Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

20 Julai 2014

SALAM RAMADHAN 1435 HIJRAH


Nak join Klik BANNER atas ni yea  |

He3.. teman nak join Giveaway Harith Iskandar lah.. saja nak support Giveaway kawan2.. jom join sekali nak kome.. hadiahnya.. menarikkk.. jom2.. memeriahkan lagi giveaway kengkawan pun satu yang mulia tau.. heeee.. bantu membantu.. kalau menang itu BONUS!


19 Julai 2014

Solekan Untuk Menampakkan Mata Lebih Besar dan Bundar

source from Google |
Bab makeup tang mata ni memang pompuan paling suka punya kan.. sebab dari matalah turun ke hati, cintapun mulalah berputik.. hahaha.. mengarut sudah.. saja teman nak share tips ni ha.. teman ternampak dalam majalah mana entah hari tu, saja buat draft.. pastu simpan.. berkurun lak tu.. terus terlupa nak letak link.. nanti kalau teman jumpa lik teman gitau majalah apa.. mohon share dulu la yea.. jom baca sama2 cara-cara atau teknik makeup untuk beso kan mata.. Mata kecik pun leh jadi beso effect dari makeup tau!

1-SEMBUNYIKAN DARK CIRCLES
Kewujudan lingkaran gelap bawah mata bukanlah sesuatu yang di senangi oleh para gadis. Ini kerana, ia akan menganggu penampilan serta membuatkan mata kelihatan lesu dan tidak bermaya. Secara tidak langsung ia akan menyembunyikan ‘seri’ di wajah. Jadi penggunaan penyamaran cela dapat menyembunyikan kelemahan kamu serta memberi efek segar di kawasan mata.

2-MAGIS MASKARA
Bulu mata juga sangat memainkan peranan penting dalam menampakkan mata lebih segar dan sihat. Oleh itu, gunakan maskara untuk dapatkan hasil magis di kawasan mata.

3-HINDARI EYELINER HITAM
Elakan daripada memakai eyeliner bewarna hitam. Ini kerana, warna gelap akan membuatkan mata kamu lebih kelihatan kecil. Sebaiknya, cuba gunakan eyeliner berwarna terang seperti putih.

4-GUNAKAN GARISAN YANG BERSESUAIAN
Garisan eyeliner yang paling sesuai untuk si mata kecil ialah garisan nipis ke arah luar kelopak mata.  Malah, kamu juga boleh cuba buat garisan di atas bulu mata. Jangan gunakan garisan tebal kerana ia akan membuatkan mata kamu kelihatan pelik dan tidak sesuai.

5-PAKAI ‘EYELINER LIQUID’
Jika kamu ingin memilih eyeliner, pilihan eyeliner jenis cecair sangat sesuai untuk kamu! Ini kerana, ia akan menghasilkan garisan nipis serta tepat seperti apa yang sesuai dengan kamu. Malah, ia juga sangat senang untuk di pakai. Jika salah padamkan sahaja dengan tisu atau wipes kamu.

6-KENING YANG RAPI
Kening juga boleh membantu memberi ilusi   agar mata kelihatan lebih besar dan sihat. Caranya, pastikan kening kamu kelihatan rapi dan bentuknya sesuai dengan mata. Jangan terlalu tebal. Ini kerana, ia akan membuatkan titik fokus pada bahagian mata terganggu serta membuatkan mata kelihatan lebih kecil dari biasa. 

18 Julai 2014

VIDEO Mayat Penumpang MH17 Bergelimpangan Setelah Terhempas di Ukraine

Allahuakbar.. sungguh menyayat hati tengok video ni.. Kelihatan Mayat-mayat bergelimpangan merata-rata, terlihat juga mayat-mayat yang hancur.. Allahuakbar..

Berat mata kita mereka memandang berat lagi bahu memikul......tak dapat nak bayangkan kesedihan dan kepiluan keluarga2 mangsa MH17... hanya kata2 doa yang mampu di sedekahkan...semoga mereka kuat dan tabah menghadapi Dugaan ini......Alfatihah buat mangsa2 yg beragama Islam...


Baca SINI untuk selanjutnya..

GAMBAR DAN VIDEO MH17 | PESAWAT MAS BOEING 777 TERHEMPAS DI UKRAINE

Berita MH17 terhempas di Ukraine |

Salam Takziah kepada semua keluarga Mangsa Nahas #MH17.... Teman tak ingat kul berapa hubby teman gitau ada citer pasal Pesawat MH17 terhempas malam tadi.. masa tu kami dah nak masuk tidur dah.. dah nak tutup komputer.. teman pun macam dah mamun2.. pastu terkejut dengar berita tu.. kami tengok2 gak berita tu yang di post oleh rakan-rakan Facebook, risau gak berita palsu.. rupa2nya berita betul ye? 

MasyaAllah.. dalam tahun ni je 2 kali dah berlaku insiden macam ni pada syarikat penerbangan Mas.. Insiden Pesawat terhempas/hilang iaitu MH370 pun masih dalam tandatanya, selepas tu jadi plak macam ni? tapi insiden kali ni ni kita nampak mayat-mayatnya bergelimpang.. 

MasyaAllah.. sayu hati tatkala di bulan mulia macam ni.. terpaksa melihat dan mendengar berita sedih macam ni.. takziah buat keluarga yang terlibat.. Al-Fatihah buat penumpang MH17 yang beragama Islam.. Melalui apa yang teman baca, Pesawat 9M-MRD dari model Boeing 777-200 MH17 ini pada masa itu sedang dalam penerbangan dari Amesterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Wallahualam.. teman pun hanya membaca dari info orang lain.. taktahu apa kesahihan disebalik cerita ini.. apa2 pun.. teman share kan juga Screenshot berita (dari Blog Farah, Video dari biaqpila.com dan gambar-gambar kemalangan tragis ini dari Omak Kau.. 




KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas. Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, Sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.





















Apa yang menjadi tandatanya lagi sekali... ada yang mengatakan kemungkinan ada 2 sebab bagaimana ia boleh berlaku.. 
1.) Pesawat MH17 Hilang Kawalan/Terbabas
2.) Pesawat MH17 Ditembak
Salam Takziah kepada semua keluarga Mangsa Nahas #MH17
Gambar  Banner: Credit To Denaihati

Apalah nasib MAS lepas ni.. tragedi demi tragedi berlaku berturutan dalam tahun yang sama... apakah ini ada dalang disebaliknya?

MANFAAT MANDI SEBELUM SUBUH

MANFAAT MANDI SEBELUM SUBUH |
Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Sumber : 

17 Julai 2014

PRODUK RANGKAIAN R SERIES | WANGIAN TAHAN LAMA!


Eau de Parfum
78148      30ml

A sensually romantic fragrance that recaptures the sweet moments and exquisite joys of true love found. Its smooth, alluring blend of velvety woods, extravagant floral and seductive musk evokes the indescribable feeling of love that's essentially romantic. Embrace the passion and magical moment of Everlasting Romance. Comes in an all-new, elegant perfume bottle that resembles the pure feminity of a sensual woman.

Cream Perfume
78147      10g

Indulge in the sweet, seductive scent of everlasting romance that's delicately blended into a luxurious cream base. Leaves skin exquisitely perfumed all day long. Free of alcohol. Comes in a charming, petite case that can be easily slipped into handbag for convenient fragrant touch-ups anywhere you go. Won't spill or stain.

Deodorant
78116      50g
An alcohol-free deodorant that keeps body softly scented for hours. Contains natural deodorizing properties that provide lasting protection against body odour.

Body Spray
78114      75ml
A luxuriously fragrant, deodorising body spray that awakens the feminine senses and keeps body beautifully scented for refined confidence all day long.

Body Powder
78115      100g
An irresistibly soft and velvety body powder that helps body stay comfortably fresh and dry for day long confidence. Leaves skin silky to the touch.

Shower Gel
78120      250ml
A sensuous shower gel that cleanses and refreshes in soft lather, leaving skin soft and silky with a trail of seductive scent after every wash.
Hand & Body Lotion
78117      200ml
A lightweight, non-greasy lotion that absorbs easily onto skin. It contains a unique blend of natural emollients and conditioners that provides lasting hydration for supple skin.



Nak Order? PM Tengkubutang Miaw

Mata Cantik Dengan Flexiliner | L'élan Vital For Eyes

Alhamdulillah.. setelah beberapa kali asyik tukar eyeliner, dan asyik dapat yang comot dan bersememeh.. akhirnya jumpa balik Eyeliner yang teman suka pakai selama ni.. memang puas hati sangat.. mata cantik, tak comot.. nak lukis pun senang aje.. 

Berusnya yang lebar membuatkan garisan beralun cantik je atas kelopak mata.. heeee.. teman berani share sebab memang dah terbukti cantik bila dipakai.. serius kome.. mata tak comot dan kaler dia brilliant! dengan berus ala-ala kaligrafi nih, memang menjimatkan masa kita tau nak bermakeup tang mata ni.. 

Dan... jangan tak percaya, ia boleh tahan berbulan2 tauu.. tapi pastikan peenutupnya sentiasa tertutup tau.. jangan buka lak.. abes lea ink dia.. macam magic kaler gak le kan.. kalau dah terbuka kena udara.. keringlah ink dia.. so, kena pandai jaga lah ye! barang kita..

This water-based, carbon black eyeliner highlights your eyes quickly and easily with the best of flexibility and accuracy!

Its unique calligraphic brush offers ultimate control with a perfect balance of firmness and softness for super-smooth, mistake-proof lining. Releases just the right amount of colour consistently on the tip for even application with each stroke.

Nak Order? boleh PM Tengkubutang Miaw di Facebook.. 

AKHIRNYA.. KE KLINIK JUGA!

Ubat-Ubatan Untuk Kes Perut sakittt | Tak Suka gi Klinik |
Hemm.. ketika menaip ni, perut masih menegang, memulas2.. Ya Allah.. tak lalu rasanya sakit macam ni.. pada bulan puasa lak tu jadinya.. Ya Allah.. sekiranya ini sebagai Kifarah diatas dosa2 yang lalu, aku terima dengan redha.. dan teman tahu, sakit teman ni bukannya sakit yang paling sakit, ada lagi yang diluar sana lagi teruk sakitnya dari teman.. teman je yang mengada terlebih kot ye.. sebab tu teman kena muhasabah diri.. 

Hu2.. tapi betoi la kome... teman lebih rela sakit demam dari sakit perut.. sebab kalau sakit demam, insyaAllah teman boleh tahan lagi.. tapi kalau sakit perut... masyaAllah.. memulasnya hanya Allah yang tahu.. 

yang beno nya citernya begini, kelmarin hubby teman belikan teman Puteri Berendam/Badak Berendam?Raja berendam ke? apa ntah.. teman taktau nama spesific dia, tapi teman teringin lak hari tu nak makan menda tu.. so, hubby tapau lea beli kat bazar Ramadhan.. pastu masa berbuka tu teman n hubby makan menda lain dulu.. dah abes makan semua, relaks jap.. malam tu baru lea nak mengerjakan badak berendam tadi.. 

hubby yang rasa dulu.. pastu hubby stop.. dia kata nape rasa lain.. macam dah basi je.. pastu teman rasa sesudu.. pastu rasa lagi.. bersudu2 jugak rasa.. memang dah rasa lain.. tapi teman degil gak.. sebab nak sangat nak makan menda tu kan.. tak pernah makan lagi sebelum ni.. 

So, pi buang santan tu, dah basuh bersih2.. teman amik yang bulat2 tu je (badak dia).. 2-3 ketul gak lea teman sumbat.. memang suka rasa dia (pada masa tu lah ye, sekarang ni idaklah kot.. teringat balik pun dah nak termunnnn..tah)
Badak Berendam Basi!!
Ni lea Badak Berendam/Puteri Berendam/Raja Berendam tu.. Serius.. tengok gambo ni pun teman udah rasa nak termuntah.. seksanya makan benda basi yang menjadikan perut sakit berlarutan.. Pastu semalam teman tak boleh nak makan apa.. takde selera lansung.. walhal perut teman dah kosong sekosong2 nya sebab dah abes muntah semua sampai penghujungnya muntah air kuning aje.. (doktor kata air asid perut).. 

Ya Allah.. masa muntah tu sakit sangat2 perut ni.. macam ditarik2, disimpul2 usul dalam perut ni.. Tapi apa paling teman lega ialah hubby teman tak kena macam teman, Alhamdulillah dia makan sesudu je.. dia tak makan banyak.. teman ni je yang degil.. almaklumlah.. 1st time dapat menda nih.. hemm.. yang ni 1st and last lah.. fobia nak makan menda ni lagi.. 

Fobiaaaaaa.. rosak puasa teman 2 hari.. sedih pun ada.. rasa macam Ramadhan tahun ni banyak dugaan kesihatan je.. dengan kena timpa dek modem internet sampai luka kat batang hidung, pastu dengan demam n sakit kepala lagi, pastu sakit perut lak tu.. 

Sampai demam2 gak teman semalam.. tapi macam teman cakap tadi.. bab demam insyaAllah.. teman leh handle lagi.. sehari je insyaAllah bole baik.. tapi kalau bab sakit perut.. totally out.. rumah berselerak.. air kencing kucing pun teman tak larat nak cuci.. semuanya terabai kalau dapat sakit tang perut ni.. kesian hubby teman.. dialah yang memasak semalam untuk berbuka.. Sib baik pandai masak..
Spaghetii Meetball ala-ala IKEA
Ni lah menunya... Spaghetti meetball ala2 Ikea.. Alhamdulillah.. bila terhidu je bau masakan hubby terus terbit selera nak makan.. walhal pagi sampai petang lansung takde selera.. perut tengah sakit tak elok biarkan kosong, teman cuba makan roti.. pastu tak sampai separuh teman dah stop tak boleh makan lagi, kalau dipaksa memang termuntah kat situ.. last2.. memang termuntah pun... cuba gak petua2 dari rakan, minum air teh pahit, pastu 100 plus yang dibuang gas.. dan hidu kulit limau.. still tak jalan.. peritnya rasa semalam.. 

Hari ni ada le kurang sikit.. tu pun sebab baru makan ubat kapsul arang tu yang doktor bagi masa gi klinik tadi.. Teman harap sangat lekas sembuh.. kesian kat hubby teman kalau teman sakit.. taknak susahkan dia.. dia pun dah penat bekerja seharian.. tapi memang teman rasa berselera makan yang hubby teman masak semalam.. tQ myluv.. sebab faham kesakitan teman, siap check suhu badan guna termometer.. 38.9'c semalam.. tapi hari ni dah turun sebab teman cepat2 mandi dan letak tuala basah atas dahi..

Teman rasa macam Ramadhan tahun ni penuh cabaran buat teman.. sedihnya banyak tinggal puasa... nampaak sangat teman punya antibodi dah tak sekuat dulu.. =(

16 Julai 2014

Segmen "Ainim Nak Bagi Kad Raya"


Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, Ainim pun nak juga beri kad raya kepada rakan blogger sekalian. Nak bagi kat semua, tak mampu la pula. Makanya, mereka yang nak terima kad raya daripada Ainim, sudi-sudikanlah join segmen ini ya. Manalah tahu, kalian diantara mereka yang bertuah tu.

Syarat pun simple je:
1. Klik follow blog AinimRashihahb.blogspot.com 
2. Like fanpage Blog Ainim Rashihah dan Add Google+ Ainim Suju
3. Buat entri bertajuk : Segmen "Ainim Nak Bagi Kad Raya"
4. Copy coding yang telah disediakan dibawah dan paste ke dalam ruangan HTML dan publish
5. Tinggalkan URL penyertaan diruangan komen dibawah
6. Segmen akan berakhir pada hari Khamis 17.07.2014

Senarai nama pemenang akan diberitahu pada Khamis malam tu juga. So, kenalah selalu check blog ni ya. All the best semua. ^_^

12 Julai 2014

Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 

09 Julai 2014

IFTAR DI PWTC BERSAMA YANG TERSAYANG

PAKEJ BUFFET RAMADHAN DI PWTC (sila scroll sampai bawah sekali) |
Haii.. Nak story pasal berbuka puasa kami semalam..(6/9/2014-Selasa) dekat PWTC.. kami berbuka ni pun atas jemputan sebenarnya.. hubby teman yang dapat jemputannya, dan dia pun masukkan nama teman sekali dalam senarai jemputan.. heee.. 

Mula2 rasa taknak gi sebab hidung teman yang bercalar dan luka sebab kena hempap dek Modem Internet kelmarin (Isnin-7/7/2014) saja teman letak tarikh keramat ni.. nak tengok berapa lama kesan tindakbalas apa2 ubat yang boleh buat hilang parut ni nanti.. 

Opssss.. sambung lik citer tadi.. Majlis Berbuka Puasa tu dianjurkan oleh Hotel Bayview Resort, disebabkan hubby teman baru sahaja uruskan hal penginapan hotel Jabatannya dengan Hotel tersebut, maka hubby teman pun dijemput hadir sekali.. Majlis bermula dari pukul 6.45 pm, iaitu masa ketibaan tetamu.. Majlis tu diadakan di Level 2, depan pintu masuk tu aje.. so.. tak susah nak mencari.. lagipun di meja2 ada diletakkan tag Bayview.. so, senang le nak jumpa tempat duduk..=)
Ha2.. macam biasa.. lagi berberapa minit nak berbuka, dah siap cedok dan susun atas meja menu2 yang berkenan nak disantap.. tengok tu.. ada Kambeng Grill.. sedap woo.. pastu ada Lemang, pastu ada Nasi Beriani .. Teman biasalah.. mesti ambil sayur mayur.. SALAD!! sedapp.. pastu ada le CheeseCake sedap.. nyum2.. macam2 lagi lah, ada yang teman tak snap pun gambo nya.. 

Ekceli, dah lama teman tak makan cenggini.. dulu masa koje kat ipoh memang selalu sangat makan buffet kat hotel camni.. dan memang teman dengan kakak ofis tu amik penuh satu meja gak.. kui3.. Kakak Ofis cakap, kalau nak makan jangan malu2.. kalau malu, lapo... hehehehe..
Ni Nasi teman.. Nasi Hubby lupa lak teman nak snap.. hubby amik Beriani Kambeng 
Yang ni salad.. sedapp.. dan yang hujung kiri tu Kerabu Jantung Pisang.. 
Pergh!! sedap woo.. nyesal amik sikit..
 
Kambeng Grill.. Menu paling menyelerakan.. Wal lahh.. Tapi rasa dia macam yang 
kami buat sendiri aje.. hu3.. (perasannn!!)
Lemang dan Rendang Ayam serta Serunding.. sedap gakk..
tapi masa tu teman dan kekenyangan.. dapat rasa serundign aje yg mampu.. 
Yang atas tu CheeseCake .. sedapppp.. yang bawah tu Creampuff.. hemm.. terasa ada kekurangan disitu.. taktau apa dia.. maybe tak gebus kot.. bila gigit rasa tak lembut.. maybe sebab dah sejuk kena aircond .. maybe lah agak teman.. heeee 
Yang ni hubby teman yang amik kan.. dia saja nak bagi teman rasa.. katanya nama menda ni Otak-Otak,, err.. otak2 ke? alamak.. tak ingat lah.. tapi dalam dia isi ikan yang berwarna merah.. Oklah rasa dia.. heee.. tak biasa menda baru.. =P
 
ho2.. CheeseTart tu pun sedap weh.. nyum2.. semuanya sedap.. Alhamdulillah.. tQ buat hubby yang tak lupa kat teman, kalau ikutkan dia boleh je tak masukkan nama teman kan.. boleh je dia nak ajak kawan2 dia je kan.. Tapi ingat jugak dia kat teman ni haaaa.. (feeling terharu lea plak.. ngada2!) ha2.. ok lah.. itu je nak share.. heeee.. mcm biasa, Wordless Wednesday teman selalu main langgor aje buat entri panjang2.. hopee tak kena tangkap pulis yea.. heee.. pulis Blogger.. bye
hee.. sempat gak snap masa nak balik.. apa da.. snap gambo dari luar buat pe.. hi3..

PAKEJ BUFFET RAMADHAN DI PWTC 
RM60 ++ untuk Dewasa
RM15.00 ++ untuk Kanak2 berumur 7-12 tahun
Percuma Untuk Warga Emas
Solat Tarawikh di Surau Ar-Rahman, PWTC
Buah tangan untuk bersahur
2 pakej Umrah untuk dimenangi (kena isi satu kad cabutan bertuah)
untuk tempahan sila hubungi :-
(603) 2614  6701 / (603) 2614 6702

Dewan Bankuasi -->RM46 ++ (tempahan untuk 50 orang)

Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe |

Seperti segmen sebelum ini, Zam tampil lagi dengan segmen yang menawarkan hadiah MINI POWER BANK, namun kali ini ada DUA MINI POWER BANK untuk dihadiahkan kepada DUA BLOGGER YANG BERTUAH

Apa yang perlu anda lakukan ialah hasilkan sebuah entri dengan tajuk Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe, letakkan banner segmen diatas ke dalam entri, dan sertakan link segmen ini pada banner. Akhir sekali, tinggalkan link penyertaan segmen anda di ruangan komen entri ini.

Mudah saja kan? Jadi jom sertainya beramai-ramai. Tarikh tutup penyertaan belum Zam putuskan. Mungkin 2 hari, mungkin lama. Jadi, jom sertai cepat-cepat ya ;)

Klik Banner atas ni untuk join!

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers