Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.
Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat.
1.Makanan Beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

2.Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.

3.Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.
4.Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.
5.Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .
6.Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.
7.Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.
8.Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.
9.Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.
10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.
Tips Semasa Pembelian Makanan
- Pilih makanan yang dilabel dengan ‘rendah lemak’, ‘ rendah garam’, ‘kurang lemak’, ‘ tanpa lemak’, ‘bebas lemak trans’ dan sebagainya. Contohnya : susu rendah lemak, susu skim, yogurt rendah lemak, yogurt tanpa lemak, keju kurang lemak, light mayonis dan sebagainya.
- Susu rendah lemak dan susu skim adalah disarankan untuk orang dewasa yang ingin mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet mereka. Pengambilan susu adalah digalakkan kerana susu merupakan sumber kalsium yang baik yang penting untuk kesihatan tulang.
- Pilih marjerin lembut dan bukan marjerin keras.
- Pilih daging tanpa lemak dan bukan daging berlemak.
- Pengambilan makanan segar adalah digalakkan. Elakkan makanan terproses dan diawet, makanan dalam tin dan makanan segera kerana makanan ini tinggi dalam kandungan garam. Pilih makanan yang rendah garam.
- Pilih produk mil-penuh (wholegrain) di mana kandungan seratnya lebih tinggi seperti cereal dan oat tinggi serat. Ambil sekurang-kurangnya 1 hidangan produk mil-penuh dalam sehari.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan juga mengandungi serat yang tinggi, di mana boleh diambil sebagai snek untuk meningkatkan pengambilan serat harian. Saranan pengambilan adalah sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah-buahan dalam sehari.
Tips Penyediaan Makanan
- Penyediaan bahan-bahan makanan
- Buangkan semua bahagian lemak dan kulit pada daging atau ayam. Elakkan kepak, kaki ayam dan bahagian lain yang berlemak.
- Buangkan bahagian kepala / otak dan organ dalaman pada makanan laut (contoh: udang, sotong, ikan bilis dan sebagainya) di mana bahagian ini adalah tinggi dalam kandungan kolesterol.
- Guna susu rendah lemak untuk menggantikan santan yang tinggi dalam kandungan lemak tepu dalam masakan. Sekiranya santan diguna, hadkan kepada 2 sudu makan sebanyak 2 kali dalam seminggu sahaja.
- Kurangkan penggunaan minyak sapi dalam masakan. Gantikan dengan minyak masakan tumbuhan.
- Secara umumnya, bagi jumlah pengambilan tenaga harian antara 1800-2000kcal, penggunaan minyak masakan perlu dikawal kepada 9-10 sudu teh.
- Guna minyak jenis tak tepu untuk tumis atau cara masakan yang memerlukan pemanasan yang minima.
- Cara masakan bergoreng harus dikurangkan bagi mengelakkan pengambilan lemak harian berlebihan.
- Guna telur putih atau gantian telur untuk menggantikan kuning telur dalam pembuatan kek atau roti.
- Tips memasak yang sihat
- Masak makanan dengan cara masakan sihat seperti panggang, bakar, kukus atau tumis untuk mengurangkan pengambilan lemak (minyak) dalam diet kita.
- Berhati-hati dengan sumber lemak (minyak) yang tersembunyi. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng (contoh: ayam goreng) atau makanan goreng bersalut dengan tepung (contoh: pisang goreng).
- Guna kuali tidak melekat untuk memasak bagi mengurangkan penggunaan minyak seberapa minimal yang mungkin.
- Letak rak dalam oven semasa memanggang daging atau ayam supaya lemak pada makanan ini menitis keluar semasa dipanggang.
- Guna rempah-ratus dan herba segar untuk menambahkan warna, rasa dan aroma makanan tanpa menambah dengan garam atau lemak.
- Guna yogurt asli tapi bukannya mayones dalam salad.
- Sejukkan sup yang berminyak (contoh: sup daging) dan buang lapisan lemak sebelum sup dipanaskan semula dan dihidangkan.
- Tambah lebih sayur-sayuran dalam masakan bagi meningkatkan pengambilan serat harian.
- Tips-tips lain pemakanan sihat untuk penyakit kardiovaskular
- Tambahkan susu rendah lemak atau susu skim tetapi bukan krimer bukan tenusu di dalam minuman.
- Pengambilan alkohol perlu dihadkan kepada 2 unit (hidangan piawai) untuk lelaki dan 1 unit untuk wanita. Bagi sesiapa yang tidak mengambil alkohol tidak digalakkan untuk mulakan pengambilan alkohol.
- Untuk sesiapa yang menghidapi penyakit kardiovaskular, adalah disarankan mengambil 2 atau lebih hidangan ikan dalam seminggu (120g/hidangan ikan) dan 2 hidangan untuk orang yang sihat.
-