KETAHUI PUNCA DAN TIPS MENGATASI MASALAH TUMIT MEREKAH |
hai.. Assalammualaikum.. fuhh.. hari ni baru teman dapat update blog.. masa agak mencemburui untuk mengepost entri2 baru.. Internet pun ngada2 le pulok.. macam Chipsmore.. kejap ada kejap takde.. mengong tui..
Opss.. jangan marah.. perlu latih diri untuk bersabar yea.. puasa dah nak dekat ni.. lagi 2 hari.. meh kita kumpul pahala yang "mabrur".. heeee.. betul ke ayat teman nih haa?
Ok lah.. takmau melalut ke laut dah, teman nak citer ni.. baru2 ni.. entah kenapa lea tumit kaki teman ni haa, pecah2.. merekah lak tu.. geram pun ada.. sakik jiwa teman nengoknya tau..
Bila baring atas katil.. tumit tu melekat tersagat kat cadar.. rasa tak selesa betul lah.. dulu licin je tumit ni.. tension teman dibuatnya.. orang kata tak elok dibiarkan, nanti kalau merebak merekah tu nanti jadi luka dan pedih lak..
So, teman cepat2 cari solution.. walaupun tumit ni duduk nya kat kaki, sape nak tengok kann.. tapi.. rasa buruk sangat bila hubby nengok.. toi takk.. aishh.. pastu bila google2, teman jumpalah petua n tips ni.. jom kita baca..
Khasiat betik bukan sahaja baik untuk proses penghadaman dan dijadikan pelawas. Bahkan ia amat berguna bagi merawat tumit kaki merekah. Mengalami masalah tumit kaki merekah memang merunsingkan kerana jika tidak dirawat rekahan tersebut semakin meluas. Lebih parah, rekahan pada tumit kaki akan mencacatkan kesihatan kaki dan menyebabkan kesakitan.
Mengikut petua tradisional, buah betik muda menjadi salah satu ramuan utama bagi menghilangkan rekahan di kaki. Tanpa ubatan yang mahal mahupun rawatan di spa kecantikan, tumit kaki anda dapat dibelai hanya menggunakan kelebihan buah-buahan tempatan ini. Ringkas, cepat dan murah!
PETUA 1
Ambil sebiji betik muda yang berwarna kekuningan. Potong di bahagian kepalanya untuk mendapatkan getah betik. Kemudian, sapukan getah betik tadi di tumit kaki yang merekah. Amalkan setiap hari untuk hasil memberangsangkan.
PETUA 2
Gosok tumit kaki dengan belimbing buluh sehingga bersih. Kemudian, berus tumit kaki dengan menggunakan berus lembut. Selain melembutkan kulit kaki, ia juga membersihkan segala kekotoran dan menanggalkan sel-sel mati.
PETUA 3
Dapatkan beberapa asam keping dan perahan limau nipis untuk dimasukkan ke dalam baldi berisi air suam. Setelah itu, rendamkan kaki selama 30 minit. Keringkan kaki dan lakukan petua ini setiap hari sehingga rekahan di tumit kaki tersebut hilang.
Selain merawat, punca-punca yang menyebabkan tumit kaki pecah juga perlu diambil kira agar anda dapat menjaga kesihatan di bahagian ini. Antara punca ia berlaku kerana:
· Kulit kering
· Berat badan berlebihan
· Pemakaian kasut yang tidak sesuai
· Alah kepada jenis sabun
· Alah kepada simen lantai
· Mengabaikan penjagaan kesihatan kaki
Selain tu, ada juga teman terbaca komen yang mengatakan pada masa yang sama kita kena gunakan basic consept juga, vit C mampu bertindak as antibody terhadap alahan. So, amalkan Vit C, insyaAllah tumit akan bercantum balik. Bahkan kulit tapak kaki bertambah halus dan kemerahan..
Hoh.. kalau bab Vitamin C tu, memang teman sebelum kawen selalu amalkan vitamin C tu, lepas lawen terus stop.. hemm.. agaknya kena sambung balik la kot.. rasa segan lea pulok bila tumit hubby miaw2 lagi licin dari kita kaaan!
Okey.. itu je setakat ni.. Selamat Menunaikan Solat Jumaat yea..