Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

24 Jun 2014

ZAZA IMAN - THANK YOU, I LOVE U

jen jeng jengggggg.. tiba2 datang orang Kurier depan pintu tadi..
dengan rakus teman membuka barang tu..tengokk.. sikit punya dugaan nak buka.. berbalut rapi sesungguhnya! Thumbs Up!... heeee.. 
 
Jeng jeng jeng.. inilah rupa lapisan terakhir untuk dibukaa.. heee.. 
Mula2 tadi Beso je Cube nya (sebab dibalut dengan tebal)
Isi dalamnya.. tadaaaaaaaaaaaaa.. inilah dia mug design istimewa dari my Lovely Zaza Iman.. huk3.. terharunya rasa nengok mug ni.. Rasa nak nanges terharu je tadi.. Yang bestnya siap ada header blog Tengkubutang (Sharing My Ceritera) lagi.. ada gambo Butang kat situ.. ada nama Butang.. Miawww.. huwaaaa.. memang terharu sangat2.. tQ .. 

dan paling special ada muka kartun Zaza tu.. huwaaaaaa.. im speechless masa buka kotak ni tadi tau zaza.. hepiii seng sangattt.. 

dan.. seperti yang zaza letak kat mug ni jugak, teman nak kata kat sini.. tQ 4 being my Friend jugak yea zaza.. 

Nota : kalau korang nak order mug macam ni jugak, boleh la tempah dekat FB Zaza Iman, selain tu Zaza juga ambil order untuk Business Card Murah dan cantik design dia tauu, dan kalau nak tempat Kad Raya atau Sampul Duit Raya, masih sempat lagi.. korang pm je zaza kat FB dia.. selain tu Zaza jugak ada buat Button Badge tau, ada printing Bantal.. dan macam2 lagi.. pm dan jenguk2 lah FB zaza tu yea.. heee.. 

Dan jangan lupa Follow blog Zaza sekali tau.. 

TERIMA KASIH SUPERMAN

BACA ENTRI SEBELUM INI-->NGOMEL PASAL KETA |
Terima Kasih Superman, haa..nape tajuk tu? Sape dia Superman? Kalau nak tau baca le sampai abes ek.. kekeke.. (saja je nak dera kome.. kui3) 
hu3.. pagi2 tadi rasa hangen je bila enjin keta masih tak boleh start (bermasalah dari hari tu lagi..) sebelum ni pada 7/3/2014 teman dah bawak bengkel kasi repair dan cari punca nape takleh start.. pastu pomen kata sebab STARTER.. so melayanglah duit RM180 untuk starter (Kancil 850) dan juga Spark Plug yang berharga RM30.. 
Pomen tu cakap Masalah STARTER.. melayang RM180.. huwarghh..
Dan memandangkan keta teman tu sejak Mac 2012 hinggalah ke tarikh 7/3/2014 tu tak pernah servis (teruknyaaa komeee.. hu3) So, teman servis sekali la kan.. Entah teman taktau harga yang teman dapat tu mahal atau murah.. sebab tak pernah repair keta.. selalu suruh Abah teman je yang bawakkan.. (kalau teman yang bawak, nasib le kena ketok dek pomen tu.. popuan lea katakan.. aishhh) bawah ni ekspresi wajah keta teman..
Ni sebelum servis.. Masammmmm aje muka dia..
Lepas dah Servis.. Tersengih macam kerang busuk .. haishh

Ok, sambung lik citer tadi..teman dah mengadu dekat mr hubby miaw2, tapi rasa tak lalu hati plak nak bercerita lebih bila hubby macam bz je kat ofis.. macam serabutkan fikiran dia lak kan.. So, teman diam je terus lepas dia kata dia bz dan serabut fikir masalah macam2.. 
ni bukan gambor teman ye..
Tapi.. tengok2 hubby teman yang bawakkan keta tu ke bengkel.. check dan cari punca kerosakan.. Last2 baru tau apa punca keta tak leh start.. adeh.. tau ke apa?? Wayar bumi (tengok gambo atas) yang menyambungkan ke bateri tu putus sebab dah reput rupanya.. 

Mana nak mau start kalau wayar pun tak kena! Aiyakk.. 

So, ganti dengan kepala2nya semua  (Baterry Velve), berjumlah RM120 termasuk upah dan upah tolak keta kot.. 

Aiyaiyaiiii.. maknanya bukan pasal bateri la kannn.. aiyoo.. teman baru je beli bateri baru, bateri basah (RM160) hari tu.. siap tolak bateri lama (RM10).. walhal bateri tu ok lagi kot.. aishh.. bukan rezeki la namanya tu..
So, lepas dah tukar wayar baru terus boleh start dengan lancar (setakat ni laa kaaaann.. malas nak feeling happy lebih2, kang jadi balik meroyan le pulak yeee..) 

Tapi yang paling teman terharu... sebab.. Hubby teman yang busy dengan macam2 hal sanggup balik tengahari sebab nak tolong settle kan masalah ni, dan rasa terharu sangat2 bila dia kata kesian tengok teman jalan kaki dari rumah ke kedai.. Teman pun jawab " Alaaa.. anggap je exercise.. " heeee... 

Pastu hubby cakap "ha a.. Exercise le sangat2.. time ni ok le.. nanti sebulan puasa nak jalan kaki, entah larat ke tidak" karang ada pulak orang TUANG puasa.. teman jawap"haiiipp.. mana ada!" 

Pastu teman terdiam.. ternampak muka geram hubby bila teman menjawab setiap yang dia kata.. hu3.. Dalam pada tu teman rasa terharu sangat2 dengan hubby teman, ingatkan dia tak endah masalah keta tak leh start.. 

Apa2 pun.. tq superman.. heeeee.. free je dapat title baru yea.. kuang3..

4 Cara Miliki Pinggang Ramping

Perempuan mana lah yang taknak miliki pinggang yang ramping dan tidak berlemak kan? Kalau tanya semua perempuan, dah tentu semua mahukan bentuk badan yang cantik, betul tak? 

Tapi itulah... nak mendapatkan apa yang di idamkan tu bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang di jangkakan. Oleh itu Jom cuba 4 cara yang paling simple dan mudah boleh kita amalkan.

1-      BERENANG
Tekanan di dalam air boleh menyebabkan otot pingang dan perut lebih aktif bergerak. Oleh itu, untuk membakar lemak yang terkumpul di bahagian tersebut lakukan teknik berenang gaya bebas dan kupu-kupu selama 30 minit. Lakukan amalan ini sekurang-kurang seminggu sekali untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan. Errr.. Teman tak pandai berenangggg.. huwaarghh

2-      JALAN KAKI
Ribukan tapakmu, jangan berat untuk melangkah ke sana sini. Jika kita berjalan selama 2 km atau 60 minit ia bukan sahaja dapat merampingkan pinggang malah mengecilkan peha dan membakar segala lemak yang terkumpul di bahagian pinggul. Cara ini sangat di sarankan ! heee.. i likeeee

3-      MAKAN TELUR REBUS
Ada yang berkata,telur mampu membuatkan seseorang itu kenyang. Oleh itu, apa kata gantikan pengambilan karbohidrat seperti roti, nasi dan mi goreng dengan telur rebus. Diet ini akan membuatkan berat badan turun dengan lebih cepat dan berkesan. Tetapi itu tidak bermaksud korang perlu berlapar dan tidak mengambil makanan langsung yea! hee.. i like Telur Rebusss!!

4-      BERNAFAS DALAM-DALAM
Jika korang mudah lapar dan tidak boleh kawal pengambilan makanan cuba teknik ini. Pakar Nutrisi dari luar negara mengesyorkan jika kita tarik nafas sedalamnya hingga oksigen masuk ke dalan rongga dada ia akan membantu kita mengurangkan rasa lapar. Sekurang-kurangnya teknik ini dapat menjayakan diet kamu. Teman sedang buat nih.. heee.. berkesan!

5-      MINUM AIR SEBELUM TIDUR
Cara paling senang adalah dengan meminum air sebelum tidur. Ini kerana sewaktu kita tidur, perut dan usus akan di cuci lalu menyingkir toksik melalui air kencing di waktu pagi. Ok.. yang ni paling senang!

Sumber : Karangkraf

23 Jun 2014

DOA PERGANTUNGAN KEPADA ALLAH | TAWAKAL

Haiiii... hari ni nak citer pasal Doa yang teman selalu baca semasa dalam perjalanan ke mana2.. tak kira naik motor ke naik keta.. mesti nak baca ni.. 

Tapi kali ni teman nak citer pasal naik motor dulu eh.. teman memang berani naik motor laju2.. kadang2 kalau jalan tu straight, suka je pulas throttle sampai abes.. sampai bergegor kot tenggiling teman tu (motor GT128 jeee..) 

TAPI.. kalau naik motor dengan orang lain, teman tengok gak orang yang bawaknya camne.. cermat ke tak pemanduannya.. hik3.. 

Kalau dengan hubby teman, boleh lah.. memang berani jugaklah membonceng.. KECUALI.. kalau dia bawak laju bebeno pastu sampai nak kena cilok2 celah2 keta/lori.. arghh.. memang menakutkan.. 

Yelah, nak buat camne kan.. nak balik naik keta, tak lalu le pulak nak tempuh jam yang begitu ketattt.. erghh.. tak suka jammm.. 

So, kami decide balik naik Motor ajelah.. Hubby teman pakai ER6F (superbike) .. So, faham2 jelah yea kelajuan dia macam mana.. Setiap kali nak balik kampung gerenti start naik je motor mulut teman akan kumat kamit baca Doa macam kat atas tu, Doa Pergantungan Kepada Allah. yup.. 

Doa tawakal kepada Allah moga Allah pelihara keselamatan kami dari rumah hinggalah ke destinasi dituju dan juga dimana2 sahaja kami berada.. Fuh.. taktau lah berapa puluh ribu kot bacaan Doa ni yang teman baca.. memang tak henti baca.. sampailah dah sampai tempat dituju.. Alhamdulillah.. syukur perjalanan kami lancar.. 

Jom kita amalkan baca Doa kat atas ni sama2.. ibarat macam berzikir gak la ni.. heee.. 

6 Cara Elak 'Moody' Di Pagi Hari!


Pernah tak korang berhadapan dengan orang yang sering moody di pagi hari atau mungkin kita sendiri yang senang sahaja hilang mood dan stress di awal pagi ?

Opss.. jangan buat camtu yea.. Teman pun baru2 ni je belajar2 nak ceriakan diri setiap awal pagi, macam artikel yang teman baca sebelum ni, sepatutnya pagilah masa yang paling sesuai untuk kita ‘cipta’ mood. Percayalah jika kita mulakan pagi kita dengan muka yang masam dan berduka pasti seharian kita akan jadi tidak tentu arah dan tidak seceria selalu.

Sekarang meh kita baca beberapa senarai rutin yang dikongsikan oleh majalah REMAJA yang teman baca ritu yang boleh kita amalkan supaya pagi kita lebih ceria dan bermakna. 

1-     SIAPKAN PAKAIAN
Sebelum tidur, siap sediakan pakaian yang bakal kita pakai esok hari. Jika ia perlu di gosok, lakukan di waktu malam. Jangan buat keesokannya kerana jika terjadi kes-kes kecemasan seperti baju terbakar atau terkoyak ia akan membuatkan mood kita bertukar menjadi negatif dan akhirnya akan membuatkan kita rasa masam dan tidak ceria.

2-     CHARGE ALATAN ELEKTRONIK
Ambil semua alatan elektronik seperti telefon bimbit, portable wifi, ipod, ipad dan apa sahaja alatan yang kita dan cas ia sehingga bateri penuh. Ini kerana secara psikologi, apabila kita bangun dan kita lihat bateri telefon atau apa sahaja alatan gajet yang ada dalam keadaan full energy akan membuatkan minda kita terasa positif dan lebih bersemangat untuk mulakan hari.

3-     BUAT LIST TO-DO
Untuk mengelakkan rasa tertekan di pagi hari memikirkan apa yang harus kita lakukan, apa kata buat senarai perkara yang perlu kita lakukan supaya memudahkan kita menyelesaikannya. Malah secara tidak langsung ia akan mengaturkan waktu kita dan tidak menyebabkan kita terlupa.

4-     SENYUM
Sebaik sahaja kita buka mata, cuba senyum sambil mengeliat. Perkara ini dapat membuatkan kita teringat perkara-perkara yang indah dan secara tidak langsung akan membuatkan semangat positif mula timbul dalam diri. Jadi elakkan bangun dalam keadaan terpaksa dan muka ‘ketat’ ya!

5-     MANDI SAMBIL MENYANYI
Sewaktu sedang mandi, tiada salahnya jika kita menyanyi. Tak perlu kuat-kuat cukuplah sekadar hanya kita sahaja yang mendengarnya sambil menari sedikit. Jangan malu, tiada siapa yang akan nampak! Bukan apa, ia akan membuatkan lebih segar dan bersemangat untuk terus bersiap. Tak percaya ? Cubalah!

6-     PASANG LAGU KEGEMARAN
Sedang bersiap-siap untuk ke pejabat / kampus, cubalah sesekali pasang radio atau putarkan lagu-lagu kegemaran di ipod kita. Hasilnya sama seperti kita mandi sambil menyanyi. Ngehehehehe...

BACA ENTRI NI JUGAK YE---> 4 CARA BANGUN AWAL

20 Jun 2014

NOTA DARI ARWAH SYUHADA BAHARUDIN | BERHARGANYA SEORANG ISTERI

Arwah syuhada baharudin

NOTA DARI ARWAH SYUHADA BAHARUDIN | BERHARGANYA SEORANG ISTERI


Pernah terbaca satu Nota perkongsian dari arwah Syuhada Baharudin di facebooknya sebelum ini.. Ditujukan buat isteri2 dan suami2 untuk dibaca bersama agar dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.. 

Rasa sayu je baca.. tapi masa tu tak sempat nak share sebab internet pun tak mengizinkan.. 

tiba2 tadi teman jumpa balik Kata-kata berharga ini yang di share pula oleh Blogger Mamaniza.com di Facebooknya.. 

dan kali ni teman jadikan satu perkongsian di blog teman ni, sebagai kenang-kenangan dari Syue (Blogger yang tak sombong dan very  d hardworking girl) selamanya teman jadikan dia idola teman.. Blog Motivasi Syue kini hanya tinggal kenangan.. 

Note : Arwah syue ada mention suruh share dengan suami masing2, So.. teman pun nak share gak lea dengan hubby teman.. sebagi wife teman udah baca, sekarang turn hubby lak.. Hope hubby teman baca la entri ni yea.. 

BACA SINI JUGAK (KLIK)

ZIKIR HARIAN DAN KELEBIHAN ZIKIR

Jom kita berzikir | 10 kelebihan zikir. Zikir (ذکر) berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud ingat atau sebut. Di dalam Islam, zikir lebih merujuk kepada ingat kepada Allah atau menyebut nama-nama Allah. 

Zikir kepada Allah adalah sebahagian ibadat dan orang Islam yang melakukannya mendapat pahala. 

Alim ulama bersepakat mengatakan zikir yang paling disukai oleh Allah adalah SubhanAllahi wabihamdi. Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud:
"Dari Abu Dhar berkata, lalu beliau bertanya kepada Muhammad Rasullallah "Sukakah engkau (Muhammad) memberitahu ucapan apakah yang paling disukai oleh Allah? "(Muhammad menjawab) SubahanAllahi Wabihamdi (Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya).
Antara 10 Kelebihan Zikir Adalah:

1. Mereka yang suka berzikir akan berada dibawah naungan Allah dihari kiamat.
2. Zikir adalah ubat yang dapat melembutkan hati
3. Zikir mendekatkan seseorang kepada ahirat dan menjauhkan mereka dari amalan dunia yang sia-sia
4.  Zikir dapat menghilangkan rasa takut dan menimbulkan ketenangan jiwa.
5. Orang yang suka berzikir akan dilimpahi keredaan Allah
6. Orang yang suka berzikir akan dimurahkan ruang rezekinya
7. Zikir dapat mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengeji
8. Zikir dapat menghapuskan sifat munafiq
9. Zikir akan melindungi diri dari bisikan dan ganguan syaitan
10. Zikir dapat membentuk peribadi yang mulia 
Jom sama-sama kita menjadikan zikir sebagai amalan harian kita. Insya-Allah dengan berzikir, hati dan jiwa kita akan tenang dan segala urusan akan dipermudahkan.

DOA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Sharing is Caring.. Teman just nak share sini DOA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN, moga menjadi perkongsian yang terbaik buat ibu2 dan bakal ibu.. (^____^) Rasulullah S.A.W berkata : Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa ..

KATA-KATA HIKMAH PILIHAN | MOTIVASI | SHARE









  


















 








Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers