Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

11 September 2013

BLOGGER PALING BANYAK FOLLOWER


BLOGGER PALING BANYAK FOLLOWER!!

Lyssa Faizureen

1. Lyssa Faizureen – 60 559 Follower

Budak cumey, muda lagi ni tauu.. 
Kepada korang yang nak tutorial mengenai blog, boleh masuk blog Lyssa 
Lyssa pandai main coding2 ni.. Banyak tutorial dekat sana.

Fatin Liyana

2. Fatin Liyana – 57 633 Follower

Popular giler Fatin Liyana ni.. Lawaaa.. kulit cantik.. pandai bergaya.. Blog pun syok dibaca.. hu2.. tp teman jarang tinggal komen kat entri Fatin Liyana ni.. just singgah n baca jea.. best entri dia.. Fatin Liyana ni Fofular sampai tahap dah keluar tv, keluar surat khabar, majalah jangan kira leaa.. 

Hanis Zalikha

3. Hanis Zalikha – 47 403 Follower

Teman mula dapat tahu tentang Hanis Zalikha ni melalui FB, masa tu dia model part time.. lum popular lagi.. teman tahu pun dari sahabat dekat FB, sebab selalu perasan Hanis Zalikha selalu gak komen kat post sahabat teman tu.. view profail tengok lawa gilerrrr.. hu2.. tp  masa tu xtau dia ni blogger.. heee.. sekarang baru tau.. sekarang dia dh jadi model sepenuh masa dah kan.. pastu jadi pengacara, kemudian pelakon, lepas nie mungkin penyanyi pulak kot. Boleh dikatakan Blogger serba bolehlah Hanis Zalikha ni....

Maria Elena

4. Maria Elena – 42 220 Follower

Baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Asfirdaus, abang kandung Fatin Liyana. Seorang Vlogger yang popular. Video dia kalau tak cecah ratus ribu pageview memang tak sah. Teman suka jea tengok Video Maria  kat Utube.. memang best n kelakar.. dia ni x control ayu punya org.. dulu masa mula2 teman tertengok video dia ialah masa dia buat video mengkagumi Cikgu Shida (ingat x Cikgu Shida?) heee.. pastu Maria kena bash sebab pakai tudung x menutup aurat dgn betul(nampak leher).. then pastu baru Maria improve sikit demi sikit hingga kini.. heee.. wlu apapun teman minat sangat kat dia.. besttt.. Blog dia pun teman ada baca gak, Dia punya entri sempoi dan lawak macam video dia jugak. lagi satu tabiat dia kalau bergambo, suka buat muka pelik. ha3.. tapi teman xnk lea letak muka pelik dia kat sini kann.. heee...

 Cik Epal

5. Cik Epal - 32 247 Follower 

he3.. blog Cik Epal ni teman secara jujur jarang singgah sebab x ingat link.. opss.. ini bukan alasan tau.. ini benar2 kejadian..tapi melalui penelitian teman tentang blog Cik Epal ni, ialah berkisar tentang kehidupan beliau.. heee..nanti teman akan cuba singgah2 tengok lagi.. btw.. gambo yg ni cantik kan!! 

Irine Nadia Marcello

6. Irine Nadia Marcello – 33 762 Follower 

Sekali tengok macam Fatin Liyana kann.. tapi rupanya orang yang berbeza.. he2.. inilah Irine Nadia Marcello, Irine ni pulak tak kurang hebatnya. Kecantikan yang dimiliki Irine merupakan antara tarikan orang sukakan blog dia. Rasanya semua sudah maklum Irine merupakan seorang isteri muda. kalau nak tahu lebih lanjut, jom singgah blog Irine Nadia Marcello 

Zack Zukhairi

7. Zack Zukhairi – 27 542 Follower

secara jujurnya teman bagi tahu la yea.. semasa teman buat entri ni, teman baru jea tau Blog Zack Zukhairi ni, bukan sebab Zack Zukhairi ni tak fofular, tapi mungkin teman yang baru sangat dalam dunia blogging ni x berapa kenal Blogger2 popular di Malaysia ni.. mungkin jugak teman lebih kenal Blogger popular yang popuan aje.. yang laki teman x jumpa lagi masa tu kot.. he2.. skarang dah tau rami jugak blogger lelaki yang punya follower ramai camni..so< pasni leh lea singgah2 n jenguk2 kot.. heee..
Ben Ashaari

 8. Ben Ashaari – 28 129 Follower

Mempunyai anak comel, Qhalif, Ben Ashaari telah membuktikan beliau adalah seorang bapa penyayang..he2.. selalu jea tengok dia update status FB or Blog cerita tentang anak dia.. so sweettt kan.. ho2.. apa2 pun korang jenguklea blog Ben Ashaari ni nanti.. kot2 Ben ada buat segmen2 menarik untuk disertai ke mana tau.. dulu Ben Ashaari selalu jea buat segmen2 ni.. ramai plak yang join lak tu.. haaa.. fofular ke tak fofular Ben Ashaari ???? haaaa....

Jejari Runcing

9. Jejari Runcing – 26 329 Follower 

Ingat tak kisah Apek putus tunang melalui SMS? hemm.. x mo citerlah.. itu kisah lama.. yang penting masing2 bahagia dengan hidup masing2.. kann..kalau ada yg masih belum mengenali siapa yang empunya blog Jejari Runcing ni, meh teman kabo kan.. Pemilik blog ini yang bernama elia, dulunya merupakan bekas tunang penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat a.k.a APEK. Mungkin status elia juga yang mempopularkan blog ini. Blog ini sangat popular yang mana pageviews blog ini sahaja dah mencecah jutaan pembaca. Pemilik blog juga seorang yang manis dan bertudung litup.
Yuyu Zulaikha

10. Yuyu Zulaikha – 25 056 Follower

 Yuyu Zulaikha seorang gadis kecil molek yang sangat comell.. dan teman pasti Yuyu Zulaikha juga seorang blogger yang peramah n tak sombong orangnya.. buktinya teman ada terlihat gambo dia bersama rakan2 blogger lain yang masih baru seperti teman ni.. Yuyu Zulaikha layan macam dah kenal lama.. memang terbaeklah Yuyu Zulaikha ni.. he2.. Baru-baru ini Yuyu Zulaikha jadi cover untuk majalah DARA (klik sini klu nak tengok) Terpampang muka dia depan majalah DARA  Hebat kannn ? Yuyu juga pernah masuk tv, masuk surat khabar. Dah jadi artis blogger dah yuyu nie mcm Fatin Liyana gak
The Other Khairul

11. The Other Khairul – 19 831 Follower

tak reti nak bercerita tentang blog yang jarang teman singgah.. tapi melalui komen2 dan post2 yang pemilik blog ni sampaikan lebih kepada bicara soal hati, soal cinta dan nasihat2 kehidupan ni.. err.. kalau nak tahu lebih.. jom singgah jomm.. teman pun nak bw ke blog dia jap lagi..

Nisa Kay

 12. Nisa Kay – 15 719 Follower

ha2..  yang ni teman rasa teman start pernah tengok muka dia dekat Utube.. masa tu teman suka tengok tutorial makeup dia, tapi masa tu xtau pun dia blogger.. video 1st  Nisa Kay yang teman tengok ialah video tutorial cara2 membesokan mata..opsss.. bukan.. bukan.. ekceli yg benonya tutorial makeup mata jadi nampak besooo.. heeee.. wording tersalah lak tadi.. kui3.. teman geram jea tengok muka dia ni masa tu.. cumey giler.. tutorial dia pun x gedik.. cumey jea.. heeee.. apa2 pun gi terjah blog Nisa Kay cepatt.. he2..
Dena Bahrin

13. Dena Bahrin – 12 712 Follower

heeee..yg ni teman baru jap ni hupdate.. dari komen2 rakan2 blogger kat bawah ni..  alahai.. ramai giler blogger yang followernya puluh ribu n belas ribu ni yea? jenuh nak menyenaraikan diorang.. heee.. Blog DENA BAHRIN teman udah follow rupanya.. lama dah.. tapi mungkin sebab ramai giler blogger kat Malaysia ni,, so, teman x perasan blog ni.. tapi pemilik blog ni memang cantik n cute lea kann.. sweet jea rupa dia.. dah berkahwin n dah ada baby pun.. tapi still mcm anak dara gitu kann.. 

Fatin Suhana

14. Fatin Suhana – 13 919 Follower

Jeng jeng jeng.. dia memang cantikkssss.. lawooo sangat!!! sapekah dia pemilik Blog Fatin Suhana nii?? ha2.. Blog ini dimiliki oleh seorang fasionista model muslimah. Blog Fatin bergenre blog personal juga. Banyak cerita pasal life dia. Pasal dia pergi travel, pasal online shopping, keluarga ect. Setiap entri diselitkan gambar-gambar yang menarik. kalau tengok gambo, sah mata rasa nak melekat jea kat gambo dia tu.. sebab cantik sangatt dia nii.. mata yg cantik.. bentuk muka cantik.. hidung cantikk.. semua cantiklah! ha2

Cik Nurfarah

14. Cik Nurfarah – 12 647 Follower

Haaaaa.. berkongsi tempat yang sama.. iaitu jumlah follower sama banyak..  iaitu blog Cik Nurfarah .. haaa.. teman suka gak blog yang ni.. sebab.. sebab.. ada doodle moodle cumey kat header dia.. geramm teman dibuatnya..  tu yang letak gambo doodle tu kat sini terus supaya senang teman ingat sapekah yang empunya blog yang ada doodle cumey ni.. heeee.. blog ini banyak tutorial tau.. pastu x jemu lea singgah lelama kat sini.. heee.. leh cuci mata dengan boutique on9 sekali..cantik2 bajunya!!

Nurulbadiah Lai

15. Nurulbadiah Lai -- 11 180 Follower  

Haaaaa.. ni teman tercicir nak masukkan hari tu.. hari ni (18/9/2013) teman hupdate okeh.. heee.. mula2 bila sebut nama  Nurulbadiah Lai  teman memang x ingat blogger yang mana, almaklumlea teman ni baru sangat dalam dunia blogging kan.. tapi bila teman gi singgah blog  Nurulbadiah Lai baru teman ingat blog siapa.. hoo.. blog yang ni ke.. memang masa mula2 tengok blog ni dulu (seawal blogging) teman suka tengok blogger ni.. masa tu dia lum bersalin lagi.. cumey jea dia.. pastu teman paling suka header dia.. cantiklah.. dengan kata2 terselit pada header tu pun teman rasa suka blog dia, cuma sebab dh ramai sangat blogger.. teman x sempat pun nak singgah blog  Nurulbadiah Lai.. bukan xnk singgah yea.. rambang mata blog banyak sangat.. x ter blogwalking weh.. hihihi.. sape nak intai2.. jom klik Nurulbadiah Lai
Mia Liana
16. Mia Liana -- 11 705 Follower  

haaaa.. tak terkecuali jugakkk.. Blogger Mia Liana iaitu antara Blogger yang very2 the peramah n x sombong.. kalau kita singgah n komen blog dia, insyaAllah dia akan skunjungbalas balik.. walau lambat camne pun.. bagus tau kak Mia ni.. heee.. teman memang suka dia, x sombong n tak kedekut ilmu untuk share macam2 petua nak upgrade blog.. macam entri beliau.. TUKAR NAMA BLOG, teman selalu jugak singgah blog Mia Liana tapi kadang masa singgah x log in google, so nak komen pun payah sikit guna NOTE, xdelea teman komen, just singgah n baca entri kak  Mia Liana jelea.. janan marah yea kak Mia
Namee Roslan

17. Namee Roslan – 11 235 Follower

Apa yang teman leh katakan disini.. teman dah tersukaaaa snagat baca blog Namee Roslan ni.. suka sebab susunan ayat dia tu.. sangat2 mesra rakyat.. teman rasa selesa membaca setiap entri Namee ni.. dah le lawa.. anak pun comeyy.. pastu humble je orangnya.. dulu masa mula-mula teman berblog.. selalu gak singgah blog Namee Roslan.. masa tu header nya yang gambar mcm dalam pasport aje.. nampak simple tapi menarik.. heee.. masa tu cakap dalam hati.. lawa giler dia ni.. then baca gak citer Namee Roslan sikit-sikit.. masa tu citer pasal percintaan terhalang la.. huhuhu.. memang sharing betui2 Namee pasal life dia.. memang sesuai jadi Blogger Lifestyle / Personal... sukaaa.. sangat2.. jatuh cinta dengan Blog Namee Roslan
FizGraphic.com

18. FizGraphic.com – 10 564Follower

Opsss.. satu lagi Blog yang tak kurang fames dan ramai follower.. iaitu Blog FizGraphic.com .. Blog ini memang teman paling ingat..sebab ada topeng tuu.. heee.. topeng Vendita kan? kalau tak silap teman la kan.. heee.. hubby teman tercari2 topeng tu, kat mana ada jual yea? Opssss.. termelalut ke lain lak.. he2.. Blog FizGraphic.com antara Blog yang terror bab design, doodle dan printing..So, sape2 yang berminat boleh singgah Blog FizGraphic.com kerana blog ini juga  menawarkan khidmat design & printing. 

Faqihah Husni

19. Faqihah Husni – 10 330 Follower

haaaaa.. blogger yang sorang ni cumey jea orangnya.. heee..  sweet gitu.. yang ni pun teman pernah singgah n dah follow pun blog nya.. cuma macam teman cakap tadi.. disebabkan lambakan blog baru2 sekarang ni.. teman x perasan blog2 otai ni.. lagipun segan jugak kan.. teman ni blogger picisan jea.. huk3 sedey.. opsss.. sambung citer lik, tadi teman dh jenguk blog Faqihah Husni .. melalui kunjungan teman blog ini wujud sejak 2011 lagi.. dan blog ini mengandungi tutorial dan freebies gak.. pernah masuk majalah gak..KLIK SINI 

Ok lah.. itu saja setakat ni yang teman dapat senaraikan.. teman tahu ada ramai lagi blogger popular yang ramai follower cam senarai kat atas ni.. so, kasi lea LINK diorang kat sini.. boleh teman jenguk2 gak nanti..Entri ni saja dibuat untuk bagi teman semangat lagi untuk berblog.. begitu juga korang semua.. kalau baca entri ni pasti bersemangat lagi nak berblog kan.. heee.. apa2 pun thanx sebab sudi singgah n baca..

lupa lak.. credit to :HaFiz HaFizUL
(jom singgah blog beliau lak.. he2.. )


10 September 2013

ADI PUTRA HANTAR MESEJ GAMBAR BOGEL??

Apabila Artis terkenal yang berimej bersih dikaitkan dengan isu panass..
Polis Siasat Pelakon Popular Adi Putra berkaitan Isu Mesej Lucah
SHAH ALAM - Pelakon Adi Putra, 32, yang didakwa menjalinkan hubungan skandal dengan isteri orang dan aktor itu kini disiasat polis selepas suami wanita berkenaan, seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Menurut laporan akhbar Berita Harian pada hari ini, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi Whatsapp sejak 29 Julai lalu. "Suami kepada wanita itu mengesan hubungan mereka selepas dia terbaca SMS (khidmat pesanan ringkas) ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu. "Mereka juga saling menghantar gambar lucah masing-masing dan keadaan itu membuatkan suami wanita tu mengalami tekanan perasaan," kata sumber.
Tambah sumber tersebut, ahli perniagaan yang berusia 56 tahun itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Skudai, Johor Bahru. Difahamkan pihak polis telah merampas telefon bimbit milik mereka untuk dihantar ke makmal bagi dianalisa untuk tindakan selanjutnya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan menerima laporan suami wanita berkenaan tetapi enggan mendedahkan nama aktor tersebut. "Pelakon itu juga telah memberikan kerjasama dengan memberikan keterangan selepas diminta berbuat demikian susulan laporan polis yang diterima," katanya. Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan Adi gagal apabila aktor terbabit gagal dihubungi. Pelakon popular Adi Putra mengakui kini tertekan dengan kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan penghantaran gambar lucah kepada isteri orang menerusi aplikasi WhatsApp.

"Saya turut tertekan dengan masalah dan kontroversi yang menghimpit ini kerana saya juga manusia biasa serta tidak sempurna," katanya kepada Harian MetroJelas Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, dia mendiamkan diri bukan mahu melarikan diri, tetapi mahu memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes itu. "Saya juga tidak akan membuka aib orang dan disebabkan itu saya rasa belum tiba masanya untuk berkongsi mengenai perkara ini dengan lebih lanjut kerana saya menghormati undang-undang. 

Nota : Hemm.. teman xtau nak komen apa pasal ni.. teman minat Adi Putra ni.. selalu tengok lakonan dia kat TV, agak frust kalau berita ni benar.. tapi selagi belum terbukti kita x leh hukum dia, betul x? maybe ada orang saja nak pekena dia sebab bln Oktober ni kan nak keluar Filem KL Gangster lakonan Adi Putra.. manalah tau kan.. hemm.. hope Adi Putra tak teraniaya hendaknya..  

LAGI entri berkaitan : ADIPUTRA KANTOI





CARA atau TIPS MENYIMPAN TELUR

menyimpan telur ayam
( Related entri klik ---> NAK TAU KUALITI TELUR?? )

Cakkk.. semalam teman kongsikan cara nak tahu kualiti telur yang kita beli kan? heeeee.. hari ni lak teman nak share cara nak simpan telur lak.. teman memang dari dulu lagi konpius cara simpan telur yg betul.. maksud teman, emak teman dulu pernah ajar cara letak telur dalam peti ais cara yg betul.. tp teman dah konpius nak letak yg runcing keatas ke atau yang lebor ke atas? hu3.. last2 main letak jeleaa.. kikiki..Tapi, akhirnya teman jumpa gak cara yang betul meletakkan telur.. eh.. menyimpan telur.. arghh.. samalah..!! jom kita tengok.. kot sape yg xtau 2 leh lea tahu hari ni kan.. yg mana dah expert tau tu, dok diam2 yewww..
●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥Sebelum tu baca ni dulu yea.. ●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.

Telur yg patut disimpan dengan cara berikut adalah telur yang dibeli dlm keadaan masih segar. 
Cara membezakannya adalah seperti berikut:
Masukkan telur ke dalam air, jika telur tenggelam dengan posisi telentang bererti 
telur masih dalam keadaan segar. Sebaliknya jika timbul telur sudah tidak segar & hampir busuk.

●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥Cara atau Tips Menyimpan Telur●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥
Sebelum disimpan, teliti bahagian kulit. Jika mengandungi kotoran segera bersihkan dengan mencucinya menggunakan spans yang telah diberi sabun. Hati-hati kulit telur yang kotor dapat menjadi sarang bagi bakteri Salmonella. Oleh kerana itu, biasakan mencuci telur sebelum menyimpannya dalam peti ais. perlu juga kita mengetahui yang semakin lama telur disimpan, umumnya putih telur akan semakin ringan, dimana bila dipecahkan dan diletakkan di piring ia kelihatan melebar.

Setelah mencuci telur, keringkan dan simpan di dalam peti ais. Simpan telur dalam peti ais dengan POSISI BAHAGIAN YANG RUNCING MENGHADAP KE ATAS untuk mempertahankan posisi kuning telur agar selalu berada ditengah telur. Atur suhu peti ais 7 darjah. Jika disimpan dalam ruang terbuka, masukkan ke dalam bekas kawat yang berlubang dan letakkan di tempat yang terlindung  dari cahaya matahari.dan diingatkan sekali lagii, sebaiknya jangan terlalu lama menyimpannya, kerana telur mengeluarkan H2O dan CO2, sehingga semakin lama penyimpanan telur akan menjadi semakin ringan, selain itu terbentuk ruang udara yang semakin besar di dalam cangkang dan akhirnya telur menjadi semakin ringan. 
menyimpan telur ayam
haaa.. amacam? pandai dah simpan telur? waaa.. memang dah tau lama yeaa? hihihi.. malunyaa..
 teman jea baru tau yeaaa.. aduiiii..
●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥ Sekian.. Terima Kasih kerana sudi baca..Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ 


PETUA AWET MUDA CARA ISLAM - PART 2

●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
PETUA AWET MUDA CARA ISLAM 
●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥

Petua Awet Muda Cara Islam | Cakkkk.. heee.. Semalam entri Petua Awet Muda Cara Islam-Part 1 kann.. haaa.. kali ni part 2 pulak.. mungkin ada persamaan tapi yang ni lebih terang lagi x silap teman.. hu3.. actually orang cakap, kalau kita sayangkan sesuatu tu, mesti lea berusaha menjaganya dengan baik, betui x? haaa.. macam tu jugak wajah kita, tubuh badan kita.. semua kena jaga.. badan nak pakai lama yopp.. (ayat mkcik2 kat kg teman dulu.. ha2)
tuan2 dan puan2.. cewahhh.. Tak dinafikanlah memang semuanya akan tua bergedut satu hari nanti, tapi kalau tak jaga elok2, nanti silap2 wajah lebih tua dari umur yg sebenar.. x ke frust kalau gitu.. kannn.. nak pulak ada mulut longkang gi tegur lak, "eh, awat muka kamu KUSAMMM aje, dah macam nyonya jual sayur je aku tengok.." rasa macam nak lempang aje muka org yg cakap camtu kan! ha2.. so, kalau xnk ditegur camtu.. kenalah dari sekarang menjaganya orraittt.. dan teman amat setuju dengan Kenyataan kat bawah ni yang mengatakan :
"Semua orang nak kekal cantik dan sihat….Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita bukan mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta."
haa.. apa tunggu lagi.. moh le kitaa nengok kat bawah ni, baca dan praktikkan. InsyaAllah pasti menjadi,.. yakin pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya.
Petua Awet Muda Cara Islam 

  • Urutkan wajah korang dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi 
  • diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.
  • I
  • I
  • V
  • Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. 
  • Pusingkan jari korang ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
  • I
  • I
  • V
  • Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. 
  • Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah korang dari atas ke bawah 
  • kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
  • I
  • I
  • V
  • Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. 
  • Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
  • Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
  • I
  • I
  • V
  • Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

  • PETUA AWET MUDA CARA ISLAM
    I
  • I
  • V
  • Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. 
  • Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
  • I
  • I
  • V
  • Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut 
  • di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
  • I
  • I
  • V
  • Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
  • I
  • I
  • V
  • Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat..
  • Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.
  • I
  • I
  • V
  • Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. 
  • Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
  • I
  • I
  • V
  • Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
  • I
  • I
  • V
  • Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
  • I
  • I
  • V
  • Sentiasa tenang dan bersikap positif.
  • I
  • I
  • V
  • Maafkan semua orang sebelum tidur.
  • I
  • I
  • V
  • Amalkan solat tahajud.
  • 09 September 2013

    PETUA MENGETAHUI KUALITI TELUR

    Petua Mengetahui Kualiti Telur
    How To Determine if an Egg is Fresh
    Aaaaaacummm!!! teman datang lagi dengan Petua lak.. heee.. tapi ni bukan petua teman lah tauu.. ni petua dari laman Facebook, teman share kat sini sebab teman pun rasa ada yang tak tahu lagi kot cara nak tau kualiti telur yang korang beli kann.. teman pun baru tau sebenarnya cara nak tengok telur ayam yang berkualiti macammana rupanya, he2.. tapi macam biasalah.. kalau x buat entri camne nak simpan petua2 ni kan.. hu3.. memang banyak ilmu yang teman dapat sejak berblog ni.. sambil mencari info, share dengan rakan2.. pastu dapat pulak ilmu macam2 sepanjang mencari info n bahan untuk blog ni... korang pun sama kan?! Ok lah, jom kita belajo camne nak tahu kualiti telur yang kita beli.. 
    Petua Mengetahui Kualiti Telur 
    Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•
    Mula2, ambik satu besen/bekas (kalau ada mangkuk kaca beso yang transprent tu lagi bagus..) letak air dalamnya, kemudian RENDAMKAN TELUR ke dalam air seperti dalam gambar di atas.

    1) Telur terbaring di dasar bekas bererti telur itu berat dan masih BARU.

    2) Telur sedikit miring di dasar bekas bererti telur sudah 1 minggu.

    3) Telur berdiri di dasar bekas bererti telur sudah 2-3 minggu.

    4) Telur terapung bereti telur sudah lama dan berkemungkinan BUSUK.

    So, amacam?? korang dah pilih telur yang Ok x??? ha2.. kalau selalu terbeli telur yang x berapa elok kat mana2 kedai tu.. bertukarlah ke kedai lain lak yea.. mana tau kot kedai yg korang beli telur tu memang menjual stock lama punya telur kannn.. hi3.. apa2 pun tepuk dada tanya selera.. korang punya duit, bukan duit teman punn.. kann..

    okeh.. ini saja untuk entri petua hari ni.. esok lak jom baca cara2 nak SIMPAN telur lak..jangan lupa singgah lagi yeaa.. heeeee...

    PETUA AWET MUDA CARA ISLAM - PART 1

    ●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
    PETUA AWET MUDA CARA ISLAM 
    ●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥

    Haiii.. ha2..  tengahari macam ni, sebelum teman keluar umah, nak jugak update entri terbaru.. yang pagi tadi tu mukadimah jea.. hu2.. addict dah nak meng hudpate entri ... kalau bole setiap jam nak update entri nyeww.. tapi nak wat cne.. masa cemburu dekat teman.. heh3.. seperti yang lepas2 punya entri petua/kesihatan, teman suka abadikan semua dalam blog teman ni, untuk tatapan teman sendiri yang benonya.. tapi kalau dah ada teman2 yang nak tumpang baca apale salahnya kann.. hee.. bukannya kena bayo.. ilmu/petua/bahan bacaan kan untuk di share.. ye dakkk??? huh.. x mau ngomel banyak2.. jom baca!!

    PETUA AWET MUDA CARA ISLAM 

      Petua  1 : 
    ●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
    Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

      Petua  2 : 
    ●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
     Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
      
    Petua  3 : 
    ●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
    Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

      Petua  4 : 
    ●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥ 
    Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

      Petua  5 : 
    ●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
    Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

     Petua  6 : 
    ●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
    Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

      Petua  7 : 
    ●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
    Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

      Petua  8 : 
    ●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
    Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping.

      Petua 9 : 
    ●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥
     Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

    GIVEAWAY SAYA NAK TEDDY BEAR BY FARISHA


    INI ENTRI STICKY POST JEA.. ENTRI TERBARU?? 
    SILA SCROLL KE BAWAH YEA.. TINGGALKAN KOMEN SEKALI YEA.. HE2.. NANTI TEMAN BW LIK.. 

    Haiii.. dah lama kot rasanya x join GA ni.. last join GA Nisa Kay jea.. tu pun lambat bebeno keputusannya pun.. heee.. opsss.. mcm lea teman yg menang yea.. konfiden jew yeaa.. ha2.. peh tu rasa agak malas nak join GA dah.. tengok2 bila tgk GA cute ni.. haaaaa.. mula lea gatai tangan nak join.. dapat bear tuuu.. kecik ke, beso ke.. memang teman suka bear! ha2.. sape nak bear? jom try luck join GA ni jom!

    Sempena Hari Raya Adilfitri 2013,
    Farisha telah mengadakan Giveaway hebat
    yang menawarkan Hadiah Teddy Bear sebagai hadiah utama
    Dijemput semua sertai Giveaway ini

    Siapakah peserta bertuah yang akan memenangi Hadiah ini??
     Klik SINI Untuk join & Lihat hadiah
    Giveaway ini sah dari 19-08-2013 sehingga 09-09-2013
    Pemenang akan diumumkan pada 10/09/2013

     Good Luck semua ^.^
    he2.. kalau teman dapatlea kann.. 
    teman dengan Butang n Oyen dah menari2 macam ni kot.. ha2.. 
    Opss.. sorry yea.. hadiah takleh share hokehh!! (sambil kuis telinga Butang n Oyen)

    apalagi kawan2.. jom kita join ramai2 secara berjemaah jomm,..!!

    SELAMAT PAGI SEMUAAAA...

    Cakkkkkkk!!!! he3.. Selamat pagi semuaaa.. Ops.. kalau ada sape yang perasan or ada singgah blog KUCEN KUCEN BELOG mesti perasan yang picture kucen kat atas ni serupa dengan picture dalam entri blog yang tu kann.. hehehehe.. saja teman letak picture yang sama kat sini.. mula2 tadi teman ingat nak letakkan DOA kat bawah ni jea.. tapi last2 rasa macam nak jugak letak picture kucen kat atas ni.. sebab geramm tengok picture tu.. cumeynyee kucen tu tgh tido kann.. hu3.. pastu ada kaler oren2 tuuu.. lagi lea teman suka nak abadikan kat blog teman yang ni.. hu3.. teman kan giler ORENNNNN.. ha2..
    Ekceli, ini entri pembukaan teman, biasalah.. pagi2 isnin ni.. mood nak bekerja tu agak lemau sikit.. so, untuk bagi hilang lemau tu teman selitkanlah gambo kucen yang cumey kat atas ni kan.. dan yang paling penting.. teman nak share doa untuk memulakan hari kita kat bawah ni.. heee.. ayatnya teman copy dari mana ntah, tapi pastu teman edit kan dengan love2 tuu.. kalau ada yang singgah n baca.. bacalah dengan penuh perasaan dari hati.. insyaAllah.. Allah permudahkan segala urusan kita.. Aminnn.. 
    Dah baca? kalau dah baca.. Alhamdulillah.. hemm.. awat teman rasa macam teman baik sangat today haaa.. aishh.. tapi betul kan? kadang2 bila kita baca or update tentang artikel berkaitan keinsafan or berkaitan islamik.. automatic jiwa kita rasa tenang n rasa nak jadi yang terbaik.. hemm.. boleh ke? (tertanya2 dalam diri sendiri) .. apa-apa pun.. kita juga perlukan bimbingan untuk menjadi yang terbaik kan.. hee.. Alhamdulillah... 

    Facebook SDK

    Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers