Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

08 Mei 2014

GIVEAWAY 2ND YEAR WED. ANNIVERSARY MYLUV & ME

TARIKH GIVEAWAY 
DILANJUTKAN HINGGA 30 APRIL

Bissmillahirrahmanirrahim...
heee.. yea.. setelah teman bincang2 dengan para sponsor.. maka akhirnya teman lancarkan Giveaway sempena Anniversary teman n my hubby untuk tahun yang kedua.. iaitu pada tanggal 10 Mac 2012 kami diijabkabulkan.. syukur Alhamdulillah.. pelbagai pahit maung, dugaan dan rintangan kami hadapi bersama.. Moga Allah berkati hidup kami ini hingga akhir hayat kami.. dan teman panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah sebab telah membuka lagi satu pintu rezeki buat kami.. (impian ada kedai tercapai) syukran.. 

Alhamdulillah.. Moga selepas ini ada rezeki lain yang teman amat nanti2 kan bersama hubby.. moga Allah makbulkan permintaan kami.. Aminn.. Apa2 pun.. tQ buat para sponsor yang sudi support GA teman ni yea.. sape2 yang rasa tersalah letak link atau ada tertinggal link ke apa, sila jangan malu2 jangan segan2 pm teman cepat2 di  Tengkubutang Miaw yea....

Ok, buat sape2 yang nak join tu, sila ikut arahan ini yea.. 
a.) Follow Blog Tengkubutang WAJIB!!
b.) Buat Entri Bertajuk GIVEAWAY 2ND YEAR WED. ANNIVERSARY MYLUV & ME
c.) Copy dan Save Banner diatas dalam entri penyertaan korang, WAJIB!!
d.) Jangan lupa.. Link kan Banner tersebut ke Entri Giveaway ini.. WAJIB!!
e.) Follow blog sponsor, Like Fanpage Sponsor, Add FB Sponsor.. WAJIB!!
Follow Instagram Sponsor ..WAJIB!! bagi yg ada instagram
e.) letak link url penyertaan korang kat bawah komen entri ni.. ingat, pastikan link tu OK yea!WAJIB!!

FOLLOW BLOG (WAJIB!!)
16.) Ct Aman 17.) Syamimi Saad 18.) Afiqah Nu'aimi 19.) Yana Afi 20.) Jaslina Murni

FOLLOW INSTAGRAM
 (wajib bagi yg ada akaun IG okeh!) 

ADD FB (WAJIB!!)
 1.) Lily lolly
2.) Nurfarahain
 3.) Eymasu Craft

LIKE FANPAGE (WAJIB!!)

klik SINI
       Share gambar ini di wall FB korang
   
Note : Sorry sebab banyak syarat nak kena LIKE/FOLLOW.. tapi berbaloi kot dengan hadiah yang bakal korang menangi.. heeeee.. best hadiahnya.. klu penganjur leh join, teman pun nak join gak tauu.. kekekeke..

Note lagi : teman sengaja buat Nombor2 tu supaya korang leh catit sampai mana korang follow/Like sebab mungkin ada yang akan buat sikit2.. so, nombor2 tu menyenangkan korang gak la kan.. hee.. betui takk?

Note : Memandangkan masalah follow blog tak ok lagi dan ada sesetengah yang dapat follow dan ada juga yang tidak dapat follow langsung walaupun sudah menggunakan tutorial, kami bersetuju untuk menetapkan syarat ini sebagai tidak wajib.Kalau dapat follow, teruskan dan kalau tak dapat follow takpe.Dimaafkan tapi dengan syarat haruslah jujur (copy ayat from liniey..hee)

HADIAH SEMUA BERDASARKAN RANDOM.ORG .. 
SENARAI PESERTA (akan di update)

TARIKH TAMAT : 30 APRIL 2014

07 Mei 2014

Asam Pedas Ayam Berkerisik




Asam Pedas Ayam Berkerisik



Bahan-bahan :
20 tangkai lada merah
10 biji bwang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit kunyit hidup
Belacan
(Kisar semua bahan di atas)
3 sudu makan kerisik
Air asam jawa secukupnya
Daun ksum
Bunga kantan
2 batang serai

Cara membuat :
-Tumis bhn kisar..hingga pcah minyak..
-Msukn ayam..biarkn ..msukkn air sdikit..ikut kpekatan sndri..msukn kerisik..serai...bunga kantan...garam...serbuk perasa..dan air asam jawa ..
-Didihkan...msukn daun kesum..ttup api

LAGI SEHARI UNTUK PENGUMUMAN PEMENANG GA TEMAN.. =)

SABO YEAAAA... heeee.. apa2 pun.. check betui2 link entri pemnyertaan korang ada tersenarai ke tak yea.. heeee.. kalau dah umum baru nak gitau, mintak mahap la yea.. kekekekeke.. okeh.. tataaaa

ENTRI GIVEAWAY-->KLIK SINI
SENARAI PESERTA-->KLIK SINI
SENARAI SPONSOR & HADIAH -->KLIK SINI
HADIAH MISTERI-->KLIK SINI

INSYAALLAH.. kalau takdea paa2 hal.. Jumaat ni teman umum pemenang yea..

GUESS THE EMOJI ANSWERS





CARA PAKAI SERBAN - KHAS UNTUK LELAKI

Haaaa.. camne? leh buat takkk??? senang ajo kottt.. heeee...

BUKAN KERANA TAKUT KEPADA ISTERI DAN BUKAN KERANA MENGHINA SUAMI



HARGAI SUAMI KITA..


::: bangga lah jika suami anda boleh drive anda ke mana saja anda nak pegi, banggalah kalau suami anda boleh menyapu sampah, tolong anda masak, tolong anda jaga anak, basuh berak anak, tukarkan pampers anak. RAMAI WANITA YG CEMBURU DAN INGIN MEMILIKI SUAMI SEPERTI SUAMI ANDA. 

Suami anda buat semua tu bukan kerana dia takut, bukan kerana dia hina atau kerana kita menghina dia, tapi dia buat semua tu KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA. 
(sama ada suami kita sedar atau tak yg dia mencontohi Rasulullah SAW atau memang dah di didik oleh ibu-ibu mereka mengenai akhlak terpuji Rasulullah saw ini)

HARGAI LAH SEADA-ADANYA SUAMI ANDA, PUJILAH SEIKHLAS HATI, nak puji dalam Facebook ker, dalam surat khabar ker, dalam tv ker, pujilah. itu cara masing-masing. BIARLAH ORANG NAK KATA "MACAM DIA SORANG ADA SUAMI" DAN BIAR LAH ORANG NAK KATA APA SAJA. SUAMI ANDA, BUKAN SUAMI ORANG LAIN. Asalkan anda tidak memuji suami orang lain, kang jadi kes plak betul? betul?

tahukah anda::

(1) Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(2) Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya akan marah dan pergi dari rumah, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(3) Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(4) Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(5) Suami memakan makanan isterinya yang masin atau pun yang keras bukan kerana mencuba romantis di depan isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MENGHARGAI MASAKAN ISTERINYA.

(6) Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(7) Suami merawat anak-anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka sesuai jadi perawat peribadi, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

:: JANGAN AMBIK KESEMPATAN PLAK BILA SUAMI DAH RAJIN TOLONG KITA DALAM HAL RUMAH TANGGA. BERSYUKUR LAH SUAMI NAK TOLONG YEA 
::: mana yg tak faham bahasa melayu ni boleh cari translator untuk translatekan. boleh kita didik suami kita perlahan-lahan, contoh macam saya kahwin dengan foreigner, jadi saya selalu terangkan setiap perkara supaya lebih persefahaman dalam rumah tangga. Selamat beramal 

Back to sunnah, JOM SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW
(sumber - FB Yuyu Rasid yang cantikk)
I Love U Miaw2 Cyg.. 

TAHAP MENDIDIK ANAK-ANAK MENGIKUT SUNAH RASULULLAH

Untuk tatapan sahabat2 teman yang telah menjadi ibu dan bakl menjadi ibu.. juga untuk menambahkan ilmu buat diri teman sendiri walaupun masa yang dinantikan untuk menjadi ibu belum menjelma lagi.. Aminn.. doakan teman agar dapat menjadi seperti ibu2 yang penyayang seperti korang yea.. heee.. Aaminnnn...

DOA SEBELUM MEMULAKAN KERJA


 

Doa Memulakan Hari
"Ya Allah ! Ya Tuhan kami,
Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni
kami.”

“Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.”

“Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus
hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.”

“Ya Allah ! Ya Rohman! Ya Rohim!
Engkau satukanlah hati-hati kami, agar kami dapat bekerja dengan jiwa yang bersatu-padu, hormat menghormati serta percaya mempercayai, berikanlah kami kekuatan tenaga dan akal fikiran juga kesabaran dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan, pimpinkanlah kami agar kami tahu mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami, juga pimpinkanlah kami ke atas melakukan perbuatan-perbuatan baik dan usaha-usaha yang murni yang Engkau redai serta masukkanlah kami ke dalam lingkungan hamba-hambaMu yang solihin iaitu dengan rahmatMu jua Ya Allah!”

“Ya Allah Ya Robbul Alamin !
Perkenankanlah kami untuk menuju ke arah petunjuk Engkau dan peliharalah kami daripada perkara-perkara yang menyebabkan kebodohan dan kerosakan diri kami sendiri, selamatkanlah kami daripada sifat-sifat keburukan hawa nafsu kerana ia adalah sejahat-jahat musuh. Lindungilah kami daripada kesesatan hati , kelalaian, kepapaan , kehinaan, kemalasan, beban hutang, kemiskinan dan segala sifat- sifat yang tidak Engkau redai seperti sifat lara yang sia-sia dan membuang masa.”

“Ya Allah!, Engkau perbaikilah kami di atas urusan agama kami yang menjadi sandaran segala urusan kami, engkau perbaikilah dunia kami yang menjadi tempat penghidupan kami, perbaikilah akhirat kami di mana kami akan dikembalikan. Ya Allah!, jadikanlah kehidupan kami sebagai tambatan setiap kebaikan untuk kami.”

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan hari ini iaitu tercapai objektif atau matlamat pekerjaan,mendapat kemenangan terhadap musuh, mendapat cahaya memberi petunjuk ilmu dan pekerjaaan, mendapat berkat kemurahan rezeki yang halal lagi baik, mendapat hidayah agar tetap mengikut petunjuk dan menjauhi hawa nafsu dan aku berlindung kepada-Mu dari segala kejahatan yang ada pada hari ini dan segala kejahatan yang ada selepas hari ini."

PETUA KUALI BERKILAT!!




Ha2.. cara2 nak bagi kuali berkilat mcm kuali teman diatas.. ialah.. mula2 amik berus kuali tu, yang dawai tu.. pastu calit2 kat sabun mandi.. pastu gosokla kuali tu.. haaa.. korang mesti rasa teruja tengok hasilnya.. kuali berkilat macam cermin wehhh.,. ni petua dari my mother in law.. heee... cubalah!



06 Mei 2014

DOA UNTUK ANAK DIDALAM PERUT

Buat Rakan Blogger yang bakal menimang cahayamata.. heee.. Shiela Salim, Sya mimi, dan sesiapa saja lah.. meh baca ni untuk baby korang.. heee.. semoga selamat melahirkan baby yang comel dan sihat.. Aminn..

"Ya Allah peliharakanlah anakku selama ia berada didalam perutku, 
dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, 
tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, 
penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 
Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, 
dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. 
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, 
baguskanlah suaranya untukmembaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, 
dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"..
amin

TAPAU CHICKEN GRILL UNTUK ABNG IPAR & HIS WIFE.. =)


Entri Sebelum ini--->Tetamu Special Dari Ipoh
Heee.. hari tu masa Cuti Hari Pekerja (1 Mei 2014) teman ada citer kan yang umah kami betul2 meriah hari tu dengan suara anak2 sedar yang riuh, dengan adik2 teman yang ngajak nyembang.. dengan suasana yang..... taktau nak cakap.. hepi sangat2 jumpa diorang semua.. yelah.. sekarang teman kan dah berjauhan dengan diorang.. so, bila nak jumpa pun time raya aje kan.. ni bila depa mai umah, memang terasa sangat2 hepi.. 

Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar.. Opsss.. itu citer hari tu.. sekarang nak share jugak gambo yang kami tapau untuk abang ipar n his wife yang lovely tu.. heee.. sayangg diorangg.. diorang tu pemberi semangat kitorang jugak tau dalam memulakan bisnes dan buka kedai ni.. syukur.. kamai ada jugak sedara terdekat selain kakak ipar  (k.eida) teman yang teman pernah citer sebelum ni.. diorang memang terbaekk.. 

Apa2 pun, rasa hepi bila apa yang kami tapaukan untuk diorang hari tu buat diorang suka.. Aminn.. semoga hubungan kami labih rapat lagi akan datang.. aminn..

PENGORBANAN SEORANG AYAH

Cuba korang tengok gambar ni, kalau sekali perhati korang paham tak maksud gambar ni? hu2.. mula2 teman tak berapa faham.. tetapi bila terpandangkan seluar Lelaki dewasa tu yang berlobang2 baru teman faham maksud gambar ini, gambar diatas menunjukkan pengorbanan & kasih syg seorang ayah kepada ank nya.. tengok seluar ayah dan seluar anak.. seluar anak koyak jadi ayah tak ada duit nak beli baru so, ayh ambil kain dari seluarnya dan tampal kat seluar anaknya. lebih kurang macam tu lea, biar miskin harta asal tidak miskin ilmu. biar miskin di dunia InsyaAllah akan kaya di akhirat.. miskin itu ujian kaya itu pun ujian. kaya itu ujian melalui nikmat..

Note : Siapa pun dia...dia ialah ayah kita..biar buruk pada pndngan orang...ayah orang yang membawa kita melihat dunia ini..

05 Mei 2014

Aura Pagi: Mengapa Usahawan Berjaya Bangun Di Awal Pagi

Bangun Awal Pagi
Baca Doa Bangun Tidur

Apabila menjalankan perniagaan, ia mungkin kelihatan seperti waktu sehari tidak pernah mencukupi. Waktu pagi jarang digunakan untuk aktiviti, dan mungkin ini boleh menjadi kunci bagi meningkatkan produktiviti anda.
Artikel lain berkaitan
Ho2.. hari ni mood motivasi le pulokk.. nak citer pasal bangun awal pagi.. hu2.. ekceli teman ni bersetujulah sangat dengan artikel dari Blog Dr Azizan Osman ni.. kerana apabila kita memulakan hari kita seawal yang boleh, ada bermacam2 kerja atau aktiviti yang boleh kita lakukan.. hu2.. tapi jangan pulak tido lewat yea.. pastikan tido kena awal gak.. baru badan bertenaga nak mulakan hari yg awal.. kalau tido lewat nanti bangun pulak awal.. kemungkinan dapat sakit lain lak.. dah tak cukup tido la katakan kannn.. errr.. mcm teman lea pulak rasanya.. apa2 pun.. jom baca artikel bawah ni sama2 ok..
Selama 15 tahun, Presiden Starbucks Michelle Gaas telah menetapkan jam loceng beliau pada pukul 4.30 pagi untuk aktiviti berjogging. Gretchen Ruben, penulis popular “The Happiness Project” (Harper Perennial, 2011) akan bangun pada pukul 6 pagi dan bekerja selama satu jam sebelum keluarganya bangun dari tidur. Pakar pengurusan masa, Laura Vanderkam telah menekankan kelebihan bangun awal pagi dan bagaimana menggunakan masa pagi ini dengan lebih cekap lagi di dalam buku penulisan beliau “What The Most Successful People Do Before Breakfast” (Portfolio Trade, 2013). Berikut adalah beberapa kelebihan bangun di awal pagi.


Kemungkinan besar anda tidak akan menghadapi gangguan di waktu awal pagi
Seorang usahawan memenuhi masanya dengan cepat. Jika anda menunggu sehingga waktu petang atau malam bagi melakukan sesuatu yang manfaat diri sendiri seperti bersenam atau membaca, anda mungkin tidak akan dapat lakukannya. “Terdapat banyak halangan peribadi yang akan dihadapi dalam lingkungan pukul 4 petang. Waktu yang berkemungkinan kurang gangguan adalah di awal pagi pada pukul 6 pagi.” kata Vanderkam.

Anda mempunyai tekad yang lebih tinggi di awal pagi
Walaupun anda bukan seorang yang suka bangun pagi, anda mungkin akan merasa tekad yang lebih tinggi jika bangun di awal pagi berbanding waktu di sebelah petang. “Tekad anda umpama seperti otot manusia yang akan menjadi letih apabila digunakan secara berlebihan,” kata Vanderkam.

Bangun di awal pagi memberi peluang kepada anda untuk menetapkan tenaga positif bagi hari tersebut

Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anda lupa untuk menetapkan waktu pada jam loceng atau terlupa menyediakan sarapan pagi buat anak-anak? Anda akan dapat rasakan bahawa dengan memulakan aktiviti awal pagi dalam keadaan negatif, ia boleh menjejaskan emosi serta produktiviti kerja sepanjang hari tersebut. Vanderkam memberitahu, dengan bangun di awal pagi, anda berpeluang memulakannya dengan mempunyai perasaan seperti orang berjaya (tenaga positif) dan mempengaruhi aktiviti harian dengan lebih produktif lagi.

Sumber : Dr Azizan Osman

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers