Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

06 Jun 2014

WWE Live at Kuala Lumpur tuuuu.. Terbaekk..



Err.. teman minat Gusti, Salah ke? ada yang kata salah.. ada yang kata takpe.. ada yang kata buang masa, ada yang kata bukan betul pun lawannya, semua tu ikut skrip.. Haishh.. apa2 lah.. yang penting teman minat dan suka tengok Gusti gak.. kui3.. Tiap2 hari Isnin dan Jumaat punya lawan gerenti nak tengok punya.. dekat http://watchwrestling.ch/ tu lah.. 

Baru-baru ni ada terdengar WWE dan Astro telah mengumumkan untuk membawakan WWE Live kembali ke Malaysia, buat julung kalinya sejak 2022 dengan dua persembahan yang diadakan pada 10 dan 11 Oktober depan .

Pertandingan ini secara ekslusif dibawakan hanya di rantau Asia Pasifik dimana bakal dilansungkan di Stadium Putra di Kuala Lumpur.

Kehadiran Superstars WWE seperti John Cena, Bray Wyatt dan Wyatt Family, The Shield, dan Bad News Barret dan ramai lagi pasti akan menyemarakkan lagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.

Fenomena WWE menjadi kegilaan ramai di negara ini menerusi rancangan Monday Night Raw, Friday Smack Down, AfterBurn, Vintage, Bottomline, NXT, Superstars, Main Event dan WWE Presents yang disiarkan di saluran Astro Supersports 3 dan kesemua rancangan Pay-Per-View di saluran Astro Box Office Sport.

"Astro gembira bekerjasama dengan WWE untuk membawa masuk hiburan bertaraf dunia, WWE Live, kepada peminatnya di rantau Asia Tenggara.
 
Antara yang berkongsi kegembiraan mengenai pengumuman rasmi Astro, termasuklah pelakon dan pengarah, Dharma Harun Al Rashid. 

Peminat WWE pastinya disajikan acara menarik yang padat dengan aksi Oktober ini. Kami gembira kerana dapat membawa pengalaman WWE daripada TV ke pentas sebenar," Kata Pegawai Operasi Astro, Henry Tan.



Tiket telah mulai dijual 31 Mei ini jam 10 pagi dengan harga 
di antara RM128-RM1230 (argh.. pengsan..)

Menyentuh Persoalan Sukan Gusti Ikut Skrip


Bagi peminat tegar gusti terutama sekitar tahun 80-an, The Dragon bukanlah asing kerana beliau seangkatan dengan penggusti handalan lain seperti Hulk Hogan, Macho Man dan Ultimate Warrior. beliau akan menjawap persoalan tentang Sukan Gusti yang dikatakan mengikut Skrip.. 

BENARKAH SUKAN GUSTI IKUT SKRIP?

Sungguhpun peminat gusti di Malaysia rata-rata menerima hakikat bahawa WWE adalah sukan berbentuk hiburan yang berlandaskan skrip, namun terdapat elemen tertentu yang membuatkan sukan ini terus mendapat tempat.

"Ya kami memang mengikut skrip, tetapi setiap aksi adalah benar dengan kekuatan fizikal".

"Kakitangan belakang tabir akan bersama-sama penggusti untuk mengaturkan skrip bersesuai dengan kehendak," jelas penggusti berdarah Inggeris dan Jepun ini.

Ricky mendedahkan peminatlah yang akan menentukan saham para penggusti.

"Memang kami kena mengikut skrip, tapi kami juga perlu pandai menarik perhatian penyokong. Jika tidak anda tidak akan bertahan dalam bidang ini.

Terjumpa Hasil Contengan

heee.. tadi selongkar lea gambo2 dalam FB Personal teman yang lagi satu, bukan FB Tengkubutang Miaw yea.. ada lea lagi satu.. yang tu untuk bisnes, dan rakan sekolah.. malas nak campur dengan rakan Blogger kan.. nanti pening lak teman.. heee..  

Tapi bukan itu yang teman nak citer.. teman nak share ni ha.. gambo2 yang teman lukis conteng2 masa boring hari tu.. Masa ni masih tak reti guna Adobe Illustrator (Ai) lagi.. heee.. pastu hubby teman asik perli2 je cakap teman lukis kartun "henyot benyot" & buruk, 

Teman pun tercabar rasanya.. mula lea godeh2 Ai.. dan mintak hubby ajo sikit2.. last2 dapat gak guna Ai untuk lukis kartun.. rupa2nya lagi senang guna Ai.. smooth aje.. heeee.. 

Apa2 pun.. jom tengok kartun teman lukis sebelum dan selepas guna Ai.. yang sebelum ni teman guna Paint aje.. tu yang henyot benyot giler kartun nya.. kikikiki.. haippp.. jangan kutuk!
 
 Guna Paint
Tajuk Gambar : Anak Yang Melihat
 Guna Paint 
Tajuk Gambar : Kalaulah Beruang lama leh bercakap
Guna Adobe Illustrator (Ai)
Tajuk Gambar : Cahaya/Nur buat mereka yang berhijrah dengan ikhlas hati
 
Guna Adobe Illustrator
Tajuk Gambar :
Tengkubutang Shopping!! yeahaaa..

LETS CHILL GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH

Jom Join GA "LETS CHILL GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH"

Heeee.. nak join GA Mama Darwiish lah.. macam best je hadiahnya.. hee.. nak support Giveaway Mama Darwiish gak.. hope bertuah lea hendaknya yea.. Aamiinnnn... ha... jom join jommm! mana tau rezeki kome!


CAKAP TAK SERUPA BIKIN.. HA2! LAWAK!!

Ni teman terjumpa dekat FB sape ek? adeh.. tak ingatlah.. ada dekat wall sape yea? lupa dah pun.. tapi tak kisah la yea.. teman just share aje ni.. sebab kelakar sangat.. heee.. memang realitinya ada je orang macam ni kan.. kikikiki.. korang jangan ikut macam ni tau.. hik3.. 

CARA NAK TIMBANG BLOG

We took 11.81 seconds to load all content and files from this page

What is Website Speed Test?
Website Speed Test is an online web tool by PageScoring.com to provide webmasters with valuable information about the loading speed of their domain and website. This tool will check everything from your domain resolving speed to your download times.

How important is website speed?
The time it takes for your website to load to your visitors is very important. Infact, according to a survey, almost 50% of visitors expect a website to load in 2 seconds or less, and 40% of visitors abandon a website that takes more than 3 seconds to load.

Baca sini jugak--->Blog Berat Macam Gajah
   Baca sini jugak--->Blog Berat Macam Gajah 2

Dah Timbang Blog korang?
Klik sini ----> Website Speed Test
Website Speed Test - PageScoring.com

Pageview Yesterday 6,313

Alhamdulillah.. rasa lega sebab traffic/Pageview masih dalam keadaan stabil dan tak menurun seperti yang teman sangkakan sebelum ni.. Kalau tidak.. teman asik risau je traffic menurun selepas tukar template baru, tu yang kerap tak jadi jea edit blog.. hati masih tak rela melepaskan template lama.. heeee... sayang beno yea.. last2 tuko jugak... BACA SINI ... 

bila check hari2 tengok nampak peningkatan plak PV blog teman, hemm.. nasib baikk.. dah puas hati blog sekarang ni, cuma nak tukar tulisan je.. nak tulisan Century Ghotic yang bolat2 tu..huk2.. tak bole tukar lah.. nape eh?? sape pandai bab ni? meh lea ajor teman.. teman tak suka tulisan sekarang ni.. tambah2 kalau Times New Roman ni lagi lea.. tak sukaaa.. hahaha.. teman suka yang bolat2.. sape leh ajo teman? hihihi.. pelizzz..


BAWAL CANTUM CANTIK-CANTIK DARI EMBUN BEAUTY HOUSE!!

IKLAN BERBAYAR
Ehem2.. lawa tak tudung macam model tu pakai? terpikat tak? haaa.. yang penting senang dipakai, senang dibentuk dan tak serabut sangat macam langsir tu kannn.. Opssss.. 

Teman tertarik dengan kaler2 kat bawah ni.. cantik tone padanan dia.. paling teman suka tengok kaler coklat tu.. sukaaa sangat2.. heee.. tapi kena beli CEPATTT.. sebab stok terhad.. sape cepat dia dapat.. lupa lak nak gitau, yang ni namanya BAWAL CANTUM , didatangkan sekali dengan brooch, harganya cuma rm18 sehelai (tak termasuk postage)... 
purple n yellow
coklat n krim
merah n Pink
Pink n white...
Blue n grey
dark coklat n light coklat
merun n pink

Haaa.. amacam? Berminat nak membeli? kalau berminat sila pm Admin di 

Sila pm segera SELAGI STOK MASIH ADA!!

CARA SOLAT UNTUK ORANG SAKIT/UZUR

Berikut adalah gambaran / cara-cara solat bagi mereka2 yang uzur atau tidak mampu ber solat seperti orang normal yang lain.. tiada alasan untuk meninggalkan solat, kerana Allah dan aturkan pelbagai cara untuk solat khas untuk mereka yang tidak berkemampuan solat seperti biasa.. apa2 pun.. jom kita perhatikan gambar diatas ni.. sila zoom kalau tak jelas.. just perkongsian dari teman untuk semua.. teman ambil gambar ni melalui google aje.. bukan gambar / sumber sendiri.. meh share sama2.. moga beri ilmu buat semua..

Sumber : Facebook

Countdown 500,000 terlepassss..

  




Hemmm.. ingat nak Capture/Printscreen lea jumlah 500,000 tu, tapi boleh pulak terlupa nak nengokkk.. aiyakk..dah dekat beno tu.. teman bole plak pi buat menda lain.. O.. teman jawap mesej henfon tadi.. baru teringat.. tengah nak countdown snap tiba2 gatai tangan gi jawap mesej lak..  tu yang terlupa tu.. aishh.. beria2 jea snapshot yang nombor yang sebelum2 tu.. last2 terlupa lak nak snap angka PV yang dikehendaki.. hu2.. bukan apa pun.. saja jea nak buat kenang2 ngan untuk letak dalam entri.. nanti leh lea tengok2 balik kan.. heeee... lagipun suka kaler oren hitam tu.. tu gatai buat entri.. apa teman merepek ni??

05 Jun 2014

Ai Ru Si Gadis Cantik -- Pengurus Kelab Bola Sepak Sichuan Lidashi FC

Haa.. ni lea Ai Ru.. Si Cantik yang menjadi Pengurus kepada 
Kelab Bola Sepak Sichuan Lidashi FC

Wah.. Cantik betui dia ni kann.. comell.. teman ingatkan gadis ini seorang model yang berasal dari China tetapi rupa-rupanya gadis ini merupakan seorang  pengurus kelab bola sepak yang tercantik dan termuda di dunia yang berasal daripada China.
Baru-baru ini (April 2014) Gadis bernama Ai Ru mengejutkan negara China selepas disenaraikan sebagai pengurus kelab bola sepak Sichuan Lidashi FCJadi sekarang kelab itu adalah menjadi miliknya walaupun dia kelihatan tidak mempunyai banyak pengetahuan dalam sukan bola sepak.


perghh.. dasyat.. sebelum itu dia merupakan seorang pelakon yang pernah di nobatkan sebagai pemenang Miss Tourism pada tahun 2009 dan terkenal dalam drama bersiri yang meletup di negara tersebut, Naked Wedding Age pada 2011.

Walaupun nampak seperti tidak mempunyai banyak pengetahuan dalam sukan bola sepak, kini namanya berada dalam senarai sebagai pengurus kelab bola sepak Sichuan Lidashi FC dan kelab tersebut kini menjadi miliknya.

So, siapa cakap perempuan tak boleh masuk dalam dunia bola ?? ha2.. jom nengok gambo2 comel Ai Ru yang cun melecun ni.. 
 
 aishh.. teman yang popuan nengok pun rasa dia cantik, 
apatah lagi kalau lelaki yang nengok..
 
tak sangka kan..  
Comel.. 
 Ai Ru namanya..
 Sweet sangat2..
Macam pelakon Korea Jang Nara lea pulak.. 
Sweet n Comel

Giveaway CAsh RM350 by Emas Putih

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas PutihNasibah KhushairyKasih Lestari Abadi Nor Farihan AyobNannie Isa , dan yangbaik .

5 Senaman Untuk Kecilkan Peha versi Kevin Zahri

Senaman Kecilkan Peha
Ha2.. Tadi teman dah kongsikan pasal Senaman Kecilkan Peha kan?<---KLIK haa.. kali ni teman nak share lagi Senaman yang sama tapi versi Kevin Zahri.. haaa.. kenal kan sape Kevin Zahri? ho2.. kalau tak kenal taktau lea teman, femes kot Kevin Zahri ni, kalau masih tak kenal meh klik sini-->KEVIN ZAHRI

Kalau nak tips kuruskan badan pun leh baca kat Blog 
Kevin Zahri ni tau.. kalau malas nak cari, klik jea kat banner yang ada dekat blog teman ni.. yang kaler biru ni haa.. 

Ok lah,apa2 pun,jom kita baca lak Senaman Kecilkan Peha Versi 
Kevin Zahri lak.. meh2.. Pastu jangan tak buat lak yea.. hehehehehe.. nak cantik kenalah rajinnn.. =P
5 Senaman Untuk Kecilkan Peha versi Kevin Zahri
Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:
1. ‘Kerusi bayangan’
Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:


  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.

2. Pergerakan “menggunting”

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.

3. Pusingan bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.
4. Pakai kasut tinggi!
Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!

5. Melompat di atas trampoline

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya. :)
Sumber : KEVIN ZAHRI.COM

Senaman Kecilkan Paha


Arghhh.. masalah betul.. sekarang ni taktaulea nape.. berat badan macam naik je, pastu peha dan betis pun macam bersedia nak membesar.. aiyoo.. tensionn... apa lagi, gigih lea teman mencari sesuatu untuk mengecilkan kembali peha ini.. adeh.. tapi teman tak caya yang jenis makan2 punya tu.. teman lagi percaya bab senaman2 ni, so.. teman google punya google, terjumpalah senaman untuk kecikkan peha.. ha2.. dapat puunnn.. 
Seperti yang kita sedia maklum, selain berjogging untuk membuang lemak di peha, memang ada juga senaman khas untuk kecilkan peha. Senang saja. Boleh lakukan di dalam rumah. Caranya adalah:

Langkah 1 – Sandar di dinding
Bersandar di dinding. Pastikan kepala, belakang dan punggung betul-betul rapat ke dinding seperti gambar di atas. Jarak posisi kaki adalah lebih kurang 18 inch dari dinding.Turunkan badan ke bawah sehingga kita berposisi seperti kerusi. 

Pastikan kaki kita tidak bergerak. Tahan selama 30 saat. Kembali ke posisi asal. Ulangi selama 5 minit.

Langkah 2 – Menaiki Tangga
Berdiri di sebelah tangga. Silangkan kaki kiri dan letak di atas satu anak tangga seperti gambar di atas.
Langkah 3 - Lunge
Menaiki tangga dengan menggunakan kaki kiri sehingga kaki kanan kita terangkat. Kemudian kembali ke kedudukan asal. Lakukan selama 5 minit. Kemudian tukar ke kaki kanan pula.
Berdiri tenang sambil meletakkan kedua-dua tangan anda di pinggang.
Ambil langkah besar ke hadapan dengan kaki kiri sehingga peha kiri kita mendatar. Pastikan lutut kiri tidak melebihi kaki kiri. Kaki kanan kita pula dalam posisi bengkok sedikit. Pastikan badan kita tegak. Kemudian kembali ke posisi asal. Ulang langkah ini selama 5 minit. Kemudian lakukan pada kaki kanan pula.

Huk2.. pastu kannn.. teman ternampak lea pulak stokin magic tu.. ala stokin untuk kecikkan betis & peha ni haaa-->Germa Socks..
hahahaha.. boleh caya ke ni? ada testimoni tak? meh share sini!! heee.. (taksub bebeno nak kecikkan peha yeaaa.. kih3)


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers