Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

25 Ogos 2014

TAK BERSEDIA JADI BABYSITTER

Cari Duit Lebih Sebagai Pengasuh Budak/Baby |
He2.. tetiba lak mood nak menaip keluar.. bukan apa, teringatkan sembang2 lama dengan my kakak dulu, masa tu teman tak koje lagi.. kakak teman cadangkan teman bekerja, leh pegang duit sendiri, kalau tak kerja pun buat part time ke... masa tu teman menolak, sekarang pun lagi le menolak.. sebab dah kena uruskan kedai plak.. takkan nak tinggal macam tu je kan.. 

Dulu masa tak kerja, kakak ada jugak cadangkan teman jadi pengasuh budak a.k.a Babysitter.. tapi teman terus terang cakap.. teman tak berminat nak jaga anak orang sebab teman taknak ambil risiko jaga anak orang.. 

Macam-macam hal boleh terjadi kalau kita leka ke apa, dan kalau dah terjadi satu-satu hal.. kita pulak yang disalahkan.. even anak orang tu yang nakal, kita yang menjaga ni pulak terpaksa mengaku salah.. 
Heee.. teman suka budak, tapi nak jadi babysitter tu agak keberatan.. 
Kalau tak melibatkan kemalangan atau kecederaan takpe jugak.. ini risau kalau-kalau terjatuh patah tangan ke, terluka beso ke, kemalangan ngeri ke (masa kita bawak keluar sekali, takkan nak tinggal dia kat umah sorang2 kan?) 

So, laju je teman jawab dengan kakak teman, teman taknak.. tak berani nak ambil risiko.. Memang nampak mudah jaga budak, tapi dalam keadaan teman yang kadang2 ada komitmen nak keluar post barang customer, rasa macam agak keberatan untuk jadi babysitter.. 
Heee... Kalau teman jadi babysitter, tentu hubby teman pun bz jugak la kot.. ki3
Hubby teman pun tak berapa setuju jugak, sebab dia pun taknak ambil risiko jaga anak orang.. Lagipun teman bukan duduk rumah sentiasa, selalu keluar post barang, parking lak jauh dari pejabat post.. nak kena jalan kaki, nak seberang jalan pulak tu.. takkan nak hangkut budak lak kan? 

So, lebih baik teman bertegas sendiri.. hanya diri kita sendiri tahu mampu ke tidak kita menjaga anak orang.. kalau rasa tak yakin dan taknak amik risiko, maka terus terang ajelah..

Teman cakap cenggini pun pasal apa tau? pasal teman ada tengok surirumah yang konon nak pegang duit sendiri bulan2 dengan cara jadi pengasuh budak, 
Tiada pengalaman jaga budak tetapi mengaku biasa handle budak-budak..
Tapi yang sebenarnya dia lansung tak bersedia nak jaga budak tu.. dan benda-benda macam ni lah yang menyebabkan terjadinya kes dera, kes kecederaan (kerana tiada kawalan dari pengasuh), kes budak diculik, dan bermacam2 lagi lah.. Maka, Tepuk Dada Tanya Selera.. adakah kita mampu mengasuh anak orang sedangkan kita pun belum cukup berpengalaman...?

Note : Jangan hanya kerana semata-mata nak pendapatan sendiri, sanggup mengaku dan beri jaminan boleh jadi penjaga/pengasuh anak orang.. Kalau nak jadi babysitter/pengasuh anak orang gak, haaa.. pastikan cukupkan ilmu tu dulu yea.. jangan main2.. anak orang weh.. bukan anak ayam.. anak ayam pun ada emaknya.. inikan pulak anak orang.. ye tak? heee.. apa2 pun bagi yang dah berjaya jadi Babysitter tu.. Tahniah.. korang memangggg.. (baca kat bawah ni.. heee)

Denaihati Network dalam Harian Metro 5/8/2014

Masa tengah duduk boring-boring semalam, teman saja nengok paper lama, Harian Metro keluaran 2 minggu lepas tak silap.. 5/8/2014 hari tu punya paper.. hee.. dah jauh beno baru nak baca yea.. itu pun malam tadi sebab bosan, 
selak punya selak terjumpa lak helaian yang satu ni.. dan terperasan jejaka yang ada dalam gambo diatas, dalam hati cakap "macam kenaiii ajee.." heee.. bila dah baca isi kandungan artikel baru tau memang le kenal, Tuan Denaihati Ilham rupanya dalam foto tu.. Tahniah yea Tuan Denaihati, masuk paper entah kali ke berapa dah ni kan.. masuk TV apatah lagi.. Kali ni bekerjasama dalam program Dropship anjuran bersama Al-Ansar Health pulak..
hi3... tajam kan penglihatan teman ni.. sekali tengok je dah kenaiii.. pastu saja baca pasal Dropship ni, macam best je.. macam berminat je.. heee.. opss.. pasal dropship korang baca sendiri kat bawah ni ye.. teman bz sikit hari ni, biasalah.. Hari isnin kann.. he2.. Selamat membaca.. 
Jana pendapatan guna kaedah ‘dropship’

Menyedari semakin ramai ingin menjalankan perniagaan menerusi kaedah ‘dropship’ iaitu perniagaan tanpa mengeluarkan modal, Al-Ansar Health menandatangani perjanjian program bersama Denaihati Network.
Program bersama ini memberi peluang kepada penulis blog dan orang ramai menjana pendapatan melalui perniagaan dalam talian menggunakan kaedah ‘dropship’. 
Menurut Pengerusi Eksekutif Al-Ansar Health Khanafi Hussien, rakan kongsi yang mendaftar sebagai ahli hanya perlu mengaktifkan talian khas dan mempromosi­kan perniagaan Al-Ansar dalam bentuk perkhidmatan atau menjual produk. 

Pada majlis bersama penulis blog baru-baru ini, hampir 300 tetamu diraikan termasuk anak yatim daripada Kompleks Kebajikan Rukaiyah Bangi, warga emas Rumah Warisan Kasih Banting Selangor dan penulis blog seluruh negara.
 PEMBERIAN sumbangan daripada Al-Ansar kepada wakil 
Kompleks Kebajikan Rukaiyah Bangi.
Pada majlis sama, turut diadakan penyampaian sumbangan kepada pelajar tahfiz daripada Madrasah An-Nur.
Buat masa ini Al-Ansar Health mempunyai 15 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Kemboja dan Brunei. 

Sejak pembukaan pertamanya di Sungai Petani Kedah, pusat rawatan ini membantu merawat lebih 10,000 pesakit yang mengalami pelbagai masalah. 


Untuk keterangan lanjut, layari www.alansarhealth.com.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05

22 Ogos 2014

Pengalaman Masuk Wad selama 6 hari (30.7.2014--->5.8.2014)

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah, hari ni masih diberi peluang lagi hidup dimuka bumi ni.. hu3.. tak tahu kenapa agak liat nak up entri yang ni.. tapi cuba jugaklah di regang2kan otot2 jari ni untuk menaip.. hubby pun ada gak tanya dah update entri ke.. hu3.. 

Dia pulak yang mengingatkan kita, mungkin dia perasan kot teman macam dah tak obses sangat dengan blog sekarang ni.. bukan apa.. semua sebab rasa tak selesa dan saki baki sakit di perut masih ada lagi.. sebab tu teman rasa hilang mood untuk menaip.. 

Setakat online FB tu masih boleh tahan lagi.. tak perlu nak memerah otak untuk memikir apa nak di taip.. tapi kalau nak up entri ni, nak kena taip betul2 mengikut apa yang terjadi pada kita kan.. nak susun ayat lagi.. nak recall memory lagi.. (hu3..memory dah season.. terlupa banyak la kann).. 

he2.. tapi.. Akhirnya.. dapat gak teman update entri citer pasal teman masuk wad hari tu.. sedih pulak bila fikir baki raya ke-3 yang sepatutnya beraya bersama keluarga belah Ipoh teman dah cacatkan dengan masalah kesihatan teman lak.. huk2.. dah lea susah nak jumpa mak dan abah setelah dok KL, 

Apatah lagi sejak ada kedai ni lagi lea kekangan masa tu membuatkan kami suami isteri terlalu bz sangat nak pulang ke kampung.. hanya kalau ada cuti panjang dan perayaan tu lah masanya kami akan gunakan sebaiknya untuk bertemu Mak dan Abah Ipoh serta Ayah dan Mak Mertua tersayang di Taiping,Perak..

Namun, sebagai orang yang beriman ke Allah S.W.T, teman redha dengan segalanya.. teman tahu kita tak boleh menolak takdir, semua yang terjadi bukan dirancang.. Allah dah aturkan semuanya bersebab.. teman masih pegang pada kata hati teman, setiap yang terjadi.. pasti ada hikmahnya..

Cuma agak kesal kerana dah menyusahkan semua orang lak time sakit ni.. serik nak sakit lagi.. hu3.. walaupun teman tahu Semua yang banyak emmbantu dan beri sokongan dengan begitu tulus ikhlas, tapi hati teman tetap terasa segan dan susah hati sebab dah susahkan ramai orang.. termasuk Hubby teman sendiri..

Buat Yang Tak Tahu, Camni Ceritanya.....
Alkisahnya.. pada tanggal 26hb Julai 2014 (Ahad-jam 12.00 am), kami bergerak nak balik kg.. mula2 destinasi pilihan kami ialah direct ke Taiping terus.. sebab memang tahun ni turn beraya di Taiping dulu.. pastu bila dah tempuh jam, badan dah rasa tak mampu nak sambung ride ke Taiping.. 

Paham2 ajelah kan kalau naik motor ni.. rasa macam nak patah pinggang dan bengkak buntut ni bila dok atas motor lama2.. hu2.. Pastu kami decide singgah Ipoh ajelah dulu.. So, Alhamdulillah.. dalam pukul 3.30 am camtu kami sampai umah Abah kat Ipoh... 

Mujur abah sedar kami dah sampai.. kalau tak.. terpaksa tunggu diorang bangun sahur ajelah baru kami leh masuk umah.. heeeeee... sampai umah dok sembang2 jap, pastu siap makan untuk bersahur.. makan besahurlah kami sama2.. 

Selesai Subuh terus bommmm atas bantal.. tidoq la apa lagi.. ha3.. pingsan sampai ke tengahari.. sib baik tersedar sendiri, kalau tak.. maunya sampai ke petang kami balas dendam tidoq tak hengat.. kih3.. agak2 le pun, bulan posa kottt.. adeh.. parah.. parah..

Pastu paling best time berbuka puasa tuu.. adik2 pun dah sampai... berbuka puasa ramei2 lah kami hari tu.. seronok rasanya.. dah lama tak berbuka ramei2 macam tu.. 

Haaa.. perut teman ni pada masa tu belum sakit lagi.. cuma ada lea sakit sikit2.. tu pun sebab teman budget sakit pompuan, sebab masa tu kebetulan period le pulok.. (Ramadhan yang last tu teman tak posa la tau! sedih! kantoii.. heeeee... )

Ok sambung lik, lepas berbuka puasa tu, kami bersiap nak balik ke Taiping lak.. sebelum balik tu, bagaikan macam tahu je teman nak masuk wad raya ketiga tu nanti, laju je teman dan hubby bersalam raya siap2 dengan abah n mak.. heee.. kiranya kami lea org 1st bersalam raya dengan mak n abah masa tu.. heeee..yang lain cakap "mana aciii.. dia salam raya dulu" .. ha3.. teman terus buat muka annoying.. semua jeles.. hahahaha..

Dalam kul 11.00 pm kami pun gerak.. jalan jam jugak.. dalam kul 12.15 baru sampai Taiping.. pastu simpan beg semua, kami pun keluar balik, nak cari kasut raya sebab memang takde kasut raya pun nak pakai kat Taiping tu.. nak bawak dari kl beg tak muat.. So, beli aje kat Taiping pastu simpan bila dah tak pakai.. nanti bila2 balik dah ada kasut untuk dipakai.. 

Masa nak beli tu, MasyaAllah.. ramai giler orang.. semua pakat beli barang raya last minit gak ke pon? adeh.. Perut teman dah mula sakit, pastu pegang lak helmet kat perut.. bila terlanggar dengan orang, terpenyek perut tu, sakitnyaaa tak tahu nak cakap.. macam perut ni kena tumbok aje rasanya.. pastu cepat2 sambo kasut yang berkenan.. 

Mahal!! tapi beli ajelah.. nak buat lagu mana.. sape soh beli last minute?? memang kena ketok la kan! sib baik ada yang berkenan dihati dan selesa.. hemm.. lepas selesai beli kasut, kami pun balik umah tido..  

Raya Pertama (27/7/2014-Isnin), terjadi satu insiden yang amat mengejutkan.. teman tak dapat nak ceritakan disini kerana ia rahsia keluarga, tak dapat nak kongsikan apa2.. namun agak horrible insiden tu.. sedih pun ada bila jadi macam tu.. sedih kerana raya jadi suram bila benda2 macam tu jadi.. Tapi apakan daya, semua dah terjadi.. Hope raya akan datang janganlah berulang lagi perkara yang sama.. sedih rasa hati ni..

Sambung lik citer perut... Perut makin sakit tapi masih boleh bertahan lagi masa tu, tapi jalan tak berapa nak tegak sangat le.. tapi masa tu memang budget sakit period.. sesungut.. eh senggugut.. 

Then sempat jugak le pi beraya umah sedara dua buah umah.. sempat melawat adik MIL yang kurang sihat.. lepas dah melawat tu, hubby ajak singgah Giant Taiping.. nak beli barang-barang untuk buat Lasagnia

Ada request dari anak sedara tersayang Mazura dan yang lain-lain.. semua pakat menyumbang RM sebab bahan2 yang nak digunakan untuk buat Lasagnia agak mahal sikit.. dan kebetulan Keluarga Pak Syed (gelaran untuk family belah suami) memang besar, 

So, kena buat banyak sikit supaya semua dapat merasa.. teman pun ikut sekali membeli belah.. banyak barang yang takde kat Giant tu, so, kena beli kat tempat lain lak.. kesian pulak dekat anak sedara kami yang tengah preggy tu.. terpaksa tunggu lama dalam keta.. maafkan kami yea ita.. kesian ita.. 

Malam tu operasi masak Lasagnia berjalan lancar, Alhamdulillah.. semua dapat merasa.. semua yang tak pernah makan pun kata sedap.. Alhamdulillah.. seronok teman tengok.. tapi apakan daya.. teman tak boleh nak makan Lasagnia tu, takde selera dan perut makin sakit tiba2.. 

Ya Allah.. masa tu teman terus masuk bilik dan berehat.. sakit perut sampai tak boleh nak baring ke kiri, baring ke kanan.. kalau salah baring lak, bila bangun terasa sakit sangat2.. macam ada getah spring menegang dalam perut tu.. masa tu dah takleh nak tegak betui2 dah badan.. tapi segan pulak kat umah mertua jalan macam tu.. cuba gak straight kan badan.. pura2 macam sihat le kununnn.. aishhh... 

Lepas tu malam tu memang tahap sakit tak boleh nak tido, dengan sesak nafas lak tu.. tekan2 kat perut belah kanan sakit semacam.. hubby dah mula risau.. dia tanya nak gi klinik tak.. teman kata takpe.. nak try tido mana tau esok OK.. 

Last2 malam tu tak dapat nak tido lansung.. tido je terjaga.. tido je terjaga.. sakit macam kena pulas2 je dalam perut belah kanan tu.. teringat pulak anak sedara kata kalau belah kanan tu sakit maknanya Apendiks..

Raya Kedua (28/7/2014-Selasa), 
Takde gi mana-mana pun.. cadang nak gi umah sedara belah anak sedara suami - Ja'e dan Ita.., makan buah2 kat sana.. petik buah kelapa.. seronok.. sebab suasana kat sana macam suasana di Kampung arwah Opah teman dulu.. Tapi disebabkan perut tak Ok, dan semuanya macam malas2 je nak keluar.. nak pulak ramai tetamu mai umah.. semua pakat malas nak kuo.. siap tido lagi kat ruang tamu depan tu.. ha2.. kelakar pun ada .. 

Raya Ketiga (29/7/2014-Rabu), 
Esoknya teman kena paksa dek hubby teman untuk gi Klinik check camne.. lepas check2.. doktor kata suspek apendik.. adoii.. mula le gabra semacam.. sebab teman ni penakot bab operate2 ni.. pastu doktor bagi surat untuk refer Hospital Pakar dekat Taiping.. teman taknak, teman nak ubat tahan sakit dan minta doktor buatkan surat refer ke Hospital Besar Ipoh (sekarang dikenali Hospital Raja Permaisuri Bainun).. 

So, lepas makan ubat tahan sakit ada lega sikit.. kami pun gerak lik Ipoh lak.. sampai Ipoh, teman masih ok lagi.. sebab kesan ubat tahan sakit tu masih ada lagi kot.. teman pun gitau kat abah n mak ipoh, nak gi Hospital esok pagi ajelah..

Tapi.. bila tiba tengah malam, time nak tido tu.. dia buat balik.. sakit sangat2 macam malam2 sebelumnya.. tak bole gerak sikit.. rasa macam kena pulas2 kat bahagian kanan perut tu.. memang masa tu nekad nak gi hospital esoknya.. memang tak tahan sakitnya dah.. operate pun operate lah! dan akhirnya keesokannya iaitu Raya ke-4, teman pun kena warded.. jom tengok n baca gambo bawah ni.. baru paham citer.. heeee..

Raya Keempat (30/7/2014-Khamis), tengok gambo bawah ni.. 
kul 10.00 am gerak gi Hospital Raja Permaisuri Bainun, teman sebut HRPB jelah lepas ni, panjang bebenau nak taipnya yea! Mula2 gi kat bahagian Kecemasan tu.. Pastu masuk satu bilik tu.. check tekanan darah dulu.. pastu dia suruh tunggu kat dalam.. tengok gambo atas ni.. teman tunggu situlah.. Hubby teman gi daftarkan kat kaunter pendaftaran tu.. 

Masuk Air secara berjemaah..
Lepas nama dipanggil, doktor pun check sakit kat bahagian mana, ditekan2nya perut teman, tang sakit tu memang sakit la bila ditekan kan.. nak pulak kasor je gaya tekannya.. mujur teman tak tersepak doktor tu.. tindakan reflek tu yea.. bukan saja2.. sib baikk kan.. Haaa.. lepas dah check doktor suspek Apendik.. 

Doktor suruh buat ujian air kencing then check darah dan masuk air (drip)!!!! Giler... punya takotnya teman masa tu.. ya Allah.. tak pernah terfikir kot nak masuk air... giler... tapi dah disebabkan risau sebab sakit berulang tiap2 malam, maka ku beranikan diri gak hadapi semuanya.. (payah betui kalau penakot jarum ni kann).. terpejam2 mata masa MA cucuk jarum tu.. berdoa banyak2 agar dapat jumpa urat yang betul.. 

Lepas dah amik darah.. doktor pun bagi masuk sebotol air.. masa tu tak rasa apa dah bila air masuk.. cuma rasa ngeri tengok tangan sendiri ada jarum & tiup masuk air tu.. kekekeke.. pastu kami pun di suruh duduk di satu tempat tu ramei2 sebab nak masuk wad, takde katil kosong.. 

Maka kami duduklah ramei2 macam dalam gambo tu.. mujur masa tu teman punya sakit tak terasa sangat sebab sebelum tu teman ada makan ubat tahan sakit tu.. tapi bila dah terlalu lama sangat, ubat tahan sakit tu dah mula hilang.. dan perut teman dah start sakit balik.. 

Bayangkan dari pukul 10.30 kot duduk situ sampailah nak dekat kul 8 malam baru doktor kata masuk wad.. masa tu perut dah mula berdenyut2 sakit.. memang laju le teman dok atas kerusi roda tu, hubby pun ikut sekali nurse tu anto teman ke wad bahagian Pembedahan iaitu Wad 2B, katil no. 10.
Masuk Air lagi.. 
Udah bengkak masa ni..
Hemm.. ni cucukan pertama untuk masuk air.. masa cucuk, mengelejat.. tapi bila dah masuk air tak rasa apa dah.. tapi seriau tetap ada bila nak gerak2 tangan tu.. (ecececeh.. mengada2!!).. sepanjang 6 hari kat wad tu, ada le 10 botol air masuk dalam badan teman ni, termasuk botol merah tu, nurse kata glukos.. kena bagi gak sebab takut teman kurang gula, puasa le katakan.. 
Air 
Antibiotik
Selain Air, Doktor masukkan Antibiotik dan ubat tahan sakit gak.. ada lea dalam 5 botol kot sepanjang teman dok wad tu.. tapi yang ni agak sakit bila nurse masukkan, sebab taktahu nape pedih semacam,, rasa macam taktau nak cakap sakit dia camne.. tambah2 lagi kalau tangan tu dah bengkak.. rasa macam ubat tahan sakit dan antibiotik tu berlegar2 kat bahagian tangan tu je.. hubby teman mesti akan lari masa nak masuk antibiotik tu.. sebab dia kata tak lalu tengok muka teman sakit.. alolololo.. syian dia.. dia plak rasa sakit macam kita yea.. 
Ni gambo yang di snap oleh hubby teman, masa ni tengah puasa sebab esoknya, (Jumaat 1/8/2014) nak kena buat ultrasound.. so, teman dah diingatkan start dari pukul 8 malam.. puasa.. teman pun taat je lea kan.. puasa lea sampai keesokannya.. 

Sebelum tu pada malam tu doktor pakar check datang dan tekan2 perut, dari keputusan darah dia kata takde tanda2 ke arah Apendik sebab darah putih semua ok.. dan doktor pun hantar le teman ke Bahagian Pakar Sakit Puan pulak, untuk check/scan tengok camne lak.. risau kalau sakit berkaitan peranakan.. 

Tengok2 result doktor kata rahim semua ok, takde fibroid, takde cyst.. tapi yang kurang enak didengar, doktor nampak macam hempedu ada sedikit bengkak.. sebab sebelum scan tu doktor tekan2.. bahagian apendik tak sakit tapi bila tekan bahagian tgh2 pinggang tu.. teman jerit sakit.. Doktor suspek Batu Hempedu (pundi hempedu bengkak)... Aaa sudah...
Masa ni sakit sangat2.. tapi hubby bole plak buat lawak.. hu3.. 
So, lepas dah scan teman balik wad.. dan tak lama lepas tu doktor pakar bedah datang, dia mintak teman puasa lagi sebab kemungkinan akan buat Ultrasound esok (Jumaat).. So, teman takde lea berbuka lagi, walaupun rasa macam perut semacam aje.. tau je lea kan, orang gastrik kalau lambat makan jadi apa? tapi xpelah, disebabkan tak sabo nak ultrasound esoknya, teman pun teruskan puasa.. Tapi.......

tetiba lak petang Jumaat (1/8/2014) tu doktor cakap tak jadi buat ultrasound sebab orang ramai sangat.. perghhhh.. hancur luluh hati teman masa tu.. dah le risau fikir sakit apa yang kita taktau yang dok mengelewar dalam perut ni, pastu perut pun dah overdos tahan lapar masa tu, gastrik dan mula terasa.. perut kembung pun semua mai dah.. Last2 doktor bagi berbuka dan bagi tarikh appointment baru untuk buat Ultrasound.. iaitu hari Isnin, jam 9.00 am ... 
Sabtu 2/8/2014 & 3/8/2014
So, sepanjang Sabtu dan Ahad tu, teman hanya duduk aje di wad tu, air botol demi botol tambah, sampailah ada sekali tu, tangan udah bengkak.. masa masukkan antibiotik tu, masyaAllah... sakit yang amat2.. macam asid masuk dalam urat je rasa.. then doktor check tangan, dia kata dah bengkak.. ya Allah.. teman dan mula tak sedap hati, memang dapat agak yang doktor nak cucuk lain plak untuk masuk air.. 
Akhirnya memang sah.. kena cucuk kat tangan belah kanan lak, masuk air dan antibiotik kat situ lak.. tengok gambo atas ni.. macam pelik je urat teman kat tepi situ kan? hu2
Masa doktor dah masuk jarum tu, tiba2 darah terkeluar sikit.. basah gebor (selimut) teman dengan darah menitik tu.. orang cakap kalau tempat depa cucuk tu keluar darah maksudnya urat tu betul la kan? kalau tak keluar darah tu yang tak betui.. naya je orang yang kena cucuk tu.. salah urat.. hu3
Bosan sangat dok spital.. masa ni nunggu hubby tersayang tak mai lagi.. lewat pulak dia hari tu, rupa2nya guard yang jaga tu tak bagi masuk.. alahai.. payah bebenau.. kalau tak sebelum ni ada sorang guard tu dia bagi je masuk, maybe sebab dah kenal muka.. tapi tiba guard sorang lagi ni, ditahan lak hubby teman tak bagi masuk.. kena tunggu kul 9.30 baru boleh masuk.. hu3.. bosan sungguh teman masa tu.. kalau ada hubby memang rasa tenang aje tengok dia di sisi..
Sempat gak teman jengjalan sorang2 kat area corridor tu, saja nak amik angin dan exercise sikit.. tak larat nak baring je kat katil tu.. sebab kalau baring, bila nak bangun, terasa sakit sangat kat bahagian perut belah kanan, merengat2.. Apa lagi.. jadi seriau n fobia le nak baring lama2.. maka.. cari alternatif lain, berjalan2 pusing2 kat hospital.. then ternampak taman kat hospital ni, ambil angin jap, cuci mata.. hilang sikit rasa sakit
Ni buah tangan dari sahabat teman Embun Eiza, ada lagi satu serupa gak bungkusnya, dari kakak ipar tersayang iaitu k.eida dan semua yang datang melawat hari tu.. Terima kasih yea sebab sudi melawat teman, rasa macam terharu aje.. 
haa.. ni la lagi satu tu.. serupa kan.. heee.. 
Nampak ceria je kan? tengok.. inilah aura orang sihat yang datang melawat teman.. 
teman pun terkena tempiasnya.. hilang sakit seketika..
So, nak ucap tQ lah buat  semua yg sudi datang melawat teman di wad,mak n abah ipoh, adik lelaki dan isteri.. mak dan ayah mertua tersayang, Cik Besor, kak Sharifah Nurul Al-Jamalullail,Abg Don Perodua, kak Ana n suami, Nurulhuda Safura Abdul MajidEmbun Eiza, kak Raja Zakiyah Raja Leman dan abg nasir, kak Haslinah Ahmad dan suami, Atiqah Dalila.. dan semua yang mendoakan kesembuhan buat teman.. terima kasih semua.. doakan teman kembali sihat seperti sediakala ..
Kak Za
kat belakang tu Abg Nasir, Ayah..
Cik Beso (abg suami teman) dan anaknya..
Abg Don (suami k.ieda) dan si baby kecik Haykal.. heee..
TQ jugak buat adik ipar dan adik bongsu teman yang sudi datang melawat, siap bawak bubur nasi lak tu.. aduuuh.. terharu rasanya.. dah le sedap plak tu, siap makan sampai abes.. walhal doktor dah pesan, makan sikit2 tapi kerap.. teman lak degil gi abeskan semua dalam satu masa (nak buat camne, terbiasa kuat makan le katakann..) haaa.. paham2 ajelah.. malam tu memang takleh tido sebab perut penuh giler.. sebelum tu kan teman puasa.. bila dapat makan nasi tu sampai abes.. tu yang perut terkejut dan terus kembung.. aduh.. jenuh nak surut kan balik.. malam tu takleh tido teman dibuatnya.. 

Last sekali tak lupa jugak buat Abah tersayang.. mak tersayang.. ayah dan mak mertua tersayang.. terima kasih sebab caring sangat dengan teman.. juga buat Makcik Ani (mak sedara teman) yang sudi bawakan air penawar yang telah dibacakan 30 juzuk Al-Quran.. terharu rasanya ada mak sedara caring macam makcik Ani.. mekasih yea.. tak lupa jugakk.. buat Eyla, sepupu teman tu ha.. sudi melawat walau time melawat dah abes.. termengah2 berlari nak lepas dari guard tu semata2 nak jumpa teman.. adeh.. terharunya.. 
Buah hati tersayang..
haaa.. lastly.. Tak Lupa gak, nak ucap tQ buat hubby miaw2 tersayang.. yang sudi berulang-alik mai hospital temankan teman di wad.. kesian dia.. macam tak selesa je nak tido.. Disebabkan pada sebelah malam lelaki takleh jaga patient.. sebab tu wad perempuan.. So, teman suruh hubby balik rehat n tido kat umah aje.. kesian dia, sakit2 badan lak kang tido kat kerusi luar hospital tu.. lagipun teman boleh bangun dan bergerak ke toilet atau ke sana ke mari.. walau tak selaju orang sihat, tapi boleh lah.. masih boleh bergerak sendiri.. pe;an2 kayuh.. heee..
Gigih hubby seludup bear dalam beg, bawak lari bear emak dari umah bawak ke hospital.. hu3.. sebab hubby tahu teman kalau tido tak bole tak peluk apa2, sebab memang terbiasa peluk bantal atau apa2 untuk elak tido kosong aje di dada.. (faham kan kenapa?) 
Tu, Bantal tambahan untuk alas belakang sebab tak selesa nak tido.. ho3.. bantal kekabu tu weh.. sedap je tido n peluk.. kalau time masuk antibiotik kat tangan, teman selalu tutup muka dengan bantal tu sebab takut tengok nurse masukkan antibiotik dalam tiub kat tangan teman tu.. sakittt.. tapi 3 minit je.. pastu hilang lah.. heee.. ngengada sungguh dia ni yea! lempang kang.. 
Rasa happy dia ada disisi..
tengok.. ada je dia buat teman nak tergelak.. hu3
haaa.. tengokkkk.. tak sampai sehari tangan teman dah kena cucuk lain plak.. sebab yang kat jari kelingking tadi tak boleh lalu air dah.. bocor.. taktau pasaipa.. nurse cakap mungkin banyak gerak kot.. yelea kot.. sebab jari kelingking teman tu asik terangkat aje.. so, jarum tu bergerak2 la kot.. sedar tak sedar cadar katil tu basah.. rupa2 bocor.. air antibiotik tadi tak masuk rupanya.. doktor panggil nurse cucuk lain.. aduhhhhhh.. masa tu dah gelabah balik.. tak larat dah kot asik tengok jarum aje nih.. 

Pastu paling menakotkan.. Nurse pelatih plak tu yang buat koje cucuk mencucuk ni.. so scary weh.. bukan tak caya kewibawaan diorang dan bukan taknak bagi peluang dekat diorang yang masih baru, tapi teman rasa tak yakin dengan diorang sebab dah banyak kali dengar nurse pelatih salah cari urat, cucuk salah.. bukan satu tempat tapi 2-3 tempat.. sebab tu teman takut.. kita dah le takot jarumm.. memang jadi bahan eksperimen je teman hari tu.. 

hemm.. lepas nurse pelatih tu check2 urat, dia pun try cucuk.. masyaAllah.. memang sah salah urattt.. pedih giler masa tu, teman takleh nak lari mana dah.. redha ajelah.. pastu nurse tu try tangan belah kanan lak, dia try cucuk lagi..haaa.. yang ni memang teman rasa sakit sangat.. sebab macam kena tulang je rasa.. aduh.. masa tu muka teman dah berubah.. tension sangat2.. terus takde mood dan rasa nak sangat2 keluar wad mas tu..

Akhirnya nurse tu cakap tunggu doktor yang cari urat untuk cucuk masuk air.. sambil berlalu, macam frust je muka dia.. rasanya Nurse pelatih tu pun macam faham teman sedang marah, lepas insiden tu, dia tak berani datang katil teman dah.. kesian lea pulak tengok, tapi nak buat camne.. biar jelah..

Malam tu doktor datang dan cucuk lain.. sekejap je jumpa urat.. legaaa.... bila kira2 balik.. ada 5 kesan cucuk kat tangan kiri kanan teman ni..termasuk 2 yang salah cucuk tu.. adoi.. dari takut jarum.. last2 merasa 5 penangan jarum.. hambik kauuu... 

Lepas tu nurse masuk ubat antibiotik lagi, sebagai ganti yang bocor tadi.. hemm.. rasa mengelejat sekejap tangan bila masuk benda tu.. dalam 2 minit camtu sakit reda.. mungkin ubat dah berjalan dalam urat.. baru sakit tak terasa dah.. malam tu jam 10.30 teman dah start puasa balik..

Isnin (4/8/2014) - 3.30 petang, buat Ultrasound
Esoknya tiba.. hari Isnin yang dinanti2 kan.. tak sabo menunggu jam 9.00 untuk ujian Ultrasound.. tak sabo nak tau sakit apa.. tak sabo nak balik.. tak sabo nak bukak jarum kat tangan..

Namun,jam demi jam berlalu.. dah melepasi jam 10.30 masih tak dipanggil2 lagi.. teman dah mula nak menangis tension.. frust sangat2 kalau Ultrasound tangguh lagi... mana taknya.. dah nak dekat seminggu kat wad, air dah berbotol2 masuk.. tangan pun dah start bengkak (walaupun baru semalam cucuk urat baru) lepas dah bengkak taktau mana lagi doktor nak cucuk sebab tangan teman ni susah nak jumpa urat.. haa.. mana lagi? paling tidak mesti amik kat lengan le pulak.. arghh.. kalau tang situ teman surrender.. teman paling takut kalau kat situ.. 

Akhirnya air mata berjurai jugak menangis depan nurse2 tu, depan doktor tu pun teman dah tak kira.. sebab teman dah tension sangat fikir apa sakit teman, pastu depa dok tangguh2.. teman risau menda dalam perut kita tak nampak.. kang daripada boleh diselamatkan jadi lain plak sebab lambat detect sakit apa.. 

Doktor yang nampak teman nangis tu pujuk teman dan bagitau memang akan buat Ultrasound hari tu jugak.. cuma orang ramai.. kena tunggu.. nanti diorang akan panggil.. pastu tak lama kemudian hubby lak sampai.. dia terkejut tengok teman nangis.. dia ingat teman dan gi buat Ultrasound, rupa2nya belum.. last2 dia pun dah hangin.. bila tengok dia hangin..teman plak cuba cool kan diri, teman tenangkan dia dan cuba relax.. 

Dalam menunggu tu, terdengar Nama teman dipanggil.. masa tu teman rasa macam boleh jalan sendiri ke bilik Ultrasound tu, so.. teman taknak lea kerusi roda tu.. sebab rasa macam bole jalan.. tapi bila dah sampai separuh jalan.. terasa macam tekak loya nak muntah.. pening dan nak pitam.. baru teringat teman kan puasa dari jam 10.30 malam tadi sampai lea kul 3.30 petang tu tak makan apa2 pun.. memang lea gastrik naik.. sebab tu teman nak cepat buat Ultrasound tu.. sampai kat depan bilik Ultrasound, teman duduk cepat2.. kadang2 pinjam peha hubby nak baring sebab bila rasa loya nak termuntah bila duduk..

Akhirnya.... nama teman dipanggil, buat ultrasound.. hemm.. masa scan tu doktor kata semua OK.. takde nampak apa2 yang lain.. semua normal.. siap bandingkan ukuran hempedu teman dengan yang normal.. memang tak bengkak serta takde tanda2 ada batu karang ke apa.. then masa tu doktor ada sebut maybe sebab Gastrik Tak Terkawal.. itu pun boleh menyebabkan sakit yang berlarutan macam teman hadap masa tu..

hemm.. memang lah teman tengah gastrik pun masa tu, sebab berpuasa lama sangat.. so, teman tarik nafas lega sebab takde something yang merisaukan disitu.. Dalam hati berharap sangat dapat balik hari tu gak.. memang berdoa banyak2 masa tu..

Dan.. lepas dah buat Ultrasound tu, nurse suruh tunggu doktor datang baru boleh buka puasa.. takut ada nak buat pemeriksaan lain ke katanya.. so, bertahan lagi teman masa tu.. nasib baik tak lama pastu doktor pun datang ke katil dan bagi tahu teman dah boleh berbuka puasa.. keputusan Ultrasound nanti akan diberitahu kemudian.. Ok.. teman tunggu aje..

Esoknya, Selasa, 5/8/2014 ... keluar wad..
Doktor datang ke katil teman dan beritahu result ultrasound semalam.. rasa berdebar2 gak sebab risau kalau2 doktor beritahu keputusan yang teman taknak dengo, walaupun masa ultrasound semalam doktor yang check kat semua OK..

Tapi, mujur akhirnya doktor bagitahu berita gembira.. yang teman punya result takde apa2 masalah.. batu hempedu tak bengkak.. apendik pun bukan.. doktor pun masih mencari apa punca sakit teman tu.. (pelik nape tak tekankan pada gastrik lak? tapi takpelah.. janji teman leh keluar wad) heee..

Akhirnya doktor kata, lepas makan tengahari teman dah boleh keluar wad.. yeayyy!! syukur Alhamdulillah.. dan.. teman pun kembali senyummm.. dah boleh keluar wad, lega.. Tapi...
18/9/2014 (Khamis) nanti teman diberi appointment untuk buat Skop (masuk kamera melalui mulut) untuk tengok tahap Gastrik plak.. aduii.. lamanyaaaa.. eh... macam tak sbo plak ye? sebenarnya, antara takut dengan nak sangat check sebenarnya.. kalau boleh nak check hari tu gak... tapi tu lah.. teman dah tak sanggup dok wad dah masa tu.. ingat nak balik aje..

Sebab apa teman nak balik cepat/sihat cepat?

1. Macam isteri lain, pasti akan fikirkan komitmen sebagai isteri kepada suami, 
siapa nak jaga makan dia, sediakan baju koje dia.. kesian dia..
2. komitmen pada kedai, customer dah ramai tanya bila nak buka kedai
3. berasa menyusahkan family ipoh.. kalau boleh taknak susahkan diorang
4. risau kucen2 tinggal lama.. lebih dari 10 hari kot.. takkan hubby pulak nak uruskan semua.. 
5. risau tangan bengkak dan doktor dah tak dapat cari urat nak masuk air/antibiotik.. 
sudahnya cucuk urat kat lengan lak kangg.. oh tidakkkk
6. sebab tak larat dok hospital lama2.. tension dan rasa tak selesa..
7. sebab bulan September ni nak fly dengan suami untuk restock barang yang dah kurang..(hubby kata kalau tak sihat gak masa tu, tinggal Malaysia.. ) huwaaaa.. tak mau laaaaa..


Akan ingat pesanan2 dan nasihat dari rakan2.. antaranya..
Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· "Allah beri sakit...agar kita redha..untuk dibersihkan dosa-dosa kita..
insyaallah" (kak Jariah)
Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· "dikAla kEsUlitan, ALLAH akAn bErikAn kita pElbAgai pErasAan... 
NamUn sEdih, marah, kecEwa piliHan rAmai, 
cUba mUlakan dEngan REDHA...." (rakan blogger)
Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· "Kita kena kuat, jangan lemah.."(k.has)
Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· "Bila kita sakit jangan stress, cuba bertenang.. 
kerana stress jugak bole membuatkan sakit lebih teruk.. "(rakan Blogger)
Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· "Jangan tinggal solat, sentiasa ingat Allah.. nescaya Allah akan sentiasa beri kesembuhan 
pada kita yang mengingatinya.." (pesan dari Abah)


Tq buat nasihat dan kata2 semangat ni dari insan2 yang melawat dan mendoakan hari tu..

Nota : selepas balik dari wad, saki baki sakit teman tu masih ada lagi.. hinggalah diwaktu teman taip entri ni.. masih ada rasa tak selesa pada perut ni.. tapi Alhamdulillah tak seteruk yang sebelum ni.. mungkin dalam proses untuk sembuh sepenuhnya.. doakan yea.. lagipun syukur Alhamdulillah.. sekurang2nya teman dah boleh ikut hubby ke Ekspo di PWTC semalam.. heee.. nak tau expo apa? nantilah teman citer yea.. (entah bila pulak nak update entri yang tu ye.. ha2..)

Panjang lebor nya entri ni.. lemas nak baca.. ha3.. takpelah.. saja simpan untuk kenangan diri sendiri.. kalau sudi baca habis pun terima kasih yea.. Doakan teman sihat macam dulu yea.. =)

ISTIADAT PENGHORMATAN PENERIMAAN JENAZAH TRAGEDI MH17 | 22 OGOS 2014 | HARI BERKABUNG MALAYSIA

Ikuti Liputan Istiadat Penghormatan Jenazah ‪#‎MH17‬' di TV3MALAYSIATV9 Di Hatiku 
& Livestreaming di http://www.newsplus.my/mh17

ISTIADAT PENGHORMATAN PENERIMAAN JENAZAH TRAGEDI MH17 | 22 OGOS 2014 HARI BERKABUNG MALAYSIA .. Gambar2 ini teman share daripada Blogger comel Ainaa Roseberry untuk teman repost dan share bersama2 kawan2 lain..

Seperti yang kita maklumkan selama ini, pada hari ini iaitu hari Jumaat bersamaan 22 Ogos 2014, Malaysia telah diisytiharkan berkabung sempena memperingati 
tragedi MH17 pada 17 Julai 2014 yang lalu.
Al-Fatihah... بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم ٱلْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØ­ْÙ…َـنِ ٱلرَّØ­ِيم۞ Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞صِرَØ·َ ٱلَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ۞ غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞ #PrayForGaza#PrayForMH370 #PrayForMH17

Alhamdulillah.. syukur akhirnya hasrat keluarga mangsa tragedi MH17 untuk menyemadikan jenazah ahli keluarga mereka akan tercapai jua.. Selepas ini, mereka pasti akan berasa tenang kerana jenazah ahli keluarga mereka telah ada pusara nya.. Walaupun ahli keluarga mereka telah tiada, sekurang2 nya ada pusara nya yang mereka boleh ziarah ketika merindui...

Ok lah.. Nak berkabung pun ada peraturan nya tau., so.. teman nak kongsikan kepada korang antara peraturan Hari Berkabung Malaysia. Semua ini dilakukan sebagai tanda hormat kepada mereka yang terkorban. Terpulanglah pada masing masing, nak ikut ke tak. 

PERATURAN HARI BERKABUNG MALAYSIA

1) Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang diseluruh negara pada hari berkenaan.
2) Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan.
3) Pakai hendaklah warna warna yang suram dan tidak warna terang atau garang. Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih) / selendang hitam.
4) Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan digantikan dengan bacaan Al-Quran dan program berunsurkan keagamaan.

TERKINI!!!
#MalaysiaBerkabung - Ikuti Istiadat Penghormatan Jenazah Mangsa Tragedi MH17 secara langsung menerusi semua saluran TV dan Radio Media Prima Berhad. Siaran langsung akan bermula jam 9.30 pagi nanti. Seluruh rakyat Malaysia diminta menyertai Detik Bertafakur selama satu minit yang dijangka berlaku antara jam 10.45 pagi hingga 11.15 pagi. Pengumuman masa sebenar Detik Tafakur akan disiarkan menerusi saluran TV dan Radio Media Prima Berhad.


PESAWAT MH6129 bertanggungjawab membawa 20 jenazah mangsa MH17 melintasi ruang udara Perak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pagi ini.

21 Ogos 2014

RINDU AWAK 200% EPISOD 23 | TONTON ONLINE JOM!

Rindu Awak 200% Episod 23



Rindu Awak 200% Episod 23
Slot Akasia TV3
Tonton Online

RINDU AWAK 200% EPISOD 22 | TONTON ONLINE JOM!




Sinopsis Episod 22 Rindu Awak 200%. Faezrul telah menghulurkan satu sampul surat putih pada Armel. Rupa-rupanya, ia adalah tiket kapal terbang mereka ke Turki untuk berbulan madu. Mereka pun membuat persiapan untuk berangkat ke Turki.

Rindu Awak 200% Episod 22
Slot Akasia TV3
Tonton Online

RINDU AWAK 200% EPISOD 21 | TONTON ONLINE JOM!

Aishhh.. teman dah jatuh cinta kot dengan citer ni weh.. actually suka tengok gaya Zul Ariffin dalam Drama ni.. Bersahaja aje.. Romantik aje.. Sweet aje kann.. he2.. Yang benonya teman tak minat lansung kat Zul Ariffin ni dulu.. tapi bila tengok lakonan dia dalam Drama ni.. adeh.. terbekenan eh terrr minat le pulok.. kekekekekeke...

So, disebabkan teman udah tersuka citer ni.. maka, nak letaklah Video dari episode 1 ke episode 28... Rindu Awak 200% telah mula ditayangkan pada 15 Julai 2014. Menggantikan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan dan bersiaran 28 episod. Karya novel: Liyana Zahim.. Ni teman letak dulu Episode 21 yea.. heee.. jom tengok.. teman pun baru nak nengok episod yang ni.. =)



Rindu Awak 200% Episod 21
Slot Akasia TV3
Tonton Online

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers