Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

16 Mei 2014

SOTONG MASAK KICAP BERLADA

heee.. masakan pertama menggunakan pemanggang ajaib.. alhamdulillah, hubby makan bertambah.. 
syukur.. seronok sangat tengok dia makan..

DOA UNTUK KETENANGAN HATI


UCAPAN SELAMAT HARI GURU - BUAT SEMUA CIKGU

16 MEI 2014 - HARI GURU
Tema Hari Guru 2014-->Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
Selamat Menyambut Hari guru buat semua cikgu2 kat Malaysia ni yea.. 
juga buat cikgu2 sedunia.. heee.. Jom baca Sejarah Hari Guru 
klik kat sini-------->


16 MEI - SEJARAH HARI GURU

Seperti yang kita sedia maklum, Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guruTarikh tersebut dipilih sebagai Hari Guru adalah kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Tema Sambutan Hari Guru kali ke-43 Tahun 2014 ialah  Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

PEMENANG GELANG BANGLE AVON

Milik siapakah Gelang/Bangle Avon ini?
Senarai Peserta--->KLIK SINI
Senarai Pemenang lain--->KLIK SINUN

hokehh.. seperti yang teman udah war2 kan dekat Facebook Tengkubutang Miaw tadi, inilah dia hadiah misteri dari teman untuk pemenang bertuah GIVEAWAY 2ND YEAR WED. ANNIVERSARY MYLUV & ME... dan pemenangnya ialah peserta nombor.............

GELANG / BANGLE AVON UNTUK PEMENANG BERTUAH!!
Jom kita tengok siapakah yang bertuah itu...
(gambo amik kat google je ni)
Hadiah --> Gelang/Bangle Avon
Tahniah kepada pemenang! 

15 Mei 2014

RAHSIA UCAP ALHAMDULILLAH SELEPAS BERSIN

 == Manusia bersin dengan kelajuan 100 kilometer sejam == 

Jika anda bersin dengan kuat mungkin akan memecahkan bahagian tulang rusuk anda

Jika anda cuba untuk menghentikan bersin yang tiba-tiba keluar ia membawa kepada pembalikan darah di leher atau kepala dan mungkin boleh membawa kepada mati .

Untuk maklumat anda, semasa bersin juga semua organ-organ pernafasan, penghadaman tubuh, kencing dan termasuk jantung terhenti. 

Dengan kuasa & perlindungan daripada Allah,kita selamat selepas bersin ,Allah lindungi kita seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jadi kita patut memuji Allah, mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana memelihara kita dengan baik 

Jangan baca sahaja,boleh kongsi kepada semua,supaya ramai yang sedar tentang nikmat ini 

Pesan Berpesan Sesama Kita
Tak Perlu Meminta Izin..
Silakan Share & Sebarkan, 
Semoga Ianya Membawa Manfaat Bersama..

PUDING TEMBIKAI SUSU

SEDAPNYA PUDING TEMBIKAI SUSU

Bahan A
10 gm serbuk agar-agar

Bahan B
1 tin susu cair(400 ml)
100 ml susu pekat manis
100 ml air
3 sudu besar gula pasir - boleh ubah ikut kemanisan yang di kehendaki
2 biji telur - di pukul sedikit dengan garfu
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
500 gm buah tembikai susu – dikisar (tanpa air). Resepi asal kisar 400gm buah tembikai susu dan potong dadu 100gm.
Beberapa titis pewarna hijau
Cara-cara :

1. Kacau semua bahan B di dalam mangkuk dengan whisk dan tuang ke dalam periuk. 
Renehkan dengan api perlahan dan kacau.
2. Tuang buah tembikai susu yang telah dikisar. Kacau rata.

3. Masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga larut. Titiskan pewarna hijau dan kacau biar sekata warnanya dan tutup api.

4. Masukkan ke dalam bekas pilihan atau loyang dan biarkan keras. Boleh disejukkan di dalam peti ais.



Resepi n gambar -->Fiza Lgk

HUKUM GANTUNG GAMBAR DALAM RUMAH

Adalah menjadi satu kebiasaan di kalangan masyarakat untuk menggantung gambar kenangan bersama keluarga, perkahwinan dan sebagainya di dinding-dinding rumah. Selain bertujuan untuk menghiaskan kediaman, ada yang menggantung gambar-gambar ini agar tetamu mahupun sanak-saudara mengenali susur galur mereka.
Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”
Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.
Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan. Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.
Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 )
Haaaa.. yang ni boleh gantung yeaaa, cuma kena pastikan disangkut elok2.. kang tak pasal2 hempap tuan umah sendiri.. kekeekeee

cara nak buat Animated Recent Post Widget

Heee.. hari ni teman nak share dengan korang lak cara2 nak buat Widget Animated Recent Post ni, nampak kan dekan sidebar teman tu ada satu widget macam dalam gambo atas ni kan? hu3.. actually widget tu patutnya bergerak dari bawah ke atas tetapi disebabkan teman punya blog ni coding dia dah berterabur, maka ada lea lari sikit setting dia, sebab tu tak bergerak.. hari tu masa tukar template kejap teman nampak dia bergerak.. dari situ dah tau template yang teman guna sekarang ni yang problem.. benda tu jadi pegun n tak bergerak.. lepas ni baru nak tukar template kasi ok balik.. heee.. ops.. termelalut lak, jom tengok!

Berikut adalah cara-cara untuk menggunakan widget ini.

1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript

2. copy code berikut dan paste di ruangan HTML/javascript




<center><script src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js" type="text/javascript"></script>
<style type="text/css" media="screen">
<!--

#spylist {
overflow:hidden;
margin-top:5px;
padding:0px 0px;
height:350px;
}
#spylist ul{
width:220px;
overflow:hidden;
list-style-type: none;
padding: 0px 0px;
margin:0px 0px;
}
#spylist li {
width:208px;
padding: 5px 5px;
margin:0px 0px 5px 0px;
list-style-type:none;
float:none;
height:70px;
overflow: hidden;
background:#fff repeat-x;
border:1px solid #ddd;
}

#spylist li a {
text-decoration:none;
color:#4B545B;
font-size:11px;
height:18px;
overflow:hidden;
margin:0px 0px;
padding:0px 0px 2px 0px;
}
#spylist li img {
float:left;
margin-right:5px;
background:#EFEFEF;
border:0;
}
.spydate{
overflow:hidden;
font-size:10px;
color:#0284C2;
padding:2px 0px;
margin:1px 0px 0px 0px;
height:15px;
font-family:Tahoma,Arial,verdana, sans-serif;
}

.spycomment{
overflow:hidden;
font-family:Tahoma,Arial,verdana, sans-serif;
font-size:10px;
color:#262B2F;
padding:0px 0px;
margin:0px 0px;
}

-->
</style>
<script language='javascript'>

imgr = new Array();
imgr[0] = "http://2.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TPkQUkM0wnI/AAAAAAAAFD8/TxYWe-CMPr8/s320/no_image.gif";
imgr[1] = "http://2.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TPkQUkM0wnI/AAAAAAAAFD8/TxYWe-CMPr8/s320/no_image.gif";
imgr[2] = "http://2.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TPkQUkM0wnI/AAAAAAAAFD8/TxYWe-CMPr8/s320/no_image.gif";
imgr[3] = "http://2.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TPkQUkM0wnI/AAAAAAAAFD8/TxYWe-CMPr8/s320/no_image.gif";
imgr[4] = "http://2.bp.blogspot.com/_CEj8AwvwSNM/TPkQUkM0wnI/AAAAAAAAFD8/TxYWe-CMPr8/s320/no_image.gif";
showRandomImg = true;
boxwidth = 255;
cellspacing = 6;
borderColor = "#232c35";
bgTD = "#000000";
thumbwidth = 70;
thumbheight = 70;
fntsize = 12;
acolor = "#666";
aBold = true;
icon = " ";
text = "comments";
showPostDate = true;
summaryPost = 40;
summaryFontsize = 10;
summaryColor = "#666";
icon2 = " ";
numposts = 10;
home_page = "http://URL BLOG.blogspot.com/";
limitspy=4
intervalspy=4000
</script>

<div id="spylist">
<script src='https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/animatedrecentpost.js' type='text/javascript'></script>
</div>
</center>
<small><a href="http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2010/08/animated-recent-post-widget.html" target="_blank">get this widget here</a></small>
Note: gantikan URL BLOG dengan url blog korang..

3. Save dan lihat hasilnya.

BENTUK KAKI

Korang yang mana satu ...

13 Mei 2014

Giveway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com


Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai  beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang. 

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada  12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang 
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M  dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

MEMBERI/MEMBELI KEPADA YANG MEMERLUKAN..


12 Mei 2014

RESEPI CHICKEN GRILL VERSI TENGKUBUTANG N MIAW

RESEPI CHICKEN GRILL | Ok, kali ni teman nak share Resepi Chicken grill yang selalu teman dan hubby miaw2 masak tu.. heee.. kita mulakan dengan sediakan bahan2 sampingan dulu.. Ayam kita grill kemudian (tapi kena perap dulu tau, lagi lama perap lagi sodapp.. heeee.. ) jom tengok!

BAHAN-BAHANNYA
= Untuk Perapan/Marinade Ayam =
Bawang Besar 3 biji (untuk 8 legs ayam)
Bawang Putih (4 ulas)
Mix Herbs (3 sudu besar)
Rosemary (3 sudu besar)
Kicap Manis Kipas Udang (4 sudu atau lebih)
Sos Tiram (4 sudu atau lebih)
Serbuk Lada Hitam Kasar (4 sudu atau lebih)
=  Cara-Cara = 
Blend kan semua bahan diatas dan kemudian perap ayam yang telah dicuci bersih 
dengan bahan2 yang telah diblend tadi.. 

pastikan bahan2 yang di blend tadi disalut rata2 pada ayam tadi..

pastu boh dalam peti ais, kalau hubby teman dia akn buat mcm dalam gambo ni.. 
nak bagi bahan2 blend tadi sebati dengan ayam tu.. heeee.. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

= Bahan2 dan Cara Buat Kentang Putar =
Rebus UBI KENTANG hingga lembut dan sejukkan, buang kulit..
lenyek2 kan kasi hancur tanpa tinggal ketul2 yea..
letak MARJERIN sikit
letak SUSU UHT sikit
letak LADA HITAM sikit
letak MAYONIS sikit
SIAP!
Update!! Yang kentang putar ni.. Sekarang teman buat cara mudah je.. Kupas kulit siap siap.. Pastu potong kecik kecik dan rebus.. Senang empuk.. Cepat sikit masak.. Pastu buang air rebusan dia then panas panas tu lenyek2 dgn senduk beso.. Pastu dah lenyek bagi tak berketul, masukkan sikit2 susu yang dibancuh dengan mentega,gula,garam(agak2 je boh, nak bagi rasa je).. Kalau nak kentang mcm kfc tu.. Lebihkan susu tu.. Kacau kacau.. Jgn terlebih lak kang cair sgt
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

= Bahan2 dan Cara Buat Coleslaw =
Kobis putih / merah (kalau ada dua2 lagi best!) - hiris nipis
Carrot - hiris nipis
Jagung frozen tu.. (takde takpe..) - rebus kejap
mayonisSos Coleslaw Ladys Choice
Susu UHT sikit
Serbuk Lada Hitam sikit
Campurkan semua bahan2 diatas dalam satu mangkuk, 
pastu letaklea mayonis Ladys choice tadi, kasi kacau sampai sebati.. 
pastu letak dalam peti sejuk yea.. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

= Bahan2 dan Cara Buat Sos Blackpaper =
Cream Of Mushroom Soup x 8 sudu (untuk 8 legs ayam)
Susu tepung/UHT
serbuk lada hitam
kicap kipas udang
sos tiram
marjerin
Caranya, bancuh sup mushroom tu dulu dengan sedikit air suam.. 
kacau sampai tak berketul, campur susu UHT/susu tepung, 
letak dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan, 
masukkan serbuk lada hitam, kicap dan sos tiram, 
jangan lupa marjerin sikit.. pastu bila dah sebati.. tutup api.. 
kalau pekat sangat tambah air.. 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okey,  Sos Blackpepper, Kentang Putar dan Coleslaw dah siap, sekarang tibalah masanya untuk bakar/grill ayam tadi.. haa.. teman grill dalam pemanggang Ajaib je.. heee.. grill macam biasa aje.. tak susah mana pun.. lepas dah sure Ayam masak sepenuhnya (hiris sikit tengok ada darah ke tak), baru leh angkat dan letak dalam pinggan yang telah sedia ada Kentang Putar dan Coleslaw tadi.. pastu apa lagi.. tuangkan sos blackpepper tadi atas ayam dan kentang putar tadi.. pastu.. apa lagi.. MAKANLAH! nyum2... heee.. gambo bawah ni rupaChicken Grill tu.. hehehehehe..

Chicken Grill Versi Tengkubutang

Upgrade, Tengok sini---->DINNER LAMB CHOPE HOMEMADE  .. hehehehehe.. 


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers