Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

10 Oktober 2014

KATA-KATA DAN DOA INDAH #1



DOA INDAH
Ya Muhaimin Kau peliharakan hatiku untuk terus mencintaiMu..
Ya Jabbar Kau gagahkan hati dan diriku dalam menempuh segala ujianMU..
Ya Ghaffar Kau maafkan segala kesalahanku pada diriMU...
Ya Sami’ Kau dengarlah rintihan hatiku yang merayu padaMU..
Ya Bashiiru Kau lihatlah aku dengan pandangan kasih sayangMu..
Ya Aliimu Kau sahaja yang mengetahui apa yang ada di hatiku ini..

WWE Live in Malaysia | Bestnyeeee!!!

WWE Live in Malaysia | Esok di Putra Indoor Stadium, Bukit Jalil, bermula jam 5.30 pm pintu dibuka, akan berebut2 lah orang meluru masuk ke stadium tu.. kalah macam nengok bola la kot.. semua gara-gara event WWE yang diadakan secara Live di Malaysia... 

Sebelum ni pada tahun 2002 dah pernah diadakan event camni gak.. tapi masa tu teman tak amik pot sangat bab2 nak nonton live wrestling ni, cuma sekarang ni bila dah ada geng minat WWE Wrestling, tu yang rasa teruja nak merasa tengok Live.. hu3.. sekali aje kan... kalau tak kena tunggu lagi 12 tahun lagi la kot untuk show seterusnya, masa tu penggusti pun dah berubah aorang la kot.. aishh.. apa2 pun, teman masih berfikir nak gi ke tak esok.. ha3.. sebelum tu, meh layan gambo2 yang teman nengok kat wall kawan2 teman yang gatai tag teman.. hemmmmm...
Nak beli tiket? tu ada nombor telefon situ, call je atau beli online..
Ini adalah susun atur standard bagi acara WWE Live. Ianya nampak lebih simple dan tak berapa 'meghelit' sangat kerana ianya bukan untuk siaran TV (hoh?? jadi takde lea siaran lansung?? rakaman pun jadilah.. janji dapat nengok..)
Bray Wyatt dan Big E
John Cena dan Big Show
Seth Rollin
AJ LEE - Diva's Champion
Paige

Pssttt : Yang atas tu bukan tiket teman yea.. tu tiket entah sape2 teman share.. saja nak simpan dalam entri ni.. buat kenangan sebab nak nengok camne rupa tiket nya.. Teman tak dapat gi pun, mahal kot tiketnye.. RM128 paling murah.. itupun kalau paling bawah.. 

Ada kawan teman cakap.. kalau nak amik pun, amik yang eye level kita.. tiket yang harganya rm198 tu.. perghhh.. nak dekat rm200 dah rega tiket tu.. baik teman simpan untuk beli henfon nanti.. nefsu nak nengok wrestling tu memang ada, tapi idaklea nak keluar sampai rm200 kot untuk 1 tiket tu.. kalau berdua dah rm400.. fuh! kayap.. kayap.. 

So, tak jadilah pergi..  hope sangat ada siaran ulangan (rakaman untuk Smackdown maybe?)) sebab nak tengok gak.. tak dapat gi tengok live, dapat tengok rakaman pun takpe.. TAPI kengkawan semua kata takde masuk TV.. haishhh.. punahh... 

09 Oktober 2014

Pesakit Manja ?

heeee. hari tu teman ada up satu entri pasal 3 Pesakit dan Ceritanya tu kan? ho2.. terlupa pulak nak citer pasal sorang pesakit ni.. pesakit ni katilnya sebelah teman.. berbangsa india.. dia kata dia sakit dalam perut.. hati dia bermasalah.. tu yang mata dia kuning tu.. teman pun tak sembang banyak pun dengan dia..nama dia pun teman tak tahu.. Almaklumlah.. masa tu baru masuk wad, perut pun sakit lagi.. So, teman jadi budak baik la hari tu.. heeee..

Pesakit sebelah teman tu takut makan ubat, teman perhati aje dia dari start nurse letak ubat atas meja roda dia tu, sampai nak dekat sejam.. dibiarkan aje ubat tu kat situ.. sambil tu dia tengok teman, pastu dia cakap "saya tak mau makan ubat la, pahittt" , lepas dia cakap camtu baru teman faham awat lea di tenung aje ubat tu.. sabo jelah.. takut makan ubat rupanya..

Teman pun Nasihat dia.. supaya makan ubat tu.. sebab kalau tak makan, bila nak sembuh? mata pun kuning sangat tu.. (selamber je teman tegur mata dia kuning kan!) Pastu agak kelakar bila dia mahu pulak dengar cakap teman, terus diambil ubat jenis pil tu, ditelannya.. pastu ada lagi satu ubat jenis cecair macam ubat batuk tu.. dia kata taknak makan, teman paksa jugak dia makan.. lagi sekali teman geli perut tengok dia dengar dan patuh cakap teman.. sambil tutup hidung dia abeskan ubat jenis cecair yang boleh tahan pekatnya teman nengok.. memang geli perut teman tengok telatah pesakit tu.. hi3.. dalam hati berkata.. kira kuat jugak pengaruh aku ni yea... kikiki..

Pastu esoknya dia dah kena pindah ke wad lain sebab wad tempat teman duduk tu untuk pesakit yang nak buat pembedahan aje,.. yang dia bukan nak operate ke apa.. so, dia dipindahkan ke wad lain.. kejap jelah kenal dia.. heee.. Pesakit Manja teman gelar dia.. kih3..(nak ngata orang, diri sendiri tu pun 2X5 kan! manja sebab takut jarummm.. aiyoo..)

AMAR BAHARIN | SUAMIKU ENCIK SOTONG

Haaa.. entri yang tadi teman share tentang Novel Suamiku Encik Sotong kan? dan kali ni lak.. teman share Drama yang akan disiarkan di Astro pada 20/10/2014 ni.. Macam biasa, ia adalah cerita yang diadaptasikan daripada Novel.. kalau rasa nak tengok.. jangan lupa yea.. jam 9.00 malam di Astro Ria / Astro Maya HD .. untung korang ada Astro yeaaaa!! heee.. selamat menonton.. Tu, Amar Baharin actor nya .. sape minat dia/ leh lea nengok yea! teman minat biasa2 aje.. sebab teman minat Zul Ariffin dan Ayda Jebat.. hih hih hih

SCENT ESSENCE Koleksi Wangian Lembut Menceriakan!

SCENT ESSENCE Koleksi Wangian Lembut Menceriakan! | Ok .. yang ni teman saja nak share dengan korang semua yang sukakan wangian2 yang lembut ni.. 

haaa.. kalau masih tercari-cari wangian terbaru untuk korang cuba, apa kata try aje yang teman share ni.. harga tak mahal mana pun.. hanya RM19.90 sahaja sebotol (30ml).. botolnya sangat2 comel.. wangian ini terdapat dalam 3 haruman.. iaitu Scent Essence Vibrant Fruity, Scent Essence Sparkly Citrus dan Scent Essence Romantic Bouquet (tengok gambar) .

 Sebotol RM19.90 sahaja...

untuk order, sila pm
Gina Kojuji's House
Gambar :
Extract from Google

Novel Suamiku Encik Sotong by Syikin Zainal

 
Suamiku Encik Sotong
Syikin Zainal
RM 25.90
Tarikh Terbit: 17 Mei 2013
Sinopsis
ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. 

Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. 

Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikal tapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica
http://www.bukuprima.com.my/prodDetails.asp?idpr=559 <------ KLIK SINI

Cara Mudah Untuk Bangun Solat Subuh

Cara Mudah Untuk Bangun Solat Subuh | Ramai golongan pekerja sangup bangun awal untuk pergi ke pejabat asalkan punch card tidak merah. Ramai pelajar mampu bangun awal demi mengelak terserempak dengan pengawas atau dimarahi cikgu disiplin. 

Tetapi kenapa masih ramai yang masih liat bangun solat Subuh? Motivasikan diri anda untuk lebih mudah dan bersemangat bangun solat Subuh tanpa sebarang alasan berdasarkan tip berikut:

1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t. dan berikanlah hak-hakNya. Niat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya.

2.Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.

3. Bertaubat daripada dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.

 4. Memperbanyakkan berdoa agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk solat Subuh.

5. Carilah kawan yang baik. Wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama bangun awal dan solat Subuh.Jika berseorangan terasa lemah untuk mujahadah, bertemankan sesama beribadah dan melakukan ketaatan.

6. Latih diri untuk tidur mengikut sunnah Nabi s.a.w. seperti dengan tidur awal agar mudah bangun awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.

7. Elakkan makan lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak kerana ia boleh menyebabkan susah bangun awal pagi.Jauhilah juga minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam, dikhuatiri susah tidur malam yang seterusnya akan membawa kepada susah bangun pagi dan berkemungkinan terlepas solat Subuh.

8. Pasang penggera yang boleh mengejutkan anda bangun untuk solat Subuh.Tetapkan supaya penggera berbunyi beberapa minit sebelum azan Subuh.Sebaik sahaja bangun, cuba hayati azan Subuh terutamanya lafaz “solat itu lebih baik daripada tidur”. Kemudian bingkas dan lekas berwuduk bagi menunaikan solat Subuh.

9. Ajaklah orang lain bangun solat Subuh dan mulakanlah dengan diri sendiri dan keluarga.

10. Cuba hayati keindahan waktu pagi, kesegaran udaranya, kedinginan hawanya, kicauan burung, suasana yang damai daripada hiruk-pikuk, mutiara embun yang jernih dan sebagainya.Kemudian tanamlah tekad ingin menikmati lagi dengan selalu bangun awal dan solat Subuh awal waktu.

Selamat mencuba, semoga niat murni kita ini memperoleh keberkatan dan keredhaan oleh Nya. In Shaa Allah 
❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.ï·²❤*•¸.•´`¸.•❤ ´``•.ï·²❤*•¸.•´`¸.•❤ï·²❤*•¸.•´`¸.•❤❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.ï·²❤*•¸.•´`¸.•❤ ´``•.ï·²❤*•¸.•´`¸.•❤ï·²❤*•¸.•´`¸.•❤´`


Sumber Asal : Here

BE PALING BANYAK DAN MASIH ON GOING???

hemm.. agak musykil bila check earning Nuffnang tadi.. jujur teman kata, sebelum ni agak susah bebeno nak dapat BE berderet camni.. selalunya 2 bijik ke 3 bijik je dapat.. tapi tetiba hari ni check berderet plak BE masuk.. aish.. itu OK lagi.. sebelum ni pernah gak sembang dengan Blogger Suria Lekat Lekit pasal apa teman tak pernah dapat BE yang On Going.. asik2 yang dah Credited.. entah bila iklan tu keluar teman pun taktau..

Walau apa-apa pun.. tQ buat Nuffnang.. hope banyak BE / CPUV biarlah berbaloi2 dengan earning dia yea.. heee.. teman suka earning banyak2 ni.. hehehehehe.. 

Note : maleh teman nak kaburkan bahagian amount tu.. tengok jelah.. 

Cara Terbaik Minum Teh

Cara Terbaik Minum Teh |
Ada yang kata, makan nasi diiringi dengan minum teh boleh memudaratkan kesihatan. Jadi, bagaimana cara minum teh yang menyihatkan? Walaupun teh mengandungi antioksida yang tinggi, daun teh boleh menyebabkan gangguan penyerapan zat besi.

Zat besi yang berada di dalam suplemen dan sayuran adalah zat besi yang sangat rentan diikat oleh tannin di dalam teh.  Berbanding zat besi di dalam daging, ia sukar diikat oleh zat pengikat seperti tannin yang terdapat di dalam teh. 

Untuk mengelakkan masalah kekurangan zat besi apabila minum teh mengiringi makan nasi, sebaiknya minumlah teh selepas dua jam waktu makan utama. Jadi, antioksida dalam teh juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya, selain mencegah gangguan penyerapan zat besi.

Bukan itu sahaja, campuran gula dalam teh yang dibuat juga perlu diperhatikan. Penggunaan gula berlebihan berbahaya kerana boleh menyebabkan diabetes. Sebaiknya gunakan gula seminimum mungkin.  Minum teh dengan cara yang sihat boleh membantu memelihara kesihatan..

Sharing Is Caring :
Baru-baru ni teman balik kampung, ada sorang makcik tu kata.. minum teh ni memang elok untuk badan, tetapi kalau nak minum pastikan minum teh panas.. kalau minum teh sejuk.. maka berangin lah badan yong oiii... pastu.. kalau nak minum.. jangan minum banyak sangatt.. dah sah2 berangin berganda2 lah nampaknyaa.. 

08 Oktober 2014

DAH BERADA DI KL

SAFELY ARRIVED... |
Selama 4 hari beraya Aidiladha di Kg (Ipoh-Taiping), semalam kul 7 lebih baru gerak balik KL, jalan tak berapa jam.. so sampai KL pun dalam kul 9 lebih.. itu kalau naik motor la.. kalau naik keta taktau lea teman kul berapa lak sampainya.. he2.. apa2 pun syukur Alhamdulillah perjalanan kami selamat.. Alhamdulillah sampai KL dengan hati yang lega.. Sekarang berada di kedai dah.. memulakan tugasan harian seperti biasa.. heeeee.. badan ada rasa sengal2 sikit.. tapi semangat bekerja tu membuatkan mood jadi OK... 

Untuk hari ni teman takde apa nak update, hanya nak jemput kawan2 semua join Mini Giveaway teman ni je.. syarat2 mudah aje.. takyah nak LIKE banyak2.. 2,3,4,5 aje.. heeeee.. apa2 pun, jom join!

06 Oktober 2014

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



03 Oktober 2014

KakiPing.com Laman Web Agregator Malaysia Terbaru 2014

9Laman Web Agregator terkini http://kakiping.com/ untuk para blogger gunakan bagi meningkatkan trafik blog.

Wah.. ada laman Web Agregator terbaru lah untuk ping entri-entri kita.. cayalah.. lepas ni bolehlah ping kat sana nanti.. Korang pun jom lah ping kat sana, nanti boleh naikkan traffic blog korang tau.. 

Daftar Blog di KakiPing Dengan Facebook atau Email
Haaa.. Tapi sebelum tu, korang kena Daftar / Login ke KakiPing.com ni dulu yea.. Cara nak Daftar senang aje.. samada guna akaun Facebook korang atau boleh juga guna alamat Email korang. Amacam? Mudah je kan? Teman suka Guna FB je login ke KakiPing sebab mudah je.. sekali klik ajoo.. heee. . pastu dah boleh terus kongsikan entri-entri menarik blog kita...


4 Kelebihan KakiPing.com

Trending Keyword
Suka bermain dengan SEO? korang boleh gunakan trending keyword yang ada di Kakiping ini untuk bantu blog korang meningkatkan trafik blog. Terdapat senarai kata kunci atau keyword hangat di Kakiping ini yang boleh korang guna untuk hasilkan entri terbaru yang meningkatkan trafik blog menerusi enjin carian. Sila lihat trending keyword itu di sini - http://kakiping.com/trending

Banner Kakiping
Salah satu cara lagi untuk meningkatkan lagi trafik blog korang ialah dengan menjadi Top Referal di Kakiping.com,  Ia satu kelebihan menarik sebab korang akan dapat backlink yang bagus untuk meningkatkan PR blog korang.

Kakiping.com adalah laman web agregator terbaru Malaysia. dan teman rasa suatu hari akan menjadi medium tempat para Blogger berkongsi entri terbaru mereka disini.. so, apakata kita ramai2 pakat guna servis percuma Kakiping.com ini?

Daftarkan blog korang FREE aje di sini - http://kakiping.com
Jangan lupa untuk like Fanpage kakiping.com di sini - https://www.facebook.com/kakiping

Widget Kongsi Trafik
Kakiping menyediakan widget khas untuk semua ahli yang daftar dapat saling terima trafik. Menerusi widget yang disediakan secara percuma ini, Kakiping akan berikan impak trafik meningkat di blog korang. Ada 3 jenis widget yang disediakan oleh Kakiping untuk blogger dapatkan trafik. korang boleh lihat widget-widget Kakiping di sini - http://kakiping.com/widget
Contoh widget Kakiping.com
Satu alternatif terbaru untuk blogger Malaysia kongsikan entri menarik di laman agregator terbaru Malaysia iaitu KakiPing.com. Jika ingin mendapatkan trafik berkualiti, daftar segera dengan KakiPing.com; dan lihat kesan positif yang akan blog kita perolehi. 

KakiPing.com masih baru diwujudkan, namun impaknya jangan dipandang sebelah mata. Mana-mana blogger yang telah mendaftar dengan KakiPing.com sudah mendapat trafik positif, apatah lagi pendaftaran KakiPing.com amat mudah dan percuma.

Credit to : Sifu Hasrul Hassan

Blogger Area Mega Give Away

Blogger Area Mega Give Away | Klik BANNER untuk join!

Jom Join jom.. mana tau ada rezeki menang.. hadiahnya menarik wooo...
Dibawah ini adalah hadiah-hadiah yang menarik yang mungkin menjadi milik korang nanti. jom join!
  • Cash RM50 X 9
  • Topup 30 X 1
  • Topup RM20 X 3
  • Topup RM10 X 11
  • Topup RM5 X 16
  • Vit C Cewabel & 1 Herba Bland X 1
  • Free Membership Shaklee X 3
  • Tudung Ruffle X 2
  • Tudung Aidijuma White Label New Release X 3
  • Tudung Bawal Ribbon X 2, 1 Hadiah Misteri
  • Hadiah Misteri X 3 pemenang teratas
  • Plain Wide Shawl X 3
  • Crumble Glitter Wideshawl X 1
  • Blouse + Wide Shawl X 1
  • Shawl X 3
  • Dress Labuh Vintage X 1
  • Baju X 2
  • Custom Made T-Shirt X 1
  • T-Shirt Langkawi X 3
  • Qurratul Jubah X 1
  • Kain Sulam X 3
  • Inner Bawal + Shiseido Mask X 3
  • Beg Duit X 1
  • Keychain X 2, Eyemask X 1
  • Keychain Sabah X 3
  • Keychain Langkawi X 7
  • Set Tasbih Persona + Digital X 2
  • Tasbih X 3
  • Sticker Keyboard X 2
  • 5 Botol Crispy Bubble X 5
  • Bloglist 1 year X 4, Bloglist 2 year X 3
  • 1 Kotak Cellmaxx + 1 Kotak Serum X 2
  • Sophie magic pink cream X 1
  • Perfume Sample Grade 5A (2-3ml) X 2, Homemade perfume (2-5ml) X 5, voucher discount X 5
  • Celak Arab D’Herbs X 1
  • 3 Buku Sabun Arbutin + Beg Handmade + embroid nama pemenang X 1
  • Monopod X 1
  • Review blog X 6
  • Novel + Autograph [karya sendiri] X 1
  • Novel X 1
  • Thermos Bottle, 1 Sticker Paper, Bloglist Sebulan X 3
  • Tablet PC Backrest Mounting X 1, 5000 visitors ke blog dari seluruh dunia X 1
  • Jam Loceng X 2, Wakil Mini GA personal blog X 5
  • E-Book X 10
  • Trial Pack Argan Oil X 3, Handcraft Keychain from Rare Icewhite Seaglass X 2
  • Charm Bracelets X 2
  • Produk business X 1

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers