Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

21 Ogos 2014

iPhone 5s Gadget Impian Setiap Blogger

iPhone 5s Gadget Impian Setiap Blogger |

Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB untuk tiga pemenang
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan kategori di entri yang lain.

Heeeee.. masa terbaca entri pasal contest ni kat blog Tuan Denaihati, terbeliak mata nengok henfon tu.. heee.. rasa hati berbunga-bunga sangat nak join dan mencuba nasib, namun perasaan risau tu terbit pulak tiba-tiba.. hu3.. 

Risau sebab teman tak pernah pun pegang iPhone 5s, tengok secara "live" pun tak pernah, guna iPhone 5s ?? lagilah jauh panggang dari api.. kekekeke.. So, camne nak goreng-goreng (bercerita) pasal benda yang kita tak pernah lihat/pegang/guna ye takk? he3

Cuma apa yang teman tahu pasal iPhone 5s ni ialah... ia mahal dan nampak eksklusif, tapi memanglah sangat2 berbaloi kalau iPhone 5s tu ada dalam genggaman kita kann...dan semestinya sesiapa yang belum memilikinya sangat-sangat teruja untuk mendapatkannya.. Kepada yang telah memiliki iPhone 5s pula, apa lagi.. speechless terus lah.., punya senyum sampai ke telinga kerana suka sangat-sangat dengan bermacam-macam kelebihan dan aplikasi yang terdapat pada  iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger tuu.. hehehehe

Haaa.. Sebelum mula bercerita tentang iPhone 5s ni, meh teman tepek kan jugak barisan ayat yang terdapat di entri Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger . 
"Cabaran iPhone 5s kali ini terbuka kepada semua Rakan Blogger Nusantara yang telah menjadi pembaca setia kepada blog Denaihati...(hu2.. selalu gak singgah jadi silent rider kat situ.. heee..) 
Tiga unit iPhone 5s akan menjadi milik tiga blogger yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian memilikinya.(Hu3.. teman harap teman dah beri kesungguhan yang betul-betul, sangat-sangat, dan terlalu-lalu hebat untuk mendapatkan iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ini ... Moga Allah murahkan rezeki teman.. Aaamiinn...
Ucapan jutaan terima kasih kepada 22 rakan blogger yang sudi menaja hadiah yang istimewa ini.(terima kasih buat penaja-penaja yang baik hati sudi taja hadiah untuk kami yea) Senarai Penaja teman ada letak sekali, sila scroll ke bawah yea.. heeee..)
Cabaran iPhone 5s akan melalui beberapa peringkat tugasan yang akan diumumkan apabila setiap tugas selesai. Kelihatan agak susah untuk memiliki iPhone 5s tetapi tidak kepada yang mempunyai kesungguhan ." (hu3.. nampak macam banyak step je nak dapatkan iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ni, ada peringkat2 tugasan rupanya.. errr.. ni mesti ada main SEO gak kot.. alamakk.. yang tu surrender la teman.. hu3.. Takpe2.. janji teman dah usaha.. Biasalah.. untuk mendapatkan sesuatu tanpa mengeluarkan modal, perlulah berusaha dan bersemangat waja.. cewahhh.. ) Saja mencuba, untung sabut timbul, untung batu.. tenggelamlah ia.. aishhh.. takmau tenggelam.. timbul lah yea.. Apa-apa pun.. jangan mengalah selagi belum berusaha.. 

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Well.. teman nak citer lebih-lebih pasal iPhone 5s pun tak reti macam mana, sebab tak ada rakan-rakan terdekat atau adik-beradik mahupun saudara-mara yang menggunakan iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ni, so tak tahu nak rujuk pada siapa.. heee.. 

Opssss.. tak ada yang membeli bukan bermaksud kerana kualiti atau prestasi  iphone 5S tu kurang elok ke apa, tapi dek kerana harganya yang boleh membuat kita diserang sakit jantung, maka tidak semua orang mampu memilikinya.. heeee.. boleh tahan mahal juga harganya yea.. jangan ingat murah yea kawan-kawan.. 

Tapi itulah, orang kata "we get what we pay for".. berbaloi dan seimbanglah dengan apa yang kita bayar, ye tak? Nak biasa-biasa, bila-bila pun boleh dapatkan.. tapi kalau nak yang terbaik, kenalah berkorban duit lebih sikit... janji puas hati.. betul tak? hihihihi.. 

Ok lah.. memandangkan teman pun tak tahu nak mula dari mana entri pasal iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ni, maka teman terpaksa le menggodek2 Youtube kot ada review2 pasal  iPhone 5s ni.. dan syukur Alhamdulillah, akhirnya terserempaklah teman dengan satu video yang mengongsikan Full Review tentang iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ni... So, teman akan buat entri ini berpandukan apa yang teman lihat di video tersebut.. boleh yea Tuan Denaihati? heeee.. (senyum sambil buat muka malu2 kucen)

Perghhhh.. Secara jujur lah teman nak gitau yea.. Selama ni teman hanya dengar-dengar je orang sana sini bercerita tentang iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger  ni,  ramai yang mengidam telefon pintar ni, ramai yang memuji kelebihan iPhone 5s ni, Tak kurang juga yang sanggup ikat perut kumpul duit semata-mata nak mendapatkan iPhone 5s Gajet Impian semua orang ni.. Semestinya ia produk yang sangat-sangat bagus sehinggakan ramai yang menyimpan impian untuk memilikinya.. 
Balutan Kotak Yang Cantik Dan Kemas..
Didatangkan dengan kotak yang sangat2 WOW! & Smart! (pada mata teman la yea, kalau mata korang tak tahulah yea.. mungkin nampak biasa aje kot, tapi bagi teman.. that is cool la beb!) heee.. mahunya teman letak je iPhone 5s tu dalam box tu dan bawak je kemana-mana sekali dengan box-box tu.. (ehehehe.. takde maknanya nak menyusahkan diri buat camtu..) but seriussss, teman suka box tu..  

Perkakasan, ciri-ciri komputer dan paparan 

Apple tidak seperti Samsung atau lain-lain pengeluar Android dalam erti kata bahawa mereka tidak memberi penekanan kepada ciri-ciri komputer dalaman seperti yang lain. Apapun, pengguna jarang mengadu tentang prestasi iPhone. 5S yang tidak terkecuali, kerana ia menyediakan pengalaman yang cepat dan lancar, dengan responsif serta-merta kepada setiap sentuhan. 


Mereka juga memperkenalkan M7 'gerakan bersama pemproses', yang bekerja bersama pemproses A7. Ia mengukur kompas, pecutan dan giroskop. Langkah Nike menggunakan A7, M7 dan GPS untuk fungsi tambahan. Ia juga menggunakan Nike Fuel Mata dan mempunyai integrasi lebih ketat ke dalam Game Center. Itu menambah pecutan GPU membantu dalam mempercepatkan iOS grafik intensif 7. Walaupun iPhone 5 cenderung tersekat di kawasan-kawasan tertentu seperti menarik ke bawah bar perhatian, kelembapan adalah tidak wujud pada iPhone 5s.
Reka bentuk dan Touch Sensor ID 

Reka bentuk 5S iPhone adalah sama dengan iPhone 5 , dengan aluminium penamat uni-badan gred tinggi, tepi chamfered dan 7.6mm bingkai nipis. Telefon bimbit yang datang dalam warna terhad, hitam, emas dan perak. Hehe.. kalau teman, teman sukakan yang Emas tu tapi model emas terhad dan semestinya warna emas lah yang paling laris terjual dikedai-kedai.. tak merasalah kalau lambat sangat membeli yea.. mehehehe.. 

Butang kuasa terletak di bahagian atas peranti, dengan Lubang untu cas bateri di bahagian bawah. Mod bergetar dan ruang kad sim terletak di sisi peranti. Kat bahagian belakang peranti ini ada Logo Apple dan iPhone, atas dan bawah kaca (yang bertindak sebagai antena) dan kamera 8 megapiksel dengan dual LED flash. 

Haaa.. lagi satu yang teman tertarik pada iPhone 5s ni, dimana Apple telah menambah tambahan baru yang unik untuk reka bentuk dengan apa yang mereka panggil 'Touch sensor ID. Ia pada asasnya pengimbas cap jari / pembaca yang menggantikan butang rumah/HOME. 

Ciri-ciri baru ini menambah lapisan tambahan keselamatan, dengan resolusi 500 ppi yang 170 mikron nipis untuk memastikan jari kita diimbas dengan betul. 

Cincin sekeliling butang HOME adalah cincin pengesanan, yang mengaktifkan sensor ID Touch. Kawasan di mana ciri ini amat berguna apabila kotak kata laluan menjengkelkan muncul apabila cuba untuk memuat turun aplikasi dari App Store. 

Dengan sensor ID Touch, kita tidak lagi perlu sentiasa input semula kata laluan. leceh kann.. Sebaliknya kita hanya meletakkan jari pada butang HOME. Sensor ID Touch mi tidak terdapat pada model sebelumnya iPhone. Jika bimbang tentang kerosakan yang berpotensi, teman ada terbaca gak yang butang HOME tu dibuat daripada nilam, jadi tidak perlu bimbang tentang calar..

Kalau teman memiliki iPhone 5s ni, pastinya teman akan menggunakan Touch Sensor ID jugak setiap kali membuka kunci peranti... heee.. buat apa nak susah2 kalau ada yang mudah .. betui tak?
Paparan dan Kamera 
Selepas beberapa ketika, kita akan menjadi biasa dengan meletakkan jari kita pada butang tanpa menekan ke bawah. Ia akan menjadi satu kuasa tabiat, dan satu yang agak mudah. Dan lagi, Data cap jari tidak disimpan dalam mana-mana pangkalan data atau pelayan. Sebaliknya, maklumat yang digunakan semata-mata kepada telefon bimbit peribadi kita sendiri.
Walaupun tidak ada peningkatan pada sisi kamera iaitu 8 megapixel, tetapi dengan adanya ciri-ciri kamera "iSight" dengan peningkatan sensor sebanyak 15 peratus berbanding terdahulunya membuat kualiti gambar yang dihasilkan menjadi semakin cerah. Selain itu kamera juga dilengkapi dua lampu flash yang dapat menyesuaikan dengan keadaan cahaya ketika sedang menfoto. 
Apple masih tetap pada formula 'retina' mereka. iPhone 5s menyediakan viewing cerah dalam persekitaran yang terang kerana LUX Kedudukan yang tinggi, yang mengukur bagaimana paparan yang tidak dalam cahaya matahari langsung. So, setiap gambar yang diambil cantik2 belaka okeh!
Kualiti kamera adalah sempurna di mana 5S benar-benar bersinar. Kamera 8 megapiksel kini mempunyai lima elemen kanta Apple direka dengan aperture F2.2. Kamera mengambil gambar dengan kawasan aktif 15% lebih besar, dengan kepadatan pixel 1.5 mikron. Kalau gi travel tak perlu bawak kamera beso gedabak dah, guna kamera iPhone 5s pun dah dapat hasil yang cantik!
Oleh kerana kanta yang lebih besar, imej cahaya rendah telah bertambah baik, iOS 7 direka untuk mengambil kesempatan daripada sensor yang baru. Bukaan Mod baru cepat, sangat cepat. Kita dapat mengambil 60 gambar dalam masa beberapa saat. Imej-imej yang dibundel dalam galeri, yang boleh disunting, dipotong dan dikongsi. Bagus kann..
Full HD 1080p kualiti video adalah beberapa yang terbaik yang kita lihat pada telefon pintar. Semasa merakam, kita boleh mengezoom masuk dan keluar dan mengambil gambar dengan hanya guna jari je.. touch aje screen tu samada nak zoom in ke zoom out.. apa tu, Gesture yea namanya? terbaek!!
Terdapat juga ciri-ciri gerakan lambat atau Slowmotion yang boleh merakam sehingga 120FPS , Ha2.. yang ni teman suka.. sukaa sangat2.. kalaulah dapat iPhone 5s ni...
Ciri gerak perlahan yang menarik. Pada mulanya, video akan kelihatan normal, tetapi selepas beberapa saat, semuanya masuk ke dalam gerakan super perlahan. Ia adalah satu ciri yang bagus dan pasti berguna untuk individu tertentu. Ia juga punya spesifikasi video HD 720p pada 120FPS.
Bagi teman, penambahbaikan kamera sahaja sudah cukup untuk menaik taraf dari iPhone 5 kepada 5s. Tetapi bagi pengguna biasa yang berpuas hati dengan kualiti 5 iPhone, kamera pada 5s tidak meterai perjanjian itu. 
Perisian dan Sambungan 
IPhone 5S didatangkan dengan iOS 7, dan dalam beberapa kes, telah dikemaskini kepada 7.0.1. Pemilik 5S iPhone kini boleh menerima Pages, Nombor, keynotes, iMovie dan iPhoto secara percuma. Best kan!

Satu lagi yang teman rasa best tentang iPhone 5s ni, ialah.. teman sukakan Siri tuuu... heee.. apa itu Siri? Haa.. Siri tu maksudnya Speech-recognition / ‘personal assistant’, Macam PA kita la kengkononnya.. heeee.. kita bagi arahan, Siri akan buat ikut arahan kita.. Tapi Pastikan Arahan kita tu tepat, lengkap dan terperinci masa menyebut tu yea.. 

Pada dasarnya Siri bukanlah sebuah aplikasi atau sesuatu yang boleh kita download melalui App Store. So, kalau nak telefon pintar yang ada Siri ni, belilah iPhone 5s yea.. hehehehe..

Cara Set Up Siri
Kena setup untuk membuat Siri faham nama kita dan juga bahasa yang kita pakai. Cara-caranya.. Buka Settings > General > Siri. Buka ‘My Info’ untuk memilih nama kita dari Contacts list. Selanjutnya pilih bahasa: U.S. English, U.K. English Australian English, French dan German.  

Penggunaan Siri adalah lebih cepat dan lebih responsif, Terdapat dalam dua suara, lelaki dan perempuan.. kita boleh pilih nak yang mana.. teman suka suara pompuan jugak.. heee.. Operator kan selalunya pompuan.. kikiki.. apa kaitannya yea.. 

Mengakses Siri untuk mendapatkan jawapan segera memang terbukti. Tanya jelah apa-apa.. nak tau keadaan cuaca, Nak tau minta no. telefon kawan? Nak suruh cancel apapointment ke apa.. semua akan diuruskan oleh Siri dengan serta merta.. Siri juga mempunyai keupayaan untuk menghidupkan dan mematikan Bluetooth dan WiFi. Kita juga boleh meminta Siri untuk meningkatkan dan mengurangkan kecerahan, menetapkan peringatan, aplikasi terbuka, menghantar teks, set kalendar dan banyak lagi. Sistem ini kini menggunakan Bing daripada Google, tanpa pilihan untuk menukar kembali. 

Tempoh Mengecas Bateri Sangat Cepat!
Mengecas kali untuk iPhone 5S adalah sungguh cepat. Pengguna akan menerima 10% dalam masa beberapa minit semasa mengecas dengan kabel kilat asalnya. Hayat bateri telah meningkat antara 5 dan iPhone 5S dan ketara dengan penggunaan berat. 

Kekurangan iPhone 5S 
Opss.. biasalah.. benda ciptaan manusia kan, secanggih mana pun pasti ada kekurangan jugak.. Tapi untuk iPhone 5s ni, tak lea banyak sangat kekurangannya.. Cuma sikit aje, antaranya ialah Skrin yang masih berukuran 4 inci, padahal kita tahu jenama telefon pintar lain pesaing dari iPhone 5S seakan sedang berlumba-lumba dengan bentang skrin yang besar (teman suka skrin beso.. he2)..

Kapasiti bateri hanya 1560 mAh. Tentunya melihat pemproses 64 bit yang dimiliki telefon pintar ini dengan penggunaan bateri lebih besar, akan membuat daya bateri iPhone 5S akan cepat berkurangan. So, kekurangannya tak le begitu ketara kan? Tepuk Dada Tanya Selera lah yea..

haaa.. amacam? rasa teruja kan baca pasal iPhone 5s ni? Sudah semestinyalah semua berebut-rebut nak dapatkannya, betui tak? Tapi jangan terlalu Obses sangat sampai terbeli yang Clone lak yea.. apa-apa pun, meh teman kongsika jugak beza iPhone Ori dengan Clone, supaya korang tak tertipu atau terbeli.. heeee

BEZA IPHONE ORI & CLONE.. MESTI BACA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Software ori pakai sistem IOS dan ID untuk setiap fon. Tapi Clone nye pakai Android, tak perlu ID.
2. Display (Interface) dia sama macam original. Susunan icon dan menu tu sama dengan original. Gesture dia pon sama dengan original. Kalau Slide dari bawah, keluar shorcut untuk music. Kalau Slide dari atas, kluar notification.
3. Bila tekan dekat Appstore, dia akan masuk Playstore untuk Clone. Jadi x perlu nak bayar apa2 untuk download. Just download apps macam samsung jgk.
4. Fingerprint ada untuk clone ni. Apple function yang lain tak boleh support. If ada mesti harga melambung.
5. Bateri dia dah duduk dalam, Jadi tak boleh cabut. Batery kena tukar yang clone je kalau dah kong. Jimat
6. Casing boleh pakai yang original dekat clone ni. 
7. Bluetooth boleh dengan handphone biasa sebab dia pakai android bukan IOS.
8. Memori Internal dia sekarang dah 8GB, 16gb, 32gb. Model paling Latest untuk sesape yang tak tahu. IPhone x leh masok memorikad sbb memori dia dah duk dalam. 

Apa-apa pun, jom tengok Review tentang iPhone 5s ni, pasti korang rasa gerammmm.. heee..
SEBAB APA TEMAN INGIN MEMENANGI 
HADIAH iPhone 5s ini????

    1.) henfon yang ada tak canggih mana (tapi syukur ada henfon)
    2.) tak boleh layari internet,tak boleh whats app, Wechat pun tak pernah guna.. kesian kan..? he2
    3.) ada duit nak beli tapi kena dulukan untuk kegunaan bisnes dulu.. dulukan yang lebih utama..
    4.) berasa teruja tengok review iphone 5s dekat Youtube.. meleleh air liur kot.. hi3
    5.) perlu untuk senangkan kerja2 mengupdate blog, online fb dan amat membantu dalam mengembangkan bisnes yang ada, senang nak share iklan.. lebih fleksible masa kita bila ada iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
    6.) sekadar mencuba nasib..
    7.) sukakan ciri-ciri yang ada pada iphone 5S
    8.) Berasa teruja dengan sensor pengimbas cap jari untuk membuka kunci lockscreen yang mampu mengimbas Cop jari penggunanya dari pelbagai arah. canggih tu.. sape taknak kann...

    Link Entri Contest : 

    Hadiah Cabaran iPhone 5s
    Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB untuk tiga pemenang
    Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan kategori di entri yang lain.

    Senarai Sponsor (yang sebelum ni)

    Bila terpandang Penaja yang ke  6 diatas, sayu rasa hati.. terbayang wajah Syue / Syuhada Baharudin iaitu pemilik Blog http://syuhadabaharudin.com/, perkenalan singkat di Facebook dan Blog takkan dilupakan sampai bila-bila.. kerana sikap arwah Syue yang tidak sombong dan ramah dengan semua orang disekelilingnya.. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Syuhada Baharudin yang telah kembali ke Rahmatullah pada 18 Jun 2014. Al-Fatihah......

    Bagi Yang Berminat Menyertai Contest ini, Sila Baca Betul-Betul Arahan Dibawah.. Tugasan Pertama Cabaran iPhone 5s


    UPDATE!!!!

    Senarai Sponsor TERKINI ...

    Sponsor Utama


    Sponsor Individu
    1. Menulis satu entri sebagai tiket untuk ikut serta contest dengan tajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger”
    2. Pengisian entri adalah bebas tetapi mesti kreatif dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
    3. Satu backlinks kepada blog Denaihati.
    4. Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
    5. Senaraikan semua blog penaja dengan backlinks. Dapatkan senarai penaja di SINI.
    6. Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014.
    7. Peserta diwajibkan meletakan satu banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
    8. Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.
    Gambar dan Video
    Extract from Google, Blog Denaihati.com, Youtube

    18 Ogos 2014

    Khasiat Buah Peria dan Kebaikannya

    Kelebihan dan Khasiat Buah Peria |
    Sejak masuk wad hari tu, teman semakin takut nak makan sembarangan, almaklumlah.. serik kot dok hospital 6 hari.. buntu fikiran, macam dalam penjara je rasa.. Sekarang ni kalau makan memang teman on time.. takmau dah tangguh2.. tak rasa lapo pun teman gigih gak turun beli makanan, pastu bila dah cium bau barulah terbit selera.. time tu makan laju giler.. lahap betui..he3..
    Pastu macam selalu, disebabkan dah kenal sangat muka teman ni kat Restoran tu, akak yang tukang masak tu selalu gak tegur2 hai2 bye2 dengan teman.. Teman pun tanyalah makanan apa yang tak berangin.. pastu teman tanya Peria tu ok tak? then kakak tu cakap, "peria okkkkk... memang pahit, tapi pahit tu la elok.. orang pompuan elok makan pahit2 ni.. elok untuk kesihatan.. takde angin lah makan peria tu.. lagi elok tau.." Haaa.. lepas makan tu, teman laju lah menggoogle khasiat Peria tu... heeee.. Jom baca sama2 jomm.. 
    Umum mengetahui bahawa peria atau nama saintifiknya Momordica charantia adalah sejenis sayuran yang pahit rasanya. Terdapat 2 jenis peria yang biasanya berada di pasar-pasar di Malaysia iaitu peria biasa yang panjang dengan warna hijau muda dan juga “peria katak” iaitu yang lebih kecil saiznya dan berwarna hijau tua. Pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika (panas dan khatulistiwa) seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.
    Pokok peria biasanya tumbuh menjalar seperi pokok mentimun. Yang membezakan antara keduanya ialah daunnya dimana daun peria agak kecil berbanding daun timun. Peria mempunyai banyak khasiat untuk tubuh kita. Setiap 100gm peria mengandungi 92.4 peratus lembab, karbohidrat 4.2 peratus, protein 1.6 peratus, mineral 0.8 peratus, fiber 0.8 peratus dan lemak 0.2 peratus.
    Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden. Walaupun berasa pahit dan ramai yang kurang menyukai sayur itu, ternyata ia mempunyai banyak kebaikan. Antara pelbagai khasiat yang terdapat dalam sayur itu ialah mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.  

    Khasiat peria yang dikenali juga sebagai kambas sudah diketahui sejak zaman dahulu lagi. Ketika itu, peria digunakan untuk merawat beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buasir.

    Kebaikan Peria 

    • Air rebusan peria boleh digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh. Bagi yang mengalami buasir, disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu atau minuman setiap pagi.  
    • Pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.
    • Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak.  
    • Pakar perubatan China menggunakan air rebusan peria untuk merawat penyakit asthma dan haid yang terlewat.
    • Peria juga dikatakan memberikan manfaat dalam penjagaan kecantikan terutama kulit. Peria dapat membantu menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.  
    • Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal. Yang perlu dilakukan, campur segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama empat hingga enam bulan.
    Khasiat makanan

    * Buahnya yang belum masak dijadikan sebagai sayur yang digoreng, dibuat sup, dikukus, direbus, masak kari dan sebagainya.

    * Buah, pucuk dan bunganya dijadikan sebagai perisa dalam masakan.

    * Buahnya boleh dijadikan sebagai jeruk, dikeringkan dan ditinkan.

    * Mengandungi khasiat makanan kerana mengandungi banyak mineral dan vitamin.

    * Isi yang meliputi biji peria boleh dibuat manisan.

    Khasiat ubat-ubatan

    * Semua bahagiannya boleh dijadikan sebagai jus sebagai ubat luaran untuk penyakit kulit, serta dimakan bagi mengubati penyakit artritis, demam panas, masalah hati, reumatisme, asma, membunuh cacing dalam perut dan urus serta masalah kaum wanita.

    * Sebahagian bahagian tumbuhan boleh membantu melawaskan buang air besar.

    * Buahnya dimakan atau direbus sebagai ubat harba antimikrob, antitumor, membunuh cacing dalam perut dan usus, cirit-birit, mengecutkan otot, minuman tonik, tonik perut, ubat kencing manis, merawat kulit terbakat, luka-luka, sampu dan sakit perut.

    * Buah yang dimasak sebagai lauk boleh mengubati batuk, bengkak sistem penafasan dan banyak kahak.

    * Jus buah hijaunya diminum bagi mengubati cirit-birit dan bengkak usus besar.

    Lebih menarik, kajian di luar negara mendapati masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.

    Biarpun setakat ini, belum ada kajian  sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit-penyakit tersebut, terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa tumbuhan pahit tersebut boleh membantu menghentikan dan ada kalanya membaikkan penyakit tersebut daripada merebak. Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia. 

    Klik Sini Untuk --> Resepi Peria Goreng Tepung Sedapp!!
    Lagi cerita pasal Peria Goreng Tepung!! -->Peria Goreng Tepung Guna Tepung Magik

    Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com


    Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

    Syarat-syaratnya :
    1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
    2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
    3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
    4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
    Senang dan mudah bukan?

    12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.

    tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

    Akademi Fantasia 2014 kini bermula!!


    Akademi Fantasia 2014 |
    KUALA LUMPUR: Program Akademi Fantasia (AF) musim terbaharu kembali dengan format asal seperti mana ia mula diterbitkan pada 2003.

    Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, biarpun menggunakan konsep asal namun pengisian program tersebut akan diperkenalkan dengan nafas yang lebih segar bersesuaian dengan peredaran zaman.

    "Sepanjang penerbitan AF pelbagai eksperimen dan pembaharuan juga telah pun diperkenalkan dari musim ke musim demi mengenal pasti format dan strategi paling efektif bagi menambah baik program ini.

    "Sehubungan dengan itu, kami membuatkan keputusan untuk menyuntik semula format asal yang terbukti berjaya meletakkan jenama AF di fenomena tersendiri," katanya.

    Raqim ditemui pada majlis penghargaan artis dibawah naungan Astro di Hotel Le Meridien dekat sini, Isnin.

    Dalam pada itu, Raqim berkata, keputusan itu juga dibuat berdasarkan penerbitan musim-musim terdahulu dan mendapati rakyat Malaysia sebati dengan elemen emosi, drama dan air mata yang cuma dapat dirasai menerusi AF.

    "Kami berharap format asal dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan AF yang menjadi aset serta testimoni utama," jelasnya.

    Sementara itu, Raqim berkata, pihak produksi telah mengadakan uji bakat di empat buah lokasi di seluruh Malaysia iaitu Johor pada 13 dan 14 Jun 2014, Pulau Pinang (14 dan 15), Sabah dan Selangor (21 dan 22 Jun) yang lalu.

    Pihak Astro juga turut mengadakan sesi uji bakat untuk laluan pantas secara dalam talian dengan peserta memuat naik video nyanyian secara kreatif AF Mobile atau www.akademifantasia.com.my bermula 26 Jun hingga 9 Jun 2014 yang lalu.

    Info TERKINI Konsert AF 2014 Untuk Peminat2 AF :-

    Konsert AF 2014
    Bermula 7 September 2014, setiap Ahad, 9 malam, saluran 104, 105 & 135
    Diari AF 2014
    Bermula 1 September 2014, Isnin hingga Jumaat, 9 malam, saluran 104, 105 & 135
    Kapsul AF 2014
    Isnin hingga Jumaat, 7.30 malam, saluran 104

    Pengacara Konsert Akademi Fantasia AF 2014
    Zizan Razak

    Pengacara Diari Akademi Fantasia AF 2014
    Jihan Muse

    Tenaga Pengajar Akademi Fantasia AF 2014
    Fatimah Abu Bakar
     
    Linda Jasmine
     
    Marlia Musa
    Siti Hajar 

    Website: 
    http://www.af.com.my   
    FanPage Akademi Fantasia 2014: 
    https://www.facebook.com/AkademiFantasia

    Program tv: Akademi Fantasia 2014
    Rancangan realiti yang memberi inspirasi, aspirasi serta hiburan daripada peserta di Akademi. Rancangan ini direka khusus untuk membentuk peserta menjadi bintang dalam persekitaran hiburan-akademik. Ia juga dirangka khas menyemai nilai-nilai murni serta memberikan inspirasi dengan memupuk sikap keterbukaan, kebanggaan, keazaman dan melangkaui diri sendiri. 

    15 Ogos 2014

    Resepi Mee Kari Nyonya

    Resepi Mee Kari Nyonya | Opss.. jappp... sebelum tu nak gitau... Gambo atas ni extract from Google ajo.. | Tapi macam ni le rupanya Mee Kari nya lebih kurang.. tapi kuah dia pekat lagi.. teman selalu masak Mee Kari ni kat ipoh, time raya je buat Mee Kari sebab ada permintaan suruh buatkan.. selain tu Bihun Sup pun selalu gak buat.. tengok pada permintaan la kan.. kalau kita buat, orang tak makan kang, rugilah kita kann.. 

    heee.. Mee Kari Nyonya ni yang special dia ada bau bunga kantan sikit.. tapi sedap la kan.. kalau tak masakan ada yang request tiap2 tahun kan? kredit pada tuan punya resepi.. teman tak ingat amik kat mana resepi ni, sebab dah lama giler.. ni pun saja letak sini sebab takut lupa.. dan adik pun ada tanya pasal resepi ni, alang2 update entri.. meh teman share kan resepi ni untuk kamu yea Linda.. heee.. 

    Ok lah.. sepanjang buat mee kari ni, teman ada jugak le beberapa kali terbuat salah, maksudnya.. kuah jadi terlebih berminyak sebab terletak minyak banyak, pastu tak buang kulit ayam.. so, lemak2 tu cair dan jadi minyak.. terus banyak giler minyak dalam kuah kari..

    So, sekarang dah tau le.. jangan masuk sekali kulit ayam tu.. buang kulit siap2.. lupa lak..potong kecik2 supaya senang tetamu nak makan.. pastu tulang jangan buang.. manis tuu.. heeee.. ok lah.. jom tengok resepi Mee Kari Nyonya yang teman maksudkan tu.. moh kitaaaaaa..

    = Resepi Mee Kari Nyonya =

    Bahan Blender
    15 ulas bawang merah
    10 ulas bawang putih
    1 inci halia
    (ketiga-tiga bahan ini di kisar halus)

    Bahan dihiris halus untuk tumis
    3 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1/1 inci halia
    (dimayang/hiris halus)


    Bahan Tumis
    1 batang bunga kantan (di potong halus)
    2 paket kecil serbuk kari ayam/daging
    3 sudu besar cili boh
    santan kelapa dari 1 ½ biji kelapa
    Kiub Ikan Bilis (Masuk last sekali)

    air asam jawa secukupnya
    garam
    gula
    ajinomoto
    air asam jawa
    minyak

    p/s: gaulkan bahan yang dikisar halus bersama serbuk kari.. bahagi kepada DUA bahagian.. satu untuk ditumis dan satu lagi perapkan bersama isi ayam yang dipotong 

    Bahan Isi
    3 ketul fishcake
    1 paket fishball
    500 gm ayam (dipotong halus)
    6 keping tauhu kering (dipotong 4)
    150 gm isi kerang
    sedikit kacang panjang (dipotong dalam anggaran 1 inci kira-kira satu mangkuk) 


    Bahan Mee
    2 bungkus mee kuning
    100 gm taugeh
    100 gam sawi
    (ketiga bahan ini di celur)
    2 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
    2 biji cili merah (dipotong nipis)
    3 biji telur (direbus)
    bawang goreng
    daun sup
    daun bawang
    limau nipis 


    Cara-Cara Memasak
    Mula² tumis bahan yang telah dimayang hingga kuning.. kemudian masukkan sebahagian dari rempah kari yg telah dicampur dengan bahan kisar... masak hingga garing. Masukkan cili boh dan goreng hingga pecah minyak.

    Masukkan air asam jawa dan bunga kantan.. kacau 2 min dan masukkan ayam yang telah diperap dengan separuh bahan kisar tadi. masukkan sedikit air dan sedikit santan cair... masak hingga ayam separuh masak

    Bila ayam sudah separuh masak.. masukkan bahan isi (kecuali kacang panjang) dan santan. letak bahan perasa secukupnya. masak dalam 5-10 min dan masukkan kacang panjang. terus matikan api.. kuah yang panas tadi akan memasakkan kacang panjang. jadi ia tidak terlalu masak dan lembik .

    Cadangan Hidangan
    semua bahan tadi boleh dihidangkan mengikut citarasa.

    Tambahan
    kalau inginkan lebih pedas boleh dibuat sambal kering.. caranya masak cili boh hingga garing dan letakkan sedikit asam keping dan bahan perasa (Kiub Ikan Bilis)..

    Pssssttt : nak gitau nih... Mak Mertua teman punya kari lagi meletop wehhh.. dengan rasa rendah diri teman mengaku yang Mee Kari Nyonya teman ni tak boleh tandingi Mee Kari Mak Mertua tersayang.. Mabeles weh.. lain dari yang lain.. sodappp.. melekattt.. slurrrrppppp... 

    DOA/NIAT KETIKA MENGAMBIL WUDUK

    Bacaan Dan Doa Ketika Berwuduk | Berikut adalah bacaan Doa yang teman selalu amalkan ketika berwuduk.. (tapi kadang2 kalau nak cepat, terlupa jugak.. heeee..).. Alang2 dah ambil wuduk tu, apasalahnya rajinkan mulut baca niat2 ni.. lagi rasa bermakna yang amat sangat wuduk kita tu, percayalah.. Moga jadi perngkongsian buat semua.. 
     
     
    Salam Jumaat buat rakan2 blogger dan pembaca blog ini, tadi masa jengjalan ke blog kawan2.. teman terjumpa entri yang ni di Blog http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/ .. Saja teman reshare sebab teman pun selalu amalkannya sejak rakan ofis teman ajar dulu..rakan ofis tu namanya Kak Has.. dialah selalu share dan mengajar teman macam2 berkaitan agama.. syukur.. kami saling kongsi macam2 info dan artikel berkaitan ilmu agama ni.. 

    Nak pulak di Ofis ada seorang yang bijak agama.. Ustaz Tajuri.. kalau tak faham atau keliru, kami akan rujuk pada Ustaz Tajuri.. Tapi sekarang teman dah tak koje.. tak dapat le nak macam dulu.. dulu kalau ada kemusykilan je terus direct tanya Ustaz.. hee..

    Oklah.. sebenarnya apa yang teman pelajari sama2 dengan Kak Has, doa semasa berwuduk tu adalah seperti gambar diatas ni tau.. tapi teman kongsikan jugak yang mudah diingat untuk korang yang baru tahu.. apakata sama-sama kita ramai2 amalkan yea.. Ini dia Doa/Niat Ketika kita Mengambil Wuduk.. 


    Ketika mengambil Wuduk niatkanlah dalam hati..
    1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
    "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
    2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
    "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
    3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
    "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
    4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
    "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
    5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
    "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
    6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
    "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
    7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
    "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim dan janganlah Kau biar aku tergelincir Jatuh ke dalam Api Neraka.. 
    8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
    "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

    14 Ogos 2014

    Let's Celebrate! 4th Anniversary www.duniashida.com

    Let's Celebrate! 4th Anniversary www.duniashida.com |

    ehem2.. Shida kata tak perlu buat entri.. tapi teman rasa macam ada mood nak buat entri gak.. so, teman pun buatlah entri ni.. Semata2 nak ucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Blog kali ke-4 buat blog dengan doa semoga lebih berjaya, lebih murah rezeki, lebih ceria hidup shida dengan blog kesayangan shida ni.. heeee.. Sekali lagi, Happy Anniversary buat blog Dunia sebenar Shida

    13 Ogos 2014

    APA CITER NI?

    MASUK AIR SECARA BERJEMAAH (DRIP) | Buat semua yang bertanya.. tunggu entri ni yea.. tengah kumpul kekuatan nak menaip pasal pengalaman masuk wad hari tu.. err.. kekuatan ke nak kumpul kerajinan? hu2.. taktau nape malas beno nak update pasal entri masuk wad tu.. tapi ada rakan2 yang bertanya dan nak tahu apa kisahnya masa raya ritu.. maka akan diusahakan jugak untuk kome yea.. Buat yang tertanya2 dan sudi pm tanya khabar teman ritu, nanti teman share strory nya yea.. sorry kalau panjang lebor citernya.. saja teman nak simpan dalam diari digital ni sebagai kenangan untuk tatapan bila2 teringat.. =)

    Jangan Minum Air Sejuk !!

    WORDLESS WEDNESDAY ... baca dan komen.. 

    12 Ogos 2014

    BLOGGER PILIHAN - UTUSAN MALAYSIA - 2 OGOS 2014


    Pada 2 Ogos 2014 (Sabtu) teman dapat mesej ucapan tahniah dari my sister tentang blog masuk Utusan, dia kata terbaca kat wall hubby pasal ni.. Masa tu teman masih di wad.. (kena tahan sebab suspek apendik dan batu hempedu).. 

    Masa adik cakap tu rasa terkejut gak lea sebab akhirnya keluar paper awal gak.. ingatkan bulan September or bulan2 seterusnya.. kita dah ready le bersabar menunggu berita happy tu.. rupa2nya lagi awal dari apa yang dijangka.. Alhamdulillah.. 

    Tak lama pastu hubby pun sampai, dia bawa helaian/sisipan suratkhabar Utusan yang citer pasal blog Tengkubutang tu.. muka ada senyuummm.. (walaupun hari sebelum tu menangis sebab doktor cancel buat ultrasound) ..ini nantilah teman citer yea..

    Actually sepatutnya wartawan Utusan email teman bagitau yang pada 26 Julai keluar paper citer pasal blog Tengkubutang ni, tapi bila adik teman check paper, takde plak.. dan teman pun tak fikir lain, maybe sebab Utusan nak selitkan citer pasal blog Tengkubutang ni selepas raya kot.. 

    Sebab pada masa tu orang kan tengah sibuk2 nak beraya, rasanya elok up citer yang berkaitan dengan persiapan raya.. So, teman pun fikir camtu je lea kan.. maybe itu perkara yang sama difikirkan oleh team Utusan.. 

    heeeee.. tak kisah le keluar lambat pun, asalkan tetap keluar..  Jangan tak jadi, segan pulak kena perli dengan mak dan abah nanti.. hi3..

    Alkisahnya.. Pada 15 Julai 2014 yang lepas, teman mendapat panggilan telefon dari Wartawan dari Utusan Malaysia, iaitu Encik AZRIN yang ingin membuat temujanji untuk interview dan photoshoot.. 

    Pada mulanya beliau mencadangkan nak buat photoshoot di Taman2 atau dimana2 tempat yang cantik... tapi teman pulak pada masa tu agak susah nak keluar jauh2 disebabkan ada komitmen dengan kedai teman yang kebetulan hari yang sama ramai pulak customer kata nak datang kedai.. 

    So, teman pun beritahu apa yang sebenar, dengan nada memahami en. Azrin bagi cadangan untuk buat photoshoot di kedai teman aje kerana itu lebih baik kerana kalau boleh nak jugak cerita2 lain tentang Blogger, bukan hanya sekadar cerita berkenaan blog aje.. 

    Alhamdulillah.. en. Azrin begitu memahami.. akhirnya pada 15 Julai 2014 (cuti Nuzul Quran masa tu) photoshoot pun berlansung.. dan hasilnya... pada 2/8/2014 terkeluarlah story nya di Sisipan Citra Orang Muda, ruangan Blogger Pilihan... Alhamdulillah.. syukur.. 

    Kalau dalam gambo tu memang tak berapa terang untuk dibaca kan? so, ni teman copy dan paste sekali apa yang en . Azrin forward kan sebelum confirm nak keluar paper Utusan.. sudi2 lah membaca yea.. 

    Mula menulis beberapa bulan selepas berhijrah ke ibu kota pada tahun 2012, Noorazlina Mohd Shafi mengisi masa lapangnya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa. Katanya, rasa bosan yang mencengkam jiwa membuatkannya mencari sesuatu aktiviti untuk dijadikan sebagai hobi.

    Ruang blog yang digunakan untuk mencatatkan kenangan pahit manis hidupnya ini bermula selepas mendapat nasihat daripada teman rapatnya yang juga aktif sebagai blogger, Noorazlina mula menulis dengan menggunakan nama pena Tengkubutang. Nama berkenaan datangnya daripada kucing peliharaannya yang bernama Butang dengan menggunakan tagline Sharing My Ceritera.

    Wanita awal 30-an yang dibesarkan di Ipoh, Perak ini mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Coronation Park, Ipoh sebelum meneruskan pelajarannya di Sekolah Menengah Kg. Dato Ahmad Said (SMKDAS). Kemudian dia berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ipoh sehingga tamat tingkatan lima.

    Selepas beberapa ketika bekerja sambilan, anak ketiga daripada lima beradik ini berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Perdagangan Mara dalam bidang Kesetiausahaan Syarikat. Kemudian, Noorazlina bekerja di sebuah Koperasi Tentera sebagai Pembantu Tadbir Perkeranian selama 12 tahun sebelum meletak jawatan dan berkahwin.

    Kini, dia banyak meluangkan masa untuk menulis dan membantu perniagaan suaminya yang terlibat dengan perniagaan aksesori motosikal berkuasa tinggi di ibu negara. Bagi anda di luar sana yang mahu melihat kelainan dan keunikan gaya penulisan wanita ini boleh singgah ke http://tengkubutang.blogspot.com. - AZRIN/AZLAN HADI ABU BAKAR

    ==============================================================================================
    H: Apakah fokus blog saya?
    Buat ketika ini blog saya masih lagi fokus untuk berkongsi cerita tentang kenangan pahit atau manis untuk dijadikan tatapan rakan pembaca . Ia juga menjadi tempat untuk saya berkongsi resepi, petua dan pendapat serta tips kecantikan yang menjadi topik perbualan golongan wanita mahupun lelaki. Di samping itu juga, saya jadikan blog sebagai diari digital saya apabila turut menjadi tempat saya meluah dan mengabadikan peristiwa dan sejarah penting yang berlaku dalam hidup saya supaya dapat dijadikan inspirasi kepada rakan-rakan, ahli keluarga mahupun anak-anak saya pada suatu hari nanti.

    ==============================================================================================

    H: Siapakah pendorong utama saya?
    Suami dan rakan-rakan yang punya minat sama dalam penulisan tidak putus-putus memberi galakan dan dorongan untuk saya kembangkan lagi blog yang sedia ada. Pelbagai idea dan tunjuk ajar diberikan untuk saya perbaiki mutu penulisan agar dapat menarik pembaca terus singgah. Alhamdulillah, setakat ini saya berpuas hati dengan jumlah pengunjung yang mengikuti laman blog saya.

    ==============================================================================================

    H: Mengapa orang perlu singgah ke blog saya?
    Kerana hanya blog saya sahaja yang menggunakan ganti nama 'teman' iaitu kata ganti nama bagi orang Perak yang bermaksud saya'. Tujuannya adalah untuk memberitahu kepada masyarakat tentang keunikan negeri Perak dan asal-usul saya yang sememangnya dari Perak. Selain itu, cara penulisan saya juga tidak terlalu formal kerana bagi saya, pembaca lebih gemar atau cenderung memilih sesuatu bahan bacaan yang agak santai.

    ==============================================================================================

    H: Apa yang saya lakukan selain menulis?
    Jika tidak menulis, saya akan beri tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan yang ada bersama suami saya. Suami saya sudah lama berniaga tetapi baru beberapa bulan sebelum ini kami berjaya membuka sebuah kedai aksesori yang dikenali sebagai Full Throttle Motorcycle Accessories. Perniagaan itu juga saya akan masukkan ke dalam blog saya. Kini saya akan mempunyai cabaran baharu iaitu memperbanayakkan lagi penulisan yang menjurus ke arah permotoran.

    ==============================================================================================

    H: Rahsia tentang diri saya?
    Saya seorang yang pemalu, tetapi adakalanya saya seorang yang peramah. Saya juga bukan seorang yang penyabar, jadi kebanyakan kenalan saya berjaga-jaga ketika bersma-sama dengan saya. Selain itu, saya juga minat melukis sejak kecil dan sehingga kini saya masih lagi melukis sekiranya ada kelapangan. Satu lagi hobi saya iaitu saya mempunyai tiga ekor kucing perliharaan. Memelihara mereka juga menjadi salah satu rutin harian saya dan para pembaca boleh mengikuti perkembangan mereka di blog kedua saya iaitu http://kucenkucenbelog.blogspot.com.


    = Ucapan Terima Kasih & Penghargaan =

    Sekalung penghargaan dan Ucapan terima kasih buat wartawan Utusan yang sangat sporting dan memahami iaitu Encik Azrin dan tak lupa juga buat fotografer iaitu En. Azlan.. kerana sudi melayan karenah teman yang macam2 ni.. heee.. sorry kalau tak pandai possing ye.. =P .. 

    Apa2 pun, terima kasih sekali lagi kerana sudi pilih blog Tengkubutang untuk diletakkan dalam sisipan Blogger Pilihan untuk kali ini.. tQ So Much! Sangat2 terharu.. Ucapan Selamat Hari Raya buat En. Azrin dan En Azlan serta semua team Utusan.. daripada Tengkubutang dan Full Throttle Motorcycle Accessories
    tQ pada yang tag teman gambo ni... baru terperasan ada Caption salah dekat gambo tu.. sebenarnya kedai kami Full Throttle Accessoriesbukan di Ipoh, Perak... tapi sebenarnya di Kuala Lumpur.. heee.. patutle ramai yang tanya kami buka cawangan di Ipoh ke? hu3.. Aamiiinn kalau benarrr.. =)

    11 Ogos 2014

    Kad Raya dari Blogger2 hebat.. tQ semua.. i lap U!

    Okeh.. 1st sekali teman nak ucap terima kasih kat Zaza yang ku sayang... heeee.. Opsss.. takleh sebut sayang lebih2.. kang ada orang marah.. kekekekeke.. Opsss.. sape yang nak marah yea?? ada leeee.. kih3.. apa2 pun nak ucap tQ buat Zaza sebab sudi kirim kad raya kat teman, teman je belum buat kad raya sendiri lagi.. tapi tengoklah.. ada rezeki nanti teman buat dan post pada Zaza ye.. heee.. buat kengkawan semua yang belum mengenali zaza.. jom le kenal2 dengan zaza ni, dia ada buat bisnes printing.. nak tempah bisnes kad murad pun bole dan ada macam2 lagi.. pm je Zaza di facebook Zaza (klik) atau cuci mata ke blog zaza di http://www.zazazehra.com/
    haaa.. yang ni dari Blogger cute, cumey, macam model.. Ainaa Roseberry (FB Ainaa Roseberry), hehehe.. hari tu Ainaa open table, terus laju je teman request kad raya ni.. sib baik sempat.. teman antara orang terakhir dapat kad raya ni.. kalau tak melepasss.. heee.. tQ Ainaa... tahun depan nak lagi tauu.. masuk list siap2 tau! krik.. krik.. krikk.. hi3.. jom singgah blog Ainaa di..klik sini yea.. kalau rajin follow sekali yea.. http://www.ladyainaa.com/
    Yang ni lak.. Kad Raya dari Blogger cantik.. Lisa (FB Mawar Biru) yang juga meminati kucen.. tu tengok tu cumey kan kucen oren tu.. heee.. orang yang dukung kucen tu pun omey kan! putih macam awek cina.. TQ Lisa sebab sudi kirim Kad Raya ni kat teman.. suka sangat2.. heee.. tahun depan mau lagi tauu.. krik.. krik.. krikk.. heeee.. ok lah.. sape2 yang nak mengenali lebih dekat Lisa ni, meh singgah blog beliau di : http://therylisanurulain.blogspot.com/

    Masa mula2 dapat kad Raya ni, memang suka sangatt sebab ada bookmark, ada kad raya.. rasa macam dah jadi hobi lak nak kumpul semuanya dari blogger2 lain.. tQ kak Kathy.. teman suka dengan semua yang kak Kathy bagi ni.. tQ.. tQ.. buat kawan2 semua.. jom le kita singgah blog kak Kathy R'bain ni, tak kenal maka tak cinta.. teman banyak dengar yang best2 je pasal kak Kathy ni, tapi belum berkesempatan nak kenal lebih rapat.. almaklumlah.. dunia blogger ni beso.. ramai giler yang jadi Blogger.. heee.. apa2 pun.. kak Kathy R'bain is the best.. merasa gak teman dapat kad raya dari akak kathy.. hee. thanx again.. =) jom singgah blog kak Kathy jomm.. 

    heee.. actually tengah tunggu Kad raya lagi seorang Blogger.. iaitu blogger Shida Radzuan.. heee.. hari tu shida dah post tapi taktau nape kadraya tu pi patah balik lak.. pelik pun ada.. hu2.. tapi takpe.. nanti dha sampei leh le selit2 kan kat sini jadi kenangan.. walauapapun.. tQ buat semua rakan blogger diatsa.. rasa hepi dapat kad raya.. dah lama tak dapat kad raya camni.. skrg kan main digital ajo.. alam maya lea katakan.. heeee...

    10 Ogos 2014

    Senarai Cawangan Ramly Halal Mart, Ramly Kiosk dan Ramly Café


    Hemm.. sekarang ni kecoh pasal orang boikot memboikot makanan/produk yang menyumbang dana kepada Israel.. kalau kita beli jugak bermakna kita support Israel.. maka dengan itu ramailah yang buat piket untuk memboikot terus produk2/makanan2 dari negara tersebut.. 

    Namun dalam boikot memboikot ni, ada gak kelebihannya.. peniaga2 melayu mula bangkit untuk menghasilkan atau mewujudkan satu kiosk ala2 Mekdi gitu supaya kita yang dah terbiasa makan Mekdi tu boleh lah berubah angin kepada yang semestinya halal dan konpom tak menyumbang kepada negara luar, betul tak? 



    heeee.. teman pun ada dengar2 gak, kengkawan yang banyak share kat FB pasal ni.. rata2 mengatakan Not Bad rasa dia.. setanding jugaklah dengan Mekdi tu.. heeeee.. So, bagi sesiapa yang baru tahu (macam teman gak pun, baru tahu semalam.. hi4) disini teman nak share kat mana korang leh jumpa kiosk2 ni.. heee.. mungkin dah lama ada, tapi masa tu kita terlampau melebih2 kan Mekdi tu, tu yang tak sedar yang produk orang kita pun apa kurangnya kan.. okeh.. silalah jenguk.. 

    Berikut senarai cawangan Ramly Halal Mart, Ramly Kiosk dan Ramly Café utk rujukan kawan2

    Cawangan kiosk Ramly Halal Mart : 

    1) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
    56-G, Tingkat Bawah, Jalan 42/26,
    Taman Sri Rampai, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
    Tel: 603-4021 2896

    2) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
    No 25G & 23G, Jalan Kampung Pandan,
    Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.
    Tel: 603-9281 3231 Fax: 603-9281 0146

    3) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
    No. 12, Jalan 29/10A,
    Taman Perindustrian IKS Mukim Batu,
    68100 Kuala Lumpur, Malaysia.
    Tel: 603-6184 2972
    Fax: 603-6185 3526

    4) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
    Lot 35, Pesiaran Mewah,
    Kawasan Penindustrian Bandar Tun Razak,
    Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
    Tel: 603-9172 6617 Fax: 603-9172 1222

    5) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
    No. 132A, Wisma Akar, Jalan Raja Abdullah,
    50300 Kuala Lumpur, Malaysia.
    Tel: 603-2691 8952 Fax: 603-2691 42

    6) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
    No 43 & 45 GF, Jalan Kasuarina 2/KS 07,
    Bandar Botanik, 41200 Klang,
    Selangor Darul Ehsan.
    Tel: 603-3325 1463

    7) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
    No. 9 & 11G, Jalan Klang Sentral 10/KU5,
    Taman Klang Sentral, Bukit Raja Meru,
    41050 Klang, Selangor.
    Tel: 03-3341 7554

    8) Ramly Halal Mart Sdn Bhd
    No33 (Ground Floor), Jalan Medan Pusat 2D,
    Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.
    Tel: 603-8925 2653 Fax: 603-8925 0289

    Selain itu juga, terdapat kiosk yang terletak di LRT dan pusat beli-belah :
    - LRT Dato’ Keramat
    - LRT Kelana Jaya
    - Foodcourt AEON Big Kota Damansara
    - 56-G Jalan 42/26, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
    - Halal Kiosk cawangan Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur
    - Klang Sentral
    - Akan Dibuka: Putrajaya (Presint 15 berhampiran Mydin Putrajaya – September 2014)


    05 Ogos 2014

    Penyakit tak Dapat Dikesan, namun syukur dah Discaj Keluar Wad

    Penyakit tak Dapat Dikesan, namun syukur dah Discaj Keluar Wad |
    Salam.. kawan2 dan rakan2 blogger yang banyak memberi kata2 semangat dan doa di facebook Tengkubutang Miaw.. terima kasih buat kalian semua..

    AlHamdulillah.. hari ni (Selasa) dah discaj keluar wad.. dah ada kat umah mak abah kat ipoh pun sekarang,report melalui Ujian Darah, scan dari bahagian pakar sakit puan, dan Ujian Ultrasound semalam mengatakan keadaan organ2 dalam perut normal aje, pundi hempedu tak bengkak sebab tidak kelihatan batu karang dalam hempedu, buah pinggang ok, tiada ketumbuhan, cyst atau fibroid, darah pun ok tiada tanda2 apendik...

    Masa last doctor check perut teman tadi, dia tekan2 tak sakit dah.. doktor sendiri tak pasti apa punca sakit teman.. samada Gastrik Tak Terkawal atau ada sakit2 lain yang tak dapat dikesan.. tp buat sementara ni disebabkan teman dah beransur pulih dan tak sakit macam masa mula2 masuk wad dulu.. doktor benarkan teman pulang... Alhamdulillah..

    Namun begitu, pada 18.9.2014 teman ada appointment dengar doktor untuk check Gastric, masuk kamera kecil untuk check .. itu citer akan datang.. skrg syukur dah keluar hospital.. tak lalu dah dok lama2 kat wad tu.. macam2 yang tak pernah teman rasa, teman rasa di sana.. nantilah teman cerita.. sekarang ni syukur dapat berehat dirumah..

    walaupun bila dah sampai umah macam rasa sakit2 tu ada lagi, doa2kan teman ok yea kawan2.. teman nak sihat cepat, nak balik kl cepat.. nak uruskan macam2 hal yang terbengkalai.. nak jumpa sibulus2 teman.. rindu kat depa.. hari2 tgk video oyen, butang n shiro

    Note : Akan Offline selama beberapa hari ni untuk merehatkan diri.. tapi kawan2 jangan lupa singgah2 jugak blog teman ni yea.. memang teman tak update apa2 entri terbaru lagi setakat ni, nak tunggu badan sihat betul2 baru ada smgt nak menulis.. doakan teman yea.. moga segera sembuh dan tiada sakit2 tersembunyi' .. Aamiinn..

    Facebook SDK

    Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers