Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

05 Oktober 2013

RENTETAN ISU ISTERI MAT YO & PENGAWAL KESELAMATAN

RENTETAN ISU ISTERI MAT YO & PENGAWAL KESELAMATAN
Komen seorang saksi yang nampak kejadian.. 
Kecoh hari tu isu pasal wife Mat Yo dengan Pakcik Guard ni.. Fofular sekejap wife Mat Yo ni kan.. 
tapi lagi fofular Pakcik Guard ni.. heee.. yelah, dah sah2 dia menjalankan tugasnya dengan betul tapi 
orang lak x dapat nak patuhi n dengo arahan.. sabo jelah.. isu ni dah sebulan lepas dah berlalu, 
dah basi kot.. tapi teman saja nak letak gak kat entri teman ni.. buat kenang-kenangan.. hihihihi.. 
Ok bagi yang xtau.. korang tengok lea gambo bawah ni yea.. xyah citer lea kot apa kes.. rasanya semua dah tau.. cuma apa yang teman nak share kat sini ialah antara gambo2 menarik time isu ni tengah hangat.. kui3
ni gambo kartun yang dihasilkan selepas kes tu.. 
pakcik guard kata wife Mat Yo tendang dia.. 
Pastu Pakcik Guard pun buat lea repot polis, 
Gambar Atas : Salinan report yang dibuat oleh Pak Cik terhadap kekasaran yang telah dilakukan 
oleh Mat Yo Wife report ini bertarikh 12/09/2013 untuk makluman korang.

Berikut pulak adalah aduan laporan yang dibuat oleh Siti Aisya Adam, ( Mat Yo Wife ) 
terhadap Pak Cik Azman (Security Guard Subang)
Pada 12/09/13 Jam Lebih Kurang 1150hrs Semasa Saya Berada Di Kawasan 
Airport Subang Bersama Suami Saya, Kami Merancang Dan Berbincang Di Dalam 
Kereta Untuk Membeli Tiket Kapal Terbang Di Terminal 3 Skypark. Semasa Saya 
Memberhentikan Kereta Saya Wvq 9090 Jenis Mini Cooper ...Berhadapan Dengan Pintu 
Masuk Terminal 3, Tiba Tiba Seorang Sekuriti Skypark Bernama (Azman) Datang Ke Arah 
Kereta Saya Dan Menyuruh Saya Mengalihkan Kereta Saya. Lalu Saya Meminta Untuk
Berhenti Seketika. Selepas Dua Minit Sekuriti Itu Datang Dan Mengeluarkan Kata-Kata Kesat 
Terhadap Saya, Seperti Perempuan Bodoh, Sial, Bangang, Perempuan Gila Dan Banyak Lagi. 
Semasa Kejadian Tersebut Sekuriti Itu Cuba Menyerang Saya Beberapa Kali Walaupun 
Suami Saya Ada Di Situ, Saya Terasa Amat Malu Di Perlakukan Sebegitu Sebagai Wanita. 
Saya Juga Ada Merakam Kejadian Tersebut. Saya Datang Ke Balai Polis Untuk Buat 
Laporan Untuk Tindakan Pihak Polis. Sekian Laporan Saya.
Teman xnak komen apa2 yang ni.. sebab nanti tersalah komen lak.. kui3..

Ha2.. petikan diatas xde kena mengena punn kot.. ayat Dayus je digunapakai jap..kui3

 

Antara hasil edit sape entah yang kreatif n menjadi jea ponn... hu3
 
Siap buat ala2 preview filem lagi tuu? ha3.. kreatif!
sape lagi yang lum kenal wife Mat Yo dan Mat Yo sendiri? 
inilah gambonya.. muda lagi pun.. patotlah... (hemmm??)
 
yang ni lak Pakcik Guard yang kini fofular sudaa.. hee.. 
fofular kerana benda baik xpe kann..
Haaaaa.. Tadaaaa.. tengok.. bukan takat fofular jea, tapi siap dapat Sijil penghargaan lagi tuu.. 
kerana disifatkan melaksanakn tugas dengan dedikasi, penuh tanggungjawab..
haaa.. best ke tidaaakkk? tahniah pakcik!

Petikan berita pasal gambar atas ni : sila baca bawah ni..
1 October--Sebelum ini majikannya mempertahankan tindakan Pengawal Keselamatan Azman Md Nayan,
 ekoran insiden isteri Mat Yo maki hamun, caci cerca hina beliau di Lapangan Terbang Subang 
Skypark 3 minggu lalu, sehingga akan menyedia barisan peguam untuk terus menyaman 
isteri Mat Yo.

Kini majikannya akan anugerahkan Sijil Penghargaan kepada beliau pula atas sifat laksanakan 
tugas dan amanah dengan penuh dedikasi dan tanggung jawab.Sijil Penghargaan tersebut adalah kerjasama antara majikannya Valiant Force Sdn Bhd dengan pihak pengurusan Lapangan Terbang Subang, Skypark.

Kini majikan dan pihak pengurusan Lapangan Terbang Subang Skypark berganding bahu dalam mempertahankan Sdr Azman Nayan.

Tidak hairan jika dalam masa terdekat ini beliau akan dinaikkan pangkat.

Nota : teman pun ada bapak sedara yang dah pencen koje RTM pastu dia saja nak koje sebagai guard di sebuah hospital di Perak.. bosan duk umah katanya.. orang dh biasa koje lea katakan.. kan.. sebab tu bila pakcik guard ni diperlakukan begitu teman terasa sangat2.. kalau pakcik org lain pun teman kesian, yelea.. orang tua kann.. patut ke layan camtu pada orang tua?

RAHIM HANYA SATU, TIADA GANTI #2

klik LINK atas ni untuk baca entri lepas

Teman share dari Wall sahabat Facebook teman.. silalah baca yea.. 
untuk tambah ilmu mana yang kita tak tahu.. 

Assalamualaikum... malam tadi... saye pegi urut... ala..dengan makcik thai kesayangan saye tuh...
sambil gi uerut,sambil nak ucap babai sebab nak pindah...nanti mesti rindu sangat kat die... 
die urut best..malam tadi,da habis urut,die pesan..  pesanan paling best di dunie ye...

- jangan keje teruk2
 - jangan angkat berat
- JANGAN TOLAK BARANG GUNE KAKI 
TERUTAMA GUNA IBU JARI KAKI..!!

saye pun tanye..kenape cik?

>sebab ibu jari kaki terus berhubungan dengan rahim...
ade orang tak angkat berat,tapi tolak2 barang berat gune kaki..
tak bole tu!

ooo....patotla,saye memang perna buat...
baru ni pun mmg angkat berat,maklum cik,kemas2 barang..

>acik da banyak urutkan orang yang peranakan jatuh,ade yg lagi teruk,
sampai da terkeluar dari 'tattittut'...

hah? nauzubillah cik..taknak la saye!!

ade sorang ni,anak 3,degil betul,acik da betulkn,die wat jugak keje berat.. betulkan lagi,maen sukan pulak,terus terkeluar... yaAllah,acik nasihatkn die,adik,jage la diri kamu,mude lagi,sayangla tubuh sendiri..! tak lame lepas tu,suaminye mule cari pempuan lain, pempuan tu datang lagi,nangis2,acik cube tolong.. tengok2...datang lagi,mengandung pulaaaakk,BETUL REZEKI TU DARI ALLAH,TAPI..KAMU TU BERMASALAH RAHIM..SUAMI PUN KENE LA DIFAHAMKAN,MAEN LANYAK JE...IKUT NAFSU,KESIHATAN MACAMMANE? acik tak faham betul budak2 zaman sekarang,degil! tak sayang tubuh sendiri.. nanti kalo betul2 rahim tu terus terkeluar,tak bole masuk balik da,gune 'cincin' pun tak bole da..doktor pun tak bole tolong,potong je la....

saye telan air liur GULP....

*kawan2,sile jage bahagian kewanitaan anda ye.. sayangi tubuh sendiri..
SUAMI PULA,sile amek berat kesihatan dalaman isteri anda, anda jugak nak gune lame..
ops,macam kasar pulak,saya emosi dengan cite acik tu...saye tak habis pk.. hmm...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù · 
Tanda-tanda rahim jatuh /Peranakan jatuh:
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·
- Terasa sesuatu terkeluar di bahagian faraj
- Ketulan pada faraj
- Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain)
- Sakit belakang
- Sakit semasa hubungan seks
- Pendarahan faraj selepas menopaus
- Inkontinens kencing atau kencing tidak terkawal
- Sukar buang air kecil / besar

RAWATAN :
- sila la jumpa doktor dgn segera
- jumpa bidan kampung untuk mengurut/menaikkan bahagian rahim.
- selepas urutan menaikkan rahim , amalkan JPD / JJC utk kuatkan rahim
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù · 
Mencegah rahim dr jatuh
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·
* Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku.
Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera

* Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang

* Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, 
sila keluar dari bilik air

* Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan 
korset yang amat ketat

* Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik

* Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah 
perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù · 
soalan : sis mcmana saya nak tau rahim ni terkeluar
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·
saya : dik nak tau senang je..cube adik cangkung, masukkan 1 jari dalam vagina..kalau ada mcm besar guli kat tengah laluan tu tu makna peranakkan kita turun...atau lebih di kenali sebagai tombong..lagi dalam tombong tu lagi sihat rahim kita..jgn sampai tekeluar dik...kalau dh tekeluar boleh kene potong sbb nak masukkan balik dh susah...jgn main2 ye dik..rahim kita lah...kita nak keje jaga..bukan suami atau org lain..kita je tau mcmana..ais jgn minum selalu..sekali sekala boleh lah..lg bagus jgn amalkan..jgn angkat berat2...pesanan ikhlas dari saya...kalau dh tekerluar nak jaga susah..hari2 kene cek kat mana tombong tu..lebih baik mencegah dari merawat kan...fikir2 kan selamat mencuba.

04 Oktober 2013

KHASIAT TEMBIKAI



KHASIAT TEMBIKAI 

Kali ni nak share pasai artikel buah Tembikai lak.. Tembikai yang dikenali juga dengan nama Timun Cina, Semangka ( errr.. macam nangka lea pulak namanya.. hi3) atau nama saintifiknya Citrullus Lanatus merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae. Buah tropika ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, asid folik dan zink. Serta mengandungi khasiat yang tinggi.

Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.

Jus buah tembikai cukup enak namun ianya juga sangat mujarab dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti demam, masalah perut kembung, sakit kepala dan penyakit paru-paru. Jus ini juga memberi tenaga dan kekuatan di kalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh badan yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit. Selain itu penyakit artritis, gout serta keracunan uremik yang berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan dapat diatasi dengan pengamalan minum jus buah ini.

KALA JENGKING NERAKA

KALA JENGKING NERAKA

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?

"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari 5 orang:

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak."

P/S: Haiwan tidak dimasukkan ke dalam neraka tetapi Allah ciptakan haiwan yang khas untuk menyeksa ahli neraka yg degil.

Nota : Takut baca petikan diatas.. korang acane lak?

ASMAUL HUSNA - 99 NAMA ALLAH YANG SANGAT INDAH

Asmaul Husna / 99 Nama Allah

Salam Jumaat semua.. teman baru singgah blog seorang blogger semalam, dan melihat satu video yang agak merdu je suara pengalunnya.. haaa.. sebab tu hari ni teman nak share video dari Sharifah Khasif yang mengalunkan dengan merdu nama2 Allah.. amat menyentuh kalbu bila mendengarnya..  jom tengok video ni.. dan hayati setiap yang dialunkan.. dan jangan lupa baca kat bawah ni sekali yea.. moga dapat mengingati nama2 Allah selamanya.. thanx kepada blogger darimataazyma.blogspot (jangan lupa singgah)


Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù · 
99 Nama Allah yang sangat indah..
Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù •●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·

YA ALLAH

YA-RAHMAN-MAHA PEMURAH

YA-RAHIM-MAHA PENGASIH

YA-MALIK-MAHA AGUNG

YA-QUDDUS-MAHA SUCI

YA-SALAM-MAHA SELAMAT SEJAHTERA

YA-MUKMIN-MAHA MELIMPAHKAN KEAMANAN

YA-MUHAIMIN-MAHA PENGAWAL & PENGAWAS

YA-AZIZ-MAHA BERKUASA

YA-JABBAR-MAHA KUAT

YA-MUTAKABBIR-MAHA MEMILIKI KEBESARAN

YA-KHALIQ-MAHA PENCIPTA

YA-BARI'-MAHA MENJADIKAN

YA-MUSAWWIR-MAHA PEMBENTUK

YA-GHAFFAR-MAHA PENGAMPUN

YA-QAHHAR-MAHA MENENTUKAN

YA-WAHHAB-MAHA PEMBERI

YA-RAZZAQ-MAHA PEMBERI REZEKI

YA-FATTAH-MAHA PEMBUKA

YA-ALIM-MAHA MENGETAHUI

YA-QABIDH-MAHA PENGEKANG

YA-BASIT-MAHA MELIMPAHKAN NIKMAT

YA-HAFIDD-MAHA MERENDAHKAN

YA-RAFI’-MAHA MENINGGIKAN

YA-MU’IZ-MAHA MEMULIAKAN

YA-MUZIL-MAHA MENGHINAKAN

YA-SAMI’-MAHA MENDENGAR

YA-BASIR-MAHA MELIHAT

YA-HAKAM-MAHA PENGHUKUM

YA-‘ADL-MAHA ADIL

YA-LATIF-MAHA LEMBUT

YA-KHABIR-MAHA MENGETAHUI

YA-HALIM-MAHA PENYANTUN/SABAR

YA-‘AZIM-MAHA AGUNG

YA-GHAFUR-MAHA PENGAMPUN

YA-SYAKUR-MAHA BERSYUKUR

YA-‘ALIY-MAHA TINGGI

YA-KABIR-MAHA BESAR

YA-HAFIZ-MAHA PEMELIHARA

YA-MUQIT-MAHA PENJAGA

YA-HASIB-MAHA PENGHITUNG

YA-JALIL-MAHA SEMPURNA

YA-KARIM-MAHA PEMURAH

YA-RAQIB-MAHA MENGAWASI

YA-MUJIB-MAHA MENGABULKAN

YA-WASI’-MAHA LUAS

YA-HAKIM-MAHA BIJAKSANA

YA-WADUD-MAHA MENGASIHANI

YA-MAJID-MAHA MULIA

YA-BA’ITS-MAHA MEMBANGKITKAN

YA-SYAHID-MAHA MENYAKSIKAN

YA-HAQ-MAHA BENAR

YA-WAKIL-MAHA PENTADBIR

YA-QAWIY-MAHA KUAT

YA-MATIN-MAHA TEGUH

YA-WALIY-MAHA PELINDUNG

YA-HAMID-MAHA TERPUJI

YA-MUHSI-MAHA PENGHITUNG

YA-MUBDI-MAHA MEMULAI

YA-MU’ID-MAHA MENGEMBALIKAN

YA-MUHYI-MAHA MENGHIDUPKAN

YA-MUMIT-MAHA MEMATIKAN

YA-HAYY-MAHA HIDUP

YA-QAYYUM-MAHA BERDIRI SENDIRI

YA-WAJID-MAHA PENEMU

YA-MAJID-MAHA MULIA

YA-WAHID-MAHA ESA

YA-SAMAD-TEMPAT BERGANTUNG

YA-QADIR-MAHA BERUPAYA

YA-MUKTADIR-MAHA BERKUASA

YA-MUKADDIM-MAHA MENYEGERAKAN

YA-MUAKHIR-MAHA MENGAKHIRKAN

YA-AWWAL-YANG PERTAMA

YA-AKHIR-YANG AKHIR

YA-ZAHIR-YANG ZAHIR

YA-BATIN-YANG BATIN

YA-WALI-YANG MEMERINTAH

YA-MUTA’ALI-MAHA TINGGI & MULIA

YA-BARR-MAHA BAIK

YA-TAWWAB-MAHA PENERIMA TAUBAT

YA-MUNTAQIM-MAHA PENGHUKUM

YA-‘AFUW-MAHA PEMAAF

YA-RAUF-MAHA BELAS KASIHAN

YA-AHAD-MAHA ESA (SATU)

YA-MALIKUL MULK-MAHA PEMILIK KERAJAAN

YA- DZUL JALALI-MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN DAN KEMULIAAN

YA-MUQSIT-PEMILIK KEADILAN

YA-JAMI’-MAHA MENGUMPULKAN

YA-GHANIY-MAHA KAYA

YA-MUGHNI-YANG MAHA MEMAKMURKAN

YA-MANI’-MAHA PENCEGAH

YA-DARR-MAHA MENDATANGKAN

YA-NAFI’-YANG MEMBERI MANFAAT

YA-NUR-MAHA PEMBERI CAHAYA

YA-HADI-MAHA PEMBERI PETUNJUK

YA-BADI’-MAHA PENCIPTA KEINDAHAN

YA-BAQI-MAHA KEKAL

YA-WARITS-MAHA MEWARISI

YA-RASYID-MAHA PEMBERI PETUNJUK

YA-SABUR-MAHA PENYABAR

YA ALLAH YA RABBI..

YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA RABBI

YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA RABBI

YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA RABBI

YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA RABBI

YA ALLAH.....

03 Oktober 2013

KERANA KES AYAM MASAK MERAH, TAKUT NAK BERHADAPAN ORANG RAMAI


Keluarga pengantin minta masyarakat tidak pandang serong 

SUNGAI PETANI - Keluarga yang mengadakan kenduri kahwin di di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini yang berlaku kes keracunan makanan sehingga empat orang maut dan lebih 270 lagi menerima rawatan di hospital, berharap masyarakat tidak memandang serong kepada mereka berikutan kejadian itu.
Ibu pengantin perempuan, Fazliyaton Nawawi, 46, berkata peristiwa itu menyebabkan dia tidak berani keluar rumah walaupun jiran-jiran di sekeliling dilihat tidak menyalahkan mereka dalam kejadian itu. 

Katanya apa yang berlaku ketika ini, banyak pihak di media sosial, Facebook yang menyalahkan mereka berikutan kejadian itu sedangkan dia sendiri, serta anak sulung dan anak ketiganya turut keracunan makanan, dan menerima rawatan di Hospital Yan sejak Ahad hingga petang semalam.

"Takut nak berhadapan dengan orang ramai. Walaupun masa di wad saya lihat orang boleh terima apa yang berlaku, tapi rasa takut masih ada kerana rasa bersalah. Kepada tetamu saya mintak maaf banyak-banyak. 

"Apatah lagi yang meninggal tu adalah kawan-kawan dan anak saudara saya sendiri. Mintak tolong hentikan yang mengata di Facebook. Orang yang datang kenduri Sabtu lepas tak kata apa," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Katanya kesan kejadian itu, dia sendiri masih merasa takut untuk berkunjung ke rumah keluarga mangsa yang meninggal itu tetapi beliau tetap akan pergi mengunjungi keluarga mangsa.

Bapa pengantin perempuan, Yusof Ahmad, 52, berkata niatnya mengadakan kenduri itu hanya untuk meraikan majlis perkahwinan anak keduanya daripada tiga beradik, Hasliyana, 22, dengan pasangannya, Mohd Fauzan Zakaria, 26, 

"Tak sangka macam ni jadinya. Panggil kenduri ni untuk meriahkan majlis Ada juga yang dok kata bubuh racun. Takde niat macam tu," katanya. 

Katanya kerana fobia dengan kejadian itu, dia merancang untuk tidak mengadakan sebarang kenduri pada majlis perkahwinan anak sulungnya yang dijangka pada Mei tahun depan. 

Hasliyana pula berkata dia sendiri mahu majlis itu diadakan dan mengeluarkan belanjanya kerana ini kenduri kahwin yang pertama dalam keluarganya. 

Sumber
Bernama

MINYAK YANG DULU BUKAN LAH YANG SEKARANG

 MINYAK YANG DULU BUKAN LAH YANG SEKARANG


Minyak yang dulu bukan lah yang sekarang,
Dulu seringgit sembilan sekarang dua ringgit sekupang,
Dulu dulu dulu ku bahagia sekarang aku menderita,
Cita ciata ku nak pandu kereta mewah,
Dulu ku senang sekarangku jadi susah,
Terima Kasih lah pada perintah,
Membuat cita ciataku musnah,

Hidupku dulunya seorang bisnesman,
Pulang lewat selalu bawa wang berguni,
Bila minyak dah naik tak lagi begini,
semua habis bayar itu ini,
Sekolah dulu ku tak belajar tinggi,
Terpaksalah aku bekerja sendiri,
Bekerja siang malam cari rezeki,
Tak sangka pula jadi begini,

Hidupku dulunya seorang bisnesman,
Pulang lewat selalu bawa wang berguni,
Sejak minyak naik ku jadi begini,
Mungkinkah tahun ni dapat BR1M lagi?

lagu ni Blogger Jiwarosak.com suka.. nah ni untuk kamuu.. hak3!
jangan marah yea 
feroz ... dah asik lagu tu jea kamu nyanyi kat FB..
kikikiki.. (gelak bergulinggg).. 

KUNYIT RAWAT PSORIASIS

KUNYIT RAWAT PSORIASIS

Related Entri : APA ITU PSIORISIS?

Lagi citer pasal penyakit kulit Psiorisis  teman nak share dengan blogger yang ada anaknya hadapi Psiorisis  tapi teman tak ingat sape Blogger tu.. kalau lea teman ada terjumpa balik, nak jea teman backlink kan ke dia.. supaya leh sama2 kongsi info ni.. apa2 pun harap blogger tersebut jumpalah entri teman ni, sebab teman tahu blogger tersebut pasti akan terus mencari penawar untuk penyakit anaknya.. moga Allah bantu beliau..


Teman tahu ramai juga yang sedang mencari penawarnya. Hanya mereka yang mengalaminya penyakit ini sahaja yang tahu betapa sukarnya menghadapi hari-hari dalam hidup mereka. 

Kalau korang ada petua atau kaedah alternatif lain, boleh kongsikan kat sini, komen je bawah ni.. Teman lak pagi tadi terjumpa lak artikel ni, sebelum lupa teman pun gigih buat entri dan publish untuk tatapan mereka yang berkaitan.. korang yang tak berkaitan dengan sakit ni pun leh baca.. ilmu kan.. ne tau korang pun ada berhadapan dengan mereka yang menghidap Psiorisis ni.. Jangan takut dekati mereka sebab ia xkan berjangkit kat korang hokeh.. 

Artikel yang teman baca tu ialah merawat Psiorisis menggunakan KUNYIT. Selain itu apa saja masalah berkaitan kulit seperti gatal, panau, kurap, jerawat dan sebagainya, ia juga boleh diatasi dengan menggunakan kunyit. 

Caranya:
1. Dapatkan sepotong kunyit hidup. Tumbuk lumat dan tampalkan di tempat yang bermasalah. 
Pilihlah waktu yang sesuai seperti waktu malam atau hujung minggu. 

2. Lebihkan kunyit dalam masakan dan makanlah sekerap mungkin.

Ketahuilah bahawa di luar sana ramai yang amat memerlukan bantuan kita. 
Bantuan tidak semestinya dengan wang ringgit. Cukuplah sekadar SHARE maklumat ini. 


APA ITU PSORIASIS?

Kenali apa itu psoriasis
Hai.. Salam petang buat semua, tadi masa nak godeh2 FB, teman ternampak satu info tentang Psoriasis .. Rasa tergerak hati lak nak simpan dalam entri teman ni.. bukan untuk siapa tapi untuk diri teman sendiri.. 2 tahun lepas teman pernah jugak hadapi simpstom2 macam dalam artikel ni, tapi x seteruk mereka.. dan apa yang pasti teman sendiri confiuse yang teman ni sakit kulit ke apa.. bila jumpa doktor, doktor kata Psiorisis, dan bila jumpa doktor lain lak dia kata Ekzema.. teman pun xtau mana satu.. malas nak fikir sebab gejala kulit kering tu x berlaku selalu dan kini dah hilang sedikit demi sedikit.. maybe start makan vit C kot.. 
wallahualam.. apa2 pun teman nak jugak buat entri ni just untuk korang Kenali apa itu psoriasis. Supaya korang dapat menilai dan tahu punca2 serta cara untuk elakkan.. entri ini juga teman buatkan untuk seorang blogger ( x ingat nama blog dia) yang juga menghadapi masalah yang sama yang berlaku pada anaknya.. moga blogger tersebut jumpa jalan penyelesaian dan ubat yang sesuai untuk anaknya.. sama2 kita doakan yea.. hemm.. tak mau citer panjang.. jom baca ni.. BACA SAMPAI HABIS YEA.. ILMU nii..
Kenali apa itu psoriasis
Seseorang yang mempunyai penyakit psoriasis biasanya akan mengalami keadaan di mana terdapat di bahagian-bahagian tertentu pada kulit mereka yang bertompok-tompok dan bersisik.
Ia biasanya terdapat pada siku, lutut, kulit kepala, dada dan bahagian bawah belakang badan. Walau bagaimanapun, ianya boleh timbul di mana-mana permukaan kulit termasuk di bahagian sulit. Psoriasis juga boleh melibatkan kuku yang menjadi rapuh dan kekuningan dan ada juga yang mengalami masalah sendi-sendi (arthiritis).
Psoriasis sering disalah anggap sebagai penyakit kulit yang berjangkit seperti kurap tetapi ia sebenarnya tidak berjangkit. Anda tidak akan menghidap penyakit ini walaupun bersentuhan dengan pesakit psoriasis. Walau bagaimanapun, ramai beranggapan begitu oleh kerana keadaan fizikalnya yang mencacatkan rupa bentuk kulit seseorang pesakit itu.
Contoh keadaan kulit psoriasis yang jelas dipermukaan kulit
Pesakit yang mengalami Psoriasis memerlukan rawatan berpanjangan untuk mengawal penyakitnya itu tetapi mereka juga memerlukan pemahaman yang baik tentang penyakit tersebut agar tidak menjejaskan keyakinan diri mereka.
Penyelidikan terhadap penyakit ini hanya menunjukkan bahawa ianya ada kaitan dengan faktor genetik. Namun apa yang menyebabkan ianya datang, pergi dan kembali semula mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti:
*Infeksi
*Reaksi terhadap sesetengah ubat-ubatan
*Kecederaan pada kulit
*Tekanan
*Cuaca
*Lain-lain faktor seperti merokok dan pengambilan alkohol

Faktor-faktor di atas juga boleh mempengaruhi kondisi psoriasis seseorang pesakit itu menjadi semakin teruk jika tidak mendapat rawatan.

Di Malaysia, lebih kurang 2% penduduk mengalami penyakit ini dan kebanyakannya muncul di peringkat dewasa walaupun terdapat kes-kes yang melibatkan kanak-kanak dan bayi.

Psoriasis sebenarnya adalah kondisi di mana sel-sel kulit mengalami proses matang yang lebih cepat dari biasa. Jika sel-sel biasa mengambil proses kitaran selama 28 sehingga 30 hari, sel-sel kulit psoriasis pula mengambil masa 3 sehingga 6 hari sahaja.

Akibatnya sel-sel ini bergerak ke atas menuju ke permukaan dengan cepat lalu menghasilkan sisik-sisik tebal yang jelas kelihatan. ianya juga mengakibatkan saluran darah di bawah kulit menjadi lebih lebar dan meningkatkan aliran darah.

Peningkatan bekalan darah ini menjelaskan kehadiran tompok-tompok bersisik ini dan menjadi merah apabila digaru dan mudah berdarah.

Pesakit psoriasis dan kehidupan seharian
Psoriasis boleh terdapat di mana-mana permukaan kulit
Tidak seperti penyakit kronik yang lain, pemakanan pesakit yang mengalami psoriasis tidak berkait antara satu sama lain. Psoriasis dialami oleh semua kaum di Malaysia, contohnya, walaupun juadah makan setiap kaum amat berbeza.
Ianya juga tidak sepatutnya menjejaskan perhubungan seks sekiranya pasangan itu memahami penyakit ini.
Psoriasis juga tidak akan menjejaskan kehamilan dan proses kehamilan. Kadangkala, keadaan Psoriasis mungkin akan bertambah baik sewaktu kehamilan atau sebaliknya bertambah buruk.
Walaupun terdapat kaitan genetik di dalam penyakit ini, adalah sukar untuk membuat ramalan samada anak yang dilahirkan itu akan menghidap Psoriasis atau tidak. Terdapat keadaan di mana beberapa ahli keluarga menghidapi Psoriasis pada masa yang sama tetapi ada juga pesakit-pesakit yang tidak mempunyai sejarah keluarga seperti itu.
Rawatan dan Sokongan
Walaupun tidak ada rawatan yang boleh menyembuhkan Psoriasis namun ada banyak cara untuk meredakan penyakit ini. Pelbagai ubat-ubatan seperti krim dan salap boleh didapati untuk mengawal tanda-tanda penyakit ini. Rujuklah kepada pakar kulit jika mengalami tanda-tanda Psoriasis.
Jangan mengambil ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang buruk seperti kerosakan hati, buah pinggang dan sum-sum tulang.
Persatuan Dermatologi Malaysia baru-baru ini melancarkan KULIT – Kempen PDM 2007 Hidup bersama Psoriasis bagi memberi penerangan dan informasi tentang penyakit ini kepada orang ramai.
KULIT membawa makna yang lebih mendalam iaitu:
K - knowledge ataupun pengetahuan yang amat penting tentang penyakit ini
U - singkatan you atau anda yang mengalami psoriasis
L - living atau hidup dengan penyakit ini dan menghadapi cabaran seharian
I - Interaction atau interaksi dengan orang lain 
T - treatment atau rawatan adalah perlu.

Pesakit-pesakit psoriasis juga boleh mendapat bantuan sokongan daripada Persatuan Psoriasis Selangor dan Wilayah Persekutuan. Hubungi Eugene Cross di 03 - 8948 4335 untuk keterangan lanjut.
Rujukan:  

Segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2013

Segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2013
Haiiii.. tengah watpe tu?? korang dah lunch ke? teman dah lunch tadi.. makan roti jea sebab masih kekenyangan dimana semalam teman dah makan nasi goreng satu kuali kann..
 hak3.. logik ke tidaaaakkk?Sekarang teman xde buat apa, so, nak ngajak kome join segmen ni.. nak takk?? kalau nak tekan banner atas ni.. owner segmen ni suka bunga ros.. hemm.. nama dia sedap lea.. Ayuinsyirah.. hemm.. kan.. sedap nama dia..  apa2 pun, jom join jomm!

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers