Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

03 Julai 2014

CORETAN SAYU FELIXIA YEAP DI HARI 'KELAHIRAN'

Tadi teman tergerak hati lak nak baca cerita pasal felixia Yap ni, selama ni hanya baca yang kawan2 post dekat FB jea.. tak pernah nak buka Fanpage felixia Yap ni, bukan sebab tak berminat, tetapi mungkin terlampau banyak sangat benda lain lagi nak fikir.. So, tak terasa sangat nak ikuti sangat perkembangan felixia Yap ni.. 

Namun.. pagi tadi terasa nak cari blog felixia Yap ni.. cadangnya nak Follow blog felixia Yap lea tujuannya, tapi terbaca entri felixia Yap yang ni.. Masa baca bait2 ayat felixia Yap, Ya Allah.. tak tahu kenapa rasa sebak, rasa sayu dan rasa kagum dengan felixia Yap.. 

Teman tak tahu nak gambarkan macam mana apa yang teman rasa bila baca entri beliau.. korang bacalah sendiri.. pasti korang rasa kagum dan akan ada rasa2 lain yang korang sendiri boleh tak dapat nak explain.. 

Ok lah.. taknak melalut panjang2.. sengaja teman nak share coretan felixia Yap ni.. Moga jadi ikhtibar dan menjadikan kita lebih berusaha jadi seorang Islam yang lebih baik.. Aamiinn..


3 Julai : Hari Kelahiran Semula Ku - Felixia Yeap
Assalammualaikum..
Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.

Bantahan.

Makian.

Sindiran.

Fitnah.

Penyisihan.

Tekanan.

Tetapi syukur Alhamdullilah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.

Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya. 
Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah. 

Ya...saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya. 

Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.

Saya tetap teruskan perjalanan. 

Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya...

Tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya. 

Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik. Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya. Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai jor hou dor." Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.

Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan. 

Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui. 

Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah.
(Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)

Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS. 

Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya.

Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.

Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama...cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.

Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)...saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah. 

Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.

Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia. Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan. 

Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.

Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa? Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.

Saya pernah cuba mencari Tuhan.
Cuba mendekati diri dengan Tuhan.

Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun.
Saya pernah cuba memahami agama Kristian.

Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya.

Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.

Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan.
Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.

***Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.

Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.

Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu. 

Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.

Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.

Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis. 

Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.

Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!"

Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis.

Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.

Masa itu...saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.

Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya...saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi. 

3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.

Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.

Tidak ada sebarang media yang akan hadir.

Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya. 

Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.
P.S: Saya masih berbangsa Cina, dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace". 
Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal.
Terima kasih semua atas sokongan anda. =)
To felixia Yap yang kini mempunyai nama Islamnya: RANIA
Selamat Hari Lahir dan Selamat dilahirkan semula dengan Islam yang sejati.. Tahniah kerana telah memilih Islam sebagai Agama mu.. Kelahiran baru seperti kain putih yang bersih.. Semoga felixia Yap tetap kekal di jalan yang benar dan sentiasa terpelihara dari ikutan nafsu dan hasutan syaitan.. Aamiinn.. 

Note : even kita yang lahir Islam pun belum tentu dapat rasa apa yang felixia Yap rasa....Moga terus istiqomah


02 Julai 2014

LALUAN DI JALAN IMBI TERJERLUS | TEROWONG BAWAH TANAH RUNTUH

LALUAN DI JALAN IMBI TERJERLUS | TEROWONG BAWAH TANAH RUNTUH | TANAH MENDAP

Tadi my hubby mesej gitau pasal ni.. terkejut gak dengar.. risau gak sebab hubby teman ada cakap nak gi DIY Shop yang berdekatan situ gak.. sib baik dia tak pi.. risau je kan.. dan nasib baik takde kecederaan atau kehilangan jiwa berlaku semasa kejadian tanah mendap tadi tu kan.. apa2 pun jom baca berita ni.. 

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Sebuah terowong bawah tanah yang dalam pembinaan runtuh apabila tanah ditapak pembinaan itu mendap di simpang empat Jalan Imbi. Keadaan trafik di ibu kota khususnya di Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi dijangka sesak petang ini..

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata akibat kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, laluan di Jalan Imbi terjerlus sepanjang 19 meter tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkata akibat kejadian itu, laluan kedua-dua arah di Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi ditutup dan aliran trafik dari Jalan Hang Tuah ke Jalan Imbi dilencong ke Jalan Pudu.

Setakat ini keadaan trafik bergerak perlahan dan masih terkawal, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Sementara itu jurucakap Trafik Polis Kuala Lumpur berkata laluan di kawasan berkenaan kini dikawal oleh polis trafik.

Dalam kejadian 9.30 pagi tadi, sebahagian struktur terowong bawah tanah seliaan DBKL di simpang empat Jalan Imbi runtuh sedalam lima meter setelah berlaku mendapan tanah dipercayai berpunca daripada paip air bawah tanah yang pecah.

"Laporan awal mendapati ia kemungkinan berpunca daripada paip besar SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) yang pecah, namun siasatan masih dijalankan," katanya di tempat kejadian.

Susulan kejadian itu juga, Perkhidmatan KL Monorail dari stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi terpaksa dihentikan akibat runtuhan bawah tanah berdekatan dengan tiang monorel di simpang empat Jalan Imbi berkenaan.

Sumber -- BERNAMA

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My!!

Apa itu Nile.Com.MYNile.Com.My merupakan bisnes online yang terkenal di Malaysia. Menjual pelbagai barangan termasuk beg, pakaian lelaki/wanita, kasut, sandal , Alat Senaman dan bermacam2 lagi. Yang penting.. harganya murah sangat tau.. kalau beli ditempat lain tak dapat harga yang Nile.com.my beri tau!

Lagipun korang  pasti akan tersengih macam cengkerang busuk bila dapat tau ada diskaun kannn... Setiap kali Hari Perayaan hampir menjelma.. time tu lah korang akan rasa gatal tangan nak membeli di Nile.com.my sebab masa tu harga runtuh beb.. memang laju je sale masa tu.. ha2..

Ni nak habaq mai ni ha.. Nile.Com.My melancarkan segmen terbaru sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Siapa nak duit raya RM300 daripada nile.com.my?? Jom kita try nak? mana tau rezeki nak raya.. hehehehehe..

Hadiah duit Raya dari nile.com.my :
2 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM300 tunai
4 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM100 tunai

Hu2.. tahun lepas teman ada try gak, tapi takde rezeki.. hope lea tahun ni ada rezeki teman.. heee.. kalau dapat RM300 tu.. teman ingat nak... 
Nak beli Oven!! dah lama sangat tak buat kek dan biskut untuk raya, kalau ada Oven, boleh la buat biskut/kek raya dan kali ni bolehlah bawak balik biskut/kek raya ke kampung.. yeayy!! heeee... Moga ada rezeki

Korang nak join gak? klik kat banner atas tu yea.. 
pastu ikut arahan kat bawah ni.. good luck semua.. =)

CARA MENYERTAI:
1. Letak tajuk: Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My
2. Letak banner seperti di atas dan linkkan ke:
3. Ceritakan bagaimana anda manfaatkan hadiah RM300 untuk kegunaan Ramadhan atau Raya nanti.
4. Submit penyertaan dengan menghantar butiran ke email: give_away@nile.com.my 
Letak tajuk: Raya GiveAway (Nama anda)
a. Link entry:
b. Nama anda:
c. Nombor handphone :

SEMAK KEPUTUSAN
Klik link INI pada 21/07/2014

PEMILIHAN PEMENANG
-menggunakan random.org

Tamat: 
21/07/2014, 11.59pm
Check Senarai Peserta : KLIK SINI

TERBARU : Maklumat dari website Nile.com.my
"Closing Date for the blog entry application is 21/07/2014, 11.59pm. The lucky draw will use random draw with this website on 12pm 23/07/2014. Result will be posted in this page at 4.30pm 23/07/2014. Lucky winner will be contacted via email and h/p call to claim the cash."

GOOD LUCK :)

GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 BY AINAA ROSEBERRY!!


Click Banner Untuk Join!

GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 | AINAA ROSEBERRY | Giveaway ini dianjurkan oleh Ainaa Roseberry dengan kerjasama Mawar Khayalan dan  Fero Music. Malah juga di sponsor oleh beberapa blogger yang terkemuka seperti:














Giveaway ini akan berlangsung dari 2 Julai 2014(Rabu) hingga 20 Julai 2014(Ahad). Pemenang akan diumumkan 3 hari selepas GA ini tamat iaitu pada 23 Julai 2014.

HAFIZ HAFIZOL | HASRUL HASSAN PALING ATAS | ni yang nak marah nih...

Amboii dua HH niiiiiiiii.. Grrrr... |
Ha2.. tetiba je nak marah ape kehal nya ye! Oklah.. Entri ni bukan marah yang benonya.. tapi just terkesima dan memang dah agak dan pasti sangat dua orang ni akan memaku terus dok paling atas enjin Carian Google tu.. 
Sifu Hasrul Hassan ( http://www.hasrulhassan.com/   ) yang teman dah warning jangan join pun, dia join gak.. haaa.. kann dah masuk list antara teratas tu.. ni yang nak mengamok ni haaa.. (tetiba lagi.. ha3)

Yang sorang lagi tu, Hafiz Hafizol http://www.hafizhafizol.my/ , tuan punya Blog Bukan Sekadar Rupa tu, pun... nak join gak.. last2 dapat dok list paling atas lak tuu.. ni lagi le teman geram.. hahahaha.. tapi geram respect la maksud teman kan.. ekceli teman memang respect kat mereka2 yang berjaya berada di 1st Page Enjin Carian Google tu.. memang terbaek la korang.. nanti kalau rezeki kome menang, apa kata kita share nakk? nakk? jawab leee... tak berani yang jawab..  hahaha.. 

Opssss.. heee.. masih awal lagi kan? kita tengok rezeki Ramadhan untuk sape sebenarnya dalam kategori SEO ni.. hehehehe... (yang pasti teman tak tersenarai.. lemauuu.. ha3)
Opss.. lupa lak.. yang teman kecoh2 nak marah ni korang tau ke pasal apa yea? ha2.. pasal Contest Duit Raya Casa ombak ni lah.. nak citer panjang2 pun teman no mood le plak dah.. hik3.. So, korang klik aje kat Banner atas ni dan bacalah sendiri yea.. Contest ni menawarkan hadiah sehingga RM3,000 weh.. gi lea tengok, pastu jangan lupa join yea.. tataaaaa.. =)

Buffet Ramadhan Casa Ombak |

PROMOSI BUFFET RAMADHAN @ CASA OMBAK |
Ho2.. pasti ada yang terasa nak berbuka puasa di Casa Ombak ni kan? siapa yang taknak kan.. Hidangannya semua menyelerakan, dan pemandangan sekeliling yang ala2 Garden gitu memberi suasana tenang dan sejuk aja kan.. 

Haa..Kalau korang nak tahu, Buffet Ramadhan Casa Ombak turut menyediakan menu utama yang terdiri dari pelbagai hidangan kampung tau.. yang semestinya, menepati citarasa kita yang sukakan masakan kampung, aipp.. ulam-ulaman mesti ada la tu kan!? heeee.. 

Apa2 pun, sebelum tu teman nak kongsikan dulu  Sedikit Latar Belakang Syarikat event yang bertanggungjawab menganjurkan Buffet Ramadhan @ Casa Ombak ini.. iaitu Ombak Creative 

Dari apa yang teman baca, Ombak Creative bukanlah calang2 syarikat, Ombak Creative adalah sebuah syarikat event dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd yang semakin dikenali ramai kerana kejayaan menganjurkan pelbagai event dengan jayanya.. dan pada pendapat teman, pada masa akan datang Ombak Creative mampu berdiri setanding dengan syarikat perunding perkahwinan yang sudah mempunyai nama.. Caiyok2! 


Dan ini terbukti lagi apabila beberapa bulan yang lepas Ombak Creative tercalon dalam Malaysia World Blogger And Social Award 2014 (MSMW2014) dan berjaya merangkul tempat ketiga terbaik dalam kategori Business BlogTop 3 tuuuuu.. cayalah!
Selain itu, apa yang teman ketahui Ombak Creative telah menjalankan pengurusan event lebih dari sepuluh (10) tahun. Team Ombak Creative berpengalaman menguruskan catering, majlis perkahwinan, majlis korperat dan persendirian. 

Bersesuaian dengan Tagline " Your True Experience" Dengan Pakej yang berpatutan team Ombak Creative berupaya memberi sentuhan yang ekslusif agar memberi kelainan bagi setiap majlis..

Lokasi event ialah terletak di Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang. Merupakan lokasi event yang berkonsepkan ala garden.

Haaa.. itu sedikit pengenalan yang teman baca sikit2 tentang Ombak Creative dan latar belakang syarikat tersebut.. 

DAN Sekarang tibalah masanya teman nak citer lak apa yang best untuk teman kongsikan bersama korang semua.. hehe.. JOM BACA!

Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ·

Dengar cerita Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Ombak Creative ada menyediakan promosi Buffet Ramadhan

Ia terbuka untuk sesiapa yang ingin membuat tempahan. jom kita pakat tengok iklan Buffet Ramadhan @ Casa Ombak ni, mana le tahu kan kot korang ada planning nak berbuka bersama keluarga dan duduk semeja disamping menikmati pemandangan ala garden di sana? 

haaa.. jom survey2 dulu harga dan cara nak hubungi untuk tempahan, tengok iklan kat bawah ni ha... siap teman tempek peta nak kesana lagi tu.. heee..

Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●
IKLAN PROMOSI !!!
BUFFET RAMADHAN @ CASA OMBAK
Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●
Buffet Ramadhan @ Casa Ombak

Sempena Ramadhan 1435H Ombak Creative menyediakan hidangan Buffet Ramadan di lokasi kami, Casa Ombak.


Casa Ombak menyediakan buffet stall terbuka untuk anda memilih pelbagai juadah dengan ala garden sambil menikmati hidangan berbuka puasa dalam suasana santai.

Menu utama buffet Ramadhan terdiri dari pelbagai hidangan kampung yang meriah. Tersedia juga instant cook stall corner.

Dengan harga yang berpatutan, kami pasti anda akan berpuas hati dengan hidangan juadah Buffet Ramadhan Casa Ombak.



Harga Buffet Ramadhan di Casa Ombak juga amatlah berpatutan.

Harga Buffet Ramadhan
Dewasa : RM 55.00nett
Kanak-kanak : RM 27.00nett ( 5-12 tahun )
Tempahan boleh dibuat untuk individu, group dan family atau syarikat.

Kepada anda yang ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak, boleh hubungi kami segera ditalian:
Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative page


Lokasi Buffet Ramadhan Casa Ombak

Casa Ombak Sdn Bhd,
No. 22, Jalan Damai Off, Jalan Ampang,
55000 Kuala Lumpur.

Promosi Buffet Ramadan Casa Ombak. Dengan beraneka jenis juadah berbuka yang menyelerakan. Booking sekarang untuk tempahan #BuffetRamadan #Iftar1435H

Jommm kita ramai2 serbu sana jommm...!

Haaa.. nak share jugak, yang terbaru punya.. heee.. baru-baru ni Ombak Creative telah menganjurkan Majlis Amal DarwisyHetDarwisyah bersama Izzue Islam, Iqbal Ceria Pop Star & FaizDickieVp at Casa Ombak .. Jom cuci mata tengok gambar-gambarnya jom.. 
Ulam Ulaman @Casa Ombak.. perghh 
Nasi Kerabu @Casa Ombak .. kegemaranku.. 
Buah-Buahan dan Kuih Muih @Casa Ombak 
Suasana meriah dengan ramai pelanggan yang datang berbuka sama @Casa Ombak 
Konsep ala Garden yang menyamankan mata memandang @Casa Ombak
 
Buffet Ramdhan @Casa Ombak
Pelanggan2 yang begitu gembira menikmati juadah @Casa Ombak 
Sedapnya mata memandang... @Casa Ombak
 
 Kuih Muih yang menyelerakan.. @Casa Ombak
 
Majlis Amal DarwisyHetDarwisyah bersama Izzue Islam, Iqbal Ceria Pop Star & 
FaizDickieVp @Casa Ombak
 Izzue Islam @Casa Ombak
Wajah Ceria tersenyum girang @Casa Ombak 
hari yang bermakna buat mereka @Casa Ombak

Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ·Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ·
CONTEST DUIT RAYA CASA OMBAK
Nak Join gak ke? meh Klik Banner atas ni yea! =)

#MYHUSBAND | WORDLESS WEDNESDAY

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers