Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

18 Ogos 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Akademi Fantasia 2014 kini bermula!!


Akademi Fantasia 2014 |
KUALA LUMPUR: Program Akademi Fantasia (AF) musim terbaharu kembali dengan format asal seperti mana ia mula diterbitkan pada 2003.

Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, biarpun menggunakan konsep asal namun pengisian program tersebut akan diperkenalkan dengan nafas yang lebih segar bersesuaian dengan peredaran zaman.

"Sepanjang penerbitan AF pelbagai eksperimen dan pembaharuan juga telah pun diperkenalkan dari musim ke musim demi mengenal pasti format dan strategi paling efektif bagi menambah baik program ini.

"Sehubungan dengan itu, kami membuatkan keputusan untuk menyuntik semula format asal yang terbukti berjaya meletakkan jenama AF di fenomena tersendiri," katanya.

Raqim ditemui pada majlis penghargaan artis dibawah naungan Astro di Hotel Le Meridien dekat sini, Isnin.

Dalam pada itu, Raqim berkata, keputusan itu juga dibuat berdasarkan penerbitan musim-musim terdahulu dan mendapati rakyat Malaysia sebati dengan elemen emosi, drama dan air mata yang cuma dapat dirasai menerusi AF.

"Kami berharap format asal dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan AF yang menjadi aset serta testimoni utama," jelasnya.

Sementara itu, Raqim berkata, pihak produksi telah mengadakan uji bakat di empat buah lokasi di seluruh Malaysia iaitu Johor pada 13 dan 14 Jun 2014, Pulau Pinang (14 dan 15), Sabah dan Selangor (21 dan 22 Jun) yang lalu.

Pihak Astro juga turut mengadakan sesi uji bakat untuk laluan pantas secara dalam talian dengan peserta memuat naik video nyanyian secara kreatif AF Mobile atau www.akademifantasia.com.my bermula 26 Jun hingga 9 Jun 2014 yang lalu.

Info TERKINI Konsert AF 2014 Untuk Peminat2 AF :-

Konsert AF 2014
Bermula 7 September 2014, setiap Ahad, 9 malam, saluran 104, 105 & 135
Diari AF 2014
Bermula 1 September 2014, Isnin hingga Jumaat, 9 malam, saluran 104, 105 & 135
Kapsul AF 2014
Isnin hingga Jumaat, 7.30 malam, saluran 104

Pengacara Konsert Akademi Fantasia AF 2014
Zizan Razak

Pengacara Diari Akademi Fantasia AF 2014
Jihan Muse

Tenaga Pengajar Akademi Fantasia AF 2014
Fatimah Abu Bakar
 
Linda Jasmine
 
Marlia Musa
Siti Hajar 

Website: 
http://www.af.com.my   
FanPage Akademi Fantasia 2014: 
https://www.facebook.com/AkademiFantasia

Program tv: Akademi Fantasia 2014
Rancangan realiti yang memberi inspirasi, aspirasi serta hiburan daripada peserta di Akademi. Rancangan ini direka khusus untuk membentuk peserta menjadi bintang dalam persekitaran hiburan-akademik. Ia juga dirangka khas menyemai nilai-nilai murni serta memberikan inspirasi dengan memupuk sikap keterbukaan, kebanggaan, keazaman dan melangkaui diri sendiri. 

15 Ogos 2014

Resepi Mee Kari Nyonya

Resepi Mee Kari Nyonya | Opss.. jappp... sebelum tu nak gitau... Gambo atas ni extract from Google ajo.. | Tapi macam ni le rupanya Mee Kari nya lebih kurang.. tapi kuah dia pekat lagi.. teman selalu masak Mee Kari ni kat ipoh, time raya je buat Mee Kari sebab ada permintaan suruh buatkan.. selain tu Bihun Sup pun selalu gak buat.. tengok pada permintaan la kan.. kalau kita buat, orang tak makan kang, rugilah kita kann.. 

heee.. Mee Kari Nyonya ni yang special dia ada bau bunga kantan sikit.. tapi sedap la kan.. kalau tak masakan ada yang request tiap2 tahun kan? kredit pada tuan punya resepi.. teman tak ingat amik kat mana resepi ni, sebab dah lama giler.. ni pun saja letak sini sebab takut lupa.. dan adik pun ada tanya pasal resepi ni, alang2 update entri.. meh teman share kan resepi ni untuk kamu yea Linda.. heee.. 

Ok lah.. sepanjang buat mee kari ni, teman ada jugak le beberapa kali terbuat salah, maksudnya.. kuah jadi terlebih berminyak sebab terletak minyak banyak, pastu tak buang kulit ayam.. so, lemak2 tu cair dan jadi minyak.. terus banyak giler minyak dalam kuah kari..

So, sekarang dah tau le.. jangan masuk sekali kulit ayam tu.. buang kulit siap2.. lupa lak..potong kecik2 supaya senang tetamu nak makan.. pastu tulang jangan buang.. manis tuu.. heeee.. ok lah.. jom tengok resepi Mee Kari Nyonya yang teman maksudkan tu.. moh kitaaaaaa..

= Resepi Mee Kari Nyonya =

Bahan Blender
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci halia
(ketiga-tiga bahan ini di kisar halus)

Bahan dihiris halus untuk tumis
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/1 inci halia
(dimayang/hiris halus)


Bahan Tumis
1 batang bunga kantan (di potong halus)
2 paket kecil serbuk kari ayam/daging
3 sudu besar cili boh
santan kelapa dari 1 ½ biji kelapa
Kiub Ikan Bilis (Masuk last sekali)

air asam jawa secukupnya
garam
gula
ajinomoto
air asam jawa
minyak

p/s: gaulkan bahan yang dikisar halus bersama serbuk kari.. bahagi kepada DUA bahagian.. satu untuk ditumis dan satu lagi perapkan bersama isi ayam yang dipotong 

Bahan Isi
3 ketul fishcake
1 paket fishball
500 gm ayam (dipotong halus)
6 keping tauhu kering (dipotong 4)
150 gm isi kerang
sedikit kacang panjang (dipotong dalam anggaran 1 inci kira-kira satu mangkuk) 


Bahan Mee
2 bungkus mee kuning
100 gm taugeh
100 gam sawi
(ketiga bahan ini di celur)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
2 biji cili merah (dipotong nipis)
3 biji telur (direbus)
bawang goreng
daun sup
daun bawang
limau nipis 


Cara-Cara Memasak
Mula² tumis bahan yang telah dimayang hingga kuning.. kemudian masukkan sebahagian dari rempah kari yg telah dicampur dengan bahan kisar... masak hingga garing. Masukkan cili boh dan goreng hingga pecah minyak.

Masukkan air asam jawa dan bunga kantan.. kacau 2 min dan masukkan ayam yang telah diperap dengan separuh bahan kisar tadi. masukkan sedikit air dan sedikit santan cair... masak hingga ayam separuh masak

Bila ayam sudah separuh masak.. masukkan bahan isi (kecuali kacang panjang) dan santan. letak bahan perasa secukupnya. masak dalam 5-10 min dan masukkan kacang panjang. terus matikan api.. kuah yang panas tadi akan memasakkan kacang panjang. jadi ia tidak terlalu masak dan lembik .

Cadangan Hidangan
semua bahan tadi boleh dihidangkan mengikut citarasa.

Tambahan
kalau inginkan lebih pedas boleh dibuat sambal kering.. caranya masak cili boh hingga garing dan letakkan sedikit asam keping dan bahan perasa (Kiub Ikan Bilis)..

Pssssttt : nak gitau nih... Mak Mertua teman punya kari lagi meletop wehhh.. dengan rasa rendah diri teman mengaku yang Mee Kari Nyonya teman ni tak boleh tandingi Mee Kari Mak Mertua tersayang.. Mabeles weh.. lain dari yang lain.. sodappp.. melekattt.. slurrrrppppp... 

DOA/NIAT KETIKA MENGAMBIL WUDUK

Bacaan Dan Doa Ketika Berwuduk | Berikut adalah bacaan Doa yang teman selalu amalkan ketika berwuduk.. (tapi kadang2 kalau nak cepat, terlupa jugak.. heeee..).. Alang2 dah ambil wuduk tu, apasalahnya rajinkan mulut baca niat2 ni.. lagi rasa bermakna yang amat sangat wuduk kita tu, percayalah.. Moga jadi perngkongsian buat semua.. 
 
 
Salam Jumaat buat rakan2 blogger dan pembaca blog ini, tadi masa jengjalan ke blog kawan2.. teman terjumpa entri yang ni di Blog http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/ .. Saja teman reshare sebab teman pun selalu amalkannya sejak rakan ofis teman ajar dulu..rakan ofis tu namanya Kak Has.. dialah selalu share dan mengajar teman macam2 berkaitan agama.. syukur.. kami saling kongsi macam2 info dan artikel berkaitan ilmu agama ni.. 

Nak pulak di Ofis ada seorang yang bijak agama.. Ustaz Tajuri.. kalau tak faham atau keliru, kami akan rujuk pada Ustaz Tajuri.. Tapi sekarang teman dah tak koje.. tak dapat le nak macam dulu.. dulu kalau ada kemusykilan je terus direct tanya Ustaz.. hee..

Oklah.. sebenarnya apa yang teman pelajari sama2 dengan Kak Has, doa semasa berwuduk tu adalah seperti gambar diatas ni tau.. tapi teman kongsikan jugak yang mudah diingat untuk korang yang baru tahu.. apakata sama-sama kita ramai2 amalkan yea.. Ini dia Doa/Niat Ketika kita Mengambil Wuduk.. 


Ketika mengambil Wuduk niatkanlah dalam hati..
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim dan janganlah Kau biar aku tergelincir Jatuh ke dalam Api Neraka.. 
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

14 Ogos 2014

Let's Celebrate! 4th Anniversary www.duniashida.com

Let's Celebrate! 4th Anniversary www.duniashida.com |

ehem2.. Shida kata tak perlu buat entri.. tapi teman rasa macam ada mood nak buat entri gak.. so, teman pun buatlah entri ni.. Semata2 nak ucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Blog kali ke-4 buat blog dengan doa semoga lebih berjaya, lebih murah rezeki, lebih ceria hidup shida dengan blog kesayangan shida ni.. heeee.. Sekali lagi, Happy Anniversary buat blog Dunia sebenar Shida

13 Ogos 2014

APA CITER NI?

MASUK AIR SECARA BERJEMAAH (DRIP) | Buat semua yang bertanya.. tunggu entri ni yea.. tengah kumpul kekuatan nak menaip pasal pengalaman masuk wad hari tu.. err.. kekuatan ke nak kumpul kerajinan? hu2.. taktau nape malas beno nak update pasal entri masuk wad tu.. tapi ada rakan2 yang bertanya dan nak tahu apa kisahnya masa raya ritu.. maka akan diusahakan jugak untuk kome yea.. Buat yang tertanya2 dan sudi pm tanya khabar teman ritu, nanti teman share strory nya yea.. sorry kalau panjang lebor citernya.. saja teman nak simpan dalam diari digital ni sebagai kenangan untuk tatapan bila2 teringat.. =)

Jangan Minum Air Sejuk !!

WORDLESS WEDNESDAY ... baca dan komen.. 

12 Ogos 2014

BLOGGER PILIHAN - UTUSAN MALAYSIA - 2 OGOS 2014


Pada 2 Ogos 2014 (Sabtu) teman dapat mesej ucapan tahniah dari my sister tentang blog masuk Utusan, dia kata terbaca kat wall hubby pasal ni.. Masa tu teman masih di wad.. (kena tahan sebab suspek apendik dan batu hempedu).. 

Masa adik cakap tu rasa terkejut gak lea sebab akhirnya keluar paper awal gak.. ingatkan bulan September or bulan2 seterusnya.. kita dah ready le bersabar menunggu berita happy tu.. rupa2nya lagi awal dari apa yang dijangka.. Alhamdulillah.. 

Tak lama pastu hubby pun sampai, dia bawa helaian/sisipan suratkhabar Utusan yang citer pasal blog Tengkubutang tu.. muka ada senyuummm.. (walaupun hari sebelum tu menangis sebab doktor cancel buat ultrasound) ..ini nantilah teman citer yea..

Actually sepatutnya wartawan Utusan email teman bagitau yang pada 26 Julai keluar paper citer pasal blog Tengkubutang ni, tapi bila adik teman check paper, takde plak.. dan teman pun tak fikir lain, maybe sebab Utusan nak selitkan citer pasal blog Tengkubutang ni selepas raya kot.. 

Sebab pada masa tu orang kan tengah sibuk2 nak beraya, rasanya elok up citer yang berkaitan dengan persiapan raya.. So, teman pun fikir camtu je lea kan.. maybe itu perkara yang sama difikirkan oleh team Utusan.. 

heeeee.. tak kisah le keluar lambat pun, asalkan tetap keluar..  Jangan tak jadi, segan pulak kena perli dengan mak dan abah nanti.. hi3..

Alkisahnya.. Pada 15 Julai 2014 yang lepas, teman mendapat panggilan telefon dari Wartawan dari Utusan Malaysia, iaitu Encik AZRIN yang ingin membuat temujanji untuk interview dan photoshoot.. 

Pada mulanya beliau mencadangkan nak buat photoshoot di Taman2 atau dimana2 tempat yang cantik... tapi teman pulak pada masa tu agak susah nak keluar jauh2 disebabkan ada komitmen dengan kedai teman yang kebetulan hari yang sama ramai pulak customer kata nak datang kedai.. 

So, teman pun beritahu apa yang sebenar, dengan nada memahami en. Azrin bagi cadangan untuk buat photoshoot di kedai teman aje kerana itu lebih baik kerana kalau boleh nak jugak cerita2 lain tentang Blogger, bukan hanya sekadar cerita berkenaan blog aje.. 

Alhamdulillah.. en. Azrin begitu memahami.. akhirnya pada 15 Julai 2014 (cuti Nuzul Quran masa tu) photoshoot pun berlansung.. dan hasilnya... pada 2/8/2014 terkeluarlah story nya di Sisipan Citra Orang Muda, ruangan Blogger Pilihan... Alhamdulillah.. syukur.. 

Kalau dalam gambo tu memang tak berapa terang untuk dibaca kan? so, ni teman copy dan paste sekali apa yang en . Azrin forward kan sebelum confirm nak keluar paper Utusan.. sudi2 lah membaca yea.. 

Mula menulis beberapa bulan selepas berhijrah ke ibu kota pada tahun 2012, Noorazlina Mohd Shafi mengisi masa lapangnya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Katanya, rasa bosan yang mencengkam jiwa membuatkannya mencari sesuatu aktiviti untuk dijadikan sebagai hobi.

Ruang blog yang digunakan untuk mencatatkan kenangan pahit manis hidupnya ini bermula selepas mendapat nasihat daripada teman rapatnya yang juga aktif sebagai blogger, Noorazlina mula menulis dengan menggunakan nama pena Tengkubutang. Nama berkenaan datangnya daripada kucing peliharaannya yang bernama Butang dengan menggunakan tagline Sharing My Ceritera.

Wanita awal 30-an yang dibesarkan di Ipoh, Perak ini mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Coronation Park, Ipoh sebelum meneruskan pelajarannya di Sekolah Menengah Kg. Dato Ahmad Said (SMKDAS). Kemudian dia berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ipoh sehingga tamat tingkatan lima.

Selepas beberapa ketika bekerja sambilan, anak ketiga daripada lima beradik ini berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Perdagangan Mara dalam bidang Kesetiausahaan Syarikat. Kemudian, Noorazlina bekerja di sebuah Koperasi Tentera sebagai Pembantu Tadbir Perkeranian selama 12 tahun sebelum meletak jawatan dan berkahwin.

Kini, dia banyak meluangkan masa untuk menulis dan membantu perniagaan suaminya yang terlibat dengan perniagaan aksesori motosikal berkuasa tinggi di ibu negara. Bagi anda di luar sana yang mahu melihat kelainan dan keunikan gaya penulisan wanita ini boleh singgah ke http://tengkubutang.blogspot.com. - AZRIN/AZLAN HADI ABU BAKAR

==============================================================================================
H: Apakah fokus blog saya?
Buat ketika ini blog saya masih lagi fokus untuk berkongsi cerita tentang kenangan pahit atau manis untuk dijadikan tatapan rakan pembaca . Ia juga menjadi tempat untuk saya berkongsi resepi, petua dan pendapat serta tips kecantikan yang menjadi topik perbualan golongan wanita mahupun lelaki. Di samping itu juga, saya jadikan blog sebagai diari digital saya apabila turut menjadi tempat saya meluah dan mengabadikan peristiwa dan sejarah penting yang berlaku dalam hidup saya supaya dapat dijadikan inspirasi kepada rakan-rakan, ahli keluarga mahupun anak-anak saya pada suatu hari nanti.

==============================================================================================

H: Siapakah pendorong utama saya?
Suami dan rakan-rakan yang punya minat sama dalam penulisan tidak putus-putus memberi galakan dan dorongan untuk saya kembangkan lagi blog yang sedia ada. Pelbagai idea dan tunjuk ajar diberikan untuk saya perbaiki mutu penulisan agar dapat menarik pembaca terus singgah. Alhamdulillah, setakat ini saya berpuas hati dengan jumlah pengunjung yang mengikuti laman blog saya.

==============================================================================================

H: Mengapa orang perlu singgah ke blog saya?
Kerana hanya blog saya sahaja yang menggunakan ganti nama 'teman' iaitu kata ganti nama bagi orang Perak yang bermaksud saya'. Tujuannya adalah untuk memberitahu kepada masyarakat tentang keunikan negeri Perak dan asal-usul saya yang sememangnya dari Perak. Selain itu, cara penulisan saya juga tidak terlalu formal kerana bagi saya, pembaca lebih gemar atau cenderung memilih sesuatu bahan bacaan yang agak santai.

==============================================================================================

H: Apa yang saya lakukan selain menulis?
Jika tidak menulis, saya akan beri tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan yang ada bersama suami saya. Suami saya sudah lama berniaga tetapi baru beberapa bulan sebelum ini kami berjaya membuka sebuah kedai aksesori yang dikenali sebagai Full Throttle Motorcycle Accessories. Perniagaan itu juga saya akan masukkan ke dalam blog saya. Kini saya akan mempunyai cabaran baharu iaitu memperbanayakkan lagi penulisan yang menjurus ke arah permotoran.

==============================================================================================

H: Rahsia tentang diri saya?
Saya seorang yang pemalu, tetapi adakalanya saya seorang yang peramah. Saya juga bukan seorang yang penyabar, jadi kebanyakan kenalan saya berjaga-jaga ketika bersma-sama dengan saya. Selain itu, saya juga minat melukis sejak kecil dan sehingga kini saya masih lagi melukis sekiranya ada kelapangan. Satu lagi hobi saya iaitu saya mempunyai tiga ekor kucing perliharaan. Memelihara mereka juga menjadi salah satu rutin harian saya dan para pembaca boleh mengikuti perkembangan mereka di blog kedua saya iaitu http://kucenkucenbelog.blogspot.com.


= Ucapan Terima Kasih & Penghargaan =

Sekalung penghargaan dan Ucapan terima kasih buat wartawan Utusan yang sangat sporting dan memahami iaitu Encik Azrin dan tak lupa juga buat fotografer iaitu En. Azlan.. kerana sudi melayan karenah teman yang macam2 ni.. heee.. sorry kalau tak pandai possing ye.. =P .. 

Apa2 pun, terima kasih sekali lagi kerana sudi pilih blog Tengkubutang untuk diletakkan dalam sisipan Blogger Pilihan untuk kali ini.. tQ So Much! Sangat2 terharu.. Ucapan Selamat Hari Raya buat En. Azrin dan En Azlan serta semua team Utusan.. daripada Tengkubutang dan Full Throttle Motorcycle Accessories
tQ pada yang tag teman gambo ni... baru terperasan ada Caption salah dekat gambo tu.. sebenarnya kedai kami Full Throttle Accessoriesbukan di Ipoh, Perak... tapi sebenarnya di Kuala Lumpur.. heee.. patutle ramai yang tanya kami buka cawangan di Ipoh ke? hu3.. Aamiiinn kalau benarrr.. =)

11 Ogos 2014

Kad Raya dari Blogger2 hebat.. tQ semua.. i lap U!

Okeh.. 1st sekali teman nak ucap terima kasih kat Zaza yang ku sayang... heeee.. Opsss.. takleh sebut sayang lebih2.. kang ada orang marah.. kekekekeke.. Opsss.. sape yang nak marah yea?? ada leeee.. kih3.. apa2 pun nak ucap tQ buat Zaza sebab sudi kirim kad raya kat teman, teman je belum buat kad raya sendiri lagi.. tapi tengoklah.. ada rezeki nanti teman buat dan post pada Zaza ye.. heee.. buat kengkawan semua yang belum mengenali zaza.. jom le kenal2 dengan zaza ni, dia ada buat bisnes printing.. nak tempah bisnes kad murad pun bole dan ada macam2 lagi.. pm je Zaza di facebook Zaza (klik) atau cuci mata ke blog zaza di http://www.zazazehra.com/
haaa.. yang ni dari Blogger cute, cumey, macam model.. Ainaa Roseberry (FB Ainaa Roseberry), hehehe.. hari tu Ainaa open table, terus laju je teman request kad raya ni.. sib baik sempat.. teman antara orang terakhir dapat kad raya ni.. kalau tak melepasss.. heee.. tQ Ainaa... tahun depan nak lagi tauu.. masuk list siap2 tau! krik.. krik.. krikk.. hi3.. jom singgah blog Ainaa di..klik sini yea.. kalau rajin follow sekali yea.. http://www.ladyainaa.com/
Yang ni lak.. Kad Raya dari Blogger cantik.. Lisa (FB Mawar Biru) yang juga meminati kucen.. tu tengok tu cumey kan kucen oren tu.. heee.. orang yang dukung kucen tu pun omey kan! putih macam awek cina.. TQ Lisa sebab sudi kirim Kad Raya ni kat teman.. suka sangat2.. heee.. tahun depan mau lagi tauu.. krik.. krik.. krikk.. heeee.. ok lah.. sape2 yang nak mengenali lebih dekat Lisa ni, meh singgah blog beliau di : http://therylisanurulain.blogspot.com/

Masa mula2 dapat kad Raya ni, memang suka sangatt sebab ada bookmark, ada kad raya.. rasa macam dah jadi hobi lak nak kumpul semuanya dari blogger2 lain.. tQ kak Kathy.. teman suka dengan semua yang kak Kathy bagi ni.. tQ.. tQ.. buat kawan2 semua.. jom le kita singgah blog kak Kathy R'bain ni, tak kenal maka tak cinta.. teman banyak dengar yang best2 je pasal kak Kathy ni, tapi belum berkesempatan nak kenal lebih rapat.. almaklumlah.. dunia blogger ni beso.. ramai giler yang jadi Blogger.. heee.. apa2 pun.. kak Kathy R'bain is the best.. merasa gak teman dapat kad raya dari akak kathy.. hee. thanx again.. =) jom singgah blog kak Kathy jomm.. 

heee.. actually tengah tunggu Kad raya lagi seorang Blogger.. iaitu blogger Shida Radzuan.. heee.. hari tu shida dah post tapi taktau nape kadraya tu pi patah balik lak.. pelik pun ada.. hu2.. tapi takpe.. nanti dha sampei leh le selit2 kan kat sini jadi kenangan.. walauapapun.. tQ buat semua rakan blogger diatsa.. rasa hepi dapat kad raya.. dah lama tak dapat kad raya camni.. skrg kan main digital ajo.. alam maya lea katakan.. heeee...

10 Ogos 2014

Senarai Cawangan Ramly Halal Mart, Ramly Kiosk dan Ramly Café


Hemm.. sekarang ni kecoh pasal orang boikot memboikot makanan/produk yang menyumbang dana kepada Israel.. kalau kita beli jugak bermakna kita support Israel.. maka dengan itu ramailah yang buat piket untuk memboikot terus produk2/makanan2 dari negara tersebut.. 

Namun dalam boikot memboikot ni, ada gak kelebihannya.. peniaga2 melayu mula bangkit untuk menghasilkan atau mewujudkan satu kiosk ala2 Mekdi gitu supaya kita yang dah terbiasa makan Mekdi tu boleh lah berubah angin kepada yang semestinya halal dan konpom tak menyumbang kepada negara luar, betul tak? 



heeee.. teman pun ada dengar2 gak, kengkawan yang banyak share kat FB pasal ni.. rata2 mengatakan Not Bad rasa dia.. setanding jugaklah dengan Mekdi tu.. heeeee.. So, bagi sesiapa yang baru tahu (macam teman gak pun, baru tahu semalam.. hi4) disini teman nak share kat mana korang leh jumpa kiosk2 ni.. heee.. mungkin dah lama ada, tapi masa tu kita terlampau melebih2 kan Mekdi tu, tu yang tak sedar yang produk orang kita pun apa kurangnya kan.. okeh.. silalah jenguk.. 

Berikut senarai cawangan Ramly Halal Mart, Ramly Kiosk dan Ramly Café utk rujukan kawan2

Cawangan kiosk Ramly Halal Mart : 

1) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
56-G, Tingkat Bawah, Jalan 42/26,
Taman Sri Rampai, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 603-4021 2896

2) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No 25G & 23G, Jalan Kampung Pandan,
Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: 603-9281 3231 Fax: 603-9281 0146

3) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No. 12, Jalan 29/10A,
Taman Perindustrian IKS Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-6184 2972
Fax: 603-6185 3526

4) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
Lot 35, Pesiaran Mewah,
Kawasan Penindustrian Bandar Tun Razak,
Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
Tel: 603-9172 6617 Fax: 603-9172 1222

5) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No. 132A, Wisma Akar, Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-2691 8952 Fax: 603-2691 42

6) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No 43 & 45 GF, Jalan Kasuarina 2/KS 07,
Bandar Botanik, 41200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-3325 1463

7) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No. 9 & 11G, Jalan Klang Sentral 10/KU5,
Taman Klang Sentral, Bukit Raja Meru,
41050 Klang, Selangor.
Tel: 03-3341 7554

8) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
No33 (Ground Floor), Jalan Medan Pusat 2D,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: 603-8925 2653 Fax: 603-8925 0289

Selain itu juga, terdapat kiosk yang terletak di LRT dan pusat beli-belah :
- LRT Dato’ Keramat
- LRT Kelana Jaya
- Foodcourt AEON Big Kota Damansara
- 56-G Jalan 42/26, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
- Halal Kiosk cawangan Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur
- Klang Sentral
- Akan Dibuka: Putrajaya (Presint 15 berhampiran Mydin Putrajaya – September 2014)


05 Ogos 2014

Penyakit tak Dapat Dikesan, namun syukur dah Discaj Keluar Wad

Penyakit tak Dapat Dikesan, namun syukur dah Discaj Keluar Wad |
Salam.. kawan2 dan rakan2 blogger yang banyak memberi kata2 semangat dan doa di facebook Tengkubutang Miaw.. terima kasih buat kalian semua..

AlHamdulillah.. hari ni (Selasa) dah discaj keluar wad.. dah ada kat umah mak abah kat ipoh pun sekarang,report melalui Ujian Darah, scan dari bahagian pakar sakit puan, dan Ujian Ultrasound semalam mengatakan keadaan organ2 dalam perut normal aje, pundi hempedu tak bengkak sebab tidak kelihatan batu karang dalam hempedu, buah pinggang ok, tiada ketumbuhan, cyst atau fibroid, darah pun ok tiada tanda2 apendik...

Masa last doctor check perut teman tadi, dia tekan2 tak sakit dah.. doktor sendiri tak pasti apa punca sakit teman.. samada Gastrik Tak Terkawal atau ada sakit2 lain yang tak dapat dikesan.. tp buat sementara ni disebabkan teman dah beransur pulih dan tak sakit macam masa mula2 masuk wad dulu.. doktor benarkan teman pulang... Alhamdulillah..

Namun begitu, pada 18.9.2014 teman ada appointment dengar doktor untuk check Gastric, masuk kamera kecil untuk check .. itu citer akan datang.. skrg syukur dah keluar hospital.. tak lalu dah dok lama2 kat wad tu.. macam2 yang tak pernah teman rasa, teman rasa di sana.. nantilah teman cerita.. sekarang ni syukur dapat berehat dirumah..

walaupun bila dah sampai umah macam rasa sakit2 tu ada lagi, doa2kan teman ok yea kawan2.. teman nak sihat cepat, nak balik kl cepat.. nak uruskan macam2 hal yang terbengkalai.. nak jumpa sibulus2 teman.. rindu kat depa.. hari2 tgk video oyen, butang n shiro

Note : Akan Offline selama beberapa hari ni untuk merehatkan diri.. tapi kawan2 jangan lupa singgah2 jugak blog teman ni yea.. memang teman tak update apa2 entri terbaru lagi setakat ni, nak tunggu badan sihat betul2 baru ada smgt nak menulis.. doakan teman yea.. moga segera sembuh dan tiada sakit2 tersembunyi' .. Aamiinn..

26 Julai 2014

KUETEOW KUNGFU MEMANG MENGENYANGKAN!

  Nak resepi? Klik Sini ----> RESEPI KUETEOW KUNGFU | HAAA.. yang ni menu berbuka minggu lepas gak.. hubby suruh buat lagi.. dia kata sedap.. hee.. nanti boleh buat lagi lepas raya sebab tak susah mana pun buatnya.. Alhamdulillah.. nak cari barang2nya pun senang ajo.. sekali-sekala berbuka camni pun ok kan.. tak le nasik aje kan.. nasik3.. gomok i nanti...
taruk sayur banyak2.. hehehehehe.. masa ni lah nak bagi encik suami makan sayurrr..  
hubby kata nak pekat2..  
ingatkan dah pekat, rupanya nak kena pekat lagi.. lahai hubby ku...

Nasi Minyak - Menu Berbuka Puasa Minggu Lepas

Hari tu dah buntu nak masak apa dah, selongkar peti sejuk jumpa plak satu tin minyak sapi.. ho2.. terus keluar idea nak masak nasi minyak.. memandangkan bahan-bahan semua dah ada.. baik masak je terus.. malas nak fikir lain dah.. lagipun dah ada resepi dari my BFF NurulHudaMajid..tQ

heee.. sebelum tu teman tanya gak kat kawan2 FB apa yang sesuai dimakan dengan Nasi Minyak.. macam2 idea diorang kasi.. Antaranya Ayam Masak Merah, Papedem, Kuah Dalca Kacang, Acar buah, Pajeri, Acar timun/nenas.. haaa.. macam2 lah.. 

tQ lea kat korang semua sebab sudi bagi idea kat teman yang buntu ni.. heee.. Akhirnya pada hari tu teman pun masakkan ini.. heee.. takleh masak banyak jenis, hubby tak suka makan lauk banyak sangat campur2.. so.. inilah dia menu berbuka kami hari tu.. Alhamdulillah.. rezeki dar Allah..
 

Ni teman tak pernah buat.. mintak resepi kat kawan2 FB hari tu..
senang je rupanya.. heee.. tQ yea mengkome yang baik hati..  
Kari Kambing..  sedapp 
tu.. ada papedem lagi tu.. ingat nak buat ayam masak merah sekali, tapi hubby kata itu pun dah cukup.. kang buat banyak lauk sape nak makan.. hu3.. kami berdua je pun.. 

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers