Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

27 November 2013

CASH OUT NUFFNANG YANG PERTAMA!

Aissshhhhh.. letih bebeno nak nunggu nuffnang cecah RM150, makanya Cashout RM100 jea sudah buat permulaan.. hu2... tapi pelik.. awat tinggal kosong terus duit teman hah?? sepatutnya dia potong RM1 jea kan? duit teman ada RM109.00.. hemm.. pelik.. pelik.. hu2.. biaq pi lah, janji dah cashout.. hanya tunggu cek sampai jea.. 30 hari katanya bagi yang berstatus Glliteratti.. hemm.. kalau yang non Glitteratti kena tunggu 60 hari.. lamanya.. sib baik teman berstatus Gliteratti.. (err.. betul ke ejaannya entah.. apa2 lah.. hu2.. haaa.. ini baru entri Wordless Wednesday kan! terlupa hari ni dah Rabu.. hu3..

Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk -- betulkah?

Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk
TERKINI baca sini--->: hoax-slayer.com
credit image..

Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk 



hemm.. Tergerak hati teman nak kongsikan info berkenaan ni, teman sebenarnya dulu tak minat sangat dengan Frifge Magnet (FM) ni, tapi sejak dapat banyak ole2 dari kawan2 dan dari sahabat hubby, teman dah start nak mengumpul lea pulok.. adeh.. dulu tak suka kini suka lak.. hu3.. tapi teman pernah lea terdengar yang orang kata tak elok letak FM ni kat peti sejuk kita, tapi taktau sebab apa.. sekali tadi tergodek2 google, nampaklah info ni.. hemm.. tak pasti lea kesahihannya.. tapi teman rasa nak letak FM semua tu dekat tempat berlogam lain jea kot.. (nak kena cabut lik lea FM yang teman dah letak kat peti sejuk teman tu nampaknya).. apa2 pun terpulang hak masing2 nak percaya ke tak info ni, teman just share jea.. betul ke tidak, Wallahualam.. tapi, teman memang suka n giler kumpul FM dah sekarang ni.. heeee.. nanti teman tunjuk gambo koleksi FM yang teman dapat yea.. tak lea banyak macam dalam gambo atas  ni, tapi ada lea sikit2.. hubby punya.. heeeee... teman cuma curik dan letak kat peti sejuk teman jea.. hee..ada satu tu hadiah dari Blogger Zarena Hani.. hee.. nanti teman share gambo yea.. apa2 pun baca dulu bawah ni..

Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk. 

Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet. Orang yang memakannya mungkin mengidap kanser. 

Kanser sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula merebak secara senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka, ia hanya disedari setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan perubahan pada dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang selera makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima rawatan. 

Yang ada hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan sehingga rambut pesakit habis gugur. Kadang-kadang rawatan kemoterapi ini pun belum tentu dapat menyembuhkan. Yang paling menyakitkan ialah apabila air tulang sumsum diambil. Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemoterapi akan sampai ke satu tahap bila dia berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi. 

Kita harus sering membuat pemeriksaan awal bagi mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel kanser yang baru mula aktif, insyaAllah dapat dikesan. Pada peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan sel yang aktif ini. 

Jangan fikir penyakit ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah. Jika umat Islam sihat, agama Islam turut kuat. Jika umat Islam lemah, musuh Islam akan menang. 

Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton

Selama beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tanpa magnet. Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet yang keluar dari magnet hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan.

Hasil kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus yang makan makanan dicemari sinaran electromagnet mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% mengidap kanser berbanding kumpulan tikus yang lain. 

Kerajaan, persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih berada dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya ditanggalkan magnet hiasan itu dari peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh dari makanan. Mencegah lebih baik dari merawat.
Aqidah tentang kuasa magnet.

Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah. Kuasa pancaran bersifat ma'niyah. Bukan kuasa magnet yang boleh menyebabkan kanser. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT jua.

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

26 November 2013

JARI KETAGIH NAK MENAIP

Haii. Camat Pagi semuaa.. huk2.. 1st sekali nak say sorry sebab tak sempat pun nak blogwalking mana2 sicantik manis dan si hensem bergaya yang singgah n komen entri2 teman, tau nape jadi begitu? sebab teman lum masuk Unifi lagi.. sekarang masih bergantung pada wifi.. kalau ada line tenetnya dapatlea teman guna.. kalau takde.. makanya teman jadilea seorang yang 'murung' seketika.. duduuukk jea dalam bilik.. pastu dah meroyan busan taktau nak buat apa.. hu3.. kejadian ni terjadi lea 2-3 hari lepas.. dimana kami tak dapat nak surf internet lansung.. huwaaaa.. teman sampai meroyan nak tengok blog teman tau.. 

semalam pun dapat buka FB jea kejap.. aiyoo.. teman n hubby udah sepakat kami nak kena pakai unipai (UNIFI) lea nampaknya.. tapi mungkin hujung Disember ni daftar untuk guna start Januari 2014, kalau nak daftar sekarang, udah tengah bulan.. kalau daftar hujung bulan ni plak.. hemm.. kami tengah sibuk2 nak siap barang dan bekalan duit untuk ke luar negara lak awal Disember ni.. So, masa yang sesuai ialah akhir Disember ni lah.. buat sementara ni pakailah wifi dulu yea.. selow bebenoo.. selow pun selow lah! hu2.. 

ok lah.. memandangkan koje teman dah siap pagi tadi.. ngepos barang customer (saja kuo awal sebab nak elak hujan or jem..) tapi last2 jem giler hari ni.. mungkin sebab awal pagi tadi hujan lebat, maka ramai lea yang masuk opis lambat.. yea takk?? hu3.. makanya teman nak uruskan urusan blog plak.. heee.. Ok lah.. malas nak taip panjang2.. nak jalankan tanggungjawab bw mana2 blogger yang dah singgah n komen sini jap.. 

22 November 2013

BLOGGER GEMPAK 2013 AWARD


KLIK BANNER UNTUK JOIN!!

Award "BLOGGER GEMPAK 2013" Bermula..!


Berita baik untuk semua blogger Malaysia!

Pelbagai Hadiah Menarik Bakal Dimenangi!

Hadiah-hadiah :

Tempat Pertama : 1 Pemenang - RM100 + Piala "BLOGGER GEMPAK 2013" + 1 Tudung + 1 Bantal Kraftangan Saiz A4 + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Tempat Kedua : 1 Pemenang X RM50 + 1 Tudung + 1 Tasbih Digital + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Tempat Ketiga : 1 Pemenang X 1 Tasbih Digital + 1 Tudung + 1 Minyak Angin Fresh Care.

Saguhati : 20 Pemenang X Setiap Pemenang Berpeluang Memenangi Satu Hadiah (Tudung, Shawl, Lotion, Mineral Coffee, Tasbih Digital, Fridge Magnet, Keychain, Masker Savee, Topup HP, Minyak Angin Fresh Care, dan macam-macam lagi)

Menarik bukan?

Syarat-syarat Contest :

1. Follow Blog Ejulz & Semua Sponsor;


2. Like Page FB :


 
3. Klik Banner Sponsor ;

[KLIK]

4. Buat satu entry di blog anda yang bertajuk "BLOGGER GEMPAK 2013 AWARD".
5. Dalam entry WAJIB letak BANNER CONTEST dan hyperlink ke link contest ini.
6. Letak link entry anda pada ruangan kotak komen di bawah.
7. Jika Disahkan Syarat-syarat cukup, Ejulz akan Print Screen entry contest dan akan diletakkan ke dalam Album "BLOGGER GEMPAK 2013" AWARD.
8. Gambar Print Screen Entry yang mendapat LIKE TERBANYAK akan dikira pemenang. 
Kira adil bukan? ^_^


JOIN SEKARANG!

TARIKH TUTUP CONTEST ADALAH 4 JANUARI 2014.

PIXY MALAYSIA #Pemenang Peraduan Truly Asian Beauty

Pemenang Peraduan Truly Asian Beauty

Haaa.. sape ada join ni? tapi ingat2 lupa dan tak tahu pun pengumuman pemenang dah keluar? ho2.. haaa.. ni cek nak habaq mai lah yea.. Pemenang-pemenang Peraduan Truly Asian Beauty telah diumumkan pada 1 November 2013 yang lepas.. Tentu ramai jugak Blogger yang join kan.. dah tentu korang pun tak perasan pengumuman pemenang dah dibuat kan? 

Hari ni saja buka Page PIXY MALAYSIA, bukan sebab nak nengok list pemenang pun, tapi sebab teruja dengan entri Blogger Fyna yang buat review pasal produk PIXY ni.. memang.. teruja teman membaca review Fyna.. sampai tergerak hati nak gi guardian nengok produk2 PIXY tu.. perghh.. bukan nak cakappp.. memang rasa nak beli satu set wehhh!! murah! Cantik tekstur bedaknya! 

dannnn.. yang paling teman suka.. PIXY GENTLE & MOIST CLEASING LOTION tuuuu.. wahhh.. dah try yang tester punya.. betull.. tak berminyak weh!! memang terbaeklah.. teman suka sangat2.. kebetulan yang tu lak nak abes.. memang nak beli jea rasanya kann! opss.. tunggu duit nuffnang n 8share masuk dulu.. ekekekekeke...

belek punya belek Page PIXY MALAYSIA ni, tiba2 ternampak pengumuman pemenangnya.. ho2.. lama dah tu.. leh tuntut lagi ke? Walau apa2 pun teman nak ucapkan 
Tahniah kepada Zatty Aty, Intan Marliana dan Happy Farmie yang telah memenangi hadiah utama dalam Peraduan Truly Asian Beauty
dan dibawah ni lak Pemenang2 Hadiah Saguhati
ada tak muka korang kat atas ni? ha2.. kalau ada gi tuntut hadiah cepat kat PIXY MALAYSIA! tapi taktau masih leh tuntut ke tak, sebab tarikh umum pemenang pun dah jauh bebeno.. tapi try jugak lea tuntut tauu!! hadiah best tuu.. mesti bekalan produk PIXY  kot.. rasa2 nyalah!! 

Wahhhhh!!!! teman nampak macam Blogger kita salah seorang pemenang tuuu.. cer teka sape?? haaa.. cepattt!! teka sapeee.. ha2.. teman nampak dahhh.. siyess!! memang rezeki kawen betul dia kan!! ha2..tak jumpa lagi??? alahai.. cari gakk sape blogger tu tau!!! heeeeeeeee.... Buat Blogger bertuah tu, tahniah yunk!! memang murah rezeki sebab masa tu kan tengah bz persiapan kenduri esoknya kannn.. heeee.. 
Bagi korang yang tak menang tu, Jangan putus asa.. Korang masih ada peluang! Sertailah Peraduan Tarian PIXY ‘One-Step’ (www.pixy.com.my/onestep) dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai sehingga RM10,000 daripada PIXY dan Habib Jewels!(Opsss..yang ni teman segan nak join. hu3.. )
Klik untuk tumbesaran
errr.. teman baru buka email hari ni,.. hu2.. inilah dikatakan xde rezeki namanya.. hu3..

MEMATIKAN SIHIR DALAM RUMAH

Salam.. hari tu teman ada share pasal entri DOA-DOA PELINDUNG DARI SIHIR kan, hemm.. ni teman ada terjumpa satu lagi untuk amalan.. kalau ustaz2 pun akan suruh buat macam ni untuk pendinding umah kita dari dimasuki/terkena buatan orang...hope ia dapat membantu tp ingat yea.. perlu yakin ketika melakukannya..

Nota : ada yang mengatakan bahawa ia sesuai dilakukan untuk rumah sahaja, kalau Kedai dikhuatiri lak orang tak nampak kedai kita tu.. hemmm.. just share disini.. Wallah hu alam... 

21 November 2013

PAGEVIEW ADA PENINGKATAN... SYUKUR ALHAMDULILLAH..

 Nuffnang Unique Visit
 Pageview blog teman, dari sehari ke sehari.. lawa tak angka 1111 tu.. he2..
print screen berberapa hari lepas.. hari ni punya xtau lagi.. 

gambo atas ni saja je teman nak tepek, bukan apa2 yea.. just nak rekod untu diri teman sendiri BULAN BILA teman start dapat pageview angka macam kat atas ni.. bukan niat nak tayang2 lak yea.. nak ucap lea jugak tQ buat rakan2 blogger yang sudi singgah sini kan.. tQ yeaaa... korang banyak support teman.. heee...

20 November 2013

CPUV KE 3, 4 dan 5 #CREDITED GAK?

entri sebelum ni-->CPUV KE 2

hu2.. macam biasa.. saja gatai2 nak nengok nak nge check..terjumpalah CPUV yang ke 3, 4 dan 5 ni, tapi udah credited gak.. aishhh.. tak pernah teman dapat yang Ongoing.. nape yea?? camne nak dapat yang masin Ongoing? and apa perlu buat kalau dapat CPUV yang sedang Ongoing? otai2 silalah share ilmu kat sini reramai.. bole?? (=^c^=).. miawww...(muka kesian)

19 November 2013

SEGMEN MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE


SEGMEN MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE..
Ha2.. hari ni teman nak join Segmen Mak Dara.. perghhh.. nyaris2 tak terlepass.. terlupa sangat2.. heeeee.. dah janji dengan Mak Dara nak join hari tu, tiba2 tak join lak.. kang kecik hati Mak Dara tu kang.. kesian pulak meroyan kang..ekekekekek.. opsss..teman gurau je yea Mak Dara.. hee.. Nah, teman tepek kan gambo kegemaran teman.. heee.. dalam gambo tu teman n hubby teman tau.. bukan orang lain okey..
2) Dah follow Blog Meroyan Mak Dara lama dahh.. heee
3) Dah Tepek header Mak Dara dan linkkan ke blog Mak Dara
4) Dah letak Gambo.. heee.. 
5) Dah siap tinggalkan url link di ruang komen entri Mak Dara dah.. 
Opsss.. lupa.. nak gambo mata yea.. heeee... DONE! =P

REMAJA HILANG DITEMUI BUKAN DI VILLA NABILA (EKSKLUSIF)

REMAJA HILANG DITEMUI 

BUKAN DI VILLA NABILA (EKSKLUSIF)


Hoh?? Akhirnyaaaa ini kisahnyaaa... betul ke?

Sumber dari Blog MAZIDUL AKMAL SIDIK

Selasa, November 19, 2013


REMAJA HILANG DITEMUI BUKAN DI VILLA NABILA (EKSKLUSIF)
Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, 
Johor, selepas tengah malam tadi.

Pada ketika entri ini ditulis Izzat dan 2 rakan, lelaki dan perempuan sedang dirakamkan kenyataan di Balai 
Polis Bandar Dato On. Saya bersama wartawan, Zulhazri Abu Bakar berada di luar balai.

Tiada media lain bersama kami.


Maklumat disalurkan kepada kami oleh sumber berkredibiliti.


Sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Johor.

KISAH DISEBALIK VILLA NABILA YANG MISTIK


KISAH DISEBALIK VILLA NABILA

Entri berkaitan-->VILLA NABILA YANG MISTERI
Entri berkaitan-->MANGSA DISOROK MAHKLUK GHAIB

fuhh.. sana sini cerita pasal Villa Nabila ni kan.. Agak2 ada tak Produser filem nak buat filem tentang kisah Villa Nabila ni nanti? macam ada je.. macam ada je.. mesti ada punyalah! tengoklea nanti.. ekceli pada mulanya teman malas nak amik pot sangat sebab teman serammm dengo menda2 mistik camni.. apatah lagi nak buat entri pasal ni, tapi bila terbaca satu blog tentang Villa Nabila ni, teman jadi tertarik untuk mengikuti perkembangan kes ni.. yelah.. nak tahu jugak citer pasal budak yang hilang tu.. moga2 budak tersebut dijumpai dalam keadaan selamat lea hendaknya kan.. kita doakan sama2 yea.. 

hemm.. berbalik kepada cerita tentang apa yang teman terbaca dekat satu blog tu, teman amat tertarik nak share kat sini, yelah.. mungkin ada antara korang yang betul2 baru nak mengikuti pasal kisah Villa Nabila Yang Misteri ni, maka moh lea kita baca sama2 yea.. teman malas nak komen apa2 pasal kehilangan bebudak tu, yang kononnya desas desus mengatakan seramai 30 orang yang hilang, pastu 20 orang hilang, pastu ada jugak yang cakap 7 orang yang hilang.. adeh.. memang mulut ke mulut ni payah bebeno nak percaya.. xtau citer tapi pi buat citer.. maka tersebar lea citer2 yang x betul.. kita yang baca ni yang pening..

apa2 pun.. jom baca citer yang ditulis oleh Blogger ini didalam blog khas 
Villa Nabila di SINI 

ok..nak share tentang haunted banglo kat strait view (depen Danga Bay) sebenarnya bnyk version cite ni..so tak tahulea mane 1 yang betul @ yang palsu. Kalau korang nak tahu, Villa Nabila nie kira tempat paling top kot kat Johor Bahru nie mengenai cerita seramnya.aku pon jdi pelik kenapa tempat tu jadik famous sangat dengan cerita misteri.
Bagi penduduk yang berasal dari Johor Bahru, pastinya korang tahu kan misteri rumah banglo Villa Nabila nie.Menurut cerita apa yang aku tahu, kalau masuk genap kat dalam rumah banglo tu, jadi ganjil. Macam mana tu? Hurm. Masuk 8 orang, tapi sampai dalam ada 9 pulak. Sorang lagi tu siapa? Peristiwa nie terjadi kepada seorang bekas mat rempit yang bernama Tyes Hades(bukan nama sebenar tapi boleh search kat facebook kalau korang nak tahu). 

Kisah ni berlaku ketika masa zaman rempitnya dulu. Mat rempit biasa lah, hati cekal dan kering. Dieorang akan cuba membuat sesuatu yang orang lain tak berani nak buat. Kalau korang dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa-apa tu Alhamdulillah la kan. Kadang-kadang ada yang nak balik dari tempat tu, enjin kenderaan tak boleh nak start. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila.

Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila dan yg ketiga agak dalam sedikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor yang khabarnya mempunyai cerita mistik jugak. Tapi yang paling cerita mistik yang paling top sekali banglo Villa Nabila la. Pasal rumah doktor tu pon ada jugak.Tpi blom smpat lgi nk terjah ksana.
Mengapa Villa Nabila begitu mistik? Apakah punca dari mulut ke mulut yang sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yang tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila.
Memang aku perasan di kawasan perumahan elit itu terdapat banyak rumah-rumah jenis lama. Memang ada beberapa buah rumah berhadapan Pantai Lido (Danga Bay) yang sudah lama ditinggalkan dan penuh dengan semak samun.

Jika difikirkan secara logik, sudah tentu rumah-rumah yang terbiar ini sudah lama ada pembelinya kerana mempunyai nilai hartanah yang cukup baik disebabkan lokasinya yang amat strategik. Tidak jauh dari Bandar Johor Bahru dan menghadap Pantai Lido (Danga Bay).

Secara peribadi, jika dikatakan Villa Nabila ini berhantu memang aku tak dapat nak nafikan. Ini kerana villa itu sudah lama ditinggalkan sejak sekian lamanya. Tempat-tempat yang kosong seperti ini biasanya menjadi tempat tinggal mahluk halus yang akan senantiasa mengganggu manusia.
Korg tau apa itu seni? Kalau korg minat dlm bidang fotografi, dah tentu korg akan tau.. Utk menghasilkan seni dlm sesebuah gmbr, kebanyakkan fotografer akan menjadikan bangunan2 lama & terbiar sebagai 1 monumen penting dlm sesebuah gmbr itu.. Kebanyakkan fotografer dah serik utk ke Villa Nabila biarpun pada waktu siang.. Ini kerana gmbr yg dorg snap termasuk sekali benda yg tak di undang.. 
Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.

Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. 

Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lelki ni, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. 

Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi #6 - Versi terakhir ni
Macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Masa aku dengan Adan ke villa ni dulu pun agak meremang jugalah segala bulu yang ada. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang. Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok. Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat kawasan hutan.

Walaupun gambar yang aku simpan ni dah berusia 3 tahun, tapi aku baru terperasan satu lagi gambar yang nampak macam ada ‘sesuatu’ kat dalam gambar tu. Cuba korang tengok gambar dalam bulatan kat bawah ni. Bandingkan dengan gambar kat atas yang pada asalnya tak ada pun kat tingkap tu.
Silap kamera? Mungkin juga tapi macam agak mustahil.

Kawasan yang berhantu semestinya ada gangguan. Ada yang masuk ke kawasan villa tu tapi secara tiba-tiba enjin kereta mati dan ada sesuatu ketuk-ketuk kat bahagian atas kereta. Ada juga yang tetiba dengar lagu lama dari radio. Macam-macam juga pengalaman diorang dapat dek nak menguji tahap keberanian masing-masing.

fuh.. seram sejuk teman baca kisah2 diatas ni.. namun pada pendapat teman.. kita seharusnya percaya menda2 ghaib ni memang wujud.. kalau teman jadi diorang lah kan.. teman akan elakkan diri dari pergi ke tempat2 macam tu.. ni teman nengok orang kat situ pun taknak lepaskan peluang untuk menghampiri kawasan Villa Nabila yang menjadi perhatian ramai berikutan misteri yang baru berlaku di kawasan tu.

Terdapat Kajian paranormal dari pengkaji Paranormal iaitu Afeyza Arshad yang mengatakan kumpulan para normalnya pernah menjejaki misteri di villa itu dua tahun lalu dan mendapati kawasan itu memang ‘keras’.

“Biasalah, kawasan rumah tinggal.

"Apabila dibiarkan lama, sudah pasti ada makhluk lain yang mendiaminya.

“Saya nasihatkan mereka yang tidak ada pendinding diri jangan cuba menghampiri kawasan itu. Kami aktivis paranormal bukan datang kerana saja-saja, tetapi perlu mempersiapkan diri secara keseluruhannya,” katanya.

Ditanya apakah yang membuatkan kumpulan remaja berminat menjejaki kawasan villa itu, Afeyza berkata, rasa ingin tahu dan pengaruh media sosial dan elektronik menjadi faktornya.

"Budak muda, bila tengok cerita, mereka pun mahu tahu juga, tetapi hakikatnya mereka tidak ada asas.

“Sukar untuk dijelaskan perkara ini kerana gangguan yang datang itu secara batin, bukan zahir,” katanya.

Huh.. teman ni penakot.. sedangkan umah arwah atok teman kat kg yang ditinggal beberapa tahun tak berpenghuni tu pun teman x berani nak jejak masuk ke dalam.. inikan pula umah yang ditinggalkan berpuluh tahun yang lalu.. 

VILLA NABILA : MANGSA MUNGKIN DISOROK MAKHLUK GHAIB

Mungkin disorok makhluk halus
Gambar kecil diatas: Shamsuri
Orang ramai turut mengunjungi kawasan berhampiran Villa Nabila berikutan berita di laman sosial mengenai kehilangan remaja di kediaman itu di Jalan Skudai, Johor.

Entri berkaitan-->VILLA NABILA YANG MISTERI

SHAH ALAM - Pengamal perubatan Islam tidak menolak kemungkinan remaja lelaki yang hilang di villa terbiar di Johor Bahru, masih berada dalam keadaan selamat.

Pengasas Pusat Rawatan Islam At Tobibi Nilai, Datuk Shamsuri Shafie berkata, mangsa berkemungkinan disembunyikan makhluk halus yang menghuni villa itu.

“Kebiasaannya rumah yang sudah lama ditinggalkan akan dihuni jin dan syaitan. Sekiranya benar mangsa pernah memasuki villa tersebut, tidak mustahil dia kini disorokkan makhluk ghaib.

“Mangsa tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi dia boleh melihat orang di sekelilingnya. Kita kena percaya benda ini boleh berlaku kerana kewujudan alam ghaib sememangnya sudah dijelaskan al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya punca mangsa disembunyikan, beliau berkata, mangsa mungkin masuk villa itu secara tidak betul.

“Sebab itu, kita digalakkan memberi salam setiap kali memasuki tempat yang tidak dikenali. Sekurang-kurangnya salam tersebut dapat melindungi kita daripada gangguan jin dan syaitan.

Kelemahan rohani juga punca mangsa diganggu di tempat keras. Ada kemungkinan juga mangsa terambil sesuatu di villa itu,” katanya.

Menurutnya, rawatan perlu diadakan di villa itu bagi menemukan semula mangsa.

“Cara yang paling mujarab ialah melaungkan azan di empat penjuru villa. Sebelum itu, perlu membaca al-Fatihah sekali, ayat Kursi tujuh kali dan ayat 115 hingga 118 dari surah al-Mukminun.

“Insya-ALLAH, makhluk halus berkenaan akan menghantar pulang mangsa ke alam kita. Sekiranya mangsa belum dijumpai dalam masa terdekat, kami di Pusat Rawatan Islam At Tobibi sedia membantu menawarkan ikhtiar,” katanya.

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers