
 
dalam mimpi tu AJ  memang berpewatakan ceria n tak sombong.. memang itulah AJ ..
(selalu tengok KEEK AJ  yang bukan jenis control ayu punya budak.. heee.. nice! i like! )
 
errr.. agaknya yang sorg lagi bersama AJ dalam mimpi tu.. awek ni kot.. 
he2.. teman x berapa nak cam..

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 2/9/2013, jam 5.00 petang SEHINGGA 9/9/2013, jam 5.00 petang... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tak, retis atau tak dijemput untuk memeriahkan segmen ni... Tujuan? Nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow dan juga review entri2 terbaik dari blogger2 yang menyertai segmen ini yang dipilih oleh Pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak. 

 Kemudian pastekan ke ruang HTML seperti di bawah:

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 10/9/2013.
3. Para pemenang akan diminta untuk memberikan link satu entri terbaik mereka untuk direview oleh Cik Puan Bubbly dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang. If not... Pakcik Random akan roll the dice once again... ^_^ 

Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D

Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D pada 06/September/2013
dianjurkan oleh www.nazlee.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Terdapat 3 kategori untuk membolehkan anda join segmen ini, sebelum itu baca syarat-syaratnya terlebih dahulu ;

Syarat-syarat penyertaan
Terbuka kepada semua blogger
Like Page P.C.L
Join dalam tempoh masa yang ditetapkan ( 01 ~ 06 September 2013 11:59 malam)
Kategori 1
Para peserta tidak perlu buat entri cuma dikehendaki  mendedikasikan ucapan kreatif ~ terus ke Wall Facebook Nordiana Mohd Saad [klik sini].
*Hanya pada tarikh 06 September 2013 / 12am-12pm SAHAJA.
*Sila nyataka url blog anda selepas ucapan.

#Hadiah : Review Blog/Page (6 pemenang akan dipilih oleh mamaD sendiri ~ kreativiti ayat diutamakan)

Kategori 2
Peserta  memberikan cadangan satu hadiah yang munasabah dari PCL kepada mamaD, taipkan ke dalam kotak komen entri ini ~ contoh ;
Saya cadangkan Pcl hadiahkan mamaD sepasang Jubah Hajaba...supaya mamaD sentiasa nampak ayu di pandangan mata pcl.


#Hadiah : Promosi header/banner anda selama 6 hari di ruangan bawah header blog penganjur . (6 blog akan dipilih oleh Penganjur)


Kategori 3
Boleh buat entri dengan tajuk "Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D", hanya salin kod html dalam entri segmen penganjur  (klik banner) ; sila letakkan url entri penyertaan anda di ruangan komen segmen ini.

#Hadiah : Review enam   1 entri dalam blog anda yang terpilih.(6 + 6 blog akan dipilih oleh Penganjur)


Didahului dengan ucapan Terima Kasih.


~pcl

Di bawah ni adalah code HTML yang dimaksudkan, hanya perlu  >>  klik [New Post] kemudian [HTML] dan masukkan kod tersebut di dalam post entri anda.

RON95 dan Diesel naik 20 Sen September 3rd 2013



RON95 dan Diesel naik 20 Sen start September 3rd 2013

berikut berita yang teman baca dekat sebuah akhbar on9 kelmarin.. orang ramai udah kecoh2 bila isu ni jadi lagi (minyak naik x turun2!) teman?? nak bising apo.. kalau dah naik kita bukan bole buat apa.. terpaksa lea redha n terpaksarela gak menerima keadaan.. kalau tak, nak tak nak petrol tu keperluan kenderaan kita, camne nak guna transport kalau takde minyak..sabo jelah.. nak marah2 pun tak dapat apa.. jom baca jap..
The move is aimed at reducing fiscal deficit and will save RM1.1bil per year for the Government, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.Price for RON95 petrol and diesel will be raised by 20 sen per liter effective 12.01am on Sept 3. He said the government would increase the Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) payments to help alleviate the rakyat’s burden. 
However, he declined to reveal how much the increased BR1M payments would be, saying he would announce it during the 2015 Budget. 
Hemmm.. kalau camtu teman pun nak ikut brother dalam gambo bawah ni lah, isi tank dengan minyak masak.. wakakaka... errrr.. boleh keee.. ha3.. gambo labun je tuuu.. jangan dok percaya sgt okeh! ha2..
kalau isi tank guna minyak masak untung ke rugi? hihihi...

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers