Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

18 Disember 2013

FELT CRAFT PLUSHIES DAH DITERIMA.. CUTE GILER!!

Tadaaa.. Hadiah Giveaway dari Aesya Zealous dah sampeiii.. lama dah, hari Sabtu yang lepas2.. heee.. 7.12.2013 (Sabtu) iaitu hari teman n hubby nak berangkat ke airport hari tu.. posmen ketuk pintu dan teman macam leh agak apa hadiahnya sebab dah di inform oleh sponsor Giveaway ni 2 hari yang lepas.. kikiki.. bila dapat jea terus buka, dan terus terlompat2 hepii.. sebab sukaa sangat menda2 cute ni.. alahai.. berbunga2 hati teman ni.. heee.. sampai berkobar2 dalam flight berangan lea konon, balik Malaysia nak update entri laju2 pasal ni.. ha3.. last2 teman sampai jea Malaysia tersadai kepenatan mencuci umah yang asyemm dengan wangian dan yellow liquid hasil dari bulus dua ekor tu, Butang n Oyen.. hu2.. KLIK SINI
Balik ke Malaysia cuaca berubah ke suhu Malaysia lea pulok kan.. tak sama dengan cuaca sejuk di HK, maka demam pun mula lea berperingkat2 nak menjengah.. mula2 Batuk, pastu selsema, pastu mata pedih n panas, badan panas.. tekak sakit.. haaaa.. kepala pening.. dan pakej terus demam sampai ke hari ni (18/12/2013-Rabu). Masa tengah snap gambo ni, teman masih lagi demam.. tido malam tak lena sebab badan panas n hidung tersumbat.. buka aircond pun badan still rasa panas, panas dalam badan agaknya..

Aishhh.. bukan itu yang teman nak citer yang benonya.. heee.. teman nak citer pasal hadiah Giveaway yang teman terima ni haa.. hari tu teman ada join Special Giveaway by Misz Nadea (klik yea), pastu teman menang lak FELT CRAFT PLUSHIES ni.. sebelum ni tak tau pun apa menda Plushies tu, pastu godek punya godek Sponsor punya FB dan Blog dia.. maka terjumpalah gambo FELT CRAFT PLUSHIES di FB dia.. perghh.. memang suka gilerr la punnn.. terus PM bagi detail semua (laju jea kan!) 

Pastu dia mintak bagi masa sikit dia nak post sebab dia tengah bz exam ke apa ntah.. lupa lak teman, teman x kisah pun.. sebab dia respon.. lain lea kalau dia senyap jea kan... heee.. pastu, tunggu punya tunggu akhirnya dapat.. bukan 1.. tapi 3 beb.. dengan tambahan burung 2 ekor lak tu.. yeayyy!! giler2 sukaa!! tQ sangat2 yea Aesya Zealous!! walauapapun.. teman rasa berbaloi menunggu lama.. heee.. thanx again! sape yang berminat nak order Plushies ni, leh lea tanya2 kat Blogger Aesya Zealous ni yea (klik2).. ni lak Facebook Aesya dan FanPage Aesya klik2 yea.. add dan LIKE sekali.. .. heee..
tengokkkk.. tak boleh nak privasi sikittt.. dia pun nak enterframe gakk.. aiyooo..
heee.. Bear tu pemberian Hubby teman masa zaman bercintan cintun dulu, 
haruslah mau letak dalam entri gak.. kikikiki
Kesayanganku... lupa lak.. FM tu dari Adriana Syaz.. 
hee.. nanti nak buat entri lain lak.. 

Apa2 pun tQ jugak buat Blogger Nadia yang anjurkan Giveaway ni.. 
thanx a lot yunk! klik sini untuk LIKE Fanpage Nadia..

BLOG MASUK REMAJA - RUANGAN SIBER BLOGGER

Nelydia Senrose
Cover Majalah REMAJA edisi 1 Disember 2013
Ini baru entri Wordless Wednesday! takmo taip panjang2.. simpan untuk next entri lak.. apa2 pun.. teman nak ucap tQ buat Cik Pensel yang sudi inform teman pasal ni, siap snap kan gambo yang jelas lak tu untuk teman.. hu2.. memang terbaek lea Cik Pensel ni.. tq yea.. Alhamdulillah.. boleh jadi kenangan buat teman sekiranya teman dah tiada lagi dalam dunia Blogging nanti (Ayattttt..... apekah??) Oklah.. jom singgah blog Cik Pensel  yea.. antara  rakan Blogger sporting dan baik hati.. ececececeh..kang kata teman bodek lak! =P .. saja buat entri ni lambat sikit.. malu lea pulak nak publish.. seriusss.. maluuuu.. wekkkkkkk..!
Malu kononnnn.. puiiii.. ni haa.. gambo snap dari Cik Pensel.. hee..
tq sekali lagi yunk! =)

Nak ucap tQ gak buat sorang lagi Blogger prihatin yang sudi inform..iaitu.. Rabiatul Rahim a.k.a Atul rahim  , tQ banyak2 yea Atul.. Tq tQ buat korang yang sudi merajinkan diri inform teman ni.. walaupun terselit diruangan kecikk jea, tapi teman happy sangat2.. ibarat Hadiah Besday (23Nov2012-23Nov2013) Anniversary Blog Tengkubutang yang Pertama jea kan.. Alhamdulillah... 
Ayoyoyoyooo.. ini bukan Wordless Wednesday dah niiii.. panjang jugak teman mengomel/menaip nih.. aduii.. camne lea nak pendekkan entri yea?? ha3.. bila tak menaip tak tau apa nak ditaip, tapi bila dah menaip.. haaaa.. cant STOP.. why? why? why? okeh.. itu saja.. k byeee.. 

ALAHAI.. SIAP BUAT ENTRI THANK YOU TU.. TQ SAYANGKU DEDEQ!

hu3.. teman ada entri wordless Wednesday banyak hari ni.. heee.. yang ni yang 1st hokeh.. yang baru teman publish jap tadi HASRUL HASSAN DAN OH PANDUAN BLOG adalah entri penuh.. hee.. entri terkejut namanya tu.. entri tetiba.. entri sesaja.. haaa.. entri kekaguman teman yang beno nyaa.. hee.. ikhlas bukan Bodek yeaaa.. haaa.. Okeylah, sapa lum baca entri tu sila klik LINK atas tu yea.. sape yang dah baca, moh cuci mata lak nengok entri yang ni.. haaa.. 

Teman nak ucap mekaseh buat Dedeq De Wishes sebab sudi buat entri Thank You lak untuk teman, walhal teman bagi kartun tu ikhlas jea.. sebab sebelum ni Dedeq pernah buatkan cover photo FB teman (yang teman guna sekarang ni.. he2.. ) sila KLIK kalau nak nengok.. ada miaw2 disitu.. hee..-->Tengkubutang (kalau rajin add lea teman yea.. kalau maleh.. sila dok diam2!) heeee.. jangan lupa LIKE Fanpage sekali yea.. kikikiki

Alkisahnya lah kan, semalam teman bosan2, saja lea dok mengasah bakat lukis yang x berapa nak ada ni, guna Adobe Illustrator.. (dulu tak suka sekarang dah cinta!) semua sebab hubby yang suka perli2 lukisan teman yang henyot benyot dulu.. geram aje.. lukis guna paint kot.. memang lea benyottt.. ha3.. (sentap jea masa tu kann.. ) haaa.. semalam gatai lea tangan ni try macam2 butang kat Ai tu.. pastu ter' rajin ela pulak nak buat doodle untuk kawan2 semua.. heee.. teringat nak buat kat Dedeq sekali.. 

sebab dia very the peramah n tak sombong n tak lokek ilmu dalam berblogging, kalau teman tak faham apa2, teman tanya DedeqDedeq pasti akan bagi jawapan n tolong teman.. hee.. tQ Dedeq.. hu3.. ekceli Dedeq ni antara member Blogger yang best laaa.. heee.. korang pun best gak tauu.. thanx sudi singgah n komen sini kan..hu2.. (tapi nak buat doodle banyak2 untuk reramai blogger.. x mampu lea teman.. hee.. teman Beginner lagipun.. =P .. apa2 pun.. jom singgah blog Dedeq De Wishes

Aiyakkkkk.. ini bukan entri Wordless Wednesday maaaaaaaaaaaaaaa.. panjang berjela lak menaip.. (gara2 dah lama peram kot.. tu sebab sekali menaip tak berhenti terus.. STOP! STOP!.. aiyoo.. ha2..

HASRUL HASSAN DAN OH PANDUAN BLOGGER -- INI BUKAN ENTRI BODEK YEA!

HASRUL HASSAN DAN OH PANDUAN BLOGGER
Entri berkaitan : HASRUL HASSAN SUMBER INSPIRASI
Haaa.. Assalammualaikum semua.. hemm.. hari ni sedang sibuk2 menyusun draft entri yang teman nak taip jap lagi.. tiba2 terbaca dekat Fanpage Hasrul Hassan  tentang pengumuman pemenang Giveaway RM50 Tunai anjuran beliau hari tu.. terbaca gak ayat yang ni --

Dan kepada yang lain, terima kasih. Anda semua pula akan layak untuk menerima potongan atau diskaun pengiklanan di blog saya sebanyak 50 peratus bagi semua bentuk iklan di blog saya termasuklah Advertorial. Untuk menebus potongan pengiklanan ini, anda perlu lakukan tempahan sebelum 31 Disember 2013 dengan menyatakan alamat email serta no giliran giveway dengan nama anda terus ke email saya - hasrulhiteg@gmail.com . Iklan tempahan yang anda buat pula akan dipaparkan pada tahun 2014.

(Untuk maklumat pengiklanan ... boleh rujuk - http://www.hasrulhassan.com/p/ruang-pengiklanan.html)

dan, teman pun klik lea LINK kat atas ni, dan baca lea apa syarat2 dan berapa caj  bayaran yang dikenakan untuk mengiklankan iklan kita di blog beliau, sambil baca sambil kagum, sambil baca sambil jeles, sambil baca sambil teruja, sambil baca sambil fikir "Hebat Hasrul Hassan ni.."nak tau apa menda yang teman maksudkan tu? haaaa.. jom baca bawah ni.. bawah ni adalah antara Kredibiliti Blog Oh Panduan Blogger milik Sifu Hasrul Hassan
  1. Google Page Rank blog ini adalah PR3
  2. Rank dari segi trafik antarabangsa adalah 33,766 (Alexa)
  3. Rank dari segi trafik tempatan Malaysia (MY) adalah antara 181 - 212 (Alexa)
  4. Rank dari segi trafik bagi serantau Indonesia (ID) adalah 88,215 (Alexa)
  5. Domain Authority - 39/100 (Tersenarai antara blog paling berpengaruh di Malaysia)
  6. Lebih 4000 entri telah ditulis melibatkan sekurang-kurangnya 50 entri berada di laman utama enjin carian Google
  7. Pengunjung blog terdiri daripada pelbagai lapisan latar belakang, umur dan kaum
  8. Trafik sebulan adalah sebanyak 70-90K dengan separuh merupakan pengunjung baru dan unik (Blogger.com)
  9. Trafik purata sehari adalah sebanyak 1.5K-3.0K (Google Analytics)
  10. Lebih 50% trafik dihasilkan menerusi enjin carian - mujarab untuk Advertorial
  11. 7 daripada 10 link dalam blog berjaya menghasilkan klik jualan serta komisen
  12. Purata pengunjung menghabiskan masa di blog ini adalah selama 5.32 minit (Alexa)
  13. Top 3 Favourite Educational Blog MSMW2013
  14. 8 daripada 10 pengunjung blog memberikan review 10/10 untuk blog ini dari segi kandungan
  15. Telah berjaya memenangi hadiah-hadiah hasil penulisan entri berkualiti termasuk wang tunai dan beberapa gajet terkini.
Haaa.. amacam?? Nganga kan baca betapa Dasyat pencapaian Hasrul Hassan dalam dunia Blogging ni? jeles dan dengki tahap gaban niii.. (ha3.. opss.. bukan dengki.. ayat yang manis sikit ialah  cemburu dengan kejayaan Blogger Hasrul Hassan  .. nak jadi macam dia tak mampu.. sebab blog teman bukan ke arah menjana pendapatan sebenarnya.. just blog personal yang hanya berkisarkan kehidupan seharian aje.. hu3.. tapi takpe.. janji kita senang dan happy dengan apa yang kita ada kan.. teman saaayang sangat kat blog tengkubutang ni.. biarlah tak se gah mana, asalkan teman dapat berkongsi macam2 kat sini denagn korang2 semuaa kan.. heee.. tapi kalau nak menjana pendapatan dengan berblogging.. teman dah ada sifu untuk mintak tunjuk ajar nanti.. kekekeke.. boleh tak Blogger Hasrul Hassan ?? heeee..   

17 Disember 2013

December Giveaway by Fatin Diana


Klik banner untuk join.

Senarai hadiah :
Cash RM50 x 1, AuraWhite 400,000mg x 1, Jersey x 7, Peplum blouse x 3, Tshirt I ❤ Medan x 1, 2 keping shiseido mask x 2, Tote Bag Authentic Mango worth RM80 x 1, Jumpsuit x 1, Cardigan x 1, Felt brooch x 3, Bawal glitter x 2 + bracelet x 1, Header + Doodle x 2, dan voucher discount 10% untuk semua peserta.

December Giveaway ditaja oleh Fatin Diana, Abang Ensem, Red Delima, House of WNS, Nadratul Syazwana, Mai's Beauty House, Nur Cimi, Fariqan Afina, Jasple Boutique dan Nur Shahira.


Tamat 27 Disember 2013, 10 Malam.

PRETTY AWESOME GIVEAWAY BY KHAIRINA

Klik Banner untuk join! =3
Assalammualaikumm.. hemm.. teman blurr nak pilih entri mana nak update untuk hari ni, so.. teman mulakan dari join Giveaway rakan Blogger ni lah, boleh yea? heee.. banyak cerita nak dikongsikan dengan korang tapi setakat ni bior Giveaway ni dulu jadi permulaan yea.. hu3.. jom join!giler! ramai sangat yang join GA dia.. hadiah pun giler2 best patutea ramai yang join.. moh kita join jommm!! kalau korang tak join.. rugii.. mana lea tau rezeki korang dapat salah satu hadiah yang banyak tuuu.. haaaaaaaaaaaaaaaaa.. moh kite jomm.. Good Luck hokeh!

16 Disember 2013

SEMPRIT SUSU





SEMPRIT SUSU


Bahan2:
●250 gram mentega
●1 cawan susu pekat
●500 gram tepung jagung
●1 sudu teh esen vanilla
●coklat chip, untuk hiasan

Cara Penyediaan:

1. Lembutkan mentega dengan letakkan pada suhu bilik seketika. 2. Dengan menggunakan mixer ataupun whisk, pukul mentega bersama susu sehingga sebati dan licin. Tak perlu pukul terlalu lama kerana takut biskut menjadi kembang.

3. Masukkan esen vanilla dan kemudian dikuti tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.

4. Rehatkan doh selama 10 minit. Che nom masukkan dalam peti ais untuk rehatkan doh. Keluarkan dan masukan doh ke dalam acuan terap bunga dahlia.

5. Terap dan hias bersama coklat chip.

6. Bakar selama 12-15 minit pada suhu 150°C.

11 Disember 2013

JUST ARRIVED SAFELY BUT.....

Alhamdulillah kami udah sampai ke Malaysia, Alhamdulillah Allah pelihara keselamatan kami disana, Alhamdulillah dan terima kasih buat korang yang sudi doakan keselamatan kami pergi dan balik... syukur semuanya selamat dan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.. 

Cuma keadaan kesihatan teman jea sedikit sebanyak buat teman rasa perjalanan kali ni sangat mencabar.. huk3.. dengan sakit perut dan sakit kaki, pening kepala semua satu pakej.. adoi lah.. tapi teman kuatkan diri jugak untuk bersama2 hubby menguruskan hal yang telah dirancang sebelum ni.. kalau ikutkan sangat sakit kita tu, memang apa pun tak jalan kan..? 

hemm.. sampai jea umah, buka2 pintu ada bau.... aiyaakk.. busuk maaa.. umah bersepah sana sini, air kencing kucen merata2.. (Oyen punya koje) Tong sampah tergolek (Butang punya koje).. aishh.. macam2 bau dah.. 

hemm.. apalagi.. terus mula koje membersihkan rumah, basuh baju yang dah pakai... macam2 lagi lea nak dibuat.. tapi mata rasa ngantok lea pulak, dalam flight tak leh nak tido.. sakit kepala.. 

oleh itu, teman mintak izin nak rehatkan diri dulu yea.. maybe esok atau lusa teman update entri terbaru yea.. buat peserta yang join GA teman tu, sekiranya nama korang tak tersenarai lagi dalam list peserta, dont worry.. teman akan senaraikan nanti.. sekarang tengah bz sikit.. nanti teman update senarai peserta terbaru yea.. =)

09 Disember 2013

CARA LILIT SHAWL STAIL MACAM2..

teman ada shawl macam ni, tapi tak reti nak menggayakan.. biasa pakai tudung bawal jea.. kalau pakai yang macam ni teman main belit jea.. hee.. tapi bila tengok orang pakai, rasa macam nak try plak.. ni saja tepek gambo kat sini, nanti nak try lilit macam ni.. hihihi..  mengkome dah pandai lilit, takyah nengok! =P
shawl macam ni pun teman ada, hemm mula2 tengok giler besonya, camne nak pakai.. tapi dah ada tutor bergambar ni, bole lea try.. heee.. (nak jugokkk yea!) kome nak try ke? jom try.. heeee...
shawl yang ni teman xde, tapi seakan-akan tu ada lea.. hee.. lawo jugop kann.. apa yang penting bio menutup dada.. baru lea lawo yang sebeno nyaa.. kannn.. ha2.. thats all for today, entri ni sekadar menghupdate blog teman aje.. he2.. jangan taktau.. ini entri Autopublish okeh, teman masih di luar negara kot masa ni.. apa2 pun.. sudi2kanlah komen dan tingal jejak korang yea.. 

klik untuk lihat Tutorial lain... 

GARAM SEBAGAI PENARIK TOKSI/ASID/RACUN DAN UNSUR NEGATIF DALAM DARAH/TUBUH

GARAM SEBAGAI  PENARIK TOKSI/ASID/RACUN 
DAN UNSUR NEGATIF DALAM DARAH/TUBUH
Buat Tukang Masak, Suri rumahtangga dan siapa saja yg suka masak ini cara betul mengunakan garam dan juga untuk rawatan mengikuti cara Rasulullah.

Kita disogok dgn fakta palsu; Ambil garam lebih boleh kena darah tinggi (Ini protokol yahudi...)

Back to cara hidup Nabi (SAW), Sebelum makan Nabi (SAW) letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan dimakan. Sampai di tempat baru, Nabi (SAW) ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru. Untuk ubat penyakit rohani, air perlu dicampur garam terutama sihir dan santau. Kenapa?

Allah dah cipta garam adalah penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh balance balik sistem tubuh kita. ini sunnah kita.

Tapi garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau nak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu. Baru letak garam. Kita panggil bubuh garam atas darat macam orang arab buat; Bubuh garam masa nak makan.

Sebab? 

Garam ada sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau dalam suhu panas, garam hanya tinggal sodium. Potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.

Seelok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman. 

Wallahu'alam.


Taken from Ustazah Masjid KLIA.

07 Disember 2013

ITU MOON LA BODOH..

Hemm.. kali ni saja teman nak share tentang sikap dan cara teman, nak citer gak teman ni macam mana orangnya.. suka berkawan dengan orang yang macam mana, dan apa benda yang paling teman tak suka... haaa.. korang nak tau teman ni camne? Ok lah, teman ni pemalu dan lemah lembut orangnya.. heee.. tak caya?? Tanyalea blogger mimi..

Tapi dalam teman lemah lembut ni, jangan plak di uji yea.. teman ni memang jenis pendam buat pekasam dulu, tapi lama2 bila gas dah naik, mula nak meletop.. jaga2 yea.. hu2.. 

Teringat ada citer masa kecik dulu, teman bersama kakak dan adik teman duduk di kerusi bersama seorang budak india (kawan kakak teman).. masa tu kami dihantar awal oleh driver bas ke sekolah kami sebab trip bus tu ada 2x kerana ramai sangat penumpang tu yang kena buat 2 trip.. satu jam 5.30 am (jgn terkejut yea) satu lagi jam 6.30..kami trip yang pertama..jam 5.30 am.. terpaksalea kami bangun awal weh.. ngantokkk..

Sambung lek citer tadi.. Dalam waktu subuh tu dah tentu lea kelihatan bulan yang cantik kan.. kakak teman pun tegur lea "eh.. apa yang cerah tu.. cantiknyaaa.." sekali budak india tadi menyampuk.. " itu moon la bodoh!" 
On the spot teman dan adik teman jeling ke dia, jeling tajammmmm giler2.. yelea, saper tak geram kalau orang cakap kakak kita bodoh kan! Pastu dengan slow budak india tu cakap.. "itu moon laa".. tau takottt.. sungguhpun kakak teman kawan baik dia, tapi tolong jaga sikit mulut bila bercakap yea.. memang kakak teman jenis malas nak melayan or balas balik, tapi jangan suka2 lak nak buli2 my kakak okeh!

Sama jugak satu ketika dulu, masa di taska muhamadiah (tempat teman mengaji dulu).. teman ni ustazah kenal sebagai seorang yang pendiam dan pemalu tapi terror dalam taska tu..selalu dapat tempat ke 1,2,3,4 dalam madrasah tuh.. kikiki (riak sekejap) ada satu hari tu teman ternampak sorang budak membuli adik lelaki teman, mula2 teman buat tak reti jea.. biasa lea budak2 kan.. tapi bila dah kaki dan tangan naik ke badan adik teman, haaaa.. ini sudah mendatangkan marahhhh.. terus teman bangun dan gi kat budak yang sedang buli adik teman tu.. 
Teman goncang2 kan kerusi budak tu.. teman marah dia, nape buli adik aku hah!!?? budak tu terbongkok2 atas kerusi takut kalau2 teman belasah dia.. tapi teman idak lea sampai nak belasah dia kan.. dia tu budak lagi.. cuma teman nak bagi dia sedar dan jangan ganggu adik laki teman tu.. kesian dia takut nak gi ngaji nanti.. lepas teman goncang2 kerusi budak tu.. teman terlihat dari ekor mata teman, terasa macam ada seseorang sedang memerhati teman.. teman pandang je arah kanan.. ternampak ustazah terkebil2 seperti terperanjat  tengok teman.. Aaaaarghhh.. dalam hati berkata "malunyee aku.. mesti ustazah terkejutt bila tengok aku yang lemah lembut ni leh jadi segarang itu.." hu3.. ini namanya tindakan spontan tau! boleh jadi teman ni seorang yang melindungi kot.. haa.. kann.. dah ada orang setuju tuu.. betul kan! betul kan?? heee...

Kisah Misteri Tingkat 13 KLCC


Kisah Misteri Tingkat 13 KLCC
(Entri Autopublish)

Ini ada suatu kisah misteri yang berlaku di tingkat 13 KLCC, dikatakan kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC.

Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jumaat) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada sesiapa di dalamnya. Dia masuk dan tekan tombol “G” untuk ke Ground floor.

Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas, tidak turun ke bawah. Ketika sampai di tingkat 59, lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka… kemudian masuklah seorang perempuan yang cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihat perempuan itu sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri di belakangnya.

Dia tertanya-tanya di dalam hatinya… “Siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah?” Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat.

Tiba di tingkat 13, lampu lift terpadam dan lift terhenti. Dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu rongga hidungnya. Bulu romanya tiba-tiba berdiri. Dalam keadaan yang begitu cemas dan seram, dia cuba menenangkan perasaannya dengan membaca apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri untuk menoleh ke belakang setelah lampu lift menyala. Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa ……… dan segera berkata …….. 

“Maaf ya… saya kentut…abang jangan marah ya ?”... lallalalallalala.... =.='

06 Disember 2013

JANGAN LUPA NENGOK PUTERI AWANI AHAD NI..

Puteri Awani

Related Post-->SIAPA PUTERI AWANI
Related Post-->PUTERI AWANI DALAM 3R

haaa.. saja jea nak mengingatkan kome yang minat Puteri Awani, jangan lupa nonton 3R Ahad ini, rasa2nya yang tak minat Puteri Awani pun mesti akan curi2 masa untuk nengok gak kan.. Actually haters suka nengok dia yang beno nya.. kan.. kan.. kan..ha2.. apa2 lah, teman just share jea.. bukan apa.. Puteri Awani ni walaupun dah femes, dia tak sombong.. kalau kita PM bersembang dengan dia, dia pasti akan jawab walau sesibuk mana pun dia.. 

Bagus budak ni.. pada pendapat temanlah, kalau dengan cara ni dia popular dan boleh perolehi pendapatan yang halal mealuinya, apasalahnya kita menyokong dia kan.. teman rasa Puteri Awani ni ada confident level yang tinggi, dan teman rasa lah kalau digilap, Puteri Awani ni leh jadi pengacara untuk rancangan berbentuk info untuk remaja jugak.. teman sokong kalau itu menjadi punca rezeki dia suatu hari nanti.. teman memang harap anak2 muda macam Puteri Awani tidak mempersia2kan bakat yang ada pada dia, dan harap dia berjaya dalam bidang yang dia ceburi.. 


puteri awani

Lupa lak nak citer, Puteri Awani  jugak tersenarai dalam Top 10 Aksi Di Youtube Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) yang akan berlansung pada 6 April 2014 tahun depan, So, sape2 yang nak video yang korang suka tengok bertanding di peringkat Top 5, gi lea UNDI.. leh undi hari2.. haaaaa.. Mat Luthfi pun ada tauuu..(jatuh hati pada video beliau).. video beliau sarat dengan pengajaran yang .. yea! teman tersenyum nengok video beliau! Mat Luthfi besttt! apa2 pun... 

 klik sini untuk UNDI--->ABPBH2013
(tak kira lea nak undi sape2 pun..ikut suka korang, jangan Gadoh2 yea!)



Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers