Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

15 September 2014

CEGAH DARI TERKENA BISA CHARLIE / ROVE BEETLE

Haii.. tetiba lak nak tahu lebih lanjut pasal si Charlie ni.. ni semua gara-gara Blogger Eyma Lydia yang mengadu terkena asid Charlie di wajahnya... kat atas dahi Eyma kot rasanya.. tak ingat dah.. lama dah Eyma post pasal ni.. 
Cuma baru2 ni lak teman nak tahu lebih lanjut pasal Charlie ni lepas tengok ada kawan post gambar diatas bersama seorang baby yang terkena bisa asid Charlie ni.. seram tengok gambar baby tu, kesiaan sangat2 tau, so, teman taknak letak gambar baby tu kat sini.. korang google lea sendiri ye..

tQ buat Eyma (pemilik blog http://www.eymalydia.com/ ) sebab buat teman mengenal si Charlie ni, kalau tak teman sendiri taktau apokobondo eh Charlie ni.. Serius, teman baru 1st time dengar nama Charlie ni dari Facebook Eyma la.. kalau tak, bukan takat nama, jumpa pun tak pernah.. taktau rupa mana si Charlie ni.. or..

Maybe pernah jumpa tapi anggap i serangga biasa aje.. bila tanya kat hubby teman, dia kata dia pernah kena, bengkak tangan dia katanya.. Aishh.. nampaknya teman ketinggalan jugak kali ni.. heee.. tapi takpe.. teman masih yakin yang ada diantara kita diluar sana (yang tengah baca entri ni, masih tak kenal siapa Charlie itu.. heee) apa-apa pun jom baca dan lihat gambar camne rupa si Charlie ni, at least kalau terserempak, korang tau apa nak buat kan.. 
Rove Beetle atau nama lain Charlie sangat beracun (Racun Charlie bersamaan dengan 12 kali ganda racun Cobra) . Orang Melayu panggil SEMUT SEMAI / SEMUT KAYAP. Terdapat lebih kurang 47,000 jenis spesis untuk serangga ini. Saiznya yang kecil kurang 1cm. Charlie kebanyakkan dijumpai di padang padi, padang sekolah dan hutan. 

Charlie dewasa boleh hidup sehingga 40-60 hari.
Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia.
Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. 
Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. 
Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. *Rujuk Gambar di Bawah*

Waduh.. macam tu kesannya kalau terkena asid Charlie ni yea.. memang nampak berbisa tu.. mesti gatal tu kan.. kalau garu, tu yang jadi macam tu kot.. So, untuk mengelakkan kita dari terkena benda yang sama, lebih baik mencegah daripada mengubati kan..

Kesukaan Charlie ialah :
Tertarik pada cahaya lampu waktu malam. 

Cara-Cara untuk mengelak Charlie dari mendekati kita :
  • Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu / tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. 
  • Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. *guna aerosol itu payah sikit. dia susah mati sebab dia lasak* 
  • Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. 
  • Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. KALAU ADA RASA GATAL OR SUSPEK GATAL-GATAL PI MANDI TERUS.
  • Letak bedak biar dia kering, tangan tu jangan menggatal pergi mengurut / mengusik / menggaru or sewaktu dengannya.
  •  Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.
Yang Charlie Tak Suka ialah :
* ubat gegat tahu? Ala, yang macam mentos tu lerr. Bau dia busuk kan? Mmg betul, elakkan ubat gegat tu terkena cahaya matahari. Kalau kena cahaya matahari,habis bau ubat gegat bilik korang nanti. *

TIPS - TIPS untuk menyelamatkan diri daripada Charlie ~
  • Sebelum tidur, make sure katil korang "clear" daripada Si Charlie.
  • Kalau Charlie masuk bilik, buat cool sudah, jangan kecoh, tutup lampu untuk 10-15 minit. Pintu & tingkap make sure buka biar dia keluar bilik. 
  • Kalau jumpa Charlie singgah dekat badan, jentik je, jangan menjerit / pukul sampai penyek, sebab Charlie rasa tergugat kalau dengar bunyi bising ( jeritan ) and dia akan terus sengat. Kalau pukul sampai penyek, bila abdomen dia pecah, BISA dia akan mengalir di badan kita. Mulalah penyakit gatal sana sini. 
PLEASE TAKE NOTE : CHARLIE SEBENARNYA TAKDE MASALAH, TAK MEMBAWA MUSIBAH, DIA MENJADI BAHAYA BILA BAHAGIAN ABDOMEN YANG MENGANDUNGI HAEMOLIF AKA RACUN TU PECAH & RACUN TU LEKAT DEKAT KULIT KITA. 

KEPADA SESIAPA YANG DAH TERKENA GIGITAN CHARLIE ITU, NAK BUANG PARUT CHARLIE, DISINI TEMAN SHARE KAN LIST UBAT-UBAT YANG BERKESAN :) (info dari Blogger Min)

UNTUK HILANGKAN PARUT :

CALAMINE CREAM 
*BELI DI PHARMACY*
ALOE VERA GEL ( FRUIT OF EARTH )
*BOLEH DIDAPATI DI GUARDIAN / WATSONS BERHAMPIRAN*
YOGURT NATURAL 
*APA-APA JENAMA BOLEH DIGUNA TAPI MAKE SURE DIA ASLI , JANGAN BELI YANG BERPERISA*

*SELAIN MENGHILANGKAN PARUT, YOGURT BOLEH DISAPUKAN DI MUKA UNTUK DIJADIKAN MASK & MENGALUSKAN KULIT MUKA *


TERKENA GIGITAN / SENGATAN / RACUN SERANGGA :

FUCICORT

GENTAMICIN

Terima kasih buat Blogger Min kerana entri beliau telah memberi bermacam2 tips dan info tentang si Charlie ni.. lepas dah baca, semakin berhati2 nak pastikan tempat tido dan kawasan dalam umah bersih sebelum duduk dan tidur.. 

Credit To :

KENALPASTI PENYAKIT MELALUI WAJAH

KENALPASTI PENYAKIT MELALUI WAJAH | Sharing is Caring | Mungkin ramai yang tak tahu yang melalui wajah juga kita dapat mengenalpasti penyakit.. dan melalui urutan pada wajah dan tubuh badan juga boleh melegakkan sakit serta menjadi terapi untuk ketenangan.. jom baca dan cuci mata.. heee..
  

12 September 2014

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

[Siapa nak join sila tekan banner di atas]
As-Salam
Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 

Doa dan Petua Elak Terkena Angin Ahmar/Stroke

Doa / Penawar /Usaha / Petua Elak Terkena Angin Ahmar/Stroke |
Teman up dulu entri yang ni yea.. sebab entri untuk gi jengjalan ke luar negara macam takleh nak up je lagi.. next entri ajelah teman up yea.. heee.. Ok lah, jom baca entri yang ni dulu..

Baru-baru ni teman ada mendapat berita tentang Abah officemate teman terkena stroke, badannya tak boleh bergerak sebelah.. agak terkejut dengan berita tu, dalam hati mendoakan semoga abah sahabat baik teman (liza) segera sembuh.. Alhamdulillah beberapa hari selepas tu teman dengar berita melegakan.. Alhamdulillah.. Doktor kata mujur cepat bawa ke Hospital, Apa-apa pun semuanya kuasa Allah.. Allah yang memberi penyakit, Allah juga yang menyembuhkannya.. Dari situ teman terpanggil untuk berkongsi dengan semua tentang Sejarah/Petua serta Doa untuk diamalkan bagi mengelakkan terkena Angin Ahmar.. 


Sejarah Penyakit Angin Ahmar/Stroke
Penyakit Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan (lumpuh), yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhamad s.a.w umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut di samping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhamad s.a.w dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhamad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah s.w.t telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Rasulullah lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.

Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakini doa ini, kerana dengan keyakinan itu insya-Allah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.

Memadai kita amalkan sekali sepanjang hayat kita doa atau ayat seperti yang tertera di bawah. Namun jika berkesempatan masa lebih elok diamalkan selalu.
Doa lengkap Elak Angin Ahmar 
(Untuk Ayat yang panjang, perlu dibaca sekurang2nya sekali seumur hidup, Manakala untuk Ayat yang pendek, boleh diamalkan membacanya selepas tiap kali solat) :
Doa Pendek Elak/Ubati Angin Ahmar (Strok)
Pada zaman Nabi Muhammad SAW cucu baginda iaitu Saidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu bainda bahawa Hassan terkena penyakit angin, lalu Baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ADA .. lalu ghaib. 

Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walaupun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa tersebut, lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saidina Hasan, boleh berdiri dan sihat walaifiat .




Doa Panjang Elak/Ubati Angin Ahmar/Strok

Maksud doa:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan denganNya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifatMu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiriNya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap Syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepadaMu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisiMu. KepadaMu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam.
Kaedah Rawatan : 
Setelah disediakan bahan yang diperlukan maka hendaklah dibaca : 
1-Surah Al-Fatihah 
2-Surah Al-Baqarah ayat 255 ( Ayatul Kursi ) 
3-Bacalah Doa Angin Ahmar
4- Surah Al-Talaq ayat 1-2 
5- Surah Hud ayat 119

Kemudian tiuplah kepada air-air tersebut sehalus jarum. Niatkanlah supaya menjadi penawar kepada si pesakit yang menghadapi penyakit angin ahmar. Berbisiklah kepada air dan bahan-bahan tersebut akan niat kita supaya menjadi ubat kepada pesakit juga dengan rahmat dari Allah swt.

Berilah minum kepada pesakit . Pintalah penderita tersebut supaya membaca al-Fatihah ,ayatul kursi dan selawat sebelum meminum air jampi tersebut. Solat hajat dan berdoalah semoga pesakit berpeluang sembuh seumpama sedia kala supaya dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna.

Selain dari melakukan rawatan dengan mengambil berkat teknik dan sunnah Rasullulah saw janganlah menyisihkan teknik dan cara rawatan lain. Usahalah juga dengan aneka perubatan lain. Selepas itu bertawakkallah kepada Allah. Moga-moga Allah memperkenankan hajat dan menilai mujahadah serta kegigihan kita mendepani ujian-Nya.

Petikan :
Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus
Halaman 171-179
Ustad Sharhan
Credit to : mselim3.blogspot.com

Petua Mengelak Stroke dan Angin Ahmar
 (Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati)
Adapun, di dalam perubatan moden, Stroke dan angin ahmar dilihat sebagai sama. Namun, di dalam Perubatan Islam, stroke dan Angin Ahmar adalah dua hal yang seakan sama, tetapi berbeza. Ianya dilihat dari faktor :

1) Asal Usul (Punca)
2) Simptom (Tanda)
3) Kaedah Rawatan

Di sini dikongsikan beberapa cara yang boleh dilazimkan untuk mengelak sebagai langkah utama (First Aid) dan kaedah rawatannya secara ringkas seperti berikut ;

1) Pastikan Tekanan Darah (Systolic dan Diastolic) sentiasa stabil (120/80)
2) Pastikan tahap Kolestrol sentiasa rendah terutamanya LDL dan Trigliserida.
3) Amalkan Meminum Cuka (cuka epal/kurma/madu)  3sudu ditambah Air masak (atau air mineral)  setengah gelas (150-200ml) setiap malam sebelum tidur.

4) Amalkan menyapu Minyak zaitun ke tubuh, sekurang-kurangnya ke belakang leher, sekerap mungkin (Bertujuan memberi haba pada saluran sinus carotid yang menjadi punca kepada sumbatan darah sehingga menyebabkan Stroke)

5) Amalkan mengambil kurma 3-5 biji sebagai awalan sarapan.

6) Kurangkan pengambilan kafein terutamanya Nescafe.

7) Amalkan Habbatus  sawda (biji atau pati), setiap pagi sebelum sarapan.

8) Lazimkan diri dengan Riadah Memanah (Khusus untuk Otak dan Jantung), Berkuda (Khusus untuk Tulang Belakang) dan Berenang (Khusus untuk sistem kardiovaskular).

9) Amalkan mandi songsang (Siraman bermula dari kaki ke arah kepala perlahan-lahan) setiap kali mandi pagi dengan air sejuk bukan air panas.

10) Elakkan pengambilan herba atau pemakanan tambahan dengan ambilan dos yang tidak terkawal. Perkara ini akan merosakkan hati jika ianya berlarutan.

Dan banyak lagi perkara lain dalam usaha mengelakkan Stroke dan Angin Ahmar iaitu antara penyakit yang dibimbangi oleh kebanyakan mereka yang berumur 40an.

09 September 2014

Savely Arrived

Savely Arrived

Alhamdulillah.. syukur.. dah sampai dengan selamat di tanahairku Malaysia.. Syukur urusan pun selesai dengan lancar.. rasa lega bila dah sampai ke Malaysia.. hemm.. tapi tak sempat rehat lagi ni.. sampai2 aje rumah terus mengemas dan mencuci umah sebab separuh ruang tamu dah penuh tahi dan air kencing kucing.. sape lagi kalau tak si Oyen tu punya perangai.. adeh..

Masa buka pintu dah tercium bau "harum" semerbak.. erghhh.. perut lapar nak makan Nasi Beriani yang ditapau dari Air Asia tadi, tapi tak sanggup nak jamah kalau alam sekitar berbau harummm kan? hahaha... teman tak jadi makan.. walhal perut dah berkeroncong sangat.. terpaksa kemas umah, cuci umah bersih2 dulu.. baru puas hati.. pastu tukar pasir kucen, pastu siap mandikan lagi tiga2 ekor tu..


Dalam sibuk2 mengemas dan mencuci lantai yang penuh dengan air kencing kucen... Butang dan Oyen berkelahi le pulak.. bergomol sampai tercabut2 bulu... aduii.. teman dah terjerit2 nak meleraikan Oyen dan Butang, tapi tak jalan.. Butang dan Oyen macam takleh berhenti bergaduh.. teman pun sembur dengan air.. masih bergaduh gak.. 

Lepas tu, hubby teman pun cuba jugak leraikan dengan pukul dengan tuala.. dan cuba tolak butang ke tepi.. dengan tiba-tiba butang mencakar dan menggigit tangan hubby teman.. tapak tangan dan belakang tapak tangan bercalar dan berlubang kena gigit dan kena cakar.. besar jugak cakaran butang tu.. 

Teman cepat2 suruh hubby teman basuh tangan dia takut kalau ada kuman, nanti kuman merebak lak.. lepas dah cuci bersih2 teman pun sapu minyak gamat.. tengok malam kang kalau bengkak, kena bawak gi klinik la kot.. cucuk.. risau sebab cakar kucing ni bahaya jugak.. 

Hemm.. nak cerita panjang2 pun, teman ada koje ank kena siapkan.. nantilah kita sembang2 lagi yeaa..

01 September 2014

DOA NAIK KENDERAAN DARAT, LAUT DAN UDARA

DOA NAIK KENDERAAN LAUT DAN UDARA |
Takde entri nak di up kan buat masa ni, jadi teman up kan ajelah entri yang ni untuk dikongsikan bersama kawan-kawan semua yea.. memandangkan lagi sehari je teman nak fly dah.. (Rabu 3/9/2014) teman akan fly bersama-sama kakak ipar n husband dan Anak sedoro n husband.. heee.. kali ni gi ramai sikit tapi sambil jalan sambil cari barang bisnes.. 

ho2.. bukan makan angin suka-suka je tauu.. Apa-apa pun, walaupun hati rasa excited.. tapi rasa cuak tu pun ada gak.. tambahan pulak dengar macam-macam certita berkaitan kapal terbang ni kan.. takut gak teman... tapi nak buat camne.. dah tuntutan kerja dan masa depan kami.. terpaksa jugak redah.. hanya tetapkan dalam hati yang Allah akan sentiasa bersama kami, memelihara keselamatan kami semua pergi dan balik serta dimana saja kami berada.. Moga allah permudahkan segala urusan kami ketika di sana.. Aamiinnn.. 

Untuk tak membuang masa lagi, bagi sape2 yang turut nak fly dalam masa terdekat or dalam perancangan.. meh le baca perkongsian dari teman ni ye.. hoper berguna untuk korang..

...................................بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ Ù…َجْرَاهَا ÙˆَÙ…ُرْسَاهَا

(Bismillaahi majreehaa wa mursaahaa.........Inna Rabbi Laghofur rur Rahim...)

Ertinya :
Dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya, sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang..

Keterangan :
Doa ini bersumber dari Al-Qur'an, surat Huud ayat 41. Di zaman Rasulullah, doa ini hanya doa naik kenderaan laut, lalu setelah ada pesawat terbang, doa ini juga dipakai untuk naik pesawat terbang .

 DOA MENANIKI KENDERAAN DARAT
DOA PELINDUNG MOGA ALLAH MELINDUNGI DARI SEGALA MALAPETAKA

30 Ogos 2014

31 sen Per Unique Visit from 8share sempena Merdeka!

Jom Daftar 8Share Klik Sini --->  8share |
Dan selepas daftar korang akan dapat RM1.00 dalam akaun korang, lepas tu mulalah share iklan2 tu dekat Twitter/Blog/Facebook atau mana2 laman sosial lain yang korang ada.. dann.. lepas tu tengoklah akaun korang.. haa.. semakin bertingkat-tingkat wehhh.. hehehehe.. teman dah cashout berkali-kali dah.. syukur.. rezeki.. Korang pun boleh gak, cuma kena rajin share kat wall FB dan laman sosial lain jelah.. jangan malas yea.. Good luck..
Jom Daftar 8Share Klik Sini --->  8share |
Yep! It's happening this Sunday31st August 2014
Remember, only valid for all UV that come in from 7pm to 8.59pm.
So, who's excited for HARI MERDEKA?
Jom Daftar 8Share Klik Sini --->  8share |
Haaa.. nampak tak apa yang bertulis Hijau kat atas ni?? Best kan!! Bagi kawan-kawan yang dah daftar 8share tu.. haaaaa.. ni ada pengumuman terbaru dari Yuna 8share , Yuna kata sempena Hari Kemerdekaan ni, pada 31hb Ogos 2014 bermula jam 7.00pm hingga 8.59pm kita akan dapat RM0.31 sen bagi setiap UV.. hee.. selalunya RM 0.20 kan? haaa.. kali ni untuk special day, RM 031 sen depa kasiii.. haaa.. jangan lupa rajin2 kan diri share iklan-iklan tu yea.. Okey... byee..
Jom Daftar 8Share Klik Sini --->  8share |

29 Ogos 2014

SEJARAH JALUR GEMILANG


Keratan Akhbar Berita Minggu 24 Ogos 2008
Surat Hamzah ketika menghantar rekaan bendera Malaysia.
JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan.
Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.
Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.
Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.
Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur GemilangNama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.
Jalur Gemilang dalam catatan sejarah
1. Pada 1999, Azhar Mansur, rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia secara solo membawa Jalur Gemilang merentasi Cape Leeuwin di Australia, South Cape di New Zealand, Cape Horn di Amerika Selatan, Kepulauan Fernando de Noronha di Lautan Atlantik dan Cape of Good Hope di Afrika Selatan.

2. Pada 23 Mei 1997, dua pendaki Projek Malaysia-Everest 97, M Magendran dan N Mohandas berjaya memacakkan bendera di puncak Everest setinggi 8,848 meter diseliputi salji selepas kira-kira dua bulan mendaki.

3. Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, membawa bendera Malaysia ketika berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selama 11 hari mulai 10 Oktober 2007.

4. Pemain badminton negara, Lee Chong Wei berjaya memenangi pingat perak pada temasya Olimpik Beijing 2008. Beliau sebelum ini pernah memenangi emas pada Sukan Komanwel 2006.

Fakta Jalur Gemilang
Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat IdrisCadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995.

Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara.

Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September 1996.

28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Maksud lambang dan warna;- Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju dan arah yang sama dianuti rakyat negara ini.

- Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.

Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers