Nak tahu tak? Selain daripada mengawal makan serta bersenam, minuman juga mampu membantu kita mengecilkan perut yang buncit. Ia bukan sahaja menyegarkan saat kita meneguk di kala hari yang panas, malah ia juga membantu kita menjaga bentuk badan yang ideal serta menurunkan berat badan.
Tetapi itu tidak bermaksud minum minuman seperti soda dan bergas ya.
Terdapat 5 minuman yang membantu kita mengecilkan perut.
✔ AIR PUTIH / MINERAL /DRINKING WATER
Minum air seperti ini dapat membantu kita menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Malah ia juga mencegah hidrasi serta mengurangkan rasa lapar. Jadi, tidak hairan dengan beberapa teguk air putih mampu mengurangkan suapan nasi atau makanan dalam mulut. Bukan itu sahaja, ia juga membantu melancarkan sistem perkumuhan dalam badan serta mengeluarkan segala toksik dalam badan melalui peluh dan air kencing. Sebaiknya minum air putih sebelum dan selepas tidur.
✔JUS TEMBIKAI
Ya, tidak di nafikan minuman ini sangat sedap untuk di minum terutamanya di musim panas. Tetapi ia juga boleh membantu menurunkan lemak di tubuh serta meningkatkan ketahanan serta membentuk otot. Jus ini mempunyai kandungan seperti nutrisi, likopen dan vitamin yang dipercayai mampu mencegah kanser.
✔TEH AIS PAPERMINT
Kombinasi teh dan papermint bermanfaat menyegarkan serta bantu membakar lemak. Papermint juga membantu tubuh untuk mencerna makanan tinggi lemak seperti steak dan burger dengan lebih lancar dan cepat.
✔TEH HIJAU
Siapa yang tidak tahu dengan kehebatan minuman teh. Ia bukan sahaja dapat menenangkan diri malah ia juga terbukti efektif dalam mengurangkan lemak di badan. Sebaiknya minum teh sebelum kamu lakukan segala aktiviti yang mengeluarkan peluh agar proses pembakaran lebih berkesan.
✔MILKSHAKE COKLAT
Kanak-kanak memang suka dengan air berperisa ini bukan ? Jangan kata kanak-kanak, kita dewasa pon memang sukakan minuman ini. Minuman ini memang tidak di nafikan boleh membantu melancarkan proses penurunan berat badan.
Nak tahu macam mana? Minuman ini mampu membuatkan kita kenyang, secara tidak langsung ia akan membuatkan kita rasa kenyang. Tetapi harus di ingat, kalori untuk minuman ini sangat tinggi.
Oleh itu pastikan selepas kita minum, sulamkan dengan air putih untuk menstabilkan kandungan kalori dan gula dalam badan.
Nak tahu macam mana? Minuman ini mampu membuatkan kita kenyang, secara tidak langsung ia akan membuatkan kita rasa kenyang. Tetapi harus di ingat, kalori untuk minuman ini sangat tinggi.
Oleh itu pastikan selepas kita minum, sulamkan dengan air putih untuk menstabilkan kandungan kalori dan gula dalam badan.