Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

16 Julai 2014

Segmen "Ainim Nak Bagi Kad Raya"


Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, Ainim pun nak juga beri kad raya kepada rakan blogger sekalian. Nak bagi kat semua, tak mampu la pula. Makanya, mereka yang nak terima kad raya daripada Ainim, sudi-sudikanlah join segmen ini ya. Manalah tahu, kalian diantara mereka yang bertuah tu.

Syarat pun simple je:
1. Klik follow blog AinimRashihahb.blogspot.com 
2. Like fanpage Blog Ainim Rashihah dan Add Google+ Ainim Suju
3. Buat entri bertajuk : Segmen "Ainim Nak Bagi Kad Raya"
4. Copy coding yang telah disediakan dibawah dan paste ke dalam ruangan HTML dan publish
5. Tinggalkan URL penyertaan diruangan komen dibawah
6. Segmen akan berakhir pada hari Khamis 17.07.2014

Senarai nama pemenang akan diberitahu pada Khamis malam tu juga. So, kenalah selalu check blog ni ya. All the best semua. ^_^

12 Julai 2014

Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 

09 Julai 2014

IFTAR DI PWTC BERSAMA YANG TERSAYANG

PAKEJ BUFFET RAMADHAN DI PWTC (sila scroll sampai bawah sekali) |
Haii.. Nak story pasal berbuka puasa kami semalam..(6/9/2014-Selasa) dekat PWTC.. kami berbuka ni pun atas jemputan sebenarnya.. hubby teman yang dapat jemputannya, dan dia pun masukkan nama teman sekali dalam senarai jemputan.. heee.. 

Mula2 rasa taknak gi sebab hidung teman yang bercalar dan luka sebab kena hempap dek Modem Internet kelmarin (Isnin-7/7/2014) saja teman letak tarikh keramat ni.. nak tengok berapa lama kesan tindakbalas apa2 ubat yang boleh buat hilang parut ni nanti.. 

Opssss.. sambung lik citer tadi.. Majlis Berbuka Puasa tu dianjurkan oleh Hotel Bayview Resort, disebabkan hubby teman baru sahaja uruskan hal penginapan hotel Jabatannya dengan Hotel tersebut, maka hubby teman pun dijemput hadir sekali.. Majlis bermula dari pukul 6.45 pm, iaitu masa ketibaan tetamu.. Majlis tu diadakan di Level 2, depan pintu masuk tu aje.. so.. tak susah nak mencari.. lagipun di meja2 ada diletakkan tag Bayview.. so, senang le nak jumpa tempat duduk..=)
Ha2.. macam biasa.. lagi berberapa minit nak berbuka, dah siap cedok dan susun atas meja menu2 yang berkenan nak disantap.. tengok tu.. ada Kambeng Grill.. sedap woo.. pastu ada Lemang, pastu ada Nasi Beriani .. Teman biasalah.. mesti ambil sayur mayur.. SALAD!! sedapp.. pastu ada le CheeseCake sedap.. nyum2.. macam2 lagi lah, ada yang teman tak snap pun gambo nya.. 

Ekceli, dah lama teman tak makan cenggini.. dulu masa koje kat ipoh memang selalu sangat makan buffet kat hotel camni.. dan memang teman dengan kakak ofis tu amik penuh satu meja gak.. kui3.. Kakak Ofis cakap, kalau nak makan jangan malu2.. kalau malu, lapo... hehehehe..
Ni Nasi teman.. Nasi Hubby lupa lak teman nak snap.. hubby amik Beriani Kambeng 
Yang ni salad.. sedapp.. dan yang hujung kiri tu Kerabu Jantung Pisang.. 
Pergh!! sedap woo.. nyesal amik sikit..
 
Kambeng Grill.. Menu paling menyelerakan.. Wal lahh.. Tapi rasa dia macam yang 
kami buat sendiri aje.. hu3.. (perasannn!!)
Lemang dan Rendang Ayam serta Serunding.. sedap gakk..
tapi masa tu teman dan kekenyangan.. dapat rasa serundign aje yg mampu.. 
Yang atas tu CheeseCake .. sedapppp.. yang bawah tu Creampuff.. hemm.. terasa ada kekurangan disitu.. taktau apa dia.. maybe tak gebus kot.. bila gigit rasa tak lembut.. maybe sebab dah sejuk kena aircond .. maybe lah agak teman.. heeee 
Yang ni hubby teman yang amik kan.. dia saja nak bagi teman rasa.. katanya nama menda ni Otak-Otak,, err.. otak2 ke? alamak.. tak ingat lah.. tapi dalam dia isi ikan yang berwarna merah.. Oklah rasa dia.. heee.. tak biasa menda baru.. =P
 
ho2.. CheeseTart tu pun sedap weh.. nyum2.. semuanya sedap.. Alhamdulillah.. tQ buat hubby yang tak lupa kat teman, kalau ikutkan dia boleh je tak masukkan nama teman kan.. boleh je dia nak ajak kawan2 dia je kan.. Tapi ingat jugak dia kat teman ni haaaa.. (feeling terharu lea plak.. ngada2!) ha2.. ok lah.. itu je nak share.. heeee.. mcm biasa, Wordless Wednesday teman selalu main langgor aje buat entri panjang2.. hopee tak kena tangkap pulis yea.. heee.. pulis Blogger.. bye
hee.. sempat gak snap masa nak balik.. apa da.. snap gambo dari luar buat pe.. hi3..

PAKEJ BUFFET RAMADHAN DI PWTC 
RM60 ++ untuk Dewasa
RM15.00 ++ untuk Kanak2 berumur 7-12 tahun
Percuma Untuk Warga Emas
Solat Tarawikh di Surau Ar-Rahman, PWTC
Buah tangan untuk bersahur
2 pakej Umrah untuk dimenangi (kena isi satu kad cabutan bertuah)
untuk tempahan sila hubungi :-
(603) 2614  6701 / (603) 2614 6702

Dewan Bankuasi -->RM46 ++ (tempahan untuk 50 orang)

Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe |

Seperti segmen sebelum ini, Zam tampil lagi dengan segmen yang menawarkan hadiah MINI POWER BANK, namun kali ini ada DUA MINI POWER BANK untuk dihadiahkan kepada DUA BLOGGER YANG BERTUAH

Apa yang perlu anda lakukan ialah hasilkan sebuah entri dengan tajuk Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe, letakkan banner segmen diatas ke dalam entri, dan sertakan link segmen ini pada banner. Akhir sekali, tinggalkan link penyertaan segmen anda di ruangan komen entri ini.

Mudah saja kan? Jadi jom sertainya beramai-ramai. Tarikh tutup penyertaan belum Zam putuskan. Mungkin 2 hari, mungkin lama. Jadi, jom sertai cepat-cepat ya ;)

Klik Banner atas ni untuk join!

AGAK-AGAK KALER APA KORANG NAK BAGI TEMAN?

Haaa.. Nak tanya ni.. Kalau korang tengok gambo atas ni kan.. Agak2 kaler apa korang nak bagi teman? heeee.. cepat komen.. =) .. itu je nak share hari ni.. hee.. 

Mesti ada yang cakap.. "Wah.. Tengkubutang sekarang ni asik buat entri sayup2 aje yea.. udah slow bebeno nampak gaya nya yea.. asyik share gambo je kojenye yea.. entri pun jarang2 up story of my life yea.. (kata blog personal n lifestyle ye?)" 

ha3.. semalam baru up entri pasal hidung kena hempap dek modem internet.. jadilah.. buat bacaan kengkawan dan diri sendiri kan.. ha2.. Ok lah.. jujur teman kata, nak mintak maaf sebab masih tak dapat nak blogwalking lagi ke blog2 kawan2 yang singgah dan komen sini.. insyAllah.. teman akan cuba gak blogwalking nanti yea.. sejak ada kedai ni, kena dok kedai aje.. internet kat kedai lak tak selaju yang kat umah.. so, mengharapkan belas faham dari kengkawan le hendaknya yea.. moga memahami situasi teman ni.. heee.. tQ.. sayang semuaa..

Psstt : ni teman try blogwalking sikit2 dulu yea.. yang mana blog yang laju tu dapat le teman singgah n komen, tapi yang mana loadingnya slow tu, teman mintak maaf yea.. terpaksa skip dulu.. kena guna pc kat umah baru leh singgahbalas.. sorry... =(

Psst lagi : hari ni gi makan2 a.k.a berbuka puasa kat luar dengan my hubby miaw2.. yeayy.. tapi.. hidung ni semacam aje.. hu3.. semalam pun ada orang tengok2 tapi tak berani tegur.. aaah.. pedulikan semua tu.. pfffttt,,,

POSLAJU | PENGUMUMAN TARIKH AKHIR PENGEPOSAN BARANGAN!

PENGUMUMAN PALSU! | Hemm.. ni yang teman tak suka ni.. ada plak memandai2 buat Pengumuman Palsu.. aishh.. semestinya kami yang aktif berniaga online ni amat menitikberatkan hal2 macam ni kan.. Kalau boleh taknak lea bagi info yang salah pada pelanggan kan.. Sib baik teman tak share lagi iklan yang teman nampak kat wall kawan2 hari tu..

hu2.. camni citernyee.. hari tu teman ternampak gak kat wall fb kawan2 yang mengatakan hari last Poslaju ialah 17hb Julai 2014.. Tapi baru jap tadi teman buka Fanpage Official : Poslaju National Courier  dan teman nampak gambar seperti diatas.. bukan 17hb tapi yang sebenarnya ialah Sebelum 22 Julai 2014..

hemm.. palsu rupanya.. mana lea orang yang buat spekulasi ni dapat idea nak buat camtu? motif dia untuk apa lak yea? hemm.. apa2 pun.. teman rasa selamat jugak kalau post awal2 kan.. jangan tunggu last minit.. sebab kita tak tahu apa masalah kemudiannya nanti.. orang dah excited nak raya ni mana kita tau kan.. kot2 kang datang plak masalah lain... kui3.. 

Haaa.. yang ni baru betul kesahihannya.. Mohon rujuk notis berikut bagi urusan pengeposan sempena Hari Raya Aidilfitri akan datang. Pelanggan dinasihatkan supaya membuat pengeposan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kelewatan penghantaran. Terima kasih.

PROMOSI RIUH RIO RAYA 2014.
Haaa.. Nak share jugak buat semua rakan2 peniaga online.. Sempena Piala Dunia, Ramadhan dan Hari Raya ini dapatkan produk Prabayar PosLaju pada harga promosi dari 12 Jun - 27 Julai 2014 ini. Kongsikan Kemeriahan, Semarakkan Keriangan.


Sebarang pertanyaan dan semakan status item, boleh PM ke inbox ke Fanpage Poslaju : Official : Poslaju National Courier

08 Julai 2014

Saya Nak Kad Raya By Cik Akak

Saya Nak Kad Raya By Cik Akak" | heee.. tak kira.. nak gak.. hehehehe.. suka kumpul kad raya ni.. hope dapat kumpul banyak dari Blogger2.. heeee.. teman punya kad raya lum ada.. 


FYN JAMAL

Tadi dengar lagu Fyn Jamal kat Hot FM | Alaa.. lagu baru Fyn Jamal yang Terbang Tunduk tu.. unik lagu tu.. Kalau dihayati betul2, bait2 lirik yang ditulis oleh Fyn Jamal memang agak lain dari yang lain.. 

hemm.. pastu macam biasa, saja jenguk2 Fanpage Fyn Jamal (walhal sebelum ni tak pernah punn.. heee..), scroll dan baca macam2 cerita di wall Fanpage tu.. tertarik dengan setiap post yang Fyn Jamal kongsikan di wall nya.. Ayat2 yang beratur di wall Fyn Jamal sangat menariknya susunannya.. tergoda lak teman dengan ayat2 puitis beliau.. heee.. 

Tapi ada satu post Fyn Jamal yang teman terasa nak kongsi dengan korang.. mungkin kadang kita pun secara tak sedar ada melakukan perkara yang sama seperti Fyn Jamal nyatakan dibawah.. memang ada betul nya, kan? apa2 pun jom baca bait2 kata  Fyn Jamal ni.. torbaekk..

"Aku baca luahan hati felixia tentang rajinnya orang tak habis2 ungkit masa silam dia. aku teringat orang share2 balik kak wardina masa muda2 dia.

Mata aku panas dengan airmata.

Wallahi aku kadang2 takut nak buat apa2. kadang2 aku rasa biar terus menjahat je supaya setiap itu tak diusik. sebab orang boleh cakap "ah dia memang macam tu".

Sebab hakikatnya kalau jadi jahat terang2 di zaman ini lebih disukai dari jadi manusia realistik yang jujur hendak menjadi yang lebih baik.

Tak payah jauh2 lah. korang pun like page troll. pastu share artikel2 menganjing orang. korang ketawa pada jenaka2 aib. korang ajak semua orang rasa menghina itu kelakar.

Share benda baik, tapi sulam dengan sindir. perli orang. jerkah ketidakcukupan orang. ajak orang amal maaruf dengan cara menerajang maruah orang.

Apa ada sale tiket syurga yang orang macam aku ni tak tau booth nya dekat mana ke? kenapa semua orang confident masuk firdaus? kenapa semua orang yakin neraka bukan untuk dia?

Betapa terpateri rasulullah itu milik syurga--tak pernah SEKALI baginda perlekeh sahabah atas sejarah mereka.

Kita ni--kalau pun tak nak menolong bangunnya--tak usahlah ditolak sampai tersembam muka.

Dengki sangatkah kita?"
Blog Fyn Jamal -->Puisi Tepi Jalan

07 Julai 2014

Nasib Baik Tak Patah Hidung Aku!


Hoo.. Tadi teman nak ambil stok barang kat dalam kotak kat atas tu.. terjengket2 lah ngambilnya.. punya malas nak amil kerusi or tangga, sanggup lea terjengket2, kejang kaki dibuatnya.. tak sampai weh. hujung jari je dapat capainya.. kuis punya kuis, last2 dapat gak capai kotak tu.. tapi masa tengah nak bawak turun, tetiba baru teringat atas tu ada modem internet, 

Haaa.. apa lagi.. terus kedeganggg.. pom pom.. jatuh atas muka teman.. Ya Allah.. sakitnya... tiba2 terasa pedih tang hidung.. aduhh.. berdarah.. cepat2 sapu ngan tisu.. pastu gi cuci dan letak minyak gamat.. Masa tengok kat cermin, MasyaAllah.. nampak sangat bekas luka tu, macam kena hiris.. aduii.. teman dah tak rasa sakit macam tadi.. tapi teman tengah tension sebab... sebab apa tau?

* Sebab Esok Ada Makan2 (berbuka puasa) dekat luar dengan hubby dan rakan2 ofis dia (i guess), segannya nak pergi kalau hidung teman bergaris camni.. dah rupa kena tumbuk pun ada.. aduii.. macam ahli gusti kena tomoi pun yea.. hahahaha.. macam Mike Tyson pun ada.. hu3.. Hope esok boleh lea cover2 dengan bedak sikit.. (kalau boleh.. tp mcm tak bole je.. pffttt..) sabo je laaa..

Tapi melalui apa yang berlaku hari ni, teman dah insaf diatas kemalasan teman yang taknak menggunakan tangga/kerusi untuk ambil barang.. tak sedor diri tu pendek.. tu lea pasaiii.. 

Hu3.. dan akhirnya teman guna minyak gamat tu yang baru semalam teman teringat nak bawak ke kedai (simpan spare if anything happen).. baru je letak kat kedai udah dirasmikan hari ni.. ho2.. ok.. hikmah tu.. luka pun dah stop tapi bau minyak gamat terlekat kat hidung ni.. ha3.. dalam hati teman berkata  "Nasib Baik Tak Patah Hidung Aku"..

668668

Date : 7/7/2014 | Follower 2265 | Pageview 668668 | Saja Gatai Buat Entri | Takdop Idea Nak Tulih Apa | Sebab Tengah Rushing Nak Buat Macam2 Hari ni | Okey Baii.. | Assalammualaikum | Opsss.. | Bagi Rakan2 Blogger Yang Dah Follow Blog Teman Ni Tetapi teman Belum Follow Korang Balik, Sila Tinggalkan Komen di Bawah ni.. | Nanti Teman Follow Blog Korang Balik Yea.. | tQ.. | Sorry Yea.. | Kadang Tak Perasan.. | Yea.. Teman Tau Salah Teman.. | Ok Bai.. | Assalammualaikum |


06 Julai 2014

Beef Steak Home Made


Beef Steak Home Made | Ni menu berbuka puasa tadi.. Ho2.. dalam hati cakap.. puas hati aku , masak kos tak sampai rm15 untuk 2 orang , home made, siap dapat satu periuk black paper sos, tersadai sudaa.. gendang gendut tali kecapi.. kenyang perut senang hati.. Alhamdulillah.. rezeki dari Allah.. 

Tapau Tepung Pelita dan Popia dari gerai bazar dekat umah, tapi tak terusik lagi tu.. makan untuk sahur nanti jelea nampaknya.. 

Resepi Kek Keju Jepun

Resepi Kek Keju Jepun |
Bahan2 :
7 keping cheddar cheese (kira-kira 28g satu slice)
200ml susu segar@susu cair
4 biji telur
75gm tepung naik sendiri
75gm butter
100gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar
Cara Menyediakan :
1. Koyakan cheese kecil-kecil dan campurkan bersama susu.Masak dengan api perlahan..Kacau selalu.
2. Bila dah hancur masukkan butter sehingga cair, tutup api dan sejukkan.
3. Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan.
4. Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar sehingga kembang dan meringue(bertanduk).
5. Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi (ditapis)
6. Masukkan tepung sedikit-sedikit serta kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
7. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan sampai sebati
8. Lapikkan loyang dan sapu dengan sedikit butter.
9. Letak loyang dalam bekas berisi air panas
10. Panaskan oven..boleh lah dibakar dalam 1 jam 30 minit atau 

      mengikut kepanasan oven masing-masing

04 Julai 2014

RAWATAN UNTUK BABY YANG KERAP MENANGIS WAKTU MALAM

RAWATAN UNTUK BABY YANG KERAP MENANGIS WAKTU MALAM |
Teringat dulu masa jaga anak sedara, masa tu anak sedara tu baby lagi.. baru lahir.. tetapi tiap2 malam menangis aje dia.. menjerit sampai hilang suara.. kesian sangat2.. kakak teman pun dah tension snagat masa tu, 

Yelah.. orang dalam pantang mana leh stress2 kan.. teman pun taktau nak buat apa masa tu.. tak mampu nak tolong lebih.. just tolong jugak dodoikan baby tu, tapi still menangis.. risau jadi sawan tangis je.. memang kesian dengar suara menjerit dia.. Pastu abang ipar bacakan sesuatu dekat telinga baby.. baru baby tu senyap..

Alhamdulillah.. teman tak tanya pulak apa yang dia baca.. sebab taknaklah memeeningkan kepala orang yang tengah tension kan.. Akhirnya terjumpa gak Gambar atas ni.. moga dapat jadi perkongsian bersama... 

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers