Teman ini masih kekurangan ilmu, sebab tu bila jumpa sesuatu yang teman baru tahu, teman akan kongsikan disini.. Untuk simpanan dalam peti ingatan teman ni.. dan juga menjadi tatapan rakan2 yang sama seperti teman.. Yang terus belajar mengenali sesuatu..
Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai
tentang struktur Kaabah dari sudut sains :
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina
yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak
sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan
frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh
bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup,
penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah.
Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana
tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran
anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam
walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib
kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang
sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara
semulajadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam,
Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru
dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan
meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada
di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka
tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali
pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan
bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan
terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula
sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan
nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan
diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan
antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja
akan diterima oleh tubuh.
Sains ini hanyalah sebagai platform kajian manusia bagi mengenal yang maha pencipta
bahawa hanya ALLAH sahaja maha berkuasa. Sesetengah perkara yang ALLAH
jadikan tidak akan terjangkau dari pemikiran manusia. Maka ketahuilah ALLAH maha
berkuasa dalam setiap perkara "Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini
dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله
(Peringatan buat diri sendiri, dan rakan2 blogger lain.. Aminn..)