Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

03 Jun 2014

2222 dah, Alhamdulillah...

Alhamdulillah.. dah cecah 2222 Follow blog Tengkubutang ni .. wah.. macam tak percaya jea dah sampai 2222, haa.. nombor kegemaran ni tauu.. kalau ikut fahaman orang2 cina, no. 2 ni adalah nombor yang baik untuk diorang yang bermaksud "SENANG", manakala nombor yang sangat2 "ONG" bagi diorang lak ialah No. 8.. yang bermaksud "KAYA".. kalau teman berjumpa dengan kawan2 cina, sebok lah diorang menelek nombor henfon teman lah, nombor kereta teman lah.. pastu bagi komen nombor yang teman pakai tu OK ke tak pada pandangan masyarakat Cina.. 

hu3.. teman dengar ajelah.. tapi tak pulak nak percaya atau menafikan.. itu ikut diorang lah kan.. yang kita ni sejak dilahirkan dah diajar untung nasib semua bergantung pada Allah S.W.T, so, jangan terbabas lak mempercayai menda2 camtu yea..

Apa2 pun.. buat adik adik Nurul Echa.. tahniah jadi follower teman yang ke 2222, tq sebab follow blog ni yea.. sebagai seorang yang bertuah menjadi Follower ke 2222, teman nak letak link blog Nurul kat sini.. tapi teman tak jumpa lak link blog Nurul? hee.. so, adik Nurul Echa, nanti komen sini yea.. teman nak letak link blog Nurul kat sini.. kasi traffic ke sana sikit.. heee... Buat rakan2 blogger yang mana sudi singgah kat blog Tengkubutang ni, teman nak selitkan sikit ucapan terima kasih yang sangat2 buat korang semua.. tQ sangat2 yea.. 

Jom Singgah Blog Nurul Echa--->?????????

BERSANGKA BAIK

Rasulullah bersabda : "Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata" 
( Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud ).
Imam asy-Syafi'i berkata :
" Sesiapa yang ingin menutup hidupnya dengan kebaikan, 
maka jagalah selalu sangkaan baik kepada manusia "

Kuku & Personaliti Anda

 
Yang mana satu korang punya Kuku & serupa tak dengan Personaliti korang?.. hehehehehehe..  
Apa lagi.. Jom check samada betul tak jenis kuku kita dan personaliti?

1.) Kuku pendek dan lebar
Kamu mempunyai sikap yang suka berterus-terang. Kadang-kadang bukan niat kamu untuk mengkritik orang lain, tetapi itu adalah sikap semula jadi kamu, mungkin ada yang tersinggung dengan kamu namun kamu seorang yang baik hati. Kamu juga serius dalam perkara yang kamu lakukan.

2.) Kuku Berbentuk Empat Segi
Kamu yang mempunyai kuku berbentuk empat segi ini juga mempunyai sikap yang telus dan suka berterus-terang. Kamu jujur dalam menjalinkan persahabatan supaya hubungan kamu dengan kawan-kawan lama.

3.) Kuku panjang dan bujur
Selain menyukai sesuatu yang berkaitan dengan seni, kamu juga berfikiran dan terbuka. Kamu suka menerima idea dan pendapat daripada kawan-kawan. Kamu juga suka bekerjasama dengan semua orang dan tak lokek untuk berkongsi idea bernas kamu itu. Tak hairanlah diri kamu disukai ramai.

 4. Kuku Tirus dan Runcing
Kamu cepat panik apabila berhadapan dengan situasi yang memberikan tekanan kepada kamu. Inilah antara punca kamu lebih suka berada di belakang tabir sahaja. But, kamu juga mempunyai keistimewaan , kamu petah bercakap berbanding kawan2 lain. Cuma bila depan ramai orang, sedikit kelam kabut.

5.) Kuku Lebar
Kamu mempunyai personaliti yang menarik, Bukan itu sahaja, kamu juga mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Patutlah kamu sentiasa bersemangat dan ceria setiap kali kamu diberi tugasan oleh sesiapa pun. Kamu sukakan cabaran dan suatu yang lasak, Dikenali sebagai aketif dalam bidang akademik dan juga sukan.

6.) Kuku Berbentuk Sudu
Seorang yang mempunyai emosi yang sentiasa berubah. Kamu tak boleh membuat sebarang keputusan yang tepat dalam suatu masa kerana fikiran kamu mungkin akan berubah dalam sekelip mata. Ramai yang anggap kamu ini tidak tetap pendirian.

02 Jun 2014

THIRSTY HIPPO DAN FEBREZE ANTI BACTERIAL

baru beli ni bulan lepas, semua sebab rasa macam kedai ni terpekong aje.. udara segar tak masuk, bau pun tak selesa lak kang betul tak, So.. terus je hubby beli THIRSTY HIPPO DAN FEBREZE ANTI BACTERIAL ni, 
  
Ho2.. yang ni bau dia betul2 segar bebb.. kaler pun Orennn.. ha2..(teman kan minat Oren!) 
Yang ni teman letak kat celah2 t.shirt n baju2 tu.. biar tarik hapak2 ke apa kan.. 
hubby beli 3 dapat FREE satu.. heee.. 
Cumey kan Badak ni.. 
Baca tu, Moisture Absorber Cupboard & Small Spaces... 

Note :
Beli Pada : 12/5/2014
Harga : Tak Ingat
(^__________^)

TERATAI BURGER - BURGER PALING SEDAP IN THE WORLD!!

Slurppp.. meleleh air liur masa menaip entri nih.. haha.. terbayang burger orang tu yang sodap..memang sedap pun weh.. puas makannya tau.. daging yang dibakar lembut, sos mayonis yang dap2 emm.. sayur dan bahan2 yang fullamakk.. mabeles puas hati.. heeee.. 
Stall Burger ni bersih dan buat teman nak jadi regular customer dia je tau.. ha2.. pekerjanya dua orang jea.. tapi.. cekap giler buat burger.. yang beli pun ramai giler, beratur panjang kot.. heeee.. kalau dah sedap camtu memang lea orang akan datang membeli sekali lagi, yea tak?? heee..   
inilah mereka yang punya bisnes ni.. terbaek..
salute bila melayu pandai cari rezeki camni.. 
haaa.. ni menu nya.. banyak kan.. ha2.. teman selalu order burger daging double special.. giler2 kenyang bebb.. 
 
tengok tu, banyak kan order yang tengah dia siapkan..  
ni dia teman punya.. lum buka lagi tapi bau dia masyaAllah..  
sorry.. gambo tak jelas.. 
dah gigit sikit.. lembut dan berjusss.. takmau berhenti dah..
terus ngappp.. ha3.. 

sape2 yang nak rasa burger sedap ni, bolehlah gi sini.. heee.. dekat area Apartment Teratai Mewah (Setapak) je, dekat Anandur tu.. kalau dari Mydin straight aje ke depan.. mesti jumpa punya.. tapi malam sahaja tauu! heee.. kalau datang siang tak ada yea.. dengo betui2.. tak ada... 

DEFINISI PELUKAN BAGI SEORANG LELAKI BERGELAR SUAMI

Baca sini jugak---jaga hati isteri---

Terbaca status di wall FB Dr Zubaidi Hj Ahmad berkaitan isu pelukan dikalangan pasangan suami isteri, hehehe... yang ni untuk yang dah berkahwin ajo yea.. yang lum kawen sila dok diam2.. nak baca boleh tapi nak buat(peluk) tunggu dah kawen nanti yea.. ingat tau selagi lum kawen lum leh peluk2.. jom baca apa kata Dr. Zubaidi :

  • Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. (ehem betul ke? any comments wahai lelaki yang bergelar suami?)
  • Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan (Betul ke definasi korang macam ni wahai makhluk yang bergelar lelaki?)
  • Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa. (Setuju!setuju! kan? kan? kan?)
  • Wanita boleh merasa kurang bersemangat bila suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. ( 100% setuju , korang? )
  • Dari segi physiologi  ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan bersemangat dan bertenaga bagi si isteri. (Pasni ada yang minta suami peluk hari2 kan?)
  • Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya. (Tips berguna untuk yg bergelar suami)
  • Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. (Betulkan?)
  • Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan. (Setuju!!!!)
  • Biasanya suami menganggap bahawa pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual, tetapi sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.
Kesimpulannya : wahai para suami, jangan rasa ‘kelam kabut’ jika tidak bersedia bila isteri minta dipeluk. Dan isteri tolong beritahu suami, ..”please, I just need a hug..” dan jangan mengharap suami faham kehendak kita tanpa diucap atau diluahkan.

31 Mei 2014

JAGA HATI ISTERI, JANGAN DISAKITI HATI MEREKA


Soalan:

"Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya derhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri?"

Jawapan Ustaz :

"BERDOSA juga lah. Cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda Malaikat sbgai derhaka pd Allah SWT.

Karena isteri, rezekimu bertambah.
Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.
Kerana isteri, makan, pakaian mu dijaga.
Kerana isteri, tenang hati mu.
Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu.
Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya.
Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka, walaupun kecil di mata mu, baginya besar bagi dirinya.
Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, setiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami.

Renungan sepintas lalu...

 Mengapa WANITA sering menangis?

 Jawab Allah :
Kerana WANITA itu unik.

Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.

 KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
 KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
 KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
 KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
 KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yg disayangi.
 WANITA makhluk kuat.
Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
 WANITA sangatlah istimewa...

���� Siarkan pd lelaki agar mereka menghargai WANITA dan agar tau bahawa WANITA.....ciptaan Allah yg istimewa..

CREDIT TO : ZUKI DIN
Jom singgah blog ni, best.. banyak ilmu.. 
Jugak Sumber dari :
TIPS KELUARGA BAHAGIA

30 Mei 2014

BANGUN TIDUR IKUT SUNAH RASULULLAH

Jom bangun tidur ikut Sunnah
Mula-mula sekali, masa bangun tidur tu jangan terus bangun,  duduk dulu kejap pastu usap muka.. kalau elok usap dari bawah dagu ke atas, ini untuk bagi muka tu awet muda tau.. heeeee... petua opah teman dulu.. sambil2 usap tu jgn lupa selawat nabi 3x yea! 

Haaa.. ok, seterusnya.. bacalah 10 ayat terakhir Surah Al Imran, lepas tu... aish.. baca je kat atas tu yea... jom kita amalkan sama2 jom.. 

Note : jom sedekahkan Al-Fatihah buat arwah suami Mak Dara diatas kepulangan arwah ke rahmatullah.. semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.. yang pasti arwah bertuah kerana dipilih menjadi antara umat yang Allah sayang.. Aamiin.. Aamiinn.. ya Rabbal Alaminn..

28 Mei 2014

AYAT MURAH REZEKI & CEPAT KAYA

Opsss.. dalam mengamalkan ayat ni, jangan pula lupa untuk berusaha yea.. kalau berdoa tanpa berusaha pun takkan kemana gak tau.. doa haruslah seiiring dengan usaha, barulah ada kejayaan ..

ENTRI PENGHARGAAN ... TO PENGANJUR / SPONSOR GIVEAWAY

GA MAC 2014 by Emas Putih
Hee.. macam biasa, disebabkan semua hadiah dah diterima, teman pun buatlah entri penghargaan ini.. memang selalu kalau menang apa2 teman akan buat camni.. untuk menghargai sponsor atau penganjur GA tersebut.. Ok, yang 1st sekali teman nak ucapkan terima kasih buat Uzu a.k.a Blog Emas Putih sebab menganjurkan Giveaway ini, heee.. actually banyak kali jugak join GA uzu, tapi tak pernah menang, kali ni menang pulak.. Alhamdullah... for the 1st time.. harap2 lepas ni ada rezeki lagi menang hadiah GA yang dianjurkan ole Uzu yang Fofular n comel ni.. =)
Hadiah yang Teman Menang ialah RM30x1 
dari Giveaway : GA Mac 2014 by Emas Putih Pemenang No : 7: http://tengkubutang.blogspot.com/2014/03/ga-mac-2014-by-emas-putih.html (link penyertaan) 
Senarai Peserta-->http://www.kisahemasputih.com/2014/03/senarai-peserta-ga-mac-2014-by-emas.html

Senarai pemenang-->http://www.kisahemasputih.com/2014/03/senarai-pemenang-ga-mac-2014-by-emas.html

dan nak ucap terima kasih buat sponsor yang baik hati.. heee.. seperti nama belog beliau.. yangbaik.. hee.. ok, jom singgah blog dan FB kak sponsor tersebut.. iaitu kak..
Salatul Zarida Ishakhttp://yangbaik.blogspot.com/
Note : Hadiah wang tersebut dari awal lagi sebelum terima lagi, teman dah niatkan dalam hati nak buat sumbangan sikit kat Yayasan Waqaf Malaysia.. Alhamdulillah.. tercapai gak niat tu. moga pahalanya dapat dikongsi bersama kak Salatul Zarida Ishak hendaknya yea.. Aamiinn..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Segmen Kenali Sirah Rasulullah S.A.W
Hadiah yang Teman Menang ialah Button Badge
dari Segmen Kenali Sirah Rasulullah S.A.W
Nak ucap terima kasih buat Penganjur Segmen Zaza dan Nilam.. Jom singgah blog n FB :
Zaza Imanhttp://www.zazazehra.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Contest Artikel Pilihan by Buasir Otak
Hadiah yang Teman Menang ialah RM30x1 

RINDU MAK TETIBA...


PENYAKIT MASA KINI? EHEHEHEHE....

SELFIE dimana saja.. Aishhh... 

27 Mei 2014

RASMI MENGGUNAKAN TELEKUNG BARU

Heee.. ni bukan nak tayang teman kuat sembahyang ke apa yea.. tapi saja nak share antara telekung kegemaran teman.. heee.. ekceli dah lama beli, tapi tak pakai sebab banyak telekung yang ada pun masih elok.. lepas teman kawen, banyak sangat menda teman tak sempat nak angkut ke KL, dan nak bawak pun susah sebab naik Superbike kot.. mana nak letak barang banyak2 kan.. heee.. last2 tinggal ajelah dulu, bila balik kampung baru amik.. 

Tapi hari tu kebetulan adik2 teman nak mai KL, teman pun pesan diorang bawakkan telekung untuk teman letak di kedai satu, dan letak dirumah satu.. satu lagi untuk tetamu yang datang.. agak susah plak bila teman hanya ada satu telekung aje di rumah.. bila nak gi kedai kena angkut telekung tu ke hulu ke hilir.. hu3.. almaklumle, telekungnya satu aje masa tu.. haaa.. sekarang dah ada lebih takyah susah2 dah.. heee.. 

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers