Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

29 Januari 2014

ZACK HOYA.. TQ VERY MUCH YEA!


Haiii.. hari ni teman bz sikit.. tapi laju jea nak update blog ni sebab risau terlupa something.. hari ni ingat nak buat entri Thank You buat rakan-rakan yang baik hati yang selalu jea bantu teman kalau ada apa2 yang teman tak faham.. heee.. okeh lah.. takmo citer panjang2.. teman just nak ucap thank you buat 

Zack a.k.a Zack Hoya (klik yea..) 

Haa.. tau sebab apa nak ucap terima kasih kat Zack? Nampak tak gambo atas ni? haa.. sekarang teman dah ada butang yang pakej untuk korang follow teman, kira kalau nak follow mana2 klik jea kat icon kecik2 dalam kotak belah kanan sidebar blog teman ni yea.. takyah dah nak scroll2 cari.. semua ada dalam tu.. Twitter? FB? Youtube? semua ada.. klik jea..

Teman ucap terima kasih sebab Zack sudi luangkan masa buatkan widget macam kat dalam gambo atas ni.. mula2 teman tanya camne nak buat, pastu Zack dah bagi jalan.. teman lak macam bz jea nak buat pastu takut coding lari lah apa lah, itulah.. inilah.. semua sebab memang takut sangat pun coding lari.. hari tu ada edit blog adik, memang xtau apa silap.. ada coding lari.. huk2.. kesian lak kat adik bila jadi camtu.. so, teman pun dah serik nak edit2 ni.. hee.. pastu teman try lea buat yang Zack dah bagi tu, tapi punya takut coding lari, terus stop.. hu2.. ingatkan main coding template.. rupanya tak usik pun coding template tu.. hi3

Last2 Zack yang baik hati tolong buatkan untuk teman.. waduh2.. sungguh baik hati Blogger kat Malaysia ni kan.. heee.. Opss.. bukan bodek yea.. memang yea pun.. ada sekali tu mintak tolong blogger sorang lagi tu pun camtu gak.. siap share kan link n macam2 lagi untuk settle kan masalah blog teman tu.. heee.. tQ.. tQ.. apa2 pun.. jom singgah Zack jom.. Zack pun pandai tulis Novel tau.. leh jenguk2 blog Zack yea.. follow lea sekali.. ramaikan kenalan.. =)

26 Januari 2014

LIST PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE 28 #AJL28 TENGKUBUTANG

HAFIZ JUARA!!
ANUGERAH JUARA LAGU KE 28 -- AJL 28
Bahagiamu Deritaku muncul sebagai Juara Lagu ke-28 menewaskan 11 pesaing lain.
Ahaaaaa.. Juara Lagu 28 Milik Hafiz!! teman udah agak dah.. Hafiz yang akan menang kannnn.. Bahagiamu Deritaku... best.. terbaekkk.. suka suara Hafiz.. memang rezeki dia asyik menang jea nih, Lagu ciptaan LY dan lirik Baiduri itu disampaikan oleh penyanyi, Hafiz dalam persembahan yang begitu menyentuh perasaan. Tahniah Hafiz!!! Jom tengok keputusan lain jom!

Persembahan Terbaik
Hafiz
Persembahan Hafiz dengan lagu Bahagiamu Deritaku dipilih penonton 
sebagai Persembahan Terbaik.

Vocal Terbaik
Jaclyn Victor
Jaclyn Victor diumumkan pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu 
Ikut Rentakku bagi AJL28 ini.

Tempat KEDUA
Hyper Act
Naib juara milik lagu Hanya Aku hasil ciptaan dan disampaikan sendiri kumpulan Hyper Act.

Tempat KETIGA
Awie Raffael
Lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Awi Rafael dan Altimet yang dicipta 
komposer Omar K dan Audi Mok di tempat ketiga.

Pssstt.. Teman tak nengok kat TV sebab TV umah rosak.. teman nengok live streaming pakai internet jea.. nengok kat sini-->LAYAN ON9

24 Januari 2014

SUNNAH DAN ADAB DI HARI JUMAAT

Salam Jumaat semua.. bersyukur kita kerana masih lagi berada di bumi Allah ini untuk Jumaat yang ke berapa dah kan.. Alhamdulillah kita diberi kesihatan yang baik untuk terus menjadi umatnya yang disayangi.. 

Teman ni nak taip panjang2 pun tak boleh sangat.. sebab tengah terkejar2 nak packing barang customer untuk di post jap lagi.. tapi teman nak jugak share entri ni yang dah lama teman letak dalam draft.. sebab teman suka menyimpan perkara yang berilmu macam ni dalam blog teman, dan moga ia juga menjadi sumber ilmu dan amalan buat rakan2 serta siapa2 saja yang singgah ke blog teman ni.. 

Apa2 pun meh teman kongsikan Sunnah-Sunnah dan Adab-Adab di Hari Jumaat ni, iaitu Penghulu segala hari.. gambar diatas sekali ni adalah perkara sunnah/Adab yang elok  kita lakukan/perbanyakkan untuk hari Jumaat yang istimewa ini.. Dismaping tu, perbanyakkan zikir pada hari Jumaat ni.. mudah-mudahan kita mendapat pahala berlipat kali ganda dari hari-hari biasa.. InsyaAllah.. Aminn.. 
Jom Berzikir dimana saja berada.. 

Warna dan Personaliti Diri - Tengkubutang

Warna dan Personaliti Diri
Aaaaachummm.. salam Jumaat semua, pekabo? sihat ke hari ni? hu2.. teman kat sini sihat2 ajer.. tapi Batuk dan Selsema masih menghuni dalam badan teman ni.. argh.. tension.. malam2 tido hidung tersumbat.. adeh.. apa2 pun teman terima dengan redha sebab sakit2 tu tandanya penghapus dosa2 kecil kan.. Aminn.. Haa.. hari ni teman ingat nak share kan pasal warna dan personaliti.. 

Haaaa.. korang suka kaler apa? mesti korang ada kaler kesukaan masing2 kan?? dan teman pasti.. para Blogger ni sukakan kaler PINK.. sebab banyak blog2 yang teman singgah kebanyakannya background kalernya PINK jea.. kecuali lea blog lelaki yea.. 

heee.. dan kalau korang nak tau teman suka kaler apa, haaa.. teman ni suka kaler Oren tau.. tu sebab blog pun nak gak pilih kaler Oren, Motor kaler Oren, barang2 dapur kaler Oren, botol minuman kaler Oren, kalau ada keta baru pun kalau boleh nak kaler Oren, ada umah pun nak kaler Oren, masa bersanding hari tu pun konon berangan nak kaler Oren, tapi hubby taknak.. dia kata sakit mata.. huk3.. ntah apa ntah kan.. pilih lea Oren yang lembut.. jangan pilih oren striking tu.. memang lea sakit mata kan.. 
Jom kita nengok warna2 ni dan personaliti diri.. betul tak sama dengan personaliti diri korang ngan warne kesukaan korang (^_^).. jeng3

Emas·
  • Positif- Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semula jadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong.·
  • Negatif- Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.
Putih 
  • Positif- Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.·
  • Negatif- Boros berbelanja
Kuning·
  • Positif- Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.·
  • Negatif- Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah.
Merah 
  • Positif- Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.·
  • Negatif- Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.
Hijau 
  • Positif- Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu.·
  • Negatif- Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.
Merah jambu·
  • Positif- Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.·
  • Negatif- Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.
Coklat·
  • Positif- Jika anda seorang wanita anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.
  • Negatif- Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.
Perak
  • Positif- Mendengar kata dan pendengar yang baik dan disenangi orang lain.·
  • Negatif-  Mudah putus asa dan cepat merendah diri.
Ungu 
  • Positif- Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah.Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.·
  • Negatif- Sombong dan sedikit emosi.
Hitam 
  • Positif- Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.·
  • Negatif- Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung.
Kelabu 
  • Positif- Mendengar kata dan suka merendah diri. Sentiasa tenang dan suka mengalah, serta mudah berkorban.·
  • Negatif- Cengeng dan agak pemalas
Jingga
  • Positif- Ramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.·
  • Negatif- Cengeng dan cepat mengalah dengan tekanan.
Biru ·
  • Positif- Ada ketenangan atau kesejukan dalam diri anda dan juga menjadi warna kegemaran ramai. Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika berada di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.·
  • Negatif- Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan ada kala bersifat angkuh.
Hohohoho.. So, apa kesukaan kaler korang yea? dan adakah personaliti tu sesuai dan memang benar sama dengan diri korang yea? meheheheheheee.. jom share sini.. nak tau gak korang personaliti yang macam mana kan.. hik3.. ada yang betul, dan ada yang tak.. so, anggaplah menda ni sekadar hiburan hati di pagi2 ni.. jap lagi nak upload entri untuk Jumaat lak.. 

23 Januari 2014

SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) TENGKUBUTANG

SEMAK STATUS BR1M TENGKUBUTANG
Status kelayakan lulus BR1M 2014 hanya boleh disemak secara 
berperingkat mulai Februari 2014 
Dah Daftar dah hari tu.. heee.. tapi tak pasti dapat ke tak.. ni saja tepek maklumat/info ni dalam entri ni, nanti nak semak takde lea tergagau2 mencari link sampai war2 kat wall FB mintak tolong kawan2 kasi link BR1M.. kikiki.. itu kes malas namanya.. hu3.. sekarang tak malas dah.. tengah rajin ni.. mehehehe.. sape yang dah daftar tu, kalau nak semak nanti boleh lea nengok2 kat sini yea cara semaknya.. kalau susah sangat gi jea terus kat link ni haa-->https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx

Cara semak permohonan bantuan rakyat 1malaysia 3.0 boleh dibuat melalui 4 cara seperti di bawah ini. 

1) CARA SEMAK STATUS BR1M 3.0 : Cara Melalui Pos. Penerima akan mendapat surat dari pejabat pos yang mengandungi status permohonan sama ada lulus atau pun gagal. Jika lulus,penerima akan diberitahu tempat dimana penerima akan menebus BAUCER tersebut. 

2) CARA SEMAK STATUS BR1M 3.0 : Cara Melalui Call. Penerima boleh terus menghubungi pejabat lembaga hasil dalam negeri LHDN di hotline 1-800-222-500 / 1-800-88-2716. Talian ini dijangka akan dibuka awal Januari 2014 dan hanya beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari isnin hingga jumaat. 

3) CARA SEMAK STATUS BR1M 3.0 : Cara Melalui Email. Penerima hanya perlu menghantar email ke br1m2@treasury.gov.my untuk bertanya melalui email, sila pastikan penerima memberikan identiti penuh bagi memudahkan pihak berkenaan menyemak status permohonan BR1M 3.0 tersebut. 

4) CARA SEMAK STATUS BR1M 3.0: Cara Melalui Laman Web BR1M  Penerima hanya perlu masuk ke laman ini https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx untuk menyemak status permohonan secara online. di laman itu juga penerima boleh buat permohonan BR1M 3.0 online

Tahniah kepada yang lulus dan kepada yang gagal,sila buat rayuan dengan segera kerana semakin lewat maka semakin tipis peluang untuk mendapat bantuan ini. 

UPDATE! Setiap permohonan yang lulus, wang bantuan akan terus disalurkan ke akaun bank penerima.Status kelayakan lulus BR1M 2014 hanya boleh disemak secara berperingkat mulai Februari 2014 

21 Januari 2014

2nd Giveaway by Nina

Jom Join!! 2nd Giveaway by Nina -->klik Banner atas ni cepatt!!
TARIKH TAMAT : 31/01/2014 
Hadiah : 
3x Header by BudakVanilla
2x ReFuBee Pretzle Choclate/Hazelnut/Almond by Azney Shamsuddin
1x Novel & 1x Topup RM 5 by Cik Akie
1x Topup RM 5 by Anis Atyra
1x Topup RM10 & 1x Topup RM5 by Nurul Asikin Rasidi
3x Topup RM5 by Ian Faizal
2x Topup RM5 by Aimi Farzana
Topup RM5, Baju tribal/blouse, Tudung bawal by Amirah Nuraisyah
1x 2 Keychain Felt by Saljiah Zafirah
1x Novel & 1x Topup RM 5 by AlyaniMatshah
2x Handphone strap & 2x Keychain Comel by Tengkubutang

20 Januari 2014

SYARAT BARU BAGI JEMAAH PEREMPUAN--WANITA WAJIB BAWA MAHRAM


WANITA WAJIB BAWA MAHRAM

SYARAT BARU BAGI JEMAAH PEREMPUAN
Baru-baru ni teman bersembang dengan rakan-rakan tentang hal ni, ada member teman tu berhajat nak ke Mekah.. nak menunaikan Umrah, tetapi kecewa akhirnya apabila wujud pula syarat baru oleh Arab Saudi, dimana Mulai 2013 Kerajaan Arab Saudi telah mengetatkan peraturan baru iaitu, jemaah perempuan yang berumur 45 tahun ke bawah dan jemaah lelaki yang berusia kurang dari 18 tahun yang ingin mengerjakan umrah tetapi tidak mempunyai mahram yang sah tidak akan mendapat visa

Hal ini telah disahkan ramai dimana mereka tidak dapat pergi kerana Kedutaan Arab Saudi telah menolak permohonan visa berikutan penguatkuasaan undang-undang baru ini.

Member teman tu masih bujang, sebab tu menda ni jadi masalah bagi dia.. dia cadang nak gi dengan kawan2 perempuannya, tapi bila dah jadi camni, harapan tinggal harapan jea kot.. nak ajak ayah.. ayahnya dah lama meninggal.. nak ajak adik lelaki, kewangan lak tak mengizinkan.. so.. acane tu? terpaksa bersabar yea sayang, tunggulah dah bersuami nanti.. gi sana sama2 yea.. mungkin itu yang Allah dah tulis untuk awak..

hemm.. So, info ini jugak buat kengkawan semua yea.. sebar2 kan kalau boleh.. ini 
bagi memudahkan bakal-bakal jemaah yang berhajat mengerjakan umrah dalam waktu terdekat atau beberapa bulan lagi, apa2 pun sila AMBIL PERHATIAN. 

CONFIRMKAN DENGAN TRAVEL AGENT KORANG NANTI TENTANG HAL INI. 
PASTIKAN JUGA KORANG MEMPUNYAI MAHRAM SEPERTI DALAM CATATAN BERIKUT :

PERATURAN PERMOHONAN VISA
Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.

Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-
1. Suami – surat nikah;
2. Bapa kandung – surat beranak;
3. Adik beradik lelaki kandung – surat beranak
4. Bapa saudara kandung – surat beranak wanita, surat beranak ibu/ bapa dan surat beranak bapa saudara
5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/ bapa

AMBIL PERHATIAN  DAN SILA ALERT DENGAN SAUDARA MARA KAWAN2 YANG BERHAJAT PERGI TETAPI TIDAK MEMPUNYAI MAHRAM.
Kepada semua yang permohonan visa ditolak dan hajat untuk mengerjakan umrah tidak kesampaian, jangan bersedih lama2 ya. Sentiasa yakin pada Allah yang perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita. 
untuk Haji teman tak pasti lak.. 

Giveaway Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my

 Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my
Nile.com.my Malaysia yang merupakan website online shopping ada buat satu GiveAway sempena Tahun Baru China dalam entry ini .

2x Pemenang Bertuah akan mendapat RM300 seorang
4 x Pemenang bertuah akan mendapat RM100 seorang

Jom ramai-ramai kita join giveaway ni ! Just follow jea 4 step yang simple kat bawah ni .. 

1. Tajuk : Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my

2. Letak banner kat bawah ni dalam entry korang  dan linkkan dalam banner tu dengan 
    link yang ini    : http://www.nile.com.my/page.php?cd=76

3.  Lepas tu , dalam entry tu korang tulislea , if korang dapat RM300 tu , korang nak buat apa ?         
          (Contoh : nak beli barang rumah ke, nak tambah2 beli henfon baru kewww..)

4.   Email to give_away@nile.com.my korang punya detail , bersama tajuk [Your Full Name]
a.       Blog Link :
b.      Full Name :
c.       H/p Number :

5.  Boleh check keputusan cabutan bertuah di sini : http://www.nile.com.my/page.php?cd=87

Tamat pada : 21/01/2014 pada pukul 12 pm . 

Hemm.. kalau teman menang lea hadiah RM RM ni kan.. teman ingat nak beli satu barang special untuk diri sendiri buat kenang2an dalam berblogging.. haa.. maybe buat tambah2 duit untuk beli gadget henfon, sebagai ganti henfon teman yang dah semakin outdated ni.. kui3.. hope bole menang.. yeay!

--->Selamat menjoinkan diri!!
-->JANGAN LUPA email kepada diorang seperti step ke-empat di atas ya !
 GOOD LUCK ! hehe :p

p/s : Pemilihan berdasarkan undian melalui Random.Org :) 

18 Januari 2014

CARA REPAIR BADAN SENDIRI

Sambil rehat2 atau bersantai2... kita boleh la cuba2 repair badan kita sendiri. Rujuk grafik. Picit dan gosoklah bahagian2 berkenaan di tapak tangan kita. InsyaAllah bermanfaat untuk kesihatan. Lagi baik kalau sedang memicit2 atau menggosok2 tu kita baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Surah Qul...

17 Januari 2014

PM Najib Tun Razak dan Isu Kangkung

Maybe, PM kita sendiri tak sedar bahawa setiap apa saja yang keluar 
dari mulut beliau boleh jadi isu paling hangat ketika ini...
Salam Jumaat buat semua, hemm pagi tadi teman terbaca banyak cerita pasal KANGKUNG yg berkaitan dengan PM kita dekat MalaysiaKini.. rupa2nya banyak sungguh herdikan dan kata2 sinis yang beliau terima dari orang ramai yang menentang kenaikan harga barang, dan beliau sendiri dah pun menjawab tentang isu kangkung yang kini hangat diperkatakan dalam Facebook sehingga ada yg membuat parodi lagu kangkung, dan yang terbaru wujud isu perkauman pulak bila tersebar gambar dari kaum bukan Melayu, dimana replika kartun PM kita yg mulutnya disumbat dengan 10kg kangkung.. dalam pada tu.. teman baca jugak komen2 yang negatif kat situ,  kebanyakan menyarankan PM kita berundur.. 
hemm.. bila terbaca je komen macam tu, terfikir jugak kenapa PM masih tak faham apa yang rakyat mahukan? ternyata terang2an dah nampak yang rakyat inginkan perubahan, kalau taknak berundur sekarang, tak tahulah apa lagi malu atau aib yang beliau akan terima lepas ni, 
sedikit sebanyak teman ada jugak berasa kasihan beliau diperlakukan begitu, nak pulak isu kangkung baru2 ni tersebar meluas hingga keluar Malaysia pun ada, 

Teman pasti keadaan ini akan berlarutan sekiranya PM masih disitu.. kalau benarlah begitu, teman rasa lebih elok beliau berundur secara terhormat.. atau.. betulkan keadaan yang semakin membebani rakyat ini, fahami kesusahan rakyat dengan merasai sendiri keperitan rakyat... atur perbelanjaan negara dengan betul dan tidak lagi menggunakan pendapatan negara untuk sesuatu yang tidak penting..dapatkan kembali kepercayaan rakyat dengan sesuatu yang benar2 buat rakyat kembali menyokong pucuk pimpinan beliau.. 
Dan sekiranya masih tak mendapat tempat dihati rakyat, maka berundurlah dengan cara terhormat daripada diri beliau terus diabkan.. .kerana apa yang teman nampak, rakyat dah semakin kurang hormat kepada beliau..  dan sekiranya masih tiada tindakan membaiki keadaan daripada beliau, sudah tentu apa saja dibuat rakyat akan menentang .. inilah dikatakan bila dah tak suka, buat apa pun orang akan mengata.. 

16 Januari 2014

THAIPUSAM DAN APA YANG BEST?

THAIPUSAM DAN APA YANG BEST
Hemmm.. hari ni teman saja jea buat entri pasal Thaipusam ni.. sebab esok hari Thaipusam kan.. dan apa yang best ialah.. heeee.. esok my hubby Cotiiiii.. haaa.. korang pun coti gak kan?? Apa2 pun teman saja baca sikit2 info tentang perayaan Thaipusam ni, just untuk pengetahuan bukan berniat nak agung2 kan jauh sekali nak sambut... just info dan ilmu untuk diri sendiri aje.. so, jangan ada yang kata teman buat entri ni nak promote Thaipusam lak yea.. hari tu nak buat entri Maulidur Rasul tapi udah terlepas sebab bz dengan tetamu yang datang umah n ajak gi jengjalan.. hu3.. so, terlepas lea entri pasal Maulidur Rasul..

Hemm.. ok lah.. meh kita mulakan, sedikit pengenalan tentang Thaipusam.. Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.

Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan menyapukan campuran serbuk cendana dan air di atas kepala. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. 

Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung Merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. 

Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. 

Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.

Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.

Upacara Pecah Kelapa Sempena Perayaan Thaipusam
Pesta' memecahkan beratus-ratus ribu buah kelapa oleh penganut-penganut agama Hindu sempena perayaan Thaipusam kini  bermula..

Upacara yang diadakan saban tahun itu adalah sebagai persediaan merayakan Thaipusam yang disambut esok oleh penganut agama Hindu di seluruh dunia.

Tradisi ini diadakan bertujuan untuk  menyucikan diri daripada kejahatan.

Selain itu, tradisi ini turut dikongsi oleh orang ramai yang turut 'menolong' memecahkan buah kelapa yang disediakan di tepi jalan atau di hadapan kuil.

Beberapa jalan di sekitar bandar raya telah ditutup secara berperingkat mulai semalam, Rabu (15 Januari) berikutan perarakan berhala sempena perayaan Thaipusam esok (Jumaat) ,

Jalan-jalan dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan H.S.Lee ke Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves ditutup bermula pukul 10 malam hingga 4 pagi berikutan perarakan itu.

So, kepada sape2 yang suka berjalan tu.. dok umah jelah yea esok.. hu3.. mana tau nanti terkandas lak kat jalan2 yang digunakan untuk upecara ni.. haaa..

Segmen : Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah

just nak support rakan blogger kita, hee.. sorry abak.. lambat plak join.. heee.. jom kita meramaikan follower jom.. jomm.. klik Banner atas ni untuk join! =) disamping leh tambahkan follower, leh kita kenal2 dengan blogger2 lain .. kan.. =)
Syarat-syarat :

1. Follow Lorong Cinta
2. Buat Entri  Segmen : Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..
3. Tampal Banner dan link kepada Lorong Cinta
4.Copy URL dan Paste dalam ruangan komen
5.Bermula 7 Januari dan berakhir 7 Februari 2014

15 Januari 2014

MASUK RAPI MAGAZINE

---- Wordless Wednesday ---
Simpan buat kenang-kenangan.. heee.. tapi yang ni bukan citer pasal blog tauu.... tapi citer/pendapat teman tentang .. hemm.. bacalah sendiri yea.. Takmau taip panjang2.. lagipun ini kan entri Wordless Wednesday.. heee.. 

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers