Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

17 September 2013

BUDAK CUMEY PANDAI MASAK KEMBALI...

BUDAK CUMEY PANDAI MASAK KEMBALI... |

Haiii.. ingat x entri teman yang lama dulu? bagi yang pernah baca entri tu tentu dah tau citer ni.. bagi yang belum baca entri teman yang tu.. meh KLIK2 sini---> MUDA, CANTIK, BIJAK, PANDAI MASAK! heee.. gurl ni anak officemate teman dulu, kami x rapat tapi bila berjumpa tak canggung pun sebab gurl ni x sombong n peramah orangnya.. suka buat lawak lak tu.. ekceli suka menyakat pun yea.. suka sakat teman.. noti betui budaknyaaa.. heee.. tapi ceria jea, tu yang teman suka pasal dia.. lagi satu dia ni kuat berjalan (melancong n travel).. sukaaaaa sangat berjalan.. kalau tak berjalan boleh demam katanya.. ha3.. ada plak camtu yea.. teman pun pelik gak tengok dia, x penat2 berjalan.. lagi dan lagi.. hu3..
hemm.. citer pasal entri lepas.. dulu teman just citer jea pasal sorang gurl ni yang Bijak, cantik dan pandai memasak.. masa tu gurl yg bernama Izyan ni lum aktif lagi ber bisnes on9 kek ni.. just buat kek saja2 untuk kawan2 n masak sendiri je dulu.. Masa tu ramai jugak yang tanya2 boleh order dah ke belum.. heee.. masa tu lum lagi.. sekarang dah boleh dah.. sebab teman dapat tau melalui mama Izyan yang Izyan dan mula serius dalam mengambil tempahan kek harijadi or apa2 event serta cupcake dan macam2 lagi.. So, kalau ada sesiapa yang duduk berdekatan Puchong or dalam daerah KL, leh lea contact Izyan melalui ;

No. Tel/Whats app : 0124007092 . 0125449525
FanPage FB : SWEET TOOTH sudi2kanlah klik LIKE sekali yea.. he2..
No. Tel/Whats app : 0124007092 . 0125449525
FanPage FB : SWEET TOOTH
 
No. Tel/Whats app : 0124007092 . 0125449525
FanPage FB : SWEET TOOTH
   
No. Tel/Whats app : 0124007092 . 0125449525
FanPage FB : SWEET TOOTH
 
No. Tel/Whats app : 0124007092 . 0125449525
FanPage FB : SWEET TOOTH
 
No. Tel/Whats app : 0124007092 . 0125449525
FanPage FB : SWEET TOOTH
 
No. Tel/Whats app : 0124007092 . 0125449525
FanPage FB : SWEET TOOTH
 
No. Tel/Whats app : 0124007092 . 0125449525
FanPage FB : SWEET TOOTH

10 Makanan Terbaik Untuk Mata


10 Makanan Terbaik Untuk Mata » 
Makanan berikut ini tidak hanya membantu mata menjadi cerah, namun terbukti mampu mencegah berbagai penyakit seperti katarak, degenerasi makular, dan masalah mata lainnya.   
1. Telur 
Telur mengandungi sumber nutrisi yang baik untuk mata seperti vitamin A, zinc, lutein, B12, vitamin D, dan cysteine. Lutein dan zeaxanthin yang ditemukan dalam putih telur merupakan antioksidan terbaik untuk mencegah degenerasi makular dan katarak.   
2. Bayam 
Sama halnya seperti telur, bayam juga banyak mengandung lutein dan zeaxanthin. Selain itu kandungan vitamin C-nya juga mampu mencegah glaukoma.   
3. Bawang putih 
Bawang putih mengandung selenium, vitamin C, vitamin B1, quercetin, dan glutathione yang berfungsi melindungi lensa mata terhadap radikal bebas seperti sinar UV. Bawang putih juga dapat menjaga sirkulasi darah sehingga memperkuat sel-sel optik dan daya tahan tubuh.   
4. Salmon 
Ikan yang satu ini mengandungi lebih banyak omega-3 dibanding jenis ikan dan makanan laut lainnya. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang rutin mengkonsumi asam lemak omega-3 akan terhindar dari gangguan mata kering.    
5. Kuaci/Biji bunga matahari
Kandungan selenium, vitamin E, dan zinc-nya mampu mencegah penyakit katarak dan degenerasi makular yang disebabkan oleh penuaan. Ia juga mengandung vitamin B2 untuk mengatasi penyakit photophobia (sensitivitas mata terhadap cahaya).      
6. Carrots/LobakMerah
Semua tentu tahu Carrot/Lobak Merah sangat baik untuk kesehatan mata karena kaya akan beta-karoten. Beta-karoten akan diubah oleh tubuh menjadi vitamin A yang berperan penting untuk mata. Carrot/Lobak Merah juga bisa membantu tubuh melepaskan radikal bebas.   
7. Avocado
Avocado memiliki kandungan lutein paling banyak dari buah lainnya. Lutein penting untuk mencegah degenerasi makular dan katarak. Avocado berperan pula sebagai penyerap nutrisi penting seperti alfa dan beta-karoten untuk membentuk vitamin A sehingga mampu diserap tubuh dengan baik.   
8. Tomato
Tomato baik untuk kesehatan kulit, namun juga punya banyak manfaat untuk mata. Tomato kaya vitamin A, vitamin C dan lycopene, tiga nutrisi yang sangat penting untuk mata.   
9. Kobis
Sayuran yang satu ini baik untuk merawat mata karena kandungan nutrisinya sama seperti bayam iaitu lutein dan zeaxanthin. Kedua nutrisi ini fungsinya seperti ‘sunglasses’ yang melindungi mata terhadap pancaran sinar ultraviolet. bukan hanya itu, mengkonsumsi kobis juga terbukti dapat menurunkan risiko terkena katarak hingga 22%.   
10. Coklat Hitam/Dark Chocholate
Coklat hitam atau dark chocolate ternyata dapat meningkatkan ketajaman penglihatan. Ia mengandung flavonoid yang melindungi pembuluh darah mata sehingga secara otomatis memperkuat kornea dan retina. Jadi bagi Anda yang tidak menyukai carrot, mengkonsumsi dark chocolate mungkin menjadi pilihan. (TR)

WEBSITE SOCIAL MEDIA ANALYZER DARI 71% NAIK KE 98% ??

heee.. hari tu terjumpa menda ni kat internet.. WEBSITE SOCIAL MEDIA ANALYZER.. 
Melalui pemahaman teman laman web ini adalah untuk kita mengukur tahap mana popularnya sesuatu website di rangkaian sosial.. Pastu saja-saja lea nak tengok prestasi blog sendiri,  teman pun try lea letak link blog teman kat kotak search/analyzer tu.. sekali dia keluar lea score 71%  jea..  maknanya blog Tengkubutang punya popular sebanyak 71% jea di rangkaian sosial.. pastu teman biaq pi situ tak usik2 dah.. cuma baru2 ni.. (Sabtu lepas) teman tergerak hati lak nak check lagi sekali, teman pun refresh lea lagi sekali, nak nengok ada perubahan ke tak.. sekali dia kuo lea mcm kat dalam gambo tuu.. waaaaa.. score dah naikk.. adakah sebab teman buang bunga2 berguguran tu n update berat blog teman? aishh.. teman pun x faham sebenarnya.. tapi memang rasa best bila tengok score naik jadi 98% kann.. hihihi.. Korang pun nak check tak berapa peratusan blog korang punya kepopularan di rangkaian sosial? kalau nak check, 
Note : Cool Social is an analyzer you can use to improve your site social media impact. 
You can also check for your competitors.

TIPS BERSENAM

TIP BERSENAM
(info untuk diri sendiri)
Jangan lupa melakukan aktiviti pemanas badan sebelum workout
Penat bersenam tetapi masih tidak berjaya mendapat bentuk badan yang diidamkan? Sebenarnya ramai antara kita yang bersenam tetapi tidak dengan cara yang betul. Ia satu kesalahan besar yang akhirnya mendatangkan kerugian pada diri sendiri. Beberapa teknik perlu dan tidak perlu dilakukan dalam senaman mesti dipelajari agar ia tidak menjadi sia-sia.
Asas latihan
Asas latihan perlu dipelajari dan difahami sepenuhnya agar dapat membantu anda mendapatkan hasil lebih efektif tanpa membuang waktu. Anda perlu tahu apa tujuan sebenar untuk anda datang ke gym. Latihan untuk setiap bahagian otot adalah berbeza-beza setiap satunya.

Jika ingin mengecilkan bahagian pinggul, dumbbell bukan jawapannya. Jangan risau jika anda kurang arif mengenai hal ini. Dapatkan pertolongan staf di gym atau personal trainer sebelum anda menggunakan peralatan fitness. Perkara asas ini jika tidak diketahui dengan betul, senaman anda bakal menjadi sia-sia.

Waktu sesuai
Pastinya setiap anda mempunyai waktu favourite untuk melakukan latihan. Soal waktu ini benar-benar memainkan peranan besar dalam meningkatkan latihan anda. bayangkan jika anda tidak mempunyai waktu latihan yang konsisten, latihan anda akan menjadi kurang produktif dan anda juga akan kurang berdisiplin dalam melakukan latihan. Jadi, tentukan waktu latihan yang tepat untuk lakukan latihan anda. Pilih masa yang tetap untuk latihan agar jadual harian anda juga tidak terganggu.

Elak bersenam dengan perut kosong
Mungkin ramai menyangka melakukan latihan ketika perut kosong, pasti hasil yang diinginkan akan menjadi lebih cepat. Ini adalah salah! Makanlah sebelum dan sesudah melakukan latihan. Hal ini kerana badan anda memerlukan bahan bakar untuk mendapatkan hasil maksimum daripada latihan tersebut.
Nutrisi juga amat diperlukan untuk memperkuatkan otot dan memperbaiki jaringan yang rosak. Selain itu, anda juga perlu mendapatkan kandungan air yang cukup setiap hari agar tubuh anda tidak terhidrat semasa melakukan latihan.

Lakukan lebih dari satu jenis latihan
Lebih banyak jenis latihan yang dilakukan, lebih baik. Kombinasi beberapa jenis latihan mampu mendapatkan pembakaran lemak yang maksimum. Anda juga pasti tidak akan merasa bosan ketika melakukan latihan. Sebagai contoh, anda boleh memulakan latihan ringan seperti menangkat dumbbell terlebih dahulu sebelum beralih kepada latihan lebih berat seperti berlari di treadmill.

Elak overtraining
Melakukan latihan selama tujuh hari seminggu dengan pelbagai latihan berat tanpa berehat hanya akan memudaratkan anda. Berikan masa untuk tubuh pulih sepenuhnya sebelum melakukan latihan lain. Berehatla sehari atau dua untuk memastikan tubuh anda benar-benar sihat. 

Sumber : Web Rapi

16 September 2013

TERTUNAILAH HASRATKU.. NAK MAKAN DURIAN..


TERTUNAILAH HASRATKU.. NAK MAKAN DURIAN.. 


Cakkk.. sape kat sini suka makan doyan a.k.a Duriannnn?? ha2.. pasti ramai kannn.. ada yang tak makan tu rugi la kannn.. hik3..  sedap kannn.. hemm.. teman teringatkan anak-anak officemate teman dulu, semuanya tak suka doyan.. tak leh bau punn.. sampaikan siap warning kat mama dia (warning ala-ala manja tau.. bukan tengking ke apa..) depa warning kata "kalau mama nak makan Doyan, jangan makan dalam umah, makan kat luar tauu..jauh2 sikit.." maka makanlah mama dan papa nya doyan kat luar umah.. alahai.. kesian tapi teman tumpang gelak bila mamanya citer kat teman.. hik3.. suka jea tengok dia gurau2 n saling bulik membulik dgn anak2 dia.. hi3.. macam kawan2 jea deme ni tau. tu sebab dia rapat dengan anak2 dia.. 

teman n mama diorg tu pun memang rapat masa koje dulu.. sampaikan masa nak berhenti koje kami nanges giler2.. arghh.. sedihnyaaa..byk suka duka disana.. kami gaduh pun pernah.. x bertegur sapa masa tu.. aduh.. time tu paling sebak sangat2.. mujur lama2 kami berbaik jugak.. klu x kerana nak kawen.. teman xkan tinggalkan ofis kesayangan teman tu.. tapi atas sebab benda baik iaitu kawen...teman pun mengucapkan Selamat Tinggal buat mereka disana.. masa tu gaji dah Up ribu lak tu..  hu2..dapat merasa sekejap jerk..

opsss.. berbalik kepada citer doyan tadi.. jgn fikir diorang ngengada lak tau.. diorang bukan ngengada x mau makan doyan.. tapi sebab dah xleh nak bau langsung, kalau bau terus nak pening n muntah.. memang secara Natural keadaan tu datang bukan dibuat2.. (kata mama dia la kann..) haaaa.. kalau dah x suka doyan, maknanya makanan yg busuk2 seangkatan dgn doyan cthnya Petai n Jering pun diorang x makanlah tau! he2..hanya teman n mama diorang jea yang satu geng.. siap bawak jering muda kupas dalam keta, pastu makan waktu dinner kat hotel.. ahakssss.. xleh lupa kenangan tu.. memang slumber dia ni.. hi3..

Aishh.. dah nak ujung2 baru teman teringat nak citer pasal makan durian.. hi3.. hari selasa hari tu.. 10/9/2013 My hubby belikan teman durian.. dapatlea mkn 3 ulas steng sorang.. mmg x beli byk pun sebab dia xleh mkn durian lebih.. angin katanya.. heeee.. walaupun 3 ulas steng.. teman rasa puas sgt dpt mkn doyan.. start dari tahun lepas lg tingin nk mkn doyan x dpt2... last2 hubby wat surprise belikan doyan.. kami bahagi sama byk.. org kata buat lepas hajat jea.. bukan nk mkn berkoyan2 pun., heeee.. thanx cyg.. sempat jgk dia ngusik.. nah doyan.. mkn lea.. utk org mengidam.. hu3.. Aminnn klu betul2 mengidammm.. heeee.. doa2kanlah yea..

15 September 2013

HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2013

SELAMAT HARI MALAYSIA!!
HAPPY MALAYSIA DAY!! (IN ENGLISH)
जन्मदिन मुबारक मलेशिया (IN HINDI)
HAPPY BIRTHDAY马来西亚 (IN CHINESE)
HAPPY BIRTHDAY 말레이시아 (IN KOREAN)
( haa.. apa sebab ada wish in Korean? 
sebab ramai blogger kita minat artist Korea.. kikiki..)
klik banner ni klu nak gi blog kartunis ubi..
Haiii.. Selamat Hari Malaysia buat semuaaaa... saja wish awal2.. buat entri awal2..takot terlupa.. haaa.. pada 16 September ni, semua yang bekerja dapat lea coti kannn.. heh3.. ada yang kena koje ke? ha2.. x ngapelah kalau gitu.. at least duik masyukkk.. gaji triplet lea kannn.. =P
ok lah... jom citer pasal hari Malaysia nak? teman x gheti nak citer tapi kalau korang rajin, moh lea baca story pasal Hari Malaysia ni.. mungkin ada antara kita tau sambut jea.. tapi xtau apa citer disebalik tanggal 16 September 1963 tu kan.. (termasuklea teman, ni baru nak baca lik.. teman paling lemah Sejarah, Okeh!)
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.  Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Mencari Nilai Hari Malaysia
TANGGAL 16 September tahun ini, usia Malaysia sebenarnya baharu mencecah 46 tahun. Tarikh ini pada tahun 1963, Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30 ribu rakyat jelata.Penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrantasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang berlanjutan sehingga tahun 1966.
Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei oleh Sheikh Azhari pada penghujung 1962.
Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.
Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 ke 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold. Namun tarikh tersebut pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina emperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia.  Dan akhirnya 16 September 1963 menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

13 September 2013

MIMPI HANTU GARA2 HUBBY TENGOK THE CONJURING MALAM TADI

THE CONJURING
huk3.. Ekceli bangun2 tido memang terfikir nak buat entri yang ni dulu.. tapi pastu terlupa kerana dikejutkan dengan surprise BISKUT pagi tadi.. hi3.. Alkisahnya malam tadi hubby teman baru lepas download Movie THE CONJURING ni.. (teman panggil The "Conjoreng' (sebut dalam loghat perak..).. hu3.. teman ni dulu suka gak citer2 seram ni.. selalu jea tengok citer hantu kat TV tu.. tapi dalam tengok punya tengok haruslah berteman kannn.. kalau tengok sorang2 xde mau nyaaa.. gerenti teman tutup TV n terus tido.. hu3.. takot maaa.. selalu yg jadi mangsa temankan si penakot ni tengok TV ialah my kakak laaa.. ha3.. walaupun dia dah 2-3 kali nguap kata nak tido n ngantok..teman still mendera dia untuk sama2 menjerit tengok part2 seram dalam citer antu tu.. huk3.. kejam sungguh adikmu ni kan kakakkk.. ha3.. 
So, Hubby teman pun mintak izin nak pasang citer tu.. teman kata pasang je lea.. Hubby siap cakap lagi yg kawan2 dia kata citer tu memang menakutkan.. aishh.. teman katalea, tak kisah.. lagipun teman tau.. teman mungkin akan belayor (Zzzz) dah masa tu sebab mata teman ni udah ngantok.. tapi memang yeaa pun.. x sampai 5 minit teman udah sampai ke Australia.. (ha3.. tido la bebb..) siap nganga lagi.. kui3.. sib bek dia x snap gambo teman tido nganga lagi,.. hari tu dh pernah sekali dia snap.. aiyoo.. buruk gilerrrr.. laju je ateman delete sebab takot nanti apapulak kawan2 dia kata kalau kawan dia pinjam Note dia tu.. hu3.. Opssss.. sambung lik citer tadi.. melalut ke lain plak dah yeaa.. hu2

So, lepaih tu teman ada jugak terjaga2 sekejap sebab bunyi system theater yg kuat tuuu.. (ha2.. sistem theater lea sangat kan.. walhal tengok pakai PC jea.. cuma ada sub woofer n speaker Altec Lansing tu yang buat sound dia boom3..  sampaikan teman terjaga berkali2 dibuatnya.. siap terdengo bunyi antu menjerit lah..bunyi seram2 sejuklah.. pastu teman intai2 sikit disebalik bantal.. aaaaaaghh.. menakutkan citer tuuu.. x sukaaa..  dalam ngelak2 ternampak jugak muka antu tu.. adoiyaii.. (dalam hati cakap..sah malam kang teman xleh tido!) tapi memang yea punnnn.. teman x leh tido wehh.. kalau tertido asyik terjaga jea.. pastu bila dh dapat tido siap berbekalkan mimpi antu lakk.. Aggghhh.. tensionnn.. nanti teman citer camne citer antu tu yea.. huk3.. serammm.. n naik bulu roma kalau betul2 terjadi.. fuh.. mintak dijauhkann..

TAK SEDAR AIR MATA BERTAKUNG.. TERHARU..

Haii.. Assalammualaikum semua.. teman baru nak update entri ni, pagi tadi asyik dengan join GA n Segmen jea.. memang memenatkan rupanya join GA/Segmen ni kann.. macam2 aturan n syarat nak kena ikut.. tapi dah gatai tangan nak join, toksah nak salahkan sape2 hokeh! Redhakanlah aje yeww.. ha2.. 

Ni ha.. teman nak citer pasal Tajuk entri teman dan gambo Biskut yg kat atas ni.. korang pernah makan tak biskut ni? biskut ni ada jem tengah2 dia.. jem nenas x silap teman.. rasa dia sedap giler.. teman suka sangat2 tau.. dulu pernah beli sekali.. masa tu beli kat mydin.. lama dah.. tahun lepas kot.. masa tu hubby teman tengok teman asyik usya2 biskut ni jea.. dia tanya lea.."Nak ke?" pastu laju jelea teman hangguk kepala.. Nak! Nak! ..  tanpa disuruh terus ambil senduk n cenduk biskut dalam peti transparent tu.. tapi x amik banyakla.. saja nak rasa jea sebab xtau sedap ke tak kann.. lain tempat lain rasanya.. yg teman selalu mkn tu kat ipoh mali punya.. heee... lepas dah beli tu sampailah ke sudah.. x beli dah.. bukan sebab x sedap tapi boleh tahan jugak lea kot harga dia sekilo kan.. heee... lagipun makan byk2 manis lea pulak rasanya..
Pagi tadi tgh siap2 kan beg koje hubby, teman ternampak lea bungkusan putih dalam beg tu.. ada celah2 ruang beg tu, teman amik n buka.. sekali tiba2.. air mata teman bertakung bagai empangan yang nak pecah.. sebab? sebab ada biskut kegemaran teman dalam tu.. teman tau biskut tu untuk teman sebab hubby teman x makan biskut tu.. teman terharu hubby teman ingat apa yg teman suka.. teman tahan air mata terharu tu sebab xnk dia nampak.. maybe korang rasa teman ni ngengada kan.. benda kecik camni pun nak feeling2 yea.. hu3.. tapi bagi teman, teman memang hargai sangat setiap surprise yg dia buat.. dari situ teman tau dia sayang ke tak kat teman.. tapi kannn.. awat bila time COTI2 MALAYSIA teman selalu jea rasa dia x sayang teman haaaa?? korang macam tu gak ke?(soklan untuk mereka yg bertunang/bersuami sahaja yea! he2) hu3.. walau apa2pun.. teman bersyukur n ucapa TQ pada Allah sebab pertemukan teman dengan hubby miaw2 teman ni.. memang dia GARANG sikit (dlm bab bisnes) tapi disebaliknya dia seorang yg manja jugak.. ha2.. yang tu hanya teman sorang je yg tau.. macam lirik lagu Ainan Tasneem.. KLIK SINI

"Single Giveaway by JulianaRamli

jom join! dapat bear besoo..
Contoh bear.. (hitamnyeee..hik3)

 21/8/2013 hingga 21/9/2013



12 September 2013

NENAS DAN KEGUNAANNYA

Options for this story 
NENAS BOLEH MENYEBABKAN KEGUGURAN!

Hari ni teman nak share tentang info yg teman terbaca dekat FB lagi tadi.. iaitu Khasiat dan kegunaan Nenas kepada kesihatan kita.. korang semua tau kan, nenas tu sedap tapi tajam..? hu3.. x dpt nk bayangkan tajamnya tu..opsss. ekceli tajam yg teman maksudkan ni adalah rasa dia n kandungan cecairnya tu yg tajam yang memang tak sesuai untuk org yg mengandung.. apa2 pun..jom baca! moga yg mana kita x tahu leh kita tahu melalui pembacaan entri yg ni.. 

Buah nenas biasa ditanam di tanah gambut di Malaysia. Nenas yang ranum mengandungi sumber manganese dan vitamin C yang banyak. Pada batang buah nenas mengandungi enzim proteolytic, bromelain, yang boleh menghuraikan rantaian protein. Ia juga mampu mengurangkan bengkakan.

ANTARA KEGUNAAN NENAS IALAH :
1. Jus nenas digunakan untuk melembutkan daging dengan memerapkannya sebagai marinade. (Waaaah.. teman paling suka yg ni... sebab mmg selalu msk daging)

2. Buah nenas boleh mengurangkan radang dan bengkakan pada tubuh dengan cara meminum jus nenas atau meletakkan pada bahagian tubuh yang bengkak.

3. Jus nenas digunakan sebagai diuretic bagi melancarkan pembuangan air kencing.

4. Jus nenas diberikan kepada wanita yang hamil pada usia kehamilan lebih 38 minggu bagi memudahkan proses kelahiran (wahhh.. betul ke nii??? )

5. Jus nenas boleh dikumur pada tekak untuk mengurangkan sakit tekak dan lendir.

6. Jus nenas juga dikatakan dapat mengurangkan mabuk laut (seasickness).

7. Jus nenas bertindak sebagai antihelminthic yang mampu mengeluarkan cacing dari usus. (Errrr.. yg ni pun teman rasa mcm sesuaiii.. klu bg kucen leh x? Kucen teman kecacingan.. hari tu lea.. sekali.. pastu x nmpk dh.. jumpa kat biskut u uk dia.. yekkk..
(rujuk: Monzon, R. B.; Adebiyi, Adebowale (1995). "Traditional medicine in the treatment of parasitic diseases in the Philippines". Southeast Asian journal of tropical medicine and public health 26 (3): 421–428.)

8. Dalam kajian saintis, enzim bromelain yang diekstrakkan dari batang buah nenas dan diberikan selama enam bulan telah Berjaya mengurangkan radang pada usus yang bengkak.
(rujuk: Hale LP, Chichlowski M, Trinh CT, Greer PK (2010). "Dietary Supplementation with Fresh Pineapple Juice Decreases Inflammation and Colonic Neoplasia in IL-10-deficient Mice with Colitis". Inflamm Bowel Dis 16 (12): 2012–21).

9. Enzime bromelain dari nenas mempunyai potensi untuk mengelakkan penyakit kanser.(rujuk: Bhui K, Tyagi S, Prakash B, Shukla Y (2010). "Pineapple bromelain induces autophagy, facilitating apoptotic response in mammary carcinoma cells.". Biofactors 36 (6): 478–82).

Walau bagaimana pun, bagi wanita yang hamil di awal kehamilan, dinasihatkan agar tidak memakan nenas atau meminumnya kerana ia boleh menjadi punca keguguran.(Morton, Julia F, 1987).


-- info from FB Dr Zubaidi Hj Ahmad --

2ND GIVEAWAY BY HIJAB VALLEY

KLIK BANNER KALAU NAK JOIN
Heee.. dapat jemputan join GA lagi.. adeh.. x menahan nak join.. bz2 pun join gak lea satu ni.. sebab pernah join sebelum ni, n pernah menang hadiah gak.. Sarung lengan.. heee.. ada teman review kat Utube.. taib jea tengkubutang.. jumpa lea nanti..  heeeee.. opss.. kali ni buat kedua kalinya teman join lagi.. support GA rakan kita ni.. korang pun jom lea join gak..tarikh tamat x nampak pun lagi.. entah dah tamat ke idak entah..

Syarat2 penyertaan:

1.  FEMALE  blogger only (Warganegara Malaysia)
2.  Wajib jadi HV FOLLOWER
3.   Buat satu entry bertajuk “~2nd Giveaway by Hijab Valley~” & letakkan banner kat atas (backlink)
4.   Tag 2 orang sister blogger yang lain 

5.  Doakan keselamatan & kesejahteraan saudara2 Islam kita di seluruh dunia seperti mesir, palestin,   gaza, syria dan negara2 Islam lain yang sedang bergolak. (Seikhlas hati)
6.   Last, jgn lupa tinggalkan url entry sisters sekalian dekat komen entri di bawah ye..

*Pemilihan pemenang berdasarkan cabutan bertuah/random.
*Hadiah2 untuk GA ni akan diberitahu dlm masa terdekat sbb still in progress.

Tag Team Cahmpion (hik3.. mcm dlm WWE lak..)
Budak Comel --> Mimi Najib
Budak Cute --->
DedeQ

11 September 2013

Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com



Jom sertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Segmen ini berlangsung daripada 1 September 2013 hingga  30 September 2013. Caranya mudah sangat. Cuma lima langkah sahaja.

  1. Follow Blog cikguzamrud.com, Tambah Google+ hijau zamrud
  2. Buat entri bertajuk "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com"
  3. Copy paste kod HTML yang telah disediakan diruangan HTML new post dan publish entri.
  4. Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen entri ini.
  5. Klik mana-mana iklan Nuffnang.
Blog rakan blogger yang menyertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com" akan tersenarai dalam bloglist cikguzamrud.com sehingga 31 Disember 2013.

Segmen ini dibuat sempena pertukaran domain pbssainsonline.blogspot.com kepada cikguzamrud.com. Selain itu, ia memberi peluang kepada cikguzamrud mengenali rakan-rakan blogger dan menziarahi blog rakan-rakan blogger. Secara tidak langsung segmen ini dapat merapatkan lagi persahabatan sesama blogger.

Kepada semua rakan blogger, selamat berkenalan. Terima kasih kerana memberi meryertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Sokongan kalian amat saya dihargai.

TERSENARAI SEBAGAI PEMENANG SEGMEN ULANGTAHUN KELAHIRAN MAMA D - BY PCL

klik untuk tumbesaran...
 Ngeh3.. Nampak tak kat atas tuuu? heee.. berita yang menggembirakan for today.. =) ..  Actually mula2 pagi tadi keciwa jugak sebab nama teman x tersenarai menang Bear Beso dalam segmen Farisha.. yelaaa.. tingin sangat nak bear beso tuu..(aisshh.. ngalahkan budak2 je rupanya yew!) ha2.. tapi udah rezeki tak berpihak pada teman, teman redha jelah.. pastu terperasan komen PCL a.k.a  http://www.nazlee.com kat ruang komen entri Segmen beliau yang teman dah join tu.... PCL cakap..
hihihi.. muka yang sebelum ni dah turun 10 sen terus up senyum leborrr.. heee.. sukanya kitaaaa.. ha2.. ekceli teman memang menantikan pun saat2 ni..he2.. tengok2 dapat gak.. suka sangat blog di review, sebab teman nak tahu pandangan PCL lak tentang blog teman.. kot yang mana terkurang tu boleh diperbaiki.. betul x PCL? heee.. satu lagi penantian ialah Blog Review by Sheila Salim.. ha2.. review dengan sejujurnya yunk.. jangan risau, teman x amik ati kalau ada yang terkurang.. sebab teman nak perbaiki lagi blog teman if masih dalam kekurangan.. heee.. buat yang tengah baca entri ni, cer korang check dalam list tu ada nama korang tak? entah2 ada terselit kot.. hehehehe.. Tahniah jugak kepada pemenang yang lain yea.. =)

apa2 pun.. thanx buat PCL dan tak lupa jugak thanx buat Sheila Salim gak yea! he2..

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers