Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

18 September 2014

LEKAT LEKIT STORY SILA JAWAB YEA.. he3

 
Heheheheheh.. buat julung kalinya.. teman tetiba terasa nak tuju soalan cepu cemas dekat Blogger Suria Lekat Lekit pemilik Blog Lekat Lekit Story .. kat bawah tu soalan-soalan untuk Suria Lekat Lekit jawab yea.. jangan marah sebab banyak bebeno nak jawab.. kekekeke...

Sebelum tu untuk mereka yang baru mengetahui atau baru mendengar tentang Liebster Award ni, jom kita baca apa makna dan tujuan Liebster Award ni yea.. dalam banyak-banyak pendapat yang teman baca di blog2 rakan.. teman agak setuju dan suka dengan pendapat dan pemahaman oleh Blogger Nazlee a.k.a PCL.. ini dia teman tempekkan kat sini.. jom baca.. jangan lupa singgah Blog PCL yea.. Blog beliau ada macam-macam informasi tau.. 
APA ITU LIEBSTER AWARD?

Informasi ; Liebster Award ni ialah sebuah Anugerah yang hanya wujud di internet dan diberikan kepada blogger oleh blogger lain . Ia berasal dari Bahasa Jerman - perkataan " liebster " itu sendiri mempunyai beberapa definisi : dearest, manis, paling baik , tercinta, indah, baik, menyenangkan, bernilai , comel, selamat datang (newbie blogger) dan seumpamanya .

Bila seseorang blogger telah di tag oleh blogger lain, tindakan selanjutnya ialah samada boleh menerima atau menolak anugerah tersebut (bergantung kepada pandangan peribadi) .

Dengan menerima/menyertai ianya boleh dianggap sebagai sebuah 'game blog' . Ada juga blogger yang menganggapnya sebagai bentuk 'gangguan blog' maka ia dibiarkan begitu sahaja . Ini semua bergatung kepada pandangan peribadi,  terpulang lah dan apa-apa jer lah !

Cara membuat entri penerimaan anugerah

  • meletakkan button Liebster Award ;
  • jawab 11 soalan daripada pemberi anugerah 
  • kemukakan 11 soalan sendiri  (teman hantam aje berapa soklan nak kasi) dan 
  • tag / anugerahkan banner kepada blogger berkenaan dan maklumkan kepada mereka supaya mereka tahu.
Tujuan 'game' ini adalah untuk lebih saling kenal mengenal sesama blogger dengan meberikan mereka soalan-soalan dan mejawab pertanyaan . Kemungkinan dari maklum balas oleh keduan pihak dan button anugerah seperti  'Liebster Award' ini boleh direalisasikan supaya tujuannya tercapai.

Nak jawab SOALAN dari 
Blog LEKAT LEKIT STORY dulu lah.. heee..

1. Kat mana mula2 jumpa blog lekat lekit? Melalui bloglist blogger lain @ melalui link yang di share kat group2 blogger @ kat memana sila nyatakan ?
Teman tak berapa ingat yang ni, tapi rasanya kenal melalui FB kot.. rasa2 nya lah.. hu3.. lost memory sudah.. udah tua.. kekekeke..
2. Apa yang korang tak suka tentang blog melekat lekit? Hahahahaha Jawab!
Okeh, jawapan jujur ni tau.. teman memang jarang komen kat blog Suria Lekat lekit, tapi selalu jugak singgah dan baca entri awak yea.. Apa yang menyebabkan teman singgah di blog awak? sebab teman suka baca ayat2 garang dan straight to the point awak tu.. heeeeeee.. memang garang awak ni.. heee..

3. Secara Ringkas tentang diri korang dalam sebaris ayat dengan hanya satu Noktah .
Teman ingin pendapatan yang serius melalui ber blog untuk tampung keperluan peribadi dan untuk simpanan masa tua, Hope one day Allah boleh menjadi kenyataan, dan moga Allah makbulkan, Aaminnnn... doakan teman yea Suria Lekat Lekit. (satu noktah la ni kan? cum,a koma banyak.. kekekek)
Soalan Buat 
Owner Blog LEKAT LEKIT STORY lak, 
sila jawab yea.. heeee..

1.) Suka Kucen tak? sila sebutkan baka kucen yang awak suka
2.) 3 Nama kucen yang awak bela sekarang
3.) 5 Perkara Yang Awak Paling Tak Suka Buat?
4.) Kalau Hari Merdeka awak keluar tak sambutnya sambil tengok bunga api?
5.) Kalau terperangkap dalam jam, apa awak buat yea?
6.) Waktu tidur awak jam berapa
7.) Perkara yang mula-mula sekali awak lakukan seawal pagi setiap hari
8.) Makanan dan Minuman kegemaran awak?
9.) Suka Shopping tak?
10.) Kalau ada duit banyak, awak nak buat apa?
11.) Sila Komen Jujur untuk soalan ni... 
a.) Beri pendapat awak tentang Blog teman (penambahbaikan)
b.) Apa yang patut ada atau apa yang patut takde dalam blog teman.. heee.. komen je.. 

heee.. itu je soalannyaaa.. hehehehehe.. teman nak tag khas untuk Blogger Suria lekat Lekit je ni, tapi kalau ada Blogge rlain yang sudi menjawab soalan teman ni, silalah letak link kat sini yea.. heeee...

17 September 2014

LABEL, PRINTING, EXHIBITION DI PWTC

ASIA SIGN & LED EXHIBITION 2014 |
14-17 Ogos 2014 di PWTC 









16 September 2014

1st GIVEAWAY RM400 ++ BY ASYA AMIN

KLIK BANNER UNTUK JOIN!

JOM join Ramai2... 1st GIVEAWAY RM400 ++ BY ASYA AMIN |

HADIAH? here goes,

1. RM 100 x 1

2. Dress labuh x 2 - By 7teencollection
3. Beats MP3 Player x 6
4. Gelang Mutiara x 1- By Blogger Miss Boo
5. 1 Shirt ( Short/Long sleeves) x 1

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG KITA

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG |

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.


** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

15 September 2014

Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia

Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah... setelah sebulan lebih perancangan, akhirnya dapat juga saya lancarkan buat julung kalinya Mega Giveaway 2014. 

Give Away ini adalah sempena bulan kelahiran saya dan anak merdeka Faiqah iaitu pada tanggal 31 Ogos. Mega Give Away ini dianjurkan oleh pemilik blog ini dan ditaja oleh ramai blogger untuk mencari ramai pemenang. 

Mega Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh:
03 Ogos 2014  hingga 16 September 2014 [23:59PM]

Hadiah:
Cash RM30
Cash RM20
Cash RM20
1 Naskah al-Quran
Buku terbitan Ana Muslim 
Buku Agama x 1 Pemenang
Kain Ela 2Meter Warna Plain
Wallet Sophie Paris
Wallet
Widescreen Sticker
Voucher RM5 untuk barang preorder di Cayesha
Brooch
2 Car Perfume
Keychain Sarawak
EXO-M Postcard
Bookmark dan Keychain
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 2 
Topup RM5 x 2 
Header Blog x 2 
Watermark x 5 
Review Blog x 2
Hadiah Misteri x 2 

Tugasan Kedua Cabaran Miliki iPhone 5s Impian Setiap Blogger

Tunggu punya tunggu akhirnya tibalah masanya untuk melakukan Tugasan Kedua Cabaran Miliki iPhone 5s Impian Setiap Blogger yang bermula pada hari ni 15 September 2014 sehingga 15 October 2014 anjuran dari denaihati.com. 

Bagi rakan-rakan yang tak ketinggalan menyertai cabaran pertama contest iPhone 5s gadget impian setiap blogger, sudahkah korang semak blog korang samada tersenarai atau tidak untuk ke peringkat seterusnya? Kalau belum.. cepat2lah semak yea.. klik dekat link yang ada dibawah sekali tu ye.. Bagi yang telah berjaya ke peringkat seterusnya iaitu seramai 140 orang blogger layak untuk cabaran kedua ni... teman ucapkan Tahniah yeaa! Hee.. teman No.84 tauu..
Bagi teman cabaran kedua ni agak senang tetapi memerlukan pengorbanan dari segi masa.. syarat paling penting.. line internet kena laju.. kalau tak.. memang tak tersenarai diantara 70 yang bakal dipilih untuk ke peringkat seterusnya.. hu3.. Apa-apa pun teman akan terus berusaha untuk memenangi iphone 5s tu.. Semoga rezeki berpihak kepada teman.. Aamiinn.. 

KLIK
|
|
v

CEGAH DARI TERKENA BISA CHARLIE / ROVE BEETLE

Haii.. tetiba lak nak tahu lebih lanjut pasal si Charlie ni.. ni semua gara-gara Blogger Eyma Lydia yang mengadu terkena asid Charlie di wajahnya... kat atas dahi Eyma kot rasanya.. tak ingat dah.. lama dah Eyma post pasal ni.. 
Cuma baru2 ni lak teman nak tahu lebih lanjut pasal Charlie ni lepas tengok ada kawan post gambar diatas bersama seorang baby yang terkena bisa asid Charlie ni.. seram tengok gambar baby tu, kesiaan sangat2 tau, so, teman taknak letak gambar baby tu kat sini.. korang google lea sendiri ye..

tQ buat Eyma (pemilik blog http://www.eymalydia.com/ ) sebab buat teman mengenal si Charlie ni, kalau tak teman sendiri taktau apokobondo eh Charlie ni.. Serius, teman baru 1st time dengar nama Charlie ni dari Facebook Eyma la.. kalau tak, bukan takat nama, jumpa pun tak pernah.. taktau rupa mana si Charlie ni.. or..

Maybe pernah jumpa tapi anggap i serangga biasa aje.. bila tanya kat hubby teman, dia kata dia pernah kena, bengkak tangan dia katanya.. Aishh.. nampaknya teman ketinggalan jugak kali ni.. heee.. tapi takpe.. teman masih yakin yang ada diantara kita diluar sana (yang tengah baca entri ni, masih tak kenal siapa Charlie itu.. heee) apa-apa pun jom baca dan lihat gambar camne rupa si Charlie ni, at least kalau terserempak, korang tau apa nak buat kan.. 
Rove Beetle atau nama lain Charlie sangat beracun (Racun Charlie bersamaan dengan 12 kali ganda racun Cobra) . Orang Melayu panggil SEMUT SEMAI / SEMUT KAYAP. Terdapat lebih kurang 47,000 jenis spesis untuk serangga ini. Saiznya yang kecil kurang 1cm. Charlie kebanyakkan dijumpai di padang padi, padang sekolah dan hutan. 

Charlie dewasa boleh hidup sehingga 40-60 hari.
Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia.
Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. 
Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. 
Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. *Rujuk Gambar di Bawah*

Waduh.. macam tu kesannya kalau terkena asid Charlie ni yea.. memang nampak berbisa tu.. mesti gatal tu kan.. kalau garu, tu yang jadi macam tu kot.. So, untuk mengelakkan kita dari terkena benda yang sama, lebih baik mencegah daripada mengubati kan..

Kesukaan Charlie ialah :
Tertarik pada cahaya lampu waktu malam. 

Cara-Cara untuk mengelak Charlie dari mendekati kita :
  • Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu / tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. 
  • Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. *guna aerosol itu payah sikit. dia susah mati sebab dia lasak* 
  • Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. 
  • Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. KALAU ADA RASA GATAL OR SUSPEK GATAL-GATAL PI MANDI TERUS.
  • Letak bedak biar dia kering, tangan tu jangan menggatal pergi mengurut / mengusik / menggaru or sewaktu dengannya.
  •  Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.
Yang Charlie Tak Suka ialah :
* ubat gegat tahu? Ala, yang macam mentos tu lerr. Bau dia busuk kan? Mmg betul, elakkan ubat gegat tu terkena cahaya matahari. Kalau kena cahaya matahari,habis bau ubat gegat bilik korang nanti. *

TIPS - TIPS untuk menyelamatkan diri daripada Charlie ~
  • Sebelum tidur, make sure katil korang "clear" daripada Si Charlie.
  • Kalau Charlie masuk bilik, buat cool sudah, jangan kecoh, tutup lampu untuk 10-15 minit. Pintu & tingkap make sure buka biar dia keluar bilik. 
  • Kalau jumpa Charlie singgah dekat badan, jentik je, jangan menjerit / pukul sampai penyek, sebab Charlie rasa tergugat kalau dengar bunyi bising ( jeritan ) and dia akan terus sengat. Kalau pukul sampai penyek, bila abdomen dia pecah, BISA dia akan mengalir di badan kita. Mulalah penyakit gatal sana sini. 
PLEASE TAKE NOTE : CHARLIE SEBENARNYA TAKDE MASALAH, TAK MEMBAWA MUSIBAH, DIA MENJADI BAHAYA BILA BAHAGIAN ABDOMEN YANG MENGANDUNGI HAEMOLIF AKA RACUN TU PECAH & RACUN TU LEKAT DEKAT KULIT KITA. 

KEPADA SESIAPA YANG DAH TERKENA GIGITAN CHARLIE ITU, NAK BUANG PARUT CHARLIE, DISINI TEMAN SHARE KAN LIST UBAT-UBAT YANG BERKESAN :) (info dari Blogger Min)

UNTUK HILANGKAN PARUT :

CALAMINE CREAM 
*BELI DI PHARMACY*
ALOE VERA GEL ( FRUIT OF EARTH )
*BOLEH DIDAPATI DI GUARDIAN / WATSONS BERHAMPIRAN*
YOGURT NATURAL 
*APA-APA JENAMA BOLEH DIGUNA TAPI MAKE SURE DIA ASLI , JANGAN BELI YANG BERPERISA*

*SELAIN MENGHILANGKAN PARUT, YOGURT BOLEH DISAPUKAN DI MUKA UNTUK DIJADIKAN MASK & MENGALUSKAN KULIT MUKA *


TERKENA GIGITAN / SENGATAN / RACUN SERANGGA :

FUCICORT

GENTAMICIN

Terima kasih buat Blogger Min kerana entri beliau telah memberi bermacam2 tips dan info tentang si Charlie ni.. lepas dah baca, semakin berhati2 nak pastikan tempat tido dan kawasan dalam umah bersih sebelum duduk dan tidur.. 

Credit To :

KENALPASTI PENYAKIT MELALUI WAJAH

KENALPASTI PENYAKIT MELALUI WAJAH | Sharing is Caring | Mungkin ramai yang tak tahu yang melalui wajah juga kita dapat mengenalpasti penyakit.. dan melalui urutan pada wajah dan tubuh badan juga boleh melegakkan sakit serta menjadi terapi untuk ketenangan.. jom baca dan cuci mata.. heee..
  

12 September 2014

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

[Siapa nak join sila tekan banner di atas]
As-Salam
Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 

Doa dan Petua Elak Terkena Angin Ahmar/Stroke

Doa / Penawar /Usaha / Petua Elak Terkena Angin Ahmar/Stroke |
Teman up dulu entri yang ni yea.. sebab entri untuk gi jengjalan ke luar negara macam takleh nak up je lagi.. next entri ajelah teman up yea.. heee.. Ok lah, jom baca entri yang ni dulu..

Baru-baru ni teman ada mendapat berita tentang Abah officemate teman terkena stroke, badannya tak boleh bergerak sebelah.. agak terkejut dengan berita tu, dalam hati mendoakan semoga abah sahabat baik teman (liza) segera sembuh.. Alhamdulillah beberapa hari selepas tu teman dengar berita melegakan.. Alhamdulillah.. Doktor kata mujur cepat bawa ke Hospital, Apa-apa pun semuanya kuasa Allah.. Allah yang memberi penyakit, Allah juga yang menyembuhkannya.. Dari situ teman terpanggil untuk berkongsi dengan semua tentang Sejarah/Petua serta Doa untuk diamalkan bagi mengelakkan terkena Angin Ahmar.. 


Sejarah Penyakit Angin Ahmar/Stroke
Penyakit Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan (lumpuh), yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhamad s.a.w umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut di samping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhamad s.a.w dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhamad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah s.w.t telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Rasulullah lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.

Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakini doa ini, kerana dengan keyakinan itu insya-Allah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.

Memadai kita amalkan sekali sepanjang hayat kita doa atau ayat seperti yang tertera di bawah. Namun jika berkesempatan masa lebih elok diamalkan selalu.
Doa lengkap Elak Angin Ahmar 
(Untuk Ayat yang panjang, perlu dibaca sekurang2nya sekali seumur hidup, Manakala untuk Ayat yang pendek, boleh diamalkan membacanya selepas tiap kali solat) :
Doa Pendek Elak/Ubati Angin Ahmar (Strok)
Pada zaman Nabi Muhammad SAW cucu baginda iaitu Saidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu bainda bahawa Hassan terkena penyakit angin, lalu Baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ADA .. lalu ghaib. 

Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walaupun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa tersebut, lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saidina Hasan, boleh berdiri dan sihat walaifiat .




Doa Panjang Elak/Ubati Angin Ahmar/Strok

Maksud doa:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan denganNya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifatMu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiriNya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap Syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepadaMu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisiMu. KepadaMu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam.
Kaedah Rawatan : 
Setelah disediakan bahan yang diperlukan maka hendaklah dibaca : 
1-Surah Al-Fatihah 
2-Surah Al-Baqarah ayat 255 ( Ayatul Kursi ) 
3-Bacalah Doa Angin Ahmar
4- Surah Al-Talaq ayat 1-2 
5- Surah Hud ayat 119

Kemudian tiuplah kepada air-air tersebut sehalus jarum. Niatkanlah supaya menjadi penawar kepada si pesakit yang menghadapi penyakit angin ahmar. Berbisiklah kepada air dan bahan-bahan tersebut akan niat kita supaya menjadi ubat kepada pesakit juga dengan rahmat dari Allah swt.

Berilah minum kepada pesakit . Pintalah penderita tersebut supaya membaca al-Fatihah ,ayatul kursi dan selawat sebelum meminum air jampi tersebut. Solat hajat dan berdoalah semoga pesakit berpeluang sembuh seumpama sedia kala supaya dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna.

Selain dari melakukan rawatan dengan mengambil berkat teknik dan sunnah Rasullulah saw janganlah menyisihkan teknik dan cara rawatan lain. Usahalah juga dengan aneka perubatan lain. Selepas itu bertawakkallah kepada Allah. Moga-moga Allah memperkenankan hajat dan menilai mujahadah serta kegigihan kita mendepani ujian-Nya.

Petikan :
Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus
Halaman 171-179
Ustad Sharhan
Credit to : mselim3.blogspot.com

Petua Mengelak Stroke dan Angin Ahmar
 (Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati)
Adapun, di dalam perubatan moden, Stroke dan angin ahmar dilihat sebagai sama. Namun, di dalam Perubatan Islam, stroke dan Angin Ahmar adalah dua hal yang seakan sama, tetapi berbeza. Ianya dilihat dari faktor :

1) Asal Usul (Punca)
2) Simptom (Tanda)
3) Kaedah Rawatan

Di sini dikongsikan beberapa cara yang boleh dilazimkan untuk mengelak sebagai langkah utama (First Aid) dan kaedah rawatannya secara ringkas seperti berikut ;

1) Pastikan Tekanan Darah (Systolic dan Diastolic) sentiasa stabil (120/80)
2) Pastikan tahap Kolestrol sentiasa rendah terutamanya LDL dan Trigliserida.
3) Amalkan Meminum Cuka (cuka epal/kurma/madu)  3sudu ditambah Air masak (atau air mineral)  setengah gelas (150-200ml) setiap malam sebelum tidur.

4) Amalkan menyapu Minyak zaitun ke tubuh, sekurang-kurangnya ke belakang leher, sekerap mungkin (Bertujuan memberi haba pada saluran sinus carotid yang menjadi punca kepada sumbatan darah sehingga menyebabkan Stroke)

5) Amalkan mengambil kurma 3-5 biji sebagai awalan sarapan.

6) Kurangkan pengambilan kafein terutamanya Nescafe.

7) Amalkan Habbatus  sawda (biji atau pati), setiap pagi sebelum sarapan.

8) Lazimkan diri dengan Riadah Memanah (Khusus untuk Otak dan Jantung), Berkuda (Khusus untuk Tulang Belakang) dan Berenang (Khusus untuk sistem kardiovaskular).

9) Amalkan mandi songsang (Siraman bermula dari kaki ke arah kepala perlahan-lahan) setiap kali mandi pagi dengan air sejuk bukan air panas.

10) Elakkan pengambilan herba atau pemakanan tambahan dengan ambilan dos yang tidak terkawal. Perkara ini akan merosakkan hati jika ianya berlarutan.

Dan banyak lagi perkara lain dalam usaha mengelakkan Stroke dan Angin Ahmar iaitu antara penyakit yang dibimbangi oleh kebanyakan mereka yang berumur 40an.

09 September 2014

Savely Arrived

Savely Arrived

Alhamdulillah.. syukur.. dah sampai dengan selamat di tanahairku Malaysia.. Syukur urusan pun selesai dengan lancar.. rasa lega bila dah sampai ke Malaysia.. hemm.. tapi tak sempat rehat lagi ni.. sampai2 aje rumah terus mengemas dan mencuci umah sebab separuh ruang tamu dah penuh tahi dan air kencing kucing.. sape lagi kalau tak si Oyen tu punya perangai.. adeh..

Masa buka pintu dah tercium bau "harum" semerbak.. erghhh.. perut lapar nak makan Nasi Beriani yang ditapau dari Air Asia tadi, tapi tak sanggup nak jamah kalau alam sekitar berbau harummm kan? hahaha... teman tak jadi makan.. walhal perut dah berkeroncong sangat.. terpaksa kemas umah, cuci umah bersih2 dulu.. baru puas hati.. pastu tukar pasir kucen, pastu siap mandikan lagi tiga2 ekor tu..


Dalam sibuk2 mengemas dan mencuci lantai yang penuh dengan air kencing kucen... Butang dan Oyen berkelahi le pulak.. bergomol sampai tercabut2 bulu... aduii.. teman dah terjerit2 nak meleraikan Oyen dan Butang, tapi tak jalan.. Butang dan Oyen macam takleh berhenti bergaduh.. teman pun sembur dengan air.. masih bergaduh gak.. 

Lepas tu, hubby teman pun cuba jugak leraikan dengan pukul dengan tuala.. dan cuba tolak butang ke tepi.. dengan tiba-tiba butang mencakar dan menggigit tangan hubby teman.. tapak tangan dan belakang tapak tangan bercalar dan berlubang kena gigit dan kena cakar.. besar jugak cakaran butang tu.. 

Teman cepat2 suruh hubby teman basuh tangan dia takut kalau ada kuman, nanti kuman merebak lak.. lepas dah cuci bersih2 teman pun sapu minyak gamat.. tengok malam kang kalau bengkak, kena bawak gi klinik la kot.. cucuk.. risau sebab cakar kucing ni bahaya jugak.. 

Hemm.. nak cerita panjang2 pun, teman ada koje ank kena siapkan.. nantilah kita sembang2 lagi yeaa..

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers