Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

21 Julai 2014

Majlis Iftar Bersama Pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan

Heee.. sebelum tu teman nak gitau yea.. bukan teman yang gi majlis ni, tapi kakak ipar dan anak sedoro yang gi.. teman just nak share citer diorang aje kat sini.. actually teman belum berkesempatan nak tengok citer Kerana Terpaksa Aku Relakan ni.. 
Heee.. ni le Anak Sedoro Hubby teman bersama my Sister in law.. 
Almaklumlah.. masa mencemburui teman untuk dok mengadap tv mahupun TV online.. hu3.. tapi bila tertengok kakak ipar dan anak sedoro dalam gambo2 bawah ni, terasa nak tengok lak citer ni.. best ke tidak.. heee.. 

Citer ni dah tamat pun part one, tapi teman tak tengok2 pun lagi.. dengo citer part 2 (sambungannya) akan datang.. sebab ada penonton yang tak puasa hati sebab citer tu macam tergantung.. yeke?? ha2.. teman tak tahu menanhu lansung pasal citer ni.. nanti ada masa nak try tengok lah.. heee...
Opss.. lupa lak nak citer, yang dapat jemputan ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelakon-Pelakon KTAR ni ialah anak sedoro hubby teman yang bernama zura, seorang Perunding Perkahwinan, Pelamin dia cantik, Makeup pun cantik giler weh! merasa gak teman dapat sentuhan makeup dia.. 
Anak Sedoro hubby teman (zura) bersama hero.. heee..
Kalau rajin gi lea terjah Fanpage zura ni dekat --> Shazura Galeri Pengantin (sila KLIK)

Apa-apapun jom cuci mata nengok gambo2 diorang.. heee.. mintak izin yea zura and k.eida.. =).. Majlis Iftar ni berlansung pada 10hb Julai 2014 hari tu.. hari ni baru dapat publish ceritanya..
Tema kaler Biru hari tu.. 
 ho2.. sporting ke tak sporting..  
Izreen pun tak sombong kata deme.. 
Diorang ni memang rapat.. dah macam kembor.. heee 
sporting kan Amar Bahrain 
bergambar bersama ..

Adakah sambungan untuk Kerana Terpaksa Ku Relakan Part 2? ha2.. Nantikan.. (teman tak tengok pun lagi Part 1 pun.. nantilah ada masa teman tengok.. heeee.. bz bebenau yea... =)

BALAS DENDAM

Spaghetti + Sos Prego Cendawan + Bawang Putih + Bawang Merah + Carrot + Tomato + Daging Cincang Ramlee + Tomato Sos + Meatball + Hotdog + Cili Benggala + Mushroom + Italian Herbs + Origano + Mozarella Chess + Tepung Jagung + Buttercup + Susu = Rasa Yang marvelous

Tersadai Sudah.......... 

Hari tu masa hubby 1st time masakkan Spaghetti ni, perut teman tak berapa Ok.. semua pasal food poisoning punya hal.. pasal Badak Berendam basi tu lah.. ergh... tak lalu bila mengingatkan balik hal tu.. hope jangan lea berulang lagi.. tak pernah kena teruk macam tu.. dan tak pernah kena macam tu di bulan Ramadhan.. sedih terpaksa tinggal puasa beberapa hari hanya kerana muntah2, cirit birit dan badan memang totally moody kot! aishhhhh.. tension! 

he2.. hari tu disebabkan badan teman lemah, my hubby lea main peranan masak memasak untuk berbuka.. Alahai.. kesian dia.. tapi mujur le teman dapat hubby yang memang sukakan memasak.. memang pandai memasak.. so, takdelah teman risau bab2 makan ni kalau teman tak sihat.. Hari tu dapatlah teman merasa masakan terbaru hubby teman (sebelum ni tak pernah makan lagi tau Spaghetti ni, tak suka lagi pun..) hu3.. tapi bila time puasa masing2 kata teringin nak try masak, 

So.. bahan2nya dah ada.. hubby pun buatkanlah.. Bau nya harum semerbak masa tu weh.. teman yang takde selera boleh terbit selera lepas hidu bau masakan hubby teman tu.. so.. malam tu hubby berbuka Spaghetti mushroom la.. tak ingat nama dia.. hahaha.. tau makan je.. teman pun makan gak tapi tak banyak.. perut masih meragam masa tu.. hemm.. paham2 ajelah.. bila dah makan semua.. terus keluar balik.. adoi.. masa tu macam urat belakang pun ditarik sekali time muntah tu.. adeh.. ok2.. lupakan.. lupakan..
Tengok tu.. Mozarella Cheese diatas tu cair.. bila makan macam pizza lak.. nyum2..
Haaa.. bila badan dah betul2 sihat dan perut pun dah OK balik, teman pun request kat hubby.. "nak berbuka dengan Spageti macam hari tu bole" (sambil buat muka seposen)... hahahaha.. yelah.. teman memang dah tau bau masakan tu sedap hari tu.. dan dah rasa pun sedap.. so, request lagi sekali lah, kali ni nak makan puas-puas.. Alhamdulillah.. dapat gak makan kali kedua .. dan memang terbaekkk.. tQ miaw2!

Saja update di blog ini, tanda penghargaan buat hubby teman.. bukan sengaja nak tayang2.. dan bukan pula melupakan nasib2 mereka2 yang tidak berkemampuan atau gelandangan... terutama mereka2 yang tidak berdaya di Palestine / Gaza sana.. 

Hijjaz - Pejuang Al Qassam (Official HD Music Video)



Hijjaz - Pejuang Al Qassam (Official HD Music Video) |
Kuala Lumpur: "Kami terkejut dan pada masa sama bersyukur klip video ini mendapat sambutan yang hebat, semoga dengan cara ini sokongan masyarakat dunia terhadap perjuangan Palestin akan bertambah," kata Isman Hijjaz mengenai sambutan menggalakkan masyarakat Arab khususnya di Palestin terhadap klip video kumpulan nasyid popular Hijjaz berjudul 'Pejuang Al-Qassam’.
Klip video dan bait lagu berkenaan menceritakan tentang perjuangan Briged Al-Qassam yang mempertahankan tanah Palestin daripada kekejaman rejim Zionis Israel.
Anggota kumpulan Hijjaz itu berkata, mereka mendapat inspirasi untuk membuat lagu berkenaan setelah mengikuti lawatan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ke Gaza dan melihat sendiri apa yang berlaku di sana.
"Saya dimaklumkan MAPIM mendapat maklum balas yang amat baik daripada masyarakat Timur Tengah mengenai lagu ini. Ada yang kata ia memberi semangat kepada anak-anak mereka," katanya ketika dihubungi.
Isman berkata, lagu berkenaan dimuatkan dalam album ‘Keranamu Baitul Maqdis’ di mana hasil jualan disalurkan sepenuhnya kepada Tabung Gaza MAPIM.
"Saya ingin tegaskan klip video ini bukan untuk menggalakkan orang ramai pergi berperang sebaliknya untuk memberi semangat dan pemahaman mengenai perjuangan mereka yang saban hari berdepan bedilan tentera Zionis," katanya.
Difahamkan, stesen TV di negara Arab khususnya di Gaza sering menyiarkan klip video yang berdurasi lima minit 34 saat itu, manakala di laman Youtube sudah mencatat lebih 57,000 tontonan sejak dimuatnaik pada 13 Julai.

Pergh.. teman sendiri sebenarnya jatuh hati pada lagu nasyid yang ni, kalau tengok sekali video dia lagilah teman rasa sangat2 terpaut.. bersemangat dan memang memberi suntikan positif buat semua pejuang2 di Gaza sana..

Sekarang ni view untuk video ni dah capai berjuta kot.. 

20 Julai 2014

DOA MUSTAJAB BUAT ISTERI


Alkisahnya.. malam tadi teman takleh tido sebab bahu rasa lenguh dan sakit sangat2.. mungkin sebab kesan pakai beg galas  belakang lama sangat atau kesan masa muntah teruk hari tu sampai tertarik urat belakang.. argh.. merepek aje teman ni kan.. suka je buat andaian sendiri kan.. nak jumpa doktor penakot.. takot kena cucuk, so bermain dengan andaian sendiri lah kau yeaaa... 

Pagi tadi memang teman rasa lenguh semacam dan cuba gak urut sendiri dengan minyak angin cap kapak, sedap je berangin tapi masih sakit2 lagi.. pastu.. teman teringat ada kata2 sorang Ustaz tu.. kalau dah ikhtiar apa2 pun untuk ubati penyakit2 kecil mahupun beso, leh lea cuba ikhtiar yang ni lak.. mana tahu mujarab.. pasti mujarab! InsyaAllah.. nak tau apa dia? 

Menurut Ustaz tu, duduk sebelah suami, cakap pada suami lembut2, kata pada dia apa sakit kome masa tu.. macam mengadu la kan.. tapi pastikan suami korang tengah mood Ok.. Jgn dia baru sampai umah terus korang serbu nak buat lagu tu yea! bagilah dia rehat dulu! Aishh.. haaa..

Sambung lik, lepas dah gitau apa sakit korang, korang gitau kat suami korang, "Ada ustaz tu cakap, doa suami ni mustajab.. kalau suami doakan isterinya yang baik2 mesti akan baiklah jadinya"... heeee.. pastu teman cakap kat hubby camtu.. korang tau apa dia cakap? Dia kata "doa dalam hati boleh"? 

He2.. teman memang leh agak dah hubby teman ni memang liat nak cakap menda2 macam tu depan2 teman.. dia ni berjiwa brutal sikit.. takde romantik2 atau sayam2 yang nk ditunjuk depan2.. heeee.. maka....Teman katalah "boleh".. tapi kena cakap macam ni " Ya Allah, berilah kesembuhan kepada isteriku dari segala sakit2 yang ada pada isteriku"pastu kena sebut Aamiinn 3x.. disebabkan hubby kata nak doa dalam hati, teman kata tang Aamiin tu teman nak dengar dia sebut.. sebab nak Aamiin kan sekali.. heeee.. hubby pun buatlah. Heee..
Haaa.. dengan kusyuknya dia berdoa.. comey tak? Ha3..
Dan selepas tu teman macam tak percaya je bahu teman dah tak lenguh dan sakit macam sebelum tu.. Subhanallah.. memang mustajab doa suami untuk isterinya sihat.. Alhamdulillah..

Opssssss!! Orang laki jangan dok berangan yea.. doa lain tak berfungsi tau kalau baca, sebab dikhuatiri doa tu tak disukai para isteri.. jangan coba2 tau! Takkan berkesan pon! (yeke? kih3.. risau gak nih... nak plak kita tolong Aaminn kan.. ) Ha3..

Errr.. buat yang belum bersuami tu.. leh lea buat cara yang sama dengan mintak pada mak or abah korang yea.. sebab untuk korang doa yang paling dekat dan mustajab ialah doa ibubapa.. heee.. tapi cara ni special sikit.. mintak doa depa depan2 kita.. heee.. leh tengok memek muka tersayang doakan kita kan.. best kan.. =)

Note : Yang beno nya kita tahu suami kita tak pernah lupa doakan kesejahteraan hidup kita didalam solatnya seperti mana kita selalu mendoakan mereka.. betul tak.. (^_____^)

Giveaway Simple-step by blog Rahsia Hati Huda


Klik BANNER untuk join | 
Haaaa.. jom join Giveaway adik Huda jom.. 1/8/2014  tamat.. jom support Giveaway adik Huda.. nanti kalau korang buat Giveaway akan ada yang lain aksn support giveaway korang lak, gitulah kita kena saling suppirt menyapot.. ha2.. apa ayat aku nih.. ok.. klik banner tu tau.. join tauu.. good luck..

SALAM RAMADHAN 1435 HIJRAH


Nak join Klik BANNER atas ni yea  |

He3.. teman nak join Giveaway Harith Iskandar lah.. saja nak support Giveaway kawan2.. jom join sekali nak kome.. hadiahnya.. menarikkk.. jom2.. memeriahkan lagi giveaway kengkawan pun satu yang mulia tau.. heeee.. bantu membantu.. kalau menang itu BONUS!


19 Julai 2014

Solekan Untuk Menampakkan Mata Lebih Besar dan Bundar

source from Google |
Bab makeup tang mata ni memang pompuan paling suka punya kan.. sebab dari matalah turun ke hati, cintapun mulalah berputik.. hahaha.. mengarut sudah.. saja teman nak share tips ni ha.. teman ternampak dalam majalah mana entah hari tu, saja buat draft.. pastu simpan.. berkurun lak tu.. terus terlupa nak letak link.. nanti kalau teman jumpa lik teman gitau majalah apa.. mohon share dulu la yea.. jom baca sama2 cara-cara atau teknik makeup untuk beso kan mata.. Mata kecik pun leh jadi beso effect dari makeup tau!

1-SEMBUNYIKAN DARK CIRCLES
Kewujudan lingkaran gelap bawah mata bukanlah sesuatu yang di senangi oleh para gadis. Ini kerana, ia akan menganggu penampilan serta membuatkan mata kelihatan lesu dan tidak bermaya. Secara tidak langsung ia akan menyembunyikan ‘seri’ di wajah. Jadi penggunaan penyamaran cela dapat menyembunyikan kelemahan kamu serta memberi efek segar di kawasan mata.

2-MAGIS MASKARA
Bulu mata juga sangat memainkan peranan penting dalam menampakkan mata lebih segar dan sihat. Oleh itu, gunakan maskara untuk dapatkan hasil magis di kawasan mata.

3-HINDARI EYELINER HITAM
Elakan daripada memakai eyeliner bewarna hitam. Ini kerana, warna gelap akan membuatkan mata kamu lebih kelihatan kecil. Sebaiknya, cuba gunakan eyeliner berwarna terang seperti putih.

4-GUNAKAN GARISAN YANG BERSESUAIAN
Garisan eyeliner yang paling sesuai untuk si mata kecil ialah garisan nipis ke arah luar kelopak mata.  Malah, kamu juga boleh cuba buat garisan di atas bulu mata. Jangan gunakan garisan tebal kerana ia akan membuatkan mata kamu kelihatan pelik dan tidak sesuai.

5-PAKAI ‘EYELINER LIQUID’
Jika kamu ingin memilih eyeliner, pilihan eyeliner jenis cecair sangat sesuai untuk kamu! Ini kerana, ia akan menghasilkan garisan nipis serta tepat seperti apa yang sesuai dengan kamu. Malah, ia juga sangat senang untuk di pakai. Jika salah padamkan sahaja dengan tisu atau wipes kamu.

6-KENING YANG RAPI
Kening juga boleh membantu memberi ilusi   agar mata kelihatan lebih besar dan sihat. Caranya, pastikan kening kamu kelihatan rapi dan bentuknya sesuai dengan mata. Jangan terlalu tebal. Ini kerana, ia akan membuatkan titik fokus pada bahagian mata terganggu serta membuatkan mata kelihatan lebih kecil dari biasa. 

18 Julai 2014

VIDEO Mayat Penumpang MH17 Bergelimpangan Setelah Terhempas di Ukraine

Allahuakbar.. sungguh menyayat hati tengok video ni.. Kelihatan Mayat-mayat bergelimpangan merata-rata, terlihat juga mayat-mayat yang hancur.. Allahuakbar..

Berat mata kita mereka memandang berat lagi bahu memikul......tak dapat nak bayangkan kesedihan dan kepiluan keluarga2 mangsa MH17... hanya kata2 doa yang mampu di sedekahkan...semoga mereka kuat dan tabah menghadapi Dugaan ini......Alfatihah buat mangsa2 yg beragama Islam...


Baca SINI untuk selanjutnya..

GAMBAR DAN VIDEO MH17 | PESAWAT MAS BOEING 777 TERHEMPAS DI UKRAINE

Berita MH17 terhempas di Ukraine |

Salam Takziah kepada semua keluarga Mangsa Nahas #MH17.... Teman tak ingat kul berapa hubby teman gitau ada citer pasal Pesawat MH17 terhempas malam tadi.. masa tu kami dah nak masuk tidur dah.. dah nak tutup komputer.. teman pun macam dah mamun2.. pastu terkejut dengar berita tu.. kami tengok2 gak berita tu yang di post oleh rakan-rakan Facebook, risau gak berita palsu.. rupa2nya berita betul ye? 

MasyaAllah.. dalam tahun ni je 2 kali dah berlaku insiden macam ni pada syarikat penerbangan Mas.. Insiden Pesawat terhempas/hilang iaitu MH370 pun masih dalam tandatanya, selepas tu jadi plak macam ni? tapi insiden kali ni ni kita nampak mayat-mayatnya bergelimpang.. 

MasyaAllah.. sayu hati tatkala di bulan mulia macam ni.. terpaksa melihat dan mendengar berita sedih macam ni.. takziah buat keluarga yang terlibat.. Al-Fatihah buat penumpang MH17 yang beragama Islam.. Melalui apa yang teman baca, Pesawat 9M-MRD dari model Boeing 777-200 MH17 ini pada masa itu sedang dalam penerbangan dari Amesterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Wallahualam.. teman pun hanya membaca dari info orang lain.. taktahu apa kesahihan disebalik cerita ini.. apa2 pun.. teman share kan juga Screenshot berita (dari Blog Farah, Video dari biaqpila.com dan gambar-gambar kemalangan tragis ini dari Omak Kau.. 




KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas. Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, Sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.





















Apa yang menjadi tandatanya lagi sekali... ada yang mengatakan kemungkinan ada 2 sebab bagaimana ia boleh berlaku.. 
1.) Pesawat MH17 Hilang Kawalan/Terbabas
2.) Pesawat MH17 Ditembak
Salam Takziah kepada semua keluarga Mangsa Nahas #MH17
Gambar  Banner: Credit To Denaihati

Apalah nasib MAS lepas ni.. tragedi demi tragedi berlaku berturutan dalam tahun yang sama... apakah ini ada dalang disebaliknya?

MANFAAT MANDI SEBELUM SUBUH

MANFAAT MANDI SEBELUM SUBUH |
Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. Antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Sumber : 

17 Julai 2014

PRODUK RANGKAIAN R SERIES | WANGIAN TAHAN LAMA!


Eau de Parfum
78148      30ml

A sensually romantic fragrance that recaptures the sweet moments and exquisite joys of true love found. Its smooth, alluring blend of velvety woods, extravagant floral and seductive musk evokes the indescribable feeling of love that's essentially romantic. Embrace the passion and magical moment of Everlasting Romance. Comes in an all-new, elegant perfume bottle that resembles the pure feminity of a sensual woman.

Cream Perfume
78147      10g

Indulge in the sweet, seductive scent of everlasting romance that's delicately blended into a luxurious cream base. Leaves skin exquisitely perfumed all day long. Free of alcohol. Comes in a charming, petite case that can be easily slipped into handbag for convenient fragrant touch-ups anywhere you go. Won't spill or stain.

Deodorant
78116      50g
An alcohol-free deodorant that keeps body softly scented for hours. Contains natural deodorizing properties that provide lasting protection against body odour.

Body Spray
78114      75ml
A luxuriously fragrant, deodorising body spray that awakens the feminine senses and keeps body beautifully scented for refined confidence all day long.

Body Powder
78115      100g
An irresistibly soft and velvety body powder that helps body stay comfortably fresh and dry for day long confidence. Leaves skin silky to the touch.

Shower Gel
78120      250ml
A sensuous shower gel that cleanses and refreshes in soft lather, leaving skin soft and silky with a trail of seductive scent after every wash.
Hand & Body Lotion
78117      200ml
A lightweight, non-greasy lotion that absorbs easily onto skin. It contains a unique blend of natural emollients and conditioners that provides lasting hydration for supple skin.



Nak Order? PM Tengkubutang Miaw

Mata Cantik Dengan Flexiliner | L'élan Vital For Eyes

Alhamdulillah.. setelah beberapa kali asyik tukar eyeliner, dan asyik dapat yang comot dan bersememeh.. akhirnya jumpa balik Eyeliner yang teman suka pakai selama ni.. memang puas hati sangat.. mata cantik, tak comot.. nak lukis pun senang aje.. 

Berusnya yang lebar membuatkan garisan beralun cantik je atas kelopak mata.. heeee.. teman berani share sebab memang dah terbukti cantik bila dipakai.. serius kome.. mata tak comot dan kaler dia brilliant! dengan berus ala-ala kaligrafi nih, memang menjimatkan masa kita tau nak bermakeup tang mata ni.. 

Dan... jangan tak percaya, ia boleh tahan berbulan2 tauu.. tapi pastikan peenutupnya sentiasa tertutup tau.. jangan buka lak.. abes lea ink dia.. macam magic kaler gak le kan.. kalau dah terbuka kena udara.. keringlah ink dia.. so, kena pandai jaga lah ye! barang kita..

This water-based, carbon black eyeliner highlights your eyes quickly and easily with the best of flexibility and accuracy!

Its unique calligraphic brush offers ultimate control with a perfect balance of firmness and softness for super-smooth, mistake-proof lining. Releases just the right amount of colour consistently on the tip for even application with each stroke.

Nak Order? boleh PM Tengkubutang Miaw di Facebook.. 

AKHIRNYA.. KE KLINIK JUGA!

Ubat-Ubatan Untuk Kes Perut sakittt | Tak Suka gi Klinik |
Hemm.. ketika menaip ni, perut masih menegang, memulas2.. Ya Allah.. tak lalu rasanya sakit macam ni.. pada bulan puasa lak tu jadinya.. Ya Allah.. sekiranya ini sebagai Kifarah diatas dosa2 yang lalu, aku terima dengan redha.. dan teman tahu, sakit teman ni bukannya sakit yang paling sakit, ada lagi yang diluar sana lagi teruk sakitnya dari teman.. teman je yang mengada terlebih kot ye.. sebab tu teman kena muhasabah diri.. 

Hu2.. tapi betoi la kome... teman lebih rela sakit demam dari sakit perut.. sebab kalau sakit demam, insyaAllah teman boleh tahan lagi.. tapi kalau sakit perut... masyaAllah.. memulasnya hanya Allah yang tahu.. 

yang beno nya citernya begini, kelmarin hubby teman belikan teman Puteri Berendam/Badak Berendam?Raja berendam ke? apa ntah.. teman taktau nama spesific dia, tapi teman teringin lak hari tu nak makan menda tu.. so, hubby tapau lea beli kat bazar Ramadhan.. pastu masa berbuka tu teman n hubby makan menda lain dulu.. dah abes makan semua, relaks jap.. malam tu baru lea nak mengerjakan badak berendam tadi.. 

hubby yang rasa dulu.. pastu hubby stop.. dia kata nape rasa lain.. macam dah basi je.. pastu teman rasa sesudu.. pastu rasa lagi.. bersudu2 jugak rasa.. memang dah rasa lain.. tapi teman degil gak.. sebab nak sangat nak makan menda tu kan.. tak pernah makan lagi sebelum ni.. 

So, pi buang santan tu, dah basuh bersih2.. teman amik yang bulat2 tu je (badak dia).. 2-3 ketul gak lea teman sumbat.. memang suka rasa dia (pada masa tu lah ye, sekarang ni idaklah kot.. teringat balik pun dah nak termunnnn..tah)
Badak Berendam Basi!!
Ni lea Badak Berendam/Puteri Berendam/Raja Berendam tu.. Serius.. tengok gambo ni pun teman udah rasa nak termuntah.. seksanya makan benda basi yang menjadikan perut sakit berlarutan.. Pastu semalam teman tak boleh nak makan apa.. takde selera lansung.. walhal perut teman dah kosong sekosong2 nya sebab dah abes muntah semua sampai penghujungnya muntah air kuning aje.. (doktor kata air asid perut).. 

Ya Allah.. masa muntah tu sakit sangat2 perut ni.. macam ditarik2, disimpul2 usul dalam perut ni.. Tapi apa paling teman lega ialah hubby teman tak kena macam teman, Alhamdulillah dia makan sesudu je.. dia tak makan banyak.. teman ni je yang degil.. almaklumlah.. 1st time dapat menda nih.. hemm.. yang ni 1st and last lah.. fobia nak makan menda ni lagi.. 

Fobiaaaaaa.. rosak puasa teman 2 hari.. sedih pun ada.. rasa macam Ramadhan tahun ni banyak dugaan kesihatan je.. dengan kena timpa dek modem internet sampai luka kat batang hidung, pastu dengan demam n sakit kepala lagi, pastu sakit perut lak tu.. 

Sampai demam2 gak teman semalam.. tapi macam teman cakap tadi.. bab demam insyaAllah.. teman leh handle lagi.. sehari je insyaAllah bole baik.. tapi kalau bab sakit perut.. totally out.. rumah berselerak.. air kencing kucing pun teman tak larat nak cuci.. semuanya terabai kalau dapat sakit tang perut ni.. kesian hubby teman.. dialah yang memasak semalam untuk berbuka.. Sib baik pandai masak..
Spaghetii Meetball ala-ala IKEA
Ni lah menunya... Spaghetti meetball ala2 Ikea.. Alhamdulillah.. bila terhidu je bau masakan hubby terus terbit selera nak makan.. walhal pagi sampai petang lansung takde selera.. perut tengah sakit tak elok biarkan kosong, teman cuba makan roti.. pastu tak sampai separuh teman dah stop tak boleh makan lagi, kalau dipaksa memang termuntah kat situ.. last2.. memang termuntah pun... cuba gak petua2 dari rakan, minum air teh pahit, pastu 100 plus yang dibuang gas.. dan hidu kulit limau.. still tak jalan.. peritnya rasa semalam.. 

Hari ni ada le kurang sikit.. tu pun sebab baru makan ubat kapsul arang tu yang doktor bagi masa gi klinik tadi.. Teman harap sangat lekas sembuh.. kesian kat hubby teman kalau teman sakit.. taknak susahkan dia.. dia pun dah penat bekerja seharian.. tapi memang teman rasa berselera makan yang hubby teman masak semalam.. tQ myluv.. sebab faham kesakitan teman, siap check suhu badan guna termometer.. 38.9'c semalam.. tapi hari ni dah turun sebab teman cepat2 mandi dan letak tuala basah atas dahi..

Teman rasa macam Ramadhan tahun ni penuh cabaran buat teman.. sedihnya banyak tinggal puasa... nampaak sangat teman punya antibodi dah tak sekuat dulu.. =(

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers