Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

05 Jun 2014

5 Senaman Untuk Kecilkan Peha versi Kevin Zahri

Senaman Kecilkan Peha
Ha2.. Tadi teman dah kongsikan pasal Senaman Kecilkan Peha kan?<---KLIK haa.. kali ni teman nak share lagi Senaman yang sama tapi versi Kevin Zahri.. haaa.. kenal kan sape Kevin Zahri? ho2.. kalau tak kenal taktau lea teman, femes kot Kevin Zahri ni, kalau masih tak kenal meh klik sini-->KEVIN ZAHRI

Kalau nak tips kuruskan badan pun leh baca kat Blog 
Kevin Zahri ni tau.. kalau malas nak cari, klik jea kat banner yang ada dekat blog teman ni.. yang kaler biru ni haa.. 

Ok lah,apa2 pun,jom kita baca lak Senaman Kecilkan Peha Versi 
Kevin Zahri lak.. meh2.. Pastu jangan tak buat lak yea.. hehehehehe.. nak cantik kenalah rajinnn.. =P
5 Senaman Untuk Kecilkan Peha versi Kevin Zahri
Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:
1. ‘Kerusi bayangan’
Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:


  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.

2. Pergerakan “menggunting”

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.

3. Pusingan bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.
4. Pakai kasut tinggi!
Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!

5. Melompat di atas trampoline

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya. :)
Sumber : KEVIN ZAHRI.COM

Senaman Kecilkan Paha


Arghhh.. masalah betul.. sekarang ni taktaulea nape.. berat badan macam naik je, pastu peha dan betis pun macam bersedia nak membesar.. aiyoo.. tensionn... apa lagi, gigih lea teman mencari sesuatu untuk mengecilkan kembali peha ini.. adeh.. tapi teman tak caya yang jenis makan2 punya tu.. teman lagi percaya bab senaman2 ni, so.. teman google punya google, terjumpalah senaman untuk kecikkan peha.. ha2.. dapat puunnn.. 
Seperti yang kita sedia maklum, selain berjogging untuk membuang lemak di peha, memang ada juga senaman khas untuk kecilkan peha. Senang saja. Boleh lakukan di dalam rumah. Caranya adalah:

Langkah 1 – Sandar di dinding
Bersandar di dinding. Pastikan kepala, belakang dan punggung betul-betul rapat ke dinding seperti gambar di atas. Jarak posisi kaki adalah lebih kurang 18 inch dari dinding.Turunkan badan ke bawah sehingga kita berposisi seperti kerusi. 

Pastikan kaki kita tidak bergerak. Tahan selama 30 saat. Kembali ke posisi asal. Ulangi selama 5 minit.

Langkah 2 – Menaiki Tangga
Berdiri di sebelah tangga. Silangkan kaki kiri dan letak di atas satu anak tangga seperti gambar di atas.
Langkah 3 - Lunge
Menaiki tangga dengan menggunakan kaki kiri sehingga kaki kanan kita terangkat. Kemudian kembali ke kedudukan asal. Lakukan selama 5 minit. Kemudian tukar ke kaki kanan pula.
Berdiri tenang sambil meletakkan kedua-dua tangan anda di pinggang.
Ambil langkah besar ke hadapan dengan kaki kiri sehingga peha kiri kita mendatar. Pastikan lutut kiri tidak melebihi kaki kiri. Kaki kanan kita pula dalam posisi bengkok sedikit. Pastikan badan kita tegak. Kemudian kembali ke posisi asal. Ulang langkah ini selama 5 minit. Kemudian lakukan pada kaki kanan pula.

Huk2.. pastu kannn.. teman ternampak lea pulak stokin magic tu.. ala stokin untuk kecikkan betis & peha ni haaa-->Germa Socks..
hahahaha.. boleh caya ke ni? ada testimoni tak? meh share sini!! heee.. (taksub bebeno nak kecikkan peha yeaaa.. kih3)


PEMANGGANG AJAIB DAN CERITANYA


Heee.. malas nak citer panjang2.. teman letak link je bole? kot ada yang terlepas nak baca pasal keistimewaan memiliki Pemanggang Ajaib ni kan.. heee.. teman suka bebeno ada Pemanggang Ajaib ni.. siyess, memang suka bebeno tauu.. macam2 leh masak guna Pemanggang Ajaib ni..  jom.. sape nak tau apa kelebihan dan apa yang boleh kita masak dengan Pemanggang Ajaib nih, meh baca link2 kat bawah ni.. SILA KLIK yea.. heeee.. 

JIKA MATA HATI KITA BERSIH

Jangan pandang hina pada orang yg sedang lalai , jauh dar agama . siapa tahu , kelak dia balik kepada Islam dan menjadi lebih elok dari kita . Jangan pandang hina orang yang bergelumang dengan maksiat . Siapa tahu kita yg sering solat lima waktu di surau , di masjid , bagaimana akhir usia kita?


HIDAYAH itu RAHSIA ALLAH. Kasih sayang ALLAH melebihi kemurkaan-NYA ! 



04 Jun 2014

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com

Sempena dengan ulangtahun perkahwinan yang ke-8, Syue buat Giveaway  Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com yang bermula pada 3hb Jun 2014 sehingga 30hb Jun 2014... Giveaway ini akan berlangsung selama hampir sebulan. So, meh kita ramai2 join.. sebab.. Pemilihan Pemenang adalah secara random, so.. sape2 pun ada peluang menang hadiah.. jom2 join cepat..  KLIK BANNER ATAS NI yea!

Hadiah :
Wang Tunai RM50.00 + 1 Sabun Pemutih Carawhite bernilai RM 60.00  x 10 Pemenang

UJI MATA DAN MINDA--> KORANG NAMPAK APA YEA?


Heeee.. hari ni teman nak nengok ketajaman mata korang semua... haaaa..  nampak tak apa dalam gambo atas ni? Heeeeee..  teman pun dah lama teleng2 tengok, baru nampak apa dia.. pening kepala nengoknya..dalam hati cakap, rosak mata aku nengok menda ni kang.. hahaha Mata tajam je boleh nampak haiwan/foto apa dalam gambar ni tauuu..

Siapa nampak cepat2 komen ok!

03 Jun 2014

ADIK-ADIK DATANG KEDAI - 1HB MEI 2014

Meriahnya nengok anak sedoro teman semua ni.. hu3..  
Hari tu deme mai kedai.. singgah kejap sebab diorang tak pernah mai kedai lagi.. 
sweet tengok kasurt berlonggok rupa ni..  
lagi.. 
hahahaha.. hepi je teman masa ni tauu.. rindu anak2 sedoro 
muka ceria je semuanya nengok kamera 
alahai.. si sulung tu.. 

2222 dah, Alhamdulillah...

Alhamdulillah.. dah cecah 2222 Follow blog Tengkubutang ni .. wah.. macam tak percaya jea dah sampai 2222, haa.. nombor kegemaran ni tauu.. kalau ikut fahaman orang2 cina, no. 2 ni adalah nombor yang baik untuk diorang yang bermaksud "SENANG", manakala nombor yang sangat2 "ONG" bagi diorang lak ialah No. 8.. yang bermaksud "KAYA".. kalau teman berjumpa dengan kawan2 cina, sebok lah diorang menelek nombor henfon teman lah, nombor kereta teman lah.. pastu bagi komen nombor yang teman pakai tu OK ke tak pada pandangan masyarakat Cina.. 

hu3.. teman dengar ajelah.. tapi tak pulak nak percaya atau menafikan.. itu ikut diorang lah kan.. yang kita ni sejak dilahirkan dah diajar untung nasib semua bergantung pada Allah S.W.T, so, jangan terbabas lak mempercayai menda2 camtu yea..

Apa2 pun.. buat adik adik Nurul Echa.. tahniah jadi follower teman yang ke 2222, tq sebab follow blog ni yea.. sebagai seorang yang bertuah menjadi Follower ke 2222, teman nak letak link blog Nurul kat sini.. tapi teman tak jumpa lak link blog Nurul? hee.. so, adik Nurul Echa, nanti komen sini yea.. teman nak letak link blog Nurul kat sini.. kasi traffic ke sana sikit.. heee... Buat rakan2 blogger yang mana sudi singgah kat blog Tengkubutang ni, teman nak selitkan sikit ucapan terima kasih yang sangat2 buat korang semua.. tQ sangat2 yea.. 

Jom Singgah Blog Nurul Echa--->?????????

BERSANGKA BAIK

Rasulullah bersabda : "Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata" 
( Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud ).
Imam asy-Syafi'i berkata :
" Sesiapa yang ingin menutup hidupnya dengan kebaikan, 
maka jagalah selalu sangkaan baik kepada manusia "

Kuku & Personaliti Anda

 
Yang mana satu korang punya Kuku & serupa tak dengan Personaliti korang?.. hehehehehehe..  
Apa lagi.. Jom check samada betul tak jenis kuku kita dan personaliti?

1.) Kuku pendek dan lebar
Kamu mempunyai sikap yang suka berterus-terang. Kadang-kadang bukan niat kamu untuk mengkritik orang lain, tetapi itu adalah sikap semula jadi kamu, mungkin ada yang tersinggung dengan kamu namun kamu seorang yang baik hati. Kamu juga serius dalam perkara yang kamu lakukan.

2.) Kuku Berbentuk Empat Segi
Kamu yang mempunyai kuku berbentuk empat segi ini juga mempunyai sikap yang telus dan suka berterus-terang. Kamu jujur dalam menjalinkan persahabatan supaya hubungan kamu dengan kawan-kawan lama.

3.) Kuku panjang dan bujur
Selain menyukai sesuatu yang berkaitan dengan seni, kamu juga berfikiran dan terbuka. Kamu suka menerima idea dan pendapat daripada kawan-kawan. Kamu juga suka bekerjasama dengan semua orang dan tak lokek untuk berkongsi idea bernas kamu itu. Tak hairanlah diri kamu disukai ramai.

 4. Kuku Tirus dan Runcing
Kamu cepat panik apabila berhadapan dengan situasi yang memberikan tekanan kepada kamu. Inilah antara punca kamu lebih suka berada di belakang tabir sahaja. But, kamu juga mempunyai keistimewaan , kamu petah bercakap berbanding kawan2 lain. Cuma bila depan ramai orang, sedikit kelam kabut.

5.) Kuku Lebar
Kamu mempunyai personaliti yang menarik, Bukan itu sahaja, kamu juga mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Patutlah kamu sentiasa bersemangat dan ceria setiap kali kamu diberi tugasan oleh sesiapa pun. Kamu sukakan cabaran dan suatu yang lasak, Dikenali sebagai aketif dalam bidang akademik dan juga sukan.

6.) Kuku Berbentuk Sudu
Seorang yang mempunyai emosi yang sentiasa berubah. Kamu tak boleh membuat sebarang keputusan yang tepat dalam suatu masa kerana fikiran kamu mungkin akan berubah dalam sekelip mata. Ramai yang anggap kamu ini tidak tetap pendirian.

02 Jun 2014

THIRSTY HIPPO DAN FEBREZE ANTI BACTERIAL

baru beli ni bulan lepas, semua sebab rasa macam kedai ni terpekong aje.. udara segar tak masuk, bau pun tak selesa lak kang betul tak, So.. terus je hubby beli THIRSTY HIPPO DAN FEBREZE ANTI BACTERIAL ni, 
  
Ho2.. yang ni bau dia betul2 segar bebb.. kaler pun Orennn.. ha2..(teman kan minat Oren!) 
Yang ni teman letak kat celah2 t.shirt n baju2 tu.. biar tarik hapak2 ke apa kan.. 
hubby beli 3 dapat FREE satu.. heee.. 
Cumey kan Badak ni.. 
Baca tu, Moisture Absorber Cupboard & Small Spaces... 

Note :
Beli Pada : 12/5/2014
Harga : Tak Ingat
(^__________^)

TERATAI BURGER - BURGER PALING SEDAP IN THE WORLD!!

Slurppp.. meleleh air liur masa menaip entri nih.. haha.. terbayang burger orang tu yang sodap..memang sedap pun weh.. puas makannya tau.. daging yang dibakar lembut, sos mayonis yang dap2 emm.. sayur dan bahan2 yang fullamakk.. mabeles puas hati.. heeee.. 
Stall Burger ni bersih dan buat teman nak jadi regular customer dia je tau.. ha2.. pekerjanya dua orang jea.. tapi.. cekap giler buat burger.. yang beli pun ramai giler, beratur panjang kot.. heeee.. kalau dah sedap camtu memang lea orang akan datang membeli sekali lagi, yea tak?? heee..   
inilah mereka yang punya bisnes ni.. terbaek..
salute bila melayu pandai cari rezeki camni.. 
haaa.. ni menu nya.. banyak kan.. ha2.. teman selalu order burger daging double special.. giler2 kenyang bebb.. 
 
tengok tu, banyak kan order yang tengah dia siapkan..  
ni dia teman punya.. lum buka lagi tapi bau dia masyaAllah..  
sorry.. gambo tak jelas.. 
dah gigit sikit.. lembut dan berjusss.. takmau berhenti dah..
terus ngappp.. ha3.. 

sape2 yang nak rasa burger sedap ni, bolehlah gi sini.. heee.. dekat area Apartment Teratai Mewah (Setapak) je, dekat Anandur tu.. kalau dari Mydin straight aje ke depan.. mesti jumpa punya.. tapi malam sahaja tauu! heee.. kalau datang siang tak ada yea.. dengo betui2.. tak ada... 

DEFINISI PELUKAN BAGI SEORANG LELAKI BERGELAR SUAMI

Baca sini jugak---jaga hati isteri---

Terbaca status di wall FB Dr Zubaidi Hj Ahmad berkaitan isu pelukan dikalangan pasangan suami isteri, hehehe... yang ni untuk yang dah berkahwin ajo yea.. yang lum kawen sila dok diam2.. nak baca boleh tapi nak buat(peluk) tunggu dah kawen nanti yea.. ingat tau selagi lum kawen lum leh peluk2.. jom baca apa kata Dr. Zubaidi :

  • Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. (ehem betul ke? any comments wahai lelaki yang bergelar suami?)
  • Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan (Betul ke definasi korang macam ni wahai makhluk yang bergelar lelaki?)
  • Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa. (Setuju!setuju! kan? kan? kan?)
  • Wanita boleh merasa kurang bersemangat bila suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. ( 100% setuju , korang? )
  • Dari segi physiologi  ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan bersemangat dan bertenaga bagi si isteri. (Pasni ada yang minta suami peluk hari2 kan?)
  • Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya. (Tips berguna untuk yg bergelar suami)
  • Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. (Betulkan?)
  • Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan. (Setuju!!!!)
  • Biasanya suami menganggap bahawa pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual, tetapi sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.
Kesimpulannya : wahai para suami, jangan rasa ‘kelam kabut’ jika tidak bersedia bila isteri minta dipeluk. Dan isteri tolong beritahu suami, ..”please, I just need a hug..” dan jangan mengharap suami faham kehendak kita tanpa diucap atau diluahkan.

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers