Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

04 April 2014

DOA ABU DARDA YANG SANGAT ELOK DIAMALKAN


Doa Abu Darda
(Doa untuk Perlindungan diri, keluarga, harta dan pagar rumah)
Hari tu sedang asyik like2 n komen kat FB, ternampak lak post kak Ku-jie pasal Doa Abu Darda ni.. Masa tu kak Ku-jie tengah risaukan kucen2 jirannya yang selalu sangat dicuri oleh seekor monyet disitu.. Ku-jie ada mengongsikan Ayat/Doa Abu Darda ni di dalam komen tersebut.. teman pun bagai mengantuk disorongkan bantal lah.. hee.. Haa.. Memandangkan teman memang mencari doa2 begitu untuk dijadikan amalan.. maka teman pun nak share dengan korang cerita disebalik Doa Abu Darda ni dan apa kebaikannya jika diamalkan.. tQ buat kak Ku-jie yang sudi share pasal ni.. untuk kedai pun boleh kan kak Ku-jie? ok.. meh kita baca sama2.. kot2 korang pun tercari2 gak doa ni kan..

Doa Abu Darda ialah Doa untuk Perlindungan diri, keluarga, harta dan pagar rumah. Dibawah ini adalah doa yang selalu diamalkan oleh Abu Darda r.a. Doa ini telah diajarkan kepada beliau oleh Rasulullah S.A.W.Didalam suatu riwayat dikatakan bahawa beliau dimaklumkan oleh seseorang yang rumah beliau sedang terbakar. 

Abu Darda r.a dengan yakin mengatakan yang rumahnya tidak terbakar, kerana menurut beliau Rasulullah S.A.W telah mengajarkan beliau satu doa yang kalau dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah sehingga waktu petang. 

Boleh diamalkan selepas subuh dan selepas asar agar diri kita, ahli keluarga dan harta dipelihara oleh Allah.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau.Pada-Mu aku bertawakkal, dan Engkau Tuhan Arasy yang agung.Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi,Dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti pula tidak akan terjadi. Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatuDan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya.Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan dirikuDan dari kejahatan segala makhluk yang melata, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya.Sesungguhnya Tuhanku sentiasaberada di jalan yang lurus.

tq buat kak Ku-jie
Jom singgah blog-->http://www.kujie2.com/ 

BERUNTUNGLAH WAHAI WANITA

BERUNTUNGLAH WAHAI WANITA

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang ‘manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. 

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. 

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat
pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.

Jomm share pada yang dah berkahwin atau belum..

Note : Masih mencuba jadi yang terbaik.. insyaAllah.. cuba..

03 April 2014

SPECIAL GIVEAWAY BY GITARBOYZ

KLIK SINI UNTUK JOIN!
Ha2.. apakah tetiba keluar gambo atas ni yea? pasti korang tertanya2 kann.. haaa.. teman saja nak ngajak mengkome untuk join sama2 Giveaway by Gitarboyz a.ka. Ninjaboyz ni.. semalam ternampak jemputan dari Gitarboyz untuk join Giveaway anjuran beliau.. heee.. so, teman saja nak penuhkan jemputan dari Gitarboyz ni.. kalau menang tu kira bonus lah kan.. heee.. apa2 pun just untuk memeriahkan blog kawan2 apa lah salahnya kann.. ok.. ada sape2 berminat nak join? meh join meh.. leh kenal2 dengan blogger2 yang lain..
Ni hadiahnya.. haaa.. teruja tak? moh join! klik mana2 gambo akan di link ke blog Gitarboyz.. 

Ok lah.. pada sape2 yang nak join.. leh klik kat BANNER atas ni yea.. nak klik kat gambo teman tu pun leh.. nak klik SINI pun leh, semua teman dah link kan ke Blog Gitarboyz dah.. haaaa.. jom join.. 

Cara2nya.. ikut je kat bawah ni.. sebab teman rasa itu paling senang, kalau gi kat blog Gitarboyz punya arahan, kang korang fenin n tak faham lak.. heee.. hanya yang berjiwa hati kering je faham kot.. lalalalala.. haa.. apa lagi.. jom join!!haaa..jangan lupa syarat yang lagi satu tu..Tag 5 orang rakan! haaa.. sape mangsa teman yea? he2 ..nak TAG Sheila Salim, Mimi, Anum, Farah dan Asha Liya

CARA | LANGKAH JOIN SPECIAL GIVEAWAY 


#1 - SNAP PICTURE | AMBIL GAMBAR ANDA [KREATIF & INOVATIF]
#2 - POST {S.G.A} @ YOUR BLOG | ENTRI-KAN {S.G.A} INI DI BLOG ANDA
#3 - TAG YOUR FRIENDS TO JOIN | PELAWA SAHABAT ANDA UNTUK SERTAI
#4 - INSERT BANNER @ SIDEBAR | LETAK BANNER GITARBOYZ DI TEPI BLOG

#5 - TINGGALKAN LINK PENYERTAAN KORANG DI KOMEN ENTRI GA TERSEBUT

nak kenal lebih dekat sape diorang ni? meh2 klik.. heeeGitarboyz | Ninjaboyz #Link :

CARA NAK LETAK LAGU BACKGROUND DALAM BLOG

Blog Kucen teman, jom singgah-->KUCEN KUCEN BELOG
Heeee.. sekarang teman hepi sangat2 tauu.. tau sebab apa? sebabnya ialah.. teman dah dapat balik lagu background blog kucen teman tu, hari tu hilang sebab apa taktau lah.. senyap sunyi je blog kucen teman tu, teman suka lagu tu.. so.. usaha dgn gigih jugak cari lagu tu.. last2 akhirnya jumpa secara tak sengaja.. MasyaAllah.. suka bebeno teman masa tu.. hati girang tak terkata.. hahaha.. (opss.. ter over lak yea..) 

haaa.. lepas teman jumpa lagu tu, terus teman google, then jumpa kat Utube akhirnya.. then try tutorial cara nak letak lagu dalam blog macam kat bawah ni.. akhirnya berjaya.. yeayyy!! .. so.. buat korang yang selalu singgah dan suka dengo lagu tu.. sekarang dah ada balik lagu tu.. gi lea singgah yea.. 


Okeylah, sape nak tau cara mudah teman letak lagu dalam blog? bagi yang dah tau dok diam2.. ni untuk yang lum tahu n selalu je tertinggal macam teman ni.. ha2.. apa kata kita nengok kat bawah ni cara2 nya yea.. thanx pada yg buat tuto ni.. terbaekkk... 


Letak lagu dalam blog ( cara mudah )
Cara yang Senang, Mudah, Simple untuk letak lagu dalam blog korang . tak perlu nak kena sign in or main coding2 bagai... simple n mudah aje.. pastu kalau sape taknak dengo lagu leh je klik kat butang pause tu.. 
 
STEP 1
Dashboard --> Layout --> Add a gadget --> Javascript/ HTML
STEP 2
set up untuk lagu...korang boleh pergi SCM Player..
STEP 3
korang pilih laa skin jenis apa yang korang nak....nanti just 'tick' pada bulatan tu tau....and tekan 'NEXT'...



second, korang boleh laa pilih lagu yang korang nak....
just type tajuk lagu and masukkan url lagu di dalam kotak yang disediakan.....
( pilih laa sebanyak mana korang nak sampai muntah laguu...huahua ) ...ehh jap, tak tau nak ambil url lagu kat mana?? ok, rujuk SINI...

kalau daa siap pilih, just tekan 'NEXT'...akan keluar page nie pulak..
ok, penuhkan ruang kosong tu dengan kreativiti korang...ueww.......
bilaa dah siap, korang hit jer button 'DONE'....

STEP 4
sekarang, korang boleh laa dapatkan kod untuk lagu korang tadi...just copy semua kod dalam box tu dan paste kan dalam javascript/ HTML seperti di langkah 1  tadi....
STEP 5
bila dah siap, apa lagi?? SAVE laaaa... 
selamat mencuba.. =)

p/s : just click pada gambar untuk tumbesaran gambar tersebut...

sumber dari :OH Budax B
Jom Singgah!

CELAK DAN CERITANYA..

Teman sedang mencari Celak Arab ni, yang dalam gambo ni Ok tak?
Haaa.. hari ni teman nak share citer pasal celak lak, teman paling suka pakai celak.. sebab celak tu menampakkan kebesaran mata kita.. bosa gitu.. heeee.. korang pun suka kan? tapi susah bebeno nak cari celak yang hitam macam dalam gambo atas ni.. dulu selalu gak guna celak Arab tu, tapi bila dah kehabisan teman pun membeli celak dari cosway tu plak.. cuma sejak akhir2 ni takleh nak pakai celak taktau nape.. mata asyik merah.. alergik lea pulak.. adeh.. ni rasa nak membeli celak Arab lak.. sape ada jual murah? ada link tak? kasi link kat FB teman nanti yea.. hee... tQ.. apa2 pun jom baca ni dulu..
Celak Arab D'Herbs ni ok tak? sape pernah guna?
Sunnahnya bercelak: Terdapat hadis:  “Rasulullah Shallallahu ’alaihi Wasallam melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan melaknat wanita yang menyerupai laki-laki”. Adapun memakai celak, maka tidak mengapa kerana memakai celak itu disyariatkan bagi laki-laki dan wanita dengan kadar yang sama. Rasulullah dilihat lebih kepada mencadangkan celak itu dipakai dan disebut bahawa dipakai ketika ingin tidur. Ia tidak wajib bahkan ia hanyalah satu cadangan. Namun begitu, baginda menambahkan: “Orang yang berpuasa hendaklah menjauhinya”

Apakah Makna Bercelak?
Dalam kamus Dewan Bahasa, menghitamkan kening (bulu mata, keliling mata) dengan celak (habuk hitam (biru) untuk mewarnai kening (bulu mata, keliling mata). Di dalam hadis nabi, bercelak itu ialah dengan menoreh istmid ke kelopak mata.
Produk celak berasaskan istmid

Apakah Istmid?
Sejenis batu hitam yang biasa dibuat menjadi bahan asas celak, di datangkan dari Isfahan (Parsi) iaitu jenis celak paling elok. Jenis yang paling baik ialah yang paling mudah melekat namun bahagian dalamnya halus, tidak mudah melekat kotoran dan mudah ditanggalkan dengan air. Gabungan dari unsur sejuk dan kering, khasiatnya menguatkan mata, mengencangkan sarafnya dan menjaga kesihatannya. Ia juga boleh dibuat ubat kudis, ketuat dan bisul pada mata, menjernihkan penglihatan serta menghilangkan pening jika dicampurkan dengan madu yang cair. Jika ditumbuk dan dicampurkan dengan lemak segar, kemudian dicampurkan dengan abu bakar, boleh mencegah gangguan serangan halus berbisa. Untuk kaum tua yang sudah rabun matanya (akibat tua), celak disapu sebelum tidur dengan sedikit kasturi. (Thibbun Nabawi Bab 65; Tentang ubat dan Makanan Yang Disebut Rasulullah, Ibnu Qayyim) 
Inilah batu istmid yang belum dihancurkan
Yang ni pulak, yang telah dihancurkan menjadi serbuk

عليكم بالإثمد ؛ فإنه منبتة للشعر ، مذهبة للقذى ، مصفاة للبصر
“Bercelaklah dengan itsmid. Kerana ia menumbuhkan rambut, mengilangkan kotoran yang masuk ke mata, dan mencerahkan pandangan” (Hadis Riwayat ‘Abu Ashim, Ath Thabrani. Lihat Aunul Ma’bud syarah hadits no. 1679 Status hadits: Dihasankan oleh Al Albani dalam Silsilah Ahaadits Shohihah 2/270/665)


Apakah memakai celak itu sunah?
Ya, memakai celak itu sunah sebelum tidur atau semasa ihram atau untuk pakaian harian bagi lelaki selagi bertujuan meniru Rasulullah dan bukan kerana trend remaja, trend artis dan apa sahaja bentuk perkembangan rentetan kejadian (amalan) yang baru.

Ibnu Abbas yakin Rasulullah mempunyai peralatan celak yang digunakan setiap malam, tiga kali pada mata kanan dan tiga kali pada mata kiri. (Syamail Muhammadiyyah Al-Imam Tarmizi)

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمْ الْبَيَاضَ فَإِنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ وَإِنَّ خَيْرَ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus telah menceritakan kepada kami Zuhair telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Utsman bin Khutsaim dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu Abbas ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Pakailah pakaian yang putih, sebab ia adalah sebaik-baik pakaian kalian, dan kafanilah jenazah kalian dengannya. Sesungguhnya sebaik-baik celak kalian adalah itsmid (sejenis tumbuhan), itsmid dapat mempertajam pandangan dan menumbuhkan rambut ( bulu mata)." (Hadis Riwayat Abu Daud)
Gambar alat celak Rasulullah


أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا دَاوُدُ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْعَطَّارُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ مِنْ خَيْرِ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدَ إِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعَرَ أَبُو عَبْد الرَّحْمَنِ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ لَيِّنُ الْحَدِيثِ

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah ia berkata; telah menceritakan kepada kami Dawud -iaitu Ibnu 'Abdurrahman Al 'Aththar- dari Abdullah bin Utsman bin Khutsaim dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu Abbas bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya celak terbaik untuk kalian pakai adalah Al Itsmid (batu celak), ia mampu menajamkan pandangan mata dan menumbuhkan rambut." Abu 'Abdurrahman Abdullah bin Utsman bin Khutsaim adalah seorang yang lemah dalam masalah hadits.(Hadis Riwayat Nasa'i)

حَدَّثَنَا أَبُو سَلَمَةَ يَحْيَى بْنُ خَلَفٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ حَدَّثَنِي عُثْمَانُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ قَالَ سَمِعْتُ سَالِمَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْكُمْ بِالْإِثْمِدِ فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعَرَ

Telah menceritakan kepada kami Abu Salamah Yahya bin Khalaf telah menceritakan kepada kami Abu 'Ashim telah menceritakan kepadaku 'Utsman bin Abdul Malik dia berkata; saya mendengar Salim bin Abdullah menceritakan dari Ayahnya dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Hendaknya kalian menggunakan itsmid (semacam tumbuhan untuk celak), sesungguhnya ia dapat memperjelas penglihatan dan menumbuhkan bulu mata." (Hadis Riwayat Ibnu Majah, hadis yang sama dari Jalan Abu Bakar bin Abu Syaibah dari Jabir dan dari Ibnu Abbas.

Panduan Bercelak

Bagaimana kaedah bercelak menepati sunnah? Celak istmid tadi dicampurkan dengan sedikit kasturi. Dari Abdirrahman bin Nukma bin Mu’bid bin Hamzah Al-Anzari, dari ayahnya dari saudaranya ia berkata: Bahawasanya Rasulullah memerintahkan memakai celak mata yang telah dicampuri harum-haruman setiap kali hendak tidur (Hadis Riwayat Abu Daud). Abu Ubaid meriwayatkan bahawa erti “yang telah dicampuri harum-haruman” ialah dibubuhi minyak kasturi (Thibbun Nabawi Bab 64; Bimbingan Rasulullah Menjaga Kesihatan Mata, Ibnu Qayyim)

Kaedah menoreh celak ke mata, sunnahnya ialah dengan menyapu celak sebanyak tiga kali.

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ عَنْ عَبَّادِ بْنِ مَنْصُورٍ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَتْ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُكْحُلَةٌ يَكْتَحِلُ مِنْهَا ثَلَاثًا فِي كُلِّ عَيْنٍ

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun dari 'Abbad bin Manshur dari Ikrimah dari Ibnu Abbas dia berkata, "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memiliki tempat celak, dan beliau bercelak darinya tiga kali di tiap-tiap matanya." (Hadis Hasan Sahih Riwayat Ibnu Majah dan Imam Tirmizi)

Namun begitu di idalam riwayat at-Tirmizi dari Ibnu Abbas katanya, “adapun rasulullah jika bercelak, menorehkan celaknya tiga kali di bahagian kanan matanya dimulai dari kanan dan diakhiri di bahagian kanan, sedangkan bahagian kiri hanya dua kali”. (Thibbun Nabawi Bab 64; Bimbingan Rasulullah Menjaga Kesihatan Mata, Ibnu Qayyim)
Ini sejajar dengan hadis di bawah iaitu hendaklah melakukan dengan bilangan ganjil. Tiga kanan, dua kiri bersamaan dengan 5 kali.

حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ الصَّبَّاحِ عَنْ ثَوْرِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ حُصَيْنٍ الْحِمْيَرِيِّ عَنْ أَبِي سَعْدِ الْخَيْرِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ اكْتَحَلَ فَلْيُوتِرْ مَنْ فَعَلَ فَقَدْ أَحْسَنَ وَمَنْ لَا فَلَا حَرَجَ

Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Umar telah menceritakan kepada kami Abdul Malik bin Ash Shabah dari Tsaur bin Yazid dari Hushain Al Himyari dari Abu Sa'd Al Khair dari Abu Hurairah, bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barang siapa memakai celak, maka hendaknya dengan bilangan yang ganjil, barangsiapa melakukannya maka dia telah berbuat baik dan barang siapa tidak melakukannya, maka tidak ada dosa baginya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Ganjil di sini banyak pengertiannya, sama ada:
a. Di bahagian kanan dan kiri berjumlah 5 kali jumlah torehan  yang dimulakan dari kanan dan berselang seli dengan mata kiri dan diakhiri mata kanan atau;

b. Lima kali torehan kanan dan kiri di mana dihabiskan tiga kali torehan bahagian kanan terlebih dahulu tiga kali kemudian sebelah kiri dua kali.

c. Dalam pendapat Mazhab Hambali, mereka berpegang terus kepada hadis iaitu kanan tiga kali dan kiri tiga kali berdasarkan jumlah kanan ganjil dan kiri ganjil.

Bahagian mata yang terlibat:
a. Hanya bawah kelopak mata iaitu di sektor bulan sabit dan bukan pada bulu mata.
b. Di bahagian bulu mata, iaitu torehan istmid dilakukan selepas menyelak kelopak mata bawah.
c. Kaedah ‘b’ tetapi termasuk kelopak mata atas.

Yang lebih menepati sunah sunah ialah di perenggan b.
Manakah satu kaedah sunnah menoreh celak ke mata?

Fatwa Syaikh Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah
س : هل هناك دليل يحرم وضع الكحل على العينين والحناء على اليدين والرجلين بالنسبة للرجل ؟ علما بأن وضعها ليس القصد منه التشبه بالنساء ، إنما هي عادة .

ج : ليس للمؤمن أن يتشبه بالنساء لا في الحناء ولا في غيره ، ولو كان عادة فليس له أن يفعل ما يكون فيه متشبها فيه بالنساء ؛ لأن الرسول صلى الله عليه وسلم” : لعن المتشبهين من الرجال بالنساء ، ولعن المتشبهات من النساء بالرجال

أما الكحل فلا بأس ؛ لأنه مشروع للرجال والنساء على حد سواء ، فكونه يكحل عينيه فلا بأس ، والكحل طيب نافع ، “ وكان النبي صلى الله عليه وسلم يكتحل “ ، فلا بأس بذلك
“Bercelak ada dua sebab, yang pertama bercelak untuk menguatkan pandangan, mengubati rabun, atau untuk membersihkan pandangan mata tanpa bermaksud untuk berhias maka tidak mengapa, bahkan ini dianjurkan. Kerana Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam menggunakan celak pada kedua mata beliau. Lebih baik lagi jika memakai itsmid.
Jenis kedua, bercelak dengan tujuan untuk berhias. Jenis ini berlaku bagi wanita. Kerana seorang wanita dianjurkan mempercantik diri untuk suaminya. Adapun bagi laki-laki, terdapat beberapa pertimbangan dan aku tawaqquf dalam hal ini. Namun perlu dibezakan antara lelaki yang masih muda dengan lelaki yang sudah tua. Bagi pemuda yang khuatir dapat menimbulkan fitnah jika bercelak, maka sebaiknya tidak dilakukan. Sedangkan orang yang sudah tua, tidak dikhuatirkan lagi dapat menimbulkan fitnah maka tidak dilarang.” (Fatwa Syaikh Al Utsaimin dalam As’ilah Al Usroh Al Muslimah)

Larangan Bercelak Kepada Janda

و حَدَّثَنَا حَسَنُ بْنُ الرَّبِيعِ حَدَّثَنَا ابْنُ إِدْرِيسَ عَنْ هِشَامٍ عَنْ حَفْصَةَ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تُحِدُّ امْرَأَةٌ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلَاثٍ إِلَّا عَلَى زَوْجٍ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا وَلَا تَلْبَسُ ثَوْبًا مَصْبُوغًا إِلَّا ثَوْبَ عَصْبٍ وَلَا تَكْتَحِلُ وَلَا تَمَسُّ طِيبًا إِلَّا إِذَا طَهُرَتْ نُبْذَةً مِنْ قُسْطٍ أَوْ أَظْفَارٍ و حَدَّثَنَاه أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ نُمَيْرٍ ح و حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ كِلَاهُمَا عَنْ هِشَامٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَقَالَا عِنْدَ أَدْنَى طُهْرِهَا نُبْذَةً مِنْ قُسْطٍ وَأَظْفَارٍ

Dan telah menceritakan kepada kami Hasan bin Rabi' telah menceritakan kepada kami Ibnu Idris dari Hisyam dari Hafshah dari Ummu 'Athiyah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda: "Tidak boleh bagi seorang wanita melakukan ihdad kerana kematian seseorang melebihi tiga hari, kecuali kerana kematian suaminya yaitu empat bulan sepuluh hari, dan tidak boleh menggunakan pakaian yang berwarna warni, melainkan hanya memakai pakaian yang kasar (kain beludru), dan tidak boleh menggunakan celak mata, dan tidak boleh memakai wewangian kecuali jika masa iddahnya telah habis, maka diperbolehkan baginya memakai qusth dan adzfar (sejenis pohon yang harum baunya)." Dan telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Numair dan diganti dengan jalur periwayatan yang lain, dari Amru telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun keduanya dari Hisyam dengan sanad ini. (Hadis Riwayat Muslim)

Rawatan Sakit Mata

Sakit mata memang amat memedihkan dan membuatkan kita tidak mampu melaksanakan kerja seharian dengan sempurna. Sakit mata dipecahkan banyak kategori di antaranya sakit kerana demam panas, jangkitan virus, dimasuki serangga, sampah dan tumbuhan. Di sini saya ingin berkongsi salah satu kaedah saya merawat sakit mata (bukan akibat disihir). Ini adalah gabungan rawatan petua Melayu (ruqyah Melayu) dan juga dengan bacaan Al-Quran.

Kegunaan: Binatang, serangga dan sampah masuk mata. Juga untuk sakit mata akibat demam dan juga rabun/katarak.

1. Baca doa sakit mata.
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَأْسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا، وَلَا اَلَمًا اِلَّاشِفَاهُ، فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَاءكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ، فَسَتُبْصِرُ وَيُبْصِرُوْنَ
2. Jika sakit mata kanan
a. Pesakit Pejam mata. Pesakit berada depan perawat dan mendiamkan diri.
b. Perawat juga pejam mata.
c. Perawat gunakan tangan kiri
d. Sapu mata perawat sebelah kanan dengan tangan kiri dari atas dan letak di mata kanan perawat sambil membaca:
alif ba ba berubah, alif ba ba beralih, alif ba ta turun,

3. Jika sakit mata kiri
a. Pesakit Pejam mata. Pesakit berada depan perawat dan mendiamkan diri.
b. Perawat juga pejam mata.
c. Perawat gunakan tangan kanan
d. Sapu mata perawat sebelah kiri dengan tangan kanan dari atas dan letak di mata kanan perawat sambil membaca:
alif ba ba berubah, alif ba ba beralih, alif ba ta turun

4. Untuk mata yang dimasuki sampah/serangga, ulang sekali lagi jika tidak sembuh juga.

5. Ambil hanya bahagian akar pokok bunga raya putih. Bersihkannya terlebih dulu. Rebus akar tersebut hingga mendidih. Setelah mendidih, biarkan ianya sejuk. Apabila air rebusan tadi dah sejuk, titiskannya pada mata anda yang sakit.


6. Boleh juga menitikkan madu yang telah dicairkan dengan sedikit air yang telah diruqyah. Amalkan memakai celak sebelum tidur.



Insya allah.
Perkongsian dari blog : Abu Zaynab 
Jom singgah!

02 April 2014

BESO NYAAAAAA.... (wordless wednesday)

Teman share gambo jea.. teman tak cakap apa2 yea.. 
korang nak KOMEN apa yea? silakan.. silakan.. heeeeee

01 April 2014

KALAU HILANG BIAR HILANG SAMA2, KALAU MATI BIAR MATI SAMA2...


Sebak Baca Instagram Intan Maizura Othman (Isteri Hazrin Hasnan, Pramugari Pesawat MH370). Bukan semua dapat menerima berita tragedi ini dengan kekuatan yang ada. Ada yang kehilangan punca dan sebagainya. Tetapi inilah yang terpaksa mereka terima. Orang yang tersayang untuk mereka selama ini telah tiada.
Begitulah tragedi yang menimpa Hazrin Hasnan, pramugari pesawat MH370, yang mana isterinya Intan Maizura Othman redha dengan ketentuan ilahi sebaik sahaja menerima pengumuman tragedi malang menimpa pesawat itu oleh Perdana Menteri pada 10 malam 24 Mac 2014 ..  
Bila teman baca jea bait2 kata2 Intan Maizura Othman tu, teman terfikir macam manalah rasanya kalau teman ditempat dia, macam mana rasanya kalau yang hilang/pergi itu adalah hubby tersayang teman? tak dapat nak bayangkan apakah perasaan yang datang masa tu.. 
Tambahan pula, baru2 ni hubby teman cakap nak gi Hong Kong lagi, nak amik stock barang motor, teman halang dan cakap jangan gi lagi buat masa ni.. tunggu keadaan reda dulu.. tapi hubby tak nak dengar, sebab dia fikir kalau macam tu, kalau stock barang kurang macam mana? Hemm.. bila hubby teman cakap camtu.. teman dah tak daya nak kata apa2.. dia memang degil sikit.. tapi kalau dah dia kata macam tu, biarlah teman pun ikut sekali.. biarlah teman bersama2 dia walau apa2 pun terjadi.. teman tak rela lepaskan dia pergi sorang2.. biarlah teman bersama2 dia.. 
Mungkin dia takkan faham kerisauan teman ni, dan mungkin dia pun tak terfikir (or terpaksa tak nak fikir) pasal bahaya yang kemungkinan berlaku kepada dia bila dia berada HK pada masa ini dimana krisis rakyat Malaysia di boikot di sana.. Nak tak nak.. biarlah teman follow dia.. mungkin itu yang terbaik.. Moga masa kami nak gi sana nanti, keadaaan dah semakin pulih..

teringat apa yang teman cakap pada dia hari tu.. takpelah.. nak ikut gak lea.. kalau mati pun, biar mati sama2.. (tiba2 lak suara rasa sebak nak nangis masa tutur ayat tu.. )

28 Mac 2014

DEMI MH370 ABPBH 2013 DITANGGUHKAN KE TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KELAK

Minggu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Lautan Hindi menjadi lokasi terakhir penerbangan pesawat MH370 dan sehingga kini seluruh dunia masih lagi bersimpati dengan insiden yang melanda 227 penumpang dan 12 anak kapal yang terbabit.
Demi menghormati insiden tersebut, ramai pihak telah menangguhkan segala aktiviti hiburan, termasuklah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang sepatutnya akan berlangsung pada 6 April ini.

Menurut Pengarang Kumpulan Berita Harian iaitu Mahfar Ali, anugerah berprestij itu ditunda berikutan rasa prihatin terhadap isu yang sedang melanda negara saat ini.

Ketika sidang media tersebut, Mahfar berkata tarikh baru bagi ABPBH akan diberitahu kemudian, ekoran terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat semula.

Dalam pada itu, Mahfar berkata, dia tidak menolak kemungkinan ABPBH bakal dilangsungkan di Kuala lumpur kerana perubahan jadual dan pengubahsuaian yang dilakukan di Arena of Stars, Genting Highland.

Untuk pengetahuan, kebanyakkan finalis ABPBH bersetuju dengan tindakan Berita Harian menangguhkan acara ini bagi menghormati insiden memilukan yang menimpa penerbangan MH370 termasuklah Aaron Aziz, Amy Mastura, Yana Samsuddin dan ramai lagi.

Kepada anda yang ingin mendapatkan tiket, penebusan tiket masih boleh dibuat dan pihak penganjur akan memaklumkan mengenai tarikh baru dan tiket yang telah dimilik boleh ditukar kepada tiket baru.
Sumber : OhBulan


27 Mac 2014

CARA NAK HILANGKAN LINE PUTIH/MELINTANG DEKAT ATAS BLOG


Blog Mimi -->http://hanyadihatiku.blogspot.com/
Ternampak blog Blogger mimi macam ada garisan melintang yang mengganggu macam yang pernah teman kena dulu, rasa macam terganggu jea bila tengok kan.. haa.. pastu teman teringat balik tutorial yang pernah diajar oleh seorang Blogger di FB teman dulu, dah buat lama dah entri ni, tapi terlupa nak publish.. dan terlupa sape yang ngajor teman untuk hilangkan line putih yang menganggu tu.. kalau mimi baca ni, cer try buat.. insyaAllah.. menjadi tauu.. 
Gi kat Blogger-->klik edit html-->klik sekali kat tengah2 coding yang banyak2 tu-->tekan control+F pastu taip Tabs atau Tabs-outer kat ruang kotak tu.. (atas belah kanan) ( /* Tabs-------- */..tabs-outer { )
korang akan jumpa macam bawah ni :
overflow: hidden;position: relative;background: transparent url(//www.blogblog.com/1kt/awesomeinc/tabs_gradient_groovy.png) repeat scroll 0 0;}
pada bahagian background, tukar jadi camni : background: none ; 
(kalau nak senang, copy jea background: none; ni gantikan dekat atas tu.. heee..)

PASTU..kat bawah kod /* Tabs----------------------------------------------- */semua kod dalam tabs tu, cari border (border-top, border-bottom, border-left, border-right)...tukar 1px kepada 0px.Note : ingat : jangan buang tanda ; ....  kena ada kat setiap penutup kod tauu

Jangan Marah Aku Begitu Sekali..

Tengah nak makan tadi, tiba2 telefon berbunyi.. Teman jawab tepon dulu..
Kena Marah dengan SESEORANG sebab tak jawab Mesej, walhal teman di dapur masa tu.. 
baru nak makan.. lapar sangat masa tu.. 
Bukankan boleh cakap elok2.. nape mesti marah2? hati teman lembut macam tisu.. jangan diguris, jangan dicalar, jangan dicakar berkali2.. kelak tiada ubatnya jika cedera parah.. hemm.. terbantut selera tiba2.. dah sejuk pun makanan teman ni.. makan jugaklah.. tak baik membazir, dan teman perlukan tenaga untuk kerja2 seterusnya.. kalau sakit nanti takut menyusahkan orang pulak.. better jaga diri sendiri sebelum jadi apa2..

Note : kalau kita senang MARAH, bererti Syaitan dah berjaya menakluki kita.. 

SURPRISE BIRTHDAY TAK JADI

He2.. besday dah sebulan lepas, tapi hari ni baru nak up entri pasal ni yea.. hu3.. saja nak tepek kenangan ni kat entri kali ni.. bukan apa.. menghargai usaha hubby nak buat surprise mengejut masa besday teman hari tu.. heee.. pada 28 Febuari 2014 hari tu.. tapi hubby teman usaha nak jadi yang terawal, maka dia pun gigih nak buat surprise untuk menjadi ORANG YANG PERTAMA wish Happy Birthday kat teman.. heee.. 

Memang dia lea oarng pertama pun sebab dia paling dekat dengan teman kan.. ha2.. malam tu, 27hb Febuari dia memang orang yang 1st ucap.. heee.. (yg dalam blog tak kira yea.. heee) Malam tu dia kata nak kuo jumpa member jap kat Setapak, pastu teman pun ikut jelea temankan dia jumpa member.. pastu  dia bawak masuk Kenny Rogers, teman tanya lea mana kawan dia.. dia buat2 tercari2 orang, pastu teman tunggu jelea kat pintu depan tu, ternampak hubby teman tengah cakap apa ntah dengan staff Kenny Rogers tu.. pastu dia ajak teman keluar, katanya bukan Kenny Rogers yang tu, tapi Kenny Rogers lagi satu.. teman pun ikutlah.. pastu dah sampai kat Kenny Rogers lagi satu tu, kami pun duduk lah kat meja n kerusi satu sudut tu, pastu hubby tiba2 cakap.. 

Happy Birthdayyy.. aduii.. terkejut lea teman masa tu, sebab tak jangka pun dia nak wish n sambut birthday teman kat Kenny Rogers tu,  memang surprise lea masa tu.. hu2.. Tapi.. nak dijadikan citer lak.. Staff Kenny Rogers tu cakap, Ayam dah habis.. aiyooo.. ni semua salah teman lea... sebab lambat sangat bersiap.. last2 lambat sampai Kenny Rogers, Ayam pun habis..  hu3.. maka nya surprise tak jadi lea namanya.. pastu hubby cakap nak makan kat mana? teman pun jawap lea.. PIZZA! laju jea sebut nak makan PIZZA.. hu3.. so, kami pun makan di PIZZA ajelah.. 

hihihi.. itulah citernya Surprise Besday tak jadi.. walauapapun.. tq buat my luvly hubby sebab sudi buat surprise ni..  cuma frust untuk Anniversary kami.. kami terlupa n tak buat apa2 pun untuk sambut ulangtahun kedua kami tu.. sedih pun ada.. last2 tengok abang ipar n her wife datang bawak kek untuk kami.. ya Allah.. terharunya teman n hubby masa tu.. diorang faham kami bz sampai lupa anniversary sendiri.. memang kek tu sedapp.. nanti teman share entri pasal tu lak yea.. heee.. ok tata.. nak sambung koje sat..

Autopublish entri

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers