Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

04 Julai 2014

BLOG MAWAR KHAYALAN | TQ BUAT PEMILIKNYA..

 
Selepas dah NAIK LEBAM teman mengacau Blogger Fiza (tuan punya blog SI HATI MERAH JAMBU ), teman beralih sasaran pulak ke Blogger sorang lagi yang juga pandai edit blog..sape lagi kalau bukan Aimi Syafiqah yang juga pemilik blog yang cantik dan kemas iaitu MAWAR KHAYALAN , 

So.. bermulalah soalan tekantubi.. mula2 teman try pm dulu, pastu terkejut berok tengok laju je Aimi jawap.. tak cakap apa dah..dengan laju berdesup Aimi terus suruh cari code .post { dan lepas dah jumpa code tu, Aimi suruh paste/selitkan text-align: justify; kat bawah coding tadi.., 

Tapi.. Allahuakbar..  teman sampai berpinau2 mata dah dok menelek coding tu dekat template teman ni.. TAK ADAA weh.. huk3.. naik juling mata ni dah mencari malam tadi.. hahahaha..

ha2.. pastu asik tanya2 Aimi, sedor2 udah pukoi 1 wehh.. kesian Aimi terganggu tido dia dek kerana melayan soklan teman.. hu3.. apa2 pun terima kasih yea Aimi.. 

So, dah lewat malam kesian lak kat Aimi, lagipun dia koje esok.. tapi Aimi ni baik hati sangat sampai siap cakap nak try godeh2 coding tu esok pagi (haa..pagi ni lah).. dan teman rasa bersalah le pulak.. takkan nak push dia.. kesian dia kan.. hee.. then teman jawab lea OK.. heee.. ciaan dia yea.. selamat beradu yea..he2.. dan teman pun masih di depan pc menjulingkan mata nengok coding..
Ha2.. tau le teman ni kan.... selagi tak dapat.. mula lah.. cari balik code .post {  yang teman tak jumpa dari tadi , nak jugak cari..! teman tau pasti ada! kadang template ni lain2 coding dia kan.. so, try cari sampai lea AKHIRNYA teman jumpa gak.. macam kat dalam gambo kat ni.. (Sila tengok atas)

Rupa2nya code .post { memang takde dalam blog teman ni ha, tapi code yang function nya serupa dengan tu mestilah ada kan.. haaa.. yang untuk template teman ni. code dia  .post, .page {   tu haa, fuhh.. jumpa gak akhirnya.. lepas dah jumpa baru leh selitkan text-align: justify; kat bawah dia.. heee..  pastu klik Preview.. bila tengok takde error tu.. hati dah mula berbunga.. laju je tengok hasilnya.. wahhh.. dah jadi kemass!! torbaekkk.. Apa2 pun tQ buat Aimi sebab sudi tunjukkan jalan buat teman.. tQ sayammm.. heee.. 

Opss.. jap.. korang taktau dan tak faham yea teman bebel pasaipa ni?  haaa.. nak tau apa benda yang teman ngomel dan dari malam tadi stress sampai tak sabo nak nunggu esok tu? ni haaa.. cara macam mana nak jadikan keterangan/post depan/1st page blog kita nampak kemas dan cantik.. (justify).. err.. tak faham ye? takpe2.. meh tengok gambo bawah ni, teman dah snap kan..
AIYOOOO.. Mula2 dari berterabur macam ni.. (serabut mokcik nengoknyeee wehh..)


dan.. TADAAAAAA... Jadilah macam ni.. (haa.. baru nampok kemas sikit.. heeee..)

Note : coding teman ni just untuk blog2 yang pakai template yang sama dengan teman je kot.. kalau blog lain maybe codingnya lain pulak atau sama dengan yang Aimi bagi tu kot.. try ajelah yea.. taktau tanya yang pakar mcm Fiza n Aimi dan beberapa lagi Blogger terror coding2 nih.. teman tak reti.. jangan tanya teman.. ehehehe.. apa2 pun.. good luck n jangan putus asa untuk apa yang korang impikan.. (mcm teman, impikan blog yang macam sekarang ni dah tercapai.. Alhamdulillah.. )

Fuh.. panjang lebor.. ok lah.. sampai sini aje.. Blog teman pun dah semakin kemas (bagi teman la yea..) bagi pandang korang taktau lea pulak.. ehehehehe.. blog kemas ni berkat bantuan dari Blogger2 yang baik hati dan tak sombong.. mereka2 ni memang terbaeklah.. meh jenguk blog blogger awesome ni meh.. klik je kat link bawah ni..

Blogger Fiza (tuan punya blog SI HATI MERAH JAMBU )

Aimi Syafiqah (tuan punya blog MAWAR KHAYALAN )

dan... tak lupa juga buat Blogger Zaza yang merupakan orang paling banyak bantu edit blog teman (tukar template baru dan tolong adjust macam2 gak).. i tak lupa jasa u Zaza.. heee.. tQ! =)

---> ZaZa Iman (tuan punya blog ZaZa Zehra ) <---


UPDATE 
(31/10/2017) 

yang ni Teman adjust untuk template yang terbaru ni..
cari  code 
.post { dan paste code text-align: justify; kat bawah dia..
Jom tengok perbezaan sebelum 
dan selepas edit align justify ni.. 

SEBELUM




SELEPAS



RESEPI PAJERI TERUNG SEDAP!

RESEPI PAJERI TERUNG | yang ni antara menu kegemaran hubby teman, dia memang suka Pajeri Terung.. teman tak berapa gemar sangat sebab kuahnyaada rasa manis2 tu.. tak sukaa.. ha3.. tapi kalau dah hubby suka takkan taknak masakkan kot kan.. 

Opss.. tapi kann, kalau Pajeri Nenas tu teman bantai sekali.. sebab suka rasa Nenas tu yang bercampur dengan kuah Pajeri tu kan.. 

Hemm.. teman ni sebenarnya bermasalah tentang nak budget masak untuk dua orang.. asyik terlebih aje masaknya.. tak reti lea nak sukat2 nih.. nak bagi jiran, jiran lak cina.. hahahaha.. so, terpaksa le makan pajeri terung ni sampai habis, masa berbuka panaskan aje.. takyah masak lauk lain dah.. 

Yang my hubby lak, rajin plak dia ak masakkan Daging Goreng Kunyit.. perghh.. bila dengar je dia cakap camtu.. terus terliur kot.. sebab memang pernah makan dia masak Daging Goreng Kunyit.. sedappp.. Apa2 pun meh teman kongsikan resepi Pajeri Terung yang teman selalu buat.. 
Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù 
RESEPI PAJERI TERUNG
Ù ●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙Ù 

BAHAN UNTUK TUMIS
Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙Ù 
3 Biji Bawang Merah Hiris Nipis
2 Biji Bawang Putih Hiris Nipis
1 Kayu Manis
1 Bunga Lawang
2 Bunga Cengkih
2 Buah Pelaga

BAHAN UNTUK DI BLEND
Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙Ù 
2 Sudu Besar Udang Kering
1/2 Inci Halia
2 Ulang Bawang Putih
5 Biji Bawang Merah / 1/2 Biji Bawang Besar
Masuk 2 Sudu Besar Cili Blend Sekali

BAHAN-BAHAN LAIN
Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙Ù 
3 Biji Terung 
3 Sudu Rempah Kari (Baba's) - Bancuh Dengan Air
2 Cawan Santan Pekat / 1 Kotak Santan
1 Sudu Besar Kerisik
1/4 Potong Gula Melaka

CARA-CARA MEMASAK
Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙˜”*°•.·Ù •●♥ Æ¸̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•Ù ·˙Ù 
Panaskan Minyak.. Letak Banyak Sikit..
Tumis Bawang Merah, Bawang Putih, Kayu Manis,
Buah Pelaga, Bunga Cengkih, Bunga Lawang
Tumis Sampai Naik Bauuu yeaa..

Lepas tu Masukkan Bahan Blend Tadi, Tumis Sekejap,
Pastu Masukkan Rempah Kari Yang Dibancuh Dengan Air Tadi,
Tumis Sampai Keluar Minyak...

Masuk Santan, Biar Mendidih

Masuk Terung, Garam, Gula Melaka, Kerisik,
Boh Kiub Ikan Bilis Sikit, Last Sekali Boh Cabai Muda, 
Rasa.. Dan Adjust  Kalau Ada Yang Kurang.. 
Yang ni lak Daging Masak Kunyit hasil air tangan my hubby.. Ya Allah.. sedapnyaaa..

BLOG SI HATI MERAH JAMBU -- TQ BUAT PEMILIKNYA


ha2.. biasa le teman ni, selagi tak dapat apa yang di nakkan, mesti akan mencuba gak kalau ada jalan.. hu3.. Dalam berusaha nak menambahbaikkan blog, kekemasan tu pun teman kena titikberatkan kan.. heee.. so, kalau nak jadikan lebih kemas or nak buat apa saja, kenalah cari pakar2 coding ni.. heeeee.. 

Untuk Masalah Tarikh/Date tak muncul di atas setiap entri telah dapat diselesaikan oleh Pakar Coding dan Edit Blog iaitu Blogger Fiza , Alhamdulillah.. syukur.. 
Font sebelum

Font selepas tukar coding
Bab tukar font pun dah settle gak.. teman tukar font kepada Century Gothic.. memang suka font tu pun dari dulu.. sebab bolat2.. heee.. apa2 pun.. tQ Fiza.. hu3.. ekceli masa mula2 nak pm Fiza tu teman rasa segan sangat2 weh.. i dont know feeling apakah ini.. ha3.. bukan apa, teman sebenonya tak pernah lagi bermesej/bercakap/bersuamuka dengan Fiza. so.. agak kekok sedikit.. 

hahahahahaha.. ekceli teman segan sebab Fiza ni antara Blogger Femes weh.. mahukah dia melayan permintaan teman yang entah sape2 ni kan.. heee.. tapi teman try jugaklah pm Fiza, dan terus dapat respon dari Fiza.. wahh.. terharu .. Fiza tak sombong dan melayan aje setiap soalan yang teman aju kan pasal coding blog ke apa.. heee.. yang paling penting.. Fiza sudi luangkan masa untuk study coding2 yang mana teman tanya tu.. perghh.. respectt.. sudi luang masa untuk bantu Blogger macam teman ni.. heee.. tQ tQ.. 

Alhamdulillah.. Ramai rupanya Blogger baik hati kat sini.. heeee.. tq Fiza.. lupa lak nak citer, buat kawan2 yang belum mengenali Fiza, boleh lah berkunjung ke Blog Fiza ...

klik sini -->SI HATI MERAH JAMBU . 

Fiza ni pandai edit blog tau, ada buat perkhidmatan mengedit blog.. so, kalau ada sape2 nak upah Fiza edit blog.. silalah hubungi Fiza yea.. Opss.. teman taktau masih ada masa kelapangan lagi tak untuk Fiza edit blog customer time ni, korang just tanya2 lah Fiza yea.. Ok.. =)

Apa dia? nak baca entri macam dalam gambo tu? haa.. meh klik bawah ni..


03 Julai 2014

TIPS KELUARGA BAHAGIA | JANGAN BERGADUH LAMA-LAMA!

TIPS KELUARGA BAHAGIAJANGAN BERGADUH LAMA-LAMA! |
Tanpa pergaduhan, kita mungkin tidak akan tahu sikap sebenar pasangan atau melihat sendiri cara masing-masing memujuk kembali selepas bersengketa.

Namun, pergaduhan tidak seharusnya dibiarkan lama hingga menyebabkan masalah besar dan membuatkan pasangan tidak lagi mesra.

Akhirnya, pergaduhan yang dibiarkan itu mengakibatkan pertengkaran yang kadang­kala mampu mencederakan pasangan dan paling teruk apabila perlu bercerai kerana menganggap tiada lagi jalan penyelesaiannya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, pada 2011 pernah menyatakan kadar perceraian di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit.

Tentu kita terkejut apabila mendengar statistik berkenaan. Sebagai pasangan suami isteri yang begitu menyayangi rumah tangga, seharusnya mencari cara terbaik bagi mengatasi pergaduhan sekali gus mengelakkannya daripada lebih memudaratkan rumah tangga.

Berikut beberapa panduan yang mungkin dapat membantu pasangan suami isteri untuk mengelak pergaduhan terutama apabila berada di bulan mulia ini. 

Kawal emosi
Cuba kawal emosi dengan menenang­kan diri sebelum mengambil tindakan. Biasanya, wanita sering dikaitkan dengan emosi berlebihan berbanding lelaki. 

Sebaiknya, kawal perasaan dan jangan tunjukkan perasaan marah atau tidak puas hati di depan pasangan selain bertindak bijak dengan setiap perkataan yang ingin diluahkan. 

Sekurang-kurangnya, dengan bersikap tenang kita tidak akan menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah meluap-luap. 

Jangan cari masalah
Tolak ansur perkara penting yang perlu ada dalam perhubungan suami isteri. Sebelum melakukan sebarang keputusan, pastikan berbincang bersama pasangan terlebih dulu. 

Jangan cuba mencetuskan kemarahan dengan mengungkit perkara tidak berkaitan ketika pertengkaran dengan alasan ‘tidak sengaja’ mewujudkan pergaduhan. 

Perlu ada kejujuran dan kepercayaan
Setiap pasangan suami isteri perlu mempunyai dua sikap penting ini iaitu kejujuran dan kepercayaan. Ia menjadi kunci utama dalam mengukuhkan lagi hubungan yang dibina sekian lama. 

Jika tiada, sukar untuk pasangan suami isteri itu mahu membina keluarga bahagia dengan hanya bersandarkan gelaran saja. 

Berterus terang
Jalan terbaik untuk membina kepercayaan adalah dengan berterus terang. Jika ada sebarang masalah lebih baik berterus terang kerana jika ia disimpan dan diketahui oleh pasangan menerusi orang lain, pasti akan menjadi sebab kepada pergaduhan.

Lebih baik bercakap benar tanpa menyembunyikan sebarang masalah. Sekurang-kurangnya ia dapat diatasi bersama pasang­an jika kita tidak mampu mengatasinya. 

Bersikap terbuka
Bagi mengelakkan pergaduhan, cuba fikirkan perkara positif atau kenangan indah ketika bersama pasangan. Jangan terlalu ambil serius mengenai perkara yang tidak penting. 

Pandang setiap perkara yang berlaku dengan fikiran positif. Dengar penjelasan atau pendapat daripada pasangan tanpa membantah di awal perbincangan. 

Jangan ungkit perkara lama
Perkara lama biarkan berlalu dan jangan diungkit kerana pasti akan menyebabkan pergaduhan. Jangan membongkar kembali kisah silam jika ia hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin.

Jangan bandingkan
Elakkan daripada sikap suka membanding antara pasangan dengan rakan lain kerana ia hanya akan menyakitkan hatinya. 

Tiada siapa yang suka jika diri mereka dibandingkan dengan orang lain apatah lagi mahu bergaya sama dengan rakan berkenaan. 

Perlu diingat, tiada manusia yang sempurna di dunia ini dan memiliki perangai serta cita rasa sama untuk membezakan sikap dengan orang lain. 

Jika perkara ini tidak dikawal, ia akan merugikan diri sendiri kerana pasangan akan mula menjauhkan diri dan mencari alasan untuk tidak mahu bersemuka dengan anda.

Buang sikap ego
Masalah pergaduhan tidak akan selesai jika pasangan suami isteri asyik menegakkan ego masing-masing. Tidak mahu beralah kerana sikap ego yang tinggi menyebabkan pergaduhan itu tiada jalan penyelesaian.

Ego mempunyai fungsi dan kebaikan jika ia berada di tempat yang betul. Namun, ia juga boleh mengundang padah jika tidak dikawal dengan baik. 

Jangan mengongkong
Sikap terlalu mengongkong menyebabkan pasangan tidak berpuas hati dan sentiasa merasa tiada kebebasan untuk melakukan aktiviti disukai. 

Setiap masa, pasangan perlu melaporkan aktiviti dilakukan menyebabkan mereka berasa rimas dan akhirnya keluar mencari rakan bagi menghilang­kan rasa bosan. 

Justeru, sikap saling mempercayai amat penting bagi mengelakkan kong­kongan terhadap pasangan kerana takut mereka bermain kayu tiga. 

Kadangkala pasangan perlu diberi kelonggaran dan kebebasan untuk melakukan aktiviti digemari atau bersendirian bagi mengurangkan tekanan mereka ketika di tempat kerja atau di rumah. 

Namun, di sebalik kebebasan yang diberikan, jangan pula kita mengambil kesempatan untuk melakukan perkara tidak disukai pasangan sekali gus menyebabkan mereka hilang kepercayaan. 

Setia
Kesetiaan pasangan dapat mengelakkan kita daripada berlaku curang terutama bagi suami isteri yang terpaksa tinggal berjauhan disebabkan tuntutan tugas.

Kesetiaan perlu ada bagi mengukuhkan hubungan suami isteri dan mengekalkan hubungan yang bahagia. Walaupun dirundung kedinginan, pasti pasangan akan segera mencari jalan menghangatkan lagi hubungan kerana sifat sayang masih menebal.

Pandai ambil hati dan bijak memilih masa sesuai
Pilih waktu sesuai untuk berbincang apabila berlaku pergaduhan. Elak daripada memilih waktu pasangan baru pulang dari tempat kerja atau keletihan kerana ia berkemungkinan besar hanya akan mengundang padah. 

Luahkan perasaan tidak puas hati secara berhemah dan berlemah lembut ketika masing-masing berada dalam mood yang baik dan tenang. 

Jika pasangan masih marah, biarkan dia tenang seketika dan carilah peluang atau cara terbaik yang disukai untuk memujuk­nya kembali. 

Jangan lupakan perkataan ‘maaf’ kepada pasangan walaupun kesalahan bukan berpunca daripada kita bagi meredakan suasana yang sedang panas. 

Jangan balas dendam

Apabila hati disakiti pasangan, pastinya kita ingin melakukan tindak balas untuk menyakiti hati suami atau isteri semula.

Ia kononnya dilakukan dengan tujuan melahirkan rasa bersalah di hati pasangan dan rasa sakit hati yang dialami bagi mengajar pasangan selepas apa yang dilakukan ke atas diri kita.

Ia mungkin kelihatan seperti idea yang baik, tetapi sebenarnya akan menyebabkan hubungan bertambah dingin dan masalah lain pula akan berlaku.

Jangan menjatuhkan hukuman kepada pasangan tanpa memikirkan kesan yang akan diterima kelak apabila anda melakukan kesalahan sama.

Jangan tinggikan suara
Apabila emosi dan kemarahan menguasai diri, sukar untuk mengawal suara ketika bercakap lebih-lebih lagi jika pasangan mula meninggikan suara.

Walau apapun yang berlaku, kita mesti ingat, bercakap dengan nada marah dan menengking tidak akan menyelesaikan masalah.

Cuba bercakap dalam keadaan yang tenang, berlemah lembut dan tidak menengking apabila konflik berlaku antara pasangan.

Suasana tenang membolehkan kita memikirkan baik dan buruk setiap perkataan dilontarkan. Cara begini akan dapat membantu menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

Terlalu sensitif
Jangan mudah terasa dengan perkara dilakukan pasangan. Jika pasangan memberi nasihat, anggap ia untuk kebaikan diri dan keluarga.

Pastinya pasangan tidak akan bercakap atau memberi nasihat jika kita tidak melakukan sebarang kesilapan mahupun perkara yang tidak disukai olehnya.

Memberi maaf dengan segera jika pasangan terlepas cakap kerana ia mungkin dilakukan tanpa disedari atau berfikir panjang.

Sumber : Harian Metro

CORETAN SAYU FELIXIA YEAP DI HARI 'KELAHIRAN'

Tadi teman tergerak hati lak nak baca cerita pasal felixia Yap ni, selama ni hanya baca yang kawan2 post dekat FB jea.. tak pernah nak buka Fanpage felixia Yap ni, bukan sebab tak berminat, tetapi mungkin terlampau banyak sangat benda lain lagi nak fikir.. So, tak terasa sangat nak ikuti sangat perkembangan felixia Yap ni.. 

Namun.. pagi tadi terasa nak cari blog felixia Yap ni.. cadangnya nak Follow blog felixia Yap lea tujuannya, tapi terbaca entri felixia Yap yang ni.. Masa baca bait2 ayat felixia Yap, Ya Allah.. tak tahu kenapa rasa sebak, rasa sayu dan rasa kagum dengan felixia Yap.. 

Teman tak tahu nak gambarkan macam mana apa yang teman rasa bila baca entri beliau.. korang bacalah sendiri.. pasti korang rasa kagum dan akan ada rasa2 lain yang korang sendiri boleh tak dapat nak explain.. 

Ok lah.. taknak melalut panjang2.. sengaja teman nak share coretan felixia Yap ni.. Moga jadi ikhtibar dan menjadikan kita lebih berusaha jadi seorang Islam yang lebih baik.. Aamiinn..


3 Julai : Hari Kelahiran Semula Ku - Felixia Yeap
Assalammualaikum..
Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.

Bantahan.

Makian.

Sindiran.

Fitnah.

Penyisihan.

Tekanan.

Tetapi syukur Alhamdullilah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.

Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya. 
Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah. 

Ya...saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya. 

Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.

Saya tetap teruskan perjalanan. 

Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya...

Tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya. 

Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik. Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya. Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai jor hou dor." Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.

Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan. 

Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui. 

Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah.
(Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)

Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS. 

Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya.

Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.

Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama...cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.

Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)...saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah. 

Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.

Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia. Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan. 

Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.

Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa? Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.

Saya pernah cuba mencari Tuhan.
Cuba mendekati diri dengan Tuhan.

Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun.
Saya pernah cuba memahami agama Kristian.

Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya.

Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.

Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan.
Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.

***Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.

Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.

Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu. 

Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.

Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.

Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis. 

Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.

Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!"

Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis.

Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.

Masa itu...saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.

Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya...saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi. 

3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.

Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.

Tidak ada sebarang media yang akan hadir.

Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya. 

Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.
P.S: Saya masih berbangsa Cina, dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace". 
Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal.
Terima kasih semua atas sokongan anda. =)
To felixia Yap yang kini mempunyai nama Islamnya: RANIA
Selamat Hari Lahir dan Selamat dilahirkan semula dengan Islam yang sejati.. Tahniah kerana telah memilih Islam sebagai Agama mu.. Kelahiran baru seperti kain putih yang bersih.. Semoga felixia Yap tetap kekal di jalan yang benar dan sentiasa terpelihara dari ikutan nafsu dan hasutan syaitan.. Aamiinn.. 

Note : even kita yang lahir Islam pun belum tentu dapat rasa apa yang felixia Yap rasa....Moga terus istiqomah


02 Julai 2014

LALUAN DI JALAN IMBI TERJERLUS | TEROWONG BAWAH TANAH RUNTUH

LALUAN DI JALAN IMBI TERJERLUS | TEROWONG BAWAH TANAH RUNTUH | TANAH MENDAP

Tadi my hubby mesej gitau pasal ni.. terkejut gak dengar.. risau gak sebab hubby teman ada cakap nak gi DIY Shop yang berdekatan situ gak.. sib baik dia tak pi.. risau je kan.. dan nasib baik takde kecederaan atau kehilangan jiwa berlaku semasa kejadian tanah mendap tadi tu kan.. apa2 pun jom baca berita ni.. 

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Sebuah terowong bawah tanah yang dalam pembinaan runtuh apabila tanah ditapak pembinaan itu mendap di simpang empat Jalan Imbi. Keadaan trafik di ibu kota khususnya di Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi dijangka sesak petang ini..

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata akibat kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, laluan di Jalan Imbi terjerlus sepanjang 19 meter tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkata akibat kejadian itu, laluan kedua-dua arah di Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi ditutup dan aliran trafik dari Jalan Hang Tuah ke Jalan Imbi dilencong ke Jalan Pudu.

Setakat ini keadaan trafik bergerak perlahan dan masih terkawal, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Sementara itu jurucakap Trafik Polis Kuala Lumpur berkata laluan di kawasan berkenaan kini dikawal oleh polis trafik.

Dalam kejadian 9.30 pagi tadi, sebahagian struktur terowong bawah tanah seliaan DBKL di simpang empat Jalan Imbi runtuh sedalam lima meter setelah berlaku mendapan tanah dipercayai berpunca daripada paip air bawah tanah yang pecah.

"Laporan awal mendapati ia kemungkinan berpunca daripada paip besar SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) yang pecah, namun siasatan masih dijalankan," katanya di tempat kejadian.

Susulan kejadian itu juga, Perkhidmatan KL Monorail dari stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi terpaksa dihentikan akibat runtuhan bawah tanah berdekatan dengan tiang monorel di simpang empat Jalan Imbi berkenaan.

Sumber -- BERNAMA

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers