Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

10 Oktober 2014

KATA-KATA DAN DOA INDAH #8

MUHASABAH DIRI |
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

KATA-KATA DAN DOA INDAH #7


Jatuh kali pertama itu pelajaran
Jatuh kali kedua itu kelalaian
Jatuh kali ketiga itu kebodohan
Jatuh kali keempat itu peringatan
Jatuh kali kelima itu kegagalan
Jatuh berulangkali itu kejayaan...

Kita mendongak ke langit, 
meneliti alam yang begitu rapi dan tersusun dan kita melihat pada diri kita. 
Kita bertambah yakin bahawa kita ini bukan apa-apa, 
kita ini lemah, kita ini terlalu kerdil tetapi kita telah lupakan itu semua…….
kita telah lupa diri kita siapa. Kita mula mengangkat tangan, 
kita tadahkan kedua tangan kita dengan penuh kerendahan dan kepasrahan. 
Kita menangisi kelalaian kita, kita mula insaf segala kesalahan dan dosa kita. 
Air mata mula mengalir membasahi wajah kita 
dan membersihkan segala kekotoran pada hati kita; 
dendam, kebencian, keraguan, kemarahan, keangkuhan dan kesedihan 
mengalir lalu bersama titisan air mata kita

KATA-KATA DAN DOA INDAH #6


YAKIN DENGAN ALLAH |
♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
Kebahagiaan seorang mukmin semakin bertambah ketika ia semakin dekat dgn Tuhan-NYA,
semakin ikhlas & mengikuti petunjuk-NYA.
Seorang mukmin sejati itu selalu merasakan ketenangan hati & kenyamanan jiwa. 
Dia menyedari bahawasanya ia memiliki Tuhan yg mengatur segala sesuatu dgn kehendak-Nya...
kerana kebahagiaan akan terasa semakiin kian terkikis ketika hati telah dibutakan oleh sebuah keinginan yg terlalu menuntut...
♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

KATA-KATA DAN DOA INDAH #5



Arahkan Mulut kami selalu menyebut Nama-Mu

Arahkan Mata kami selalu Melihat segala Keagungan-Mu
Arahkan Telinga kami selalu mendengar Lantunan ayat Suci-Mu
Arahkan Tangan kami selalu Mengerjakan sesuatu yang baik & Bermanfaat
Arahkan Kaki kami selalu berjalan menuju ke Rumah-Mu ♥ Masjid
Arahkan Qalbu kami selalu Mengingat-Mu untuk temui ketenangan ♥
aamin...

KATA-KATA DAN DOA INDAH #4


Asal Cinta MILIK Allah, Perginya Cinta dengan IZIN Allah, Hilangya Cinta Atas KEHENDAK Allah, Dicintai dan mencintai ANUGERAH Dari Allah |

Memang Allah sengaja….

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
...
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah
bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita
sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH
dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. . PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..

KATA-KATA DAN DOA INDAH #3

SUSAH SENANG SENTIASA INGAT ALLAH...
Jangan hanya sujud ke "sejadah" saat susah. Jangan hanya mengenal "telekung" saat sesak. Jangan hanya memandang "qiblat" saat payah. Jangan hanya teringat "wudhu" saat lemas. Jangan hanya mengenal "tasbih" saat hanyut. Jangan hanya memandang "alam" saat alpa. Sayang yang tak kelihatan ada pada hati, letaknya iman. Carilah sayang Agung itu. 
Agar sayang tak lagi palsu.

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2014

 Hari Kesihatan Mental Sedunia. Tema tahun ini adalah "Hidup Dengan Skizofrenia" |
Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Oktober setiap tahun. Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu Kesihatan Mental di seluruh dunia dan mengelolakan usaha-usaha dalam  menyokong Kesihatan Mental.

Hari Kesihatan Mental menyediakan peluang kepada semua yang berkepentingan untuk bercakap mengenai kerjaya mereka dan keperluan mendidik dalam menjadikan penjagaan Kesihatan Mental sebagai suatu realiti kepada masyarakat seluruh dunia.

Tema Hari Kesihatan Mental tahun 2014 adalah “Hidup dengan Skizofrenia”.  Fokus Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah menjalani kehidupan sihat dengan Skizofrenia.

GAMBAR KONTROVERSI TENGKUBUTANG DAN SYAMIMI SAAD

Wahhh.. Kontroversi betul gambo atas ni kann!! MasyaAllah.. kekekeke... Haaa.. kenal tak Blogger  sebelah teman ni??? hehehehehehehehehehe.. Mesti ada yang kenal kan? Inilah dia Blogger Mimi yang baru saja dapat baby baru-baru ni.. tadi tengah nengok2 entri lama2 yang belum publish.. sekali terpandang entri yang ni.. haa.. apa lagi.. terus publish lah.. kenangan gitu... 

Mimi, ada simpan tak gambo2 yang lain tu? leh share gak.. heee..  ni gambo kenangan kami semasa di Gunung Lang dulu.. kami memang rapat tapi dok berjauhan dan jarang jumpa.. aishh.. jauh ke kita dulu mimi? hihihi.. bukan jauh apa.tapi masa yg amat terhad untuk kita selalu berjumpa kan.. heee.. 
 Sweet Memoir..
Nah.. flying kiss buat korang yang nengok gambo ni.. hehehehe
awat teman punya peace camtu?? ha3
dalam keta.. sempat lagi tu... tembam betui pipi mimi ni, rasa nak cubik2!
Aip2.. main intai2 lak teman yea..

Resepi Potato Fritters Yang Mudah & Sedap!!!

 Resepi Potato Fritters Yang Mudah & Sedap | 
Fuh.. meleleh liuq tengok gambar ni pagi-pagi camni di saat perut berkeroncong kelaparan.. hahahaha.. nyum2.. nampak menyelerakan betul.. sodapp.. errr.. camne tau sodap? tak rasa lagi yea?? heee.. teman jumpa resepi ni kat wall FB member teman, dia share resepi ni.. so, teman mintak share resepi ni dekat blog teman.. hu3.. memang terasa nak emncuba.. tapi buat masa ni kena sabo dulu.. perut teman bukannya elok sangat ni.. selagi belum sembuh betul2.. takut nak makan yang bukan2.. 
Tapi sebelum tu, boleh la kita nengok2 resepinya kan.. mudah aje teman nengok.. pergh.. tak sabo nak buat.. hee.. simple je bahan2 dia.. macam buat cucur gak.. cuma kena tos betul2 la kan masa angkat tu, sebab faham2 jelah.. yang bergoreng ni banyak minyak.. takmo makan minyak banyak2 ok.. tak elok untuk kesihatan.. apa2 pun jom tengok resepinya astu leh cuba!! Tak rugi try beb.....ranggggguuuupppppp nyam nyammmm!!!!
•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.
•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.

RESEPI POTATO FRITTERS
•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.
BAHAN-BAHAN
3 biji kentang (sagat halus)
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk Lada sulah
Garam
Ajinamoto (abaikan jika tidak perlu)
Minyak masak (untuk menggoreng)
CARA-CARA
~ satukan kentang yg telah disagat dgn tepung jagung, tepung gandum, 
daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto...gaul sebati
~panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...
tunggu sampai masak... angkat....siap
Sedap dimakan bersama sos

# resepi asal noraida durani ( tq )
•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.
•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.•*´¨`*•.♥♥♥♥.•*´¨`*•.

KATA-KATA DAN DOA INDAH #2


Islam is...

Islam is a way of life, try it.
Islam is a gift, accept it.
Islam is a journey, complete it.
Islam is a struggle, fight for it.
Islam is a goal, achieve it.
Islam is an opportunity, take it.
Islam is not for sinners, overcome it.
Islam is not a game, don't play with it.
Islam is not a mystery, behold it.
Islam is not for cowards, face it.
Islam is not for the dead, live it.
Islam is a promise, fulfill it.
Islam is a duty, perform it.
Islam is a treasure (the Prayer), pray it.
Islam is a beautiful way of life, see it.
Islam has a message for you, hear it.
Islam is love , love it.

KATA-KATA DAN DOA INDAH #1



DOA INDAH
Ya Muhaimin Kau peliharakan hatiku untuk terus mencintaiMu..
Ya Jabbar Kau gagahkan hati dan diriku dalam menempuh segala ujianMU..
Ya Ghaffar Kau maafkan segala kesalahanku pada diriMU...
Ya Sami’ Kau dengarlah rintihan hatiku yang merayu padaMU..
Ya Bashiiru Kau lihatlah aku dengan pandangan kasih sayangMu..
Ya Aliimu Kau sahaja yang mengetahui apa yang ada di hatiku ini..

WWE Live in Malaysia | Bestnyeeee!!!

WWE Live in Malaysia | Esok di Putra Indoor Stadium, Bukit Jalil, bermula jam 5.30 pm pintu dibuka, akan berebut2 lah orang meluru masuk ke stadium tu.. kalah macam nengok bola la kot.. semua gara-gara event WWE yang diadakan secara Live di Malaysia... 

Sebelum ni pada tahun 2002 dah pernah diadakan event camni gak.. tapi masa tu teman tak amik pot sangat bab2 nak nonton live wrestling ni, cuma sekarang ni bila dah ada geng minat WWE Wrestling, tu yang rasa teruja nak merasa tengok Live.. hu3.. sekali aje kan... kalau tak kena tunggu lagi 12 tahun lagi la kot untuk show seterusnya, masa tu penggusti pun dah berubah aorang la kot.. aishh.. apa2 pun, teman masih berfikir nak gi ke tak esok.. ha3.. sebelum tu, meh layan gambo2 yang teman nengok kat wall kawan2 teman yang gatai tag teman.. hemmmmm...
Nak beli tiket? tu ada nombor telefon situ, call je atau beli online..
Ini adalah susun atur standard bagi acara WWE Live. Ianya nampak lebih simple dan tak berapa 'meghelit' sangat kerana ianya bukan untuk siaran TV (hoh?? jadi takde lea siaran lansung?? rakaman pun jadilah.. janji dapat nengok..)
Bray Wyatt dan Big E
John Cena dan Big Show
Seth Rollin
AJ LEE - Diva's Champion
Paige

Pssttt : Yang atas tu bukan tiket teman yea.. tu tiket entah sape2 teman share.. saja nak simpan dalam entri ni.. buat kenangan sebab nak nengok camne rupa tiket nya.. Teman tak dapat gi pun, mahal kot tiketnye.. RM128 paling murah.. itupun kalau paling bawah.. 

Ada kawan teman cakap.. kalau nak amik pun, amik yang eye level kita.. tiket yang harganya rm198 tu.. perghhh.. nak dekat rm200 dah rega tiket tu.. baik teman simpan untuk beli henfon nanti.. nefsu nak nengok wrestling tu memang ada, tapi idaklea nak keluar sampai rm200 kot untuk 1 tiket tu.. kalau berdua dah rm400.. fuh! kayap.. kayap.. 

So, tak jadilah pergi..  hope sangat ada siaran ulangan (rakaman untuk Smackdown maybe?)) sebab nak tengok gak.. tak dapat gi tengok live, dapat tengok rakaman pun takpe.. TAPI kengkawan semua kata takde masuk TV.. haishhh.. punahh... 

09 Oktober 2014

Pesakit Manja ?

heeee. hari tu teman ada up satu entri pasal 3 Pesakit dan Ceritanya tu kan? ho2.. terlupa pulak nak citer pasal sorang pesakit ni.. pesakit ni katilnya sebelah teman.. berbangsa india.. dia kata dia sakit dalam perut.. hati dia bermasalah.. tu yang mata dia kuning tu.. teman pun tak sembang banyak pun dengan dia..nama dia pun teman tak tahu.. Almaklumlah.. masa tu baru masuk wad, perut pun sakit lagi.. So, teman jadi budak baik la hari tu.. heeee..

Pesakit sebelah teman tu takut makan ubat, teman perhati aje dia dari start nurse letak ubat atas meja roda dia tu, sampai nak dekat sejam.. dibiarkan aje ubat tu kat situ.. sambil tu dia tengok teman, pastu dia cakap "saya tak mau makan ubat la, pahittt" , lepas dia cakap camtu baru teman faham awat lea di tenung aje ubat tu.. sabo jelah.. takut makan ubat rupanya..

Teman pun Nasihat dia.. supaya makan ubat tu.. sebab kalau tak makan, bila nak sembuh? mata pun kuning sangat tu.. (selamber je teman tegur mata dia kuning kan!) Pastu agak kelakar bila dia mahu pulak dengar cakap teman, terus diambil ubat jenis pil tu, ditelannya.. pastu ada lagi satu ubat jenis cecair macam ubat batuk tu.. dia kata taknak makan, teman paksa jugak dia makan.. lagi sekali teman geli perut tengok dia dengar dan patuh cakap teman.. sambil tutup hidung dia abeskan ubat jenis cecair yang boleh tahan pekatnya teman nengok.. memang geli perut teman tengok telatah pesakit tu.. hi3.. dalam hati berkata.. kira kuat jugak pengaruh aku ni yea... kikiki..

Pastu esoknya dia dah kena pindah ke wad lain sebab wad tempat teman duduk tu untuk pesakit yang nak buat pembedahan aje,.. yang dia bukan nak operate ke apa.. so, dia dipindahkan ke wad lain.. kejap jelah kenal dia.. heee.. Pesakit Manja teman gelar dia.. kih3..(nak ngata orang, diri sendiri tu pun 2X5 kan! manja sebab takut jarummm.. aiyoo..)

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers